You are on page 1of 5

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang mernagkumi

pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, rel dan teksi. kerajaan Malaysia telah berbelanja
berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah
Klang, termasuk membina aliran LRT baru.

Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar
penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah.

Jenis Pengangkutan
 Bas
 Pengangkutan rel, termasuk
o transit aliran ringan (LRT) yang dikendali Rapid KL

 Aliran Kelana Jaya


 Aliran Ampang
 Aliran Sri Petaling
o KTM Komuter

 Aliran Sentul-Port Klang


 Aliran Rawang-Seremban
o KL Monorail

o Express Rail Link

 KLIA Express
 KLIA Transit
 Teksi
 Perkhidmatan antarabandar lain

Pengangkutan setempat
Sebuah teksi di Kuala Lumpur.

Teksi

Teksi bermeter boleh didapati di merata bandar. Namun, kesesakan lalulintas, terutamanya pada
waktu rush hour kerap berlaku di KL dan pada waktu sebegitu mungkin sukar untuk mendapat
teksi. Terdapat banyak insiden melibatkan pemandu teksi yang mengenakan tambang yang
keterlaluan, terutamanya terhadap pelancong, maka, para pelancong dinasihatkan agar menaiki
teksi yang mengenakan tambang berdasarkan meter, atau bertegas untuk menggunakan meter.

Bas

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa
penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas.
Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh
bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.

Jenis perkhidmatan bas


 Bas transit tempatan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan
dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
 Bas antara bandar - Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan
perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di
kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
 Bas shuttle - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya
dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej
dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
 Bas persiaran - Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong
dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat
menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat
tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan
pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
 Bas sekolah - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-
pelajar sekolah.
Jenis bas
.
 Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar
sekolah.
 Bas ekspres atau koc adalah lebih berat, selalunya mempunyai tiga gandar dengan hanya
satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula
adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Ketinggian lantainya juga tinggi, membolehkan
ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas
kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil.

Pengeluaran bas
Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya
pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada
sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa
kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh
sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada
enjin sehinggalah kepada badan bas.

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti alat GPS,
mesin tiket elektronik serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi
menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.

Rel

Rencana utama: Sistem Transit Bersepadu Kuala Lumpur


Aliran Kelana Jaya
Antara Terminal Putra dan Kelana Jaya
23 stesen sepanjang laluan 29 km, dikendali
Rapid KL

Aliran Sri Petaling


Antara Sentul Timur dan Sri Petaling
18 stesen sepanjang laluan 15 km, dikendali
Rapid KL

Aliran Ampang
Antara Sentul Timur dan Ampang
18 stesen sepanjang 15 km, dikendali Rapid KL

Aliran Sentul-Pelabuhan Klang


Antara Sentul and Pelabuhan Klang
22 stesen sepanjang laluan 153 km, dikendali
KTMB

Aliran Rawang-Seremban
Antara Rawang and Seremban]]
23 stesen sepanjang laluan 153 km, dikendali
KTMB

KL Monorail
Antara KL Sentral dan Titiwangsa
11 stesen sepanjang laluan 8.6 km, dikendali KL
Infrastructure

KLIA Ekspres
Peta Rangkaian Transit Aliran Ringan Kuala Lumpur Dari KL Sentral ke KLIA
Tanpa henti sepanjang 75 km, dikendali ERL

KLIA Transit
Antara KL Sentral dan KLIA
5 stesen sepanjang laluan 75 km, dikendali ERL

Stesen transit
Perjalanan antara bandar

Bagi perjalanan antarabandar, hab transit utama di Kuala Lumpur ialah:

 Puduraya — terminal bas antarabandar utama yang terletak di pusat bandar raya.
Terminal bas baru, Plaza Rakyat dirancangkan untuk menggantikan Puduraya yang
berdekatan dan pembinaannya sedang dijalankan. Terdapat stesen LRT berdekatan yang
dihubungkan dengan Plaza Rakyat.
 Terminal Bas Putra — menyediakan khidmat untuk bas yang menuju ke destinasi Pantai
Timur. Hubungan rel berdekatan terletak di PWTC LRT dan Putra Komuter.
 KL Sentral — stesen kereta api utama Kuala Lumpur.
 Terminal Bas Duta — untuk bas Transnasional dan Airport Coach (perkhidmatan bas ke
KLIA)

Peraturan
Sistem pengangkutan awam dikawal dan ditadbir oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk
Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial (CVLB) yang merupakan cawangan Kementerian
Pembangunan Perusahaan dan Usahasama, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan tempatan
seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan majlis perbandaran lain.

Seluruh sektor pengangkutan bukan ditadbir oleh satu buah badan.

You might also like