You are on page 1of 13

SKPD 1013 Pengantar

Sains Sosial

Pemikiran Sosial Klasik


Pemikiran Sains Sosial Klasik di Zaman
Pencerahan dari abad ke 17 sehingga ke
awal abad ke 19 (1650-1800), dan selepas
Pencerahan sepanjang abad ke 19

Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian:


-

1) Zaman Pencerahan
2) Sumbangan ahli-ahli fikir - selepas Revolusi
Peranchis (1789) – sepanjang abad ke 19
a) Zaman Pencerahan

i) Pembahagian pengetahuan di Zaman Pencerahan

Rasionalisme berkembang semula di Zaman Pencerahan (abad ke 17


dan awal abad ke 19 (1800) selepas Revolusi Peranchis (1789)

Rasionalisme diterima oleh masyarakat Barat - prinsip utama untuk


mencari dan menyusun maklumat, sebagai sumber pengetahuan

Minat untuk memahami alam semulajadi/persekitaran fizikal dan


manusia secara saintifik telah meningkat

Gedung ilmu pengetahuan juga mulai berkembang

Namun, sains sosial sebagai bidang ilmu belum ada lagi di zaman
pencerahan - akan tetapi ada perkembangan rasionalisme di zaman
pencerahan itu, ini bantu perkembangan sains sosial di akhir abad ke
19
ii) Sumbangan ahli-ahli fikir

Situasi di Zaman Pencerahan yang sokong pertumbuhan sains sosial


di akhir abad ke 19

Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya telah


maju, oleh itu, pemikiran manusia seharusnya maju juga

Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan halatuju


masyarakat dan dirinya

Penjelasan keagamaan tentang masalah sosial semakin kurang

Manusia semakin sensitif terhadap apa isu dan masalah sosial


yang berlaku di sekitar mereka (perang, kemiskinan, dll)- ada sikap
ingin tahu
Ramai pemikir yang beri sumbangan - yang ekstremis, yang
moderate

Yang extremis (Golongan Philosophe)

Menentang habis-habisan dogma mazhab Katolik,


kepercayaaan karut, keistimewaan golongan bangsawan
dan sistem fuedal - bantut perkembangan minda
manusia dan kebebasan berfikir

Desak ahli falsafah supaya kemuka soalan-soalan yang


kritis mengenai sistem sosial yang sedia ada dan
bersedia untuk mengubah atau hapus sistem sosial itu
jika ia tidak sesuai dengan sifat semula jadi manusia, dan
akhirnya,

Ambil tindakan politik dengan berkempen (e.g. Revolusi


Peranchis 1789)
Contoh-contoh tokoh seperti Thomas Hobbes, John Locke,
Montesquieu dan Jean Jacques Rousseau

Kesemuanya ahli falsafah politik dan sosial - bicara masalah


ekonomi, sosiologi, politik dan psikologi sekali gus, bicara
isu-isu seperti keadaan manusia (human condition),
kekuasaan, kerajaan, sejarah manusia dan sifat masyarakat
yang walaupun abstrak tetapi dapat mencerminkan
sensitiviti mereka terhadap masalah dan isu, terdapat ide-
ide yang menjadi asas kepada tindakan gerakan politik

Thomas Hobbes (1588-1679)

John Locke (1632-1704)

Montesquieu (1689-1755)

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)


b) Sumbangan pemikir Barat selepas Zaman
Pencerahan di awal dan sepanjang abad ke 19

Apakah situasi yang wujud selepas Revolusi Peranchis?

Lihat kembali ide dan isu Zaman Pencerahan mengenai


rasionalisme dan pendirian ahli pemikir di masa itu tentang
peranan sains dalam masyarakat

Lihat secara kritis kerana ada ide-ide sukar diterima seperti:-

a) tidak menitikberatkan faktor non-rasional seperti emosi,


imaginasi, ilham dan tradisi sebagai sumber ilmu pengetahuan

b) pandangan mekanistik tentang masyarakat (mechanistic view


of society) iaitu manusia sebagai mesin (satu bahagian rosak
diganti oleh bahagian lain)

c) kecendurungan mereka untuk jelas masalah sosial tanpa


berasaskan pemerhatian dan eksperimen
Terdapat tiga cara untuk menangani ide dan isu
yang telah dikemukakan oleh pemikir-pemikir Zaman
Pencerahan iaitu:

1) Hidup kembali minat masyarakat terhadap agama,


emosi, tradisi melalui cabang kemanusiaan seperti seni,
kesusasteraan, puisi, falsafah, sejarah – bidang
kemanusiaan

Satu gerakan wujud iaitu Gerakan Romantik-


Konservatif, tokoh-tokoh seperti Louis de Bonald
(1754-1850) dan Joseph Maistre (1754-1821) –
mengasaskan sistem falsafah baru iaitu Catholic
Counter Revolutionary Philosophy
2) Mengesyorkan satu falsafah sains yang mera’ikan
pengetahuan tentang manusia dan masyarakat yang
dikumpulkan melalui pemerhatian yang sistematik dan
eksperimen dan bukan melalui spekulasi abstrak –
Falsafah Positivisme, pengasas ialah Auguste Comte
(1798-1857) dari Peranchis

Kaedah saintifik

Tiga tahap - tahap teologi, tahap metafizik dan tahap


sains atau positif

Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan, satu


sistem yang berada dalam kesimbangan dan harmoni,
bagaikan organisme biologi – yang stabil dan harmoni
Kajian masyarakat secara sistematik dan saintifik,
penakulan manusia (human reasoning) - hasil
kajian sebagai sumber pengetahuan

Pengetahuan yang terkumpul boleh jelaskan


pola-pola (patterns) dan hukum-hukum sosial

Tujuan sains ialah untuk jamin pertumbuhan


intelektual manusia dan kemuka cara konstruktif
untuk atasi masalah sosial

Sains tentang masyarakat dinamakan “sosiologi”


3) Mengesyorkan satu teori sains sosial umum
atau a general theory of social science yang
berkaitan dengan materialisme sejarah
(historical materialisme), pengasas ialah Karl
Marx (1818-1883)

Seorang ahli ilmuan dan aktivis politik, curigai


sistem kapitalis

Kemuka sejarah materialisme – tentang sejarah


dan perkembangan tamadun manusia yang
bertentangan dengan apa yang dikemukakan
oleh Auguste Comte
Falsafah mengenai:-

Semua fenomena sosial, e.g. kemiskinan dan


penindasan dll, mempunyai asas kebendaan (material
basis), begitu juga dengan satu bentuk sistem sosial dan
ekonomi yang wujud pada masa itu iaitu sistem
kapitalisme

Manusia punyai bakat, daya kreativiti dan keupayaan


untuk ubah nasib mereka, akan tetapi untuk berbuat
demikian, terlebih dahulu mereka mesti sedar (ada social
consciousness) akan kelas mereka (iaitu kedudukan
ekonomi mereka) dan membandingkan kedudukan
mereka dengan kedudukan ekonomi golongan kapitalis
yang lebih baik
Sistem kapitalis tidak mambantu manusia membangun
potensinya, mencapai tahap kreativiti dan pemikiran yang
tinggi

Sistem komunis ganti sistem kapitalisme

Sumbangan Marx kepada perkembangan sains sosial –


kajian tentang manusia dan masyarakat harus ambil kira
prasarana ekonomi (economic infrastructure) masyarakat
berkenaan, kedudukan ekonomi (kelas) yang membeza-
bezakan di antara ahli-ahli masyarakat, pengaruh faktor
ekonomi (economic determinisme) terhadap bentuk-
bentuk sosial (social forms) seperti keluarga, negara,
pasaran, sistem agama, peri pentingnya peranan sejarah
dalam perkembangan masyarakat kerana sifat manusia
dan masyarakat adalah hasil proses sejarah

You might also like