You are on page 1of 4

http://hidayahsyafiq.blogspot.

com

SMK
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS/SAINS TULEN KALI KETIGA SESI 2010

Tarikh : 4.8.2010 (SELASA)


Tempat: Makmal Biologi
Masa : 3.00 pm

Kehadiran :
1) Pn Raja Zainil Naemah Bt Raja Kamaruddin
2) Pn Siti Aisyah Sue Lee Bt Abdullah
3) Pn Balqis Bt Yusoff
4) Pn Rodzita Bt Goning
5) Pn Nur Hidayah Bt Ismail
6) Pn Jessie Lawrence Ening
7) En. Ali Bin Mohamed
8) En. Rahman Shah Bin Aris

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


Pn Siti Aisyah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat disahkan oleh Pn Sharain Bt Yacob dan disokong oleh En Ali

Tindakan: Makluman

3.0 SOALAN PEPERIKSAAN

Semua guru penyedia soalan perlu menggubal soalan ujian formatif bulan ogos dengan
pelbagai teknik dan perlu disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang.
Semua guru juga perlu menghantar soalan, JSU dan skema jawapan kepada Setiausaha
Peperiksaan Dalaman.
http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Guru yang masih belum menyiapkan soalan ujian formatif, dinasihat supaya dapat
menyiapkan dengan segera.

4.0 KEBERKESANAN P&P

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan dengan berkesan. Semua guru


digalakkan mengajar dengan pelbagai teknik yang berkesan. Penggunaan teknik yang
berkesan akan dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar di dalam peperiksaan.

Guru Sains tidak dibenarkan menggunakan Buku Kerja dan ianya perlu diganti dengan buku
tulis yang mana lebih membawa kepada keberkesanan pelajaran atas saranan Puan Pengetua.
Bagaimanpun setiap makmal akan dibekalkan buku kerja bagi rujukan tambahan kepada para
pelajar Tindakan: Semua Guru

5.0 HEADCOUNT DAN POST MORTEM

Headcount peperiksaan pertengahan tahun untuk telah diedarkan. Headcount telah dianalisis
dan didapati peratus lulus untuk Sains PMR masih tidak mencapai sasaran lulus sekolah iaitu
80%. Begitu juga peratus lulus untuk Sains SPM masih tidak mencapai sasaran seperti yang
ditetapkan oleh Pihak Sekolah.

Manakala Subjek Sains tulen pula mencapai peratus kelulusan 100%. Walaubagaimanapun
peratus pelajar mendapat A adalah kurang. Oleh yang demikian diharapkan para guru harus
meningkatkan kualiti serta kuantiti kecemerlangan dalam peperiksaan untuk subjek Sains.

Tindakan: Semua Guru

6.0 PROGRAM KECEMERLANGAN

En Rahman akan mengadakan bengkel kecemerlangan untuk kelas tingkatan 3 yang akan
dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.

Selain itu juga Encik Rahman akan mengadakan bengkel untuk guru-guru yang tiada
mempunyai pengalaman menanda kertas. Ini bertujuan meningkatkan lagi skil para guru
untuk menanda kertas dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam pelajaran
murid-murid.

Tindakan: Semua Guru

7.0 BULAN SAINS

Bulan sains telah dijayakan dengan lancarnya dengan penglibatan para guru dalam
menjayakan program yang dirancangkan. Antara aktiviti yang telah dijayakan adalah
Program Ikan keli, Pertunjukan Demonstration Of Reaction, Dont Break the egg,
Memancing di dalam gelap, dan Treasure hunt.
http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Aktiviti Ikan Keli

Program ini telah dijayakan oleh Encik Ali Bn mohamad dengan kerjasama En Rahman Shah
bin Aris. Program ini juga disertai hampir 90 orang pelajar. Setiap pelajar dikenakan bayaran
RM 1. Program yang dijalankan bertujuan member pendedahan kepada para pelajar mengani
dan cara-cara menternak ikan keli dengan betul. Program ini banyak mendedahkan aspek
pengendalian peralatan dan kaedah saintifik yang betul dan tepat.

Aktiviti Dont Break the Egg.

Program yang dijayakan oleh Pn Siti Aisyah Sue Lee Bt Abdullah dan Puan Balqis Bt Yusuf
telah diadakan dalam Bulan Sains dan Matematik. Program yang telah dijayakan ini juga
mendapat penyertaan sebanyak 20 orang pelajar. Program ini telah berjaya mencungkil bakat
para peserta mengenai cara berfikir dan pengaplikasian teori sains ke dalam kehidupan
seharian.

Aktiviti Treasure Hunt

Program yang mendapat penyertaan seramai 17 kumpulan yangmana setiap kumpulan terdiri
daripada empar orang. Program ini telah dijayakan oleh Pn Rodzita Bin Goning dan Pn
Sharain Bt Yacob. Aktiviti yang dijalankan berunsur games yang memerlukan ketangkasas,
kebijaksanaan serta kepekaan pelajar terhadap sains, serta kawasan sekolah. Setiap peserta
juga perlu mempunyai semangat berkumpulan bagi membolehkan mereka mampu
menjalankan aktiviti bersama-sama dan memudahkan aktiviti mereka.

Aktiviti Fishing In Dark

Aktiviti kelolaan Pn Jessie Lawrence dan Puan Saimah merupakan aktiviti yang melibatkan
kepekaan dan deria rasa dimana para pelajar diuji untuk memancing ikan kertas dan matanya
ditutup. Aktiviti ini menimbulkan perasaan para pelajar untuk mencuba dan berfikir
bagaimana mahu mendapatkan ikan dengan jumlah yang banyak.

Aktiviti Demonstration Of Reaction

8.0 PEKA

Semua borang peka hendaklah dihantar kepada Ketua Bidang selewat-lewatnya akhir bulan
8.Semua guru hendaklah memastikan fail PEKA untuk pelajar adalah lengkap dari tingkatan
satu hingga tingkatan 3. Tambahan itu juga guru juga hendaklah meletakkan bersama Student
Manual dan Teachers manual
http://hidayahsyafiq.blogspot.com

Tindakan: Semua Guru

9.0 HAL-HAL LAIN

Program untuk kelas 3B hingga 3 Harmoni akan diadakan . Program yang berbetuk bengkel
akan dijalankan untuk teknik menjawab soalan

Bengkel menanda kertas juga akan diadakan untuk memberikan kemahiran dan pengalaman
kepada guru-guru sains dan sasarannya adalah guru yang tidak pernah menanda kertas soalan.

Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang

PENCATAT DISAHKAN OLEH

------------------------------- -------------------------------------------------
( NUR HIDAYAH ISMAIL) ( PN SITI AISYAH SLBT ABDULLAH)
SETIAUSAHA PANITIA SAINS /SAINS TULEN KETUA PANITIA SAINS/SAINS TULEN

You might also like