You are on page 1of 10

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 143

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH


DAN MENENGAH DI MALAYSIA: ISU, MASALAH
DAN CADANGAN UNTUK MENGATASINYA

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki


Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Management of school finance is very crucial part of a school management


system, because the school principal will be liable to surcharge or even demo-
tion if she/he mismanages the school finances. This article will discuss cur-
rent issues and problems encountered by school principals in school financial
management, such as inadequacy of federal government allocation and grants,
inadequacy of public funds and donations, inadequacy of special fees collections,
teacher attitude toward managing school finance, payment and purchase of goods
and services without proper rules and procedures. central government contract,
and inefficiency of new principals and school clerks in managing school finances.
This article will also suggest ways to alleviate school financial management
problems.
Pengurusan kewangan di sekolah di Malaysia berkait rapat dengan sistem lantikan
pengetua dan guru besar. Sistem lantikan pengetua di Malaysia adalah berdasarkan
kekananan dalam perkhidmatan dan pengalaman sebagai guru. Oleh itu, pengetua atau
guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah berdasarkan cubajaya. Ini disebab-
kan selepas beberapa bulan atau malah selepas beberapa tahun barulah mereka ini di beri-
kan kursus pengurusan sekolah khasnya kursus pengurusan kewangan sekolah sedangkan
pengurusan kewangan sekolah merupakan salah satu aspek pengurusan sekolah yang
amat penting dan perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika
berlaku penyelewengan pengetualguru besar boleh diambil tindakan disiplin, surcharge,
turun pangkat atau dibuang kerja. Dalam pada itu, kepemimpinan, kemahiran, sikap dan
tanggung jawab pengetua terhadap pengu rusan kewangan sekolah amat penting diambil
perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya
untuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut
prosedur dan peraturan yang telah ditetapakan oleh kerajaan melalui surat-surat
Pekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan Akta
Pendidikan 1996 (Mokhtar Ibrahim, 2003). Bagaimana pun, pihak sekolah khasnya
pengetua atau guru besar sering kali dibebani dengan pelbagai masalah dalam pengurusan
kewangan sekolah.

Isu dan Masalah dalam Pengurusan Kewangan Sekolah

Masalah-masalah yang dikemukakan ini adlah mengikkut jenis sekolah kerana


kajian-kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji di beberapa
buah sekolah iaitu sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah teknik dan
asrama penuh menunjukkan bahawa kesemuanya menghadapi isu dan masalah
yang lebih kurang sama, iaitu:
144 Masalah Pendidikan 2005. Untversiti Malaya

Peruntukan Wang Kerajaan yang Tidak Mencukupi


Masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam pengurusan kewangan ialah
masalah peruntukan wang kerajaan yang tidak mencukupi. Isu ini mungkin juga
merupakan masalah utama di kebanyakan sekolah di negara kita terutamanya di sekolah-
sekolah rendah Iuar bandar di mana enrolmen pelajamya tidak ramal. Peruntukan wang
kerajaan ini adalah berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah atau pun yang biasa
disebut sebagai Bantuan Per Kapita Gran (PCG) untuk mata pelajaran tertentu. Selain itu,
apabila peruntukan PCG mata pelajaran dikumpulkan mengikut mata pelajaran teras,
wajib, tambahan dan elektif di mana ada mata pelajaran yang mendapat peuntukan PCG
yang banyak dan ada mata pelajaran mendapat kurang per untukan di bawah peG. Bagi
PCG bukan mata pelajaran terutama bagi Bimbingan dan Kaunseling, ianya selalu
mengalami kekurangan peruntukan (Azizah Hassan, 2004).
Begitu juga dengan peruntukan untuk Lain Peruntukan Berulang Tahun (LPBT) atau
Lain Peruntukan Khas (LPK) tidak mencukupi untuk membayar bil-bil elektrik, air, tele-
fon, percetakan, membeli bahan dan bekalan sekolah, dan membeli alatan bantu menga-
jar. Hal ini berlaku kerana harga barang-barang dan perkhidmatan telah naik pada tiap
tabun sedangkan peruntukan dan pemberian kerajaan adalah pada kadar yang tetap setiap
tahun (Shahril Marzuki, 1999). Oleh itu, guru besar atau pengetua yang menghadapi ma-
salah kewangan sedemikian biasanya terpaksa mencari sumber kewangan lain, misalnya
daripada PIBG sekolah ataupun melalui viremen, bagi menampung kekurangan tersebut.
Dalam keadaan yang lebih serius, terutamanya selepas pertengahan tahun, sesetengah
perbelanjaan terpaksa dibatalkan ataupun dikurangkan. Malah di setengah sekolah ada
yang mengadakan kempen berjimat cermat dalam penggunaan elektrik dengan tidak
membenarkan pelajar-pelajar memasang kipas sebelum waktu rehat dan begitu juga bilik
guru di benarkan memasang peng-hawa dingin selepas waktu rehat sahaja (Azizah Has-
san, 2004).

Kutipan Wang Sumber Wang Awam (SUWA) yang Tidak Mencukupi


Masalah wang yang tidak meneukupi juga dihadapi dalam akaun wang SUWA. Mengikut
tinjauan di beberapa sekolah didapati bahawa kebanyakan kutipan yuran seperti yuran
kertas ujian, yuran perpustakaan, yuran sukan/permainan adalah tidak meneukupi untuk
menampung perbelanjaan yang berkenaan (Subathiran Ramaloo, 2000). Dalam satu kes
di sebuah sekolah menengah pengetuanya menerima derma sebanyak RMI ,500.00 setiap
tahun daripada PIBGnya untuk menganjurkan sukan tahunan sekolah sementara dalam
sebuah sekolah yang lain, pengetuanya terpaksa menggunakan peruntukan Kemahiran
Hidup untuk membeli kertas pendua untuk mencetak kertas ujian (Azizah Hassan, 2004).
Di samping itu, kebanyakan pengetua akan menggunakan kutipan sewa kantin atau kedai
buku bagi menampung tambahan perbelanjaan peperiksaan dalaman, perpustakaan dan
sukan/permainan (Loo Bee Lin, 1999; Mohamed Mahmod, 1997).

Masalah Kutipan Yuran Sekolah


Bagi menampung perbelanjaannya, sesebuah sekolah dibenarkan membuat kutipan yuran
khas. Namun demikian, kebanyakan sekolah menghadapi masalah yang sarna, iaitu
masalah dalam kutipan yuran sekolah. Kebanyakan sekolah tidak berjaya mengutip
semua yuran khas daripada semua pelajarnya (Loo Bee Lin, 1999; Mohamed Mahmod,
1997). Beberapa guru besar dan pengetua menyatakan bahawa di antara sebab-sebabnya
ialah
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 145

keadaan SES ibu bapa yang kadangkala mempunyai bilangan anak bersekolah yang
rarnai serta sikap guru tingkatan yang tidak berusaha mengutip yuran tersebut daripada
semua pelajarnya (Mohamed Mahmod, 1997). Seorang penge-tua memaklumkan bahawa
ada beberapa kes yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 di mana pelajar telah
membelanjakan wang yuran khas dan juga wang yuran peperiksaan SPM yang diberi oleh
ibu bapa mereka. Masalah ini hanya diketahui apabila ibu bapa dijemput ke sekolah
untuk menyelesaikan masalah pembayaran yuran sekolah (Abd· Rahim Affandi,2003).

Pengurusan Pembelian dan Pesanan


Pengetualguru besar telah diberi mandat oleh Kementerian Pelajaran untuk memegang
amanah dalam membelanjakan dana sekolah yang diterima dari kerajaan. Oleh yang de-
mikian, pengetualguru besar perlu membuat perancangan pembelian setahun bagi tahun
semasa dan juga perlu mewujudkan Jawatankuasa Kewangan Sekolah (Shahril Marzuki,
2005). Melalui jawatankuasa ini,pengetualguru besar dapat menentukan keperluan dan
mengetahui permintaan guru-guru sekolah berkenaan dan dapat menge-luarkan anggaran
pendapatan dan perbelanjaan sekolah. Pembelian harus dibuat berdasarkan minit me-
syuarat mengikut keperluan pengajaran-pembelajaran. Pengetualguru besar harus meng-
elak pembelian berdasarkan keputusan yang tergesa-gesa dan tanpa penilaian kerana ini
akan mewujudkan pembaziran dan pembelian yang tidak tepat (Shahril Marzuki, 2005).
Kebanyakan pengetualguru besar tidak mengikut prosedur pembelian iaitu membuat
pemilihan pembekal harus dibuktikan dengan keputusan J awatankuasa Kewangan
sekolah dan ianya perlu bukti berdasarkan sebut harga antara pembekal dan dapat
memenuhi tempahan dengan sempuma. Dalam tatacara pembelian, setiap pembelian
haruslah dibuat melalui penyenaraian item dan harus dibuat di dalam buku Pesanan
Tempatan bagi setiap pembelian melebihiRM50.oo (KementerianPendidikan Malaysia,
1999). Keadaanini perlu sebagai bukti yang menyokong pihak sekolah se-kiranya timbul
sebarang keraguan dari segi kualiti, kuantiti barang, nama barang, harga dan tempoh
khidmat pembekal. Pengetual guru besar boleh menolakjika bekalan tidak memenuhi
syaratpesanan.Namunbegituadapengetualgurubesaryangmengingkariarahandenganmemb
uatpembeliansecaratunai tanpa mengisi buku LO terlebih dahulu; malah kebanyakan
pengetua mengisi buku LO setelah pembelian dibuat. Sikap pengetualguru besar yang
tidak membuat semakan ke atas barang yang dipesan betul atau tidakjuga menjadi isu
dalam pengurusan pembelian dan pesanan.

Sikap Guru
Beberapa orang guru besar dan pengetua memaklumkan tentang masalah sikap guru yang
mempunyai urusan dengan kewangan sekolah. Masalah utama di sini ialah guru melaku-
kan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian. Sebagai contoh, terdapat guru yang
membuat pembelian barang-barang atau peralatan tanpa menggunakan borang pesanan,
selain ada juga yang mengisi borang pesanan selepas beberapa bulan. Contohnya, ada
guru hanya menyerahkan resit pembelian atau invoice pada tahun berikutnya. lni jelas
melanggar tatacara kewangan dan pengetua berhak menolak pembayaran (Abdul Rahim
Affandi, 2003). Selain daripada itu, terdapat juga guru tingkatan yang mengutip yuran
khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkan wang kutipan kepada pihak sekolah. Se-
baliknya, guru yang terbabit membelanjakan wang tersebut dan hal ini hanya diketahui
oleh pihak sekolah apabila pelajar mengadu tidak menerima resit. Di samping itu, terda-
pat juga guru tingkatan yang menyerahkan kutipan yuran khas kepada sekolah beberapa
146 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

minggu atau bulan kemudian dengan alasan hendak menunggu sehingga semua pelajar-
nya telah menjelaskan yuran (Wan Azman Wan Idris, 2002).

Kekurangan Pegawai Kerani Kewangan


Masalah ini biasa berlaku di sekolah-sekolah rendah yang kecil di luar bandar (under
enrolment) kerana tidak ada seorang kerani kewangan. Sebaliknya, guru besar terpaksa
melakukan kerja kerani kewangan. Masalah ini bertambah rumit apabila guru besar/
pengetua tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kewangan se-
kolah, terutamanya guru besar/pengetua yang barn dilantik dan belum pemah menghadiri
kursus pengurusan kewangan (Abdul Rahim Affandi, 2003). Selain dari itu, terdapat ke-
rani di sebuah sekolah menengah yang telah dinaikkan taraf sebagai PTJ mengadu baha-
wa beliau terpaksa menguruskan banyak akaun sekolah, iaitu akaun wang SUWA, wang
kerajaan, peruntukan pendidikan khas, akaun asrama, dan juga akaun PTJ. Kerja beliau
bertambah sejak sekolah itu dijadikan PTJ tetapi tidak ada pertambahan staf. Oleh itu,
beliau berpendapat bahawa staf pejabat sekolah perlu ditambah apabila sekolah dijadikan
PTJ (ZaidahMustafa, 2004).

Masalah Kontrak Pusat


Masalah ini biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak di mana peruntukan wang kerajaan
di sekolah-sekolah rendah di negeri Sarawak atau di Sabah diuruskan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah yang bertindak sebagai PTJ. Oleh itu, segala pembelian barang-barang
keperluan sekolah hendaklah melalui PPD yang telah mewujudkan sistem pembelian
melalui kontrak pusat (Liong Shou Chuan, 2005). Dalam pada itu, terdapat beberapa
buah sekolah rendah yang menghadapi masalah apabila ingin membeli barang-barang
tertentu. Misalnya, ada kerani di sebuah sekolah rendah memaklumkan bahawa apabila
diminta sebuah syarikat (yang berada di bawah kontrak pusat) membekalkan raket
badminton jenama X, syarikat tersebut membekalkan raket jenama Y kerana tidak ada
yang jenama X. Sekolah terse but terpaksa menerima raket badminton itu kerana tidak
ada pilihan dan tidak pula dibenarkan membeli daripada syarikat yang bukan tersenarai
dalam kontrak pusat. Secara bandingan, raket jenama X adalah lebih baik. Selain dati itu,
harga raket jenama Y adalah sama dengan jenama X, walaupun kualitinya tidak baik
(Liong Shou Chuan, 2005).

Pengurusan Kewangan yang Kurang Mahir


Tinjauan daripada kajian yang pemah dijalankan menunjukkan bahawa pengurus ke-
wangan yang kurang mahir merupakan salah satu masalah utama di dalam pengurusan
kewangan sekolah di kalangan sekolah-sekolah di Malaysia ini (Loo Bee Lian,1999;
Mohamed Mahmod, 1997). Masalah ini berlaku terutamanya di kalangan guru besar/
pengetua/pegawai kerani yang barn dilantik. Namun dernikian, terdapat juga guru 00-
sar/pengetua/pegawai kerani yang lama tetapi masih belum mempunyai kemahiran dalam
pengurusan kewangan sekolah. Akibatnya, terdapat masalah seperti rekod urusan
kewangan yang tidak lengkap dan perbelanjaan dilakukan tanpa mengambil kira baki
peruntukan (Abdul Rahim Affandi, 2003).

Masalah Pembelian Melewati Tahun Semasa (Masalah AP 58)


Masalah AP 58 berlaku dan dihadapi oleh sekolah-sekolah bertaraf PTJ. lui disebabkan
sekolah membuat pembelian dan proses pembayaran dibuat oleh Akauntan Negara,
kelewatan sekolah dalam menguruskan pembelian atau mengemukakan
Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 147

baucer pembelian berserta LO dan sijil akaun penerimaan yang agak lewat diakhir tahun
menyebabkan proses pembayaran tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan
peruntukan tahun semasa (Azizah Hassan, 2004; Mokbtar Ibrahim, 2003). Oleh itu,
pengetua perlu mengisi borang AP 58 bagi membolehkan pembayaran dibuat dengan
menggunakan peruntukan kewangan sekolah pada masa akan datang. Ini menunjukkan
ketidakcekapan pengetua/guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah.

Tiada Peruntukan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bukan PTJ


Terdapat sekolah menengah atau sekolah rendah yang bertaraf Pusat Tanggung jawab
(PTJ) te1ah diberi peruntukan sebanyak RMlO,OOO setahun bagi penyelenggaraan seko-
lah terutama bagi kerja yang melibatkan penyelenggaraan kecil-kecilan (Azizah Hassan,
2004). Bagaimana pun, sekolah-sekolah menengah atau sekolah rendah yang bukan ber-
taraf PTJ tidak di beri peruntukan penyelenggaran seperti mana sekolah bertaraf PTJ.
Namun.sekolah.ini bolehmemohonperuntukan penyelenggaraan daripada Jabatan Pe-
lajaran Negeri. Malangnya, proses untuk mendapatkan peruntukan tersebut mengambil
masa yang agak lama dan kadang kala apabila JPN sudah kehabisan peruntukan maka
pihak sekolah terpaksa menunggu peruntukan tahun depan (Zaidah Mustafa, 2004).

Lantikan Pengetua/Guru Besar Baru Tanpa Latihan dan Kemahiran dalam Pengurusan
Sekolah
Menurut Shahril Marzuki (2005) dan Zaidatol Akmaliah (1991) sistem lantikan ke jawa-
tan pengetua/ guru besar di Malaysia ini adalah tidak berdasarkan latihan dan kepakaran
dalam pengurusan. Mereka dilantik tetapi tidak diberi kursus serta merta. Oleh itu penge-
tua/guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah berdasarkan cubajaya. Dalam
keadaan sedemikian, pengetua/guru besar banyak bergantung kepada kerani kewangan
yang di sekolah. Bagi sekolah yang kecil yang masih tiada kerani, keadaan lebih menyu-
litkan. Keadaan kurang memuaskan juga berpunca daripada kurangnya kawalan dan bim-
bingan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Perkara ini bukan disengajakan tetapi kerana
kekurangan tenaga pegawai kewangan yang berkebolehan (Shahril Marzuki, 2005).

Cadangan-cadangan untuk Mengatasi Isu dan Masalah


Pengurusan Kewangan Sekolah
Beberapa cadangan akan dikemukakan untuk mengatasi masalah dan isu-isu pengurusan
kewangan sekolah yang telah dinyatakan di atas. Walaupun cadangan-cadangan berikut
mungkin tidak dapat menyelesaikan kesemua masalah tersebut, namun adalah diharapkan
supaya cadangan-cadangan ini dapat menyelesaikan sebahagian besar daripadanya:

Pertambahan Peruntukan Wang Kerajaan


Peruntukan wang kerajaan perlu ditambah selaras dengan kenaikan harga barang dan
perkhidmatan. Kadar bantu an per kapita yang digunakan sekarang adalah berdasarkan
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 tahun 2002, Pemberian Per Kapita Gran untuk Sekolah-
sekolah. Sebaliknya, harga barang-barang seperti kertas pendua, peralatan sukan dan
perrnainan, serta kadar tarif utiliti seperti elektrik, air, dan telefon telah pun dinaikkan
(Shahril Marzuki, 1999). Jumlah penggunaan utiliti tersebut di sekolah. juga telah me-
ningkat sedangkan peruntukan bagi LPBTILPK masih tidak ditambah. Misalnya.jumlah
penggunaan elektrik bagi komputer, Internet, me sin fotostat, dan pendingin hawa telah
148 Masalali Pendidikan 2005, Universiti Malaya

meningkat. Oleh itu, kadar bantuan perlu diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan in-
deks harga barangan dan perkhidmatan semasa. Begitu juga, peruntukan PCG mata pe-
lajaran mengikut Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif sepatutnya dirombak semula dan
diganti dengan formula yang baru iaitu pemberian peruntukan PCG mata pelajaran perlu
mengikut keperluan mata pelajaran atau setiap mata pelajaran diberi peruntukan PCG,
terutarna bagi kumpulan mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan (Azizah Hassan,
2004).

Kenaikan Kadar Kutipan Wang SUWA


Bagi mengatasi masalah kutipan wang SUWAyang tidak mencukupi untuk menampung
perbelanjaan sekolah, maka adalah dicadangkan supaya Bahagian di Kementerian Pela-
jaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri memberi pertimbangan dan kelonggaran
apabila sekolah-sekolah membuat permohonan untuk menaikkan kadar kutipan yuran
khas (Loo Bee Lian, 1999; Mohamed Mahamod, 1997). Oleh kerana yuran khas yang
dikutip pada awal tahun tidak dapat menampung kos barangan yang semakin meningkat
akibat inflasi maka pertimbangan harus diberi bagi menaikkan kadar yuran khas yang
dikutip daripada setiap pelajar setiap tahun. Sehubungan dengan itu, sewaan kantin dan
kedai buku juga perlu dinilai semula setiap tahun. Malah, langkah yang lebih baik lagi
ialah dengan memasukkan peruntukan tersebut ke dalam perjanjian sewaan sebagaimana
perjanjian yang dibuat di antara PLUS dengan kerajaan bagi kenaikan kadar tol di lebuh
raya di Malaysia (Shahril Marzuki, 2005).

Bantuan PIBG dan Usaha Mendapatkan Biasiswa


Pihak PIBG sekolah perIu berusaha mewujudkan satu tabung untuk membantu pelajar-
pelajar yang datang dari keluarga miskin iaitu yang mempunyai status sosio-ekonomi
(SES) yang rendah. Tabung bantuan ini boleh diwujudkan dan ditambah setiap tahun
melalui pelbagai projek yang boleh diusahakan oleh pihak PIBG. Dalam pada itu,
bantuan yang diberi tidak semestinya mbantuan penuh untuk membayar yuran khas
ataupun yuran peperiksaan awam. Sebaliknya, untuk membantu lebih rarnai pelajar
bantuan yang diberi mungkin dalarn bentuk sebahagian daripada yuran-yuran tersebut. Di
samping itu, pihak sekolah mungkin boleh berusaha mendapatkan biasiswa untuk pelajar-
pelajamya. Salah satu sumber untuk mendapatkan sumbangan bagi biasiswa adalah
melalui persatuan murid tuanya. Sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai
persatuan tersebut, maka pihak sekolah boleh berusaha dengan menghubungi murid
tuanya yang telah berjaya. Sudah pasti setiap sekolah mempunyai murid tua yang telah
berjaya.
Bagi mengatasi masalah pelajar telah membelanjakan yuran yang telah diberi oleh
ibu bapa, pihak sekolah harus mengambil tindakan untuk mengesan kes-kes tersebut
dengan segera. Misalnya, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada pihak ibu bapa su-
paya meminta resit yuran daripada anak-anak mereka sehari selepas diserahkan wang
yuran kepada anak-anak mereka. Makluman ini boleh disampaikan melalui PIBa iaitu
sarna ada melalui surat ataupun melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBa sekolah.

Kelulusan Segera bagi Permohonan Peruntukan Tambahan


Bagi mengatasi masalah perubahan status gum daripada guru bukan siswazah kepada
guru siswazah yang memberi kesan ke atas budget sekolah yang menjadi PTJ maka ada-
lah dicadangkan supaya pihak sekolah memberi laporan tentang hal tersebut secepat
mungkin.
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 149

Sehubungan dengannya, pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hendaklah memberi per-
timbangan dan meluluskan peruntukan tambahan selewat-lewatnya pada pertengahan ta-
hun supaya pengurusan kewangan sekolah dapat dilicinkan. Disamping itu, pihak JPN
juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya apabila sekolah sebagai PTJ membuat
permohonan untuk peruntukan tambahan bagi projek yang telah pun diluluskan. Ini ada-
lah disebabkan oleh masalah inflasi atau pun kenaikan harga barangan setiap tahun.

FfOgram Mengubah Sikap Guru terhadap Pengurusan Kewangan Sekolah


Pihak sekolah perlu mengadakan program-program tertentu bagi mengubah sikap guru
untuk dapat melicinkan lagi pengurusan kewangan sekolah. Guru-guru perlu disedari 00-
tapa pentingnya pengurusan kewangan sekolah. Dalam pada itu, nilai-nilai positif seperti
akauntabiliti, telus (transparent), amanah, tanggungjawab, dan sebagainya perlu diterap-
kan. Program-program seumpama itu boleh melibatkan Bahagian Kewangan JPN/Ke-
menterian Pelajaran, pihak lAB serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Audit dan
BadmrPetfcegah-Rasuah (Shahril Marzuki;-2005);Program~program-tersebut-bolehdija-
lankan sebagai program perkembangan staf di sekolah .. Bagi kes-kes yang serius, guru
besar atau pengetua sendiri hendaklah mengambil tindakan untuk berbincang dengan
guru berkenaan. Selain daripada itu, guru besar/pengetua hendaklah tegas dalam
menangani masalah pengurusan kewangan. Masalah seperti yang dinyatakan di atas tidak
boleh diketepikan oleh guru besar/pengetua kerana beliau bertanggung jawab sebagai
pemegang amanah dalam perkara-perkara yang melibatkan wang awam.

Kerani Kewangan Diwajibkan bagi Setiap Sekolah


Oleh kerana pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek yang amat penting
maka pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambillangkah untuk memastikan staf pe-
jabat sesebuah sekolah adalah meneukupi terutamanya bagi sekolah-sekolah yang telah
dinaikkan taraf sebagai PTJ. Sehubungan dengan Itu, pihak Kementerian perlu memas-
tikan setiap sekolah (rendah dan menengah) mempunyai seorang kerani kewangan (Loo
Bee Lian, 1999; Subathiran Ramaloo, 2000). Apabila meninjau senario pejabat sekolah
pada hari ini, selain daripada menjalankan kerja-kerja perkeranian, seseorang kerani juga
terpaksa menguruskan hal-hal kewangan seperti menyediakan lembaran gaji, baueer pem-
bayaran, menjalankan kutipan yuran daripada guru kelas, menyediakan dan menyemak
cek, dan sebagainya, termasuk menguruskan hal-hal yang melibatkan pekerja sekolah
seperti tukang kebun. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya seorang kerani
kewangan ditempatkan dalam setiap sekolah bagi mengatasi masalah seperti yang telah
dinyatakan di atas. Disamping itu, guru besar/pengetua dikehendaki selalu menjalankan
pemeriksaan akaun sekolah (Shahril Marzuki, 2005).

Menambah Bilangan Syarikat di bawah Kontrak Pusat dan Memberi Kelonggaran untuk
Memperolehi Barang-Barang dari Syarikat Lain
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah rendah terutama di penda-
laman Sabah dan Sarawak maka adalah dicadangkan supaya bilangan syarikat di bawah
sistem kontrak pusat ditambah (Liong Shou Chuan, 2005). Ini bertujuan untuk mernbole-
hkan sekolah-sekolah memperolehi jenis, jenama, dan spesifikasi barangan yang diperlu-
kan. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pihak PPD selaku PTJ bagi sekolah-seko-
lah rendah perlu memberi pertimbangan dan kelonggaran untuk sekolah mencadangkan
150 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

pemerolehan barang-barang dari syarikat lain asalkan kosnya berpatutan. Cadangan ini
bertujuan supaya sekolah-sekolah rendah yang terlibat mempunyai pilihan untuk menda-
patkan keperluan masing-masing (Liong Shou Chuan, 2005).

Kursus dan Latihan dalam Perakaunan dan Pengurusan Kewangan Sekolah


Masalah pengurusan kewangan yang kurang eekap dan mahir boleh diselesaikan dengan
mewajibkan guru besar/pengetua/pegawai kerani (terutamanya yang barn dilantik)
menghadiri kursus pengurusan kewangan sekolah yang dikendalikan pihak lAB, JPN
ataupun Kementerian Pelajaran. Kursus perakaunan kewangan sekolah perlu diadakan
dari semasa ke semasa untuk membolehkan guru besar dan staf tersebut mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah. Bagaimana pun, us
aha lAB dan Universiti Malaya yang masing-masing mengadakan program NPQH dan
Sarjana Kepengetuaan harus dipuji kerana ia merupakan satu langkah ke arah
memastikan bakal guru besar/pengetua memiliki kemahiran dalam pengurusan kewangan
sekolah (Shahril Marzuki, 2005).

Pemberian Peruntukan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bukan PTJ


Oleh kerana sekolah-sekolah bukan PTJ tidak mendapat peruntukan kewangan terus ke
sekolah bagi kerja kerja penyelenggaraan dan sering menghadapi masalah peruntukan
maka adalah dicadangkan semua sekolah diberi peruntukan bagi kerja-kerja penyelengga-
raan tanpa mengira sekolah tersebut bertaraf PTJ atau sekolah bukan bertaraf PTJ
(Azizah Hassan, 2004; Zaidah Mustafa, 2004).

Lantikan Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Latihan dan Pengalaman Pengurusan
Kewangan
Lantikan pengetualguru besar di Malaysia tidak berdasarkan latihan dan pengalaman se-
bagai pentadir sekolah. Dengan itu, adalah dicadangkan Kementerian Pelajaran melantik
pengetualguru besar yang sudah mempunyai latihan melalui program NPQH atau yang
mempunyai Sarjana Kepengetuaan. Bakal bakal pengetualguru besar tersebut telah mem-
punyai pengetahuan dan ilmu dalam pengurusan kewangan sekolah selain mereka pemah
menjadi guru penolong kanan di sekolah rendah atau sekolah menengah (Shahril Mar-
zuki, 2005).

RUMUSAN
Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek yang arnat penting dalam pengurusan
sekolah-sekolah di negara kita kerana pengurusan kewangan yang tidak eekap boleh me-
nimbulkan banyak masalah. Selain daripada mengganggu pengurusan sesebuah sekolah
ia menjejaskan perlaksanaan core business sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, seorang pengurus sekolah harus mengambil tindakan yang tegas
bagi memastikan supaya pengurusan kewangan sekolahnya adalah eekap dan berkesan
supaya penyelewengan tidak berlaku.
Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 151

RUJUKAN
Abdul Rahim bin Affandi (2003). Laporan audit bersyarat: Kajian kes di sebuah sekolah
menengah di Pulau Pinang . Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti
Malaya yang tidak diterbitkan.
Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah: Kajian kes di sebuah sekolah
menengah harian biasa bertaraf PTJ di Daerah Kuala Terengganu. Kertas Projek
Sarjana Kepengetuaan, UniversitiMalayayang tidakdi terbitkan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan. (1999). Garis panduan per-
akaunan dan kewangan sekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional,
Kerajaan Malaysia. (1957). Akta acara kewangan 1957. Kuala Lumpur: Percetakan
Negara. Kerajaan Malaysia. (1990). Arahan perbendaharaan, bab 8. Kuala Lumpur:
Percetakan NasionaI.
Kerajaan Malaysia. (1996). Akta pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
Kerajaan Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005). Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
Liang Shou Chuan (2005). Pengurusan kewangan sekolah menengah bantuan penuh ke-
rajaan dan sekolah menengah bantuan modal di bahagian Sarikei, Sarawak. Kertas
Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.
Loo Bee Lian (1999). Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian tentang amalan
pengetua di sekolah-sekolah menengah Pelabuhan Klang. Tesis Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.
Mohamed Mahmod (1997). Pentadbiran kewangan sekolah: Satu tinjauan amalan
pengetua di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.
Mokhtar Ibrahim (2003). Pengurusan kewangan dan amalan perakaunan di sebuah
sekolah menengah teknik di Sabah: Satu kajian kes, Kertas Projek Sarjana
Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.
Omardin Ashaari (1998). Peranan, tugas dan tanggungjawab guru di sekolah. Kuala
Lumpur: Utusan.
Shahril Marzuki (1993). Pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan: Satu
kajian kes. Jurnal Pendidikan, 15,71-82.
Shahril Marzuki (1999). Kepimpinan pengetua yang berkesan dalam pengurusan ke-
wangan sekolah bagi menghadapi alafbaru. Masalah Pendidikan, 22,77-94.
Shahril Marzuki (2005). Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PIS.
Subathiran alp Ramaloo (2000). Pengurusan kewangan sekolah: Satu Kajian kes di
SRJK (T) dan SRJK(C) di Rawang, Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.
Wan Azman Wan Idris (2002). Pengurusan kewangan sekolah: Analisis teguran Jabatan
Audit Sekolah, Cawangan Negeri Sembilan, Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan,
Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.
152 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya

Zaidah Mustafa (2004). Kebaikan dan keburukan sebelum dan selepas bertaraJ PTJ dan
masalah yang dihadapi: Satu kajian kes di sebuah sekolah menengah harian berta-
raj PTJ di Daerah Petaling, Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya, Selangor:
Fajar Bakti.

You might also like