You are on page 1of 16

MATLAMAT 1 SDP

Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan


seimbang setiap insan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ia juga bermatlamat untuk menyediakan
guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual,
muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai bidang mata pelajaran lain.

MATLAMAT 2 SDP

- Matlamat pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan


untuk melahirkan masyarakat berbudaya khususnya
mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka,
berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik.

Seni
SENI DALAM PENDIDKAN

ruang muzik

Rajah 1 : Seni dalam Pendidikan


SDP merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni,
muzik dan pergerakan. Seni
menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan
irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan
ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan
untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik.

KEPENTINGAN SDP

- SDP bertujuan untuk membolehkan pelajar


menyedari,
memahami dan menghargai peranan seni
sebagai satu keperluan dalam urusan hidup.
- memahami hubungan dengan kejadian
alam, kaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi.
- aplikasinya dalam industri pembuatan dan
rekaan.
- sumbangannya dalam bidang keusahawanan
dan ekonomi Negara.
- peluangnya dalam kerjaya serta kesannya
terhadap
budaya kebangsaan, bidang komunikasi,
reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan
sehari-harian.
Nota pengurusan grafik – Bab 1 (Konsep dan latar belakang Seni dalam Pendidikan)

Teori-teori dalam SDP


D
lS
t
a
M
b
la
e
g
n
k
t
L
P
D
S
Kreativiti Seni dalam Pendidikan
Oleh
Nor Anuwar Bin Hamat
anuakrai@ipkb.edu.my.
Jabatan Kajian Sosial
Pengenalan
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah
bertujuan untuk melahirkan pelajar
sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan
masyarakat berbudya khususnya
mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap
ciri-ciri estetik. Dalam kontek
pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk
membolehkan pelajar menyedari,
memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan
hidup, hubungan dengan kejadian
alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri
pembuatan dan rekaan,
sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya
dalam kerjaya serta kesannya terhadap
budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan
sehari-harian.
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni,
muzik dan pergerakan. Seni
menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala
gerakan lebih kepada penggunaan
ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu
suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif.
Seni dapat merangsang deria dan
minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk
mendapat pengalaman baharu yang akan
meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada
guru-guru untuk mengesan
kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan,
pengalaman dan ekspresi. Seni
Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan
mata pelajaran PSV dengan mata
pelajaran lain.
Matlamat
Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang
setiap insan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga
bermatlamat untuk menyediakan
guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual,
muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai
bidang mata pelajaran lain.
Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan
Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran
kehidupan harian kanak-kanak. Melalui
unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Mereka
digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan
guru.
Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna
terdiri daripada warna
asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran
kita. Contohnya, warna daun,
wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada
menusia melalui personaliti,
psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi
marah, semangat berani dan juga
keceriaan. Warna sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar
dan nyaman. Ia juga
mengambarkan emosi sedih dan sayu.
Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh
dinikmati apabila kita
mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya,
bunyi tapak kasut orang
berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak
juga selalu menghasilkan irama
dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan
sebagainya. Dalam Pendidikan Seni
Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang,
susunan sekata yang menampakan
pergerakan.
Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama
semasa mereka
menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak, dan sebagainya. Irama
dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap
aktiviti yang dijalankan, dapat
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan
meningkatkan potensi dan
keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti
menari dan melompat sambil
mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih
kreatif apabila mereka bertindak
balas dengan irama yang dimainkan.
Gambar 1 : Murid-murid sedang membuat catatan
Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua
objek. Kita
memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu
menggunakan ruang dengan bijak untuk
mendapat keselesaan dan keselamatan.
Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-
kebolehan melihat dunia ‘visual
spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap
warna, garisan, ruang, bentuk,
rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik
untuk memastikan terdapat ruang
yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa.
Ini dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hubungan seni, muzik dan pergerakan
adalah sebagaimana rajah di
bawah.
Rajah 1: Seni Dalam Pendidikan
Seni
(Warna)
Muzik (Irama) Pergerakan (Ruang)
Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah
Kenneth M Langsing (1973) dalam bukunya Art, Artists and Art Education
menyatakan aktiviti pendidikan seni
boleh menjadi satu cabang komunikasi. Kebolehan guru memberi penerangan dan
penggunaan kaedah yang betul
dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru wajar memahami dan
menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu mahir mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan
kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan
menggunakan pelbagai pendekatan
dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk meneroka pelbagai
Seni Dalam
Pendidikan
sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Ia juga mengajar
murid menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara
proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi
kognitif dan ahli teori
konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka
membina pengatahuan secara
aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan
mendapat pengalaman baharu
melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori
konstruktivisme berhubung rapat
dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea
secara bebas dan kreatif.
Rajah 2 : Pelaksanaan Seni dalam pendidikan di sekolah
(Kanak-Kanak Memperoleh Pengalaman)
Membina konsep
Persepsi Pemahaman
Penemuan Kemahiran
Proses
Pengetahuan Proses
Hasil
Haward Gardner dalam Teori Keceedasan Manusia (1983), mengesyorkan bahawa
terdapat sekurangkurangnya
tujuh jenis kecerdasan. Kebanyakan pengajaran memberi penekanan kepada
kecerdasan linguistik dan
logik matematik sahaja. Kecerdasan lain kurang dirangsang. Manusia belajar
melalui berbagai cara untuk mencapai
kecemerlangan. Mereka akan mengunakan beberapa jenis kecerdasan secara
bergabung. Teori ini menyokong
pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni
dalam pendidikan.
Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata
pelajaran. Guru mata
pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan. Aktiviti perlu
dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan baik. Guru perlu
menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan
aktiviti pembelajaran yang pelbagai
untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar.
Pelajar perlu diberi peluang
mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan
persekitaran yang menginspirasikan.
Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik
untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna
dengan baik, memasukkan elemenelemen
irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa
proses pengajaran dan
pembalajaran. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok
melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka
tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru.
Pelaksanaan seni
dalam pendidikan
di Sekolah
Gambar 2 : Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
menghubungkitkan mata
pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan pergerakan. Contohnya
pengajaran mata pelajaran Sains di bawah
tajuk haiwan, iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. Guru boleh membawa
pelajar melawat Taman Sains di
sekolah untuk melihat sendiri jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Pelajar boleh
memerhati, membuat catatan
mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan, sama ada dari segi bentuk tubuh
badan, warna, saiz dan sebagainya.
Demikian juga, pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. Pelajar diberi
peluang untuk melukis dan
mewarna haiwan pilih mereka. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil
daripada pemerhatian yang dilakukan.
Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah. Murid-murid
bebas menggunakan kreativiti
mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik.
Pelajar juga dapat menggunakan daya
ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Cara ini akan
meningkatkan daya kreativiti mereka.
Apabila pelajar selesai menjalankan kajian, mereka boleh membentangkan hasil
kajiannya. Pembentangan
boleh dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap
ruang yang ada. Mereka boleh
menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas.
Gambar 3: Murid-murid sedang mewarna.
Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti
menari dan menyanyi
lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka juga boleh meniru
pergerakan haiwan, bunyi haiwan
dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk
memghasilkan bentuk persembahan yang
sesuai dan menarik. Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan
mengiringi persembahan mereka.
Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh
meneroka bunyi-bunyian yang
akan dihasilkan dengan menggunakan kertas, plastik yang dironyokkan, bunyi
tapak kasut, bunyi batang penyapu
yang dilagakan, bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut. Pelajar
digalakan mencuba dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Mereka akan rasa
seronok menjalani aktiviti hasil
kreativiti mereka sendiri.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan
baik. Mereka boleh
memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak
mencukupi, pelajar boleh mengubah
susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam
meningkatkan kreativiti mereka.
Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan
dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada
pelajar membuat kajian, catatan,
pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi,
di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang
disampaikan dengan lebih berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan
kondusif.
Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
Kreativiti
Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu
yang baharu. Ia satu kebolehan
menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua
idea. Ada juga yang berpendapat
bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya
(Csikszentmihalyi, 2003) dan ia
dianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . Namun begitu,
persoalan yang timbul ialah
bagaimana untuk menjadi kreatif ? Persoalan ini bukan sekadar dalam kalangan
pelajar, malah juga pentadbir,
pengurus, pereka dan sebagainya (Nickerson, 2003).
Goldberg (2001) menyatakan bahawa paling asas untuk memberikan perhatian
terhadap Pendidikan Seni
Visual di Sekolah Rendah ialah berkaitan isi kandungan pelajaran dengan proses
kreativiti. Beliau menyatakan
Pendidikan Seni Visual mempunyai perkaitan dengan budaya pembelajaran. Seni
dapat mengembangkan peluang
ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri,
mengalakan kerjasama dan keharmonian
kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan
menyatakan kebenaran dalam
kebudayaan bangsa.
Gambar 5 : Murid-murid manjalankan aktiviti dalam kumpulan
.
Ainon dan Abdullah (1996), menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan
pendekatan mikro yang
digunakan untuk menjana idea kreatif.
i. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh
Edward de Bono yang
menghasilkan idea luar biasa. Di sekolah, bidang mengambar, membuat bentuk
dan rekaan
memberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu.
ii. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam
pendidikan seni kanakkanak
akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea reka cipta baharu.
Misalnya,
reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020.
iii. Kaedah konstruktif merupakan proses kreatif yang menekankan kepada
pembaikan dan membina idea
yang telah ada dan diperbaharui.
iv. Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam
Pendidikan Seni.
Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan
makhluk asing,
gambaran mimpi dan sebagainya. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran
kreatif dan futuristik
dalam minda kanak-kanak.
Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui
penggunaan warna
dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan
misalnya, pelajar diberi peluang
mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan
warna pilihan untuk
menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar
bebas meneroka, meluahkan
perasaan dan kreativiti.
Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan
meneroka penggunaan bahan
berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah,
cebisan kertas kotak, helaian daun
kering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan
pilihan untuk membentuk objek
imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas
kertas merupakan satu proses
artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria
rangsangan dan dapat merangsang
minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.
Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan
untuk menghasilkan karya.
Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar
mereka untuk membentuk,
membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang
disediakan dalam bilik darjah.
Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai
tahap kepuasan belajar sebagaimana
diinfini.
Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar
bebas bergerak dalam
kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas
kerusi sahaja sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang
diberikan oleh guru. Guru boleh
membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan,
penyelidikan, rakaman serta ujikaji.
Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan
pengalaman baharu untuk
mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak
lebih kreatif, dan mengalami
suasana pembelajaran yang seronok.
Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan
dijalankan
Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat
kanak-kanak untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh
guru. Pelajar juga berpeluang
mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan
reaksi secara spontan apabila
dirangsang oleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan
menggunakan alat muzik, alat audio dan juga
dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk
meja dan sebagainya.
Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya
dimainkan untuk mengiringi
nyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama
digunakan untuk menbangkitkan mod
situasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa
Melayu yang bertemakan Sambutan
Hari Kemerdekaan. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad
seperti anggota tentera dan sebagainya
sangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat
patriotisme dalam diri mereka.
Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama
dan pergerakan. Pelajar boleh
menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan
batu kecil. Pelajar boleh mencipta
pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat
ditingkatkan apabila mereka
menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan.
Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar
dapat menyertai aktiviti yang
dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan
belakang kelas perlu disusun
dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan
seronok dan selamat. Susunan perabut
termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak
pembelajaran. Guru boleh menggunakan
ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek
keselamatan perlu diutamakan
semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang
secukupnya akan membantu
pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif.
Pelajar dapat mencuba
berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga
mengikut lirik sesebuah lagu.
Kesimpulan
Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-
guru di sekolah bagi mewujudkan
idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan
merangsang pelajar memahami isi
pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan
peluang kepada pelajar menunjukkan
bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih
bermotivasi, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif.
Mereka dapat meluahkan idea dan
perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya
tidak meminggirkan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata
pelajaran lain hanya kerana ingin
pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini
kerana seni dalam pendidikan
mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya
maju.
Rujukan
Csikszentmihalyi, M., “Implications of a Systems Perspective for the Study of
Creativity” In Sternberg, R. J, (Eds.),
2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press.
Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai :
Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. “The concept of creativity: Prospects and
Paradigms” In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003.
Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press.
Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like