You are on page 1of 41

MENGGALURKAN

MENGGALURKAN
PROSES
PROSES PEMBENTUKAN
PEMBENTUKAN
MASYARAKAT
MASYARAKAT PLURALISTIK
PLURALISTIK
DI
DI ALAM
ALAM MELAYU
MELAYU
PENGENALAN
• Mengikut Kamus Dewan, konsep ‘masyarakat’
membawa maksud kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut
aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

• ‘Pluralistik (Majmuk)’ terbentuk daripada


beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau
dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari
beberapa kumpulan etnik.
• Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud
‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada
pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan
ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu
kumpulan yang bersatu padu’.
CIRI-CIRI MASYARAKAT
PLURALISTIK
• Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di
antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.

• Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan.

• Selalu berlaku konflik dan pertentangan antara


kelompok yang ada.

• Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi


mengikut bahagian sistem sosial mereka.
• Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang
ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang
lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi.

• Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok


dengan kelompok yang lain.

• Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada


kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap kelompok
mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.
KESULTANAN PENJAJAHAN
MELAYU MELAKA PORTUGIS

PROSES PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PLURALISTIK

PENJAJAHAN PENJAJAHAN
BELANDA BRITISH
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
• Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas
berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat
Melaka terdedah kepada perdagangan
antarabangsa.

• Kedudukan Selat Melaka yang strategik


memudahkan para pedagang singgah sama ada
untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau
membaiki kapal.
• Kemudahan yang disediakan dan dasar
menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di
Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar
telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang
ke situ.

• Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka


telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan
asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan
campur.
• Antara kelompok yang membentuk masyarakat di
Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab
dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina
Peranakan di Melaka.

• Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan


oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak
kesan positif terutama dari segi penyebaran
Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial
sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun
1511.
PENJAJAHAN PORTUGIS
• Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.

• Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3


perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’
(Gospel, Gold and Glory).

• Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa


kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan
Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu
kurun.
• Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis
menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

• Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang


beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa
Portugis dengan penduduk tempatan.
PENJAJAHAN BELANDA
• Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King
Philip (raja negara Sepanyol).

• Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun


melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1548.

• Portugal dan Belanda mempunyai hubungan


perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King
Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka
terputus.
• Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan
terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah
di Asia.

• Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka


melalui perjanjian dengan negeri Johor.

• Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya


Melaka diserahkan kepada British melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
ORANG
MELAYU

PENJAJAHAN
BRITISH

ORANG ORANG
CINA INDIA
ORANG MELAYU
• Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan
telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah
Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah
Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu.

• Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada


pertengahan abad ke-19 apabila berlaku
penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke
Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang
Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.
FAKTOR KEDATANGAN
1) Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat
tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad.
Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia
dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah
tersebut.

2) Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai


cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai
garam dan cukai tol sehingga membebankan
rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah
apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga
yang dikenakan adalah tinggi.
3) Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman
Paksa untuk mencari sumber pendapatan selepas Perang
Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-petani Indonesia
diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian
mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan
Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan
tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan
kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil
pertanian petani-petani Indonesia rendah dan akibatnya
kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.
4) Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia
kerana berlaku beberapa penentangan rakyat
Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan
Belanda.

5) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil


perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
ORANG CINA
• Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak
zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat
hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka
dengan negara China.

• Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah


tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS)
terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk
menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.
• Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang
berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai.
Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan
perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan
Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah
membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di
lombong bijih timah mereka.

• Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor


bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah.
Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan
imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan
ke negeri-negeri Melayu.
• Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British telah menggalakkan penghijrahan masuk
orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah
dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah
telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun
1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931.

• Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga


Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina
untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak
telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang
pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun
1939.
FAKTOR KEDATANGAN
1) Kesukaran hidup di negara China. Di zaman
tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami
hidup sengsara di mana berlaku pertambahan
penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap
(banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam
yang terhad.

2) Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa


dan harta benda telah memaksa sebilangan
besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan
menentang pemerintahan Manchu sentiasa
meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping
dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
3) Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang
menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini
dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi
apabila harga bijih timah dan getah melambung
tinggi.

4) Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan


kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui
perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi
memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh
daripada negara China digalakkan untuk berhijrah
ke Tanah Melayu.
5) Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya
kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa
penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.

6) Penduduk di kawasan selatan China (seperti


Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang
dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang
tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini
menggalakkan lagi mereka berhijrah.
ORANG INDIA
• Perhubungan awal India dengan Semenanjung
Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama
masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu
dan Buddha.

• Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai


saudagar India tinggal di negeri Melaka dan
menjalankan perniagan.

• Penghijrahan orang India secara beramai-ramai


berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di
ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
• Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai
buruh India ke Tanah Melayu selaras dengan
perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya, pada
tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di
Tanah Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471 536
orang pada tahun 1921.

• Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus


kedatangan imigran India tetapi banyak buruh Jawa
dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.
FAKTOR PENGHIJRAHAN
1) Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan
seterusnya pekerjaan di India adalah terhad.
Penyebab utama ialah pertambahan penduduk
India yang begitu pesat. Keadaan bertambah
buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai
petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi
yang berpendidikan pula, sukar untuk
mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula
dikatakan menyekat mobiliti sosial dan
menyebabkan yang berkasta rendah cenderung
untuk berhijrah.
2) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah
Melayu. Tanaman pertanian dagang yang
diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah
seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan
kepada tenaga buruh.

3) Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada


orang-orang India untuk bekerja di ladang-
ladang, perkhidmatan awam (kerani dan
teknikal), dan pembinaan (bangunan dan
jalanraya).
POLITIK EKONOMI

KESAN

SOSIOBUDAYA
POLITIK
• Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah
menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti
politik yang berbeza.

• Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu


terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang
terbesar mendiami negara ini.

• Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka


kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara
China dan bangsa India pula ialah kepada negara
India.
• Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat
setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur
mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi
tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan.

• Malayan Union telah membangkitkan semangat


kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali.

• Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah


muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi
tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan
dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
• Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia
(MIC) pula ditubuhkan untuk:

1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi


dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu


bersama-sama kaum lain.

3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India


kepada kerajaan.
• Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya
(MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama
iaitu:

1) Melindungi hak kepentingan orang Cina

2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum


dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.

• Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti


politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.
EKONOMI
• Kemasukan imigran luar telah membentuk
penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi
mengikut bangsa.

• Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan


lombong serta menceburi bidang kewangan.

• Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di


kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan
Utara.
• Orang India bertumpu di kawasan perladangan
getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.

• Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi


sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah
Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan
sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf
dan sekolah-sekolah dibina.

• Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat


perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan
anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan
tenaga kerja yang penting.
SOSIOBUDAYA
• Budaya yang dibawa dari negara China, India dan
Tanah Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan
wujudlah budaya Malaysia.

• Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai


bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya
antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian.

• Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap


perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara
luar khususnya India.
• Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar
Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan
rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.

• Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan


India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan
corak pendidikan di negara China dan India sehingga
tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.
KESIMPULAN
• Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini
merupakan hasil interaksi beberapa faktor
sejarah.

• Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada


abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan
penghijrahan masuk orang Cina dan India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu.
• Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada
umumnya secara berasingan dan mengekalkan
kebudayaan masing-masing, terdapat semangat
persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.
Persefahaman dan kerjasama inilah yang
membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan
usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan
keharmonian kaum.
RUJUKAN:
• Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala
Lumpur: DBP.

• Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah


Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia,


Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b. Soh


(1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP.

• Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994),


Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

• Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah


Alam: UTM.
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH HALIM

UNIT:
PPPRP4T PAI 2

You might also like