You are on page 1of 2

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.

com/

Jenis-jenis Penguncupan Otot

Dalam pergerakan terdapat 3 jenis penguncupan otot iaitu; penguncupan isotonic, penguncupan
isometric, dan penguncupan isokinetik. Iso bemaksud konstan sementara kinetic bermaksud pergerakan
dan metric bermaksud panjang.

Penguncupan isometric

penguncupan jenis ini melibatkan otot memendek atau memanjang, di mana otot yang memendek akan
menghasilka ketegangan(tension). Ketegangan yang terbina tidak sama sepanjang pergerakan otot serta
mengikut sudut tarikan otot tersebut. Contohnya, gerakan-gerakan mengangkat barang dan mendaki
tangga atau bukit.

Penguncupan isitonik boleh dibahagikan kepada 2, iaitu:

Penguncupan konsentrik di mana otot memendek semasa penguncupan berlaku serta mampu
mengatasi sesuatu rintangan.

Penguncupan esentrik yang dikaitkan dengan otot memanjang semasa menguncup,iaitu semasa
berlakunya ketegangan aktif.

Penguncupan esentrik berlaku apabila seseorang individu membengkokkan siku dan menyuruh
seseorang lain menarik untuk cuba meluruskan siku tersebut dan pada masa sama anda berusaha
mengekalkan kedudukan siku yang bengkok. Apabila lengan anda diluruskan, otot flexor siku akan
memanjang semasa berlaku penguncupan. Penguncupan esentrik digunakan untuk melawan daya
tarikan gravity seperti sewaktu berjalan menuruni bukit atau tangga.

Penguncupan Isometrik

Iosmetrik bermaksud sama panjang atau panjang yang konstan. Iso bermaksud konstan dan metric
bermaksud panjang. Otot menguncup secara isometric apabila wujudnya ketegangan tetapi tidak ada
perubahan dari segi panjang otot. Sebab otot tidak memendek ialah kerana daya rintangan luaran
adalah lebih kuat daripada daya dalaman yang dihasilkan oleh otot yang terlibat. Contoh penguncupan
isometric ialah apabila seseorang individu membuat regangan menolak dinding.

Penguncupan Isokinetik

Otot menguncup dalam satu pergerakan yang sama. Ini bermaksud regangan otot berlaku secara sekata
dengan beban atau daya yang konstan sepanjang perlakuan penguncupan otot tersebut. Semasa
berlakunya penguncupan isokinetik, daya yang dihasilkan oleh otot semasa ia memendek adalah sama
pada semua sudut mengikut julat pergerakan di sesuatu sendi. Contoh pergerakan sebegini ialah
hayunan tangan dalam air semasa berenang gaya bebas. Contoh lain ialah semasa melakukan latihan
menggunakan mesin Cybex, di mana bebanan yang sama berlaku pada seluruh julat pergerakan.

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

You might also like