You are on page 1of 4

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI,HIKAYAT SI MISKIN,CERITA BERBINGKAI

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI


Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan hasil sastera sejarah yang tertua yang dipercayai disusun
pada abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Malikul Saleh hingga Pasai ditakluki oleh
Majapahit. Ia dapat dibahagikan kepada 3 mengikut peralihan cerita.

Pertama, mengenai pembukaan Negeri Samudera-Pasai dan kisah pengislamannya. Kisahnya


mengaitkan keturunan raja-raja Pasai yang bernama Raja Ahmad & Raja Muhammad. Ketika
berburu, Raja Ahmad menjumpai budak perempuan daripada buluh betung. Mereka
berkahwin & mendapat seorang puteri bernama Puteri Betong. Puteri Betong pula
dikahwinkan dengan Merah Gajah & mendapat 2 orang putera iaitu Merah Silu & Merah
Hanum. Setelah dewasa, Merah Silu telah membuka Pasai Samudera sempena seekor semut
besar. Kisah pengislaman Pasai pula dikaitkan dengan Merah Silu yang bermimpi bertemu
dengan Rasulluah & menukar nama kepada Sultan Malikul Saleh.

Manakala bahagian kedua menceritakan kisah mengenai kisah mengenai Tun Brahim Bapa
yang merupakan tokoh yg menjadi kebanggaan Kerajaan Pasai.Kegagahan Tun Brahim
Bapa(anak Sultan Ahmad) digambarkan seperti Hang Tuah.Beliau juga amat dikenali rakyat
kerana prihatin akan kehidupan rakyat.

Bahagian akhir cerita pula mengenai kisah penaklukan Pasai oleh Majapahit. Puncannya
bermula akibat daripada sifat dengki pembesar Pasai kepada Tun Brahim Bapa. Mereka
menfitnah Tun Brahim Bapa kononnya ia telah menceroboh gundik kesayangan raja lalu
dijatuhkan hukuman dgn meminum racun. Setelah kematian Tun Brahim, kekuasaan Pasai
menjadi lemah & mudah ditakluki Majapahit. Akhirnya, Pasai dapat dikalahkan oleh Raja
Aceh iaitu Sultan Iskanar Muda Mahkota Alam.

Dlm hikayat ini ada terselit unsur metos iaitu ketika Raja Muhammad membuka negeri &
berjumpa dgn buluh betung. Dari betung itu lahir seorang puteri bernama Puteri Betong.
Manakala kakanda Raja Muhammad iaitu Raja Ahmad mendapat putera yang dipelihara oleh
gajah lalu diberi nama Merah Gajah. Setelah Merah Gajah berkahwin dgn Puteri Betong,
mereka memperolehi anak bernama Merah Silu & Merah Hanum.

Ada juga dikaitkan dgn legenda mengenai kedatangan Islam yg dihubungkan dgn Nabi
Muhammad. Merah Silu mendapat mimpi sehingga dpt mengucap dua kalimah syahadat &
dapat membaca Al-Quran. Setelah memeluk Islam, ia berkahwin dgn Puteri Ganggang dari
Perlak & mendapat putera bernama Malikul Tahir.

Kesimpulannya, Hikayat Raja-Raja Pasai mengandungi unsur metos & sejarah seperti yg
terdapat dlm ciri sastera sejarah. Kegagahan Tun Brahim diselitkan  di samping memasukkan
bentuk puisi. Akan tetapi penggunaan bahasa kurang menarik & menyukarkan pembaca.
Ayatnya juga tidak sempurna di samping terselit bahasa Melayu kuno. Namun begitu, ia
merupakan sastera sejarah yang bermutu.

HIKAYAT SI MISKIN
Hikayat-hikayat yg dihasilkan dlm zaman pra-Islam iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam
Melayu yg pada masa ini  masih tebal dgn pengaruh kebudayaan Hindu. Hasil-hasil karya
atau hikayat yg terdapat pada zaman ini mengandungi unsur-unsur sama ada cerita yg asalnya
berunsur Hindu itu telah ditambah dgn unsur Hindu atau cerita-cerita ini memang lahir pada
zaman kedua-dua unsur itu berkembang. Di antara hikayat yg dihasil pada zaman pra-Islam
ialah Hikayat Si Miskin.

Hikayat Si Miskin mengisahkan tentang Si Miskin suami-isteri yang berasal dari kayangan
telah disumpah oleh Betara Indera lalu dibuang ke dunia. Mereka hidup dlm keadaan miskin.
Si Miskin mempunyai rupa yg buruk, dibenci, dihina & dilontar batu ke mana sahaja mereka
pergi. Suatu ketika isterinya hamil yang mahu mengidam pelam & nangka raja.Si Miskin
akhirnya berjaya mendapatkannya.

Isteri Si Miskin melahirkan putera bernama Marakarmah. Setelah kelahiran putera itu,
mereka menjadi kaya & mendirikan sebuah kerajaan. Si Miskin telah menjadi raja bergelar
Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya bernama Nila Kesuma. Atas hasutan Raja
Antah Berantah & nujum menyebabkan kedua anaknya itu dibuang kerana kononnya mereka
akan membawa kecelakaan. Kemudian Si Miskin menjadi papa semula.

Marakarmah berjalan di hutan bersama adiknya iaitu Nila Kesuma. Selepas itu, mereka
berpisah. Marakarmah dituduh pencuri & dihukum dgn membuangnya ke laut tetapi hanyut
di negeri yg didiami oleh raksasa & telah menawan Tuan Puteri Cahaya Khairani iaitu puteri
raja yg memerintah Nercu Indera. Marakarmah menyelamatkan puteri itu & menumpang di
sebuah kapal. Sekali lagi, Marakarmah dibuang ke laut & ditelah ikan nun kerana nahkoda
kapal itu suka kepada isterinya(Puteri Cahaya Khairani). Ikan nun itu mengikuti kapal
tersebut. Marakarmah telah diselamatkan oleh Nenek Kebayan dgn membelah perut ikan nun
menggunakan daun padi. Akhirnya, Marakarmah berjaya menemui isterinya semula.

Di akhir cerita, Marakarmah berjaya menemui semula kedua ibu-bapanya yg telah jatuh
miskin serta adiknya yg sekian lama berpisah. Dgn menggunakan kesaktian yg ada pada
Marakarmah mengembalikan semula kerajaan Puspa Sari. Marakarmah berjaya mengalahkan
Maharaja Indera Dewa dlm satu peperangan yg hebat. Marakarmah ditolong oleh tujuh orang
raja yang menjadi sahabatnya. Kemudian ia dilantik sebagai raja di negeri ayahanda
mertuanya iaitu negeri Nercu Indera.

Kesimpulannya, Hikayat Si Miskin adalah salah satu karya sastera bercorak Hindu yang telah
diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam.
CERITA BERBINGKAI
Cerita berbingkai adalah cerita biasa yang disisipkan dengan cerita lain.Dalam cerita ini
dimasukkan isi cerita sehingga menjadi panjang. Ianya berkisar pada watak tertentu. Istilah
sastera berbingkai seringkali mengandungi sebuah cerita pokok dan beberapa cerita yang
merupakan bantuan. Oleh itu terdapat cerita dalam cerita.

Cerita sisipan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu cerita mengenai ajaran agama seperti
Jakarta, keduanya mengenai cerita berkisar ajaran politik dan pengetahuan dunia dan akhir
sekali cerita yang memberi hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, bahagian yang terbesar daripada cerita berbingkai terdiri daripada Hikayat
Bakhtiar, Hikayat Bayan Budiman dan sebagainya. Motif utama cerita berbingkai ialah
memberi nasihat dalam berntuk kiasan dan sindiran. Ianya berfungsi sebagai menghiburkan
pendengar dan pembaca.Oleh itu cerits berbingkai ini mempunyai dua bahagian iaitu bingkai
dan isi.

Bingkai merupakan dasar untuk mengulangkan cerita. Terapat satu kisah mengenai watak
tertentu.Pada dasarnya cerita berbingkai terkandung dalam sesebuah hikayat manakala
sisipan adalah isinya.

Tujuaan cerita berbingkai ini adalah untuk menyampaikan ajaran moral. Biasanya kisah
mengenai orang yang tidak beralah akan dihukum unruk mengelakkan hukuman satu demi
satu kisah diceritakan sehingga pihak yang bersalah itu sedar dan hendaklah dibetulkan.
Tegasnya ajaran moral ialah orang jahat mendapat balasan dan orang yang baik mendapat
ganjaran.

Dalam cerita Hikayat Bahktiar misalnya, bingkai cerita tertumpu pada kisah anak raja
bernama Bahktiar iaitu putera Raja Ajam. Raja Ajam terpaksa melarikan diri dari istana
untuk mengelakkan adiknya yang ingin merebut tahkta kerajaan. Terpaksalah mereka suami
isteri mengharungi rintangan terutama apabila mereka suami isteri mendapat kelahiran
seorang putera yang ditinggalkannya dalam hutan belantara.Mereka  berdoa kepada tuhan
semoga anaknya itu dilindungi.

Kemudian Raja Ajam, telah mendirikan sebuah kerajaan lain dan memerintah dengan aman.
Sementara itu, anaknya telah diambil oleh Saudagar Idris yang dijumpai di dalam hutan
semasa ia berburu.Anak itu dijadikan anak angkat dan diberi nama Bahktiar. Suatu hari ayah
dan anak bertemu apabila Saudagar Idris menghadap Raja Ajam. Berkenan dengan kelakuan
Bahktiar, Raja Ajam telah menjadikannya anak angkat sedangkan itu anaknya sendiri. Oleh
itu, hasad dengki telah timbul terhadap segala menteri & orang besar istana.Akhirnya raja
telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Bahktiar. Dengan kebijaksanaannya, ia cuba
melalaikan raja dgn bercerita yg baik dimulai dgn cerita memikat hati si pendengar iaitu
cerita sisipan.

Apabila Saudagar Idris melawat Bahktiar di penjara, kemudiannya ia pergi bertemu raja dgn
menceritakan kisah sebenar ia menjumpai Bahktiar di hutan. Maka tahulah raja bahawa
Bahktiar itu anak yg ditinggalkannya di masa lalu. Raja murka lalu menghukum menterinya.
Lalu, raja & Bahktiar pun hidup bahagia.

Dalam hikayat Bahktiar ini kita dapat lihat 2 bahagian iaitu bingkai & isi dgn meceritakan
Bahktiar adalah bingkai cerita. Isinya adalah mengenai kisah yg diceritakan Bahktiar sendiri.

Natijahnya, cerita berbingkai ini dapat dirumuskan sebagai cerita yg sentiasa disisipkan dgn
cerita lain. Motif utamanya utk memberi nasihat dlm bentuk kiasan & sindiran.Disamping itu,
berfungsi sebagai menghiburkan pendengar & pembaca. Ia juga merupakan suatu usaha utk
melambatkan orang dari mengerjakan sesuatu yg buruk. Adanya cerita berbingkai ini bererti
kita dpt menambahkan lagi khazanah kesusateraan Melayu. Ini dpt membantu generasi akan
dtg supaya tidak papa dari segi kesusateraan.

You might also like