You are on page 1of 19

KAEDAH PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

(BAHASA DAN KOMUNIKASI)


PKB 3104

WAN AHMAD HAZMI BIN A. RAHIM

PKB 3104 1
PENGENALAN KEPADA BAHASA
 DEFINISI DAN KONSEP BAHASA
 KOMPONEN BAHASA
 PENGUASAAN TATABAHASA

PKB 3104 2
PENGENALAN BAHASA
 Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa
untuk berinteraksi sesama sendiri. Kemampuan kita
menguasai bahasa akan membolehkan kita
menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih
baik lagi. Malah haiwan juga dikatakan mempunyai
bentuk ”bahasa” mereka yang tersendiri untuk
berkomunikasi sesama mereka.

 Kita sering menyebut perkataan ”bahasa”, tapi apakah


makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu
diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri?
Semua ini perlu kita ketahui sekiranya kita mahu menjadi
seorang pengguna bahasa yang baik dan cekap.

PKB 3104 3
Definisi dan Konsep Bahasa
 Definisi Bahasa

◦ Kamus Dewan Edisi Ketiga


 Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia.

PKB 3104 4
◦ Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan
Kesepuluh
 Bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari
yang dipergunakan oleh para anggota suatu
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan
mengidentifikasikan diri.

PKB 3104 5
◦ ”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-
simbol khusus untuk mewakili sesuatu.”

(Reed, C.A., 1994)

◦ ”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang


dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk
dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”

(Simanjuntak, 1978)

◦ ”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-


wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.”

(Bloom, 1988)

◦ Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada


lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-
wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud
sebagai “ no necessary connection between the symbol and that
which is symbolized…”
PKB 3104 6
 Konsep Bahasa

◦ Abdullah Hassan (1984:14)


 Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita
mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa
tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat
bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat
perhubungan.

PKB 3104 7
◦ Edward Sapir
 Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang digunakan oleh manusia secara
arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

◦ Raja Mukhtaruddin (1980:25)


 Berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu
mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-
lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan
oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-
royong.

PKB 3104 8
◦ Lufti Abas (1975:4)
 Bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik.
Menurut definisi linguistik bahasa ialah suatu sistem
simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang
diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang
dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok
manusia itu berkomunikasi.

◦ Asmah Omar (1983:376)


 Bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga
tekak manusia.

PKB 3104 9
Komponen Bahasa
BENTUK KANDUNGAN
(FORM) (CONTENT)

KOMPONEN

PENGGUNA
AN
(USE)
PKB 3104 10
Bentuk
(form)

Fonologi

(fon-bunyi)
◦Fonologi adalah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa – Kamus Dewan Edisi Terkini.
◦Fonem dikenalpasti sebagai unit-unit bahasa.
◦Fonem diertikan sebagai unit linguistik terkecil yang bertindak sebagai penanda perubahan dalam
◦sesuatu definisi dan makna.
◦Fonologi merupakan kajian berkenaan sistem bunyi dan bahasa.

Morfologi 

◦Morfologi adalah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa; termasuk infleksi,
terbitandan pemajmukan – Kamus Dewan Edisi Terkini.
◦Set peraturan yang menentukan prosedur pembinaan perkataan (morfem bebas).
◦Bertindak sebagai penentu prosedur penyatuan bunyi sehingga membentuk perkataan dan ayat.
◦Morfologi merupakan kajian berkenaan perkataan dan proses penyatuan fonem.

PKB 3104 11
 Sintaksis
◦ Sintaksis adalah pengetahuan (cabang ilmu
linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata
dalam ayat – Kamus Dewan Edisi Terkini.
◦ Sintaksis merupakan kajian berkenaan ayat dan
prosedur penyatuan perkataan membentuk ayat.
◦ Variasi ayat :
 Ayat tunggal,
 Ayat majmuk,
 Ayat kompleks.

PKB 3104 12
Kandungan
(content)

 Semantik
◦ Semantik adalah kajian tentang makna perkataan
dan penambahan makna sesuatu kata – Kamus
Dewan Edisi Terkini.
◦ Semantik merupakan kajian berkenaan makna
perkataan.
◦ Peraturan semantik adalah peraturan penentuan
morfem bebas yang dapat bergabung dan
memaparkan maksud.
◦ Teori semantik membincangkan asas utama
pembentukan perkataan.

PKB 3104 13
Penggunaan
(use)

 Pragmatik 
◦ Pragmatik adalah cabang linguistik yang berkaitan
dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul
daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu –
Kamus Dewan Edisi Terkini.
◦ Pragmatik merupakan penggunaan bahasa dalam proses
komunikasi.
◦ ”Penggunaan bahasa untuk meluahkan niat seseorang dan
menjalankan perkara-perkara di dunia” – Gleason (2001).
◦ Pragmatik merupakan kajian berkenaan jalinan peraturan
yang bertindak sebagai penentu penggunaan bahasa
demi proses interaksi sosial dalam masyarakat.
◦ Item ini melibatkan kajian tentang peraturan dan fungsi
komunikasi.

PKB 3104 14
JENIS-JENIS BAHASA
 PENERIMAAN/ RESEPTIF
 PENGLAHIRAN/ EKSPRESIF

PKB 3104 15
 Bahasa terdiri daripada bahasa penerimaan (receptive)
dan  bahasa pelahiran (expressive) yang terdapat dalam
bentuk lisan dan tulisan. 

 Bahasa penerimaan :
◦ merupakan keupayaan memahami input komunikasi bahasa 
sama ada dalam bentuk percakapan ataupun penulisan.
Penguasaan bahasa yang tinggi, misalnya mempunyai
perbendaharaan kata yang banyak akan memudahkan
pemahaman seseorang tentang perkara yang didengar ataupun
dibacanya.

  Bahasa pelahiran :
◦ merupakan bentuk bahasa yang dipertuturkan atau ditulis.  Bagi
kedua-dua jenis bahasa ini, selain perlu mempunyai
perbendaharaan kata yang banyak, seseorang itu perlu juga
menguasai aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa,  bentuk
bahasa, semantik, dan juga pragmatik.

PKB 3104 16
 Individu yang menghadapi masalah bahasa penerimaan  menghadapi
masalah memahami percakapan atau bacaan.  Mereka akan
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti berikut;

 bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan


 mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati

 kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang

lain bercakap dengannya


 sukar memahami konsep yang abstrak

 mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya

 ada  masalah dengan perkataan banyak makna

 bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea


 kerap memberi jawapan yang tidak sesuai

 sukar mempelajari makna perkataan baru

 bermasalah dalam urutan peristiwa (cth: hari dalam seminggu)


 Kerap mengulangi soalan daripada memberi jawapan kepada soalan itu

PKB 3104 17
 Begitu juga dengan masalah bahasa pelahiran.  Individu yang menghadapi
masalah bahasa pelahiran juga akan menunjukkan ciri-ciri  tingkah laku
 berikut;

 seorang pendiam
 tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kelas
 kerap salah menggunakan perkataan
 menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat
 lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap
 banyak menggunakan gerakan fizikal daripada ekspresi verbal
 tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk penerangan  dalam

perbualan atau menulis


 sentiasa menggunakan ayat-ayat pendek
 berjalan-jalan bila diajukan soalan atau mendengar cerita
 menggunakan perkataan secara berlebihan untuk menjelaskan idea yang

konkrit
 gagal memahami petunjuk (kiu) yang menandakan dia perlu berhenti

bercakap
 sangat sukar mengingat

PKB 3104 18
 Pendekatan interaktif atau komunikatif sangat
berkesan untuk membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah bahasa pelahiran atau
bahasa penerimaan. Kanak-kanak ini perlu
digalakkan berinteraksi sesama rakan sebaya
mereka, dengan guru, dan ibu bapa dalam
pelbagai situasi seperti ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
ketika melakukan aktiviti luar kelas seperti
lawatan, permainan, dan sebagainya.,

PKB 3104 19

You might also like