You are on page 1of 28

Rahsia kurus dalam 2 bulan

Rahsia kurus
dalam 2 bulan
Oleh:

Syakirah sulaiman

http://www.langsingmate5.com
http://www.langsingmate5.com/jusmate5
http://jusmate5forum.langsingmate5.com
http://www.facebook.com/group.php?gid=318724189766

1
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada anda
kerana sudi memuat turun panduan “cara yang paling berkesan untuk turun 2 kg seminggu”
ini. Di dalam panduan ini saya perincikan cara untuk anda menurunkan barat badan dengan
berkesan dan cepat. Cara -cara yang dibentangkan didalam panduan ini adalah sangat
berkesan dan telah dicuba oleh saya sendiri. Panduan- panduan ini juga telah dirujuk
kepada buku- buku yang dikeluarkan oleh pakar-pakar penurunan berat badan dari luar
negara untuk memastikan setiap cara yang dipraktikkan mengikut nasihat dari yang pakar
dan ia juga berdasarkan dari pengalaman saya sendiri semasa mengamalkan program
penurunan berat badan. Diharap dengan terbitnya panduan ini, dapat memberi idea juga
inspirasi kepada anda dalam perjalanan menurunkan berat badan anda. Selamat berjaya
mendapat berat badan yang diingini. Tiada apa yang mustahil selagi kita ada keinginan,
disiplin diri dan keyakinan yang tinggi. Selamat mencuba...

Terima kasih

Disclaimer: Anda di benarkan untuk mengedarkan panduan ini secara percuma kepada
sesiapa sahaja yang anda ingin tetapi anda tidak dibenarkan mengubah, meniru atau
mengeluarkan kembali panduan ini dalam apa jua keaadaan.
Note: Segala informasi di dalam buku ini adalah untuk tujuan panduan sahaja. Semua
keputusan penurunan berat badan adalah berdasarkan kepada usaha individu itu
sendiri.Pihak langsingmate5.com berusaha untuk menyampaikannya semua
maklumat setepat yang mungkin.

2
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Setiap orang yang memiliki badan yang besar atau dipanggil gemuk mesti
menginginkan bentuk badan yang langsing yang mampu memakai apa saja pakaian yang
bergaya. Memiliki badan yang besar juga membuat seseorang itu menjadi rendah diri dan
hilang keyakinan diri semasa bergaul dengan teman teman. Ada juga yang selalu di ejek
kerana memiliki badan yang besar. Dan ada juga yang tidak di terima bekerja kerana badan
yang besar. Terlalu banyak diskriminasi terhadap orang yang berbadan besar.Terasa macam
tiada tempat bagi orang yang memiliki badan yang besar. Nama saya syakirah dan saya
pernah merasai perasaan begitu semasa saya memiliki badan yang besar sehingga saya
nekad untuk kuruskan badan.

Sebenarnya bukan 100% salah anda yang menyebabkan badan anda menjadi
gemuk. Ia juga di didorong oleh faktor-faktor luaran seperti makanan yang anda makan dan
udara persekitaran anda. Dengan pencemaran kepada makanan dan udara sekeliling anda,
badan anda menjadi tempat pengumpulan toksin yang boleh menyebabkan bertambahnya
sel lemak didalam badan anda. Didalam buku ini saya terangkan bagaimana dan kenapa
nyah toksin itu sangat penting untuk anda mengurangkan berat badan.

Sebelum itu, untuk menurunkan berat badan, kita perlu “bunuh” dulu musuh paling
utama kita dan musuh utama kita itu ialah fikiran dan nafsu kita. Ramai orang yang tidak
berjaya menurunkan berat badan kerana tidak dapat mengawal fikiran dan nafsu makan
mereka. Mereka mudah menjadi putus asa dan hilang keyakinan diri apabila menemui jalan
buntu. Kebanyakkan dari mereka yang gagal,mengamalkan program menurunkan berat
badan dengan cara yang salah. Melihat masalah begini, membuatkan saya terpanggil untuk
membuat buku yang boleh menjadi panduan dan tunjuk ajar kepada mereka yang
memerlukan

Mari kita mulakan dengan langkah yang pertama.....

3
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Minda anda adalah musuh anda

Dalam usaha menurunkan berat badan, kuasa minda memainkan peranan yang
penting untuk menentukan seseorang itu berjaya atau tidak untuk menurunkan berat badan.
Dengan minda kita boleh set kan hala tuju program penurunan berat badan kita dan
menjadikan ia satu kenyataan.dan dengan minda juga boleh membuatkan kita putus asa
dan hilang keyakinan diri.

Bagaimana membina minda yang betul


Mendapat minda yang betul untuk menurunkan berat badan adalah baik dan sangat
diperlukan . Kebanyakkan orang yang mengalami masalah dalam process menurunkan
berat badan ialah dia mempelajari cara makan dan bersenam dengan betul,tetapi dia tidak
belajar untuk mengawal minda dengan betul.Apabila menjumpai jalan buntu dan gagal, dia
mudah menjadi kecewa.

Cara Mengawal Minda Anda:-

#1- Set kan target jangka pendek yang munasabah


Cara terbaik ialah dengan menganggap ainya sebagai”mini goal”. Untuk mendapat target
yang yang lebih besar, anda sepatutnya membuat pelbagai target yang kecil dan cuba untuk
penuhi target-target itu. Contohnya:- Minggu ini saya ingin turun 500 gram, Cuba sedaya
upaya penuhi target ini.

#2- Adakan jadual latihan


Anda perlu adakan jadual latihan anda sendiri dan cuba mengikutnya dengan sebaik
mungkin. Ini dapat melatih anda menjadi lebih berdisiplin dalam program diet anda.

#3- Dengar pada badan anda

4
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Apa yang saya maksudkan disini ialah tentang cara anda makan, anda perlu berhenti makan
sebelum anda terlalu kenyang dan makan bila anda lapar sahaja. Ini boleh mengelakkan
anda dari terlebih makan.

#4- Atasi diri anda


Anda perlu sentiasa mengatasi diri anda dalam mencapai target anda. Apabila anda berjaya
mencapai sesuatu target yang anda tetapkan, cuba capaikan target yang berikutnya dalam
masa yang kurang dari anda jangkakan. Ini akan membuatkan diri anda sentiasa
bersemangat dan bermotivasi.

#5- Percaya pada diri anda


Dengan adanya kepercayaan kepada diri anda, semua halangan dapat anda tempuhi. Anda
perlu percaya yang anda boleh lakukan sesuatu yang anda fikir mustahil sebelum ini. Anda
perlu berfikir “ orang lain boleh buat, aku pun boleh buat”.

#6- berdamping dengan orang yang positif


“Jika anda berkawan dengan orang yang berjaya, anda akan turut berjaya”. Begitu juga
dalam menurunkan berat badan, anda perlu berada dalam kelompok orang yang positif
dengan usaha anda dan selalu memberi galakan kepada anda. Ini dapat membantu anda
dalam keyakinan diri dan semangat anda.

#7- Perancangan
Membuat perancangan adalah perkara yang terpenting dalam usaha anda untuk
menurunkan berat badan. Perancangan yang rapi adalah langkah pertama yang dapat
menjamin kejayaan anda.

5
Rahsia kurus dalam 2 bulan

8 Peraturan yang perlu dipatuhi untuk


mengurangkan berat badan

Peraturan # 1 – Memanupulasi pengambilan kalori

Untuk menurunkan berat badan anda perlu memanupulasikan pengambilan jumlah kalori
seharian dalam setiap hidangan kerana kalori adalah seperti “petrol” kepada badan anda
dan untuk menurunkan berat badan anda perlu memanupulasikan “petrol” yang diterima
oleh badan anda.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mempelajari 3 jenis kalori dan apakah jenis
setiap kalori yang anda makan di dalam makanan seharian anda.

3 Jenis kalori:-
1) Protein
2) karbohidrat
3) lemak
Note:-Anda tidak perlu risau untuk memanupulasikan kalori “lemak” . Yang anda perlu
lakukan ialah memanupulasikan kalori “ protein” dan “ karbohidrat”.

Contoh-contoh makanan berkalori adalah seperti senarai dibawah. ( peraturan #4 akan


mengajar anda bagaimana hendak menukar menu harian anda)

Makanan Berprotein
1) Daging panggang tanpa lemak
2) cottage cheese
3) Telur ( telur rebus atau scramble)
4) Produk tauhu
5) produk soya

6
Rahsia kurus dalam 2 bulan

6) salad telor
7) ayam ( tidak berkulit)
8) daging tanpa lemak
9) salad tuna ( tiada mayonis)
10)kacang campuran (bergaram atau tidak bergaram)

Makanan Berkarbohidrat
1) salad campuran ( lettuce, tomato dan sayur-sayuran)
2) Roti ( roti oat atau bran sahaja)
3) sayuran campur
4) epal segar
5) pear segar
6) peach segar
7) plum segar
8) kiwi segar
9) grapefruit segar
10)oren segar

Peraturan # 2 – Makan 4 hidangan kecil setiap hari


Untuk menurunkan berat badan dengan efektif, anda sepatutnya mula mengambil 4
hidangan sehari dalam kuantiti yang sedikit.

Setiap hidangan hendaklah di jarak selama 2 ½ jam. Cara ini boleh membakar lemak kerana
badan anda akan menumpukan perhatian untuk membakar kalori dalam setiap hidangan
yang diambil bukannya kalori yang anda ambil seharian. Oleh sebab itu, jika anda makan
telalu banyak pada satu hidangan, badan anda akan menyimpan lebih banyak lemak
walaupun jumlah kalori yang diambil setiap hari kurang dari yang di perlukan.

Anda perlu makan 4 hidangan sehari dan perlu mengaturkannya secara sekata supaya

7
Rahsia kurus dalam 2 bulan

badan anda dapat menerima kalori dalam jumlah yang sedikit.

Peraturan # 3- Sediakan makanan anda dirumah


Semasa anda mengamalkan diet, cuba sediakan makanan anda dirumah, dan jika perlu
anda bolehlah membawanya ke tempat kerja.

Ia adalah lebih baik dari makan di kedai atau restoren, kerana jumlah hidangan yang
disediakan di restoren biasanya melebihi dari apa yang badan anda perlukan dan anda akan
cuba menghabiskannya kerana anda perlu membayar makanan tersebut. Kebanyakkan
makanan yang disediakan di restoren atau kedai tidak baik untuk diet. Restoren hanya fikir
untuk mendapat keuntungan, mereka tidak pernah fikir apa yang baik untuk anda.

Peraturan # 4- Pusingan menu anda


Anda sudah tahu yang anda perlu makan 4 hidangan sehari dan anda telah mengetahui
jenis makan yang mengandungi protein dan karbohidrat. Sekarang untuk anda menurunkan
berat badan, anda hanya perlu mengatur pusingan menu harian anda mengikut jadual di
bawah:-

Hari #1 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan campuran karbohidrat dan protein.

Hari #2 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan berprotein.

Hari #3 – Makan 2 hidangan berkarbohidrat, 2 hidangan berprotein.

Hari #4 – Makan 1 hidangan berkarbohidrat, 3 hidangan berprotein.

Hari #5 – Makan 1 hidangan campuran karbohidrat/protien, 3 hidangan protein

Hari #6 – Makan 1 hidangan karbohidrat, 3 hidangan berprotein.

8
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Hari #7 – Makan 2 hidangan berkarbohidrat, 2 hidangan berprotien.

Hari #8 – Makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan berprotien.

Hari #9 – makan 3 hidangan berkarbohidrat, 1 hidangan campuran karbo/protien

Hari #10 – Ulang hidangan pada hari pertama.

Nota : pastikan setiap hidangan tidak terlalu bayak yang boleh menyebabkan anda
terlebih mengambil jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.

Peraturan #5 – Mengambil makan secara sederhana.


Untuk mengurangkan berat badan yang maksimum, anda seharusnnya makan dalam
kuantiti yang sekurang yang mungkin. Ini bermakna anda mesti elakkan mengambil makan
yang yang menggunakan perisa yang lebih, sos yang lebih dan sebagainya kerana makanan
sebegini boleh membuat anda menjadi gemuk. Perisa makanan biasanya mengandungi
karbohidrat yang tinggi dimana senang ditukar kepada tisu lemak oleh badan anda.

Peraturan #6 – Tahu bila perlu berhenti makan


Untuk menurunkan berat badan, anda perlu tahu bila anda sepatutnya berhenti makan. Saya
tidak bemaksud berhenti mengambil makanan, tetapi berhenti bila anda makan. Bila anda
sepatutnya berhenti makan?. Senang sahaja, berhenti makan bila anda separuh kenyang,
bila anda sedikit lapar. Anda tidak perlu menahan lapar atau terasa lapar selepas makan.
Sekadar anda tidak kenyang dan tidak lapar sahaja. Ingat peraturan #2. Peraturan ni tidak
akan membuat anda terasa lapar.

Untuk mengelakkan anda makan terlalu banyak, makan setiap hidangan dengan perlahan.
Seperti yang disunatkan oleh Rasulullah S.A.W, iaitu kunyah sebanyak 40 kali. Kalau boleh,

9
Rahsia kurus dalam 2 bulan

cuba makan setiap hidangan dalam masa 15 minit atau lebih. Perlu di ingatkan, bila anda
terasa terlalu kenyang, anda pasti menambah lebih lemak kepada badan anda kerana anda
mengambil lebih kalori yang diperlukan oleh badan.

Peraturan #7 - Minum banyak air kosong


Untuk memaksimumkan penurunan berat badan, anda sepatutnya minum air kosong
sebanya 8 hingga 10 gelas sehari dan seharusnya aturkannya secara sekata dan anda tidak
seharusnya minum dengan banyak pada setiap masa. Minum 2 gelas air kosong pada satu
masa sudah mencukupi.

Meminum air kosong adalah sangat baik untuk menurunkan berat badan. Jika anda tidak
boleh minum 8 gelas sehari, 6 gelas sehari sudah cukup untuk menurunkan berat badan
anda. Kuantiti Setiap gelas seharusnya 8oz.

Peraturan #8 – Berjalan kaki


Anda tidak perlu melakukan “intense exercise” seperti jogging kerana senaman seperti itu
tidak banyak membantu dalam menghilangkan lemak di badan anda. Tetapi anda perlu
melakukan 2 sesi berjalan setiap hari. Setiap sesi perlulah mengambil masa selama 30
minit. Jika anda terlalu sibuk, anda boleh melakukannya selama 40 minit, 1 sesi sehari. Anda
perlu berjalan dengan pantas tetapi tidak terlalu pantas, cukup sekadar tahap anda berasa
selesa. Anda sepatutnya merasakan denyut jantung anda bergerak pantas tetapi tidak
membuatkan anda sukar bernafas. Anda perlu lakukan senaman berjalan ini 7 hari
seminggu. Anda tidak seharusnya memandang rendah dengan senaman bejalan ini, kerana
anda mungkin akan nampak keputusannya dalam beberapa minggu atau mungkin lebih,
tetapi, senaman berjalan ini amat bagus untuk meningkatkan kadar metabolism badan anda.

10
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Kenapa anda Menjadi “gemuk air”.


Untuk mengelakkan anda dari menjadi “gemuk air” anda perlulah meminum air kosong
sebanyak 8 gelas sehari. Ramai yang beranggapan apabila minum air dengan banyak
badan kita mudah menjadi “gemuk air”. Tanggapan ini salah semata mata kerana badan kita
akan mula menyimpan air apabila kita kurang meminum air kosong dan anda akan dapati
badan anda akan mula menjadi tembam.

Ini terjadi kerana, apabila anda tidak meminum air yang cukup setiap hari, badan anda akan
mula menyimpan air didalam badan kerana ia cuba menyesuaikan diri anda dengan jumlah
air yang ada untuk aktiviti harian anda. Oleh itu anda perlu minum air sebanyak 8 gelas
sehari untuk mengekalkan fungsi badan anda pada tahap optimum dan mempercepatkan
process penurunan berat badan anda.

Kenapa anda tidak kurus Walaupun anda


berdiet?
Anda tentu tertanya-tanya kenapa anda tidak menjadi kurus walaupun anda berdiet atau
berjogging berbatu jauhnya. Ini semua terjadi kerana badan anda penuh dengan toxin. Anda
mungkin tidak perasan dengan toksin yang berkumpul didalam badan anda kerana anda
tidak berasa sakit. Tetapi pernahkan anda terfikir makanan yang anda ambil mengandungi
toxin dan udara yang anda sedut mengandungi toxin?. Sebab itu setiap hari jumlah orang
yang mengalami masalah obesiti semakin meningkat.

11
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Nyah toksin didalam usus dan hati

Setakat ini , inilah rahsia dalam menurunkan berat badan. Sistem pencernaan memainkan
peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sistem pencernaan yang baik menolong
badan membuang sisa toksin dalam badan. Tetapi setelah sekian lama anda memakan
makanan yang mengandungi toksin dan menyedut udara yang mengandungi toksin, Fungsi
semulajadi badan anda untuk membuang toksin menjadi lemah menyebabkan toksin yang
berkumpul di dalam badan anda semakin bertambah setiap hari. Dengan bertambahnya
toksin didalam badan, anda sebenarnya memambah jumlah lemak di dalam badan sebagai
perlindungan kepada organ-organ penting didalam badan anda daripada toksin-toksin
ini.Oleh itu anda perlu membuang toksin dalam badan anda.Di dalam pasaran sekarang,
terdapat banyak program atau supplement untuk membuang toksin di dalam badan. Anda
boleh membelinya di farmasi dan mencubanya. Pastikan anda mendapat nasihat dari ahli
farmasi atau doktor dahulu sebelum anda mencuba. Nyah toksin didalam usus dan hati
sangat baik untuk menurunkan berat badan keran ia akan membuat badan anda berfungsi
pada tahap optimum dan boleh membakar lemak dengan cepat. Selain itu senaman juga
merupakan salah satu kaedah untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Apabila kita
bersenam, badan kita akan mengeluarkan peluh, toksin-toksin itu akan keluar bersama
peluh kita semasa bersenam.

Pengambilan kalori yang tidak mencukupi

Selain itu pengambilan jumlah kalori yang tidak mencukupi juga boleh menjadi badan anda
tidak kurus. Pengambilan jumlah kalori yang tidak mencukupi akan membuat badan anda
tidak menerima nutrisi yang diperlukan untuk mejalankan aktiviti harian. Contohnya anda
mengamal diet dengan tidak mengambil karbohidrat seperti nasi, Pada minggu pertama,
badan anda akan mengalami penurunan berat badan, ini terjadi kerana badan anda cuba
menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, Tetapi apabila ia sudah dapat menyesuaikan
diri dengan kaadaan yang baru, berat badan anda akan kekal setakat itu sahaja. Kenapa ini
terjadi?. Ianya terjadi kerana, semasa anda mengamalkan diet seperti itu, jisim otot anda

12
Rahsia kurus dalam 2 bulan

turut menurun untuk menyesuaikan dengan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari, ianya
akan hanya membakar jumlah kalori yang anda ambil setiap hari sahaja. Lemak didalam
badan anda tidak akan dibakar. Oleh sebab itu, jika anda ingin mengamalkan diet seperti ini,
anda dinasihatkan mengambil supplement yang boleh mengekalkan jisim otot anda dan
menambah metabolisme badan seperti jusmate 5. Jusmate 5 amat bagus untuk
mengekalkan jisim otot dan menambah metabolisme badan. Selain itu anda juga boleh
mengamalkan senaman seperti yang disarankan di atas untuk menambah metabolisme
badan.

13
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Cara menurunkan berat badan dalam 2 bulan


Ramai diantara kita yang mengalami masalah berat badan, ingin menurunkan berat badan
dengan cepat, kalau boleh hari ini mengamalkan program diet, esok sudah mahu nampak
perubahannya. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat adalah tidak mustahil dengan
adanya bantuan supplement yang boleh membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan
semasa mengamalkan program diet. Salah satu supplement yang terbukti berkesan
sekarang ini ialah Jus mate 5. Seperti yang kita saksikan dia akhbar setiap hari, banyak
testimonial orang yang menggunakan jusmate 5 berjaya turunkan berat badan mereka.
Salah seorang pengguna Jusmate 5 yang telah berjaya menurunkan berat badan ialah saya
sendiri. Saya mengamalkan jusmate 5 selama 3 bulan untuk menurunkan berat badan dari
86kg kepada 60 kg. Seperti yang saya katakan di atas, badan kita perlukan nutrisi yang
cukup untuk process penurunan berat badan, dan ramuan di dalam jus mate 5 boleh
melengkapkan nutrisi yang di perlukan oleh badan walaupun kita kurang mengambil
makanan seperti nasi.di bawah ialah gambar saya sebelum dan selepas menggunakan
jusmate 5.

14
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Cara mengamalkan diet menggunakan Jusmate5

Dalam bab ini saya akan tunjukkan cara mengamalkan permakanan untuk jusmate 5. tetapi
sebelum itu, saya akan terangkan bagaimana cara badan kita bekerja. Anda mungkin
pernah mengamalkan diet, tetapi berat anda tidak turun. Kenapa ianya terjadi?. Itu senang
sahaja, kerana badan anda tidak membakar lemak tetapi mengunakan gula yang disimpan
dalam hati dan otot anda sebagai sumber tenaga. Apabila anda makan makanan yang
berkabohidrat, karbohidrat tadi akan ditukar menjadi gula yang dipanggil glycogen. Glycogen
ini akan disimpan didalam hati dan otot anda sebagai sumber tenga segera apabila badan
anda perlukan dan ianya adalah pilihan pertama badan anda untuk ditukarkan kepada
tenaga. Badan anda juga merupakan mesin yang paling effektif yang akan cepat
menyesuaikan diri dengan keadaan anda. Contohnya, jika anda mengamalkan diet yang
ekstrem dengan tidak mengambil karbohidrat, Badan anda akan cuba menyesuaikan diri

15
Rahsia kurus dalam 2 bulan

dengan jumlah tenaga yang dibekalkan dan akan melambatkan kadar metabolisme supaya
ainya boleh berfungsi dengan optimum. Tahukan anda, badan anda akan mula
mencatu(conserve) pengunaan tenaga selepas 48 jam dan akan mula menyimpan
(reserve)tenaga dalam bentuk lemak selepas 72 jam?. Kenapa ini terjadi?..ianya terjadi
kerana sebagai tidakbalas berjaga-jaga oleh badan anda terhadap diet yang anda lakukan.
Oleh sebab itu, diet rendah karbohidrat sangat tidak baik untuk menurunkan berat badan. Di
sini saya sediakan plan 8 minggu untuk menurunkan berat badan dengan bantuan
Jusmate5. Plan 8 minggu ini akan melatih badan anda untuk mengurangkan tahap glycogen
dalam badan dan seterusnya menggunakan lemak sebagai sumber tenaga yang utama. Apa
yang bagusnya plan ini tidak akan membuat anda terasa lapar.

Plan 8 Minggu

Minggu pertama- Minggu pengurangan karbohidrat -”Carb deplete week”

Pengurangan karbohidrat juga dikenali sebagai carb deplete cycle. Dalam minggu ini anda
akan meninggalkan kebanyakkan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti
nasi. Anda akan meninggalkannya untuk jangka masa 7 hari sahaja. Kenapa ianya hanya 7
hari sahaja?.. ianya kerana badan anda tidak boleh terus kehilangan sumber karbohidrat
dalam jangka masa yang lama kerana ia akan melambatkan kadar metabolisme badan
anda. Dalam minggu ini juga anda akan menggunakan Jusmate 5 sebagai makanan
tambahan untuk membekalkan sumber tenaga kepada badan anda dan mengekalkan kadar
metabolisme badan. Anda hanya dibenarkan mengambil karbohidrat dalam jumlah 20 gram
sehari sahaja. Kenapa anda perlu sekat pengambilan karbohidrat anda?...tujuan utama nya
ialah untuk mengurangkan jumlah glycogen atau gula dalam otot anda supaya anda boleh
menyuruh badan anda mengambil lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga.

Badan anda memerlukan 72 jam atau 3 hari berturut-turut untuk mengurangkan jumlah
glycogen dalam otot anda.Semasa process ini anda hanya disaran untuk mengambil protein
dan jumlah karbohidrat yang tidak melebihi 20 gram sehari. Jenis-jenis protien yang boleh

16
Rahsia kurus dalam 2 bulan

diambil semasa minggu “ carb deplete week” ialah seperti telur, protein shakes, cottage
cheese, ikan segar, daging tanpa lemak, tuna dan dada ayam. Anda pelu mempelbagaikan
menu anda menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan anda seharian untuk
selama 7 hari.

Selain dari protein, lemak baik juga amat penting sebagai sumber tenaga anda pada minggu
ini. Apa yang dimaksudkan dengan lemak baik ialah lemak yang tidak tepu, yang boleh
dihuraikan oleh badan untuk mendapatkan sumber nutrien di dalamnya. Pada minggu ini
anda digalakkan untuk mengambil lemak sebagai makanan tambahan kepada badan anda.
Anda boleh rujuk dibawah untuk jenis-jenis lemak yang dibenarkan semasa program ini.

Peraturan minggu “ carb deplete week”

Perlu diingatkan, minggu pertama adalah minggu yang penting untuk anda dan ianya adalah
minggu yang tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kesilapan dan kejayaan anda amat
bergantung kepada minggu pertama ini. Anda mungkin boleh membuat sedikit kesilapan
pada minggu-minggu seterusnya. Anda juga di ingatkan supaya mengikut kesemua
peraturan yang ditetapkan dibawah.

1) “Be precise” dan ikut dengan betul. - anda perlu mengikut semua plan yang
ditetapkan dengan betul dan penuh disiplin kerana kejayaan anda untuk mendapat
bentuk badan yang langsing amatlah bergantung pada minggu pertama. Jika anda
gagal pada minggu pertama, bermakna anda akan susah untuk mengikut plan
minggu-minggu yang akan datang.

2) “keep track” setiap apa yang anda makan- Anda perlu tahu setiap makanan yang
anda makan supaya anda dapat mengawal jumlah karbohidrat yang anda ambil.
Seperti yang disarankan, jumlah yang dibenarkan pada migggu ini adalah 20gram
sehari sahaja.

3) Jarak masa makan anda- Jarak masa antara hidangan ialah antara 3 hingga 4 jam
dan perlu diakhiri 2 jam sebelum anda tidur. Jarak masa ini sangat penting untuk

17
Rahsia kurus dalam 2 bulan

memaksimakan kadar pembakaran kalori selepas makan. Pastikan jumlah setiap


hidangan tidak melebihi apa yang disarankan.

4) Jumlah hidangan- Anda perlu makan sebanyak 5 hidangan kecil setiap hari. Ini ialah
kerana untuk membolehkan badan anda membakar kalori selepas makan dan boleh
mengelakkan kalori ini disimpan sebagai lemak.

5) Minum banyak air – Semasa mengamalkan plan 8 minggu bersama jusmate 5 ini,
anda disarankan mengambil air dengan banyak. Jumlah yang disarankan ialah
sebanyak 8 gelas atau 1 liter air sehari. Menurut kajian yang dijalankan, air boleh
meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 30% dan ia juga boleh
mengelakkan anda dari menjadi gemuk air.

6) Jangan makan buah atau minum jus buah- Pada minggu ini, anda dilarang
mengambil buah-buahan atau jus buah buahan kerana buah mengandungi jumlah
karbohidrat yang tinggi dan akan menggangu jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh
badan anda pada minggu ini.

7) Jangan paksa makan - Apa yang saya maksudkan disini ialah, jangan memaksa
untuk menghabiskan hidangan anda bila ada terasa sudah kenyang. Anda perlu
berhenti dari makan sebelum anda betul-betul kenyang. Ini boleh mengelakkan anda
dari terlebih makan dam menyebabkan jumlah karbohidrat dalam badan anda
melebihi dari yang ditetapkan. Ingat, kita sekarang dalam stage untuk melatih badan
mengambil lemak sebagai sumber tenaga harian.

8) “positive attitude” - Anda perlu berada dalam kelompok orang yang selalu berfikiran
positif terhadap apa yang anda lakukan dan sentiasa menyokong setiap tindakan
anda dalam menurunkan berat badan. Orang-orang seperti ini boleh menaikkan
semangat anda untuk berjaya dan mengekalkan disiplin diri anda dan membuatkan
diri anda sentiasa bermotivasi.

Pelan pemakanan untuk minggu “carb deplete week”

18
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Di bawah ini saya saya sertakan pelan permakanan yang diperlukan semasa minggu ini.
Anda boleh mempebagaikan menu harian anda berdasarkan bahan yang di senaraikan
dibawah. Anda perlu mengabungkan antara protien, sayur-sayuran dan lemak untuk
memastikan anda mendapat nutrisi yang seimbang. Perlu di ingatkan, kontrol jumlah setiap
hidangan anda.

Protein: - telur putih, protein shakes, cottage cheese, ikan segar, daging tanpa lemak,
tuna dan dada ayam.

Sayur-sayuran :- Asparagus, bronccoli, kobis, celeri, timun, lettuce, cendawan,


bayam.

Lemak:- mayonaise, flaxseed oil, olive oil, cheese, butter.

Contoh Menu yang anda boleh cuba:-

pagi: Scramble egg with bronccoli

Snack:- Timun atau celeri

Tengah hari:- Ambil jusmate 5

Snack: Timun atau celeri

makan malam: Sup kobis atau dada ayam bakar dengan sayur..

Contoh menu diatas adalah sekadar saranan sahaja, anda boleh mempelbagaikan menu
harian anda sepaya anda tidak merasa bosan pada minggu pertama. Dalam tajuk
seterusnya kita akan belajar bagaimana untuk membuat macro patterning supaya badan kita
boleh membakar lemak dengan efisyen.

19
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Minggu ke 2 hingga 4 - “macro patterning cycle”

Pada minggu pertama kita telah melatih badan kita untuk mengosongkan jumlah glycogen
dalam badan kita tetapi badan kita tidak boleh berada pada tahap kosong untuk jangka
masa yang lama kerana ianya boleh menggangu fungsi badan.

Pada minggu ini kita akan mengambil kembali karbohidrat yang kita tinggal pada minggu
pertama, tetapi dengan cara yang teratur dalam jumlah yang ditetapkan dan mengikut masa
yang ditetapkan untuk mengisi balik glycogen dalam badan kita. Kita juga akan mengajar
badan untuk menggunakan glycogen dengan lebih effisen.

Satu satunya cara untuk menggunakan glycogen dengan effisen adalah melalui kaedah
macro patterning dimana kita akan menggunakan jumlah karbohidrat, protien dan lemak
pada masa yang ditetapkan dalam jumlah yang ditetapkan.

Macro patterning juga akan mengajar badan kita bahawa ia perlukan “ masa kecemasan”
bila jumlah glycogen dalam badan menjadi kurang. Contohnya, bila glycogen dalam badan
menjadi rendah, badan kita akan bertindak dengan mengambil lemak, untuk menambah
jumlah glycogen bagi mengelakkan ianya menjadi kosong dan menggangu fungsi badan,
semakin banyak badan kita sampai pada tahap “masa kecemasan” semakin banyak lemak
badan kita akan digunakan.

Minggu ke 2 hingga ke 4 juga adalah minggu menggunakan simpanan glycogen dengan


mengurangkan jumlah karbohidrat dan menambah jumlah karbohidrat mengikut jadual yang
saya akan berikan.

Sebelum kita pergi kepada jadual permakanan untuk mingguu ke 2 hingga ke 4, mari kita
belajar tentang hari-hari yang ada pada minggu ini:-

B- Base line day ( Jumlah kalori yg diperlukan hanya cukup untuk aktiviti harian)

C – Hari mengurangkan jumlah karbohidrat

D- Hari menambah jumlah karbohidrat

20
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Di bawah ialah jadual mingguan untuk minggu ke 2 hingga ke 4:-

Minggu ke 2

DAY Mon Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


CYCLE C C B B C D B
STARCH 1 kali 1 kali 2 kali 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali
AMAOUN sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum yang akhir sebelum
T 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm
Note: Starch amount= Rice ( ½ cawan)

Minggu ke 3

DAY Mon Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


CYCLE B C D B C D B
STARCH 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali
AMAOUN sebelum sebelum yang akhir sebelum sebelum yang akhir sebelum
T 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm
Note: Starch amount= Rice ( ½ cawan)

Minggu ke 4

DAY Mon Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


CYCLE B C D B C D B
STARCH 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali
AMAOUN sebelum sebelum yang akhir sebelum sebelum yang akhir sebelum
T 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm
Note: Starch amount= Rice ( ½ cawan)

Note:-Semasa hari mengurangkan jumlah karbohidrat, makan sekali starch (nasi ½ cawan)
bersama dengan protein sebelum 3.pm

Note:-Semasa base line day, makan 2 kali starch (nasi ½ cawan) bersana dengan protein
sebelum 3.pm

21
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Di bawah adalah contoh plan makanan haria anda selama 3 minggu:-

sample plan makanan harian ( base line day-B)

1- Protein + starch

2- protein + starch + sayuran

4- Ambil jusmate ( pastikan perut kosong 3 jam sebelum dan 2 jam selepas)

3- Protein + sayur + lemak

Note: Rujuk senarai protein, sayur dan lemak yang dibenarkan.

Sample plan makanan harian ( Hari mengurangkan karbohidrat-C)

1-Protien + starch

2- Protien + sayuran + lemak

3- Ambil jusmate ( pastikan perut kosong 3 jam sebelum dan 2 jam selepas)

4- protein

Note: Rujuk senarai protein, sayur dan lemak yang dibenarkan.

Sample plan makanan harian ( Hari menambah karbohidrat-D)

1-protein + starch

2- Protien + buahan

3- Ambil jusmate ( pastikan perut kosong 3 jam sebelum dan 2 jam selepas)

4- makanan manis atau 1-2 slice pepperoni pizza.

Note: Rujuk senarai protein, sayur dan lemak yang dibenarkan.

22
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Pastikan jumlah setiap hidangan tidak mebehi melebihi dari yang ditetapkan. Dalam tajuk
seterusnya kita akan mengajar badan kita untuk membakar lemak dengan lebih cepat lagi.

Minggu 5 hingga 6 – Accelerated Fat Loss Cycle

Pada minggu ini kita akan mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan. Pada
minggu ini badan kita telah boleh menyesuaikan diri dengan cara permakanan kita pada
minggu-minggu yang lepas, oleh itu pada minggu ini kita akan menukar pattern pemakanan
kita supaya badan kita akan tetap menggunakkan lemak sebagai sumber tenaga.

Dengan cara ini juga boleh mengelakkan badan kita dari balik kepada pattern lama dimana
menggunakan glycogen sebagai sumber tenaga daripada menggunakan lemak. Kita akan
menukar pattern ini menggunakan pusingan yang sama sebelum ini seperti “base line day”,
Carb- up day”, Carb down day” tetapi kita akan menggunakan 2 hari “carb down” secara
berterusan.

Dengan memperkenalkan 2 “carb down” secara berterusan dapat memastikan badan kita
akan mencari lemak sebagai sumber tenaga yang utama.

Perlu di ingatkan, dua minggu ini adalah minggu yang lebih mencabar kalau dibandingkan
dengan minggu-minggu sebelum ini. Tetapi ia nya tidaklah seteruk pada minggu “carb
deplete cycle”. Kebanyakkan diet kita akan gagal pada minggu ini jika tidak mengikut
dengan betul jadual yang telah di tetapkan. “ accelerated fat loss cycle” ini tidak boleh
digunakan untuk lebih dari dua minggu.

Plan pemakanan mingguan- minggu ke 4

DAY Mon Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


CYCLE C C D B C D B
STARCH 1 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali
AMAOUN sebelum sebelum yang akhir sebelum sebelum yang akhir sebelum
T 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm
Note: Starch amount= Rice ( ½ cawan)

23
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Plan pemakanan mingguan- minggu ke 5

DAY Mon Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


CYCLE C C D B C D B
STARCH 1 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali 1 kali 2 hidangan 2 kali
AMAOUN sebelum sebelum yang akhir sebelum sebelum yang akhir sebelum
T 3pm 3pm 3pm 3pm 3pm
Note: Starch amount= Rice ( ½ cawan)

Untuk pelan pemakanan harian untuk base line day, carb up day, carb down day, sila rujuk
pada minggu 2 hingga 4 di atas.

Minggu Ke 7 hingga ke 8- “maintenance cycle”

Tahniah kita telah sampai ke minggu ke 7 dan 8. Ini bermakna anda mungkin telah
mendapat bentuk badan yang anda inginkan. Dua minggu ini adalah minggu untuk
maintenance dan untuk lebih menyesuaikan diri dengan program ini.

Tujuan utama mantainance cycle ialah untuk mengajar kita dan badan kita untuk menerima
kembali lebih karbohidrat dari sebelum ini dan jadikan ianya sebagai cara hidup kita dan
memperbaiki pattern permakanan sekali lagi.

Tiga hari di bawah ini akan menolong kita dalam plan ini:-

Maintenance base line day :- Basi line day ini adalah sama seperti base line day sebelum
ini. Kita perlu ikut seperti plan pemakanan seperti pada minggu-minggu sebelum ini. Tetapi
pada minggu maintenance baseline daya, kita boleh mengambil buah pada sebelah pagi.

Cheat day:- Kita boleh makan makanan yang tiada dalam plan pemakanan kita pada hari
ini. Kita boleh makan apa saja makanan yang kita gemari tetapi perlu diingatkan jangan
terlebih makan.

High Carb Day:- Kita boleh makan karbohidrat sepanjang hari pada hari ini. Tetapi kita perlu
memilih karbohidrat yang baik sahaja. Elakkan dari karbohidrat bergula seperti donut dan
kek.

24
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Dalam minggu ini, kita akan menambah 2 hari baru ke dalam plan pemakanan kita iaitu
cheat day dan high carb day. Tetapi kita perlu meletakkan 5 hari berturut-turut untuk base
line day dan selepas itu baru cheat day dan high carb day.

Peraturan maintenan cycle

1) Gunakan maintenance cycle pada akhir minggu ke 6 atau ke 8 sahaja.

2) Pastikan ada 5 maintenance base line day berturut-turut.

3) Gunakan maintenance cycle untuk minimum 2 minggu.

4) Tulis segala makan yang anda makan. Tidak perlu catatkan pada hari cheat day.

5) Makan setiap 3 atau 4 jam sekali sehingga 2 jam sebelum tidur.

6) Pastikan anda ada minimum 4 hidangan sehari. Hidangan kecil amatlah di galakkan.

7) Had kan saiz hidangan anda.

8) Minum air dengan banyak seperti yang di sarankan.

9) Jangan terlebih makan pada hari cheat day.

Plan pemakanan untuk Minggu 7 dan 8

Days Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday


Maintenanc B B B B B CH H
e cycle

B:- base line day

CH:- Cheat day

H:- High Carb day.

Sekarang anda telah tamat program 8 minggu diet bersama jusmate 5. Saya harap anda
telah mendapat berat yang ideal dan yang di idamkan. Selepas ini anda hanya perlu
mengawal cara permakanan anda seperti plan pemakanan “maintenance cycle”. Jika badan

25
Rahsia kurus dalam 2 bulan

anda mengalami sedikit pertambahan berat badan, anda boleh lakukan mini “ carb deplete
cycle”. Tidak perlu untuk melakukan seperti minggu pertama lagi, cuma perlu kurangkan
jumlah pengambilan karbohidrat sahaja.

Timbang berat badan anda

Bagi sesetengah orang menyarankan menimbang berat badan seminggu sekali, tetapi bagi
saya, menimbang berat badan setiap hari boleh menjadi “alert” untuk anda berwaspada
dengan berat badan anda. Anda boleh mengetahui setiap makanan yang menyebabkan
perubahan kepada berat badan anda. Ini juga boleh menjadikan motivasi kepada diri
anda.Anda disarankan menggunakan penimbang digital kerana anda boleh nampak setiap
gram yang kurang dari badan anda.

Senaman yang baik untuk anda

Anda tidak perlu membuat senaman yang terlalu berat atau “intense exercise” semasa
mengamalkan program diet jusmate 5 ni. Cukup sekadar anda bejalan untuk 2 sesi sehari.
Setiap sesi selama 30 minit. Jika anda sibuk, anda bolehlah berjalan 40minit 1 sesi sehari.
Anda boleh berjalan mengelilingi taman rumah anda atau menggunakan “thread mill”. Cara
mengamalkan senaman berjalan adalah berjalan dengan dengan laju dari biasa tetapi tidak
telalu laju sehingga anda susah hendak bernafas. Senaman ini amat bagus untuk
meningkatkan metabolisma badan. Jika anda sudah banyak berjalan semasa ke tempat
kerja, ini sudah memadai untuk anda. Ramai yang mengamalkan program diet jusmate 5
tidak mahu bersenam, ini tidak mengapa kerana ramuan didalam jusmate 5 dapat
membantu badan anda meningkatkan metabolisme badan.

Jauhkan Fast food, Jus buah-buahan, kopi dan air berkarbonat

Semasa mengamalkan program diet jusmate 5, anda perlulah meninggalkan makanan dan
minuman yang saya sebutkan diatas kena semua makanan dan minuman ini mengandungi
kalori yang tidak baik, yang tidak boleh diserap oleh badan. Apabila kolori ini tidak dapat
digunakkan, badan anda akan menukarkannya kepada tisu lemak, sebab itu anda tidak
dapat menurunkan berat badan anda malah anda akan menambah lagi jumlah tisu lemak
didalam badan anda.

26
Rahsia kurus dalam 2 bulan

Kita sudah sampai kepada penghujung report “Rahsia Kurus Dalam 2 Bulan” Saya berharap
segala informasi yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk anda
memulakan perjalanan untuk mendapatkan berat dan badan yang di idamkan. Saya amat
faham bagaimana perasaan menjadi orang yang berbadan besar kerana saya pernah
mengalaminya dahulu. Kita boleh merubah diri kita jika kita ada keinginan, disiplin diri dan
keyakinan diri yang tinggi. Bersama panduan ini juga saya sertakan link kepada support
forum saya dimana, anda boleh berkongsi, bertanya tentang masalah anda dan juga
berkenalan dengan pengguna produk HPM yang lain terutamanya pengguna Jus mate
5.Dengan berkongsi pendapat kita dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap hari...

Http://jusmate5forum.langsingmate5.com

http://www.facebook.com/group.php?gid=318724189766

Sekian...Terima Kasih....

Salam tulus ikhlas dari


Syakirah sulaiman

27
Rahsia kurus dalam 2 bulan

About Author
Kierah merupakan seorang pengguna dan delaer yang aktif untuk Jusmate 5 dan telah
berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 Kg dalam masa 3 bulan. Kierah juga telah
mencipta formula 8 minggu bersama jusmate 5 untuk menolong golongan obesiti untuk
mencapai berat yang di idamkan.

Kierah mula menggunakkan jusmate 5 selepas mencuba pelbagai program penurunan berat
badan dan gagal mendapat berat badan yang di inginkan. Selepas mencuba jusmate 5,
pada hari pertama telah berjaya turun sebanyak 1 kg.

Semasa mengamalkan jusmate 5, Kierah banyak merujuk pada buku-buku tentang masalah
berat badan dari luar negara, dan telah berjaya mencipta pelan 8 minggu bersama jusmate 5
berdasarkan dari maklumat dari buku-buku itu.

Kierah juga adalah seorang dealer yang aktif untuk seluruh malaysia dan singapore dan
telah mempunyai banyak pelanggan dari seluruh pelusuk malaysia dan singapore.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan nasihat dan ingin membeli jusmate 5 serta
lain-lain produk HPM. Bolehlah menghubungi kierah di:-

Nama: syakirah bt sulaiman

Phone no: 012-4435892

Email: harikays78@yahoo.com

Email: admin@langsingmate5.com

Facebook: http://www.facebook.com/group.php?gid=318724189766

28

You might also like