P. 1
SINTAKSIS

SINTAKSIS

|Views: 25,542|Likes:
Published by zuraida0thman

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: zuraida0thman on Aug 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

PENGENALAN

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

AYAT

KLAUSA

FRASA

KATA

Definisi Ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Binaan ayat

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

Subjek dan predikat Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsurunsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Pola ayat dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Definisi Frasa Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Sebagai contohnya, Kambing.

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu : Frasa Nama(FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi (FS).

Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata. Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masingmasing.

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna. Jika dahulu, Pendeta Z¶aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada dua perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa. Contohnya, Rumah

STRUKYUR FRASA

Satu perkataan

Banyak perkataan

Yang pentingnya, setiap frasa mesti mempunyai inti. Inti itulah yang sebenarnya membina struktur frasa. Sekiranya frasa itu terdiri daripada satu perkataan, maka perkataan yang menjadi frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi lebih luas.

Frasa satu perkataan boleh dijadikan seperti rajah di bawah. 1. Tiga buah rumah besar itu

Analisis

Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpontesi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa boleh hanya mengandungi subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.Sebagai contohnya, i. Burung merpati terbang melayang. ii. Anak kecil itu sedang tidur. iii. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.
(tulisan condong merujuk pada susunan perkataan)

Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata buku ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah buku, buku laporan, sebuah buku laporan, dan sebagainya

Tugas Frasa Dalam Ayat Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituen utama, iaitu sebagai subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat di bawah, frasa nama berfungsi sebagai subjek bagi semua pola ayat. Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja.

Empat pola binaan ayat dasar

FN + FN

FN + FK

FN + FA

FN + FSN

KESIMPULAN

Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa: Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->