You are on page 1of 18

SENI BONEKA

DISEDIAKAN OLEH:
Ramli Bin Hj Abdul Hamid
Mohd Fauzi Bin Che Li
Abdul Rashid Bin Sarip
Mohd Taib Bin Mhamed
Osman Bin Achil
DEFINISI BONEKA
• Merupakan sebarang benda atau objek yang
digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara
sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej.

• Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi


ia digerakkan oleh pemain

• Pemain akan cuba menghidupkan watak


menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi
boneka tanpa sebarang dialog.
• Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk
menyampaikan cerita dengan berkesan.

• Pendengar dapat menghayati disamping


melibatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka.

• Kesannya cukup baik ke arah:


– Pendedahan komunikasi
– Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita
– Merangsang daya imaginasi

• Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama


secara berkumpulan.
JENIS BONEKA
• Boneka sarung tangan
• Boneka tongkat
• Boneka jari
• Wayang kulit
• Boneka mobail
PENGGUNAAN SENI BONEKA
DALAM KURIKULUM

CONTOH AKTIVITI :

Judul Cerita : Pemuliharaan Alam Sekitar


Nilai : Cintakan alam sekitar, bekerjasama
Objektif : Kanak-kanak dapat
i) mengenal monyet dan dinosaur
ii) menyenaraikan cara-cara memelihara alam

sekitar.
Pada suatu petang yang indah, Wak Dino (puppet dinosaur) berkunjung ke
tempat tinggal Pak Cipan (puppet cimpanzi). Mereka berbual-bual :

• Wak Dino : Assalamua’laikum ……. Pak Cipan !

• Pak Cipan : Waa’laikummussalam ! Oh Wak Dino rupanya yang datang.


Jemputlah masuk, maaflah ye, bersepah sikit rumah saya ni.

• Wak Dino : Eh, tak apa Pak Cipan, biasalah begitu ! Rumah saya pun
begitu juga, maklumlah ramai anak cucu… Pak Cipan apa
khabar ? Saya dengar baru ni pergi ke Kuala Lumpur ?

• Pak Cipan : A a’ .... memang betul tu !

• Wak Dino : Ah hah... apa ke halnya awak ke KL tu ?

• Pak Cipan : Sebenarnya saya menjadi wakil kampung Pisang ni ke


’Karnival Selamatkan Bumi Kita’ yang diadakan di Stadium Bukit
Jalil Shah Alam.

• Wak Dino : Hebat tu ! Tapi apa ceritanya nak selamatkan bumi ni ?


Bumi kita ni dah nak meletup ke ?
• Pak Cipan : Tak lah macam tu Wak Dino. Itulah Wak Dino ni asyik tidur
saja, berita malas baca, pengetahuan pun kuranglah.
Sekarang ini bumi kita sedang diambang kemusnahan
disebabkan perbuatan tangan-tangan penghuninya yang
rakus....

• Wak Dino : Oooooohhhh.... itu aku faham, maksudnya banyak hutan


telah musnah, sungai tercemar, pelbagai jenis spesis haiwan
telah pupus, ozun dah menipis dan berbagai-bagai
kemusnahan lagi terus berlaku !

• Pak Cipan : Ha.. tahu tak apa !

• Wak Dino : Tapi apa yang kita boleh buat ?


• Pak Cipan : Ye lah, kalau kita seekor memang tak boleh buat apa-
apa. Itu sebabnya kita perlu berkempen kepada semua
penduduk negara kita supaya sama-sama memelihara bumi
kita dengan cara tidak memudaratkan bumi dengan sampah
sarap, buangan tioksid tanpa kawalan. Mengurangkan
pelepasan asap secara terbuka. Paling penting jangan
musnahkan habitat kita. Ini hutan kita, tempat tinggal
kita.

• Wak Dino : Oh ya… kalau begitu akau fahamlah. Aku pun


sokong segala usaha kau ni.

• Pak Cipan : Ha..ha..ha... baguslah kalau macam tu, sambil-sambil


tu minumlah air tu, cucur pisang pun ada. Maklumlah
tinggal di kampong Pisang yang aman damai ni.

Pak Cipan dan Wak Dino pun sama-sama menikmati juadah yang
disediakan oleh Mak Cipan. Mereka sungguh gembira dan bahagia
tinggal di Kampong Pisang yang aman damai itu. Semoga
Kampong Pisang terus kekal sampai bila-bila.
PROSES DAN PERALATAN
Pemilihan cerita
• Contoh cerita : pemuliharaan alam sekitar, kehidupan,
keadaan semasa dll
• 2 pilihan :
a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip
kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam
cerita
b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan
watak dalam cerita
 Skrip
- tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus
sesuai dengan kanak-kanak.
- skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh
diubahsuai ketika penyampaian cerita.

Pencerita
- Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka.
- Dialog ditutur selaras dengan gerak laku.
- Menggunakan pelbagai variasi suara.
- Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam
menggeraklakonkan boneka.
• Membina boneka mudah
– Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis
bahan.
– Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh
dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain,
tuala mandi dan kertas kotak.
– Cth: Boneka beg kertas
• Alat dan bahan:
– Gunting
– Kertas berwarna
– Gam kanji
– Cat air atau krayon
– Dawai kokot
– Dua beg kertas
– Pita selofan
– Rot kayu
– Kertas tisu lembut
• Cara membuat:
1. Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan
lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai
kokot.
2. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke
dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan
menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg
kertas tersebut.
3. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk
membentuk muka.
4. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu
lembut.
5. Warnakan muka dengan menggunakan cat air
6. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.
• Pentas
– Terdapat dua kategori pentas iaitu:
• Pentas
– Pentas kerusi
– Pentas meja
– Pentas tingkap
– Pentas pintu
– Pentas lipat
– OHP

• Tiada pentas
– Pencerita dalam keadaan duduk
– Pencerita dalam keadaan berdiri
– Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti
bercerita

You might also like