You are on page 1of 7

Mengumumkan, ketibaan,________________________________

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berbahagia_______________________

selaku tuan penceramah kita pada hari ini

Yang Berusaha_______________________

Yang Dihormati_______________________

Serta semua pelajar PISMP semester 3 ambilan januari 2009 dan pelajar PPISMP
semester 2 ambilan Julai 2009.

Selamat datang ke :
seminar patriotik dan kenegaraan anjuran
Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh ______________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara


_________________________atas bacaan doa itu tadi

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim selaku
ketua jabatan kajian sosial ipg KTHO untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan
seterusnya merasmikan seminar patriotik dan kenegaraan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd Taslim b. Abd Rahim atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan seminar patriotisme dan
kenegaraan bertemakan “ meniti susur galur pantai-pantai demografi
Pensejarahan Malaysia” yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Ku
Hasnan bin Ku Halim, pensyarah UTHM,parit raja, bt pahat Malaysia..

( biodata diri )

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Demikianlah tadi ceramah daripada En. Ku Hasnan bin Ku Halim yang bertemakan “
meniti susur galur pantai-pantai demografi Pensejarahan Malaysia”. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

dengan ceramah yang telah diberikan oleh En. Ku Hasnan bin Ku Halim sebentar tadi
diharapkan kita dapat input yang berguna.

Bintang-bintang terbit pagi,

Di selaput oleh awan putih,

Tuan sudi datang kemari,

Salam dihulur penuh kasih.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Seminar kita pagi ini akan diteruskan dengan ceramah yang kedua yang bertemakan
“penghayatan nilai patriotism dan kenegaraan melalui etika perguruan”
disampaikan oleh Pn Roslina bte Ibrahim, Pensyarah kanan, Jabatan Kajian Sosial, ipg
KTHO

(biodata)

Untuk tidak melengahkan masa majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih . diharapkan melalui ceramah yang kedua ini sedikit
sebanyak dapat kita hayati nilai patriotisme dalam diri kita melalui etika perguruanyang
bakal kita tempuhi.

Majlis berhenti berehat dan ditangguhkan sehingga jam 2.00 petang. Para pelajar
diminta hadir semula ke balai ilmu ini tepat pada pukul 3.00 petang bagi meneruskan
seminar Patriotik dan kenegaraan ini.

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana menghadirkan diri ke seminar kita pada
petang ini setelah berhenti rehat pada tengah hari tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seminar kita pada petang ini akan diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan
oleh En. Mohd Hussin bin Mohd Tap, ketua bidang pendidikan sivik dan
kewarganegaraan, Jabatan Kajian Sosial IPG KTHO dengan ceramah yang ingin
disampaikan ialah ” kepentingan perlembagaan Malaysia dalam konteks
Hubungan Etnik di Malaysia”

(biodata)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah yang diberikan. Semoga kita dapat
mengambil iktibar betapa pentingnya perlembagaan malaysia di dalam konteks
hubungan etnik di malaysia.
Hadirin sekalian.

Seterusnya seminar ini diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Tn.
Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim, ketua jabatan kajian sosial IPG KTHO yang akan
menyampaikan ”cabaran 1 Malaysia”

(biodata)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim di atas
penyampaian beliau mengenai ”cabaran 1 malaysia” sebentar tadi.

Diharapkan hadirin yang berada di balai ilmu ini dapat apa yang telah diperkatakan oleh
Tn. Haji Mohd Taslim bin Abd Rahim mengenai cabaran 1 malaysia itu.

(biodata)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan kepada__________________, untuk mengiringi ________.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________di atas kesudian


menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat mempelai direnjis dipilis

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan
seminar patriotic dan kenegaraan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like