You are on page 1of 17

PENGENALAN

MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti
memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, memotong benang skru, melulas,
menggerek, memotong tirus, melorek, mencanai, menggilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan
dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata
alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja. Mata alat pemotong
boleh juga disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.

sejarah
Mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh
memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry
Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api
rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England.sejak dari
masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat
mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular
sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.
OBJEKTIF

AM :

Mengenali jenis-jenis mesin larik dan fungsinya dalam proses


membentuk sesuatu projek yang ingin dihasilkan.

KHUSUS :

a) Mengamalkan langkah keselamatan ketika melarik.

b) Boleh mengendalikan mesin larik dengan lebih yakin.

c) Boleh memesin benang skru v di mesin larik.

d) Boleh melarik tirus, melorek dan menggerek.

e) Mengendalikan mesin raut untuk memesin muka rata, tegak dan bertingkat.

f) Menggunakan alat-alat pengukur dan penguji dengan lebih yakin.

KEMAHAIRAN DI PEROLEHI:

a) Menampang (Facing)

b) Melarik selari (Parallel Turning)

c) Melarik bertingkat (Step turning)

d) Buang segi (Chamfer)

e) Menggerudi pusat (Centre Drilling)

f) Membunga & melorek (Knurling)


g) Melurah (Neck)

h) Mengukur (Measuring)

TEORI MESIN LARIK

JENIS-JENIS MESIN LARIK

Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam
pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf
berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada dua kategori :

Mesin Pelarik Jentera


Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik.
i. Jenis bangku
Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk
menghasilkan kerja yang ringan dan halus.
ii. Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah)
Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5
meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan
sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran.

Mesin larik piawai

iii. Jenis toolroom


Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga
dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die
boleh dilakukan.
iv. Jenis gap-bed
Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah
cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau kompenen dengan diameter yang lebih besar
boleh dipegang.

Jenis Mesin Pengeluaran


Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini :
(a) Pelarik turret pelana
Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala
turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas landasan. Kepala turret boleh
memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa
operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat.
(b) Pelarik kapstan
Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada
jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja sederhana dan ringan sahaja.
Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan
pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang
kedudukan yang dikehendaki.

Mesin pelarik kapstan

(c) Pelarik automatik


Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus
sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan
kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik.
(d) Pelarik kegunaan khas
Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti :
*pelarik roda kereta api
*pelarik aksel
*pelarik penampang
*pelarik menegak

(e) Pelarik N.C dan C.N.C


Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan
hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis
mesin iaitu :
*Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
*Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu
lagi pada kekesot lintang.

Mesin CNC
FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN LARIK TETENGAH
Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan hadapan, alatan
belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta.

Landasan

(a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin pelarik bergantung pada
ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada landasannya.
(b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak peralatan lain seperti
alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan.
(c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan
dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus.
Bentuk-bentuk landasan mesin pelarik

Alatan hadapan

(a) Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin.


(b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa galas terletak
di dalam bahagian ini. Hujunjg spindal atau muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan
yang berbentuk jenis tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock )
(c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah hidup boleh
dipasang dan digunakan untk memegang bahan kerja atau kompenen yang hendak dilarik.
(d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal atau beberapa siri
rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih rangkaian kelajuan dan lebih tepat
putarannya jika dibandingkan dengan alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh
tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan hasil larikan yang tidak rata atau licin.

Alatan Belakang

(a) Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang landasan dan
juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri
daripada dua bahagian utama, badan dan tapak.
(b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse. Alat pemotong
bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut.
(c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas landasan dengan tepat.
Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna untuk menjajarkan keselarian diantara
tetengah mati dan tetengah hidup atau mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus
dengan kaedh ini.
Alatan Belakang

Kotak gear cepat tukar

(a) Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak ini
mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu atau aci
penghantar.
(b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci penghantar pula
digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu secara otomatik.

Kotak Gear Cepat Tukar

Kereta

(a) Sela
Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas landasan. Apron dan
kekesot lintang dipasang pada sela.
(b) Apron
Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan
peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas
tangan yang dipasang dengan pinan jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas
tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ).
Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara otomatik atau
insani

Bahagian Apron

(c) Kekesot Lintang


Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula dipasang diatas
kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan kekesot bergbung
boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek
boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang
yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat.

Bahagian Kekesot Lintang

Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang

Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan
cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa menggunakan kaedah seperti
ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c) kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir
keluar jika hantaran dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan
berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang.

Kaedah Memegang Dengan Cuk Tiga Rahang

Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang

Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja
dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis
ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan
lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan
tolok permukaan dan tolok dail.

Kaedah Memegang Dengan Cuk Empat Rahang

JENIS BAHAN MATA ALAT


Keluli karbon tinggi.

Keluli ini mengandungi diantara 0.9% hingga 1.2% karbon. Bahan ini murah dan mudah dibentuk
menjadi mata alat seperti jenis mata alat menggerek. Kelemahannya ialah mudah terbakar dan hilang
kekerasannya apabila melakukan larikan pantas atau cepat. Sesuai digunakan untuk memesin bahan
lembut seperti loyang.

Keluli tahan lasak

Bahan mata alat ini mengandungi campuran bahan-bahan berikut


a. tungsten
b. kromium
c. vanadium
d. molibdenum
e. kobalt
peratusan komposisi diatas akan berubah mengikut jenis bahan yang dilarik dan jenis operasinya.satu
komposisi yang banyak digunakan adlaah 18% tungsten, 4% kromium dan 1% vanadium. Jenis
bahan mata lat ini amat sesuai untuk larikan dalam, menahan kejutan dan mengekalkan mata
pemotong yang tajam pada suhu tinggi. Kelajuan pemotongan adalah tiga kali ganda keluli karbon
tinggi.

Tuangan aloi

Jenis mata ini juga dikenali sebagai stelit dan menggandungi 25% hingga 35% kromium, 4% hingga
25% tungsten, 1% hingga 3% karbon dan bakinya kobalt. Sesuai digunakan pada ppm yang tinggi
dan tidak mudah haus. Bagaimanapun ia tidak sekuat Dan Mudah retak jika dibandingkan dengan
keluli tahan lasak. Kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda keluli tahan lasak.

Karbida
terdiri daripada dua jenis :
i. Jenis yang dikimpal loyang ( brazed ) kepada batang keluli
ii. Jenis yang digunakan sebagai mata alat tumpang
Komposisinya adalah 82% karbida, 10% titanium dan tantulum serta 8% bahan pengikat kobalt.
Bahan ini keras dan boleh melakukan pemotongan pada suhu tinggi tetapi kurang tahan lasak.
Biasanya digunakan untuk memesin besi tuangan dan logam bukan ferus. Pelbagai jenis keluli juga
boleh dimesindengan bahan ini. Kelajuan pemotongan adalah tiga hingga empat kali lebih keluli
tahanlasak

Seramik

kebanyakkan dihasilkan daripada aluminium oksida. Bahan mata yang terbaru ini adalah campuran
aluminium oksida dan zirkorminium oksida. Oleh kerana bahan ini sangat keras ia digunakan sebagai
bahan mata alat tumpangyang digunakan untuk memesin keluli keras dan logam yang sukar di mesin
oleh mata lain. Tidak memerlukan bahan penyejuk ketika melarik. Kelajuan pemotongan adalah dua
kaliganda kardiba.

Intan.

Digunakan untuk memesin logam bukan ferusdan bukan logam. Memeberikan penyudahan yang
amat licin serta memesin sehingga kejituan 0.002 mm – 0.005 mm. Biasa digunakan sebagai mata
alat penyudahan kerana mata alat ini mudah rapuh dan tidak tahan hentakan kuat. Terdapat dua jenis
iaitu asli dan tiruan. Oleh kerana memerlukan kos yang tinggi jenis tiruan sahaja biasanya digunakan
dibengkel-bengkel.

KEPERLUAN ALATAN

1. Mesin Larik Tetengah


2. Bilah Selari.
3. Pelaras tiang mata alat.
4. Pemegang mata alat lurus.
5. Pemegang mata alat membunga.
6. Pemegang mata alat melurah(lurus).
7. Mata alat melurah, mata alat menggerek dan mata alat benang v.
8. Spanar saiz 17 dan 21.
9. Allen key.
10. Pengunci bindu.
11. Tetengah berputar.
12. Gerudi pusat.
13. Pembaris keluli.
14. Angkup vernier.
15. Cuk gerudi.
16. Kain buruk.
17. Minyak pelincir.
18. Cecair penyejuk.
19. Pemegang mata alat menggerek.
20. Tolok tetengah dan tolok pic.
21. Kikir parut

LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN

1. Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.


2. Mempunyai sikap tanggungjawab pada diri sendiri.
3. Bertimbang rasa terhadap rakan-rakan.
4. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.
5. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.
6. Pakai pakaian bengkel yang sesuai dan elakkan daripada menggunakan pakaian yang longgar.
7. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan.
8. Gunakan pelindung mata seperti cermin mata, gogel atau alat pelindung.
9. Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti jam, cincin, dan rantai.
10. Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan.
11. Rambut mestilah pendek dan kemas.
12. Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci.
13. Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam.
14. Buang tepi yang tajam pada bahan kerja.
15. Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah msein tidak digunakan lagi.
16. Sapu sekeliling lantai kawasan kerja & kemaskan mesin sesudah di gunakan.

gogel

Had terima :

Diameter = ± 0.10mm
Panjang = ± 0.20mm

*semua ukuran dalam mm

CARA KERJA

1. Sebatang keluli dipotong dengan menggunakan gergaji kuasa mengikut ukuran yang ditetapkan
(105mm).
2. Keluli / bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3 rahang dengan kuat supaya bahan kerja tidak longgar
semasa mesin sedang berpusing.
3. Setkan kelajuan yang sesuai pada kotak gear.
4. Mulakan kerja melarik selari & menampang pada bahagian hadapan bahan kerja sepanjang 102mm
sehingga menjadi berdiameter 24mm.
dapatkan diameter 24mm sepanjang 17mm pada banda kerja.
5. Kemudian, lakukan kerja melarik selari sepanjang 35mm dengan berdiameter 20mm.(dapatkan
diameter 20mm sepanjang 10mm.)
6. Kemudian, lakukan kerja melarik selari sepanjang 25mm dengan berdiameter 18mm.(dapatkan
diameter 18mm sepanjang 25mm.)
7. Seterusnya lakukan kerja buang segi (Chamfer) pada hujung benda kerja degan ukuran 45° Χ 2mm.
8. pada panjang 50mm pula dapatkan hujung tirus dengan sudut 6°, dengan cara melarik bertngkat.
9. Kemudian buat lurah pada panjang 25mm dengan ukuran 5mm dan diameter 12mm.melurah ini
mesti menggunakan mata alat khas. (mata alat pisau)
10. Kemudian buat kerja membunga (Knurling) pada ukuran panjang 17mm dan diameter 24mm.
11. akhir sekali, buat kerja pengukuran dengan menggunakan angkup vinier supaya dapat ukuran yang
tepat dan dapat buat kerja-kerja ‘finishnig’.

PROSEDUR KERJA

1. Baca arahan projek yang disampaikan oleh tenaga pengajar.


2. Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong bersesuaian dengan proses pemesinan yang akan
dilakukan.
3. Ukuran yang hendak dipotong, hendaklah dilebihkan supaya bahan kerja selamat digunakan
semasa proses pemesinan dijalankan.
4. Sebelum menggunakan mesin larik pastikan mesin larik berada dalam keadaan selamat sebelum
digunakan.
5. Pasangkan mata alat dan setkan mata alat dengan betul pada alatan belakang supaya tepat.
6. Setkan kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan ON mesin larik.
7. Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan.
8. Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti dengan langkah yang lebih susah
sehingga kerja-kerja melarik selari.
9. Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakan mesin.
Bahan kerja yang sedang di larik

KESIMPULAN

Keseluruhan kerja melarik buah adalah untuk memberi pengatahuan kepada pelajar mengenai

fungsi mesin larik, cara penggunaannya, langkah-langkah keselamatan, ketepatan ukuran dan cara

pengukurannya dan juga pengagihan masa.

Kadang-kala terdapat sesetengah mesin larik yang tidak berfungsi dengan baik. Kemahiran

pengendalian mesin larik perlu di pelajari dan difahami dari semasa ke semasa agar kepakaran dalam

pengendalian mesin larik dapat ditingkatkan.

RUJUKAN
i. Buku nota teknologi woksyop 3 (politeknik PD )

ii. Laman web pencarian www.google.com

LAMPIRAN

KERJA PERMULAAN MEMOTONG BENDA KERJA


HASIL PROJEK

You might also like