P. 1
Article 52

Article 52

|Views: 218|Likes:
Published by fastloves

More info:

Published by: fastloves on Aug 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2014

pdf

text

original

Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa Oleh A.

CHELLAMAL BAGAVATHY SJK (T) Ladang West Country (Barat) 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan ABSTRAK Guru Bahasa Melayu sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid tidak menguasai aspek tatabahasa. Kemahiran tatabahasa ini perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini amat berguna dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tatabahasa. Seramai 25 murid dari tahun 6 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya. Tindakan un tuk meningkatkan penguasaan tatabahasa responden berkenaan adalah penggunaan permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Murid-murid berasa gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini kerana mereka berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan dan permainan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian kerana dapat menarik minat murid belajar kemahiran ini tetapi perlu ditambah baikkan lagi dengan tindakan baru yang lebih efisyen serta menarik minat murid . FOKUS KAJIAN Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini amat pent ing bagi kehidupan harian kita di Malaysia. Pelajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga PMR dan SPM bagi murid sekolah menengah. Selain itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA ialah pelajar mest i mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek iait u perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan Bahasa Melayu. Jika ti

dak mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. .

guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelaj aran yang baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam Bahasa Melayu iaitu dala m aspek tatabahasa dan juga penulisan karangan. Ini merupakan petanda bahawa hampir separuh daripada murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Buktinya adalah kemerosotan keputusan peperiksaan UPSR 2004 dalam subjek pemaham an Bahasa Melayu. Jika murid tidak meng uasai aspek tatabahasa maka mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman. dalam penulisan pula mur id-murid harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik. perumpamaan dan jenis-jenis ayat. perbincangan kumpulan dan . kata sendi. Oleh itu.guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country ( Barat) telah mengkaji masalah ini dan cuba untuk mengatasi masalah ini. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. membaca buku rujukan. Ini kerana 30 daripada 40 soalan pemahaman meliputi tajuk tatabahasa. Guru. Biasanya guru-guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pen gajaran Bahasa Melayu. kata seru. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country (Barat) murid-murid mengha dapi masalah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.Daripada kajian ini. peribahasa. rujuk kamus. berjumpa guru. kata adjektif.Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti k ata tanya. didapati bahawa muri d-murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas membaca surat khabar. buku-buku cerita. Misalnya dalam UPSR tahun 200 4 separuh daripada murid-murid tahun 6 gagal dalam kertas pemahaman. Manakala. Hal ini b erlaku kerana murid-murid yang tidak menguasai tatabahasa tidak boleh menjawab soalan pemahama n. Statistik juga menunjukkan bahawa murid-murid sekolah berasa sukar untuk memahami tatabahasa Ba hasa Melayu. Guru-guru bahasa memb uat kajian untuk mendapat tahu punca masalah ini . Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Melay u. kata bilangan. simpulan bahasa. penjodoh bilangan. REFLEKSI ISU KAJIAN Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekola h sering menjadi buah mulut. kata hubung. Laporan prestasi UPSR 2004 dan ujian bulanan sekolah menunjukkan kelemahan pelajar dalam Bahasa Melayu.

sebagainya. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang mengh adapi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Dengan ini diharap supaya murid -murid dapat menguasai kemahiran tatabahasa. Jika murid-murid rajin membaca surat khaba r mereka boleh memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabaha sa Bahasa Melayu. Bagi mengatasi masalah ini guru guru perlu menggalakkan murid-murid supaya rajin membaca surat khabar dan memberi penerangan tentang kebaikan membaca surat khaba r. Salah satu punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa M elayu ialah kurang berminat membaca surat khabar. mencantum kad dan latih tubi. . Dalam kajian ini pe rmainan bahasa dipilih untuk menyelesaikan masalah tadi. menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang kecil iaitu kuiz. Kami memilih cara ini kerana permainan bahasa sangat diminati oleh murid. Ini mungkin disebabkan permainan bahasa ini memberangsangka n minat murid dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian.

2. H ampir keseluruhan murid Tahun 6 mahir dan kini telah menguasai aspek tatabahasa. KUMPULAN SASARAN Saya memilih murid Tahun 6 Biru sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. kemahiran dan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan keupayaan. Mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 6 dalam aspek tatabahasa.Namun apa yang menggembirakan saya selaku guru Bahasa Melayu adalah kini murid-m urid lebih mahir dan boleh menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Saya sebagai Guru Bahasa Melayu kelas ini menghadapi masalah semasa proses penga jaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. Guru-guru menilai keberkesanan penggunaan permainan bahasa dalam meningkatkan prestasi murid dari segi pengguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk : 1. 4. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak boleh me njawab soalan tatabahasa Bahasa Melayu. Jadi saya mencada ngkan permainan bahasa ini kepada guru-guru yang lain untuk dicuba di dalam kelas mereka. Keputusan murid dalam uj ian pasca iaitu ujian yang dibuat selepas permainan bahasa ini agak baik dan memberangsangkan. Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan tata bahasa Bahasa Melayu. maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti bi . 3.

kata adjektif. Maka saya terpaksa menjalankan kelas pemulihan. kata adjektif. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti k ata hubung. . kata seru dan kata tanya.asa. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung. kata seru dan kat a tanya (Rujuk lampiran A). (Rujuk lampiran A) Ujian Pasca Dijalankan pada 25 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar benar-benar memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambi l. Inilah yang menyebabkan saya memilih kelas dan tajuk ini bagi menjalankan kajian tindakan ini. INSTRUMEN KAJIAN Ujian Pra Dijalankan pada 16 Februari 2005 untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu.

maka guru dapat memahami tentang kel emahan murid dalam penguasaan tatabahasa. Ini kerana muri d-murid ini akan menduduki peperiksaan UPSR akhir tahun ini. Beliau membantu kami dengan me nyemak soalan soalan yang kami sediakan. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz . Guru telah menjalankan beberapa tindakan untuk meng atasi kelemahan tatabahasa murid dalam Bahasa Melayu. Manakala. kami berasa amat bangga dan gembira kerana dapat menyediakan soalan tatabahasa ini. Bagi mengatasi mas alah ini kami meminta bantuan ketua panitia Bahasa Melayu. Kami telah berbincang dan menyediakan soalan soalan tatabahasa bagi ujian pra dan ujian pasca.Ujian pra dan ujian pasca ini saya sediakan dengan dibantu oleh guru-guru bahasa yang lain. Semasa menyediakan soalan ini kami juga menghadapi beberapa masalah. LANGKAH LANGKAH TINDAKAN Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ini diada kan pada 16 Februari 2005. Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang penting dalam mengatasi kelemahan murid. Kami juga berazam untuk menangani masalah pen guasaan tatabahasa Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 6 sekolah kami. Rajah 1 : Permainan Bahasa . Selain itu. ujian pasca diadakan pada 25 Februari 2005. men cantum kad dan latih tubi seperti dalam Rajah 1. Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra. Guru bahasa dan ketu a panitia Bahasa Melayu berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini.

Contoh soalan kuiz adalah seperti berikut: Senaraikan 3 kata tanya 1) 2) 3) Senaraikan 2 kata seru 1) 2) 2. Markah bagi kumpulan pertam a yang menjawab dengan betul ialah sebanyak 3 markah. Dalam kad manila ditulis soalan-soalan tatabahasa dan jawapannya ditulis berasingan dalam kad manila yang lain. Soalan soalan kui z ini dibincang dan disediakan oleh guru guru Bahasa Melayu. Kuiz ini dijalankan selama 1 minggu dan setiap hari soalan kuiz berbeza iaitu be rdasarkan tajuk tajuk yang berbeza. Kuiz ini dijalankan pada 20 Februari 2005. Kuiz Guru guru menyediakan soalan kuiz yang meliputi soalan tatabahasa. Kemudian mereka akan mencantumkan kad manila tersebut dan melekatkan kad manila tersebut di hadapan kelas.1. kata tanya dan s ebagainya. Manakala. Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mencari jawapan pa da rakan mereka. Murid-murid dibahagikan dalam 2 kumpulan . Contohnya. Satu kumpulan diberikan soalan dan sa tu lagi kumpulan diberikan jawapan. bagi kumpulan yang kedu a menjawab soalan dengan betul diberikan 1 markah. Setiap kumpulan diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Mencantum Kad Guru-guru bahasa juga mengadakan permainan mencantum kad. Permainan ini diadakan pada 22 Februari 2005. kata hubung. Contoh Soalan : Bagavathy Ramesh suka makan buah mangga. dan . kata adjektif. Semasa menjalankan kuiz ini murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan dan diberi nama iaitu KUMPULAN MYVY dan KUMPULAN SYVY. kata seru.

Latih tubi ini diadakan pada 24 Februari 2005. Latih Tubi Selain daripada soalan kuiz dan permainan mencantum kad murid-murid juga diberi latih tubi. . Dalam latih tubi ini murid-murid diberi kan 10 soalan tatabahasa dan mereka diminta menjawab soalan-soalan ini dalam masa yang ditetap kan.3.

Jadual di atas menunju kkan bahawa seramai 18 (72%) murid gagal menjawab soalan tatabahasa yang diberikan. Berikut adalah hasil analisis pencapaian Ujian pasca s elepas pengajaran dan pembelajaran yang diadakan pada 25 Februari 2005. Walau bagaimanapun.39 40 . Ini bermakna sebilangan besar murid tidak memahami soalan tatabahasa yang disediakan. Walau bagaimanapun. didapati bahawa murid-murid Tahun 6 terlalu lemah dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu. .Dalam melaksanakan langkah-langkah tindakan seperti yang disebut di atas guru-gu ru menghadapi pelbagai masalah. UJIAN PRA Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Peratus 0 .20 21 . Ini ber makna hampir keseluruhan murid tidak dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. KEPUTUSAN Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan kelem ahan murid dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu pelbagai langkah telah diambil. muridmurid berasa gembira dan cenderung untuk terlibat dalam kuiz. Guru telah menyediakan beberapa soalan tatabah asa Bahasa Melayu. Daripada analisis ini.79 80 . Ujian Pra b erupa soalan tatabahasa diadakan pada 16 Februari 2005 untuk menentukan dan melihat tahap pem ahaman murid tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Ujian pasca dilaksanakan selepas tindakan diambil. Contohnya. Apa yang mengecewakan ialah 18 daripada 25 murid gagal mendapat 40 markah.100 Jumlah Pelajar BilanganPelajar 4 14 3 2 2 25 Jadual 1 di atas menunjukkan tentang keputusan ujian pra. menyediakan soalan kuiz. murid-murid tidak aktif menjawab soalan latih tubi. Hanya 4 orang murid sahaja yang berjaya mendapat markah diantara 60-100. Begitu juga semasa permainan mencantum kad.59 60 . Mereka berebut-rebut untuk menj awab soalan kuiz. Markah lulus yan g ditetapkan ialah 40 %. UJIAN PASCA Jadual 2 menunjukkan tentang keputusan ujian pasca yang dijalankan. murid-murid begitu aktif menjawab so alan.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca Peratus 0 .79 80 .59 60 .100 Jumlah Pelajar Bilangan Pelajar --16 4 5 25 .39 40 .20 21 .

Seramai 9 murid telah berjaya mendapat pangkat A dan B. Mano 68 86 18 20. Gangai 12 45 33 12. Daripada keputusan d i atas didapati bahawa semua murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Pencapaian ini amat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa murid dapat menguasa i aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Low Yit Seow 29 40 11 11. Pencapaian ini juga menunjukkan bahawa permainan bahas a yang dibuat oleh guru selepas ujian pra amat berkesan dan murid-murid dapat menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Megat 34 50 20 8. Mani 24 56 32 17. Guna 27 85 58 19. Sharvin 16 45 29 7. Vimala 22 68 46 23. David 25 42 17 3. Ini kerana permainan bahasa yang dijalankan se lepas ujian pra amat berkesan dan mendapat respon yang baik daripada murid. Thayala 14 55 41 13. Punitian 28 40 12 2. Raj 15 56 41 14. Baga 86 89 3 16. Chin Yu Tong 40 52 12 6. Vijay 82 90 8 15. Gan Beng Fuh 56 68 12 10. Kamala 28 76 48 22. Segar 78 54 24 25. Arasu 26 86 60 18. Afiqah 30 49 19 5. Shanti 28 67 39 21. Imran 42 55 13 9.Dari keputusan di atas didapati semua murid dapat memahami dan menjawab soalan t atabahasa dengan mudah selepas ujian pasca. Uma 26 53 27 . ANALISIS DATA Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Bil Nama Murid Pra Pos Beza 1. Selvam 24 48 24 24. Luth 35 50 15 4. Seramai 16 (64%) murid berada dalam tahap pencapaian C dalam menguasai aspek tat abahasa dalam penulisan Bahasa Melayu.

Saya juga berazam untuk memastikan para pelajar saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2005 bagi ma ta pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat 5 murid yang berjaya mendapat pangkat A da n 4 murid berjaya mendapat pangkat B. 7 murid daripada 25 murid sahaja yang lulus ia itu berjaya mendapat markah 40%. Setelah murid-murid menguasai tatabahasa Bahasa Melayu maka ujian pasca pula dia dakan. penyelidik juga dapat mengesan kele mahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Walaupun penyelidik mempunyai banyak tugasan lain yang terpaksa dilaksanakan. Keputusan ujian pasca ini agak memberangsangkan dan menggembirakan. Di samping itu. Hampir keseluruhan m urid telah berjaya menguasai aspek tatabahasa Bahasa Melayu. kami membuat keputusan untuk mengadakan permainan bahasa b agi mengatasi masalah ini. Jadi saya sebagai guru Bahasa Melayu Tahun 6 berasa gembira atas pencapaian murid-murid. . Bakinya iaitu 18 murid gagal dalam ujian pra ini. Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan memb antu penyelidik mencari cara penambahbaikan. Permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 iaitu kuiz. Daripada jadual di atas didapati dalam ujian pra. Manakala. saya telah berjaya dalam kajian ini. Sebagai kesimpulannya.Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca secara terperi nci. kajian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang dirancangkan. REFLEKSI TINDAKAN Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah pelajar dan kelemahan pelajar dalam penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Melayu. seramai 16 murid atau 64% murid berada pada tahap pencapaian C. na mun dengan semangat untuk memperbaiki kelemahan murid dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab . mencantum kad dan latih tubi. Melalui perbincangan. Bagi mengatasi masalah ini maka guru bahasa bersama-sama dengan guru-guru lain b erganding bahu. Ini kerana hampir kese mua murid telah lulus dalam ujian pasca ini. Ini menunjukkan ba hawa hampir 72% murid gagal dalam ujian pra.

Hasilnya tentu baik. Sebagai tindakan lanjutan saya akan menggunakan teknik permainan bahasa ini untu k mengajar tajuktajuk yang lain.Saya sebagai penyelidik ingin mengesyorkan permainan bahasa ini kepada semua gur u bahasa bagi mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu. . Saya juga telah mencadangkan kepada pentadbiran sekolah supaya meminta semua gur u Bahasa Melayu supaya menggunakan cara permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajara n mereka. Misalnya guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3 sepatutnya mengunakan permainan bahasa ini. Misalnya menggunakan kaedah ini untuk mengajar penulisan Bahasa Melay u.

Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki t eknik pangajaran dan pembelajaran guru-guru.PENUTUP Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat se kolah. besarnya rumah kamu! 3. 1. 2. . nahas kau! 2. LAMPIRAN A (CONTOH AYAT) TAJUK : KATA HUBUNG Gariskan jawapan yang betul.. Ramesh dengan) Suresh pergi melawat Kuala Lumpur pada cuti penggal yang lalu. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebag ai tenaga pengajar yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya dalam bidang bahasa. . (dan. nama guru kelas kamu? 2. cantiknya baju kam! (sambil. . 1.. . 1. Oleh yang demikian. . . penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan datang dan akan cuba menerapkan dalam tajuk lain yang akan diajar. . . keadaan nenek kamu di hospital? TAJUK : KATA SERU Nyatakan kata seru yang betul. untuk) membeli kek. Penyelidik berbangga dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama . Rina pergi ke kedai TAJUK : KATA TANYA Tuliskan jawapan yang betul. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->