You are on page 1of 32

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBEF2503SMP

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DI KALANGAN MURID TAHUN EMPAT,


TAHUN LIMA DAN TAHUN ENAM

DISEDIAKAN OLEH

AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO MATRIK

690101086925002

NO KAD PENGENALAN

690101086925

PENYELIA

EN ABDUL AZIZ BIN SULAIMAN

0
ABSTRAK

1
Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah al-
Alaq ialah Iqra’ yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan
budaya membaca sebagai salah satu dorongan ke arah menuntut ilmu.

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah
manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identik dengan kemampuan seseorang untuk
memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat (kauniyah). Kemampuan membaca
seperti hal tersebut diatas akan memberikan manfaat yang luar biasa pada diri seseorang,
tidak hanya peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi juga kebijaksanaan, kemampuan
bersosial, pengendalian diri, kreativiti, inovasi serta memanfaatkan semua peluang dan
potensi yang ada pada dirinya maupun sekelilingnya Kekangan dan halangan yang wujud
itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya
wujud

Kepentingan kajian ini terhadap sekolah ialah untuk memberi gambaran tentang kedudukan
minat membaca di kalangan pelajar-pelajar disamping mencari faktor-faktor tentang
mengapa kebiasaan membaca di kalanagan murid sekolah ini masih rendah. Kajian
dilakukan untuk mencari satu jalan penyelesaian yang dapat menciptakan suasana yang
mendorong seseorang untuk secara membiasakan dirinya banyak membaca. Oleh itu pihak
sekolah akan dapat mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan
pelajar-pelajar ke arah mewujudkan budaya membaca dengan lebih cemerlang.

ABSTRACT

2
The first revelation received by Prophet Muhammad saw The first verse of Sura al-Hajj
was Iqra ', meaning read. Thus Islam itself pointed reading culture as a stimulus to
the study

Reading is an activity that is very fundamental nature and human nature. In Islamic
terminology, read the introduction to the ability of someone to understand something
written (kauliyah) and nature (kauniyah).The ability to read as mentioned above will
provide extraordinary benefits at the individual, not only increase knowledge. It is
intelligence, social skills, managing self, creativity, innovation and take advantage of all
opportunities and potential available to him or around existing restrictions and barriers
that often do not get the attention of teachers

The importance of this study in the schools is to provide an overview of the state interest
in reading among students as well as finding the factors of why the habit of reading
among school children is still low. Studies were conducted to find a solution that can
create an environment that encourages to familiarize herself in reading. Herefore, the
school will be able to intensify its efforts to promote reading among students towards a
reading culture of excellence

3
BAB 1

4
1 PENGENALAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada


semua peringkat masyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu
dan masalah yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak
sebarang penyelesaian berkesan dilakukan terhadapnya.  Salah satu masalah yang kita akui
sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca . Ini berlaku di
kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan
sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa
dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi
sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua
aspek kehidupan dengan negara lain. 

Minat dan kebiasaan membaca murid yang masih rendah dapat dilihat melalui
beberapa indikator. Salah satu indikatornya adalah dari kegiatan yang cenderung dilakukan
pada waktu lapang, seperti pada saat mereka sebelum memulakan sesi pembelajaran dan
waktu rehat. Sekali pun disediakan bahan-bahan bacaan, apabila dilakukan pengamatan
maka hanya sedikit sekali jumlah murid yang ingin untuk mengambil bahan bacaan yang
tersedia atau yang secara khusus dipinjam untuk dibaca di rumah.

Smith (1971) menyatakan bahawa membaca adalah suatu proses kognitif yang
kompleks. Pembaca bukan sahaja membaca dengan matanya sahaja tetapi juga
menggunakan otaknya. Pembaca yang cekap terlibat secara aktif dalam proses membaca
kerana ia berusaha mengaitkan apa yang terkandung dalam teks dengan pengetahuan latar
yang memang sedia ada dalam ingatannya. Jika pengetahuan latar tidak mencukupi atau
pembaca tidak tahu menggunakan apa yang ada, akan menyebabkan kefahaman terjejas.
Dallman (1982) menyatakan membaca sebagai,
‘Reading as a process involving meaningful reaction to printed symbols ’
1.2 Latar Belakang Kajian

5
Di Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) , sikap murid-murid Tahun Empat,
Lima dan Enam terhadap minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat
yang kurang ini menyebabkan keputusan bagi matapeajaran Bahasa Melayu mengalami
prestasi yang rendah. Penulisan akan sukar dilakukan Ini dapat dilihat melalui keputusan
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah penggal satu .

Oleh itu saya mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu
penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam penguasaan bahasa
dan kemahiran membaca di dari peringkat kanak-kanak akan dibawa ke peringkat dewasa
dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992;
Roth,Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle,
Harris, Harkness & Nye, 1998).

Oleh kerana itu, yang menjadi tujuan dari penulisan artikel ini adalah bahwa
terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran mengapa minat baca dikalangan murid tahun
empat, Lima dan Enam masih rendah dan melakukan kajian mengenai upaya-upaya yang
dipandang dan dinilai dapat menciptakan keadaan yang mendorong seseorang untuk dapat
secara teratur membiasakan dirinya banyak membaca. Berdasarkan pinjaman buku dari
Pusat Sumber sekolah yang tidak memberangsangkan adalah indicator kepada minat
membaca yang rendah dikalangan murid sekolah ini. Purata pinjaman buku dari Pusat
Sumber sekolah hanyalah 10 naskah seminggu. Berdasarkan pemerhatian juga mendapati
penggunaan Pusat Sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan kadangkala
tidak digunakan langsung.

1. Pernyataan Masalah

6
Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan
yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi
seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca melalui
amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah
kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan
amat sinonim di dalam kehidupan.

Berdasarkan ingin meningkatkan minat membaca inilah kajian yang bertajuk


Meningkatkan Minat Membaca Dikalangan Murid di Sekolah Kebangsaan Seroli
dipilih.. Setelah dilakukan pemerhatian, perjmpaan dengan murid serta maklum balas
daripada guru Pusat Sumber Sekolah, minat membaca ini berkurangan kerana beberapa
sebab

1.3.1 Pengaruh Keluarga

Menurut, Jeanne Chall dan Emily Marston tentang tiga faktor yang mempengaruhi
seseorang membaca dalam tulisannya yang berjudul ”The Reluctant Reader: Suggestion
from Research and Practice”, dikutip oleh Donna E. Norton dalam bukunya ”Through the
Eyes of A Child”, sebagaimana yang dikemukakan oleh Aprilia Purba (Kompas, 4 Januari
1997) adalah: (1) ketersediaan buku (accessibility of materials) hendaknya dimulai di
lingkungan keluarga kerana keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama seorang
manusia, kemampuan membaca hendaknya juga menjadi perhatian dalam penyediaan
bahan-bahan bacaan (misalnya: tingkat kesulitan, mudah difahami, bahasa yang sederhana),
dan minat baca.

1.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya mempunaya tarikan yang kuat untuk melenyapkan minat membaca.
Tahap umur dari 7 hingga 12 tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat
untuk bermain.

7
1.3.3 Suasana atau lingkungan membaca yang tidak menarik

Faktor kemudahan infrastruktur juga menjadi penyumbang kepada kurangnya


minat membaca. Kemudahan seperti bangku atau tempat membaca yang terdapat diluar
kawasan kelas tidak selesa. Pemerhatian yang dibuat serta maklumbalas daripada murid
yang 80% menyatakan untuk mencari tempat duduk yang selesa tidak ada. Mereka terpaksa
duduk di tempat perhimpunan serta di kaki lima sekolah untuk membaca. Ruang Pusat
Sumber yang kecil juga menyebabkan mereka kurang selesa untuk membaca.

1.3.4 Ibu bapa kurang menanamkan  budaya membaca

Murid masakini ini umumnya kurang meminati buku, minat membaca tidak
menonjol, dan mereka lebih suka menonton televisyen. Membaca dilakukan terbatas pada
buku-buku pelajaran yang digunakan di sekolah. Itu pun bagaikan terpaksa, kerana akan
diadakan ulangan, atau kerana guru memberi kerja rumah. Ketekunan membaca hanya
dimiliki beberapa orang anak saja di sekolah. Akibatnya, pengetahuan anak sangat terbatas,
penguasaan bahasa menjadi lambat bahkan kemampuan menangkap isi bacaan juga rendah.
Ini harus dijadikan suatu tanda dan peringatan bagi guru dan ibubapa, bahawa “minat
baca” anak harus dipupuk, dikembangkan. Apabila minat baca “tinggi” guru akan lebih
mudah dan ringan dalam melaksanakan tugasnya. Anak-anak akan lebih aktif, mencari dan
menggali pengetahuan. Anak akan mengisi sendiri wadah rasa “ingin tahunya”. Suasana
kelas akan lebih hidup, anak belajar aktif di kelas dan belajar akan lebih mempunyai
makna.

Cohen (1972) mendapati variable motivasi ibu bapa mempunyai hubungan signifikan
dengan aspirasi pendidikan anak. Sikap anak boleh dikatakan menyerupai sikap ibu bapa,
maka peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan pembelajaran anak yang berjaya.
Pendapat ini sejajar dengan pandangan Wilkins (1981) yang menyatakan bahawa:
“…the attitudes of children are almost always the attitudes of their parents also, so
that it could be said that the parents do much to determine the lack of success of
their children in learning…” (m.s.53

8
1.3.5 Pengetahuan dan Pengalaman Sedia Ada

Marohaini Yusuf (1989) menyatakan bahawa pengetahuan dan pengalaman sedia


ada merupakan faktor penting yang membantu pertumbuhan dan penguasaan kebolehan
pelajar untuk membaca. Pengetahuan dan pengalaman yang dimaksudkan ialah kesemua
pengetahuan dan pengalaman yang didapati dan dialami dalam hidup seseorang sama ada di
rumah, di sekolah atau di luar alam sekolah dan rumah. Pengetahuan dan pengalaman yang
sedia ada akan menjadi asas kepada kemahiran membaca seperti memberikan makna
konsep-konsep bagi memperluaskan perbendaharaan kata.

1.3.6 Kebolehan Berbahasa

Menurut Kamarudin Husin (1993), pelajar yang kurang penguasaan perbendaharaan


kata dan lemah tatabahasa, biasanya menghadapi masalah untuk membaca. Begitu juga
pelajar yang lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa baku akan
menghadapi masalah dalam pembelajaran bacaan. Hal ini berkaitan dengan kemahiran
bertutur dan mendengar. Ia menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar dan membolehkan
mereka berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

1.4 Objektif Kajian

Membaca adalah satu asas penting untuk menambahkan pengetahuan, meninggikan


tabap pendidikan, mengembangkan daya cipta yang kreatif, pengasas pendengaran kritis

9
serta memupuk pandangan dan nilai hidup yang luas. Ini bererti dengan membaca
seseorang itu dapat menghargai alam sekitar, masyarakat dan tamadun dunia yang
mempengaruhi hidupnya. Memandangkan pentingnya kegiatan membaca ini menjadi
amalan hidup sesebuah masyarakat maka kegiatan ke arah memupuk minat membaca dan
membina budaya membaca adalah sesuatu yang harus direncanakan secara positif selaras
dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Untuk mencapai tahap pembacaan yang tinggi di
kalangan pelajar-pelajar, kelengkapan di perpustakaan perlulah dipertingkatkan. Oleh itu
bahan bacaan dalam pelbagai bidang amat diperlukan.

1.4.1 Mengenal pasti bahan bacaan yang digemari dan tajuk-tajuk yang menarik
perhatian pelajar.

1.4.2 Menentukan tahap minat membaca di kalangan pelajar dan peratus membaca buku,
majalah dan akhbar.

1.4.3 Menentukan signifikan di antara fakor persekitaran iaitu kemudahan mendapatkan


sumber bahan bacaan dan lokasi tempat tinggal pelajar dengan minat membaca
buku, majalah dan akhbar.

1.4.4 Mengenalpasti halangan kepada minat membaca.

1.4 Persoalan Kajian

10
Kajian ini dilakukan bagi mencari satu penyelesaian kearah membina minat membaca
disamping menjawab beberapa persoalan kurangnya nya minat membaca di kalangan
pelajar

1.4.4 Apakah halangan yang menyebabkan minat membaca dikalangan murid ini
rendah

1.4.5 Apakah langkah yang sesuai dilakukan bagi meningkatkan minat membaca
ini

1.4.6 Siapakah yang perlu dilibatkan bagi mencari satu langkah penyelesaian ini.

1.5.4 Buku jenis manakah yang dapat menarik minat murid untuk membaca

1.5.5 Faktor- faktor yang menyebabkan minat membaca kurang

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan akan mencetuskan satu maklumat yang penting bagi

1.6.1 Meningkatkan tahap minat membaca di kalangan murid


1.6.2 Memberi satu input bagi melaksanakan program membaca dikalangan murid
1.6.3 Mempelbagaikan kaedah atau strategi meningkatkan minat membaca di kalangan
murid
1.6.4 Kajian ini juga diharap dapat memberikan makluat minat jenis buku apakah yang
murid minati
1.6.5 Memberikan maklumat kepada guru tentang kaedah dan bahan mengajar yang
sesuai digunakan supaya dapat menarik minat murid ketika belajar.

1.7 Kaedah Kajian

11
Kajian ini dilakukan terhadap murid tahun Empat hingga Enam Sekolah kebangsaan
Seroli Sungai Siput (U) yang diambil seramai 4 orang responden dari setiap kelas. Murid
ini diambil secara rambang dari aras rendah hinga tinggi. Kajian dilakukan secara
pemerhatian dan instrument kajian.

1.8 Definisi Istilah


Pengkajian ini melibatkan beberapa istilah yang perlu diperjelaskan agar ianya tidak
mendatangkan kekeliruan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat

1.8.1 Meningkatkan
Bertambah banyak, naik sedikit demi sedikit atau naik makin tinggi

1.8.2 Minat
Kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu

1.8.3 Membaca
Membunyikan huruf-huruf yg ditulis, melihat dan memahami apa-apa yg tertulis

1.8.4 Dikalangan
Kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu, golongan dan lingkungan

1.9 Rumusan

Kajian ini merupakan suatu tinjauan melalaui pengamatan, pemerhatian dan


beberapa instrument bagi mengkaji masalah kurangnya minat membaca di kalangan
pelajar Sekolah Kebangsaan Seroli. Kajian ini diharapkan agar dapat mencari
penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca disekolah ini.

12
13
BAB 2

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah
manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identiti dengan kemampuan seseorang untuk
memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat (kauniyah). Minat membaca murid
Sekolah masih rendah dan belum ada cara yang efektif untuk meningkatkannya. Kajian ini
bagi mencari satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid sekolah
ini.

2.2 Literature Berkaitan

Minat membaca ini berkait rapat dengan beberapa masalah ataupun halangan yang
dihadapi oleh murid. Oleh itu beberapa aspek penting yang akan dikaji dalam kajian ini.
Kajian ini lebih berfokus kepada beberapa persoalan

2.2.1 Minat Murid

2.1.2 Pengaruh Rakan Sebaya

2.1.3 Persekitaran Murid

2.2.1 Minat Murid

14
Minat membaca merupakan kemamapuan seseorang berkomunikasi dengan diri sendiri
untuk menangkap makna yang terkandung dalam tulisan sehingga memberikan pengalaman
emosi yang didapati akibat dari bentuk perhatian yang mendalam terhadap makna bacaan.
(Crow & Crow,1984;Tarigan,1985).
Minat merupakan kunci bagi meningkatkan pembacaan bagi murid. Tanpa minat yang
mendalam segala usha meningkatkan pembacaan dikalangan murid tidak akan tercapai

2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya mempunaya tarikan yang kuat untuk melenyapkan minta membaca. Tahap
umur dari 7 hingga 12 tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat untuk
bermain.

2.3 Kajian Berkaitan

Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana
masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian
di New York ke atas murid-murid Tahun tiga, empat dan lima untuk mengetahui jenis
pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada
343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah
lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi,
misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat.
Beliau mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi

Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk menganalisa
dan mengingat serta mengevaluasi bacaan yang telah dibacanya, yang merupakan
pengalaman belajar menggembirakan dan akan mempengaruhi bentuk serta intensitas
seseorang dalam menentukan cita-citanya kelak dimasa yang akan datang, hal tersebut juga
adalah sebahagian dari proses pengembangan diri yang harus senantiasa diasah sebab minat
membaca tidak diperolehi dari lahir .(Petty&Jensen,1980;Hurlock,1993).

15
Kajian Fitzgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Peranchis, ke atas anak-anak
remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi
daripadaibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi
dalamperistiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga
lebih mempercayai berita daripada televisyan berbanding dengan akhbar. Namun begitu
satu daripada empat pelajar-pelajar sekolah tinggi didapati membaca akhbar setiaphari.
Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan 49%, pendidikan danperkembangan
36% dan persekitaran 27 %.

Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status


sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam bacaan
( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Pelajar daripada keluarga status ekonomi
lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar
daripada status sosioekonomi yang lebih rendah.

Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah
empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan
persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah
memberi kesan yang positif ke atas pembacaan kanak-kanak. Tahap pendidikan ibu bapa
juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa
menunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan kanak-kanak.

Pada umumnya murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih


tinggi daripada murid-murid luar bandar. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh
Kibat (1978), ke atas pendudukpenduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian
yang dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu menunjukkan
bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4%
membaca majalah dan 7.1% membaca buku. Beliau juga merumuskan bahawa terdapat
perhubungan yang signifikan di antara pendapatan dan pekerjaan dengan minat membaca
buku tetapi tidak dengan majalah atau akhbar. Walau bagaimanapun umur mempunyai
hubungan yang signifikan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Beliau juga
mendapati sumber bahan bacaan yang ada menentukan jenis bahan bacaan yang dipilih.

16
Dalam satu kajian lain Mohd. Hamdan (1994) dengan bantuan pelajar-pelajar
Sebaran Am, ITM, telah membuat kajian minat membaca ke atas 200 responden di Lembah
Kelang. Kaedah yang digunakan ialah persampelan secara rawak dengan borang soal
selidik. Sebanyak 60 peratus responden adalah Melayu, 15 peratus Cina, 14 peratus India
dan 11 peratus adalah lain-lain bangsa. Keputusan menunjukkan bahawa 100% responden
membaca akhbar, 94% responden menunjukkan minat membaca majalah dan 93%
responden menyatakan bahawa mereka membaca buku.

Satu kajian telah dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu untuk
menilai taraf kenal huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi. Wan Abdul Manan
Muda (1985), mengkaji ke atas 107 orang responden Melayu yang sumber ekonominya
ialah pertanian. Beliau mendapati 50% responden mengalami buta huruf dan wanita lebih
tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan juga memaparkan bahawa umur boleh
menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira jantina iaitu umur muda taraf kenal hurufhya
tinggi. Juga didapati bahawa pendapatan dan kenal huruf adalah berkait rapat.

2.3 Rumusan

Kajian Literature membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-


pengkaji. Secara umunya banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca dikalangan
murid sekoah ini. Adalah diharapkan dengan kajian ini dapatlah memeberi satu input untuk
meningkatkan minat membaca dikalangan murid sekolah ini.

17
18
BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini adalah merupakan bahagian metodologi kajian yang menerangkan cara
bagaimana kajian dilaksanakan, kawasan kajian, responden kajian, instrumen yang
digunakan dan cara bagaimana data yang diperolehi dianalisis. Bahagian ini juga
membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang meliputi rangka kerja teori dan reka
bentuk kajian. Konsep rangka kerja teori menerangkan angkubah yang terlibat manakala
reka bentuk kajian meliputi kaedah kajian, latar belakang kajian dan kaedah menganalisis
data. Berikutnya bab ini menerangkan tatacara populasi dan persampelan, serta
pengubahsuaian instrumen yang digunakan

3.2 Rekabentuk Kajian

Mengikut Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan
kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga
membolehkan pengkaji membuat soalan selidik yang mempunyai kesahihan, menepati
objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan murid-murid dan
kaitannya dengan pendapatan ibu bapa, jantina, umur,pengaruh rakan sebaya, lokasi dan
kemudahan sumber bahan bacaan yang didapati. Dalam usaha untuk mendapatkan data
serta maklumat yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini, kaedah soal selidik digunakan.

Soalan-soalan telah dibentuk dengan khusus berdasarkan pengalaman dan


pembacaan yang telah dilakukan oleh responden untuk memperolehi data yang diperlukan
bagi maksud kajian. Pada asasnya data diperolehi melalui soal selidik ke atas pelajar-pelajar
daripada Tahun Empat hingga Tahun Enam sekolah SK Seroli. Dalam soal selidik ini,
soalan struktur, pemerhatian dan data pinjaman buku dari Pusat Sumber Sekolah
digunakan. Soalan struktur memerlukan responden memberi keterangan mengenai
cadangan soalan yang dikemukakan

19
3.3 Populasi dan Sampel kajian

Kajian tentang minat membaca di kalangan pelajar-pelajar di Kebangsaan Seroli,


Sungai Siput (U) iaitu meliputi Kelas tahun Empat , Lima dan Enam. Bagi melaksanakan
kajan ini persampelan secara rawak dgunakan..

Bagi mengkaji sampel kajian bebrepa langkah perlu dilakukan

1 Mengenalpasti terlebh dahulu populasi ( murid )

2 Bialgan populasi ditentukan dahulu

3 Menentukan saiz sampel agar tidak terlalu ramai

BIL TAHUN POPULASI SAMPEL

1 TAHUN 4 10 4

2 TAHUN 5 10 4

3 TAHUN 6 12 4

JUMLAH 32 12

( Sumber ; Data Hal Ehwal Murid )

Persampelan yang diambil adalah dikalangan murid Tahun empat , lima dan enam.
Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kecerdasan . Ini adalah bagi melihat pada aliran
minat membaca dikalangan mereka dan jenis bahan bacaan yang digunakan.

20
Pemilihan responden ini adalah berdasarkan pemilihan yang dilakuakan oleh Guru
Kelas Tahuntersebut denagn mendapatebenaran Guru Besar. Responden juga terdiri
daripada kalangan keluarga pelbagai tahap akademik dan pekerjaan

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah berpandukan temubual, sola selidk, pemerhatian


dan juga data dariada pinjaman buku Pusat Sumebr Sekolah. Pemerhatian dijalankan
semasa kelas Pusat Sumber dan instrument untuk sampel responden (Rujuk Lampiran )

3.4.1 Soal Selidik

Instrumen ini digunakan bagi mendapatkan data yang tepat. Kaedah kualitatif digunakan

3.4.2 Pungutana Data

Pengumpulan secara kualitatif digunakan bagi melihat aliran jenis bahan yang disukai oleh
responden

3.4.3 Instrumen Temubual

Instrumen ini dapat member maklumat kepada pengkaji bagi mendapatkan penyebab
kepada prmasalahan kajian

3.4.4 Instrumen Pemerhatian

Instrumen ini menggunakan kaedah kualitatif. Borang data disediakan. Contoh Borang B

3.5 Tatacara pengumpulan Data Kajian

21
Soal selidik pungutan data temubual dan pemerhatian digunakan bagi kajian ini, Borang
dibentuk ini secara tidak langsung dapat membantu mengumpulkan data serta maklmat
yang diperlukan. Secara tidak langsung guru tersebut dalam mengumpul maklumat dan
masalah kajian dibuat. Pemerhatian atas responden dibuat melalui pinjmana buku Pusat
Sumber Sekolah.

3.6 Tatacara Penganalisaan Data Kajian

Data yang dikumpul dan dianalisa secara kualitatif dan kuantitatif. Kekerapan dan
peratusan digunakan bagi melihat aliran responden.

3.7 Rumusan

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau minat membaca di kalangan pelajar-pelajar SK
Serolii dan kaitannya dengan umur, jantina, pendapatan penjaga, lokasi dan kemudahan
sumber bahan bacaan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 12 orang pelajar bagi
memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat pada borang soal selidik. Setelah dibaiki,
ianya dicetak dan digunakan dalam kajian sebenar .Ujian statistik dapat digunakan untuk
menentukan samada sesuatu hipotesis itu diterima ataupun ditolak.

22
23
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Rahim Selamat. (199 1). Teknologi dan Budaya Ilmu: Satu Perspektif dan
Pengenalan. Jumal Pengurusan Pendidikan, Jilid 2, Bil. 1,46 - 50.

Adler, M. J. dan Doren, C.V. (1993). Bagaimana Membaca Buku. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asiah Abu Samah. (1977). A Study of Sociological Factors Affecting Language

Development of Primary School Children. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Atan Long. (1974). Satu Penyiasatan Berhubung Dengan Pengajaran Bacaan Murid-
Murid Melqu Yang Berumur Di antara Enam Dengan Tujuh Tahun. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Atan Long, et al. (1984). A Survey on The Reading Habits and Interests of Malqsian

People. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baker, Linda Linstrom. (1989). From Parent to Child: The Effects of a Home Learning

Program on Attitudes and Achievements. Ed. D. University of San Diego.

Beech, John, R. (1987). Cognitive Approaches to Reading New York: John Wiley

and Sons. Bolt, Dianne Elizabeth. (1992).

24
Cates, W.M. (1990). Panduan Amali Untuk Penyelidikun Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dechant, E.V. (1974). Improving The Teaching of Reading. Englewood Cliffs, New

Jersey: Prentice- Hall, Inc.

Dubose, P. (1988). Readings in Management. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice

Hall.

Dupuis, M.M. and Askov, E.N. (1982). Content Area Reading an Individualized Approach.
New Jersey: Prentice- Hall, Inc.

Fitzgerald, Mark.( 1992). French Reading Habits. Jumal Editor & Publisher (WP).

Vol. 12520, May,16, 18 - 48.

Gopinathan, S. (1978). A Measure of Reading ie Survey

of Reading Interests and Habits. Singapore: Institute of Education Singapore.

Halimah Badioze Zaman. (199 1). Satu Kajian Tentang Kemudahan dan Masalah
Perpustakaan Sekolah Dalam Mempergiatkan Fungsinya Sebagai Sumber Maklumat .
Jurnal Pendidikun. 16,5 7 - 74.

Harris, A.J. and Sipay, E.R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York:

Longman, Inc.

Johari Ariffin. (1994). Peranan Guru Dalam Merealisasikan Wawasan 2020. JumaZ Guru.

Mei, 16, 360 -370.

25
Jones, Beverly Walker. (1986). A Study of The Recreational Reading of Third- Grade,

Fourth- Grade and Fifth- Grade Chil&en. Ed. D. State University of New York.

Juriah Long. (1975). Masalah Pencapaian Murid-Murid Bukan Melayu Dalam


Peperiksaan Bahasa Malaysia Di Peringkat M. C.E. Satu Analisa. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Malaya.

Juriah Long, et al. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Katni Kamsono Kibat. (1978). Reading Habits and Interests of The RuralMalays:

A Methodological Stu& of Printed Media Exposure in The Rural Areas of Selangor.


Dissertation. University of Pittsburgh.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Aktiviti Galakan Membaca. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaxnis Maarof (1984). Satu Percubaan Untuk Mengukur Kebolehan Membaca Murid-

Murid di Peringkat Darjah Dua. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Lim Ai Lian. (1993). An Exploratory of The Reading Habits and Interest of Selected

TESL Trainee Teachers. Jumal Pendidikun, 15, 107 - 122.

Macfarlane, T. (1988). Helping Adults to Read New York: Macmillan Inc.

26
Marohaini Yusuff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dun Kefahaman. Kuala Lumpur:

Karya Bistari Sdn. Bhd.

Mason, Jana, M. (1989). Reading and Writing Connections. Boston: Allyn and Bacon.

Md. Fadzil Haji Hassan. (1986). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Bacaan

dan Fahaman. Jumal Kementerian Pendidikun Malaysia. Jilid 30, 69,41 - 46.

Mohd. Hamdan Adnan. (1994). Siapa Yang Membaca, Siapa Yang Tidak Membaca.

Dewan Masyarakut, September, 10 - 14.

Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikun. (Cetakan kedua).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azam. (1980). Projek GaZakan Membaca. Kertas keja yang dibentangkan dalam

pelancaran dan persidangan gerakkan membaca.DBP, Kuala Lumpur, Januari 28.

Noran Fauziah Yaakub dan Ab. Latif Idris. (1992). Minat Dan Pencapaian: Wujudkan

Hubungan Bagi Bacaan Mekanis. JurnaZ Pendidikun Guru. Kementerian Pendidikan


Malaysia, Bil8, 58 - 82.

Omar Mohd Hashim. (199 1). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Radzuan Abdul Kadir. (1987). Minat Membaca Di Kalangan Guru Pelatih Di Sebuah

Maktab Perguruan. Jumal Pendidikun. 11, 130 - 132.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia, Cabaran dan Masa Depan. Kuala

27
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rugayah Abd. Rashid. (1988). Peranan Perpustakuan Akademik Dalam Meningkutkan

Minat Membaca Di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi di Institusi Pengajian

Tinggi. Seminar Tabiat Membaca: Ke Arah Siswa/Siswi Bermaklumat. ITM Shah

Alam. Januari, 28 - 29.

Sapiah Hamid. (1987). Menilai Minat Membaca Di Kalangan Murid Tahun IV

Berdasarkan Pemilihan Bahan Bacaan. Jurnal Pendidikun. 11, 135 - 136.

Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing

Sdn. Bhd.

Southgate, V. (1984). Reading: Teaching For Learning. Book 2. New York: Macmillan

Inc.

Spache, G.D. and Spache, E.B. (1973). Reading in i%e Elementary School. (3rd ed.).

Boston: Allyn & Bacon.

Suhaimi Razikin. (199 1). Perkembangan Kendiri Melalui Pembacaan. JumaZ Pengurusan

Pendidikan, Jilid 2, Bil 1, 46 - 50.

Sulaiman Ngah Razali. (199 1). Formula Statistik Untuk Penyelidikun Pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Unesco. (1983). Galakan Membaca Untuk Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:

28
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Witte, Pauline L. (1985). A Guidebook For Teaching Reading. Boston: Allyn and Bacon.

Wan Abdul Manan Muda. (1985). The Study of Literacy in Relation to Socioeconomic

and Nutritional Improvement in a Rural Community. JurnaZ Pendidik lian Pendidikan. Jld
7, 79 - 93.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994). Pengisian Wawasan Pendidikzn. Persidangan

Pendidikan Ke 2. Institut Aminuddin Baki, Julai, 11 - 15.

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

29
Contoh Instrumen Temubual

Guru : Adakah ada suka membaca buku selain daripada buku pelajaran

Murid : …………………………………………………………………..

Guru : Adakah keluarga anda melanggan akhbar setiap hari?

Pelajar : ………………………………………………………………….

Guru : Adakah anda selalu meminjam buku di Pusat Sumber?

Murid : …………………………………………………………………

Guru : Jika ada jenis buku apakah yang anda selalu pinjam?

Murid : …………………………………………………………………

Guru : Pernahkan anda membeli buku di kedai buku?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Adakah keluarga anda juga minat membaca?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Berapa jamkah anda menonton televisyen?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Apakah Rancangan Televisyen kesukaan anda?

Murid : ………………………………………………………………

LAMPIRAN B

Contoh borang instrument pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah

30
Jadual: Pinjaman Buku Pusat Seumber Sekolah dalam sebulan ( responden 4 orang setiap kelas)

Bilangan Murid meminjam buku (mengikut tahun)


Bil Jenis Buku
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

1 Karya Am 6 5 8 19

2 Agama - - 2 2

3 Teknologi - - - -

4 Sejarah - - - -

5 Media Am
3 2 - 5
(Akhbar, majalah)

6 JUMLAH 9 7 10 26

Sumber: Data Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Bulan Jun 2010

31

You might also like