P. 1
PBJJ KUH LENGKAP 230310

PBJJ KUH LENGKAP 230310

|Views: 625|Likes:
Published by Hjh Maidah Har

More info:

Published by: Hjh Maidah Har on Aug 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/17/2013

pdf

text

original

‫1‬

‫الناسخ‬‫4‬ ‫والمنسوخ‬ ‫حديث‬‫6‬ ‫موضوعي‬ ‫لغة الحديث‬‫5‬ ‫وبلغته‬

‫1 ‪BAB‬‬
‫غريب الحديث‬‫1‬ ‫مشكل الحديث‬‫2‬ ‫مختلف‬‫3‬ ‫الحديث ومحكمه‬ ‫تقسيمات الحديث وأنواعه‬‫1‬ ‫ومصطلحات‬ ‫قواعد نقد الحديث عند‬‫2‬ ‫المحدثين‬ ‫علل الحديث‬‫4‬ ‫تخريج الحديث النبوي‬‫3‬ ‫حديث تحليلي‬‫5‬ ‫العتبار والمتابع والشاهد‬‫6‬ ‫علوم‬ ‫الحديث‬ ‫قضاية‬ ‫عامة‬ ‫المقدمة‬‫1‬ ‫للتعرف على‬ ‫المادة‬ ‫نشأة علوم الحديث‬‫2‬ ‫وتدوينها‬ ‫نشأة الحديث‬‫3‬ ‫وتدوينه‬ ‫حجية الحديث‬‫4‬ ‫وأهميته‬ ‫مناهج‬‫5‬ ‫المحدثين‬

‫ما‬ ‫يتع‬ ‫لق‬ ‫بال‬ ‫مت‬ ‫ن‬ ‫ما‬ ‫يتع‬ ‫لق‬ ‫بال‬ ‫سن‬ ‫د‬ ‫وال‬ ‫مت‬ ‫ن‬

‫• كيفية‬ ‫سماع الحديث‬ ‫• كيفية كتابة‬ ‫الحديث‬ ‫• كيفية رواية‬

‫طرق التحمل والداء‬‫7‬ ‫المبهمات من السماء‬‫8‬ ‫زيادات الثقات‬‫9‬ ‫ما يتعلق‬ ‫بالسند‬ ‫الجرح‬‫1‬ ‫والتعديل‬ ‫الخوة‬‫9‬ ‫والخوات‬ ‫العالي‬‫10‬ ‫والنازل‬ ‫المفردات من السماء‬‫18‬ ‫والكني واللقاب‬ ‫الموالي‬‫19‬ ‫من الرواة‬ ‫الكذابون‬‫25‬ ‫من الرواة‬ ‫1‬ ‫المختلطون من‬‫26‬ ‫الرواة‬

‫معرفة التابعين‬‫4‬ ‫وأتباعهم‬ ‫المتفق‬‫5‬ ‫والمفترق‬ ‫ألقاب‬‫14‬ ‫الرواة‬ ‫المنسوبون إلى‬‫15‬ ‫غير آبائهم‬ ‫النسب التي على‬‫22‬ ‫خلف ظاهرها‬ ‫الثقات من‬‫23‬ ‫الرواة‬ ‫المرسلون‬‫28‬ ‫من الرواة‬ ‫المؤتلف‬‫6‬ ‫والمختلف‬ ‫13‬ ‫‬‫الوحدان‬

‫معرفة‬‫3‬ ‫الصحابة‬ ‫السابق‬‫7‬ ‫واللحق‬ ‫12‬ ‫‬‫المهملت‬

‫طبقات‬‫2‬ ‫المحدثين‬ ‫المدبج‬‫8‬ ‫ورواية القران‬ ‫المتشابهات‬‫11‬ ‫من السماء‬ ‫تواريخ‬‫17‬ ‫الرواة‬

‫من ذكر بأسماء أو‬‫16‬ ‫صفات مختلفة‬ ‫أوطان الرواة‬‫21‬ ‫وبلدانهم‬

‫أسماء من‬‫20‬ ‫اشتهروا بكناهم‬

‫الضعفاء من‬‫24‬ ‫الرواة‬ ‫المدلسون‬‫27‬ ‫من الرواة‬

2

ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH

Muqadimmah & definisi pengajian.

Sejarah ulum hadith & pembukuannya

Metodologi ahli hadith Kehujahan & kepentingan hadith

Isu-isu umum
Sejarah hadith & pembukuannya

1.0

Pendahuluan

Hadith merupakan sumber syaricat Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran. Terdapat banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang dengan hadith. Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijmac ulama yang menyuruh berbuat demikian. Didalam modul ini, dijelaskan mengenai semua aspek dalam ilmu hadith ini, sama ada yang berkaitan dengan sanad, berkaitan dengan matan atau keduanya sekali. Matlamat modul ini adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahasan asas dalam Metodologi hadith seperti Klasifikasi Ilmu Metodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai persediaan awal untuk mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.1

DEFINISI METODOLOGI HADITH
 Definisi Metodologi: 2

3

Suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1994. Ms 887)

 Definisi Hadith: Dari sudut bahasa: diambil daripada perkataan Arab (‫ )حديث‬yang bermaksud ‘baru’ (lawan kepada lama) atau bermaksud ‘perkhabaran (berita). (Fairuz Abaadi, 1987, ms 214) Dari sudut istilah: sesuatu yang dikatakan sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), dan sifat-sifat Rasulullah saw (sama ada sifat jasmani atapun rohani). (Nuruddin I’tr, 1992, ms 26). Dalam konteks ini Baginda Rasulullah saw sendiri menggunakan istilah ‘hadith’ dengan maksud perkataan dan perbuatan Baginda. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sewaktu ditanya siapakah oran yang paling bahagia kerana mendapat shafa’at Baginda pada hari kiamat, Baginda berkata:

‫))لقد ظننت يا أبا هريرة أن ل يسألني عن هذا الحديث أحنند أول منننك‬ ‫لما رأيت منحرصك على الحديث, أسعد الناس بشفاعتي يننوم القيامننة‬ ((‫من قال ل اله ال الله خالصا من قلبه أو نفسه‬
Yang bermaksud: “wahai Abu Hurairah memang aku telah sangka tidak ada orang lain yang akan mendahului engkau bertanya tentang hadith ini kerana aku lihat engkau begitu mengambil berat tentang hadith, sesungguhnya orang yang paling bahagia kerana mendapat shafa’at aku pada hari kiamat ialah mereka yang berkata La Ilaha Illah Allah dengan hati yang tulus ikhlas”. [Al-Bukhari, tt, Kitab (3) Al-I’lm, bab (33) Al-Hirs a’ala al-hadith, Jil 1, ms 193, no : 99, Abu Hurairah].

 Definisi metodologi hadith:

3

 Dalam Konteks Dunia Akademik Semasa: 4 . 1996.  Kepentingan Metodologi Hadith  Dalam Konteks Syariat Islam: Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadis itu sendiri yang berfungsi sebagai sumber Syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. dan lain-lain lagi. Jil 1. yang boleh digunakan untuk mengkaji kebenaran sesebuah hadis sama ada boleh diterima pakai atau tidak. disiplin-disiplin dan kaedah-kaedah tentang hadis. baik yang bersangkutan dengan Sanad (Rangkaian perawi hadith) atau Matan (lafaz hadith).  Nama-nama lain bagi metod hadith • • • • • Ulum al-Hadith Mustalah Hadith Usul al-Hadith Sains Hadith Glosari Hadith. sebagaimana pentingnya hadis sebagai sumber maklumat syara’. ms 40-41). maka begitu jugalah pentingnya Metod Hadith yang berfungsi antara lainnya sebagai agen awal pengawal institusi Hadis dari sebarang unsur kepalsuan dan ketidak sahihan nilai keboleh percayaan intitusi hadis sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh dan bertambah. (As-Suyuti.4 Suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip. Jadi.

Selain dari itu. Ilmu ini juga mendedahkan kepada kita pendekatan yang digunakan oleh Ahli Hadith dalam penulisan. simbolik dan penggunaan kod.  Dalam Konteks Pengajian Awam (Bukan Ahli Hadith): 5 . melaluinya juga kita dapat melihat ciri-ciri keintelektualan Ulama Hadith mengatur disiplin pengajiannya dengan kemas dan teratur. menganalisa. Untuk mendapatkan kepakaran tersebut. menyelidik. seseorang itu perlu menguasai terlebih dahulu semua cabang disiplin metod Hadith di samping memahirkan dan membiasakan diri dengannya melalui latihan praktikal yang berterusan.5 Ilmu ini boleh menyumbangkan banyak penemuan baru. Sebagai contohnya. buku karya Imam Bukhari yang terkenal dengan nama Soheh Bukhari yang mana di dalamnya terdapat lebih daripada 4000 Hadith.  Matlamat Pengajian Metod Hadith  Dalam Konteks Pengajian Ahli Hadith: Matlamat yang hendak di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah melahirkan tenaga pakar yang mampu mengkaji. Melalui buku ini. Ini semua menggambarkan identiti. kita dapat melihat metod yang digunakan oleh beliau untuk mengklasifikasikan tajuk-tajuk dan bab-bab. menilai dan seterusnya menentukan kedudukan sesebuah hadith sama ada boleh diterima serta di amalkan atau sebaliknya. terutamanya dalam menangani permasalahan dan isu semasa. kredibiliti dan potensi beliau sebagai seorang ulama yang memiliki taraf kesarjanaan yang tinggi. penyusunan dan pengkaryaan buku yang lengkap. Pendekatan ahli Hadith seperti Imam Bukhari ini boleh diaplikasikan ke dalam dunia pengkaryaan akademik dan saintifik. Di dalamnya terdapat kaedah penerangan tentang selok belok ilmu hadith secara perlambangan. Kita juga dapat melihat bagaimana mereka menyusun kaedah-kaedah ilmu ini dengan begitu cermat dan rapi hingga mereka dapat menilai dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith. kerana hanya melaluinyalah kita dapat menggali semula “Khazanah Hadith” bagi memperolehi nas-nas syarac yang mungkin belum pernah kita temui sebelum ini.

keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan institusi Hadith sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran akan bertambah. Namun kesempurnaan proses pembentukkan ilmu ini. Melalui pendedahan yang menyeluruh tentang ilmu ini.6 Matlamat yang ingin di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah untuk memperkasa atau sekurang-kurangnya mempertahankan institusi Hadith itu sendiri. antara bukti jaminan tersebut terciptanya satu ilmu yang lengkap berteraskan suatu metodologi yang mantap lagi berupaya untuk bertindak sebagai agen pengawal bagi Institusi Hadith yang dikenali sebagai Ulum al-Hadith atau apa yang kita namakan sebagai Metodologi Hadith. Secara terperincinya. sejarah perkembangan Ulum Hadith ini dapat dibahagikan kepada tujuh tahap: 6 . Justeru. atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan.2 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN METODOLOGI HADITH Pendahuluan Allah swt yang memilih Islam sebagai Agama Samawi yang terakhir dan memberi jaminan untuk menjaga sumber ajaran Islam agar kekal dengan keaslian dan ketulenannya sehingga Hari Kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 9 yang berbunyi: Maksudnya: “sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Zikr (syariat yang merangkumi isi kandungan al-Quran dan Hadith) dan sesungguhnya Kamilah yang menjadi pengawalnya”. 1. Keyakinan terhadap institusi Hadith ini akan menjadi benteng yang teguh yang boleh melindungi setiap individu muslim daripada sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan terhadapnya. Bahkan. sebelum sampai ke tahap komprehensif ilmu ini telah terlebih dahulu berkembang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang menyeberangi detik-detik zaman yang berabad lamanya. bukanlah berlaku sekaligus dalam jangka masa yang singkat.

tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam telah berpindah secara automatik kepada sahabat-sahabat yang mewarisinya daripada Baginda. Dalam konteks Metodologi Hadith.a dan Ibn Omar r. Rasulullah saw telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat berkesan. Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga akhir kurun pertama Hijrah. mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz segala maklumat syarak yang disampaikan oleh Rasulullah saw baik dalam bentuk wahyu al-Quran mahupun Hadith Rasulullah saw sendiri. Selepas kewafatan Rasulullah saw. Dalam menyampaikan ilmu kepada sahabat agar mudah difahami dan mudah diingati. Menyedari kewajipan mereka yang begitu besar. seperti Abu Hurairah r. antaranya: a) Mengulangi percakapan beberapa kali. Lantaran usaha mereka yang gigih.2. boleh dikatakan majoriti sahabat adalah terdiri dari kalangan Penghafaz al-Quran yang mantap. Fenomena ini secara tidak langsung telah menghasilkan beberapa kaedah yang digunakan oleh sahabat untuk menghafaz segala maklumat yang mereka terima dari Rasulullah.7 1.a mampu menghafaz sebahagian besar hadith yang disampaikan oleh Rasulullah saw. perkembangan di peringkat ini dilihat dari beberapa aspek: • Pembentukkan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran. 7 .1 Tahap Pertama (Tahap Pembentukkan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah saw dan Sahabat) Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu Islam dari berbagai disiplin. Sahabat yang memang sedar dan akur dengan tanggungjawab besar yang terpaksa mereka pikul. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak ditulis tetapi sejarah membuktikan bahawa ia memang diaplikasikan oleh sahabat secara praktikal. iaitu tanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada generasi-generasi berikutnya.

Jilid 1. Berdasarkan kelebihan inilah.a. Bahkan Baginda amat cermat menyampaikan perkataan supaya ianya dapat dihayati oleh sahabat-sahabat. tt.8 Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik: ‫))))أنه صلى الله عليه وسلمم اذا تكلم بكلمة أعادها ثلثا حتى تفهم عنه‬ Yang bermaksud: “Rasulullah (kadang-kadang) mengulangi sesuatu perkataan sebanyak tiga kali agar senang difahami”. 8 . Aishah r.78). pernah berkata kepada sahabat-sahabat yang lain: ‫))))أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يكن يسرد الحديث كسرد‬ Yang bermaksud: “ bahawa Rasulullah saw tidak bercakap (dengan percakapan tanpa henti dan terburu-buru melalui satu gaya sahaja) sebagaimana kamu bercakap”. 1309 H. no: 94) b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas padat dan jelas.ms. Ini ada kaitan dengan satu keistimewaan bahasa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Baginda yang tidak dimiliki oleh manusia biasa yang lain. c) Berinteraksi dengan pendengar melalui pendekatan ‘komunikasi dua hala’. maka kita dapati al-Quran telah menamakan hadith itu sebagai “al-Hikmah” (As-Syafie.. ms 188.. dan senang diingati oleh sesiapa sahaja yang mendengarkannya. Rasulullah saw sentiasa member peluang kepada sahabat berbincang dengan Baginda dalam sesuatu majlis ilmu dengan mengambil kira keterlibatan semua pihak dalam proses penerimaan dan penyampaian maklumat.الحديث‬ Yang bermaksud: “ dan aku telah dianugerahkan dengan keistimewaan jawami’ al-kalim (himpunan kata-kata yang padat lagi jelas)”. d) Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk ‘halaqat’. Iaitu kebolehan menerangkan sesuatu secara ringkas tetapi jelas maksudnya. sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda saw sendiri: ‫))))أعطيت جوامع الكلم.. Sebaliknya Baginda bercakap dengan sesuatu percakapan yang jelas. Baginda tidak pernah memonopoli majlis dengan percakapan dan penyampaian tanpa henti yang mungkin boleh menjemukan. kitab Al-I’lm. (Al-Bukhari.

Ini secara tidak langsung telah mendorong mereka meningkatkan daya ingatan dan bersungguh-sungguh dalam pengajian. jilid 1. sumber dan hukum syarak dari sebarang unsur kepalsuan. Kaedah ini merupakan fenomena biasa yang berlaku di antara Rasulullah dan sahabat. فرب حامل فقه الى من‬ ‫))))هو افقه منه ورب حامل فقه ليس بفقيه‬ Yang bermaksud: “semoga Allah menceriakan atau menyerikan wajah seseorang (pada hari akhirat) yang telah mendengar sesuatu (hadith) dari kami. T.T. kerana boleh jadi orang yang mendengar (maklumat itu) lebih faham dari orang yang menyampaikannya”. f) Memotivasikan sahabat tentang amanah dan tanggungjawab agama Rasulullah saw telah Berjaya member kesedaran kepada sahabat tentang amanah dan tanggungjawab mereka dalam menjaga maklumat. sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kewajipan tersebut berdasarkan kepada beberapa asas penting antaranya: 9 . kerana khalayak.9 Iaini mengadakan majlis ilmu dalam bentuk bulatan.156) e) Teknik soal jawab struktur yang demikian boleh membantu agar penyampaian lebih jelas dan dapat didengar oleh semua Teknik yang dilakukan ini adalah secara dua hala. Malah mungkin boleh dikatakan sebahagian besar Hadith yang diriwayatkan adalah melalui kaedah ini. ms. sama ada guru menyoal murid ataupun sebaliknya. Sehubungan itu. kemudian dia menyampaikan apa yang didengarnya itu (kepada orang lain) sebagaimana yang dia dengar (tanpa mengubahnya). (al-Bukhari. • Pembentukkan Asas-Asas Ilmu Periwayatan Hadith Menyampaikan maklumat syarak adalah sesuatu yang sangat digalakkan sebagaimana sabda Rasulullah: ‫نضر الله امرءا سمع منا حديثا فحفظه حتى يبلغه.

guru tersebut juga mendapat manfaat dari pembacaan pelajarnya kerana mendengar bacaan orang lain kadangkala member kesan penghayatan yang lebih dari membaca sendiri. • Pembentukan Asas-Asas Pembacaan Dan Penulisan Pembacaan dan penulisan merupakan dua cara yang terpenting bagi mendapatkan sesuatu maklumat. • Membaca dihadap guru: dari satu aspek ianya bertujuan supaya bacaan itu dapat didengar oleh guru dan guru membetulkannya. jika ada kesilapan. Sahabat menggunakan pendekatan muzakarah sama ada secara berseorangan atau berkumpulan. manakala pelajar menulis apa yang dibaca oleh guru mereka. Rasulullah saw telah mencetuskan satu revolusi keilmuan di kalangan bangsa Arab yang buta huruf dengan memberi galakan supaya mereka belajar membaca dan menulis. Rasulullah telah memantulkan suruhan tersebut kepada sahabat dengan mengambil beberapa langkah awal bagi menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kedua-dua perkara itu. justeru. Dari sudut yang lain. 10 . b) Tidak terlalu banyak meriwayat hadith c) Membahas hadith yang diriwayatkan.10 a) Berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat. Antara langkah yang diambil ialah: a) Mengarahkan sahabat-sahabat yang pandai membaca dan menulis. • Kaedah penulisan secara imlak: iaitu guru membaca. b) Meletakkan syarat kepada tawanan perang badar yang ingin dibebaskan supaya mengajar terlebih dahulu sekurang-kurangnya sepuluh anak orang Islam menulis dan membaca. Dalam konteks ini Rasulullah saw selalu mengimlakkan hadith-hadith Baginda kepada sahabat seperti Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As dan lain-lain.a supaya mengajar sahabat-sahabat yang lain. seperti ‘Ubadah bin As-Somit r. Dengan turunnya wahyu pertama yang memberi arahan supaya ‘membaca’. antaranya: • Teknik muzakarah: untuk memastikan hafalan sentiasa mantap. Kesan daripada usaha-usaha ini maka terhasillah beberapa teknik awal penulisan dan pembacaan.

tulang-temulang. yang dikenali dengan ‘zaman fitnah’. Gejala pemalsuan ini berkembang dengan hebat sekali hingga mencapai tahap kritikal di akhir zaman sahabat (awal kurun ke 2H). Di pertengahan zaman sahabat (sekitar tahun 40H). dan antara langkahlangkah yang di ambil ialah: a) Membuat pengembaraan bagi mencari dan mengesahkan sesuatu hadith. kaedah-kaedah dan istilah-istilah metodologi hadith.2. Keperluan kepada penggunaan kaedah-kaedah ini disokong pula oleh dua factor lain: • Daya ingatan yang kian merosot. daun. 1. b) Menolak hadith yang matan (lafaznya) bercanggah dengan riwayat sohih yang lain. suhuf dan lain-lain. Setelah gagal mendapatkan nas-nas tersebut. menyedari hakikat ini. 11 . mereka mula menggunakan taktik jahat dengan membuat hadith-hadith palsu yang seolah-olah menyokong pendapat mereka. kulit kayu. ulama bagun dan berusaha menangganinya. Kesan daripada usaha dan kesungguhan ulama ini maka terhasillah dua natijah penting: a) Pembukuan buku-buku hadith yang pelbagai jenis dan bentuk secara rasmi b) Bermulanya penggunaan prinsip-prinsip. muncul gerakan pemalsuan hadith yang dipelopori oleh golongan Sabaiyyah dan Syiah. Mengkritik perawi hadith yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan untuk meriwayatkan hadith.11 • Penggunaan bahan penulisan yang sedia ada: sejarah membuktikan bahawa penulisan al-Quran dan hadith di lakukan di atas bahan-bahan seperti pelepah tamar.2 Tahap Kedua (Tahap Perkembangan Dan Pembinaan Asas) Tahap ini bermula dari awal kurun 2 Hijrah hingga awal kurun ke 3 Hijrah. Perselisihan pendapat yang berlaku antara mereka dengan aliran perdana Ahli Sunnah wa al-Jamaah telah mendorong puak-puak yang terbabit mencari nas-nas syara’ bagi menguatkan hujah masing-masing. apabila kekuatan hafalan seseorang ulama semakin hari menjadi semakin lemah disebabkan oleh berbagai faktor seperti factor persekitaran dan sebagainya.

Taarikh Ar-Rijal Wa Al-cIlal. Namun. kemungkinan untuk tersilap menjadi lebih besar. tanpa pemfokusan yang khusus. Antara buku yang ditulis menggunakan pendekatan ini ialah: 1. muttasil.’Ilal al-Hadith.12 • Rangkaian perawi hadith yang semakin ramai. satu pendekatan lain telah di ambil oleh ulama dengan mengasingkan jenis-jenis ilmu tersebut dalam buku yang khas. telah mendorong ulama untuk turut memberi sumbangan karya dalam bidang Metodologi Hadith melalui gaya persembahan yang berbeza dari sebelumnya.3 Tahap Ketiga (Tahap Pembukuan Berdasarkan Tujahan Khusus Dengan Pemfokusan Kepada Disiplin-Disiplin Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja) Tahap ini bermula di awal kurun ke 3H hingga ke pertengahan kurun ke 4H dan ianya merupakan zaman penulisan metodologi hadith yang paling aktif. seperti: Ilmu Rijaal. mauquf. kebayakkan ahli hadith menganggap beliaulah orang yang pertama memperkenalkan istilah-istilah metodologi hadith. Melihat perkembangan ini. an-Nasikh wa al-Mansukh dan lain-lain. Banyak bukubuku hadith yang utama seperti Musnad Imam Ahmad. berlaku ledakan pembukuan hadith yang amat meluas. Akhirnya lahirlah istilah-istilah seperti hadith marfuc. Kutub As-Sittah dan lain-lain lagi yang telah muncul. Peringkat ini juga melihat setiap cabang Ilmu Metodologi Hadith berkembang menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.2. 1. Apabila jumlah perawi bertambah. Dan orang yang pertama sekali dikatakan mengumpul dan menggunakan istilah-istilah ini ialah Imam Az-Zuhri (124H). oleh Yahya Bin Ma’in (233H) dalam disiplin C ilal Al-Hadith 12 . kerana jarak masa yang semakin jauh denga Rasulullah saw. disiplin Metodologi Hadith mula difokuskan sebagai kandungan utama dan bukan lagi sebagai unsur sampingan kepada disiplin-disiplin ilmu lain. maqtuc. mursal. peringkat ini merupakan zaman pembukuan Metodologi Hadith secara tempelan. Gelombang penulisan dan pengkaryaan yang melanda dunia Islam pada waktu ini. munqatic dan sebagainya. Di peringkat ini. Kebetulannya pada zaman ini. Sehinggakan zaman ini digelar ‘Zaman Keemasan Pembukuan Hadith’. Tabaqat.

bagi meneruskan kesinambungan aktiviti penulisan. oleh Ar-Raamhurmuzi (360H) 2.Macrifat Culum Al-Hadith.2.An-Nasikh Wa Al-Mansukh.Ikhtilaf Al-Hadith. 4. oleh Al-Haakim An-Naisaburi (405H) 3. buku-buku ini masih menggunakan gaya penulisan lama. komentar atau ringkasan yang dirasakan perlu. namun isi kandungannya terlalu mendatar dengan perbahasan yang tidak terperinci kerana pengarangnya lebih mengutamakan ringkasan. oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (436H) 5. oleh At-Tirmizi (279H) dalam disiplin Cilal Al-Hadith dan lain-lain. Suatu pendekatan yang menjurus kepada bidang-bidang tujahan secara terperinci yang menggambarkan ketinggian ilmu perkaryanya. Dari sudut yang lain. oleh cAli Bin Jacfar Al-Madiini (234H) dalam disiplin Mukhtalif Al-Hadith. terhasillah beberapa buah buku metodologi hadith dalam bentuk multi disiplin. Oleh Muhammad Bin Sacd (230H) dalam disiplin Tabaqaat Rijal Al-Hadith 3. telah mengumpulkan buku-buku metodologi hadith yang terhasil sebelumnya. 5C ilal Al-Kabir.13 2. oleh Qaadhi ‘Iyadh Al-Yahsubi (544H) Sekalipun buku-buku ini merangkumi semua disiplin metodologi hadith. Melalui usaha ini. oleh Abu Nucaim Al-Asbahani (430H) 4. antaranya: 1.Al-Kifayah Fi cIlm Ar Riwayah.At-Tabaqaat. Demikianlah pendekatan yang digunakan oleh ulama zaman itu dalam penulisan metodologi hadith. ulama yang muncul ketika ini. mereka cuba menggabungkan semua disiplin yang berlainan yang terdapat dalam bukubuku yang berasingan itu ke dalam sebuah buku sahaja di samping membuat beberapa tambahan. oleh Ahmad Bin Hambal (241H) dalam disiplin Nasikh Al-Hadith Wa Mansukhihi.Al-Muhaddith Al-Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Waaci.Al-Mustakhraj cAla Macrifat cUlum Al-Hadith. 13 .4 Tahap Keempat (Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi Semua Disiplim Metodologi Hadith) Tahap ini bermula dari pertengahan kurun ke 4H hingga awal kurun ke 7H. 1.Al-Lima Ila Macrifat Usul Ar-Riwayah Wa Taqyiid As-Sama’. Kemudian.

oleh As-Suyuti (911H) Kesemua kitab-kitab ini bolehlah di anggap sebagai “The Encyclopedia Of The Methodology Of Hadith”. namun ianya tetap menjadi rujukan asas dalam bidang pengajian metodologi hadith hingga ke hari ini.Fath Al-Mughith Syarh Al-Fiat Al-cIraqi Fi cIlm Al-Hadith. oleh Imam An-Nawawi (676H) 2.Syarh Nuzhah An-Nadzar Syarh An-Nukhbah. oleh Umar Bin Muhammad Al-Baiquuni (1080H) 3. Ianya disifatkan sedemikian kerana karya-karya yang dihasilkan dalam jangka masa tersebut lebih bersifat ringkasan dan ulasan sahaja kepada buku-buku yang telah dihasilkan sebelumnya. Apa yang pasti ia akan tetap kekal sebagai rujukan perdana dalam bidang metodologi hadith buat selama-lamanya. oleh As-Soncaani (1182H).Taudih Al-Afkar.6 Tahap Keenam (Tahap Kepastian Dan Kejumudan) Peringkat ini berlanjutan dari kurun ke 10H hingga awal kurun ke 13Hijrah. Penerokaan dan penemuan baru dalam metodologi hadith seolaholah tidak lagi berlaku.Tadrib Ar-Rawi Syarh Taqriib An-Nawawi.Irsyad Tullab Al-Haqaaik.An-Nukat cAla Kitab Ibn As-Solah. 1. Antara buku-buku yang terhasil pada peringkat ini ialah: 1.2. dan lain-lain.2.14 Akan tetapi. 14 .At-Tabsirah Wa At-Tazkirah. penulisan buku metodologi hadith telah mencecah tahap keranuman dan kemekaran dengan lahirnya ramai tokoh-tokoh ulama yang menguasai semua bidang ilmu. di peringkat ini. Antara buku-buku yang terhasil diperingkat kematangan ini ialah: 1. oleh Al-cIraqi (806H) 3. oleh As-Sakhaawi (902H) 5. kerana ianya membahas semua aspek melalui sentuhan yang terperinci dan tersusun kemas.Al-Mandzumah Al-Baiquuniyyah. walau apa pun kelemahan yang terdapat di dalam buku-buku peringkat ini. oleh cAli Bin Sultan Al-Harwi (1014 H) 2. 1. oleh Ibnu Hajar Al-cAsqalani (852H) 4.5 Tahap Kelima (Tahap Kematangan Dan Kesempurnaan) Tahap ini merangkumi jangka waktu dari pertengahan kurun ke 7H hingga awal kurun ke 10H.

Ancaman orientalisme yang bermatlamat mengelirukan umat Islam melalui serangan pemikiran.Mustaffa Al- Sibaie 3. seperti Al-Mulla Ali Al-Qaari (1014H). Melalui dua faktor di atas. ii.Qawaaid At-Tahdith. Abdul Hayy Al-Laknawi (1264H) dan lain-lain. oleh Nuruddin Itr dan lain-lain. Ramai tokoh-tokoh ulama India yang berkaliber turut melibatkan diri dalam penulisan ini.Dirasaat Fi Al-Hadith Al-Nabawi.Hujiyyah As-Sunnah.7 Tahap Ke Tujuh (Tahap Kesedaran Dan Kebangkitan Semula) Melihat kepada kepentingan ilmu metodologi hadith ini. kesan daripada perkembangan ilmu yang pesat yang mengaktifkan suasana pengkaryaan. oleh Jamaluddin Al-Qasimi 2. Perkembangan ini di dorong oleh dua faktor utama: i. antaranya: 1. Mustaffa Al-A’dzami 4. Muhd. Walau bagaimanapun. Ancaman sekularisme yang hebat dari blok timur dan barat kesan dari dasar kerjasama di bidang akademik melalui pertukaran pelajar. Menyedari bahaya ini. program berkembar dan sebagainya. khasnya yang bersangkutan dengan peribadi Nabi.Manhaj Al-Naqd Fi Ulum Al-Hadith. Al-Ghani Abd. oleh Prof. kesedaran betapa perlunya diteruskan budaya penulisan dalam bidan ini telah meledak semula di kalangan ulama semasa. Sahabat dan Hadith. ulama cuba menghasilkan buku-buku metodologi hadith yang menyentuh isu-isu yang ditimbulkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. karya mereka tidak inovatif.2.15 Diperingkat ini juga menyaksikan seolah-olah berlaku perpindahan pusat perkembangan metodologi hadith dari bumi Arab ke bumi India. oleh Sheikh Abd. Shah Waliyullah Ad-Dahlawi (1176H). 1.As-Sunnah Wa Makaanatuha Fi At-Tasyri’ Al-Islami. Al-Khaliq 5. 15 . sekadar mengulangi apa yang telah terhasil sebelumnya. berlaku penyerapan maklumat negatif yang boleh menggugat Institusi Hadith. Muhd. dan kegoyahan institusi ini pula sudah tentu akan member impak yang besar kepada keseluruhan epistemologi Islam. oleh Dr. maka bermula dari awal kurun ke 13 Hijrah (20 Mashi) hingga ke hari ini.

oleh Hafiz Hasan Al-Masudi. cetakan tahun 1967 4.M Hasbi Al-Siddiqi. Oleh Ab. teknologi maklumat dan sebagainya juga menuntut cendiakiawan Islam agar sama-sama menyahut cabaran era baru ini melalui penyertaan yang bersifat proaktif. cetakan pertama tahun1954 2.Aziz Masyum. 1. Cetakan Tahun 1967 3. namun ianya mampu bertahan dengan seadanya meskipun agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa yang lebih mencabar pada hari ini.3 PEMBUKUAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH DAN PERKEMBANGANNYA 16 .Ilmu Hadith.Buku Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith. Kesimpulannya. oleh Prof T. antra buku-buku yang telah dihasilkan oleh ulama nusantara ialah: 1.16 Perkembangan pesat sains dan teknologi yang menghasilkan banyak penemuan dan rekaan baru yang canggih seperti computer. Hasbi Al-Siddiqi. cetakan tahun 1996 dan lain-lain.Status Hadith Sebagai Dasar Tasyri’. Terjemahan: A. oleh Dr Barmawie Umarie. Ini ada hubungan dengan kepentingan Institusi hadith itu sendiri sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran. robot. pengkaryaan metodologi hadith merupakan satu aktiviti yang aktif di kalangan ulama dari dahulu hingga sekearang.Ilmu Mustalah Hadith. Walaupun keaktifannya tidaklah konsisten di sepanjang zaman dengan adanya perubahan pasang surut yang dipengaruhi oleh berbagai faktor. Qadir Hasan. cetakan tahun 1977 5.M.Pokok-Pokok Ilmu Dirayat Hadith. oleh Prof T. Ulama nusantara juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan karya metodologi hadith.

3. hinggalah datang Al-Khatib Al-Baghdadi yang telah mengkaji semula pendapat tersebut dan mengarang kitab “Taqyid Al-cIlmi”.3 Bila Bermula Penulisan Al-Hadith Di zaman awal ulama al-hadith menyebutkan hadith sebagai ilmu sahaja. Terkenal dikalangan umum satu pendapat bahawa hadith ini tidak ditulis dan para ulama hanya meriwayatkan hadith melalui lisan dan ingatan sahaja. Ia berasal dari bahasa parsi.2 Penulisan Di Zaman Jahiliyyah Dan Islam Kepandaian dalam tulis menulis di kalangan orang Arab Jahiliyyah amatlah sedikit bilangannya. mempengaruhi beberapa penulis seperti Abu Talib al-Makki. Idea ini juga. Mereka tetap menyatakan demikian walaupun terdapat juga pendapat bertentangan yang mengatakan bahawa orang-orang selepas sahabat dan tibicin meriwayatkan ilmu (hadith) dari suhuf-suhuf yang sahih tetapi tidak tersusun rapi yang ditulis di zaman sahabat dan tabicin. alImam al-Dhahabi. Dari aspek teknikal: al-tadwin digunakan untuk menunjukkan makna susun dan karang. 1. Rasul sendiri amat mengalakkan supaya umat mempelajari kaedah-kaedah tulis dan baca kerana melalui ilmu akan meningkatkan martabat dan kedudukan Islam itu sendiri dan juga ummahnya. Sangkaan ini adalah kerana kesilapan mentakwilkan dalil yang datang berkenaan tadwin al-hadith dan penulisannya. 1. Apabila Islam datang ke tanah arab. khutbah. al-Hafiz Ibn Hajr dan al-Maqrizi. Pendapat ini berlanjutan selama lebih kurang lima kurun berturut-turut. dan orang yang menghimpunkan hadith di dalam kitab adalah datang kemudian darinya.1 Definisi Al-Tadwin Dari aspek etimologi erti al-tadwin ialah: mengumpulkan sesuatu yang bercerai- berai didalam suatu kumpulan/ikatan seperti mengumpulkan suhuf (helaian-helaian) menjadi satu kitab.3. Oleh yang demikian. 17 . Mereka menyebutkan bahawa orang yang pertama mentadwinkan hadith adalah Ibnu Syihab Al-Zuhri (124/125H). agama ini telah menggalakkan pendidikkan menulis dan membaca. sejarah nasab dan lain-lain. mereka bergantung kepada ingatan mereka yang kuat dan istimewa untuk menghafaz syair.3.17 1.

. Untuk membuktikan bahawa penulisan hadith sebenarnya telah bermula di zaman sebelum Al-Zuhri lagi. Jadi al-Khatib al-Baghdadi telah berusaha mengkaji riwayat-riwayat yang membicarakan penulisan ilmu (hadith) di zaman Rasulullah saw...18 sebenarnya sudah berlaku tadwin al-ilmi semenjak zaman sebelum Al-Zuhri yang dianggap dari kalangan sighar al-tabicin.. 18 . فانه يكتب وأنا ل أكتب‬ (‫)رواه البخارى‬ Maksudnya: “ tidak ada seorang sahabat pun yang lebih banyak hadithnya daripadaku kecuali. Dinyatakan di dalam kitab Jamic Bayan al-cilm... terdapat juga beberapa riwayat yang dhaif tetap dapat menguatkan sebahagian dengan sebahagian yang lain... akan ku tuliskan untuk kamu suatu kitab supaya kamu tidak tersesat nanti”.عبدالله بن عمرو.أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فى مرضه‬ ‫أئتوني بكتاب أكتب لكم كتابا ل تضلوا بعده‬ – ‫رواه البخاري‬ Maksudnya: “bahawa Rasulullah saw telah bersabda ketika Baginda saw gering: bawa kemari kertas.. hlm. cAbd Allah Bin cAmr kerana dia boleh menulis sedangkan aku tidak pandai menulis…” :‫عن ابن عباس:. dibawakan di bawah ini beberapa riwayat: ‫حديث لبىت حريرة : ما من الصحابة أحد أكثر حديثا منى ال ما كان من‬ ‫. juz 1.... tulislah. )رواه الم نام‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن ن‬ ‫ن‬ ‫)أحمد فى مسنده‬ Maksudnya: “aku sering menulis apa sahaja yang aku dengar dari Rasulullah saw hingga Baginda mengatakan kepadaku.. Disamping itu. sahabat dan tabicin.. ‫حديث عبدالله بن عمرو ب نن الع ناص:.71: Rasulullah saw telah memerintahkan supaya ditulis satu sahifah yang memuat semacam undan-undang yang mengatur hubungan antara sesame umat Islam dan orang lain di Madinah.الى أن قال: فقال رسول الله صنلى اللنه‬ ‫ن‬ ‫عليه وسلم: أكتب فوالذي نفسى بي نده م نا خ نرج من نى ال ح نق. demi Allah tidak ada yang keluar dari (katakata) ku melainkan yang benar”.كن نت أكت نب ك نل ش نىء أس نمعه منن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫رسول الله صلى الله عليه وسلم...

sebagaimana dinyatakan di dalam alTabaqat al-Kubra li Ibn Sacd. hlm. • Apabila dilihat dari aspek penulisan secara rasmi. Beliau mengumpulkan hadith dan menjilidnya dengan kemas supaya tidak tercicir. diyat. 1. juz 1. maka kita dapati ramai sahabat dan tabicin yang telah mendahului Khalid tersebut.3. Di dalam perbahasan sebelum ini. walaupun mungkin dalam bentuk yang tidak rasmi di zaman Rasulullah saw masih hidup lagi. faraid dan beberapa susunan yang lain. Diriwayatkan bahawa beliau telah sempat menemui 70 orang sahabat. kita telah melihat dan membuktikan bahawa penulisan al-hadith sebenarnya telah dimulakan. Jadi pendapat ini tidak dapat diterima dari dua aspek: • Apabila kita mempertimbangkan penulisan secara peribadi. 19 . maka kita dapati Khalid ini sebenarnya telah di dahului oleh Abu Bakr bin Hazm dan al-Zuhri. yang dilakukan oleh alZuhri atas permintaan cUmar bin Abd al-cAziz. 5-38. lebih masyhur lagi pendapat yang mengatakan. cAmr bin Hazm yang terkenal dengan “Sahifah cAmr bin Hazm” yang berisi peraturan-peraturan sadaqah (zakat).19 Rasulullah juga telah menghantar satu surat kepada gabenor Yaman. seperti Hammam bin Munabbih dan al-Zuhri. orang pertama yang membukukan hadith ialah Ibn Syihab Al-Zuhri.4 • Beberapa Pendapat Sekitar Penulisan Hadith (Al-Tadwin) Pendapat Syeikh Muhammad Rasyid Rida Al-Syeikh berpendapat bahawa kemungkinan orang yang pertama menulis hadith dan lain-lainnya adalah dari kalangan tabicin yang bernama Khalid Bin Macdan Al-Himsi (103/104H). Rasul saw juga telah mengutus surat kepada raja-raja di sekitar semenanjung Arab mengajak mereka supaya memeluk Islam. Namun demikian.

pada tahun pertengahan pemerintahannya antara tahun 6585H. Perintah ini telah dilaksanakan oleh ibn Syihab al-Zuhri. Gabenor Mesir ketika itu cAbd cAziz bin Marwan bin alHakam al-Umawi.  Penulisan secara rasmi Dalam masalah ini terdapat dua pendapat. • Pendapat Golongan Syicah Al-Sayyid Hasan al-Sadr (1272-1354H) mengatakan: al-Hafiz Jalal al-Din al- Suyuti telah waham di dalam kitabnya “Tadrib al-Rawi” dengan mengatakan bahawa permulaan tadwin hadith adalah pada permulaan kurun kedua hijrah pada zaman pemerintahan cUmar bin cAbd cAziz dengan perintahnya kepada gabenor di Madinah. Abu Rafic ini meninggal dunia pada permulaan pemerintahan cAli r. adalah dari kalangan Syicah di zaman c Ali sebagai khalifah. Kemudian beliau menyebutkan kitab dan sahifah kepunyaan cAli yang tergantung di pedangnya. Pendapat ini memang benar dari aspek penulisan rasmi. Sebenarnya pendapat ini kurang tepat kerana telah dinyatakan di atas bahawa c Abd Allah bin cAmr bin al-cAs telah terlebih dahulu menulis dihadapan Rasulullah saw sendiri malahan diizinkan oleh Baginda saw. iaini: • Pertama. al-Sayyid Hasan al-Sadr menegaskan bahawa orang yang melakukan pembukuan hadith walaupun secara tidak rasmi. Abu Bakr bin Hazm yang telah meminta ulama Madinah supaya melaksanakan perintah tersebut. menyatakan bahawa ia bermula pertengahan dekad kelapan kurun pertama Hijrah.a. Seterusnya. adalah tidak dapat di terima. pendapat yang mengatakan Khalid sebagai penulis hadith yang pertama. dan sebuah kitab kepunyaan Abu Rafi’ maula Rasul saw yang dinamakannya “Kitab al-Sunan wa al-Ahkam wa al-Qadaya”. beliau telah berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah 20 .20 Jadi. tetapi boleh kita golongkan beliau ini antara orang yang mula-mula membukukan hadith di kurun pertama itu. Adapun penulisan hadith secara peribadi telah bermula di zaman Rasulullah saw sendiri sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.

Kathir sendiri meninggal antara tahun 70-80H. Jelas kepada kita bahawa telah ada beberapa penulisan al-Hadith di zaman awal tersebut. 1. supaya menuliskan untuknya hadith-hadith yang telah didengarnya dari para sahabat Rasulullah saw kecuali hadith-hadith Abu Hurairah. yang telah dapat menemui tujuh puluh ahli Badar dari kalangan sahabat Rasul saw. Penulisan al-Hadith di zaman sahabat dan kibar Tabicin pun masih seperti zaman Rasulullah saw. 1. • Pendapat kedua pula adalah pendapat yang menegaskan bahawa penulisan secara rasmi adalah dilakukan di zaman cUmar Bin Abd cAziz. al-Sunnah belum lagi ditadwinkan secara rasmi sebagaimana al-Quran. Permulaan pengumpulan secara rasmi dimulakan pada akhir kurun pertama hijrah atau pada awal kurun kedua Hijrah. Ketika Rasulullah saw wafat. Diriwayatkan oleh Imam al-Layth bin Sacd dari Abu Habib bahawa cAbd al-cAziz bin Marwan telah menulis kepada Kathir bin Murrah al-Hadrami. anak kepada c Abd Al-cAziz Bin Marwan Bin Al-Hakam tersebut.21 saw. Dapatlah disimpulkan bahawa penulisan hadith secara rasmi telah dimulakan pada pertengahan kedua kurun pertama hijrah. Kesimpulannya: Al-Hadith sebenarnya telah ditulis atau dikumpulkan semenjak zaman Rasulullah saw sendiri sama ada atas perintah atau izin Baginda.4.1 Sikap Para Sahabat Terhadap Penulisan Al-Hadith 21 . Kalau kita anggarkan beliau meninggal pada tahun 75H maka permintaan cAbd al-cAziz tentulah sebelum tahun tersebut. lebih-lebih lagi di permulaan kurun kedua.4 PENULISAN HADITH DI ZAMAN SAHABAT DAN TIBICIN HINGGA AKHIR KURUN PERTAMA HIJRAH.

Mereka masih lagi bergantung kepada hafazan yang jitu tanpa ada penyelewengan. Ini kerana al-Quran belum lagi lengkap mereka hafaz disamping masih kurang orang-orang yang mahir dan yang dapat membezakan antara wahyu dari yang lain di kalangan mereka ketika itu.22 Seperti sedia maklum. walaupun terdapat dalil-dalil yang mengizinkan dan menyuruh. keran al-hadith belum lagi terdedah kepada apa-apa bentuk penyelewengan. mereka masih begitu baharu dengan al-Quran lebih-lebih lagi orang-orang yang baru memeluk Islam dari segenap penjuru tanah arab ketika itu. Al-Qadi ‘Iyad mengatakan: sebahagian sahabat ada yang menulis al-hadith tetapi apabila telah di hafaz lalu mereka bakar tulisan tersebut. 22 . al-Quran telah dikumpul dan ditulis keseluruhannya semenjak zaman Rasulullah saw masih hidup lagi. Al-Ustaz Muhammad Abu Zahu telah menyebutkan bahawa keengganan Umar Al-Khatab untuk menulis hadit-hadith adalah sesuai dengan keadaan orang ramai ketika itu. Namun demikian. Kerja pengumpulan dan penulisan semula al-Quran ini dilakukan di zaman Abu Bakr. para sahabat hanya melakukan pengumpulan dan penulisan mushaf. Kemungkinan antara sebab keengganan para sahabat menulis al-hadith juga adalah kerana mereka khuatir akan mengakibatkan para penulis (juga ummah seluruhnya) akan berpegang dan mengutamakan kitab dan tulisan dan akhirnya akan melemahkan kekuatan daya hafalan di samping mereka percaya belum ada sebab yang kuat untuk enulis al-hadith pada masa itu. pada permulaanya adalah kerana khuatir orang ramai akan berpaling dari alQuran atau membandingkan al-Quran dengan yang lain atau akan berlaku percampuran di kalangan sebahagian orang yang baharu dengan al-quran. Andainya hadith-hadith ditulis dan dihantar kesegenap negeri dan orang ramai berpusu-pusu menghafaz dan mengkaji hadith nescaya akan berlaku percampuran di antara keduanya. merka tidak mengumpul dan menulis hadith. tetapi belumlah dikumpulkan menjadi satu mushaf sebagaimana ada di hari ini. Namun demikian sikap mereka itu bukanlah menggambarkan bahawa penulisan al-hadith itu sesuatu yang di haramkan. sebagai satu usaha untuk memelihara al-Quran supaya tidak hilang dan tercicir di mana-mana. Para sahabat yang tidak menyukai penulisan alhadith. Sebahagian sahabat membenci tetapi sebahagian lagi mengizinkan. Tujuan utama para sahabat tidak menulis al-hadith adalah untuk memelihara kemurniaan al-Quran dan al-Sunnah.

malahan meletakkannya ditempat kedua selepas al-Quran. Amir Al-Syacbi (103H).23 Jadi jelaslah kepada kita bahawaa keengganan para sahabat untuk menulis alhadith bukanlah kerana tegahan dari Rasulullah saw. Ibrahim bin Yazid Al-Nakhaci (96H). dari perbahasan ini kita dapat melihat dan membuktikan bahawa al-hadith atau as-sunnah sebenarnya adalah merupakan salah satu sumber perundangan semenjak zaman Rasulullah saw. Akhirnya ijma’lah para ulama tabicen atas keharusan menulis dan menuntut al-hadith. Sikap mereka ini tidaklah menghairankan kerana kehidupan mereka sebenarnya masih sangat hampir dengan para sahabat disamping mereka murid para sahabat dan memiliki ketokohan seperti sahabat. ahli as-sunnah telah sepakat dalam menerima al-hadith atau as-sunnah sebagai salah satu hujah hukum-hakam Islam. cAmir Al-Syacbii. pengumpulan dan penulisannya belumlah dilakukan secara terancang rapi dan rasmi di zaman tersebut. Namun demikian. Amr bin Dinar dan Muhammad bin Sirin. Sacid bin Al-Musayyab (94H). Al-Dahhak bin Muzahim (105H). Kerana itulah kita dapat melihat perselisihan mereka tentang boleh atau tidaknya menulis al-hadith telah padam setelah beberapa lama dan akhirnya mereka telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith apabila timbul keadaan-keadaan yang mendesaknya selepas itu. para pengkaji sebenarnya tidak sepakat berkenaan keaslian dan kehujahan hadith. Nafic Maula Ibn cUmar (117H). 1. Walaupun demikian. mereka akhirnya telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith di atas sebab-sebab yang mendesak terutama selepas berlaku fitnah di kalangan mereka dan sebab-sebab yang 23 . Walau demikian ramai juga sahabat yang mengizinkan dan menulis hadith seperti Sacid bin Jubayr. tetapi adalah kerana sebab-sebab yang sementara. Kita juga dapat melihat sikap sahabat dan kibar tabicen terhadap penulisan al-hadith. Jabir Bin Zayd (93H).2 Sikap Kibar Tabi’in Terhadap Penulisan Al-Hadith Di kalangan para tabicin juga terdapat mereka yang menolak penulisan al-hadith iaini seperti Cubaydah bin Camr Al-Samani (72H). Dalam masalah ini sahaja. cAta’ bin Abu Rabah (114H).4. Ibrahim bin Al-Yazid Al-Taymi (92H). Qatadah Bin Dacamahh Al-Sudussi (118H). Walau bagaimanapun. Kesimpulannya. Ia hanya dimulakan secara rasmi sama ada diantara akhir kurun pertama hijrah atau awal kurun kedua hijrah.

Dalil-Dalil Naqli: ialah dalil-dalil yang diambil daripada al-quran sahaja dan tidak termasuk dali-dalil yang diambil daripada hadith. iaitu: • Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib beriman kepada rasulullah saw.5. iaitu: naqli. Antara ciri-ciri ketaatan kepada rasulullah saw ialah taat serta patuh kepada segala ajaran yang disampaikan oleh baginda baik dalam bentuk suruhan atau larangan yang terkandung dalam nas-nas al-quran dan hadith. tetapi lebih daripada itu.1 KEPENTINGAN HADITH DAN KEHUJAHANNYA Definisi Kehujahan Hadith Kehujahan hadith bermaksud kefungsiannya sebagai sumber hukum syarac atau sebagai dalil hukum syarac atau sebagai perantara untuk mengetahui hukum syarac 1. • Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib taat kepada rasulullah. Beriman kepada rasul bukan sekadar beriman kepada diri baginda sahaja. Ulama telah mengkaji keseluruhan isi kandungan al-quran dan mendapati dalildalil yang menunjukkan kehujahan hadith itu terbahagi kepada 5 jenis.2 Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Kehujahan Hadith Secara umumnya ulama telah membahagikan dalil-dalil tersebut kepada 3 jenis. Kalaulah tidak kerana jasa para ulama.5. 1. 24 .24 bersangkutan dengan bertambahnya bilangan umat Islam.’aqli dan ijma’. kerana tidak wajar sesuatu itu dibuktikan dengan menggunakan dalil dari jenis yang sama. bagaimanakah kita dapat menyelami dan seterusnya mengamalkan al-Quran dengan betul.5 1. Kita patut bersyukur dengan keadaan tersebut kerana kini kita dapat menikmati khazanah al-hadith yang tidak ternilai harganya. 1. iaini beriman kepada keseluruhan ajaran yang di bawa baik dalam bentuk nas wahyu (al-quran) mahupun dalam bentuk hadith yang disampaikan oleh baginda.

Dan kaedah-kaedah serta tatacara beribadat ini pula tidak dihuraikan secara terperinci melalui nas-nas alQuran.25 • Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan fungsi dan tugas rasulullah saw sebagai penerang. Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah saw memang diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan semua ajaran yang diturunkan kepadanya. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sesuatu ibadat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw kepada umatnya adalah mengikut kaedah dan pendekatan yang tertentu. Dan baginda dilarang daripada mengabaikan tanggungjawab tersebut atau takut untuk menyampaikannya kerana allah swt telah memberi jaminan keselamatan kepada baginda. • Keiltizaman para sahabat dengan as-Sunnah. Dali-Dalil C aqli: iaitu dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan hadith sebagai sumber syarac yang diperolehi melalui pertimbangan logik akal yang waras. penghurai dan penafsir isi kandungan al-quran melalui bentuk huraian yang diiktiraf dan diakui benar oleh Allah swt. 25 . sebagaimana yang kita semua akui bahawa para sahabat Rasulullah saw memang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap segala ajaran yang dibawa oleh Baginda dalam bentuk hadith. Huraian yang bersifat praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh para sahabat dalam bentuk hadith kepada generasi berikutnya hingga ianya dibukukan dan sampai kepada kita hari ini dalam bentuk yang lengkap. Seperti: • Kemacsuman baginda Rasulullah saw sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw telah diberi jaminan keselamatan oleh Allah swt baik dari segi nyawa mahupun tugas. Ini memang sejajar dengan kedudukan mereka sebagai ‘generasi terpilih’ untuk hidup berjuang menegakkan Islam bersama-sama baginda Rasulullah saw. sebaliknya maklumat yang terperinci itu hanya dihurai oleh Baginda Rasulullah saw secara amali (praktikal) melalui amalan baginda. • Kemustahilan beribadat tanpa hadith. 2. • • Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan mengikut ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw serta kewajipan menjadikan baginda sebagai contoh ikutan.

Fungsi ini dilihat dalam tiga aspek: • Mentafsilkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal. 1. Mengikat nas-nas al-Quran yang bersifat ‘mutlak’.5. 26 . zakat dan sebagainya yang terdapat di dalam al-Quran telah diperkuat dan disokong oleh nas-nas hadith Rasulullah saw. puasa. • • Fungsi hadith sebagai penerang/ penghurai kepada isi kandungan al-Quran. seperti larangan menjual buah-buahan yang belum masak. • Fungsi hadith sebagai penguat hukum yang terkandung di dalam al-quran. Mengkhususkan nas-nas al-Quran yang bersifat ‘umum’. Keadaan ini selalu menimbulkan perselisihan di antara penjual dengan pembeli. seperti hukum kefardhuan ibadat seperti sembahyang. Apabila buah-buah itu masak dan sedia untuk dipetik didapati jumlah dan mutu sebenar yang boleh dipetik tidak seberapa disebabkan perubahan cuaca atau penyakit yang menyerang pokok. sedangkan mereka tidak dapat mengenal pasti kuantiti dan kualiti sebenar buah-buah tersebut.26 3. Oleh yang demikian.3 Hubungan Hadith Dengan Al-Quran Hubungan antara kedua dilihat dari sudut fungsi hadith terhadap al-Quran itu sendiri. Fungsi hadith sebagai pencawang kepada nas induk yang terdapat di dalam alQuran Contohnya. Contohnya. Rasulullah saw telah mengharamkan bentuk jual beli seperti ini melalui riwayat hadith. Dimana sewaktu Rasulullah saw berhijrah ke madinah baginda mendapati masyarakat Madinah pada masa itu mengamalkan jual beli buah-buahan yang masih putik di pokok. Dalil Ijma’: semua ulama muctabar dalam konteks Ahli Sunnah Wa Al-Jamacah bersepakat menerima institusi hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber syarac yang kedua selepas al-Quran.

27 BAB 2 27 .

‪hadith bermula dari seseorang pembuka hadith sehingga sampai kepada Rasulullah saw‬‬ ‫82‬ .‫82‬ ‫‪JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERKAITAN DENGAN SANAD‬‬ ‫‪JENIS-JENIS ILMU METODOLOGY HADITH YANG‬‬ ‫‪BERKAITAN DENGAN SANAD‬‬ ‫22-النسب التي‬ ‫على خلف‬ ‫ظاهرها‬ ‫32-الثقات من‬ ‫الرواة‬ ‫42-الضعفاء من‬ ‫الرواة‬ ‫52-الكذابون من‬ ‫الرواة‬ ‫62-المختلطون‬ ‫من الرواة‬ ‫72-المدلسون من‬ ‫الرواة‬ ‫82-المرسلون من‬ ‫الرواة‬ ‫51-المنسوبون‬ ‫إلى غير آبائهم‬ ‫61-من ذكر‬ ‫بأسماء أو صفات‬ ‫مختلفة‬ ‫71-تواريخ الرواة‬ ‫81-المفردات من‬ ‫السماء والكني‬ ‫واللقاب‬ ‫91-الموالي من‬ ‫الرواة‬ ‫02-أسماء من‬ ‫اشتهروا بكناهم‬ ‫12-أوطان الرواة‬ ‫وبلدانهم‬ ‫8-المدبج‬ ‫ورواية‬ ‫القران‬ ‫9-الخوة‬ ‫والخوات‬ ‫01-العالي‬ ‫والنازل‬ ‫11-‬ ‫المتشابهات‬ ‫من السماء‬ ‫21-المهملت‬ ‫31-الوحدان‬ ‫41-ألقاب‬ ‫الرواة‬ ‫1-الجرح‬ ‫والتعديل‬ ‫2-طبقات‬ ‫المحدثين‬ ‫3-معرفة‬ ‫الصحابة‬ ‫4-معرفة‬ ‫التابعين‬ ‫وأتباعهم‬ ‫5-المتفق‬ ‫والمفترق‬ ‫6-المؤتلف‬ ‫والمختلف‬ ‫7-السابق‬ ‫واللحق‬ ‫‪Sanad merupakan rangkaian perawi-perawi yang terlibat dalam periwayatan sesebuah‬‬ ‫.

iaini dia seorang sahaja telah mencukupi seandainya telah melengkapi syarat-syarat tarjih. Sekiranya berat timbangan memihak kepada al-tacdil bolehlah diterima atau sekiranya ringan timbangan atau darjah keadilannya maka tertolaklah ia. iaitu pujian terhadap perawi dan menghukum ke atasnya sebagai cadil atau dhabit.Hendaklah alim dengan sebab-sebab yang membawa al-jarh dan al-tacdil. 3.1 Ilmu Al-Jarh Wa At-Tacdil Ilmu Al-Jarh Wa Tacdil merupakan neraca atau penimbang perawi-perawi sesuatu riwayat.Hendaklah ‫ الجججارح‬dan ‫ المعججدل‬memiliki ilmu.1. supaya tidak meletakkan sesuatu lafaz kepada bukan maksudnya dan tidak mentarjih seseorang dengan mengambil sesuatu lafaz (ungkapan) sedangkan dia sendiri bukan ahlinya. Syarat Orang Yang Mentarjih Dan Orang Yang Mentacdil 2. 2. bagaimana boleh menjadi hakim ke atas orang lain dalam masalah al-jarh dan al-tacdil. kita akan mengenali seseorang perawi yang diterima hadithnya dan membezakannya dengan perawi yang tidak diterima hadithnya.2 • Perkara-Perkara Yang Tidak Disyaratkan Kepada Pentarjih Dan Pentacdil: Tidak disyaratkan seseorang pentarjih dan pentacdil itu lelaki atau merdeka.Hendaklah pakar dalam bahasa arab. Adab Pentarjih Dan Pentacdil 29 • 2. 2.1.3 . Dengan ilmu ini juga. takwa. • • Al-jarh di sisi al-muhaddithun ialah. warak dan benar kerana seandainya keduanya tidak memiliki sifat-sifat demikian maka. 2.29 Oleh kerana sanad memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan kesohihan sesebuah hadith yang diriwayatkan. perempuan.1. diterima tacdil dan tarjihnya dari semua mereka sama ada ia seorang lelaki. Tidak disyaratkan bagi pentarjih untuk membawa saksi. suatu kritikan pada perawi hadith dengan sesuatu yang merosak dan mencacatkan keadilannya atau kedhabitannya. maka sebahagian besar (60%) daripada disiplin ilmu Metod Hadith adalah berkisar tentang sanad dan perawi hadith. Al-tacdil pula ialah sebaliknya.1 Wajib bagi seseorang yang mentarjih dan orang yang mentacdil memenuhi syaratsyarat tertentu sehingga fatwanya di ambil pakai dalam menyingkap perihal perawi sebagaimana berikut: 1. Malah menurut pendapat yang muktamad menyatakan bahawa. merdeka atau hamba.

Kerana al-jarh di syariatkan kerana darurat. tabic attabicin dan sebagainya. 30 . Apabila terdapat sesuatu perkara yang boleh menghalang penerimaan al-jarh dan al-tacdil hendaklah al-jarh dan al-tacdil tersebut di tolak. agar tidak mengangkat perawi lebih dari martabatnya dan tidak juga menjatuhkannya ditempat yang tidak sewajarnya sebagaimana berlaku di kalangan kebanyakkan kita di hari ini.30 • Bersifat sederhana ketika membuat pengakuan dan pengiktirafan ke atas seseorang. Tidak boleh al-jarh kecuali beserta dengan penjelasan atau penafisran (sebabsebabnya). Selama mana tidak terdapat darurat ke atasnya nescaya tidak harus menyelami dan menyelidiki kecacatannya. Manakala darurat tersebut hendaklah disukat sekadar keperluan sahaja.2 Tabaqat Al-Muhaddithin Disiplin ilmu ini membicarakan tentang kumpulan-kumpulan perawi yang berada dalam tingkatan atau lapisan sanad yang sama. Manakala al-tacdil pula tidak disyaratkan kepada sebarang penafsiran. tabaqat perawi Madinah. Ini adalah disebabkan al-jarh itu dibolehkan hanya dalam keadaan darurat sahaja. 2. Diterima al-jarh secara ringkas tanpa perlu kepada penafsiran bagi perawi yang sunyi dari tacdil. tabaqat perawi cIraq dan sebagainya. Lapisan sanad ini ditentukan berdasarkan beberapa ciri-ciri seperti: • • Perawi berasal dari generasi yang sama sperti generasi sahabat.4 • • • • Syarat-Syarat Penerimaan Al-Jarh Dan Al-Tacdil Hendaklah al-jarh wa tacdil diterbitkan menerusi seseorang yang melengkapi syarat-syarat pentarjih dan pentacdil. Perawi berasal dari tempat yang sama seperti kumpulan perawi Makkah. cAbd Al-cAziz Ibn Muhd Al-cAbd Al-Latif. • Tidak harus tertumpu kepada al-jarh semata-mata pada seorang perawi sedangkan terdapat padanya al-jarh dan al-ta’dil menurut ahli pengkritik.  Antara rujukan utama dalam masalah ini ialah. • Tidak diharuskan al-jarh ke atas sesiapa sahaja yang tidak diperlukan jarhnya. • Tidak diharuskan mentarjih lebih dari keperluan atau hajat. Para ulama hadith melarang keras perbuatan ini kerana menyebabkan berlakunya berat sebelah atau ketidak adilan terhadap seseorang perawi. tabicin. Hendaklah al-jarh itu selamat daripada faktor-faktor yang menghalang penerimaannya. kitab Ar-Rafc Wa At-Takmil Fi Al- Jarh Wa At-Tacdil oleh Muhd cAbd Al-Hayy Al-Laknawi dan Kitab Dowabit AlJarh Wa At-Tacdil oleh Dr. 2.1.

empat dan sebagainya. iaitu dikenal pasti kesahihan sebagai seorang sahabat menerusi ramai daripada para sahabat Nabi saw seperti Al-Khulafa’ Al-Rasyidin yang empat. Ataupun berdasarkan guru yang sama seperti.3. tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar As-Sahabah.3 Ma’rifat As-Sahabah Ilmu ini membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sahabat. • Menurut istilah: sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi saw dalam keadaan Islam dan mati dalam keadaan Islam juga. 31 . tiga. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar.1 • • Tanda-Tanda Seseorang Itu Dikenali Sebagai Sahabat Dikenali secara mutawatir. Berdasarkan tahap kemuliaan atau keistimewaan yang sama seperti tabaqat perawi yang terawal memeluk Islam. manakala kata “as-sahaby” dan “as-saahib” yang di jama’kan menjadi “ashab” dan “sahabun”. iaini dengan mengenali sahabat kita akan mengetahui sama ada sesuatu hadith itu bersambung sanadnya atau terputus. Manakala apabila disebut sahaja ungkapan “ dalam keadaan beriman dengan Baginda saw” maka terkeluarlah mereka yang pernah menemui Nabi saw dalam keadaan kafir kemudian Islam kembali. 2. Antara buku rujukan utama bagi disiplin ilmu ini ialah kitab At-Tabaqat AlKubrao Ibn Sacd. Dari itu. tabaqat al-Madaniyyin. tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada Az-Zuhri dan sebagainya. tabaqat perawi awal kurun pertama hijrah atau sebagainya. selepas itu tidak bertemu dengan Baginda saw. tabaqat tabicin. tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar At-Tabicin. Ungkapan “sesiapa yang sempat bertemu” dalam definisi ini. At-Tabaqat oleh Al-Khalifah Ibn Khayyat dan lain-lain. seperti utusan Hirqal. tabaqat perawi kurun ke dua hijrah. tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada Abu Bakr r.31 • • • Perawi berasal dari kurun atau dekad yang tertentu seperti tabaqat perawi kurun pertama hijrah. 2. tabaqah ke dua. lahirlah apa yang dikatakan sebagai tabaqah sahabat. Mengenali sahabat adalah merupakan suatu ilmu yang besar. tabaqat perawi yang menyertai perang Badar. termasuklah sahabat Nabi saw yang lama berdamping atau dalam tempoh masa yang pendek serta yang sempat berperang atau tidak. penting lagi banyak faedahnya. tabaqah al-Badriyyin.a. sekalipun pernah murtad. Definisi umum sahabat ialah: menurut bahasa: kata sahabat adalah isim masdar yang bererti “berteman atau berkawan”. al-sahabah ialah: “sesiapa yang sempat bertemu Nabi saw dalam keadaan beriman dengan Baginda saw dan mati dalam Islam”.

seperti Humamah bin Abu Humamah. Ahli Sunnah juga bersepakat bahawa yang paling utama secara berturut-turut adalah Abu Bakr al-Siddiq.3. jika dia seorang yang bersifat adil. Disamping itu. Ukasyah bin Mihsan Dinyatakan oleh sahabat lain. 2. Haji Wadac dan lain-lain kesempatan selepas itu. seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin • Yang memeluk Islam sebelum permusyawaratan penduduk Makkah di Dar alNadwah • Muhajir Habsyah • Yang menyertai al-cAqabah pertama • Yang menyertai al-cAqabah kedua. kebanyakkan mereka dari kalangan Ansar • Yang mula-mula berhijrah ke Madinah sebelum hijrah Rasul saw • Ahli Badar • Yang berhijrah antara peperangan Badar dan Hudaybiyyah • Yang menyertai Bayc at al-Ridwan di Hudaybiyyah • Yang berhijrah antara peperangan Hudaybiyyah dan Fath Makkah. ahli Badar.3.32 • • • • Dikenali secara masyhur. Kerana mereka adalah orang yang membawa syaricat dan sebaik-baik generasi. cAmr bin al-cAs dan Abu Hurayrah • Yang memeluk Islam ketika Fath Makkah • Semua kanak-kanak yang sempat bertemu dan melihat Rasulullah saw pada hari Fath Makkah. Namun demikian. cUthman bin cAffan. Dan sahabat yang menyandang fitnah itu. Al-Hakim membahagikan mereka kepada 12 tabaqat dan sebahagian ulama membahagikan lebih daripada itu. semua sahabat adalah adil sama ada mereka yang terlibat dalam fitnah ataupun tidak. Di nyatakan oleh sahabat itu sendiri.2 Menurut jumhur ulama Ahli Sunnah. Dapat disimpulkan bahawa. seperti Khalid bin al-Walid. iaini: • Yang lebih awal memeluk Islam di Makkah. cAli bin Abu Talib. Keadilan Sahabat 2. cUmar. 32 . Dimaksudkan dengan keadilan mereka adalah terhindarnya mereka dari sengaja berbuat dusta dalam meriwayatkan dan menyelewengkannya.3 Kronologi Sahabat (Tabaqat) Ibn Sacd membahagikan mereka kepada lima tabaqat. ahli Uhud. peserta Baycat al-Ridwan dan akhirnya adalah para sahabat yang mempunyai keutamaan dari kalangan al-Awwalun al-Sabiqun. baki sepuluh sahabat yang di janjikan syurga. semua riwayat sahabat diterima tanpa perlu bersusah payah membahas keadilan mereka. adalah semata-mata kerana ijtihadnya yang salah dimana mereka tetap mendapat pahala atas dasar husnuzzonn kepada mereka. seperti Dimam bin Thaclabah. pembahagian oleh Al-Hakim adalah lebih masyhur. Dinyatakan oleh seorang Tabicin mengikut pendapat yang rajah.

000 orang.3.3. Hingga mereka perlu dikenali.33 2. iaini lebih dari 100 ribu sahabat. mereka itu adalah: • Abdullah bin Umar • Abdullah bin Abbas • Abdullah binZubair • Abdullah bin Amer bin Ash Keistimewaan mereka adalah termasuk dalam ulama di kalangan para sahabat yang palaing akhir meninggal.4 Sahabat Yang Terbanyak Dalam Meriwayatkan Hadith Antara sahabat yang paling banyak dalam meriwayatkan hadith ialah: Abu Hurayrah: meriwayatkan sebanyak 5374 hadith.6 Jumlah Bilangan Sahabat Tidak ada kiraan yang paling tepat untuk menentukan jumlah sahabat yang sebenar. akan tetapi yang dikehendaki disini adalah 4 orang sahabat. semuanya bernama Abdullah. mereka memiliki keistimewaan dan kemasyhuran yang mana apabila mereka telah menyepakati sesuatu masalah berupa fatwa mereka di gelar “Qaul Ubadalah”.5 Yang dimaksudkan dengan Ubadalah berdasarkan asal nama mereka “Ubadalah” dari kalangan sahabat jumlahnya mencapai sekitar 300 sahabat. 2. karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Bahr AlHujjah Ahmad Bin cAli Bin Hajar Al-cAsqalani (852H) 33 . akan tetapi ada beberapa pendapat ahli ilmu yang dapat dijadikan pedoman.7 • • • Kitab-Kitab Biografi Sahabat Al-Isticab Fi Asma’ Al-Ashab. karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddith AlFaqih Abu cUmar Yusuf bin cAbd Al-Bar Al-Namari (463H) Usd Al-Ghabah Fi Makrifat Al-Sahabah.3. karangan Al-Imam Al-Muhaddith AlHafiz cIzz Al-Din cAli Bin Muammad Al-Jazari Ibn Al-Athir (630H) Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah. 2. Ibnu Umar: meriwayatkan 2630 hadith Anas bin Malik: meriwayatkan 2286 hadith Acisyah: meriwayatkan sebanyak 2210 hadith Ibnu Abbas: meriwayatkan sebanyak 1660 hadith Jabir Abdullah: meriwayatkan sebanyak 1540 hadith Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Ubadalah • • • • • • 2.3. Dan pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Abi Zarcah Ar-Razy iaini 114.

2.4 Fuqaha’ Tujuh Fuqaha’ tujuh ialah.4. Tabaqat Tabi’in 2. mereka ini termasuk dari penduduk kota Madinah. karangan Al-cAllamah Al-Daciyah Al-Muhaddith Al-Syeikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Al-Hindi (1383H) Ma’rifat At-Tabicin Wa Al-Atbac 2. iaini: Said Bin Al-Musayyab.4. Jumlah bilangan Mukhdaramun adalah sekitar dua puluh orang. dan dia beragama Islam sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah saw.4. yang pertama ialah mereka yang sempat bertemu dengan sepuluh orang sahabat. sebagaimana kiraan imam muslim. Qasim Bin Muhammad.34 • Hayat Al-Sahabah. iaini orang yang sempat hidup pada masa Jahiliyah dan zaman Nabi saw. Urwah Bin Zubair. 2.4 Ilmu ini juga penting.4. juga dikatakan sebagai orang yang berteman dengan sahabat. 34 . Abu Uthman An-Nahdy dan Aswad Bin Yazid Ad-Ducally. Abu Salamah Bin Abdul Rahman.2 Para ulama berbeza pendapat mengenai tabaqat tabi’in: • Imam Muslim membahagikan mereka kepada tiga tabaqat • Ibnu Saced membahagikan mereka kepada empat tabaqat • Imam Al-Hakim membahagikan mereka kepada 15 tabaqat. tetapi yang lebih kuat bilangan mereka adalah lebih dari itu. 2.3 Al-Mukhadramun Untuk seorang adalah “mukhdram”. mereka yang terawal dari kalangan tabicin. Kharijah Bin Zaid. kerana kita dapat mengetahui keterlibatan mereka secara langsung dalam periwayatan hadith dan bagi menentukan taraf sesuatu hadith kita terlebih dahulu perlu mengenali para tabicin. Dan mereka ini adalah termasuk dalam golongan tabicin menurut pendapat yang kuat.1 • • Definisi Tabicin Menurut bahasa: adalah jama’ dari kata tabici atau tabicun sedang kata tabici adalah isim fail dari kata “tabicahu” bererti berjalan di belakangnya. Diantaranya ialah. Menurut istilah: adalah orang yang bertemu sahabat dalam keadaan Islam dan mati secara Islam pula. Ubaidillah Bin Abdullah Bin Utbah Dan Sulaiman Bin Yasar.

kunyah atau nasab yang sama dari segi tulisannya. agar orang tidak meyangka nama tersebut dimiliki oleh seorang perawi sahaja. • Ahmad bin Jacfar bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari tabaqat yang sama • cUmar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama. dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi yang berlainan itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan kedhaifannya. salah seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih. Antara kitab-kitab yang terkenal ialah. Maka melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang meriwayatkan sesebuah hadith di antara mereka. yang thiqah ataupun yang dhaif. 2. karya Abil Mitrof Bin Fatis Al-Andalusi.5. Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq. dan nasab-nasabnya. Contohnya: • Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama.5 Al-Muttafaq Wa Al-Muftaraq Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah mereka sama. baik dari segi tulisan mahupun bacaannya. iaini seperti berikut: • Penduduk kufah menyatakan yang paling utama adalah Uwais al-Qorni • Penduduk basrah menyatakan yang paling utama adalah al-Hassan al-Basri Kitab yang terkenal adalah: • Kitab Macrifatuttabicin.35 2.1 Kepentingan Dan Faedahnya: Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali. sedang pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Said Bin Al-Musayyab dan Abu Abdullah Muhammad Khafis As-Syairazy. tetapi berlainan dari segi sebutannya.4. gelaran.6 Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif Disiplin ini mjembahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama. sementara berbeza orangnya. 2. Kerana ada terjadi diantara mereka itu yang sama nama. karya Al-Khatib Al-Baghdadi.5 Tabicin Yang Paling Utama Terdapat banyak pendapat dikalangan ulama tentang tabicin yang paling utama. 2. Contoh-contohnya: • Salam (‫ )سلم‬dan sallam (‫)سلم‬ • Miswar (‫ )مسور‬dan musawwar (‫)مسور‬ 35 .

Hafsah dan Karimah. 2. sama dengan sebelumnya iaitu untuk mengelak daripada berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Ini kerana nama seseorang tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak boleh ditentukan mengikut kaedah yang tertentu. Contohnya: • Diperingkat sahabat seperti cAisyah dengan Abu Hurairah. Sedangkan beza umur mereka ialah 135 tahun. Melalui disiplin ini. • Di peringkat tabicin seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu. supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan perawi pada sanad atau berlaku pertukaran (can) dengan (wau) pada lafaz periwayatan. Contohnya: Ibnu Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama meriwayatkan hadith daripada Imam Malik (179H).8 Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran Tajuk ini. Antara rujukan utama disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab Riwayat Al-Aqran oleh Abu Al-Syeikh Al-Asbahani. kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat dipastikan. 2. Yahya. Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.7 As-Sabiq Wa Al-Lahiq Disiplin ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara. 36 . Ma’bad. seangkatan atau sezaman.9 Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat Tajuk ini membincangkan tentang perawi yang bersaudara dan saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Dalam konteks ini Ibnu AlMadani berkata: “kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi”. 2. cUmar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab.36 Kepentingan disisplin ini. • Diperingkat tabicin seperti Al-Zuhri dengan cUmar Ibn cAbd Al-‘Aziz • Diperingkat atbac at-tabicin seperti Malik dengan Al-Auzaci. membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya. Contohnya: • Di peringkat sahabat seperti. di mana Al-Zuhri meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula pada tahun 259H. disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) dan manakah sanad yang rendah (panjang). Faedahnya. yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Antara kitab-kitab terkenal yang membahaskan tentang ilmu ini ialah. Anas. kitab “Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif" oleh Abdul Ghani Bin Said dan Kitab”Al-Ikmal” oleh Ibn Makula.

iaini: 1.Nisbah kepada Baginda Rasulullah saw. 2. Dengan perkataan lainnya. Adam. Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yang memiliki nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik sebagaimana contoh-contoh diatas.10 Al-cAli Wa An-Nazil Disiplin ini membahaskan dua perkara. 37 . sedangkan Imam At-Tirmizi pula meriwayatkan hadith yang sama melalui enam orang perawi. Contohnya: • Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith melalui empat orang perawi sebelum sampai kepada Rasulullah saw.Tentang al-cali iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang sedikit (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith yang sama.Tentang an-nazil iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang ramai (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith yang sama. 2. Justeru. Walau bagaimanapun. Imran. ianya cukup penting terutama dalam isu pentarjihan antara riwayat yang bercanggah. dan ini dinamakan Al-Culuw Al-Mutlak. alc ali itu lebih sohih daripada an-nazil. Muhd dan Ibrahim. Di mana bagi yang tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik beradik sedangkan hakikatnya tidak. Antara rujukan utama disiplin ini ialah. Dalam keadaan ini sanad Imam Bukhari dikatakan al-cali manakala sanad Imam At-Tirmizi dikatakan an-nazil. Kepentingan disiplin ini dilihat kerana sanad al-cali dikira lebih tinggi daripada sanad an-nazil dari segi nilai kekuatan dan kesohihannya. kadang kala berlaku keadaan dimana sanad an-nazil lebih kuat daripada sanad al-cali seperti jika rangkaian sanad an-nazil terdiri daripada perawiperawi yang lebih thiqah berbanding dengan perawi-perawi yang ada dalam rangkaian sanad al-cali. dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama tetapi tidak mempunyai hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru Ibn Dinar. Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas AsSarraj dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi. Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenis sanad al-cali dan an-nazil kepada lima jenis berdasarkan lima dasar penisbahan yang berbeza. iaitu: 1.37 • Di peringkat al-atbac pula seperti Sufyan Ibn cUyaynah dan adik beradiknya iaitu.

tidak ada kitab khusus yang mengumpulkan riwayat-riwayat al-cali dan an-nazil secara umum yang ada hanyalah kitab khusus tentang sanad-sanad al-cali (yang terdiri daripada tiga orang perawi untuk sampai kepada rasulullah). dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad tersebut adalah sama.Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi (yang sama-sama meriwayat hadith daripada seorang guru) yang lebih dahulu wafat. Kitab ini di beri nama Thulathiyat seperti Kitab Thulathiyyat AlBukhari oleh Ibn Hajar Al-cAsqalani dan kitab Thulathiyyat Ahmad Ibn Hambal oleh Ahmad As-Safaraini. Disiplin ini amat diambil berat oleh para muhaddithin. Walau bagaimanapun. • Al-Musafahah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang sama yang telah diriwayatkan oleh salah seorang murid pengarang sesebuah kitab hadith. kerana memiliki ketinggian sanad merupakan satu perkara kebanggaan dikalangan mereka. Seperti nisbah kepada Imam Az-Zuhri.38 Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit (secara menegak) untuk sampai kepada Rasulullah saw dikira lebih tinggi (al-cali). 38 . Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit untuk sampai kepada Az-Zuhri misalnya. melalui sanad yang berlainan dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad tersebut adalah sama. 5. dikira lebih tinggi jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawi yang lebih ramai untuk sampai kepada beliau.Nisbah kepada riwayat kitab hadith yang tertentu. 2.Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi yang lebih dahulu menerima riwayat sesebuah hadith daripada seseorang guru yang sama. melalui sanad yang berlainan hingga ke akhir sanad. 4. Dalam konteks ini sanad yang terdapat di dalam perawi yang lebih dahulu wafat dikira lebih tinggi daripada sanad yang satu lagi. yang dimiliki oleh individu yang tertentu. Dalam konteks ini. Imam Malik dan sebagainya.Nisbah kepada seseorang imam atau perawi masyhur yang tertentu. sanad yang perawinya lebih dahulu menerima riwayat hadith tersebut daripada gurunya dikira lebih tinggi berbanding dengan yang satu lagi. 3. jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawinya lebih ramai untuk sampai kepada rasulullah. • Al-Musawat: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh seseorang pengarang kitab hadith. dan ianya terbahagi pula kepada empat jenis: • Al-Muwafaqah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith daripada guru seseorang pengarang kitab hadith dengan tidak melalui perantaraannya. • Al-Badal: iaitu seseorang itu meriwayatkan sesebuah hadith daripada guru kepada guru seseorang pengarang kitab hadith melalui rangkaian sanad yang lebih ringkas tanpa melalui perantaraan pengarang kitab dan gurunya.

Kitab Al-Mukmal Fi Bayan AlMuhmal oleh Al-Khatib Al-Baghdadi. 2. Contohnya: Urwah Ibn Mudarris r.13 Al-Wuhdan Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang mempunyai seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada mereka. Keadaan ini boleh menjejaskan nilai kesahihan riwayat sesebuah hadith andainya salah seorang daripada mereka merupakan perawi yang dha’if. Contohnya. Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh khatib al-baghdadi. seperti: Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-Aswad Disiplin ini penting untuk mengenal pasti seseorang perawi dan mengelak kekeliruan. salah seorang daripada mereka thiqh iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Khaulani dan seorang lagi dha’if iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Yamami. seperti: Shuraih Ibn An-Nu’man dengan Suraij Ibn An-Nu’man • Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza pada satu atau dua huruf sahaja. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis. sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi sama tulisannya atau sebaliknya. Dengan adanya disiplin ini.a 39 . seperti: Muhd Ibn ‘Uqail dengan Muhd Ibn ‘Aqil • Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan sedangkan nama mereka sendiri berbeza dari segi sebutan sekalipun sama dari segi tulisan.39 2. iaitu: • Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah mereka berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan. 2. penentuan siapakah individu yang terbabit dalam sesuatu riwayat lebih mudah dilakukan dan cepat dikesan oleh ulama. seperti: Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair • Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain sebaliknya ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut.11 Al-Mutashabihat Disiplin ini membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama sama ada dari segi tulisan mahupun lafaznya.12 Al-Muhmalat Disiplin ini pula membahaskan tentang nama-nama perawi yang sama tetapi tidak ada unsur yang boleh membantu untuk mengenal pasti mereka hingga sukar untuk dibezakan antara mereka. Antara rujukan utamanya ialah. nama Sulaiman Ibn Daud yang dimiliki oleh dua orang perawi.

digelar demikian kerana dia pernah tersesat di jalan kota Makkah. melalui disiplin ini juga 40 . Kepentingan mengenali nama-nama gelaran adalah kerana: • Supaya orang tidak terkeliru dengan menyangka gelaran yang dimiliki oleh seseorang perawi itulah nama baginya. Antara rujukan utamanya ialah. 2. dapat mengetahui perawi-perawi yang majhul al-cain (yang tidak diketahui identitinya). Kitab Nuzhah Al-Albab Li Ma’rifat Al-Alqab oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani. Contohnya: • Adl-Dlal: adalah gelaran bagi Mu’awiyah Bin Abdul Karim. Antara rujukan utama dalam ilmu ini ialah. untuk mengelak kekeliruan pada nama seseorang perawi dengan menyangka ianya individu yang berlainan.14 Al-Qab Ar-Ruwwah Disiplin ini membicarakan tentang gelaran yang dimiliki oleh perawi hadith. Al-A’mash dan sebagainya. Contohnya: Muhd Ibn As-Saib Al-Kalbi. Selain daripada itu. kadang-kala ia disebut dengan nama Hammad Ibn As-Saib. Faedahnya ialah. kadang-kala dia disebut dengan kunyah Abu Al-Nadhir. Kitab Al-Munfaridat Wa Al-Wuhdan oleh Imam Muslim.15 Manm Zukir Bi Asma’ Au Sifat Mukhtalifah Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang disebut didalam sesuatu sanad hadith dengan panggilan yang berbeza. Dan lain-lain lagi. Antara faedah disiplin ilmu ini ialah. gelaran dan kunyah. Begitu juga dengan Al-Musayyab Ibn Hazn ra satu-satunya murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau adalah anaknya Sacid. dan adakalanya pula disebut dengan kunyah Abu Sacid. 2. • Dapat membantu kita mngenal pasti seseorang perawi dan mengetahui sebabsebab kenapa seseorang perawi itu digelar dengan sesuatu gelaran. kadang kala disebut dengan namanya sahaja dan ada kalanya disebut gelarannya sahaja.40 yang mempunyai seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau iaitu c Amir Asd-Shacbi. • Ghunjar: gerlaran Isa Bin Musa At-Taimy. dia di gelar kerana merahnya dan dua kebunnya. Gelaran ini ada dua jenis: • Tidak boleh diperkenalkan: iaitu ketika orang yang digelar itu membencinya • Boleh diperkenalkan: iaitu orang yang digelar itu tidak membencinya. Contohnya: Al-Aa’raj. ada ketika pula disebut kunyahnya sahaja dan ada masanya pula disebut kesemua nama.

karya-karyanya. kitab Tarikh Dimashq oleh Ibn ‘Asakir. pengembaraannya. bila dia menerima riwayat daripada gurunya dan bila pula dia sampaikan kepada muridnya. Safinah Ra. Faedah utama mengetahui ilmu ini ialah untuk mengelak daripada berlaku kesilapan apabila menulis atau menyebut nama-nama tersebut. Abu Al-Ubaidain. Kitab Tahzib Al-Kamal oleh Al-Mizzi. Duraib Ibn Nuqair. 2. maka di dapati perawi itu tidak pernah pergi ke basrah dan guru itu pula telah wafat pada tahun 110H lagi (lima tahun sebelum berlakunya proses periwayatan yang didakwakan). kitab Khatib Al-Baghdadi. 2. Contohnya: cAjmad Ibn cUjyan Ra. tarikh wafatnya.41 dapat didedahkan tadlis ash-shuyukh (satu penipuan dalam bentuk penukaran identiti seseorang perawi yang da’if bagi menutup kelemahan sesuatu sanad). contoh-contoh riwayatnya. Misalnya apabila seseorang perawi mendakwa dia menerima riwyat hadith daripada seseorang guru yang tinggal di Basrah pada tahun 115H. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Asma’ Al-Mufradah oleh Ahmad Ibn Harun Al-Bardiji. Kitab Siyar A’lam An-Nubala oleh Az-Zahabi dan lain-lain. gurunya.18 Al-Mawali Min Ar-Ruwwah 41 . Faedahnya yang utama ialah untuk memastikan kesinambungan sanad sesuatu riwayat hadith. Abu Al-Hamra’ Ra. Rujukan utama bagi disiplin ini ialah semua Kitab Rijal Hadith atau Kitab Jarh Wa Al-Tacdil seperti kitab at-tarikh Oleh Ibn Ma’in. sedangkan apabila diselidik riwayat hidup perawi dan guru tadi (di dalam buku-buku rijal hadith). keilmuannya. hukuman yang telah di buat oleh ulama keatasnya sama ada thiqah atau dha’if dan sebagainya. asal-usulnya. aqidahnya. peristiwa-peristiwa yang melibatkannya.16 Tawarikh Ar-Ruwwah Disiplin ini membicarakan tentang sejarah atau riwayat hidup seseorang perawi dari segi tarikh lahirnya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Mudihu Auham Al-Jamc Wa At-Tafriq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dan Kitab Idah Al-Ishkal oleh cAbd Al-Ghani Ibn Sacid AlMaqdisi. Mandal dan sebagainya. Maka hasil analisa seperti ini membuktikan bahawa perawi tersebut sebenarnya tidak menerima sebarang riwayat hadith secara langsung daripada guru tersebut dan ini menunjukkan bahawa sanad sebenarnya terputus dan dalam konteks ini riwayat itu diiktiraf dha’if. muridnya. 2.17 Al-Mufradat Min Al-Asma’ Wa Al-Kunya Wa Al-Alqab Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama atau kunyah atau gelaran yang tidak dikongsi bersama perawi lain.

Boleh di bahagikan kepada tiga.19 Asma’ Man Ishtaharu Bi Kunahum Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang lebih dikenali dengan kunyah berbanding dengan nama. maka dinisbahkan Imam Al-Bukhari kepadanya). 2. 2. seperti Imam Malik Ibn Anas Al-Asbahi At-Taimi. bagaimanakah sekiranya seseorang itu tinggal disebuah negeri apakah dia perlu berintisab kepada nama kampungnya atau kepada nama negerinya 42 . Kitab Al-Kuna Wa AlAsma’ oleh Abu Bishr Muhd Ibn Ahmad Ad-Dulabi. kerana Kaum Asbah adalah mawali kepada Qabilah Taim Quraish secara Al-Hilf. Seperti Abu Bakr ra.20 Autan Ar-Ruwwah Wa Buldanuhum Disiplin ini memperkatakan tentang tempat lahir atau tempat menetap seseorang perawi secara khusus. Antara rujukan utamanya ialah. Antara perbahasan tajuk ini ialah: • Bagaimanakah perawi-perawi arab dan perawi-perawi cajam berintisab kepada kabilah atau kepada negeri • Bagaimanakah seseorang perawi yang tinggal di beberapa tempat yang berlainan hendak berintisab. jadi melalui disiplin ini dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad. antara lainnya ialah supaya orang tidak menyangka seorang perawi itu dua individu yang berbeza apabila disuatu ketika dia disebut dengan kunyahnya yang masyhur manakala disuatu ketika yang lain dia disebut pula dengan namanya yang tidak masyhur. seperti Muhd Bin Ismail Al-Bukhari Al-Ju’fi (kerana datuknya al-mughirah asalnya seorang majusi kemudian memeluk islam melalui Al-Yaman Ibn Akhnas Al-Ju’fi. gelaran.Maula Al-Hilf : yang berwala’ melaui perjanjian. 2. iaitu: 1. Abu Bilal Al-Ashcari dan lain-lain. Kepentingannya dilihat apabila ada dua orang perawi atau lebih memiliki nama yang sama tetapi berbeza tempat lahir atau tempat tinggal. Faedah disiplin ini antara lain ialah untuk mengelakkan kekeliruan pada nasab seseorang perawi dari kalangan maula dan untuk memastikan siapa atau kabilah mana yang dia berintisab kepadanya serta bentuk intisab tersebut. Kitab Al-Mawali oleh Abu ‘Umar Al-Kindi. 3.Maula Al-cAtaqah: yang berwala’ melalui pembebasan perhambaan. Antara rujukan utamanya ialah. Faedah disiplin ini. Abu Idris Al-Khaulani. sifat dan nisbah mereka.42 Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi dari kalangan ‘maula’.Maula Al-Islam : yang berwala’ melalui pemelukan Islam. Abu Hurairah ra. seperti Abu Al-Bukhturi Sacid Ibn Fairuz At-To’i kerana tuannya yang telah membebaskannya adalah Qabilah Taic.

21 An-Nasab Allati cAla Khilaf Zahiriha • Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau munasabah tertentu telah dinisbah.23 Ath-Thiqat Min Ruwwat Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi thiqah yang menepati ciri-ciri atau syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. 2. Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang menyangka mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu yang sama. • Khalid Al-Hazzac. Contohnya: • Abu Mas’ud Al-Badri. Antara rujukan utamanya ialah. Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari. tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut sehingga digelar al-hazzac. • Yazid Al-Faqir. 43 . • Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya cAli Ibn Abi Talib • Yacla ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah. 2. 2. Antara rujukan utamanya ialah. Antara rujukan utamanya ialah Kitab AthThiqah oleh Al-cIjli dan lain-lain. beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana beliau mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar ‘faqar’. walau bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan kesohihan sanad hadith. beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang tukang kasut. • Ahmad ibn Hambal yang dibinkan kepada datuk sebelah ayah. beliau dinisbahkan kepada Badar bukan kerana turut menyertai perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.22 Al-Mansubun Ila Ghair Aba’ihim Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah mereka. Kitab Al-Ansab oleh As-Sam’ani. digelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh mengelirukan sedangkan ianya bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar. Contohnya: • Mu’az ibn ‘Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama AlHarith.43 Berapa lamakah pula tempoh masa bermukim di suatu tempat sebelum seseoran itu boleh di nasabkan kepada tempat tersebut. • Al-miqdad ibn Al-Aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya sedangkan ayahnya bernama cAmr Al-Khindi Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk disiplin ini.

44 2. Antara rujukan utamanya ialah Kitab AlIghtibat Biman Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh Sibt Ibn Al-cAjami. atau kerana terkena sesuatu musibah seperti kematian keluarga terdekat rumah terbakar dan sebagainya.26 Al-Mukhtalituh Min Ar-Ruwwat Disiplin ini membincangkan tentang perawi-perawi (termasuk perawi thiqah pada asalnya) yang terkena penyakit ‘ikhtilat’ secara khusus. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan kelemahan sesuatu sanad hadith.24 Ad-Ducafat Min Ruwwat Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dhaif yang tidak ada ciri-ciri atau syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ad-Daraqutni dan lain-lain. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Wadc Fi Al-Hadith Oleh Syeikh cUmar Hasan Fallatah. iaitu hadith yang mana akhir sanadnya terputus selepas tabicin. hilang atau kemusnahan buku. iaitu sejenis penyakit lupa yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti umur yang lanjut. 2.28 Al-Mursilun Min Ar-Ruwwah Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith ‘mursal’ secara khusus. Melalui tajuk ini perawiperawi yang terlibat telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza tahap kesalahan dan riwayatnya.27 Al-Mudallisun Min Ar-Ruwwah Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam jenayah ‘tadlis’ secara khusus iaitu menyembunyikan kecacatan atau kelemahan yang ada pada sesuatu sanad disamping menzahirkan keelokkan dan kekuatannya.25 Al-Kazzabun Min Ar-Ruwwat Disiplin ini pula membicarakan tentang perawi-perawi pembohong yang terlibat dalam membuat atau meriwayatkan hadith palsu secara khusus. 2. hilang daya penglihatan. 2. An-Nasai. Antara rujukan utamanya ialah Kitab At-Tabyin Li Asma’ Al-Mudallisin oleh Burhanuddin Al-Halabi. 44 . Al-cUqaili. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ta’rif Ahl At-Taqdis Bi Maratib AlMausufin Bi At-Tadlis oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ad-Du’afat oleh Al-Bukhari. 2.

45 BAB 3 ILMU-ILMU HADITH YANG BERKAITAN DENGAN MATAN Ilmu-Ilmu Hadith Yang Berkaitan Dengan Matan Al-Gharib Al-Hadith An-Nasikh Wa AlMansukh Musykil Al-Hadith Lughah Al-Hadith Wa Balaghatuhu Hadith Maudhu’i Mukhtaliful Al-Hadith Wa Muhkamuhu 45 .

no 3). ms. Kamus atau mucjam yang utama seperti kamus Lisan Al-Carab oleh Ibn Manzur. malah ianya dikira sukar juga bagi pakar bahasa arab itu sendiri hingga mereka terpaksa mencari rujukan untuk menangganinya. وَكان ي َخلو ب ِغارِ حراء فَي َت َحن ّث فيه‬ ِ ِ ُ َ ٍ َ ِ َ Yang bermaksud: “dan dia (Baginda Rasulullah saw) telah berkhalwat di gua hira’ untuk beribadat di dalamnya”. (Al-Bukhari. Kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan ulama.46 3. Mucjam Maqaayis Al-Lughah oleh Ibn Faris. Contohnya ialah perkataan (‫ )التحنث‬yang terdapat di dalam matan sebuah hadith yang di ُ ْ َ َ riwayatkan oleh Bukhari: (‫. 30. Kitab An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari Dan Kitab Al-Faaiq Fi Gharib Al-Hadith oleh AzZamakhshari. Shuruh kitab hadith (kitab-kitab sharah hadith) c.1 AL-GHARIB AL-HADITH Gharib al-hadith ialah ilmu yang membicarakan tentang perkataan yang sukar difahami maksudnya kerana terlalu jarang digunakan yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith. Qamus Al-Muhit oleh Fairuz Abaadi dan lain-lain d. Pakar bahasa arab. jil 1. Kitab-kitab khusus yang mengumpul dan menghuraikan perkataan berkenaan ) seperti kitab Gharib Al-Hadith oleh Abu cUbaid Al-Qasim Ibn Sallam. 3. 1407H. Kitab Gharib Al-Hadith oleh Ibn Qutaibah. b.2 MUSYKIL AL-HADITH 46 . Begitu juga hadith-hadith tentang Ash-Shamail yang banyak menceritakan tentang sifat-sifat fizikal baginda Rasulullah saw yang kebanyakkannya menggunakan istilah-istilah bahasa yang sukar. isu ini boleh ditanggani dengan merujuk kepada salah-satu daripada empat rujukan berikut: a. Kitab Bad’ Al-Wahi. Kesukaran itu bukan sahaja bagi orang-orang awam.

maksud hadith ini mesti di hurai dengan suatu huraian yang tidak membawa kepada unsur tashbih berkenaan. ianya boleh dilakukan dengan merujuk kepada tafsiran dan huraian yang telah di buat oleh ulama baik dari kalangan sahabat mahupun selepasnya. Maksud hadith ini nyata mengelirukan kerana ganti nama ‘nya’ pada perkataan ‘kejadiaany’ tidak boleh dikembalikan kepada Allah swt untuk mengelak daripada tashbih (menyamakan kejadian Allah dengan kejadian makhluk). yang terdapat di dalam buku-buku huraian hadith yang utama. Maka itu. yang memerlukan kepada penyatuan atau penyelarasan maksud tersebut. Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AlBukhari dan Muslim: َ ((‫))إ ِن الله خل َقَ آدم عَلى صورته‬ َ ّ ّ َ َ ُ Yang bermaksud: “Allah menjadikan Adam mengikut bentuk kejadiannya”.3 MUKHTALIFUL AL-HADITH WA MUHKAMUHU Mukhtalif al-hadith membicarakan tentang dua hadith soheh atau lebih yang bercanggah maksudnya pada zahir antara satu sama lain. zat dan sifat Allah. (Al-Bukhari. Antara rujukan khusus disiplin ini. Manakala ‘muhkam al-hadith’ pula adalah lawan kepada mukhtalif al-hadith iaitu hadith-hadith sohih yang terselamat daripada percanggahan zahir makna dengan hadith lain. para Nabi dan sebagainya. ialah Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar oleh AlTohawi dan Kitab Mushkil Al-Hadith Wa Bayanuhu oleh Ibn Faurak. Bab Bad’ As-Salam. Dari sinilah timbulnya kepentingan disiplin ini lebih-lebih lagi bilangan hadithhadith soheh yang maksud matannya mengelirukan agak banyak. 3. khasnya hadith-hadith yang menyentuh perkara-perkara ghaib. jil 11. kejadian malaikat. Kitab Al-Isti’zan. ms.47 Ilmu ini membahaskan tentang sesuatu matan hadith sahih yang sukar difahami maksudnya serta mengelirukan. 47 . tt.3 no 6227).

disiplin ini hanya di fokuskan kepada hadithhadith yang bercanggah sesama sendiri sahaja. ms. Contohnya: hadith-hadith tentang pembatalan puasa bagi seseorang yang sedang bermusafir. Orang yang pertama sekali dikenal pasti mempopularkan perbahasan disiplin ini ialah Imam As-Shafi’e melalui bukunya Ikhtilaf Al-Hadith. • Kelompok pertama mafhumnya menunjukkan tidak wajar meneruskan puasa di dalam safar seperti Hadith Jabir Ibn cAbdillah ra. no 1946). tt. Dalam masalah ini ada dua kelompok hadith sahih yang telah diriwayatkan daripada Baginda Rasulullah saw. Namun generasi pengkaji semasa telah meluaskan skop perbahasannya kepada percanggahan yang berlaku antara hadith dengan 48 . seperi hadith Ibn’abbas ra bahawa Rasulullah bersabda: ((‫. Sedangkan kesan daripada percanggahan zahir ini amat besar kerana ia bukan sahaja menyukarkan kita untuk memahami sesuatu hadith atau isu. Usaha ini kemudiannya disambung oleh generasi ulama selepas beliau hinggalah ke hari ini. Bab As-Saum Fi As-Safar.. Kesan daripada percanggahan zahir inilah ulama khilaf dalam menentukan hukum tersebut.48 Disiplin ini adalah antara jenis ilmu matan yang terpenting selain daripada gharib al-hadith dan musykil al-hadith. malah ia juga menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan ulama dalam menentukan hukum sesuatu masalah feqh. Kepentingannya dilihat kerana realiti membuktikan bahawa terdapat banyak hadit-hadith sohih yang zahir matannya nampak bercanggah antara satu sama lain. Di peringkat awal kemunculannya. di mana beliau telah mengumpulkan sebanyak 79 permasalahan feqh yang berlaku kerana percanggahan zahir hadith.صام ومن شاء أفطر فمن شاء‬ maksudnya: “…maka siapa yang nak teruskan puasa (dalam safar) boleh teruskan dan sesiapa yang nak buka boleh buka”..)). Kitab As-Saum. • Kelompok kedua pula. (Al-Bukhari..183. jil 4. mafhumnya menunjukkan sebaliknya. bahawa: Rasulullah saw bersabda: (( ‫)) ليس من البر الصوم في السفر‬ maksudnya: “berpuasa di dalam safar bukanlah daripada cirri-ciri kebaikkan”.

contohnya seperti kata Jabir ra yang diriwayatkan oleh Ashab As-Sunan Al-Arba’ah: 49 . tetapi sekarang kamu ziarahlah kubur kerana ianya boleh mengigatkan akhirat”. Seperti Kitab Al-Ihkam Fi Mukhtalif Al-Hadith Baina Al-Fuqaha Wa Al-Muhaddithin dan kesemua buku metod hadith yang membahaskan disiplin ini. seperti kitab Imam Shafi’e di atas. fakta-fakta dan penemuan-penemuan sains yang terbukti kebenarannya serta realiti-realiti yang dapat ditangkap oleh pancaindera. 3. Hadith yang menasakh dinamakan an-nasikh manakala hadith yang dimansukhkan dinamakan al-mansukh.4 AN-NASIKH WA AL-MANSUKH Tajuk ini membicarakan tentang an-naskh iaitu pertukaran hukum yang lama dengan hukum yang baru yang dilakukan oleh syara’ melalui hadith Rasulullah saw. iaitu buku-buku yang mengumpul mukhtalaf hadith sahaja dan menghuraikannya. Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar dan Sharh Ma’ani Al-Aathar keduanya oleh At-Tohawi dan lain-lain • Buku-buku yang membahas disiplin ini secara teori yang di dalamnya terdapat perbahasan contoh-contoh mukhtalaf hadith. Akhirnya lahirlah buku-buku khusus yang membahaskan disiplin ini secara teori dan praktikal melalui perbahasan teori digariskan pendekatan atau langkah yang telah diambil oleh ulama untuk menanggani isu-isu yang berkaitan dengan disiplin ini. Contohnya. Kitab Takwil Mukhtalif AlHadith oleh Ibn Qutaibah Ad-Daidanuri. • Penjelasan daripada sahabat. seperti hadith Buraidah ra yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda: ‫فَإ ِن ّها ت ُذ َكر الخرة ك ُنت ن َهَي ْت ُك ُم‬ ْ ْ َ َ ِ ْ ّ ‫عَن زِيارة ال ْقبور ، فَزوروها‬ َ ُ ُ ُ ُ َ َ ْ Maksudnya: “aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur.49 perkara-perkara lain seperti nas al-Quran. Proses nasakh hukum ini hanya boleh diketahui melalui empat cara: • Penjelasan daripada Rasulullah saw sendiri tentang berlakunya nasakh hukum dalam sesuatu masalah. Rujukan bagi disiplin ini terbahagi kepada tiga: • • Rujukan umum iaitu semua buku sharah hadith Rujukan khusus.

Imam Nawawi berkata: “ijma’ ulama (bahawa orang yang minum arak sebanyak empat kali hanya disebat sahaja bukan di bunuh) menunjukkan bahawa hadith tersebut telah dimansukhkan. Disiplin ini. sedangkan peristiwa haji Baginda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berlaku pada tahun 10H. hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi bahawa Rasulullah saw bersabda: (( ‫من شرِب ال ْخمر فاجل ِدوه ُ فَإ ِن عاد َ فى‬ َ ْ ِ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ‫ . antara jenis-jenis ilmu hadith yang penting dan sukar untuk dikuasai. Orang yang mula-mula sekali memashurkannya juga imam as-shafi’e.))الراب ِعَةِ فاقْت ُلوه‬yang bermaksud: ّ “sesiapa minum arak hendaklah kamu menyebanya dan sekiranya ia ulang sehingga empat kali. Walau bagaimanapun ini bukanlah bermakna ijma itu yang menasakhkan hadith tersebut. maka hendaklah kamu membunuhnya”. Hadith ini telah dinasakhkan oleh hadith Ibn ‘Abbas ra yang diriwayatkan oleh muslim: ))‫((أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم وهو محرم صائم‬ Maksudnya: “bahawa rasulullah saw pernah berbekam dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa”. Contohnya. antara perbahasan 50 .50 َ ّ ّ َ ّ (( ‫كان آخر المري ْن من رسول الله صلى الله ع َل َي ْهِ وَسل ّم ت َرك ال ْوُضوء‬ ِ َ َ ُ ُ َ ْ ِ ِ َ ْ ْ ْ َ َ ‫))مما مست النار‬ ّ ْ ّ َ ّ ِ Maksudnya: “pilihan terakhir yang dibuat oleh Rasulullah saw ialah tidak perlu mengambil air sembahyang jika memakan makanan yang disentuh api”. hadith Shaddad ibn Aus ra yang diriwayatkan oleh abu daud bahawa rasulullah saw bersabda: ((‫أفْط َر ال ْحاجم‬ ُ ِ َ َ َ ‫)) وال ْمحجوم‬ ُ ُ ْ َ َ Maksudnya: “puasa orang yang membekam dan orang yang dibekam adalah batal”. Hadith Ibnu Abbas ini dikatakan menasakh hukum yang terdapat di dalam hadith shaddad kerana kajian sejarah membuktikan bahawa hadith shaddad telah disabdakan oleh Rasulullah saw pada zaman pembukaan kota Makkah iaitu pada tahun8H. Misalnya. • Mengetahui sejarah sesebuah hadith. • Melalui ijmac ulama. tetapi ia sekadar menunjukkan bahawa di sana ada nasikhnya (nas yang menasakhkan).

51 utamanya ialah mengenal kaedah-kaedah untuk memastikan berlakunya proses pertukaran hukum antara hadith yang diriwayatkan. 51 . pengumpulan dan kajian makna terhadap hadith-hadith tentang ilmu.6 HADITH MAUDHU’I Disiplin ini membahaskan tentang pengumpulan dan pengkajian makna terhadap hadith-hadith yang berkaitan dengan sesuatu masalah. 3. 3. Kitab Jami’ Al-Usul Fi Ahadith Ar-Rasul oleh Ibn Al-Athir.5 LUGHAH AL-HADITH WA BALAGHATUHU Melalui disiplin ini. Antara rujukan utamanya ialah. Manakala antara rujukan utamanya pula ialah kitab al-I’tibar Fi An-Nasikh Wa Al-Mansukh Min Al-Athar oleh Al-Hazimi dan Kitab An-Nasikh Wa Al-Mansukh oleh Imam Ahmad. pembetukkan keluarga dan sebagainya. isu atau tajuk yang tertentu. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Bayan An-Nabawi oleh Muhd Rajab Al-Bayumi. remaja. Disiplin ini masih dalam proses perkembangannya. Misalnya. beberapa isu seperti fungsi kesumberan sesuatu hadith di dalam pengajian bahasa arab dan kedudukan nilai balaghah di dalamnya dibahaskan.

Klasifikasi Hadith Dan IstilahIstilahnya Qawaid Naqd AlHadith Takhrij Hadith Nabawi C llal Al-Hadith Hadith Tahlili Al-Citibar Wal Mutabic Wa AlSyahid Turuq At-Tahammul Wa Al-Ada’ Al-Mubhamat Minal Asma’ Ziyadat AtThiqah 4.52 BAB 4 JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERSANGKUTAN DENGAN KEDUA-DUA SANAD DAN MATAN Jenis-Jenis Ilmu Metod Hadith Yang Bersangkutan Dengan Kedua-Dua Sanad Dan Matan 1.1 Klasifikasi Hadith Dan Istilah-Istilahnya 52 .

Jenis-jenis Hadith: Berdasarkan bilangan perawi / sanad Berdasarkan asal usul punca matannya Berdasarkan seni keunikkan sanadnya Berdasarkan persambungan sanadnya Berdasarkan kedudukannya antara boleh dibuat amal atau tidak Berdasarkan kedudukannya antara bersambung sanad atau tidak Berdasarkan kesahihan dan kedhaifannya 4. Melalui pemerhatian yang menyeluruh terhadap buku-buku metod hadith dapatlah kita bahagikan jenis hadith itu berdasarkan tujuh dasar utama. pengerian dan perbahasan yang tersendiri. Ulama ulum al-hadith telah mengklasifikasikan hadith kepada berbagai-bagai jenis berdasarkan keadaan dan ciri-ciri yang ada pada hadith tersebut.1.1 Pembahagian Hadith Berdasarkan Bilangan Perawi / Sanad: Dibawah dasar ini ulama telah membahagikannya kepada dua jenis: Hadith Mutawatir Hadith Ahad 53 . Tujuannya ialah untuk membezakan antara jenis-jenis hadith serta memudahkan mereka membuat kajian keatas hadith tersebut.53 Disiplin ini membicarakan tentang pembahagian jenis-jenis hadith serta istilah-istilah dan huraian yang telah dibuat oleh ulama kepada kesemua jenis-jenis tersebut. Setiap jenis hadith diberikan istilah.

54 Lafzi Macnawi Gharib Mutlak Nisbi c Aziz Masyhur Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab 5 dan 6. hadith boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian: Hadith Riwayat AlMusalsal Riwayat As-Sabiq Wa Al-Lahiq Riwayat Al-Cali Wa An-Nazil Riwayat AlAqraan Riwayat Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat Riwayat Al-Abnaa C an Al-Abaa’ Riwayat Al-Abaa’ C an Al-Abnaa’ Riwayat Al-Kabir C an Al-Soghir 54 .1. 4.2 Pembahagian Hadith Berdasarkan Asal Usul Punca Matannya: Berdasarkan dasar ini.1.3 Pembahagian Hadith Berdasarkan Seni Keunikan Sanadnya: Dibawah dasar ini. 4. ulama telah membahagikannya kepada empat bahagian: Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc Perbahasan mengenai hadith-hadith ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab 6.

55

1. Hadith Al-Musalsal  Definisinya: Sesuatu hadith yang mana berlaku di dalam proses periwayatannya ikutan perawi terhadap sifat, keadaan, cara atau gaya riwayat perawi sebelumnya. Berdasarkan jenis ini, ulama telah membahagikannya kepada tiga jenis utama, iaitu:

Al-Musalsal

Musalsal berdasarkan keadaan perawi

Musalsal berdasarkan sifatsifat yang ada pada perawi

Musalsal berdasarkan sifat-sifat periwayatan

Perkataan

Perbuatan

Perkataan & Perbuatan

Lafaz Periwayatan

Zaman Periwayatan

Tempat Periwayatan nn

 Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi, ianya terbahagi kepada tiga: •

Al-musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perkataan, contohnya seperti hadith riwayat Mucaz Ibn Jabal ra bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya: Maksudnya: “Wahai Mucaz! Sesungguhnya aku sayang kepadamu, maka hendaklah kamu baca setiap kali selepas sembahyang doa (yang bermaksud): Ya Allah ya Tuhan kami!, bantulah kami agar sentiasa mengingati kamu, sentiasa bersyukur kepada kamu dan sentiasa melakukan ibadat yang baik kepada kamu”. (Riwayat Abu Daud dalam Bab Witir) Semua perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka, mereka menyebut ungkapan “sesungguhnya aku sayang kepadamu”. Maka dalam konteks inilah ia dikatakan Musalsal.
55

56

Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perbuatan, contohnya seperti kata Abu Hurairah ra: Maksudnya: “ Rasulullah saw telah memegang tanganku (secara tashbik) seraya bersabda (maksdunya): Allah swt telah menjadikan bumi pada hari Sabtu”. (Riwayat al-Hakim, Macrifat cUlum al-Hadith) Semua perawi yang terlibat didalam periwayatan hadith ini kepada murid mereka, melakukan tindakan yang sama iaitu memegang tangan (secara tashbik).

Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari kedua-dua segi, iaini perkataan dan perbuatan. Contohnya, seperti hadith Anas ra, bahawa Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: “ seseorang hamba itu tidak akan dapat mengecap kemanisan iman sehingga dia beriman dengan qadar, sama ada baik, buruk, manis atau pahit. Kemudian Baginda saw menggenggam janggutnya seraya berkata: aku beriman dengan qadar sama ada baik, buruk, manis atau pahit”. (Riwayat alHakim, Macrifat cUlum al-Hadith) Semua, perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka, melakukan perkara yang sama sambil berkata ‘aku beriman dengan qadar sama ada baik, buruk, manis atau pahit’.

 Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat yang ada pada perawi: Dalam konteks ini, ia boleh dilihat dari beberapa aspek, seperti nama, nasab, bidang kepakaran dan sebagainya. Misalnya: • • Apabila semua perawi yang terdapat didalam rangkaian sesuatu sanad itu bernama Muhammad, maka ia dikatakan Musalsal dari segi nama. Apabila semua perawi terbabit terdiri dari ahli feqh, maka ia dinamakan Musalsal dari segi persamaan perawi didalam bidang kepakaran yang tertentu.

56

57

Apabila perawi terbabit dinasabkan kepada nasab yang sama, sama ada nasab kepada tempat seperti Makkah atau kepada qabilah seperti Tamim, maka ia dinamakan Musalsal dalam konteks persamaan nasab tersebut.

 Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat periwayatan. Dalam konteks ini, ia boleh dibahagikan kepada tiga:

Berdasarkan lafaz periwayatan, seperti hadith Musalsal yang menggunakan lafaz periwayatan (‫)حدثنا(, )أخبرنا(, )سمعت‬


Berdasarkan zaman periwayatan seperti hadith Musalsal yang diriwayatkan di musim haji, musim hari raya dan sebagainya. Berdasarkan tempat periwayatan seperti, hadith Musalsal yang diriwayatkan di Multazam, padang cArafah dan sebagainya.

 Kepentingan dan faedahnya: Menambahkan nilai kekuatan dan kesahihan sesuatu hadith dari segi kesinambungan sanadnya. Ini kerana ciri-ciri yang ada pada sesuatu hadith musalsal menggambarkan betapa proses periwayatannya berlaku secara langsung antara seorang perawi dengan perawi yang lain. Dalam konteks ini al-Musalsal menjadi salah satu unsur sokongan tambahan yang boleh membuktikan tidak berlaku sebarang unsur tadlis (penipuan) dalam periwayatan.  Hukumnya: Sesuatu hadith musalsal tidak semestinya sahih, sebaliknya ia berkemungkinan sahih, dhaif malah mauduc. Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, andainya ia sahih maka ia mempunyai nilai kekuatan tambahan berbanding dengan riwayat yang tidak musalsal.  Sumber rujukannya: •

Kitab al-Musalsalaat al-Kubra oleh As-Suyuti, yang terkandung didalamnya 85 hadith. Kitab al-Manaahil As-Salsalah Fi Al-Ahaadith Al-Musalsalah oleh Muhd
c

Abd al-baqi Al-Ayyubi. Di dalamnya terkandung sebanyak 212 hadith.

2. Riwayat As-Saabiq Wa Al-Lahiq
57

 Hukumnya: Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan. Manakala Al-Lahiq pula mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang muda. An-Nazil pula mewakili hadith-hadith yang mempunyai bilangan perawi yang ramai. mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tua diantara dua orang perawi tadi. • • As-Sabiq. Riwayat Al-Aqraan  Definisinya: 58 . 4. berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith yang sama tetapi mempunyai bilangan perawi yang lebih ramai. Riwayat Al-cAli Wa An-Nazil  Definisinya: Suatu disiplin ilmu yang membicarakan tentang sesuatu sanad yang mempunyai bilangan perawi yang sedikit (secara vertical). membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari seorang guru. •  Hukumnya: Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.58  Definisinya: Disiplin ini. 3. • Al-cAli mewakili hadith-hadith yang sanadnya mempunyai bilangan perawi yang sedikit. sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara.

 Hukumnya: Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan. Riwayat Al-Abnaa’ cAn Al-Abaa’  Definisisnya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang anak daripada bapanya atau seseorang anak daripada bapa dan bapa daripada datuknya hingga ke atas.59 Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang sebaya. contohnya seperti riwayat Abu Al-cUsharaa’ daripada bapanya. didapati bahawa yang dimaksudkan dengan ‘datuknya’ di sini ialah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang masyhur yang bernama Abdullah Ibn cAmr Ibn 59 . Melalui kajian terperinci yang telah dibuat oleh ulama. 6. Jenis ii amat banyak. Riwayat anak daripada bapa dan bapa daripada datuk dan seterusnya. 5. yang saling meriwayat hadith antara satu sama lain. Riwayat al-Ikhwah Wa al-Akhawat  Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang mempunyai hubungan persaudaraan. seangkatan atau sezaman yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Seperti riwayat cAmr Ibn Shucaib daripada bapanya dan bapanya pula daripada datuknya.  Hukmunya: Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.  Jenis-jenisnya: Berdasarkan definisi di atas ia terbahagi kepada dua jenia: • • Riwayat anak daripada bapa.

 Kepentingan dan faedahnya: Keunikkan yang ada dalam periwayatan seseorang anak daripada bapa dan datuk mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia member nilai kekuatan tambahan pada hadith dari segi persambungan sanadnya.60 Shucaib Ibn Muhammad Ibn cAbdillah Ibn cAmr Ibn al-cAss dan Shuacaib pula memang banyak menerima riwayat daripada datuknya IbncAmr ra. Selain daripada itu. Riwayat Al-Abaa’ cAn Al-Abnaa’  Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang bapa daripada anaknya.  Sumber rujukannya: • • • Kitab Riwayat Al-Abnaa’ cAn Aabaa’ihim oleh cUbaidillah Ibn Sacid AlWaa’ili.  Kepentingan dan faedahnya: Supaya orang tidak menyangka bahawa berlaku keterbalikan pada sanad sesebuah kitab hadith kerana biasanya anak yang meriwayatkan sesebuah hadith daripada bapa. keunikkan ini menunjukkan betapa tawaduknya seseorang perawi hingga sanggup menerima ilmu daripada orang yang lebih muda dan lebih jahil daripadanya. bukan sebaliknya. Kitan Al-Washyu Al-Muclim Fi Man Rawa cAn Jaddih cAn An-Nabiyy saw oleh Al-cAlaa’i. 60 . Kitab Juz’ Man Rawa cAn Abihi cAn Jaddih oleh Ibn Abi Khaithamah.  Contohnya: Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-cAbbas Ibn cAbd Al-Muttalib ra daripada anaknya Al-Fadl ra bahawa. melalui perbahasan jenis hadith ini juga dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya ayah dan datuk seseorang perawi yang terlibat di dalam periwayatan. 7. Dari sudut yang lain. Rasulullah saw pernah menghimpunkan dua sembahyang (Maghrib dan cIsyak) di Muzdalifah.

Riwayat Tabicen daripada Al-Atbaac. ilmu. • Riwayat perawi yang lebih tua.61 8. lebih alim dan lebih berwibawa daripada perawi yang kurang sedikit dari segi umur. terserlah sifat tawaduk dan tidak 61 . Riwayat bapa daripada anak. keilmuan dan kewibawaanya. sekalipun Imam Malik lebih muda dari segi umurnya tetapi beliau lebih berwibawa dari segi keilmuannya. Melalui perbahasan jenis ini juga. Riwayat Al-Kabir cAn Al-Sooghir  Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang besar (berwibawa) daripada perawi yang kecil (kurang kewibawaan) daripadanya. seperti yang telah dinyatakan dalam jenis ketujuh seperti di atas. seperti riwayat Yahya Ibn Sacid AlAnsari daripada Imam Malik. seperti riwayat Imam Malik (179H) daripada cAbdullah Ibn Dinar (127H). • • Riwayat sahabat daripada tabicen. tabaqat. Seperti riwayat Az-Zuhri (124H) daripada Syucbah (160H). •  Kepentingan dan faedahnya: Untuk mengelakkan kekeliruan dengan menyangka bahawa berlaku keterbalikan dalam rangkaian sanad atau supaya orang tidak menyangka bahawa perawi yang menyampaikan riwayat (guru) lebih baik daripada perawi yang menerima riwayat (murid). • Riwayat perawi yang lebih alim daripada perawi yang kurang sedikit kealimannya. seperti riwayat Al-cAbaadilah daripada Kacab al-Ahbar.  Jenis-jenisnya: • Riwayat perawi yang lebih tua umurnya dan lebih dahulu tabatnya daripada perawi yang lebih muda dan lebih terkemudian. kepakaran dan sebagainya. baik dari segi umur. Seperti riwayat al-Barqani daripada al-Khatib kerana al-Khatib merupakan murid kepada al-Barqani.

Al.  Sumber rujukan: • Ma Rawahu Al-Kibar cAn As-Sighar Wa Al-Aabaa’ cAn Al-Abnaa’ oleh Ishaq Ibn Ibrahim Al-Warraq (403H).Muttasil  Definisinya: Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya sama ada secara marfuc.4 Pembahagian Hadith Berdasarkan Persambungan Sanadnya Dibawah dasar ini. Al-Musnad  Definisinya: Al-Muttasil Al-Muttasil Al-Muttasil Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya secara marfuc (hingga kepada Rasulullah saw) 2.1.  Jenis-jenisnya terbahagi kepada tiga: • Al-Muttasil Al-Marfuc. seperti hadith riwayat malik misalnya daripada Nafic daripada Ibn cUmar bahawa beliau berkata:… 62 .62 sombong perawi-perawi hadith hingga sanggup menerima riwayat daripada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada mereka. ia terbahagi kepada dua jenis: Al-Musnad Al-Muttasil 1. seperti riwayat Malik mislanya daripada Az-Zuhri daripada Salim Ibn c Abdullah daripada ayahnya Ibn c Umar daripada Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda:… • Al-Muttasil Al-Mauquf. mauquf (hingga kepada sahabat sahaja) atau maqtuc (hingga kepada Tabicen sahaja). 4.

• Apa yang dimaksudkan dengan ‘boleh dibuat amal’ ialah jenis-jenis hadith maqbul (yang boleh diterima kesabitannya) yang boleh diamal serta dijadikan dalil syarac iaitu: Al-Muhkam dan An-Nasikh. • Al-Musykil (sebelum dihilangkan kemusykilan dan difahami maksud sebenar) dan Al-Mukhtalif (sebelum diselaraskan makna dan difahami maksud sebenarnya). kata-kata Tabicen tidak boleh diguna istlah Al-Muttasil secara mutlak. sebaliknya ia hanya boleh digunakan secara muqayyad (dengan menyebut nama Tabicen yang terbabit).63 • Al-Muttasil Al-Maqtuc. Contohnya: hadith ini bersambung hingga kepada Az-Zuhri. Jenis ini mewakili majority hadith yang telah 63 . Al-Muhkam Sesuatu hadith maqbul yang mana matan dan maknanya tidak bercanggah dengan mana-mana nas syarac yang lain.5 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Boleh Dibuat Amal Atau Tidak. Jenis-jenis ini ialah: Al-Mansukh.1. 4. Boleh diamal & dijadikan hukum syarac Tidak boleh diamal & dijadikan hukum syarac Al-Muhkam Al-Nasikh Al-Mansukh Al-Mukhtalif Al-Musykil 1. mengikut pendapat Al-cIraqi. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku percanggahan makna dari segi bahasa kerana al-Maqtuc dari segi bahasa bermakna’yang terputus’ sedangkan Al-Muttasil pula bermakna ‘yang bersambung’. • Manakala yang dimaksudkan dengan ‘tidak boleh beramal’ ialah jenis-jenis hadith maqbul yang tidak boleh diamal serta dibuat dalil syarac bukan kerana kedhaifannya tetapi kerana ada sebab-sebab lain yang menghalang.

Andainya percanggahan itu dapat dihapus dan diselaraskan maka ia bukan lagi dari jenis ini. 4. An-Nasikh Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar hukum yang lama yang terdapat di dalam dalil yang lain. Al-Mukhtalif Sesuatu hadith maqbul yang zahir maknanya bercanggah dengan nas syarac yang lain. (lawan kepada an-nasikh) 4. maka ia bukan lagi dari jenis ini. Andainya kekeliruan itu dapat dihilangkan.6 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Bersambung Sanad Atau Tidak Di bawah dasar ini terdapat dua jenis hadith: Al-Mucancan 64 . 2. 3. 5. Al-Mansukh Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar hukum yang lama yang telah ditukar dengan hukum baru yang terdapat di dalam nas syarac yang lain. dan kedua-dua makna tersebut belum dapat diselaraskan.1.64 diriwayatkan. kerana mengikut kebiasaannya percanggahan makna tidak banyak berlaku (secara relatifnya) antara sesebuah hadith yang maqbul dengan nas-nas syarac yang lain. Al-Musykil Sesuatu hadith maqbul yang sukar difahami maksud matannya dan masih mengelirukan.

(akhbarana).65 Al-Muannan 1.  Syarat-syarat penerimaannya: Oleh kerana hadith jenis ini berada di dalamdua kemungkinan seperti yang disebutkan di atas. (samictu) dan sebagainya yang menggambarkan berlakunya proses periwayatan secara langsung antara murid dan gurunya. bergantung kepada keadaan sanadnya secara keseluruhannya. sekalipun tidak pernah terbukti bahawa mereka pernah berjumpa. dua daripadanya disepakati oleh semua ulama. asalkan ada kemungkinan untuk mereka berjumpa. Di antara syarat-syarat itu. dalam keadaan di mana tidak dapat dipastikan sama ada berlaku periwayatannya secara langsung antara seorang perawi dan gurunya.  Hukumya: Penggunaan lafaz cAn dalam proses periwayatan tidak mengambarkan bahawa seorang perawi itu menerima sesuatu riwayat hadith daripada gurunya secara langsung. Al-Mucancan  Definisinya: Sesuatu hadith yang mana proses periwayatannya yang berlaku antara seorang perawi dengan guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz cAn. maka ulama awal-awal lagi telah meletakkan syarat-syarat penerimaan hadith tersebut sanadnya. yang mana ianya diterima pakai oleh Imam Muslim dalam kitab sohihnya. 65 . maka ia boleh diterima. Andai dapat dipastikan bahawa sanadnya bersambung dari awal hingga akhir. Iaitu hendaklah si murid dan si guru itu sempat hidup sezaman (walaupun ditempat berlainan). maka ia membawa kemungkinan sama ada sanad itu bersambung atau sebaliknya. Justeru. Syarat-syarat tersebut ialah: • Al-Mucasarah. sebaliknya jika tidak dapat dipastikan perkara tersebut maka ia terpaksa ditolak. Oleh yang demikian. Ini berbeza dengan penggunaan lafaz As-Sama’ sepert (haddathana). hadith jenis ini berada di dalam dua kemungkinan sama ada boleh di terima atau sebaliknya.

Al-Muannan  sesuatu hadith yang mana proses periwayatan yang berlaku antara seorang perawi dengan guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz ‘Anna’ (‫. Syarat ini ialah yang diguna pakai oleh Abu cAmr Ad-Dani.1. • Persahabatan yang lama.7 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kesahihan Dan Kedhaifan Pembahagian ini ialah pembahagian yang paling popular di dalam perbahasan ilmu Metod Hadith. Iaitu hendaklah terbukti bahawa si murid pernah berjumpa dengan si guru walaupun sekali. Ibn Al-Madani dan lain-lain. kekurangan atau kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sanad hadith). Di bawah dasar ini hadith di bahagikan kepada tiga jenis: Hadith berdasarkan kesahihan dan kedhaifan Sahih Hasan Dhaif 66 . • Hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah berjumpa dengan si guru dan bukan sahaja sempat berguru untuk jangka masa yang lama. Syaraat ini diguna pakai oleh Abu Al-Muzaffar As-Samcaani. iaitu hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah berjumpa dengan si guru.66 • Hendaklah si murid itu bukan seorang Mudallis (perawi yang pernah melakukan kesalahan tadlis iaitu sengaja menyembunyikan sesuatu kecacatan.)أن‬ 4. 2. Syarat ini ialah yang diterima pakai oleh Imam Al-Bukhari. Manakala tiga syarat lagi tidak disepakati oleh ulama iaitu: • Kesabitan perjumpaan. malah lebih daripada itu beliau hendaklah pula terkenal sebagai salah seorang daripada murid yang menerima riwayat hadith daripada guru tersebut. malah lebih daripada itu beliau sempat berguru dan bersahabat dalam tempoh masa yang lama.

menapis dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith.2.keterputusan yang tersembunyi(tidak jelas) Hadith al-Mursal al-Khafi 67 . Hadith dhaif berdasarkan sebab kedhaifan perawi.67 Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab 8. Terdapat empat punca utama yang menjadikan taraf sesebuah hadith itu dhaif. Hadith dhaif berdasarkan sebab keterputusan sanad 2. dasar ini terbahagi kepada dua: Hadith al-Munqatic Hadith al-Mucdal 1. iaini: 1.2 Qawaid Naqd Al-Hadith Disiplin ini membahaskan tentang kaedah-kaedah asas yang diterima pakai oleh ulama hadith dalam usaha mereka mengkaji. 4.Keterputusan sanad yang jelas Hadith al-Mucallaq Hadith al-Mursal Hadith al-Mudallas 2.1 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Keterputusan Sanad: Secara umum. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan cillah yang menjejaskan hadith 3. 4. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan unsur percanggahan 4.

Al-musahhaf 6.4 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kedhaifan Perawi: Jenis ini terbahagi kepada dua. iaitu: 1.3 Pembahagian Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kewujudan Unsur Percanggahan Jenis ini terbahagi kepada dua.2.2 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kewujudan cIllah Yang Menjejaskan Hadith: Jenis ini terbahagi kepada enam.2. Al-Mudraj 3. Al-mazid Fi Muttasil al-Asanid Disiplin ini diterangkan dengan lebih terperinci didalam Bab 9 4. Al-Muttarib 5. iaitu: Ash-Shaz Al-Munkar Pada Sanad Pada Matan 4. Al-Maqlub 4.68 4.2. Al-Mucallal 2. iaitu: Al-Dabt Riwayat al-Mubham Riwayat al-Mutasahil Riwayat al-Kafir Riwayat Sayyi’ al-Hifz Riwayat al-Fasiq Riwayat al-Wahm Riwayat Shadid al-Ghafalah Riwat al-Mubtadi Riwayat al-Majnun c Al-cAdalah Riwayat al-Majhul Riwayat al-Sobiyy Riwayat Makhrum alMuruucah Riwayat al-Muttaham Bi al-Kazib Riwayat al-Kazzab @ Hadith Maudhuc 68 .

Oleh itu kharraja dan akhraja. “hadith yang dikemukakan oleh pengarang dengan sanadnya sendiri dalam kitabnya”. 4. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ilmu al-takhrij disisi ahli hadith ialah. “Hadith yang dikemukakan oleh pengarang dengan sanadnya sendiri dalam kitabnya”. Oleh itu orang yang mengeluarkan hadith ialah seseorang yang mengemukakan riwayat tertentu seperti al-Bukhari dan lain-lain. Menurut al-Qasimi.3.3 Takhrij Al-Hadith An-Nabawi Cabang ilmu ini membahaskan tentang cara-cara mencari sesebuah hadith daripada sumbernya yang asal serta cara-cara mengkaji hadith tersebut sehingga dapat ditentukan kedudukkannya sama ada sohih boleh diterima atau dhaif dan perlu ditolak.1 Al-Takhrij Menurut Definisi Ulama Hadith: Apabila mereka berkata “hadha al-hadith akhrajah fulan”.69 Riwayat Faahish al-Ghalat 4. ini bermaksud hadith ini disebut atau dikemukakan dalam kitab mereka dengan sanad mereka. ramai dikalangan ahli hadith selepas menyebut hadith tertentu menggunakan ungkapan ‘kharrajahu fulan’ atau ‘akhrajahu’ yang bermaksud ‘dhakarahu’. begitu juga al-takhrij dan al-ikhraj adalah membawa maksud yang sama iaitu. 69 . “hadha al-hadith akhrajah fulan” yang bermaksud akhrajahu. Mereka juga berkata.

7.2 Tujuan Takhrij Tujuan ilmu al-takhrij ialah sebagai sumber sesuatu hadith atau tempat terbit hadith dan mengenal pasti kedudukan sesuatu hadith samada diterima atau ditolak. Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq hadith 4. Menghilangkan kecurigaan pada can-canah al-Mudalis 10.3. 4. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengetahui Rawi Al-Hadith Di Kalangan Sahabat Kaedah pertama di atas ini digunakan ketika nama seseorang sahabat itu disebut dalam sesebuah hadith yang hendak ditakhrijkan.4 Kaedah-Kaedah Takhrij 1.3. antaranya: 1. 70 . Sebaliknya sekiranya nama sahabat tidak disebut di dalam hadith dan kita pula cuba mencarinya dengan cara lain maka kita mungkin menggunakan kaedah ini. Mengenali rujukan dan sumber-sumber al-hadith 2. 3. Memperkuat martabat hadith dengan banyak turuqnya 6.3 Faedah Takhrij Terdapat banyak faedah yang kita dapat perolehi dengan menguasai ilmu takhrij ini. Memperkenalkan perihal hadith tertentu berdasarkan turuq hadith berbilang-bilang 5. Mengetahui satu atau lebih hokum hadith yang dikemukakan oleh para ulama hadith dan pendapat-pendapat mereka sama ada sahih atau sebaliknya.70 4.3. Melenyapkan rasa curiga terhadap sesuatu riwayat yang bersumber daripada perawi yang bercelaru atau bercampur. 4. Membezakan yang al-Muhmal dikalangan perawi-perawi al-Isnad 8. Menentukan yang al-Mubham pada hadith 9. Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad hadith.

(a) al-Masanid Al-Masanid merupakan kitab-kitab hadith yang disusun oleh penyusunnya berdasarkan kepada sanad-sanad nama sahabat. bahawa terdapat 82 musnad dan beliau menegaskan lagi bahawa alMasanid begitu banyak lagi (Muhammad bin Jacafar al-Kattani: 1383H : 74). Keadaan ini berlaku kerana hadith-hadith yang di dalamnya disusun dan ditulis secara bersanad dan marfuc kepada Rasul Allah s. Iaitu mereka menghimpunkan hadith-hadith yang terbatas kepada setiap sahabat tertentu. al-Masanid al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat. Dalam al-Musnad nama-nama sahabat ada kalanya ia disusun mengikut hurufhuruf abjad dan ada kalanya pula disusun mengikut mereka yang terdahulu memeluk Islam.w.‫( مسند أحمد بن حنبل‬wafat 241 H) 2. ii. Kutub al-Atraf iii. Al-Masanid yang dikarang oleh para ulama hadith begitu banyak sehingga ada yang mengatakan seratus musnad atau lebih. Di bawah ini dibawakan beberapa contoh nama-nama sesetengah al-Masanid: 1. atau kabilah-kabilah atau negeri-negeri atau sebagainya. Al-Kattani menyebutkan dalam al-Risalah al-Mustatrafah. Tetapi penyusunannya menggunakan huruf-huruf abjad adalah lebih mudah untuk memperolehinya. maka sewajarnya kita berpandukan kepada tiga jenis hasil karya berikut: i.71 Sekiranya nama sahabat disebut dalam hadith atau diketahui menerusi cara mana sekalipun seterusnya kita ingin menggunakan kaedah ini. Begitulah keadaan biasa dan yang lebih dikenali dalam al-Masanad dan tertibnya. Al-Musnad di sisi ulama hadith juga didefinisikan sebagai kitab-kitab yang tersusun berdasarkan babbab dan huruf-huruf abjad bukan berdasarkan Sahabat.t. ‫( مسند أبي بكر عبد ال بن الزبير الحميدى‬wafat 219 H) 71 . seperti musnad ‫بقي بن مخلد الندلوسى‬ yang tersusun mengikut bab-bab fiqh.

Kitab ini memuatkan sekitar enam puluh ribu hadith. Kitab ini merupakan antara kitab yang terpenting dan mashur yang disusun secara musnad dan dianggap tertinggi darjatnya. Berikut ini akan dikemukakan penjelasan satu sahaja di antara kitab-kitab di atas iaitu Musnad Ahmad bin Hanbal. 5. Apabila disebut sahaja al-Mu cjam atau ungkapan ” ‫أخرجه‬ ‫ ”الطبرانى‬maksudnya ialah al-Mucjam al-Kabir karya al-Tabarani. al-Tabwib (klasifikasi bab-bab) dan penyusunan. • Cara susunan Musnad Ahmad bin Hanbal: Beliau memulakan dengan masanid Khulafa' al-Rashidin yang empat Kemudian baki sepuluh orang lagi di kalangan al-Mubashshirin bi al-Jannah (sahabat yang dijamin masuk syurga). Kemudian musnad-musnad Ahli Bayt. Sham. 72 . ‫( مسندأبى يعلى أحمد بن على المثنى الموصلى‬wafat 307H). Oleh itu menurut al-Hafiz al-Dhahabi musnad ini perlu diedit dan disusun semula.000 hadith dan jika termasuk yang berulang-ulang berjumlah 40. (b) al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat. Ia mengandungi 30. Ahli Mekah.72 3. 6. Namun begitu musnad Imam Ahmad secara umum memiliki kekurangan dari sudut. alAnsar dan al-Nisa' (sahabiyyah). Kitab yang termashur disusun mengikut cara di atas secara mutlak ialah alMucjam al-Kabir oleh al-Tabarani yang wafat pada 360 hijrah. Di pertengahan musnad al-Nisa’ disebut pula musnad para qabilah dan sebahagian hadith-hadith Abu al-Darda'. 4. ‫( مسند أبي داود سليمان بن داود الطيالسى‬wafat 204 H). musnad.000 hadith. Kufah. Di antaranya ialah cetakan al-Maymamah Mesir dan sebagainya. ‫( مسند أسد بن موسى الموى‬wafat 212 Hijrah). Basrah. musnad-musnad pembesar al-Sahabah dan yang termashur di kalangan mereka. Terdapat pelbagai cetakan musnad Ahmad di Mesir dan di dunia Islam.‫( مسند عبد بن حميد‬wafat pada 249H). Kemudian mengemukakan musnad-musnad yang empat di kalangan sahabat. Kitab yang berbentuk demikian merupakan antara sumber rujukan yang disusun mengikut nama-nama sahabat yang menjadi rujukan pengkaji untuk melakukan kerja alTakhrij apabila bersamanya nama seorang perawi hadith di kalangan para sahabat.

Sebahagian mereka menyebut isnad secara sempurna dan setengahnya pula terhad kepada sebahagian isnad sahaja. seumpama hadith ‫كلكم راع‬ dan hadith ‫ بنججي السججلم علججى خمججس‬dan begitulah seterusnya (Dr. sebagaimana juga tidak sesuatu al-Tarf yang disebut matan hadith dengan lengkap dan tidak semestinya disebutkan daripada nas al-hadith tertentu itu diberi dengan lafaz yang asal. Yang bertajuk ‫تحفججة‬ ‫ الشراف بمعرفة الطراف‬Imam al-Mizzi telah menghimpun dalam kitab ini atraf al-Kutub al73 . antaranya ialah: i.: 142). Setelah itu diikuti dengan Tarf al-Hadith yang diriwayat oleh sahabat. iii. maka perlulah dikhususkan seperti al-Mucjam al-Saghir atau Mucjam alSahabah dan begitulah seterusnya (Muhammad cUthman al-Khusht: t. (c) Kutub al-Atraf Al-Atraf adalah kata jamak dari Tarafa dan Tarf al-Hadith bermaksud. Begitu juga mudah untuk meneliti ke atas makhraj-makhraj hadith daripada empunya-empunya sumber-sumber rujukan asal terhadap sesuatu hadith dan nama bab. Mengetahui bilangan periwayatan seseorang sahabat dalam sumber rujukan kitab-kitab al-Atraf. Seterusnya barulah dikemukakan semua sanad-sanad menerusi tariq sahabat tertentu tadi yang terdapat sanad-sanadnya dalam kitab-kitab hadith kesemuanya atau dalam kitab-kitab tertentu. ii. sebahagian daripada matan al-hadith yang menunjukkan matan seterusnya.th. membuat perbandingan dan menghukumkannya. Keadaan ini memudahkan kita untuk membuat kajian.73 Oleh itu apabila disebut selain dari kitab al-Tabarani di antara kitab-kitab mucjam yang lain. Pengarang kitab-kitab al-Atraf pada kebiasaannya menyusun nama-nama sahabat mengikut huruf hijaiyyah. Mengetahui Asanid al-Hadith yang pelbagai yang terhimpun pada satu tempat. Di antara Kutub al-Atraf yang terpenting yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para pengkaji adalah kitab karya al-Mizzi (wafat 742H). Kitab al-Atraf ini mempunyai banyak kelebihan. Mahmud al-Tahhan: 1417/1996: 48).

Di antara hasil karya yang boleh membantu menggunakan kaedah di atas ialah tiga jenis sebagaimana di bawah ini: i. sewajarnya kita mengunakan kaedah ini. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengenal Pasti Awal Lafaz Daripada Matan Hadith Kaedah di atas boleh digunakan ketika pengkaji benar-benar pasti mengetahui awal kalimat daripada matan hadith kerana tanpanya menyebabkan kita menghabiskan masa begitu sahaja tanpa faedah. Kerja al-Takhrij ini boleh dimulakan dengan mengambil atau memilih kalimah yang jarang digunakan daripada kalimah-kalimah yang ada pada hadith yang hendak ditakhrij. Senarai-senarai kandungan yang disusun oleh ulama bagi kitab-kitab tertentu.595 hadith. Kitab ini menyajikan indeks sembilan buah kitab sunnah yang menepati kaedah alMucjam. Al-Takhrij Menerusi Kaedah Mengetahui Tajuk Hadith 74 . Sunan Abu Daud. Kitab-kitab tersebut ialah Sahih al-Bukhari. Al-Takhrij Dengan Cara Mengetahui Kalimah Yang Jarang Digunakan Di Mana-Mana Bahagian Matan Hadith Kaedah ketiga ini boleh dilakukan dengan bantuan kitab karya kumpulan orientalis yang bertajuk ”‫ ”المعجججم المفهججرس للفججاظ الحججديث النبججوى‬Apabila bersama kita sebuah hadith atau sebahagian daripadanya sahaja dan kita ingin mengetahui di mana tempat-tempat beradanya di kalangan al-Kutub al-Sittah. Setelah itu pengkaji hendaklah mencari kalimah berkenaan dalam ‫ المعجم المفهرس‬di atas. ii. 2. iii. 3. 4. Kitab-kitab yang disusun yang mengandungi hadith-hadith yang masyhur menjadi sebutan . Musnad Ahmad dan al-Darimi. Sunan Ibn Majah. Kitab ini mengandungi lebih kurang 19. Muwatta' Malik.74 Sittah dan sebahagian kitab yang bersangkutan dengan al-Kutub al-Sittah. Sahih Muslim. Kitab-kitab yang disusun itu mengandungi hadith-hadith mengikut tertib huruf alMucjam. Sunan al-Nasa'i.

• Setelah tajuk ditentukan langkah kedua hendaklah pengkaji bersegera mendapatkan sumbersumber rujukan yang disusun berdasarkan tajuk-tajuk. Al-Jamic oleh Imam al-Turmudhi yang dikenali juga dengan sunan alTurmudhi.75 Kaedah keempat di atas dianggap antara kaedah-kaedah terpenting dalam melakukan kerja al-Takhrij. Di antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk melakukan kerja al-Takhrij dengan menggunakan kaedah keempat di atas adalah seperti berikut: • munasabah dan sesuai diletakkan sebagai tajuk hadith mereka. Setelah itu pastikan ia terletak di bawah kitab atau abwab apa dan kemudian barulah pergi mencarinya di bawah tajuk-tajuk kecil seperti: "‫" وجوب الطواف بالبيت سبعا‬ • Bagaimanapun pengkaji yang menggunakan kaedah ini hendaklah memiliki kemahiran yang mendalam dalam menentukan tajuk yang diperolehi melalui penelitian dan intisari yang diperolehinya menerusi hadith tertentu. • Para pengkaji hendaklah terlebih dahulu menentukan tajuk atau beberapa tajuk yang Di bawah ini disenaraikan di antara kitab yang dianggap boleh membantu pengkaji dalam usaha melakukan kerja al-Takhrij menerusi kaedah keempat ini seperti berikut: - Berdasarkan al-Jawamic iaitu kitab-kitab yang merangkumi semua tajuk-tajuk berkaitan dengan agama dan disusun mengikut bab-bab seperti:    Al-Jamic al-Sahih oleh Imam al-Bukhari. Sunan al-Darimi 75  . - Al-Sunan iaitu kitab-kitab yang terkumpul di dalamnya hadith-hadith alAhkam yang marfuc disusun mengikut bab-bab fiqh seperti :     Sunan al-Nasa'i Sunan Abi Dawud Sunan Ibn Majah Sunan al-Turmudhi atau Jamic al-Turmudhi. Al-Jamic al-Sahih oleh Imam Muslim.

alMawqufah. - Al-Mustakhrajat. al-Maqtucah yang tersusun mengikut bab-bab. Maka bertemu dan berhimpun bersamanya pada seorang gurunya atau orang yang di atasnya. Al-Takhrij Dengan Cara Membuat Penelitian Terhadap Al-Hadith Dari Sudut Matan Dan Sanad Maksudnya ialah penelitian secara teliti perihal-perihal hadith dan sifat-sifatnya yang terdapat dalam matan hadith atau sanad tertentu. apabila seorang pengarang pergi kepada sesuatu kitab daripada kitab-kitab hadith. dan al-Maqtuc yang disusun mengikut bab-bab fiqh. Kemudian dia mengeluarkan hadith-hadithnya dengan sanad-sanadnya sendiri yang bukan tariq empunya kitab tertentu tadi. Kemudian diikuti dengan perbahasan berhubung makhraj hadith tertentu tadi menerusi cara mengetahui perihal atau sifatnya dalam kitab-kitab tertentu yang dikarang untuk mengumpulkan hadith-hadith yang mempunyai sifat tersebut pada matan atau sanad. Di sini disebutkan sebahagian contoh sahaja sebagai qias kepada yang lain dan dimulakan dengan melihat sifat-sifat atau keadaan-keadaan yang ada pada matan dahulu.76  - Sunan al-Daraqutni al-Musannafat yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc. ii. ‫مستخرج أبى نعيم على الصحيحين‬ ‫مستخرج أبى بكر السماعيلى‬ 5. Contoh kitab al-Mustakhrajat ialah sebagaimana berikut: i. seperti:     Musannaf Ibn Abi Shaybah Musannaf Baqi Ibn Makhlad Musannaf Abi Salamah Musannaf cAbd al-Razzaq - Al-Muwatta'at iaitu yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc. seperti Muwatta' Imam Malik. alMawquf. kemudian yang ada pada sanad dan akhirnya yang ada pada keduanya sebagaimana berikut: 76 .

al-Baqi al-Ayyubi. di samping takhrij hadith tersebut dinyatakan sekali orang yang memalsukannya serta sebab kepalsuannya.‫ المسلسلت الكبرى‬oleh al-Suyuti dan ‫ المناهل السلسلة فى الحاديث المسلسة‬oleh Muhammad bin cAbd.77 (i) Pada Matan Apabila terlihat pada matan hadith tanda-tanda kepalsuan. ‫الموضوعات‬ ‫ الصغرى‬oleh al-Shaykh cAli al-Qari al-Harawi (wafat 1014H). disebut juga oleh pengarangnya para ulama yang mengemukakan hadith tersebut seperti kitab. maka rujukan termudah untuk mentakhrijkannya adalah kitab-kitab seumpama. 77 . maka rujukannya adalah kitab-kitab seperti. Jika terdapat pada hadith-hadith al-Qudsi maka rujukan termudah untuk mengetahuinya adalah dengan merujuk kitab-kitab hadith yang dikarang semata-mata mengumpulkan hadith al-Qudsi. Sebahagian kitab al -Mawducat disusun mengikut huruf-huruf dan sebahagian lagi disusun mengikut bab-bab. sama ada kerana ada kecanggungan pada lafaz. maka cara yang termudah untuk mengetahui makhrajnya adalah dengan menelitinya dalam kitab-kitab al-Mawducat. ‫تنزيججه الشجريعة المرفوعججة عجن الحجاديث الشجنيعة‬ ‫ الموضوعة‬oleh Abu al-Hasan cAli bin Muhammad bin cIriq al-Kanani (wafat 963H). kerosakan makna atau bertentangan dengan nas al-Qur'an yang jelas dan seumpamanya. Manakala contoh kitab yang disusun mengikut abwab antaranya ialah. ‫ روايججة البججاء عججن البنججاء‬oleh Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Khatib al-Baghdadi (wafat 463H) dan la Kalau terdapat isnad al-musalsal. Seringkali ditemui. Kitab-kitab jenis tersebut selain dari menyebut hadith.‫ مشكاة النوار‬oleh Muhiddin Muhammad bin cAli bin cArabi al-Hatimi al-Andalusi (wafat 638H) dan karya cAbd al-Ra'uf al-Manawii(wafat 1031H) bertajuk ‫التحافات السنية‬ ‫بالحاديث القدسية‬ (ii) Pada al-Sanad Apabila terdapat pada sanad perkara-perkara yang halus berkenaan Isnad umpamanya terdapat bapa meriwayatkan hadith daripada anaknya. Contoh-contoh kitab bentuk di atas yang disusun mengikut huruf ialah.

dengan baik. al-Rahim al-cIraqi (wafat 826H) yang disusun mengikut bab-bab fiqh. Kitab ini mengemukakan hadith-hadith yang terdapat pada matan-matannya nama-mana yang disebut secara mubham. 78 . Kemudian diterangkan nama yang mubham tadi dengan mengutarakan hadith dari sanad lain yang disebut namanya secara jelas. 6. (iv) Apabila terdapat dalam sanad rawi yang dacif gunakanlah kitab seperti ‫ميزان العتدال‬ oleh al-Dhahabi (al-Tahhan: 1996M. c Ilal al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim al-Razi. Iaitu kitab yang disusun Di bawah bab tertentu disebut pula hadith-hadith yang mengikut bab-bab. 130-131) (iii) Pada al-Matan dan al-Sanad Di sana terdapat sifat atau perihal yang kadang-kadang ada pada sanad dan kadangkadang pada matan seperti al-cIllah dan al-Ibhām. Takhrij Hadis Berkomputer Dewasa ini perkembangan sains dan teknologi (S&T) pesat sekali. Kepesatan perkembangannya telah membentuk satu dimensi baru dalam penerusan survival hidup di mana ia bukan sahaja membantu kerja-kerja seseorang itu bahkan ianya juga mempercepatkan kerja mereka. Kepesatan pembangunan teknologi ini bukan sahaja melibatkan aspek-aspek yang berbentuk akademik bahkan ianya telah mula menjalar ke dalam bidang-bidang yang ada hubungkait dengan keagamaan. karya al-Khatib al- Baghdadi. Sekiranya hadith-hadith yang terdapat di dalamnya sebarang masalah seperti di atas boleh dibahas dan dikaji menerusi kitabkitab yang ditulis secara khusus. C. al-Mustafad min mubhamat al-Matn wa al-Isnad karya Abu Zurcah Ahmad bin Abd.78 Apabila terdapat isnad mursal maka gunakanlah kitab-kitab seperti ‫المراسيل‬ oleh Abu Daud al-Sajastani dan ‫ المراسيل‬oleh Ibn Abi Hatim (wafat 327H). mengandungi al-cIllah dan diperjelaskan sebab kecacatan hadith-hadith tersebut Al-Asma' al-Mubhamah fi al-Abna' al-Muhakkamah. Di antara kitab-kitab tersebut ialah: A. B.

• Ia membantu proses pengumpulan hadis yang sama dalam masa yang singkat. Ia menghimpunkan kata-kata ulama hadis terhadap seseorang perawi. • Ini memudahkan seseorang pelajar untuk menganalisa seseorang perawi itu dengan lebih cepat dan efisyen. al-Kutub al-Tiscah dan sebagainya. Ini dapat membantu pengguna meminimakan ruang yang digunakan. Ia menjimatkan kos dan Contoh Program Hadith Berkomputer - Al-Mawsucah Al-Dhahabiyyah 79 . Ini dapat meminimakan tenaga pengguna serta memberikanya ruang yang lebih besar untuk proses analisa hadis-hadis tersebut. al-Ahadith al-Da’ifah. al-Alfiyyah. • masa.  Faedah Takhrij Hadith Berkomputer • • Ia mempercepatkan carian sesuatu hadis. • Ia mengandungi kitab-kitab yang susah didapati di mana-mana perpustakaan. Ia menghimpunkan jumlah kitab yang banyak dalam satu CD ROM. al-Bayan.79 Di antara program hadis berkomputer yang terdapat dalam pasaran sekarang ialah al-Mawsucah al-Dhahabiyyah. • Ia memudahkan serta mempercepatkan proses print dan cetakan tanpa perlu mengeluarkan belanja tanbahan untuknya. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali kitab-kitab tersebut bahkan dapat mengelakkannya daripada lenyap dan hilang daripada khazanah ilmu Islam.

kajian bahasa dan balaghah serta pengajaran yang boleh dipetik daripada hadith tersebut. yang meriwayatkan sesebuah hadith. Tujuan pencarian al-mutabic dan as-shaahid ialah untuk menguatkan nilai • kesahihan sesebuah hadith melalui sokongan keduanya. As-shaahid bermaksud sanad kedua dari sahabat yang berlainan yang meriwayatkan hadith yang sama maknanya dengan sahabat yang pertama. Dan melalui proses yang sama juga di dapati hadith yang sama telah diriwayatkan oleh Imam An-Nasa’i daripada Muhd bin Hunain daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah saw. Dengan perkataan lainnya ia bermaksud satu proses penjejakan untuk mencari al-mutabic dan asshaahid. Kesemua kitab shuruh hadith dikira sebagai rujukan bagi disiplin ini. Maka riwayat 80 . Misalnya sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam As-Shafice daripada Imam Malik daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar daripada Rasulullah saw. kajian Latoif Al-Isnad (ciri-ciri keunikkan dan keistimewaan sanad).80 4.5 Al-Ictibar Wa Al-Mutabic Wa As-Shahid Al-Ictibar bermaksud satu proses pencarian dan penjelasan sanad hadith yang diriwayatkan secara berseorangan oleh seorang perawi bagi memastikan adakah ada perawi lain (dalam tabaqat yang sama) yang turut meriwayatkan hadith tersebut.4 Hadith Tahlili Disiplin ini membicarakan tentang kaedah menganalisa sanad dan matan sesebuah hadith untuk mengetahui kedudukan sanad dan maksud sebenar hadith tersebut. • Al-mutabic bermaksud sanad yang kedua dari seseorang sahabat yang sama. Kemudian melalui Ictibar di dapati hadith yang sama diriwayatkan oleh Imam AlBukhari daripada Abdullah bin Maslamah Al-Qacnabi daripada Imam Malik daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu cUmar daripada Rasulullah saw. 4. Aspek penganalisaan biasanya melibatkan takhrij hadith bagi memastikan sumbernya. kajian riwayat hidup perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith tersebut.

cara-cara menulis riwayat dan lafaz-lafaz yang digunakan oleh perawi dalam penyampaian dan penerimaan riwayat. Walau bagaimanapun.81 Imam Bukhari itu digelar al-mutabic manakala riwayat Imam an-Nasa’i pula digelar asshaahid. Hanya yang dijelaskan mereka telah mumaiyyiz. 20 tahun dan sebagainya.  Kelayakkan meriwayat atau menyampaikan hadith: Jumhur ulama hadith dan feqh telah ijmac bahawa perawi-perawi ayng diterima hadith mereka hendaklah merupakan seorang muslim. menurut kebanyakkan ahli hadith seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz layak mendengar dan mempelajari hadith. baligh. cara-cara menerima riwayat.6 Turuq At-Tahammul Wa Al-Ada’ Disiplin ini membahaskan tentang cara-cara meriwayatkan hadith. Menurut al-Khatab al-Baghdadi. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Mahmud bin alRabic. cAbdullah bin Abbas dan lain-lain. cadil dan dhabit.  Cara-cara menerima riwayat hadith: Terdapat beberapa cara menerima hadith. ada yang mengatakan sekurang-kurangnya umur pendengar atau penerima tersebut 13 tahun dan ada pula yang mengatakan 15 tahun. Para ulama menerima hadith mereka tanpa menerangkan umur mereka dan sama ada semasa menerima hadith itu mereka telah baligh atau belum. Mereka bersandarkan kepada amalan para muhaddithin yang menerima hadith daripada kanak-kanak ketika kanak-kanak itu belajar atau menerima hadith ketika masih kecil tetapi sudah mumaiyyiz. cAbdullah bin Zubair.  Kelayakkan mendengar dan menerima hadith: Terdapat beberapa pendapat tentang umur yang melayakkan seseorang mendengar atau menerima hadith bagi membolehkan hadith yang diriwayatkan itu diterima. pendapat ini benar. 4. Cara-cara ini boleh diringkaskan kepada lapan cara iaitu: 81 .

kerana pembaca membentangkan bacaan kepada guru. Wasiat guru yang disebut (‫)وصية‬ Ialah.82 1. Mendengar lafaz guru yang disebut ( ‫)السماع من لفظ الشيخ‬ Maksudnya disini. Menurut kebanyakkan ulama cara ini ialah cara yang paling tinggi. 82 . 5. 3. Menghulurkan kitab kepada murid yang disebut (‫)اعلم‬ Seorang guru atau muhaddith memberitahu murid bahawa hadith atau kitab ini ialah kitab yang telah diriwayatkan atau didengarnya daripada gurunya tanpa member ijazah untuk meriwayatkan hadith atau kitab tersebut. 6. ‫لةمناو‬ Munawalah ialah. manakala murid-murid yang hadir mendengar bacaan guru tersebut. 7. 2. Sebelum beliau meninggal dunia atau bermusafir. seorang muhaddith atau guru menunjukkan kepada murid satu hadith atau beberapa hadith atau pun sebuah kitab supaya murid itu meriwayatkan hadith atau kitab tersebut daripadanya. 4. ‫مكاتبة‬ Iaitu. Ada juga yang menamakan sebagai pembentangan bacaan. guru membaca hadith daripada ingatan atau berpandukan kitab. seorang calim atau muhaddith mewasiatkan hadith yang telah diriwayatkan kepada seorang yang lain. seorang muhaddith member izin kepada seseorang yang tertentu atau beberapa orang yang tertentu untuk meriwayatkan sebahagian yang tertentu daripada hadith yang ada padanya tanpa dibaca terlebih dahulu atau dibaca sebahagian daripadanya sahaja. ‫اجازه‬ Ijazah ialah. Membaca kepada guru yang disebut (‫)القراءة على الشيخ‬ Ramai di antara ulama hadith yang menamakannya sebagai pembentangan. seorang calim menulis hadith dengan tangannya sendiri atau ia menyuruh orang-orang lain menulis untuk diberikan kepada seseorang murid yang hadir bersama-samanya atau kepada murid yang tidak hadir dan disampaikan kepada murid itu melalui seorang thiqah.

Antara lafaz tersebut yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah kemudian ‫ حدثني‬atau ‫. seorang anak lelaki. أنبأنا‬semasa ia mengajar. ‫وجادة‬ Maksudnya ialah.7 Al-Mubhamat Disiplin ini membicarakan tentang individu yang terlibat di dalam sanad atau matan hadith tetapi nama mereka tidak disebut. seorang perempuan. manakala dari segi matan pula ialah untuk mengetahui individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa atau kisah yang terdapat didalam sesuatu matan hadith Cara untuk mengetahui identiti perawi mubham ialah dengan mengumpul riwayat sesebuah hadith seberapa banyak yang mungkin kemudian mencari identiti perawi tersebut berdasarkan riwayat-riwayat yang terkumpul itu. Atau dengan merujuk kepada buku sirah dan sejarah islam. Antara rujukan utama disiplin ini ialah Kitab Al-Mustafad Min Mubhamat Al-Matn Wa Al-Isnad oleh Al-cIraqi. Ini bermaksud seorang mendapati hadith dalam sebuah kitab hadith yang ditulis oleh orang yang sezaman dengannya atau tidak sezaman dengannya.7 Ziadat Ath-Thiqah 83 . Faedahnya dari segi sanad antara lainnya ialah mengenal pasti perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad bagi menentukan kesahihan sanad tersebut. dengan syarat thabit kebenaran kitab atau sahifah itu kepada penulisnya.حدثنا‬ ‫. seorang suami dan sebagainya. أخبرنا. pengambilan hadith daripada lembaran atau kitab tanpa ijazah dan tanpa munawalah. sebaliknya hanya disebut pengenalan yang bersifat umum seperti seorang lelaki. 4.سمعت‬ 4. seorang anak perempuan.83 8.  Lafaz-lafaz yang digunakan: - Seorang guru menggunakan lafaz ‫ سمعت.

Abu Al-Walid Hassan Ibn Muhd Al-Quraishi dan lain-lain. yang tidak ada di dalam riwayat perawi-perawi thiqah yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama. ms.84 Disiplin ini membincangkan tentang maklumat-maklumat tambahan yang terdapat pada sanad atau matan sesebuah hadith yand diriwayat oleh seseorang perawi thiqah.))في إناء أحدكم فليغسله سبع مرات‬ Yang bermaksud: “apabila seekor anjing menjilat bekas makanan seseorang kamu. Misalnya. Kitab At-Toharah. 84 . ulama mengenal pasti penambahan yang berlaku kepada matan terbahagi kepada tiga jenis: • Penambahan yang tidak membawa kepada percanggahan makna.tt.  Jenis Penambahan Pada Matan Berdasarkan kajian yang dibuat. Abu Nucaim Al-Jurjani. Manakala salah seorang murid Al-Acmash yang juga thiqah yang bernama cAli Ibn Mushir meriwayatkan hadith yang sama dengan ditambah perkataan (( ‫ ))فليرقه‬yang bermaksud: “hendaklah ia buang (isi kandungan bekas itu telebih dahulu sebelum dia membasuhnya)”. no: 279). sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi thiqah dari kalangan murid Al-Acmash bahawa Rasulullah saw bersabda: ((‫إذا ولغ الكلب‬ ‫. Sebagaimana yang dinyatakan di atas bahawa tambahan maklumat itu berlaku dalam dua keadaan: • • Pada matan Pada sanad. Keunikan dan keistimewaan yang ada dalam disiplin ini telah menarik perhatian ramai ulama hadith untuk mengkajinya. Antara mereka ialah seperti Abu Bakar Abdullah Ibn Muhd Ibn Zaid An-Naisaburi.234. jil 1. (Muslim. bab (27). maka hendaklah ia membasuhnya sebanyak tujuh kali”.

Adapun jika penambahan itu datang daripada perawi yang berlainan. penambahan yang berlaku jelas tidak membawa kepada percanggahan makna antara riwayat tersebut. • Penambahan yang ada unsur percanggahan hanya dari beberapa sudut..‫. Misalnya: penambahan perkataan ((‫ .))وجعلت لنا الرض كلها مسجدا وجعلت تربتها لنا طهورا‬ yang bermaksud: “ …dan dijadikan bagi kami keseluruhan bumi itu sebagai tempat sujud dan dijadikan bagi kami tanahnya sebagai bersih”. iii. Ianya berlaku kerana beberapa sebab. Penambahan ini diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah Bernama Musa Ibn cAli Ibnrabah daripada ayahnya. maka ulama khilaf dalam menentukan hukumnya kepada beberapa pendapat. dan ia merupakan hari untuk menjamu selera”..))يوم عرفة‬yang bermaksud: “hari wukuf di padang arafah” dalam matan hadith: ( ‫يوم عرفة ويوم النحر وأيام التشريق‬ ‫)عيد أهل السلم وهي أيام أكل وشرب‬ Maksudnya: “hari wukuf di padang arafah. Tidak boleh diterima secara mutlak kerana ia dikira jenis hadith shaz Tidak boleh diterima sekiranya penambahan itu dibuat oleh perawi yang sama yang meriwayatkan hadith tersebut tanpa penambahan pada mulanya. maka boleh diterima. Manakala perawi-perawi thiqah yang lain meriwayatkan tanpa penambahan tersebut. ii. daripada cUqbah Ibn cAmir ra. seperti: - Taqyid al-Mutlak (mengikat yang mutlak) Takhsis al-cAm (mengkhususkan yang umum) Contohnya: Seperti penambahan perkataan ((‫ ))وتربتها‬yang diriwayatkan oleh abu Malik AlAshjacie ke dalam matan hadith ((. Boleh diterima (makbul) secara mutlak asalkan perawi thiqah. Oleh kerana kes seperti ini dilihat sebagai percanggahan riwayat. Sebab itulah ulama menghukumkan penambahan jenis ini makbul (boleh diterima). 85 . antaranya: i. • Penambahan yang membawa kepada percanggahan makna.85 Berdasarkan contoh ini. hari an-nahr dan hari-hari at-tashriq adalah hari perayaan bagi kita umat islam.

Percanggahan ini dilihat kerana berlakunya penambahan perawi dalam sesuatu riwayat. lebih thiqah. dan ianya merupakan pendapat kebanyakkan al-muhaddithun. Israel ibn Yunus dan Qais Ibn Ar-Rabic daripada Abi Ishaq As-Sabiice secara muttasil marfuc. As-Shafice. lebih masyhur dan lebih berwibawa. (( ‫ ))ل نكاح ال يججولي‬yang telah diriwayatkan oleh Yunus Ibn Abi Ishaq. Menerima riwayat yang ada penambahan dan ini merupakan pendapat jumhur ahli feqh dan usul feqh. kerana ia lebih bersifat penjelasan daripada percanggahan.  Jenis Penambahan Pada Sanad Penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah disiplin ini ialah dalam bentuk penambahan perawi di dalam rangkaian sanad yang pada asalnya terputus hingga menjadikannya nampak bersambung. Dalam konteks ini. adapun penambahan yang berlaku pada sanad dalam bentuk lain seperti 86 . • Contohnya: Hadith. Penambahan jenis ini menyebabkan timbulnya isu percanggahan antara riwayat muttasil (yang ada penambahan) dengan riwayat mursal atau antara riwayat marfuc (yang ada penambahan) dengan riwayat mauquf. Mengikut pendapat jumhur ulama seperti Imam Abu Hanifah.86 Sedangkan perawi-perawi thiqah yang lain tidak menyebut perkataan tersebut. iii. Malik. Hanya inilah sahaja jenis penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah disiplin ini. penambahan jenis ini boleh diterima (makbul). Menerima riwayat yang tidak ada penambahan. Menerima riwayat perawi yang lebih afdal. Ini juga adalah pendapat sebahagian ahli hadith. iaini: i. dan ini adalah pendapat sebahagian ahli hadith. An-Nawawi dan lain-lain. iv. ii. sedangkan Sufyan Ath-Thauri dan Shukbah Ibn Hajjaj pula meriwayatkan hadith yang sama daripada Abi Ishaq As-Sabice secara mursal. terdapat empat pendapat dalam menentukan riwayat manakah yang lebih sahih dan perlu diterima pakai. Menerima riwayat terbanyak.

87 . maka ia dibahaskan dibawah disiplin lain seperti al-Mudraj dan Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asaanid.87 penambahan huruf. ungkapan. ayat dan sebagainya. perkataan.

A.88 BAB 5 GAMBAR RAJAH PEMBAHAGIAN HADITH NABI S.W AL- HADITH Al-Mutawatir Al-Aahad Lafzi Macnawi c Amali Bilangan Perawi Kepada Siapa disandarkan Kekuatan & Kelemahan Gharib c Masyhur Aziz Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc Maqbul Mardud Mutlak Nisbi Lizatihi Sahih Lighairihi Hasan Lizatihi Ligahirihi Saqoto Fi As-Sanad Tocan Fi Al-Rawi Zohir Khafiy Fi Al-cAdalah Fi Ad-Dobt Al-Muallaq Al-Mursal Al-Mucdhal Al-Munqatic Al-Kazib Tuhmah Bi Al-Kazib Al-Fisq Al-Juhalah Al-Bidcah Al-Mudallas Al-Mursal Al-Khafiy Al-Mauduc Al-Matruk Al-Munkar Ad-Dhacif Ad-Dhacif Jiddan Kathrat AlGhalat Kathrat AlGhaflah Al-Wahm Suu’u AlHifz Mukhalafat Al-Thiqaat Al-Munkar Al-Munkar Al-Maclul Ad-Dhacif As-Syaz/ Al-Munkar Al-Mudraj Al-Maqlub Al-Mudhtarib Al-Mazid Fi Muttasil AlIsnad Al-Musahhaf 88 Al-Muharraf .

 Hukumnya: 89 .  Syarat-syaratnya: Berdasarkan huraian definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesebuah hadith itu tidak dinamakan mutawatir kecuali dengan adanya empat syarat: 1. yang mana bilangan mereka itu secara lojiknya menolak kemungkinan berlaku pendustaan terhadap hadith tersebut. Dengan perkataan lainnya. pendapat yang terpilih ialah sekurang-kurangnya sepuluh orang. Iaitu dengan adanya unsur-unsur yang boleh menunjukkan kemustahilannya seperti perbezaan individu. Hendaklah proses periwayatan hadith itu berlaku secara langsung melalui tangkapan pancaindera seperti kata perawi ‘aku dengar’ atau ‘aku lihat’ atau ‘aku sentuh’ dan sebagainya.1 HADITH MUTAWATIR Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi (secara mendatar/ horizontal). Andainya periwayatan hanya berdasarkan lojik akal seperti kata perawi bahawa ala mini adalah sesuatu yang baru maka ia tidak dinamakan mutawatir. hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang ramai bilangannya di setiap tabaqat (lapisan) sanad yang mana tidak mungkin secara lojiknya bilangan yang sebegitu ramai boleh berpakat untuk mereka-reka riwayat hadith tersebut. Hendaklah bilangan yang ramai itu menolak kemungkinan adanya konspirasi nagi mereka-reka hadith palsu. Ulama khilaf dalam menentukan had minima bagi bilangan yang disyarakan kepada beberapa pendapat. masa dan tempat periwayatan yang ketara di antara mereka.0 5. 4. 2. Keterlibatan ramai perawi di dalam periwayatan hadith tersebut.89 HADITH MUTAWATIR Hadith Mutawatir Lafzi Macna wi 5. Hendaklah bilangan yang ramai itu terdapat di dalam setiap tabaqat 3. Walaubagaimanapun.

peristiwa dan keadaan yang berbezabeza. yang telah diriwayatkan melalui tidak kurang daripada 100 riwayat.  Jumlahnya: Jumlah hadith mutawatir tidaklah banyak jika hendak dibandingkan dengan hadith ahad. mutawatir dari segi lafaz dan maknanya sekali. Seperti hadith: ‫من كذب علي متعمدا فليتبلوأ مقعده من النار‬ Hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih daripada 70 orang sahabat dengan lafaz dan makna yang sama. ia dikira setaraf dengan al-Quran dan sesiapa yang mengingkarinya samalah seperti ia menolak al-Quran. 3.  Sumber tujukannya: Sebahagian ulama telah mengambil inisiatif mengumpul dan membukukan hadit-hadith mutawatir di dalam kitab yang khusus. Dalam konteks ini.  Jenis-jenisnya: Hadith mutawatir terbahagi kepada dua: 1. 90 . Setiap riwayat menceritakan tentang bagaimana Rasulullah saw mengangkat kedua belah tangan baginda sewaktu berdoa di dalam kisah. Setiap kisah itu tidak dikira mutawatir. Setiap orang wajib percaya kepada kebenarannya seolah-olah ia terlibat sendiri di dalam peristiwa dan proses periwayatan hadith tersebut. Seperti hadith tentang mengangkat kedua belah tangan sewaktu berdoa. 2. antaranya: 1. 2.90 Hadith mutawtir dihukum sabit secara qatcie. yang mutawatir hanyalah kadar persamaan yang ada dalam kisah tersebut iaitu hukum mengangkat tangan sewaktu berdoa. Kitab Al-Azhar Al-Mutanathirah Fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh As-Suyuti yang disusun berdasarkan bab-bab feqh. Kitab Nazmu Al-Mutanathir Min Al-Hadith Al-Mutawatir oleh Muhammad Ibn Jacfar Al-Kattani. Mutawatir macnawi Iaitu mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza. Mutawatir lafzi Iaitu. Iaitu ia member faedah keilmuan secara yakin tanpa sebarang keraguan. Kitab Qatfu Al-Azhar oleh As-Suyuti juga yang merupakan ringkasan kepada kitab di atas.

Pembahagian hadith al-Aahad: Al-Aahad Bilangan Perawi Kepada Siapa disandarkan Kekuatan & Kelemahan Gharib c Masyhur Aziz Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc Maqbul Mardud Mutlak Nisbi Sahih Hasan 91 .Wajib beramal dengannya jika ia memenuhi syarat yang maqbul tetapi tidak kufur bagi sesiapa yang mengingkarinya.Ia memberi faedah keilmuan secara ‘nazari’ (bergantung kepada pemerhatian dan kajian). ia bermaksud. Hukumnya: 1.1 Hadith Al-Aahad (‫)الحاد‬ Definasinya: Al-Ahad menurut bahasa kata jama’ dari ahad yang bererti satu. berbeza dengan Mutawatir kerana Mutawatir adalah membawa kepada yaqin.91 BAB 6 HADITH AL-AAHAD (‫ )الحاد‬DAN PEMBAHAGIANNYA. 2. 3. iaitu khabar yang diriwayatkan oleh seorang perawi. sesuatu hadith yang tidak menepati syarat-syarat hadith mutawatir. Manakala dari segi istilah.Ia dikira sabit secara ‘zanni’. 6.

iaitu: a.1 Hadith Gharib (‫)غريب‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau satu tabaqat sanad.92 Lizatihi Lighairihi Lizatihi Ligahirihi 6. Hadith Al-Masyhur (‫)المشهور‬ 6. Istilah lain baginya: Ada sebahagian ulama seperti Al-Hafiz Ibn Hajar Al-cAsqalani menggunakan istilah ‘Al-Fard’ (‫ )الفرد‬dengan makna yang sama dengan istilah Al-Gharib. 92 . Manakala ada pula yang membezakan mafhum keduanya dari segi kebiasaan penggunaannya. Hadith Gharib (‫)غريب‬ b. maka ia masih lagi dikira gharib. Hadith Al-‘Aziz (‫)العزيز‬ c. Di mana Al-Fard biasanya diguna pakai bagi istilah Al-Fard Al-Mutlak manakala Al-Gharib pula biasanya diguna pakai bagi istilah Al-Gharib Al-Nisbi.2 Pembahagian Akhbar Al-Aahad Dari Segi Bilangan Perawi Bilangan Perawi Gharib c Masyhur Aziz Mutlak Nisbi Ianya terbahagi kepada tiga.2. Andainya satu tabaqat sahaja terdapat seorang perawi sedangkan di tabaqat lain semuanya lebih daripada seorang.

Jenis inilah yang dinamakan (‫ومتنا‬ ‫ )غريب سندا‬iaitu gharib dari segi kedua-dua .. Ia tidak boleh dinamakan Gharib Mutlak kerana selain daripada Anas r. Jenis inilah yang dinamakan ( ‫ل‬ ‫ )متنا‬iaitu gharib dari segi sanadnya sahaja sedangkan matannya tidak. Dan jenis inilah juga yang diistilahkan oleh Imam Al-Tirmizi dalam kitabnya As-Sunan sebagai (‫الوجه‬ ‫. iaitu mana-mana hadith gharib yang gharabahnya (ketunggalan perawi) berlaku di asal sanad..‫. iaitu sesuatu hadith gharib yang gharabahnya berlaku nisbah kepada seseorang perawi (selepas tabaqat sahabat) yang terdapat dalam sesuatu rangkaian sanad atau nisbah kepada keadaan tertentu yang ada pada sanad.a ada lagi sahabat yang meriwayatkan hadith yang sama. Nisbi Mutla k Ghari b ‫غريب سندا‬ ‫أن النبي صلى‬ 93 . 2.a “ ‫الله‬ ‫( ”عليه وسلم دخل مكة وعلى رأسه المغفر‬riwayat Ash-Shaikhan). 1- Gharib Mutlak atau Al-Fard Al-Mutlak. walau bagaimanapun pendapat yang terpilih ialah penghujung sanad yang ada padanya sahabat. Contohnya ialah hadith “‫الح نديث‬ ‫ن‬ diriwayatkan secara berseorangan oleh Umar Ibn Al-Khattab r. Daripada bilangan anak-anak murid Az-Zuhri secara khusus.”إنما العمنال بالنينات‬ ‫ن‬ ‫ن‬ yang sanad dan matan mengikut istilah sebahagian ulama yang lain.a di mana tidak ada sahabat lain yang meriwayat hadith ini selain daripadanya.93 Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikan hadith gharib ini kepada dua jenis berdasarkan tempat berlakunya gharabah (ketunggalan perawi).)غريب من هذا‬ Contohnya ialah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada AzZuhri dan Az-Zuhri pula daripada Anas Ibn Malik r.Gharib Nisbi atau Al-Fard An-Nisbi.

apabila ada ulama berkata: “hanya kumpulan perawi Makkah yang meriwayatkan hadith itu daripada kumpulan perawi Syam. c) Ketunggalan kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat dalam meriwayat sesebuah hadith daripada kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat yang lain.Kitab Musnad Al-Bazzar. bila ada ulama berkata: “hanya perawi-perawi Madinah yang meriwayatkan hadith ini.Kitab Al-Mucjam Al-Ausat oleh At-Tibrani. Dalam konteks ini sebahagian ulama menggunakan istilah gharib ke atas hadith-hadith yang dhaif matannya dengan maksud Gharib Bukan Istilah. Misalnya.” d) Keganjilan. kedhaifan dan kepalsuan matan. Misalnya. Keadaan tersebut antara lainnya seperti: a) Ketunggalan perawi thiqah dalam periwayatan sesebuah hadith.” Maksudnya senua perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith itu daripada sahabat hinggalah kepada pembukuan hadith adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di Madinah.” b) Ketunggalan kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat dalam meriwayat sesebuah hadith.94 Jenis-jenis Gharib Nisbi yang lain: Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa gharib nisbi juga meliputi hadithhadith yang padanya terdapat keadaan-keadaan tertentu yang unik dan ganjil. seperti apabila ulama berkata: “tidak ada perawi thiqah yang meriwayatkan hadith ini selain daripada orang itu. 2. Tempat kewujudannya: Ulama telah mengenal pasti beberapa buah buku hadith yang di dalamnya terdapat banyak hadith gharib: 1. 94 .

2 Hadith Al-cAziz (‫)العزيز‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang daripada dua orang perawi di setiap tabaqat sanad.2. iaitu bergantung kepada kekuatan sanad dan matan sesebuah hadith itu samada ianya sahih. kerana yang dikira ialah terdapatnya di dalam rangkaian sanad itu satu tabaqat yang terdiri daripada dua orang perawi.Kitab As-Sunan Al-Lati Tafarrada Bi Kulli Sunnah Minha Ahlu Baldah oleh Imam Abu Daud As-Sijistani.95 Sumber rujukannya: Sebahagian ulama lain pula telah membukukan hadith gharib di dalam buku yang khusus seperti: 1.”وولده والناس أجمعين‬riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 3. Hadith “‫والنده‬ ‫ن‬ Contohnya: ‫ل يؤمن أحدكم حتى أكون أحنب إلينه منن‬ ‫ن ن‬ ‫ن‬ ‫( .Kitab Al-Afrad oleh Ad-Daraqutni juga.a oleh Qatadah Ibn Dicaamah dan c c Abd Al-cAziz Ibn Suhaib. maka ia masih lagi dikira cAziz. Sekiranya di sesetengah tabaqat terdapat tiga orang perawi atau lebih sedangkan hanya satu tabaqat sahaja yang mempunyai dua orang perawi. 6. hasan. Kemudian ianya telah diriwayatkan daripada Qatadah oleh Shucbah dan Sacid manakala daripada Abd Al-cAziz pula oleh Ismail Ibn cUlaiyyah dan cAbd Al-Warith. Kemudian selepas mereka barulah rangkaian sanad itu berkembang dengan banyaknya.Kitab Gharaaib Malik oleh Ad-Daruqutni. 2. dha cif atau palsu. Hadith ini telah diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik r. Hukumnya: Konsep penentuan hukum hadith ini adalah sama dengan konsep penentuan hukum hadith Masyhur. 95 .

iaitu: 12Masyhur Istilah (sebagaimana definisi di atas). Contohnya: Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari. 6. At-Tirmizi. Ibn Majah dan Ahmad: “ ‫ينتزعه‬ ‫إن الله ل يقبض العلم انتزاعا‬ ‫.”ولكن بقبضه بقبض العلماء‬ Istilah lain bagi Hadith Masyhur: Sebahagian ulama mengistilahkan hadith masyhur dengan istilah ‘Al-Mustafid’ ( ‫. Masyhur Bukan Istilah. Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikan hadith Masyhur kepada dua jenis. 96 .)المستفيض‬ Manakala sebahagian yang lain cuba membezakan kedua-dua istilah tersebut.3 Hadith Al-Masyhur (‫)المشهور‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih di setiap tabaqat sanad tetapi tidak sampai ke tahap bilangan perawi hadith mutawatir. di samping tidak ada faedah yang besar daripadanya.96 Sumber rujukannya: Ulama tidak mengadakan sumber rujukan yang khsus untuk jenis-jenis hadith cAziz kerana jumlahnya yang terlalu sedikit.2. Ada yang mengkhususkan Al-Mustafid itu kepada sesuatu keadaan di mana bilangan perawi di akhir dan di awal sanad sama jumlahnya. Muslim. dan ada pula yang berpendapat sebaliknya iaitu mereka mengkhususkan hadith masyhur kepada keadaan tersebut.

” يدعوا على رعل وذكوان‬riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Definisinya: Hadith-hadith yang masyhur pada lidah kerana kekerapan penggunaannya.a “ ‫شهرا‬ ‫أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قنت‬ ‫( . dhacif malah mauduc. 97 . seperti hadith “‫أمتي‬ 3- ‫رفع عن‬ ‫( .97 Masyhur Istilah Masyhur Masyhur Bukan Istilah Masyhur Bukan Istilah. antaranya: 1- Masyhur di kalangan ahli hadith. Jenis-jenis Hadith Masyhur Bukan Istilah: Ulama telah membahagikannya kepada beberapa jenis berdasarkan kumpulan manusia yang selalu menggunakannya. seperti hadith “‫الحلل‬ ‫أبغض‬ ‫.”إلى الله الطلق‬ (riwayat Al-Hakim dan hukumnya ke atas hadith ini adalah sahih dan telah diakui oleh Az-Zahabi). Maka termasuklah dalam pengertian ini semua hadith yang selalu diguna pakai samada mempunyai satu sanad atau lebih. seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas r. tanpa mengira bilangan perawi yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya. ia merangkumi hadith sahih. Masyhur di kalangan ahli usul feqah. 2- Masyhur di kalangan ahli feqah.”الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه‬riwayat Ibn Hibban an AlHakim dan kedua-duanya telah menghukumkan hadith ini sebagai sahih). Ini bermaksud. atau tidak mempunyai sanad langsung.

Maka dalam konteks ini ia dikira palsu. Namun sekiranya ia sahih maka ia mempunyai nilai kekuatan yang lebih berbanding dengan jenis hadith aahad yang lain. (riwayat Al-Bukhari dan Hukumnya: Hadith Masyhur samada masyhur istilah atau bukan istilah hukumnya bergantung kepada keadaan sanad dan matannya.”لم يخلف الله لم يعصه‬hadith ini telah dihukum oleh ulama sebagai ‫ . (riwayat At-Tirmizi dan beliau menghukumkannya sebagai 6- Masyhur di kalangan semua golongan. hasan. ia terdedah kepada sebarang kemungkinan samada sahih. Sumber rujukannya: Yang dimaksudkan di sini ialah sumber rujukan yang masyhur bukan istilah. Maknanya. seperti hadith “ ‫لو‬ ‫نعم العبد صهيب‬ ‫ . antaranya ialah: 1- Kitab Al-Maqasid Al-Hasanah Fi Ma Ishtahara cAla Al-Ilsinah oleh AsSakhawi. 5- Masyhur di kalangn orang awam. 3- Kitab Tamyiz At-Tayyib Min Al-Khabith Fi Ma Yaduru cAla Alsinah An-Nas Min Al-Hadith oleh Ibn Ad-Daibac As-Shaibani. seperti hadith “‫م نن‬ ‫ن‬ ‫العجل نة‬ ‫ن‬ ‫.98 4- Masyhur di kalangan ahli nahu. dhacif ataupun mauduc.”الشيطان‬ hasan). seperti hadith “ ‫من‬ ‫المسلم‬ ‫. ل أصل له‬yang bermaksud tidak ada asas sanadnya. 2- Kitab Kashf Al-Khafa Wa Munzil Al-Ilbas Fi Ma Ishtahara Min Al-Hadith c Ala Alsinah An-Nas oleh Al-cAjluni.”س نلم المس نلمون م نن لس نانه وي نده‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ Muslim). 98 .

Hadith Qudsi (‫)القدسي‬ 2.Hadith Mauquf (‫)الموقوف‬ 4.3 Pembahagian Akhbar Al-Aahad Dari Segi Kepada Siapa Disandarkan Kepada Siapa disandarkan Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc Ulama telah membahagikannya kepada empat bahagian.99 6.Hadith Marfuc (‫)المرفوع‬ 3.Hadith Maqtuc (‫)المقطوع‬ 99 . iaitu: 1.

baginda dilihat seolah-olah perawi yang meriwayatkan kalam Allah dengan menggunakan bahasa dan lafaz yang diolah sendiri oleh baginda. Contohnya: Hadith riwayat Abu Zar Al-Ghifari daripada Rasulullah s.t sebagai asal-usul punca matannya. Oleh sebab itu.a.t. .وسلم فيما يرويه عن ربه عز وجل‬ Ia dinamakan qudsi bukan kerana kesahihannya tetapi kerana periwayatannya yang disandarkan terus kepada Allah s. misalnya apabila baginda menyebut secara terang dengan sighah seperti: (‫القدس‬ ‫قال الله(. dari apa yang baginda riwayatkan daripada Allah s. seseorang yang ingin meriwayatkan sesebuah hadith qudsi beliau mesti mengikut sighah periwayatan yang betul.1 Hadith Qudsi (‫)القدسي‬ Definisinya: Iaitu sesuatu hadith yang mana Allah s. bahawasanya Allah berfirman: ‫"يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلتنه بينكنم محرمنا فل‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ". Ulama mentakrifkannya dengan maksud sesuatu hadith yang matannya dilafazkan oleh Rasulullah s..3.w..a. baginda menyebut matan sesebuah hadith itu dalam erti kata ianya adalah kalam Allah s. )يقول الله(. )إن روح‬ ‫ )نفث في روعي‬atau apabila hadith yang diriwayatkan oleh sahabah dengan sighah seperti ini.‫تظالموا‬ Maksudnya: “Wahai hambaku sesungguhnnya aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriku dan aku telah mengharamkannya juga di antara kamu. Dengan hubungan ini.w.w.t.w.w.w.t.w. ‫قال رسول الله صنلى اللنه علينه‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫. manakala maksudnya disandarkan oleh baginda kepada Allah s. Dengan kata lain. dan Allah adalah asal-usul punca matan tersebut.6.t. secara khusus.

maka janganlah kamu saling zalim menzalimi…” (Muslim, Kitab Al-Birr Wa AsSilah, bab 15, no: 55) Hukumnya: Ia tidak semestinya sahih kerana ia dinamakan Qudsi bukan kerana kesahihannya tetapi kerana dakwaan asal-usul matannya daripada Allah s.w.t. Adapun hukumnya yang sebenar bergantung kepada keadaan sanad dan matannya yang berkemungkinan sahih atau sebaliknya. Jumlahnya: Ia tidak banyak iaitu antara 200-300 hadith sahaja. Bilangan ini juga diambil kira dengan yang dhacif dan mauduc.

Kitab yang paling mahsyur yang mengumpulkan jenis hadith ini ialah, kitab Al-Ithafat As-Saniyyah Bi Al-Ahadith Al-Qudsiyyah oleh cAbd Ar-Rauf Al-Manawi, di mana beliau mengumpulkan hadith ini sebanyak 272 hadith. Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Al-Qur’an. Bil. 1. 2. Al-Qur’an Hadith Qudsi Mengandungi unsur kemukjizatan dari Tidak ada keistimewaan tersebut segi bahasa dan kandungannya. Ia diriwayatkan secara mutawatir yang Kebanyakannya riwayat Aahad yang menjadikannya qatcie dan 3. thabit (sah) secara thabit secara zann, dan ianya berkemungkinan riwayat yang sahih,

hasan, dhacif dan juga palsu. Merupakan wahyu samada dari segi Maknanya sahaja yang datang daripada lafaz dan maknanya Allah s.w.t dan lafaznya adalah mengikut gaya bahasa yang diolah oleh

4. 5. 6.

Rasulullah s.a.w. Membacanya dikira sebagai ibadat Tidak boleh dijadikan bacaan di dalam khususnya dalam solat Sesiapa yang membacanya mendapat pahala. Sesiapa yang kesahihannya dikira kufur. solat. akan Membacanya dikira sebagai pembacaan

umum sahaja. mengingkari Tidak kufur melainkan yang terbukti di atas kesahihannya.

Penjelasan Secara Terperinci: 1- Al-Qur’an mengandungi unsur kemukjizatan baik dari segi bahasa mahupun maklumat yang terkandung di dalamnya yang tidak boleh ditiru dan dicapai oleh kepakaran manusia. Hadith Qudsi pula tidak ada keistimewaan tersebut.
2- Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an diriwayatkan secara mutawatir yang

menjadikannya thabit (sah) secara qatcie dan sesiapa yang mengingkari kesahihannya dikira kufur. Hadith Qudsi pula kebanyakkannya riwayat Aahad yang thabit secara zann, dan ianya berkemungkinan riwayat yang sahih, hasan atau dhacif malah mungkin juga palsu. Ia dinamakan qudsi bukan kerana kesahihannya tetapi kerana periwayatannya yang disandarkan terus kepada Allah s.w.t. 3- Kedua-dua lafaz dan makna Al-Qur’an daripada Allah s.w.t. iaitu baginda menyampaikan lafaz dan makna Al-Qur’an sebagaimana yang diwahyukan kepada baginda tanpa diolah. Ini bermakna Al-Qur’an itu adalah wahyu samada dari segi lafaz dan maknanya. Hadith Qudsi pula maknanya sahaja yang datang daripada Allah s.w.t. sedangkan lafaznya adalah mengikut gaya bahasa yang diolah oleh baginda sendiri. Kerana itulah ia dikira wahyu dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya adalah tidak. 4- Pembacaan Al-Qur’an dikira sebagai ibadat khasnya di dalam ibadat solat. Hadith Qudsi pula, tidak boleh dijadikan bacaan di dalam solat.
5- Pahala membaca Al-Qur’an dikira bukan sahaja berdasarkan pembacaan umum

semata-mata dan bukan sahaja berdasarkan ayat atau perkataan bahkan pahalanya

dikira sehingga berdasarkan setiap huruf. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

‫"من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة، والحسنة بعشر أمثالهننا، ل‬ ‫أقول الم حرف، ولكن ألف‬ "‫حرف و لم حرف وميم حرف‬
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Qur’an maka dia akan mendapat sepuluh kebajikan, bukan aku maksudkan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (At-Tirmizi, hukumnya, hasan sahih). Hadith Qudsi pahala pembacanya dikira berdasarkan pembacaan umum sahaja bukan berdasarkan setiap huruf seperti Al-Qur’an.

Isi kandungan Hadith Nabawi pula adalah manifestasi ijtihat baginda sendiri yang diperoleh melalui pemahaman Al-Qur’an dan pemerhatian yang dilakukan oleh baginda. kerana sesuatu percakapan itu dinisbahkan kepada penuturnya meskipun isi kandungannya diperoleh daripada sumber lain. Hadith Nabawi pula. Sekalipun bersifat ijtihadi ia tetap dijaga. . maka ia tidak diberi istilah Qudsi. dalam kisah tawanan perang Badar. Sekiranya ijtihad itu betul maka ia akan diakui dan sekiranya tidak betul ia akan diperbetulkan. Sekalipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah tetapi jika dilihat dari segi lafaznya ia dinisbahkan kepada baginda.Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.w.w.w.t. Akan tetapi hanya Al-Qur’an dinamakan kalam Allah kerana kedua-dua lafaz dan makna daripadaNya tanpa ada campur tangan di pihak baginda Rasulullah s. melalui wahyu. meskipun maknanya daripada Allah. tetapi oleh kerana lafaznya diolah sendiri oleh baginda. sesungguhnya apa yang dia perkatakan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan” (An-Najm: 3-4). oleh kerana keduadua lafaz dan maknanya daripada baginda. yang diungkapkan dengan gaya bahasa baginda sendiri. Kesimpulannya. baginda berpendapat untuk mengampunkan mereka dan mengenakan ke atas mereka fidyah.. Dalam konteks ini. tetapi pendapat ini tidak diakui sebagai pendapat yang tepat lantas baginda ditegur melalui firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 67.t. Al-Qur’an. Manakala. Isi kandungan Hadith Qudsi diterima oleh baginda melalui wahyu yang tidak dapat diketahui caranya secara khusus. Contohnya. ditapis dan diperiksa oleh Allah s. Hadith Qudsi dan Hadith An-Nabawi ( yang telah diperakukan oleh wahyu) dikira berasal daripada sumber yang satu iaitu Allah s.a. hadith Nabawi juga dikira wahyu dan inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam firmannya: ّ ﴾‫﴿وَما ي َن ْط ِقُ ع َن ال ْهَوى إ ِن هُوَ إ ِل وَحي يوحى‬ َ ُ ٌ ْ ْ َ َ ِ Maksudnya: “dan bukanlah dia (Muhammad) bercakap berdasarkan hawa nafsu. maka ia dinamakan hadith. Manakala Hadith Qudsi.

a.Marfuc Wasfi. “Rasulullah s.Marfuc Ficli.a. telah melakukan sekian sekian…” 3. Dengan kata lain.a.Marfuc Taqriri.w. iaitu: 1. sahih atau sebaliknya. “Rasulullah s. iaitu marfuc dari segi sifat seperti apabila seseorang perawi berkata.Marfuc Qauli. dhacif ataupun mauduc.6.w merupakan punca matan yang pertama tanpa mengira samada sanadnya bersambung atau tidak. iaitu marfuc dari segi kata-kata seperti apabila seorang sahabat atau mana-mana perawi berkata.a. iaitu marfuc dari segi perbuatan seperti apabila seseorang perawi berkata.w. “sesuatu perbuatan itu telah dilakukan di hadapan baginda Rasulullah s.w samada dalam bentuk kata-kata. adalah seorang yang sangat elok pekertinya” Hukumnya: Hadith ini terdedah kepada sebarang kemungkinan samada sahih. Jenis-jenisnya: Berdasarkan definisi di atas ianya boleh dibahagikan kepada empat jenis. iaitu marfuc dari segi akuan seperti apabila seseorang perawi berkata.a. dan baginda tidak melarangnya…” 4.w. akuan atau sifat baginda. telah bersabda…” 2.3. hasan.w. “Rasulullah s. perbuatan. ia adalah satu hadith yang mana Rasulullah s.a. .2 Hadith Marfuc (‫)المرفوع‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah s.

“Telah berkata cAli Ibn Abi Talib. yang mana maksudnya: “Khabarkan kepada orang ramai apa yang mereka tahu. Bilakah Hadith Mauquf mengambil hukum Hadith Marfuc: Ulama telah mengenal pasti beberapa keadaan di mana sesuatu hadith mauquf itu dikira marfuc dan mereka menamakannya (‫حكما‬ hukumnya. yang mana maksudnya: “Dan Ibn Abbas menjadi imam sedangkan dia seorang yang bertayammum” (riwayat Al-Bukhari dalam kitab AtTayammum). iaitu: 1. iaitu mauquf dari segi perkataan seperti kata Imam Al-Bukhari.Mauquf Ficli. Keadaan tersebut ialah seperti: ‫ )المرفوع‬iaitu ‘Yang Marfuc Dari Segi Hukum’.Mauquf Qauli. Maknanya hadith itu mauquf dari segi lafaz tetapi marfuc dari segi . 3. perbuatan. Adakah kamu ingin Allah dan Rasulnya didustakan (sekiranya kamu khabarkan sesuatu yang orang tidak tahu). iaitu mauquf dari segi perkataan. ianya boleh dibahagikan kepada tiga jenis. sahih atau sebaliknya.6. 2.3. atau akuan tanpa mengira samada sanadnya bersambung atau tidak. Jenis-jenisnya: Berdasarkan definisi di atas.Mauquf Taqriri. seperti kata seorang perawi. iaitu mauquf dari segi akuan seperti kata seorang At-Tabi cen: “Aku telah melakukan perkara tersebut di depan sahabat dan mereka tidak melarangnya”.3 Hadith Mauquf (‫)الموقوف‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada sahabat samada dalam bentuk kata-kata.

a: “‫سبحنا‬ ‫. 3. maka pendapat jumhur hukumnya adalah mauquf.a.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).. Sebaliknya jika tidak dinyatakan bahawa perkara-perkara tersebut dilakukan di zaman Rasulullah s. seperti kata Jabir r.Apabila seseorang sahabat berkata: “Mereka pernah melakukan sesuatu atau memperkatakan sesuatu perkataan atau tidak mengambil kisah dengan sesuatu perkara.Apabila seseorang sahabat (yang tidak pernah menerima riwayat daripada ahli kitab) memperkatakan sesuatu yang tidak boleh diijtihadkan dan yang tidak ada kaitan dengan huraian terhadap makna kalimah sesuatu matan hadith.a. Menceritakan sesuatu yang bersifat purbakala seperti peristiwa permulaan kejadian makhluk. Seperti cara-cara solat sunat gerhana yang ada dua kali ruku c di setiap rakaat dan sebagainya.w.” (Riwayat Al-Bukhari). Menceritakan sesuatu yang bersifat futuristik seperti keadaan Hari Qiamat serta peperangan dan fitnah-fitnah yang berlaku sebelumnya.w.”كنا إذا صعدنا كبرنا وإذا نزلنا‬ maksudnya: “Kami dulu. Menceritakan tentang fadhilat sesuatu amalan yang dijanjikan dengan sesuatu ganjaran 2. 4. seperti kata seorang sahabat: “‫أمر‬ .1.Apabila seseorang sahabat berkata: “Kami diarahkan supaya melakukan sekian atau dilarang daripada melakukan sekian”.Apabila seseorang sahabat melakukan sesuatu yang tidak boleh diijtihadkan.a.w. maka hukumnya adalah hukum marfuc. seperti kata Jabir r.: “ ‫ ”كنا نعزل على عهد الرسول الله صلى الل نه علي نه وس نلم‬yang ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ mana maksudnya: “Kami pernah anzal (memancutkan mani ketika berjimac) di luar kemaluan isteri pada zaman Rasulullah s.a. seperti: a. c. b. apabila kami mendaki kami bertakbir dan apabila kami menuruni kami bertasbih.” Sekiranya mereka melakukan perkara-perkara tersebut di zaman Rasulullah s.

5.a.”بلل أن يشفع الذان وي نوتر القام نة‬ ‫ن‬ ‫ن‬ maksudnya: “Bilal r.الية‬ maksudnya: “orang-orang yahudi telah berkata: sesiapa yang mendatangi faraj isteri dari belakang maka anak yang lahir akan juling.a. : “‫عندها‬ ‫من السنة أذا تزوج البكر على الثيب أقام‬ ‫.”لكم.”تقاتلون قوما صغار العين‬maksudnya: “hadith Al-Acraj daripada Abi Hurairah secara riwayat: kamu akan berpegang dengan satu kaum yang mempunyai mata yang kecil..”الجنائز ولم يعنزم عليننا‬ ‫ن‬ ‫ن‬ maksudnya: “Kami telah dilarang daripada mengikut jenazah (yang sedang diusung ke kubur) dan ianya tidaklah diwajibkan ke atas kami.t.Apabila seseorang sahabat mentafsirkan sebab turunnya sesuatu ayat Al-Qur’an.))رواية‬seperti kata perawi: “:‫حديث العراج عن أبي هريرة رواية‬ ‫ .‫.Apabila seseorang perawi (sewaktu dia menyebut seseorang sahabat) menggunakan salah satu daripada ungkapan ini: (. Dan seperti kata Ummu Atiyyah r.. )ينميه(.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Termasuk juga dalam kategori ini bila sahabat berkata : “Di antara amalan sunnah ialah perkara sekian”. : “‫منن‬ ‫ن‬ ‫كانت اليهود تقول: من أتنى امرأتنه‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫دبرها في قبلها جاء الولد أحول، ف نأنزل الل نه: نس ناءكم ح نرث‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫. telah diarahkan supaya azan secara genap dan iqamah secara witir.”سبعا‬ maksudnya: “Di antara amalan sunnah ialah apabila seseorang itu mengambil seorang dara sebagai isteri keduanya dia tinggal bersamanya terlebih dahulu selama tujuh hari.a. : “‫اتباع‬ ‫نهينا عن‬ ‫.a.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). )يبلغ‬ ‫ .” (Riwayat AlBukhari dan Muslim).(‫به‬ ‫يرفعه(. seperti kata Anas r.” (Riwayat Al-Bukhari). 6. seperti kata Jabir r. pun menurunkan ayat yang maksudnya: Perempuan-perempuan kamu itu adalah tanaman kamu…” (Riwayat Muslim).w. . maka Allah s.

. Kerana ia bergantung kepada keadaan sanadnya. hasan.Hukumnya: Hadith ini juga terdedah kepada sebarang kemungkinan hukum samada sahih. dhacif ataupun mauduc.

iaitu: 1. Kerana ia bergantung kepada keadaan sanadnya. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat unsur-unsur sokongan yang menunjukkan bahawa ia mengandungi hukum marfuc sepeti penggunaan ungkapan (‫ )يرفعه‬dan sebagainya. 1932. Hilyah Al-Auliyac).3.Maqtuc Ficli.Maqtuc Qauli.)ص نل وعلي نه‬ ‫ن‬ ‫ن‬ maksudnya: “sembahyanglah. sahih atau sebaliknya. beliau membiarkan keluarganya dengan urusan dunia mereka.” (Riwayat Al-Bukhari).6. .” (Abu Nucaim Al-Asfahani. iaitu maqtuc dari segi perkataan. iaitu maqtuc dari segi perbuatan seperti kata seorang perawi yang bernama Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Al-Muntashir: “‫يرخي‬ ‫كان مسروق‬ ‫الس ننتر بين ننه وبي ننن أهل ننه، ويقب ننل عل ننى ص ننلته، ويخليه ننم‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫”ودنياهم‬yang mana maksudnya: “Masruq telah melabuhkan tirai antaranya dengan keluarganya dan kemudian beliau menunaikan solat. dan hanya dia yang akan menanggung dosa 2.4 Hadith Maqtuc (‫)المقطوع‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada Tabicen samada dalam bentuk perkataan atau perbuatan tanpa mengira samada sanadnya bersambung atau tidak. maka pada masa itu ia diberi hukum Marfuc Mursal. hasan. ‫. Jenis-jenisnya: Berdasarkan definisi di atas ulama telah membahagikannya kepada dua jenis. terdedah kepada sebarang kemungkinan hukum samada sahih. Hukumnya: Hadith ini juga seperti hadith yang sebelumnya. Namun. sekalipun ia sahih tidak boleh dijadikan hujah syarac kerana ia adalah kata-kata atau perbuatan orang Islam biasa. dhacif ataupun mauduc. seperti kata Al-Hasan Al-Basri tentang hukum solat berimamkan ahli bidcah: (‫ب ندعته‬ ‫ن‬ bidcahnya.

Sumber kewujudan Hadith Mauquf dan Hadith Maqtuc: Ulama telah mengenal pasti beberapa sumber rujukan yang mengandungi banyak jenis-jenis hadith tersebut. 2.Kitab Al-Musannaf oleh cAbd Ar-Razzaq Ibn Hammam. . antaranya ialah: 1.Kitab-Kitab tafsir oleh Ibn Jarir At-Tabari. Ibn Abi Hatim.Kitab Al-Musannaf oleh Ibn Abi Shaibah. Ibn Al-Munzir dan sebagainya. 3.

iaitu: 1. iaitu: 1.BAB 7 PEMBAHAGIAN HADITH AAHAD BERDASARKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN Kekuatan & Kelemahan Maqbul Mardud Ianya. Definisinya b.Maqbul (‫)مقبول‬ a.Mardud (‫)مردود‬ : Sesuatu yang disahkan benar oleh perawinya. a. terbahagi kepada dua. Hukumnya 2. bagi setiap kedua-duanya pula dibahagikan kepada dua jenis hadith. : Sesuatu yang tidah disahkan benar oleh perawinya.Sahih a. Kemudian. : Wajib beramal dengan hadith tersebut. Sahih Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)صحيح‬ ‫)صحيح‬ b. Definisinya b. PEMBAHAGIAN ِ L-HADITH AL-MAQBUL (‫المقبول‬ A Maqbul ‫)الحديث‬ Sahih Lizatihi Lighairihi Hasan Lizatihi Ligahirihi Ianya pula terbahagi kepada dua. Hukumnya : Tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan beramal dengannya. Sahih Lighairihi (‫لغيره‬ .

2.Hasan a.1 Sahih (‫ /)صحيح‬Sahih Lizatihi (‫لذاته‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh rangakain perawi thiqah secara bersambung sanadnya. Sekiranya proses periwayatan tidak berlaku secara langsung sebaliknya melalui perantaraan perawi lain maka sanad dikira tidak bersambung (terputus). Bermula dari awal sanad hinggalah ke akhirnya. Syarat-syaratnya: Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa syarat hadith sahih ada tujuh iaitu. tanpa ada cilllah serta shaz.Keadilan perawi .Bersambung sanad Maksudnya. Hasan Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)حسن‬ ‫)حسن‬ ‫)صحيح‬ b.2. ialah setiap orang perawi yang terlibat dalam periwayatan sesuatu hadith menerima riwayat hadith itu daripada gurunya secara langsung. seperti gambar rajah di bawah: 6-Tidak ada unsur c illah pada sanad 5-Tidak ada unsur syaz pada matan c 7-Tidak ada unsur illah pada matan 1-Bersambung sanad Syaratsyarat hadith sahih 4-Tidak ada unsur syaz pada sanad 3-Kedhabitan perawi 2-Keadilan perawi Penjelasan: 1. Hasan Lighairihi (‫لغيره‬ 7.

Kedhabitan perawi Sifat perawi thiqah yang kedua ialah dhabit. Penjagaan terhadap hadith dilakukan samada dalam bentuk ingatan (menghafal hadith tersebut) atau dalam bentuk penjagaan kitab (yang ditulis di dalamnya hadith tersebut) daripada musnah. 5. Perawi yang dhabit maksudnya ialah perawi yang sempurna daya kawalan dan daya penjagaannya terhadap sesuatu hadith. Maksud keadilan perawi dalam konteks metode hadith ialah hendaklah perawi tersebut memiliki lima ciri iaitu. tidak fasik.Tidak ada unsur syaz pada sanad Syaz maksudnya. percanggahan antara riwayat perawi yang thiqah dengan riwayat perawi yang lebih thiqah daripadanya. baligh. Contohnya: Hadith riwayat Al-Bukhari katanya: ‫حدثنا عبد الله بن يوسف قال أخبرنا مالك عنن أبنن شنهاب عنن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫محمد بن جبير بن مطعم عن أبيه قال: سمعت رسول الله صلى‬ . berakal. 6. 3. sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada.Tidak ada unsur syaz pada matan. 7. hilang dan sebagainya. dan tidak melakukan sesuatu perkara aib yang boleh menjatuhkan maruah atau air muka."‫الله عليه وسلم: "قرأ في المغرب بالطور‬ . 4.Tidak ada unsur cillah pada matan.Salah satu daripada dua sifat perawi thiqah ialah adil. sesuatu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi dan sukar dikesan yang mana kewujudannya boleh menjejaskan kesahihan sesebuah hadith. beragama Islam.Tidak ada unsur cillah pada sanad C Illah maksudnya.

no: 22). Ia dinamakan Sahih Lighairihi kerana kesahihannya bukan disebabkan riwayatnya yang asal tetapi setelah mendapat sokongan riwayat yang lain. katanya. membaca surah At-Tur sewaktu sembahyang maghrib. jil. no: 765) Hadith ini hadith sahih kerana ia menepati kesemua syarat yang disebutkan. daripada Muhd Ibn Jubair Ibn Mut cim. daripada ayahnya.” (Al-Bukhari. ms: 247.2 Sahih Lighairihi (‫لغيره‬ ‫)صحيح‬ Definisinya: Iaitu suatu Hadith Hasan Lizatihi yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya. jil. Manakala kesemua perawi terbabit terdiri daripada individu yang thiqah yang menggabungkan kedua-dua sifat cAdil dan Dhabit. Hadith ini kedudukannya lebih kuat daripada Hadith Hasan Lizatihi tetapi lebih lemah berbanding dengan Sahih Lizatihi. namun oleh kerana hadith ini telah diriwayatkan juga melalui jalan sanad yang lain. Kitab Al-Azan.Maksudnya: “cAbdullah Ibn Yusuf telah memberitahu kami.a. 2. Contohnya: Hadith riwayat Muhd Ibn cAmar daripada Abu Salamah. bab (99) Al-Jahr Fi Al-Maghribi. Kitab At-Toharah.a. maka hilanglah apa yang dibimbangkan . 7. Malik telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Shibah.w. nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali hendak sembahyang. katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s. 1. daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s. Ibn Solah berkata: “Muhd Ibn cAmar seorang perawi yang ‘soduq’ (riwayatnya bertaraf hasan) kerana hafalan beliau agak lemah.w bersabda: "‫"لو ل أن أشك على أمتي لمرتهم بالسواك عند كل صلة‬ Maksudnya: “Kalau tidak kerana takut membebankan umatku. bab As-Siwak.” (At-Tirmizi. Sanadnya bersambung kerana kesemua perawinya menerima riwayat tersebut secara langsung daripada guru mereka. ms: 34.

001%) sekadar itu kecil . 1978.)هذا حديث غير صحيح‬ ‫هذا حديث غير صحيح‬ ‫هذا حديث صحيح‬ Ialah hadith tersebut telah menepati Ialah kesemua atau sebahagian daripada kesemua syarat yang telah digariskan. Maksud Kata-Kata Ulama (‫صحيح‬ ‫ )هذا حديث‬atau (‫. ms: 17) Hukum hadith sahih (Lizatihi dan Lighairihi): Ulama muktabar secara cijmac mengatakan bahawa hadith sahih wajib diterima sebagai hujah atau dalil sharac.tetang kelemahan tersebut dan hadith ini dinaikkan tarafnya menjadi Sahih Ligahairihi” (Ibn Solah. Pendapat jumhur ini adalah berdasarkan kepada kedudukan hadith-hadith di dalam kitab kedua-dua Imam ini adalah yang lebih kuat dari segi nilai kesahihannya berbanding dengan hadith-hadith di dalam Al-Muwatta’. kitabnya Al-Muwatta’. jumhur berpendapat Imam Al-Bukhari melalui kitabnya Al-Jamic Al-Sahih kemudian diikuti Imam Muslim dengan kitabnya yang dikenali sebagai Sahih Muslim. dan syarat-syarat tersebut tidak ada padanya. Kitab-kitab yang mengumpul hadith sahih: Ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan siapakah yang mula-mula sekali dikatakan mengumpul hadith sahih di dalam kitab mereka. thabit secara qatcie (100%) Ini kerana seseorang perawi yang thiqah Ini kerana seseorang perawi yang dhacif (di atas kapasitinya sebagai manusia biasa) dari segi ingatannya pun masih ada masih ada kemungkinan itu amat terlupa kecil dan kemungkinan dia meriwayatkan sebuah tersilap dalam periwayatannya sekalipun hadith yang sahih sekalipun kemungkinan kemungkinan (0. ia bukanlah bermaksud hadith itu memang dan tidak bermakna ia pasti tidak thabit. Namun. Sebahagian kecil ada yang mengatakan Imam Malik. dan setiap orang tidak boleh menolaknya.

Di bawah dasar ini hadith sahih dibahagikan kepada tujuh tingkatan: 1. Manakala sebahagian yang lain menentukannya berdasarkan riwayat Al-Bukhari atau Muslim.)حديث صحيح‬ Apabila seseorang ulama mengatakan: “hadith ini sanadnya sahih”.Tingkatan-Tingkatan Hadith Sahih (‫الصحيح‬ ‫:)مراتب‬ Hadith yang paling sahih ialah yang mempunyai rangkaian sanad yang paling sahih misalnya rangkaian Malik daripada Nafic daripada Ibn Umar. 5.Yang diriwayatkan oleh orang lain.Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari sahaja. 6. maka maksudnya tidak sama dengan kata-kata mereka: “ini hadith sahih”. kemudian diikuti oleh hadith yang mempunyai rangkaian sanad yang kurang sedikit nilai kesahihannya dan begitulah seterusnya.Yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja. tetapi mengikut syarat yang diterima pakai oleh keduanya. kerana . 4. 3.)متفق‬ 2.Yang diriwayatkan oleh orang lain dan tidak mengikut mana-mana syarat baik Al-Bukhri mahupun Muslim. Kerana tidak semestinya apabila sanad sesuatu hadith itu sahih maka matannya turut sahih.Yang diriwayatkan oleh orang lain tetapi mengikut syarat yang dipakai oleh Muslim sahaja.Hadith yang diriwayatkan oleh Ash-Shaikhain secara bersama (‫عليه‬ ‫. 7.Yang diriwayatkan oleh orang lain tetapi mengikut syarat yang diterima pakai oleh Al-Bukhari sahaja. Makna Kata-Kata Ulama “Hadith Sahih Isnad” (‫السناد‬ ‫.

Di samping itu ada ulama yang membuat definisi bagi salah satu daripada jenis-jenisnya sahaja. Adapun dari segi syarat-syarat yang lain semuanya sama. Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah memasukkannya ke dalam kumpulan Hadith Sahih. Walau bagaimana pun. tetapi tidaklah terlalu lemah. dapatlah disimpulkan definisi Hadith Hasan. 7. sebahagian ulama seperti Al-Hakim. Berdasarkan definisi ini. Hukumnya: Ia adalah sama dengan Hadith Sahih dari segi kedudukannya sebagai hadith Maqbul yang boleh dibuat hujjah atau dalil syarac.3 Hasan (‫ /)حسن‬Hasan Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)حسن‬ Ulama berbeza pendapat dalam menentukan definisi Hadith Hasan kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara Hadith Sahih dengan Hadith Dhacif. pengkhususan skop kesahihan kepada sanad sahaja menunujukkan ada sesuatu sebab yang tertentu. Jadi. secara mutlak. maka tidak ada sebab untuk seseorang ulama itu menyempitkan skop kesahihan tersebut kepada sanadnya sahaja di dalam kata-kata mereka. sekalipun ia lebih rendah dari segi nilai kesahihannya berbanding dengan Hadith Sahih. di mana perawi Hadith Sahih kedhabitannya sempurna manakala perawi Hadith Hasan kurang sempurna. dapatlah disimpulkan bahawa titik perbezaan antara Hadith Sahih dan Hadith Hasan hanyalah tentang kedudukan perawi dari segi dhabitnya. Andainya hadith itu sahih secara mutlak.kemungkinan terdapat unsur kelemahan lain pada matannya seperti unsur shaz dan cillah. Dalam konteks ini jenis Hadith Hasan pun sama juga. Hasil daripada perbahasan yang terdapat di dalam semua buku metode hadith. 7.4 Hasan Lighairihi (‫لغيره‬ ‫)حسن‬ . yang tidak ada padanya syaz atau cillah. Definisinya: Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya. maka maksudnya tidak sama dengan kata mereka: “hadith ini sahih”. apabila ulama berkata: “hadith ini sanadnya hasan”. yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil tetapi kurang sedikit dari segi kedhabitannya.

kejahilan perawi dan sebagainya. maka Rasulullah s. Hadith ini merupakan jenis Hadith Maqbul yang menduduki tahap yang paling rendah.w. Aishah dan Abu Hadrad. tanpa mengira banyak atau sedikit asalkan setaraf atau lebih kuat daripadanya.a. tetapi masih boleh dibuat Hujjah atau dalil syarac.a. Abu Hurairah. Disebabkan itu.” Perawi yang bernama cAasim yang tedapat di dalam riwayat asal memang seorang yang lemah ingatannya. bertanya. 2- Hendaklah sebab kedhacifan itu bersifat sederhana. terputus sanad. hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Shucbah daripada cAasim Ibn cUbaidillah daripada Abdillah Ibn cAamir Ibn Rabicah daripada ayahnya bahawa seorang wanita daripada Bani Fazarah telah berkahwin dengan mas kahwinnya sepasang selipar. Contohnya. Imam AtTirmizi menghukumkan hadith ini sebagai Hasan Lighairihi. AtTirmizi berkata: “Hadith yang sama telah diriwayatkann daripada Umar. beliau menjawab: Ya! Saya redha. Syarat-syaratnya: Berdasarkan definisi ini. mengesahkan perkahwinan tersebut. tetapi kelemahan itu dapat ditampung oleh riwayat lain yang menyokongnya. yang bukan bersifat melampau seperti kefasikan dan pembohongan. yang mana maksudnya: “Adakah kamu redha dengan mas kahwin tersebut?”.Definisinya: Sesuatu Hadith Dhacif yang sederhana kedhacifannya. Tingkatan-Tingkatannya: . dapatlah disimpulkan bahawa syarat Hasan Lighairihi ada dua. maka Rasulullah s.w. iaitu: 1Adanya riwayat lain yang menyokong riwayat asal. seperti kelemahan daya hafalan. Sebaik sahaja menyebut hadith ini. yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf atau lebih kuat daripadanya.

Sebagaimana hadith sahih. hadith hasan juga mempunyai tingkatan-tingkatannya. 2. bahkan ada ulama yang terus sahaja menghukumkam rangkaian seperti ini sebagai sahih. Andainya sesuatu hadith itu dhacif beliau akan jelaskan . Kitab-Kitab Yang Banyak Mengandungi Hadith Hasan: Ulama telah mengenal pasti beberapa buah kitab yang dikatakan mengandungi banyak hadith jenis ini.Hadith hasan yang mempunyai rangkaian sanad seperti Bahz Ibn Hakim daripada ayahnya daripada datuknya. atau rangkaian cAmr Ibn Shucaib daripada ayahnya daripada datuknya.Kitab Sunan Abi Daud. walaupun bukan kesemuanya dari jenis ini.Hadith hasan yang mempunyai rangkaian sanad yang kurang sedikit nilai kekuatannya berbanding dengan yang di atas seperti hadith-hadith riwayat AlHarith Ibn Abdillah. Kitab ini dianggap sebagai rujukan utama untuk mengenali hadith hasan. 2. Hajjaj Ibn Artacah dan seumpamanya. sesiapa yang berinteraksi dengan kitab ini perlu berhati-hati tentang perbezaan ungkapan Imam At-Tirmizi ‘Hasan Sahih’ kerana ianya banyak berlaku disebabkan perbezaan naskhah (manuskrip tulisan tangan) yang dipilih oleh sesebuah syarikat pencetak dalam percetakan mereka. antara kitab-kitab tersebut ialah: 1. Sebahagian ulama seperti Az-Zahabi telah membahagikannya kepada dua tingkatan: 1. kerana Imam At-Tirmizi dikatakan sebagai orang yang mula-mula sekali mempopularkan istilah ‘hasan’ sekalipun beliau bukan orang yang pertama memperkenalkannya. dan yang seumpamanya yang terdiri daripada rangkaian sanad yang paling hampir kepada martabat kesahihan. Walaubagaimana pun. cAsim Ibn Damrah.Kitab Sunan At-Tirmizi atau dikenali juga sebagai Jaamic At-Tirmizi. Ini dijelaskan sendiri oleh beliau di dalam risalah yang ditulisnya kepada Ahli Makkah bahawa beliau memasukkan ke dalam kitabnya hadith-hadith sahih dan yang seumpamanya.

Sahih Li Zatihi. bermakna hadith itu bertaraf salih (hasan).Hasan Li Zatihi.Hasan Li Ghairihi. Di mana beliau banyak menghukumkan ke atas hadith-hadith di dalamnya sebagai hasan. Kesimpulannya. BAB 8 PEMBAHAGIAN HADITH AL-MARDUD (‫المردود‬ ‫)الحديث‬ Mardud . 2. 4. 3.kedhacifannya dan mana-mana hadith yang beliau tidak membuat sebarang komentar ke atasnya. daripada perbahasan-perbahasan di atas. 3.Sahih Li Ghairihi. dapatlah disimpulkan bahawa jenis Hadith Maqbul itu terbahagi kepada empat: 1.Kitab Sunan Ad-Daruqutni.

1 Hadith Dhacif (‫ )الضعيف‬atau Al-Mardud (‫المردود‬ Mardud ‫)الحديث‬ Saqot Fi As-Sanad Tocan Fi Al-Rawi .Saqoto Fi As-Sanad Saqoto Fi As-Sanad Tocan Fi Al-Rawi Tocan Fi Al-Rawi Zohir Zohir Khafiy Khafiy Fi Al-cAdalah Fi Al-cAdalah Al-Kazib Al-Mauduc Fi Ad-Dobt Fi ad-Dobt Kathrat AlGhalat Kathrat AlGhaflah Al-Wahm Al-Muallaq Al-Mursal Al-Mucdhal Al-Munqati c Al-Munkar Tuhmah Bi Al-Kazib Al-Fisq Al-Mursal Al-Khafiy Al-Matruk Al-Munkar Al-Munkar Al-Maclul Al-Mudallas Al-Juhalah Ad-Dhacif Suu’u AlHifz Mukhalafat Al-Thiqaat Ad-Dhacif Tadlis Al-Isnad Tadlis AtTaswiyah Tadlis As-Shuyukh Al-Bidcah Ad-Dhacif Jiddan As-Syaz/ Al-Munkar Al-Mudraj Al-Maqlub Al-Mudhtarib Al-Mazid Fi Muttasil AlIsnad Al-Musahhaf Al-Muharraf 8.

.w.Hendaklah sebahagian daripada isi kandungan hadith tersebut termasuk dalam mafhum nas-nas syarac yang lain.Hendaklah hadith tersebut dalam bab kelebihan amalan sahaja dan tidak menyentuh persoalan akidah atau feqah yang melibatkan hukum hakam. iaitu: 1. 2. berdasarkan perbahasan yang telah dilakukan. akan tetapi melalui empat syarat. Kitab At-Taharah. telah bersabda: ‫"من أتى حائضا أو امرأة في دبرها أو كاهنا فقد كفر بما أنزل علننى‬ "‫محمد‬ Maksudnya: “Sesiapa yang menyetubuhi seseorang wanita haid atau menyetubuhi seseorang wanita di duburnya atau mendatangi seorang ahli nujum. yang sahih. Hukum beramal dengannya: Ulama telah berbeza pendapat (khilaf) dalam menentukan hukum beramal dengan hadith ini.” (AtTirmizi. 3.Hendaklah unsur kedhacifan yang terdapat dalam hadith tersebut bersifat sederhana dan tidak melampau. bab 102. ms: 242. maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad s. Contohnya: Seperti sebuah hadith riwayat At-Tirmizi melalui jalan sanad Hakim Al-Athram daripada Abu Tamimah Al-Hujaimi daripada Abu Hurairah bahawa kononnya baginda Rasulullah s.w. serta bersifat induk.a. no: 135) Selepas member isyarat kedhacifan yang ada pada hadith ini At-Tirmizi menyatakan bahawa hadith ini telah dihukum dhacif oleh Imam Al-Bukhari dari segi sanadnya kerana terdapat seorang perawi dhacif yang bernama Hakim Al-Athram. dapatlah disimpulkan bahawa jumhur ulama berpendapat bahawa boleh beramal dengan hadith dhacif.Definisinya: Sesebuah hadith yang tidak ada salah satu atau lebih syarat-syarat hadith maqbul.a. jil 1. walau bagaimana pun.

4.Hendaklah sewaktu beramal dengannya seseorang itu berada dalam keadaan mengharap semoga ianya sahih bukan dalam keadaan yakin bahawa ianya pasti sahih. iaitu: 1.Buku-buku khusus yang mengumpulkan jenis-jenis hadith dhacif yang tertentu. seperti kitab Mizan Al-Ictidal oleh Az-Zahabi. kitab Al-Marasil oleh Imam Abu daud (hadith mursal). kitab Al-cIlal oleh AdDaraqutni (hadith Mucallal) dan sebagainya.Buku-buku yang mengumpul dan menyenaraikan nama-nama serta riwayat hidup perawi-perawi dhacif. Seperti kitab Al-Mauducat oleh Ibn Al-Jauzi (hadith mauduc). iaitu seseorang perawi itu tidak menerima sesuatu riwayat daripada gurunya secara langsung. 2. Syarat ini lebih bersifat etika semasa beramal. . Sebab-sebab kedhacifan: Kedhacifan sesuatu hadith itu secara umumnya terbahagi kepada empat. kitab Al-Kamil Fi Ad-Ducfat oleh Ibn cAdi dan sebagainya. iaitu: Sebab-sebab kedhacifan 1-Terputus sanad 2-Ketidak thiqahan perawi 3-Kewujudan c illah yang menjejaskan 4-Kewujudan unsur percanggahan Penjelasan: 1.Terputus sanad. Sumber Hadith Dhacif: Secara umumnya ia boleh didapati daripada dua jenis buku. Biasanya kitabkitab ini akan menyebut contoh riwayat-riwayat dhacif yang melibatkan perawi-perawi yang terbabit.

Keterputusan sanad yang jelas iaitu hadith-hadith Al-Mucallaq. AlMucdhal dan Al-Munqatic. terbahagi kepada dua. Jenis-jenis Hadith Dhacif: Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenisnya berdasarkan sebab-sebab yang tersebut di atas kepada banyak jenis. 2. . Al-Mursal. iaitu: 1.2. seperti yang ditunjukkan dalam peta minda.Ketidak thiqahan perawi. 4. Al-cAdalah (keadilan perawi) b.Kewujudan cIllah yang menjejaskan.Kewujudan unsur percanggahan. Ad-Dhabt (kedhabitan perawi) 3. iaitu ia dapat dilihat daripada dua aspek: a. 8. secara umumnya.Keterputusan sanad yang tersembunyi iaitu Al-Mudallas dan Al-Mursal AlKhafiy.2 Pembahagian Hadith Dhacif Berdasarkan Sebab Keterputusan Sanad ‫سقط في‬ ‫السند‬ Zohir Al-Muallaq Al-Mursal Al-Mucdhal Al-Munqatic Tadlis Al-Isnad Tadlis AtTaswiyah Al-Mudallas Al-Mursal Al-Khafiy Tadlis As-Shuyukh Khafiy Pembahagian hadith seperti di atas.

.

8.1 Al-Mucallaq (‫)المعلق‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang sanadnya terputus di peringkat permulaan disebabkan gugurnya perawi atau lebih walau hingga ke akhir sanad. Ulama telah mengkaji. Hukumnya: Secara umumnya. di dalam sahih Al-Bukhari. permulaan sanad yang dikira dalam pembukuan hadith dan bukan di sisi sahabat. ‫ويروي عن ابن عباس وجرهد ومحمد بن جحش عن النبي صلى‬ ،"‫الله عليه وسلم: "الفخذ عورة‬ ‫وقال أبو موسى: "غطى النبي صلى الله عليه وسلم ركبتيه حين‬ . ia adalah dhacif.a. Dalam konteks jenis-jenis hadith dhacif berdasarkan sebab ini. Contohnnya: Hadith yang disebut oleh Al-Bukhari dalam bab ‫الفخذ‬ katanya: ‫ما يذكر في‬ . manakala di dalam sahih Muslim pula terdapat satu sahaja iaitu di dalam bab At-Tayammum. bahawa peha itu adalah aurat. Dan telah berkata Abu Musa r.” Berdasarkan contoh ini didapati sanad hadith ini terputus dari permulaannya hinggalah kepada sahabat. Jarhad dan Muhd Ibn Jahsy daripada Rasulullah s. Hadith Muacllaq di dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim: Di dalam sahih Al-Bukhari terdapat 1341 hadith jenis ini. secara umumnya hadith jenis ini terbahagi kepada dua.w."‫دخل عثمان‬ Maksudnya: “Dan telah diriwayatkan daripada Ibn Abbas.2.a bahawa baginda Rasulullah telah menutup lututnya sewaktu c Uthman masuk berjumpa baginda. kecuali yang terdapat dalam sahih AlBukhari dan Muslim kerana ia mempunyai pengecualian yang khusus. iaitu: .

Hukumnya: .(‫قيل‬ ُ ‫))ذكر(. Rujukan utama: dan sebagainya. )روى‬dan sebagainya.(‫قال‬ َ ‫ ))ذكر(. Ini bermaksud. Jenis ini dikira sahih sehingga kepada orang yang disandarkan kepadanya. Hukum jenis ini bergantung kepada sanad dan matannya secara keseluruhan. hasan Antaranya ialah Kitab Taghliq At-Tacliq oleh Al-Hafiz Ibn Hajar. tanpa mengira apa bentuk keterputusan sanad tersebut. 8. akhir sanad ialah penghujung sebelah sahabat.2. Dalam konteks ini ia dilihat sebagai berlawanan dengan Hadith Muacllaq. Dalam konteks ini.2 Al-Mursal (‫)المرسل‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang akhir sanadnya terputus di peringkat perawi selepas At-Tabicein.)صيغة‬ seperti (. )روي‬ ُ atau dhacif.Dengan menggunakan lafaz At-Tamrid (‫التمريض‬ ‫ . 2.1. manakala ahli usul feqh dan ahli feqh pula menggunakan istilah Al-Mursal dengan maksud semua jenis hadith yang terputus sanad.Dengan menggunakan lafaz Al-Jazm (‫اللجزم‬ ‫.)صيغة‬seperti (. Al-Mursal di sisi Fuqaha dan Usuliyyun adalah sama dengan Al-Munqatic di sisi Muhaddithin. Bentuknya ialah seperti apabila tabicein besar atau pun kecil berkata: ‫فعل‬ ‫قال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذا أو‬ ُ ‫كذا أو فعل بحضرته كذا‬ Al-Mursal di sisi Fuqaha dan Usuliyyun: Definisi di atas adalah berdasarkan istilah Muhaddithin dalam ilmu Metod Hadith. kerana ia berkemungkinan sahih.

c. 4. Hendaklah isi kandungan hadith tersebut menepati pendapat. iaitu: Jenis-jenis Hadith Mursal .Secara umumnya ia dikira dhacif kerana sanadnya terputus. d. ulama mendapati ada sebahagian yang boleh diterima apabila menepati dengan syarat-syarat yang berikut: 1. Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikannya kepada dua.Salah satu daripada perkara-perkara di bawah yang perlu digabungkan dengan tiga syarat di atas: a. b.a.w. maka didapati tidak ada seorang pun yang bertaraf dhacif. kerana seorang tabicein kabir seperti Al-Hasan Al-Basri dan Sacid Ibn Al-Musayyab biasanya banyak menerima riwayat daripada sahabat secara langsung dan bukan melalui perantaraan tabicein yang lain. Hendaklah hadith tersebut telah diriwayatkan secara bersambung sanad oleh perawi yang lain. kata-kata atau fatwa mana-mana sahabat Rasulullah s.Hendaklah perawi tabicein itu terdiri daripada Tabicein Kibar.Hendaklah riwayat tabicein itu tidak bercanggah dengan riwayat perawi thiqah yang lain. Namun.Hendaklah seseorang tabicein itu. berdasarkan kajian yang dilakukan. Hendaklah isi kandungan hadith tersebut menepati fatwa kebanyakan ulama. Atau hendaklah hadith tersebut telah diriwayatkan secara mursal juga oleh perawi yang lain. apabila dia menyebut nama gurunya. 2. 3.

Jika perawi yang digugurkan ialah seorang sahabat juga. Sumber Hadith Mursal: Terdapat sebahagian ulama yang mengumpulkan hadith jenis ini di dalam sebuah buku yang khusus.Kitab Jamic At-Tahsil Li Ahkam Al-Marasil oleh Al-cAlaa’i. Jumhur Ulama menerima hadith mursal sahabi sebagai sebuah hadith yang sahih kerana kebiasaannya seseorang sahabat itu menerima sesuatu riwayat daripada sahabat yang lain.w.Mursal Tabicein Mursal Sahabi 1. 3.w. wafat beliau masih muda.Kitab Al-Marasil oleh Abu Daud. 2. maka keadaaan ini tidak akan menjejaskan nilai kesahihan sanad sesuatu hadith. bukan secara langsung. iaitu sebagaimana yang dibahaskan di atas.w.a.Mursal Sahabi (‫صحابي‬ ‫ )مرسل‬iaitu sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang sahabat daripada Rasulullah s. 2.Mursal Tabicein. antaranya ialah: 1. . atau kerana umurnya yang panjang atau kerana sewaktu Rasulullah s. Keadaan ini berlaku mungkin kerana seseorang sahabat itu tidak menghadiri sesuatu peristiwa bersama Rasulullah s. dan jarang berlaku riwayat seorang sahabat daripada tabicein. Dengan kata lain. ia diriwayatkan melalui perantaraan sahabat yang lain.a.Kitab Al-Marasil oleh Ibn Abi Hatim.a.

.

iaitu sekiranya sanad hadith tersebut terputus di peringkat permulaan melalui pengguguran dua orang perawi secara berturut-turut. ms:37) Hadith ini dikatakan Mucdhal kerana antara Malik dengan Abu Hurairah terdapat dua orang perawi yang digugurkan secara berturutturut.Karya-karya Ibn Abi Ad-Dunya seperti. Kitab yang mengandungi hadith ini: Menurut pendapat As-Suyuti ialah: 1. 1977.” (Al-Hakim. Kadangkala berlaku keadaan di mana sesebuah hadith itu diberikan kedua-dua istilah Mucdhal dan Mucallaq.3 Al-Mucdhal (‫)المعضل‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang gugur daripada rangkaian sanadnya dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut. Kitab Al-cAql. Kitab Makarim Al-Akhlaq dan lain-lain. . Kitab As-Samt.Kitab Sunan Sacid Ibn Mansur 2. Hakikat ini dapat dikesan melalui riwayat lain yang terdapat di luar kitab Muwattac Malik. iaitu Muhd Ibn cAjlan dan ayahnya cAjlan. Contohnya: Hadith riwayat Malik daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "‫"المملوك طعامه وكسوته بالمعروف‬ Maksudnya: “Bagi seseorang hamba itu makanan dan pakaian yang elok.2.8.

Ini bermakna.2. Dalam konteks ini Sufyan dikatakan telah menggugurkan dua orang perawi sebelum Az-Zuhri.4 Al-Munqatic (‫)المنقطع‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terputus sanadnya dalam apa jua bentuk. Keadaan ini dikatakan tersembunyi dan sukar dikesan kerana Az-Zuhri memang guru kepada Sufyan.8. sedangkan hadith tersebut telah beliau terima daripada orang lain.)التدليس‬ Jenayah Tadlis maksudnya. Contohnya: Seperti kata Sufyan Ibn cUyainah: daripada Az-Zuhri.5 Al-Mudallas (‫)المدلس‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku di dalam periwayatannya jenayah ‘tadlis’ ( ‫. Perawi tersebut telah menggunakan lafaz periwayatan yang mengelirukan dan mendakwa bahawa dia menerima sesuatu riwayat hadith daripada gurunya. sanad tersebut telah terputus. Maka dengan menggugurkan nama orang sebenar yang meriwayatkan hadith kepadanya dan menggantikannya dengan nama gurunya. sedangkan pada hakikatnya tidak bersambung. 8. . dan sanad dilihat seolah-olah bersambung. sedangkan hadith tersebut beliau terima daripada cAbd Ar-Razak daripada Macmar daripada Az-Zuhri. Keadaan ini menjadi lebih serius sekiranya perawi yang digugurkan itu adalah seorang yang bertaraf dhacif. menyembunyikan kecacatan dalam bentuk keterputusan sanad yang ada pada sanad sesuatu hadith.2. Dalam konteks ini termasuklah di dalamnya semua jenis hadith dhacif kerana terputus sanad.

Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikannya kepada tiga, iaitu:
Tadlis Al-Isnad

Tadlis AtTaswiyah

Jenis-jenis Hadith AlMudallas

Tadlis AlShuyukh

1- Tadlis Al-Isnad (‫السناد‬

‫)تدليس‬

Maksudnya, seperti yang diterangkan di atas mengenai Al-Mudallas.
2- Tadlis Ash-Shuyukh (‫الشيوخ‬

‫)تدليس‬

Maksudnya, iaitu menukar identity guru agar tidak dikenali, samada tukar nama, kuniyah (‫ ,)كني‬nasab (‫ ,)نسب‬atau gelarannya (‫ .)لقب‬Contohnya, seperti kata Abu Bakar Ibn Mujahid: telah memberitahu kami cAbdullah Ibn Abi cAbdillah. Yang dimaksudkannya ialah Abu Bakar Ibn Abi Daud AsSijistani.
3- Tadlis At-Taswiyah (‫التسوية‬

‫)تدليس‬

Iaitu, menggugurkan seorang perawi dhacif yang berada di antara dua orang perawi yang thiqah dalam rangkaian sesuatu sanad, yang mana kedua perawi thiqah itu memang saling mriwayatkan hadith antara satu sama lain. Jenis ini adalah dikatakan jenayah tadlis yang paling buruk. Antara individu yang dikenalpasti banyak melakukannya ialah seperti Baqiyyah Ibn Al-Walid dan Al-Walid Ibn Muslim.

Faktor-faktor yang mendorong jenayah tadlis: Antara faktor-faktor yang dikenalpasti oleh ulama sebagai pendorong jenayah Tadlis Ash-Shuyukh ialah: 1- Ketidak thiqahan guru. 2- Kelanjutan umur guru, hingga menyebabkan dia mempunyai ramai murid. 3- Kesenioran murid berbanding guru. 4- Terlalu banyak riwayat daripada seorang guru. Manakala, antara faktor-faktor yang dikenalpasti oleh ulama sebagai pendorong jenayah Tadlis At-Taswiyah pula ialah: 1- Berpura-pura memiliki sanad yang tinggi (pendek). 2- Tertinggal beberapa hadith daripada seorang guru. Rujukan utamanya: 1- Kitab At-Tabyiin Li Asmaa’ Al-Mudallisin oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.
2- Kitab At-Tabyiin Li Asmaa’ Al-Mudallisin oleh Burhanuddin Al-Halabi.

3- Tacrif At-Taqdia Bi Maratib Al-Mausufin Bi At-Tadlis oleh Al-Hafiz Ibn

Hajar.
8.2.6 Al-Mursal Al-Khafiy (‫الخفي‬

‫)المرسل‬

Definisinya:

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi daripada seseorang perawi lain yang dia pernah jumpa atau pernah hidup sezaman dengannya, dengan menggunakan lafaz, periwayatan yang mengelirukan seperti (‫ )عن(, )قال‬dan sebagainya. Sedangkan pada hakikatnya dia

memang tidak menerima riwayat tersebut daripada perawi itu, sebaliknya daripada perawi yang lain. Contohnya: Hadith riwayat cUmar Ibn cAbd Al-cAziz daripada cUqbah Ibn Al-cAmir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"‫"رحم الله حارس الحرس‬
Maksudnya: “Semoga Allah merahmati pengawal kepada pengawal” (Ibn Majah, kitab Al-Jihad, no: 2769) Hadith ini dikatakan Al-Mursal Al-Khafiy kerana cUmar Ibn cAbd Al-cAziz sempat berjumpa cUqbah r.a. walaupun pernah hidup sezaman dengannya sebagaimana kata Al-Mizzi di dalam kitab Tuhfah Al-Atraf. Perbezaan Di Antara Al-Mudallas Dan Al-Mursal Al-Kahfiy Ia dapat dilihat dari segi berlakunya periwayatan antara seorang perawi dengan gurunya. Dalam konteks Al-Mudallas, memang seorang ‘mudallis’ (orang yang melakukan tadlis) itu pernah meriwayat hadith daipada gurunya Cuma hadith-hadith tertentu sahaja yang beliau tidak sempat meriwayatkannya, maka beliau mentadliskan. Manakala dalam konteks Al-Mursal Al-Khafiy pula, memang seseorang perawi itu tidak pernah meriwayatkan hadith daripada seseorang yang didakwa gurunya, Cuma dia hanya sempat berjumpa atau sekurang-kurangnya sempat hidup dalam satu masa dengan gurunya. Sumber rujukan utama: Antara sumber utama yang khusus ialah Kitab Al-Tafsil Li Mubham Al-Marasil oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

BAB 9

Berdasarkan dakwaan perawi atau pembuatnya. 2. Ia dinamakan sebuah hadith atas beberapa sebab iaitu: 1. iaitu seseorang perawi yang membuat atau meriwayatkan sesuatu hadith palsu dengan sengaja walaupun sekali sahaja. . ia bukanlah sebuah hadith. Hadith seperti ini dinamakan ‘Al-Mauduc’ (‫ .1 Riwayat Al-Kazzab (‫ /)الكذاب‬Hadith Mauduc (‫)الموضوع‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya.Bagi memudahkan ulama mengkaji atau mengenal pastinya. seorang perawi ‘kazzab’.TOcAN FI AL-RAWI DARI SUDUT cADALAH Tocan Fi Al-Rawi Fi Al-cAdalah Al-Kazib Al-Mauduc Fi Ad-Dobt Kathrat AlGhalat Kathrat AlGhaflah Al-Wahm Al-Juhalah Ad-Dhacif Suu’u AlHifz Mukhalafat Al-Thiqaat Al-Munkar Tuhmah Bi Al-Kazib Al-Fisq Al-Matruk Al-Munkar Al-Munkar Al-Maclul Ad-Dhacif Al-Bidcah Ad-Dhacif Jiddan As-Syaz/ Al-Munkar 9.)المضوع‬Pada hakikatnya.

Yang dihukum oleh segelintir ulama sebagai palsu. .Penentuan bagi hadith bagi sesebuah hadith itu sebagai mauduc adalah berdasarkan kepada kajian yang natijahnya bersifat atau bertaraf ‘zanni’. Munkar dan sebagainya yang tidak sampai ke tahap Mauduc. maka sesuatu hadith mauduc itu masih boleh dinamakan hadith. Oleh kerana kemungkinan (walaupun kecil) inilah. sesuatu yang diperkata.Berdasarkan makna ‘hadith’ dari segi bahasa yang bermaksud. kerana ia bukan sekadar dhacif bahkan palsu. diucapkan dan sebagainya. 2. Sebagaimana hadith yang lain.001% misalnya. 4. meskipun peratus kemungkinannya amat kecil sekadar 0. Tingkatantingkatan tersebut ialah: 1. Ia merupakan jenis hadith dhacif yang paling dhacif.3. sekalipun ada hakikatnya bukan hadith. 3. Sesuatu hukuman itu dikatakan bertaraf zanni kerana ia masih ada kemungkinan bahawa hadith yang dihukum sebagai mauduc itu bukan mauduc dan perawi yang dihukum sebagai pembohong itu tidak berbohong di dalam riwayatnya yang tertentu. dengan kata lain ia menduduki carta yang terkebawah sekali dalam senarai kedudukan jenis-jenis hadith dhacif. Tingkatan-tingkatan Hadith Mauduc. Kedudukan Hadith Mauduc. manakala jumhur hannya menghukumkannya sebagai Matruk.Yang disepakati oleh ulama tentang kepalsuannya. Sebahagian ulama menjadikannya satu bahagian khusus dan mengasingkannya daripada kumpulan hadith dhacif. hadith ini juga mempunyai tingkatan-tingkatan yang berbeza bergantung kepada sejauh mana nilai kepalsuan yang ada padanya. diperkhabar.Yang dihukum oleh Jumhur ulama sebagai palsu.

2. ‘Fitnah’ dalam konteks sejarah Islam bermula dengan pembunuhan cUthman Ibn cAffan r. maka mereka mula mereka-reka nas palsu bagi tujuan tersebut.Maklumat yang direka atau disebutkan oleh seseorang tokoh dan kemudian dijadikan sebagai hadith oleh pemalsu hadith. tetapi merupakan suatu kesilapan dalam periwayatan yang tidak disengajakan. Sejarah Pemalsuan Hadith Mauduc: Jumhur ulama berpendapat bahawa pemalsuan hadith bermula di zaman ‘Fitnah’.Jenis-jenisnya berdasarkan pembuatnya: Secara umumnya ia terbahagi kepada tiga. 3.a. dan kemudiannya terus melarat dengan beberapa siri pertentangan di antara umat Islam. Khilaf Berhuja h Tidak ada dalil Hadith Palsu . iaitu zaman bermulanya perselisihan yang serius di kalangan umat Islam. Apabila nas-nas Al-Qur’an serta hadithhadith sahih yang ada dirasakan tidak cukup dan tidak mampu menguatkan hujah mereka. Rasional kemunculan hadith palsu di zaman ini dilihat kerana pengikut-pengikut puak yang bertelagah masing-masing ingin menguatkan pendapat mereka dengan dalildalil syarac daripada Al-Qur’an dan Hadith. iaitu: 1.Maklumat yang bukan direka oleh pemalsu hadith dan bukan disebut oleh seseorang tokoh.Maklumat yang memang direka oleh pemalsu hadith itu sendiri dan kemudian dijadikan sebagai hadith.

Faktor-faktor kemunculan Hadith Mauduc: 2-Faktor perselisihan (khilaf) 3-Faktor keinginan untuk menyeru kebaikan 1-Faktor Zindiq atau Mulhid Faktor-faktor Kemunculan Hadith Mauduc 5-Faktor cerita dan penceritaan 4-Faktor ketacsuban 6-Faktor kepentingan peribadi Berdasarkan hadith-hadith Mauduc yang terkumpul dan yang telah dibukukan. 2. ulama telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya hadith Mauduc ini. Golongan ini pada hakikatnya memusuhi dan membenci Islam tetapi mereka menyembunyikannya kekufuran mereka dan menonjolkan imej keislaman mereka sebagai penganut agama Islam yang benar-benar iltizam. yang pura-pura memeluk Islam untuk menikan Islam dari dalam dengan mentakwilkan nasnas syarac sebagai satu takwilan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah. Iaitu golongan yang tidak berpegang kepada ajaran agama. mahu pun perselisihan aqidah yang berlaku seyelah munculnya berbagai aliran pemikiran.Faktor Zindiq atau Mulhid. baik perselisihan politik kerana merebut jawatan khalifah. antaranya ialah: 1.Faktor perselisihan (khilaf) Perselisihan ini berlaku di kalangan umat Islam. . ataupun perselisihan feqah yang berlaku setelah muncul berbagai mazhab feqah yang berbeza pendapat.

Faktor keinginan untuk menyeru dan menggalakkan kepada kebaikan. negeri. seperti membodek raja. targhib dan tarhib dan sebagainya. bahasa. maslahat diri sendiri dan sebagainya. tentang kisah dahulu kala atau akan datang yang kebiasaannya menyentuh perkaraperkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia kecuali melalui nas-nas syarac yang sahih. Faktor ini adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan sesuatu amalan baik atau member peringatan agar mereka meninggalkan sesuatu amalan yang tidak baik. Contohnya ialah. melariskan jualan.Faktor ketacsuban.3. Ianya berlaku samada ketacsuban kepada mazhab. Iaitu penceritaan yang dilakukan oleh tukang cerita (penglipur lara). Tanda-tanda kepalsuan hadith Mauduc: Tandatanda Kepals uan Hadith Maudu Pa da m at an c Pa da sa na d Pada sana d dan mata n . pemimpin dan sebagainya.Faktor kepentingan peribadi. kaum. 6.Faktor cerita dan penceritaan. 4. Faktor ini dianggap sebagai antara yang terpenting dan yang paling besar kesannya dalam menimbulkan hadith-hadith palsu khasnya yang berkaitan dengan fadhail al-Acmal (kelebihan sesuatu amalan). 5.

Begitu juga apabila ditanya tentang di mana beliau menerima riwayat tersebut. lalu beliau menyebutkan tarikh di mana pada ketika itu guru tersebut telah pun meninggal dunia.Tanda-tanda pada sanad: a. c. Terdapat di dalam rangkaian sanad perawi-perawi yang dihukum oleh ulama sebagai ‘kazzab’ (pendusta).Tanda-tanda pada matan. Pengakuan perawi atau pembuat hadith palsu itu sendiri. seperti apabila ditanya tentang bilakah beliau menerima sesuatu riwayat itu daripada gurunya. 2. di mana satu tempat yang guru tersebut tidak pernah pergi atau beliau sendiri tidak pernah pergi. Berdasarkan keadaan-keadaan yang ada pada perawi tersebut.Melalui penelitian terhadap semua hadith-hadith mauduc yang telah dikumpul dan yang telah dibukukan. Secara umumnya. seperti apabila beliau meriwayatkan sesuatu yang menyokong puaknya. d. iaitu: 1. 3. tanda tersebut terbahagi kepada tiga.Tanda yang tidak ada pada kedua-duanya (sanad dan matan). 1. 2.Tanda-tanda pada matan: .Tanda-tanda pada sanad. b. atau apabila beliau dilihat suka mengampu raja dan mementingkan kepentingan peribadi. lalu beliau menjawab. ulama telah mengenal pastti beberapa unsur yang boleh dijadikan tanda untuk mengecam sesuatu hadith mauduc. Perkara-perkara yang seakan-akan pengakuan.

boleh dikatakan hamper keseluruhan hadith Rasulullah s. b. Bercanggah dengan kelogikan aqal yang waras. Iaitu apabila dicari hadith terbabit di dalam semua kitab hadith yang ada pada hari ini. ii. kita tidak menjumpainya. Bercanggah dengan dalil-dalil lain daripada Al-Qur’an.a. Ketidak seimbangan balasan dengan sesuatu amalan yang dilakukan. jelek dan sebagainya. ialah ketidakwujudan hadith di dalam mana-mana sumber rujukan hadith yang utama. Ini kerana. tetapi lebih mirip kepada bahasa kepawangan dan kedoktoran. sudah dibukukan. Tanda ini biasanya terdapat di dalam hadith-hadith tentang fadhilat amalan atau targhib dan tarhib. 3. Ini dikatakan antara unsur-unsur yang boleh dijadikan tanda kepalsuan kerana jika sesuatu hadith itu sahih atau thabit nescaya kita akan mendapatinya di dalam sumber-sumbernya.w. Bahasa yang tdak mirip kepada bahasa kenabian. kotor. termasuk di dalam tanda ini ialah: i.Tanda yang tidak ada pada kedua-duanya (sanad dan matan): Satu-satunya tanda dalam konteks ini. Bahasa yang mengandungi unsur keji. Bahasa yang longgar. tangkapan pancaindera serta reality. hadith. iii.a. c. Usaha-usaha ulama dalam menangani Hadith Palsu: . samada amalan baik atau jahat. jijik. serta ijma c yang qatcie.

Dalam konteks ini. Antara langkah yang telah diambil ialah: 1. ilmu Al-Jarh wa Tacdil.Mengumpul dan membukukan hadith-hadith yang dikenal pasti sebagai palsu.Lahirnya beberapa disiplin ilmu hadith yang belum wujud sebelumnya secara lengkap seperti ilmu Kajian Sanad dan Matan. menjaga. Membahaskan kedudukan perawi-perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith bagi menentukan sama ada seseorang perawi itu thiqah (boleh diterima riwayatnya) atau sebaliknya. b. mengawal. ulama telah mengambil beberapa pendekatan antaranya: a. 2.Mengenakan sekatan akademik ke atas kawasan-kawasan tertentu yang dikenal pasti sebagai ‘lubuk’ hadith palsu. Kesemua disiplin-disiplin tersebut menjurus kepada satu matlamat iaitu. menapis dan memantau hadith-hadith yang diriwayatkan daripada sebarang unsur kepalsuan. . 4.Memeriksa sanad sesebuah hadith. ilmu cIal Al-Hadith. 3. maka terhasillah beberapa natijah yang cukup positif antaranya: 1. Dalam konteks pemeriksaan sanad ini. Gahrib Al-Hadith dan sebagainya.Membahas matan sesuatu hadith yang diriwayatkan itu bagi menentukan apakah terdapat cillah padanya atau tidak. dengan mengawal aliran keluar masuk sesuatu maklumat hadith ke kawasan terbabit.Sebaik sahaja bermulanya gejala pemalsuan hadith. bagi memastikan kesahihan hadith tersebut khasnya dari segi san adnya. ulama pantas mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani gejala tersebut. Hasil-Hasil Yang Diperolehi Daripada Usaha-Usaha Yang Telah Dilakukan: Kesan daripada usaha gigih tersebut. ulama pernah mengenakan sekatan tersebut ke atas negeri Kufah. Mengembara kerana mencari sesebuah hadith untuk bertemu dengan seseorang guru.

Lahirnya banyak buku-buku khusus yang mengumpul dan menyenaraikan hadithhadith palsu serta nama-nama perawi yang terlibat dalam membuat dan meriwayat hadith tersebut.a.a.2 Riwayat Al-Muttaham Bi Al-Kazib (‫بالكذب‬ ‫)رواية المتهم‬ . Ash-Shaukani dan lain-lain.2. Al-Baidawi. Kitab Al-Manar Al-Munif oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.w. Kitab Tanzih Ash-Sharicah Al-Marfucah cAn Al-Ahaadith Ash-Shanicah Al-Mauducah oleh Ibn cArraq. Al-Wahidi. Antara kitab-kitab tersebut ialah: a. Kitab Al-Abaatil Wa Al-Manaakir oleh Al-Juzaqani. Az-Zamakhsyari. Hadith-Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir: Sebahagian daripada penulis-penulis kitab tafsir tidak memasukkan ke dalam karya-karya mereka (sama ada dengan sengaja atau tidak) beberapa hadith palsu khasnya hadith-hadith tentang fadhilat (kelebihan) sesuatu surah yang kononnya diriwayatkan oleh Ubai Ibn Kacb r. daripada Rasulullah s. Kitab Al-Laalii’ Al-Masnucah Fi Al-Ahaadith Al-Mauducah oleh As- Suyuti e. c. Kitab Al-Mauduucat oleh Ibn Al-Jauzi. Al-Fawaid Al-Majmucah Fi Al-Ahaadith Al-Mauducah. b. Antara mereka ialah seperti AthThaclabi.Lahirnya banyak buku-buku hadith dan buku-buku cUlum Al-Hadith. 9. d. 3. f.

Definisinya:

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi yang ‘Muttaham Bi Al-Kazib’, iaitu seseorang yang selalu bercakap bohong di dalam pergaulannya dengan orang ramai, meskipun tidak pernah thabit bahawa dia pernah membuat atau meriwayatkan walaupun sebuah hadith palsu atau pun seseorang yang berpegang kepada sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip dan kaedah-kaedah umum agama. Hadith yang diriwayatkan oleh perawi jenis ini dinamakan ‘Al-Matruk’ (

‫.)المتروك‬
Contohnya: Hadith yang diriwayatkan oleh Sodqah Ibn Musa Ad-Daqiqi daripada Farqad As-Subkhi daripada Murrah At-Toiyyib daripada Abu Bakar r.a. Begitu juga hadith yang diriwayatkan daripada cAmr Ibn Shamir Al-Jucfi daripada Jabir Al-Jucfi daripada Al-Harith Al-Acwar daripada cAli r.a.
9.3 Riwayat Al-Fasiq (‫الفاسق‬

‫)رواية‬

Definisinya:

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi yang fasiq, iaitu seseorang yang dikenal pasti pernah melakukan dosa besar walaupun sekali, atau yang sering melakukan dosa kecil. Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh perawi jenis ini dinamakan AlMunkar (‫.)المنكر‬

9.4 Riwayat Al-Majhul (‫المجهول‬

‫)رواية‬

Definisinya:

Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi yang ‘majhul’ iaitu yang tidak diketahui samada ianya cadil (thiqah) atau sebaliknya.

Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikannya kepada dua jenis, iaitu:
Majhul Al-cAin Majhul

Majhul Alc Ain

Majhul Al-Hal

Majhul Alc Ain
1- Majhul Al-cAin (‫العين‬

‫)مجهول‬

Iaitu seseorang perawi yang tidak dikenali identitinya meskipun namanya disebut dalam rangkaian sanad. Ulama telah mendefinisikan perawi jenis ini sebagai seseorang yang hanya mempunyai seorang murid sahaja, dan murid tersebut tidak mengatakan bahawa dia seorang yang thiqah.
2- Majhul Al-Hal (‫الحال‬

‫)مجهول‬

Iaitu seseorang perawi yang dikenali nama dan identitinnya tetapi tidak diketahui keadaan dan sifatnya samada thiqah atau sebaliknya. Perawi jenis ini diistilahkan juga oleh ulama sebagai Al-Mastur (

‫)المستور‬

dan definisi perawi jenis ini ialah seseorang yang

mempunyai dua orang murid atau lebih tetapi kesemua murid-murid tersebut tidak mengatakan bahawa dia seorang yang thiqah. Kedua-dua hadith jenis ini adalah dinamakan bahawa hadithnya adalah dhacif dan tidak diterima. Namun begitu, sekiranya terdapat jalan atau riwayat lain yang lebih baik daripadanya maka martabat hadith ini akan menjadi Hasan Lighairihi. (Abu Laith, 2005,
c

Ulum Al-Hadtih, hlm: 236)

Rujukan Utama: Antara rujukan utama yang membahaskan isu ini secara terperinci ialah kitab Dhawaabit Al-Jarh Wa At-Tacdil oleh Syeikh cAbd Al-cAziz Ibn Muhd cAbd Al-Latif.
9.5 Riwayat Al-Mubtadic (‫المبتدع‬

‫)رواية‬

Definisinya:

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi dari kalangan ahli bidcah.

Bidcah yang dimaksudkan di sini ialah mempercayai atau mengamalkan sesuatu aqidah yang bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bukan kerana ingkar tetapi kerana sesuatu syubuhat yang tertentu. Jenis-jenisnya: Bidcah dalam konteks ini ialah dari sudut aqidah dan ianya terbahagi kepada dua iaitu:

Bidcah Bidcah Mukaffirah Bidcah Ghair Mukaffirah

1- Bidcah Mukaffirah

Iaitu, yang boleh membawa seseorang itu kepada kekufuran seperti bidcah pelampau-pelampau Syicah yang mengankat cAli r.a bukan sahaja ke tahap kenabian malah ke taraf ketuhanan.
2- Bidcah Ghair Mukaffirah

Iaitu, yang tidak membawa seseorang itu kepada kekufuran, seperti bidcah pengikut-pengikut Syicah yang sederhana, yang mana mereka berselisih dengan prinsip-prinsip ahli sunnah kerana terkeliru dengan takwilan dan syubuhat yang tertentu.

Cara untuk mengetahui identity perawi mubham ialah dengan mengumpul riwayat sesebuah hadith seberapa banyak yang mungkin kemudian mencari identity perawi tersebut berdasarkan riwayat-riwayat yang terkumpul itu.6 Riwayat Al-Mubham (‫المبهم‬ ‫)رواية‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi yang ‘mubham’ iaitu perawi yang tidak dinyatakan nama dan identitinya di dalam rangkaian sanad sebaliknya digunakan umum seperti (‫ )رجل‬atau ( ‫ )امرأة‬atau (‫ )ابن‬dan sebagainya.9. manakal dari segi matan pula ialah untuk mengetahui individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa atau kisah yang terdapat dalam sesuatu matan. 9. Faedahnya dari segi sanad ialah mengenal pasti perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad bagi menentukan kesahihan sanad tersebut.7 Riwayat Al-Kafir (‫الكافر‬ ‫)رواية‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi kafir.8 Riwayat As-Sobiyy (‫الصبي‬ ‫)رواية‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi yang belum baligh atau belum sampai umurnya ke tahap kelayakan meriwayatkan hadith. kitab Al-Mustafad Min Mubhamat Al-Matn Wa Al-Isnad oleh Al-cIraqi. Ataupun dengan merujuk kepada buku-buku sirah dan sejarah Islam. Sumber rujukan: Antara rujukan utamanya ialah. 9. .

10 Riwayat Makhrum Al-Muru’ah (‫المروءة‬ ‫)رواية مخروم‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh perawi atau terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi yang mengaibkan. makan di tengah-tengah kesibukan pasar dan sebagainya.9 Riwayat Al-Majnun (‫المجنون‬ ‫)رواية‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi yang gila. seperti ketawa dan begurau daengan gurauan yang keterlaluan. BAB 10 .9. 9.

TO’AN FI AL-RAWI DARI SUDUT DHABIT Mardud Tocan Fi Al-Rawi Fi Ad-Dobt Mukh alafat AlThiqa at Al-Munkar Kathr at AlGhala t Suu’u AlHifz AlWah m AlThiqa h Al-Munkar 10. iaitu perawi yang banyak kelekaan serta kurang daya kepekaannya sehingga beliau tidak dapat membezakan manakah . ini 10. iaitu seorang yang dikenal pasti bahawa kesilapannya lebih banyak daripada ketepatannya dalam meriwayatkan hadith. Hadith juga dihukumkan sebagai Al-Munkar.1 Riwayat Fahsh Al-Ghalat (‫الغلط‬ Kathr at AlGhafl ah Mukhtalit Ad-Dhacif Al-Maclul As-Syaz/ Al-Munkar Dhacif Al-Mudraj Al-Maqlub Al-Mudhtarib Al-Mazid Fi Muttasil AlIsnad Al-Musahhaf Al-Muharraf ‫)رواية فحش‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang Faahish AlGhalat.2 Riwayat Kathrat Al-Ghaflah (‫الغفلة‬ ‫)رواية كثرة‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang Kathrat AlGhaflah.

buku terbakar atau hilang dan sebagainya. Riwayat Suu’u Al-Hifz (‫الحفظ‬ 10. beliau hanya mendengar riwayat tersebut secara ‘talqin’ sahaja.3 ‫)رواية سوء‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dihukum sebagai Sayyi’ Al-Hifz (dalam konteks disiplin Al-Jarh Wa Al-Tacdil).)التلقين‬Maka.)سوء‬ Yang bermaksud ketepatan dan kesilapannya dalam meriwayatkan hadith Jenis-jenisnya: Keadaan apa yang dikatankan dengan Suu’ Al-Hifz itu. iaitu: 1.riwayatnya yang sebenar. iaitu.Kitab Al-Ikhtilat Bi Macrifat Man Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh Burhanuddin Al-Halabi. Apabila seseorang perawi itu dibacakan kepadanya beberapa hadith dengan satu bentuk pembacaan yang bukan bersifat periwayatan yang diistilahkan oleh Muhaddithin sebagai ‘talqin’ ( ‫ . riwayatnya dikira dhacif dan ianya juga dinamakan hadith tersebut sebagai Al-Munkar.Yang berlaku kerana sebab-sebab tertentu seperti umur yang lanjut.Yang berlaku daripada asal dan berkekalan. perawi tersebut menyampaikan hadith tersebut kepada orang lain melalui cara periwayatan yang menggambarkan seolah-olah riwayat tersebut sememangnya beliau mendengarnya sendiri (diterima secara langsung) sedangkan. 2.)المختلط‬ 1. seseorang perawi yang terkena penyakit pelupa ( ‫الحفظ‬ adalah sama banyak. terbahagi kepada dua. Maka dalam konteks ini. Keadaan inilah yang dinamakan oleh ulama sebagai ‘Al-Ikhtilat’ ( ‫)الختلط‬ Rujukan utama: manakala perawi yang terkena penyakit ini dinamakan sebagai ‘Al-Mukhtalit’ (‫. ‫. .

Riwayat Wahm Al-Thiqah (‫الثقة‬ 10. cUlum Al-Hadtih. C Illah maksudnya. 2005. (Abu Laith. tersilap di dalam meriwayatkan hadith muttasil atau meriwayatkan hadith mauquf secara marfuc dan sebagainya. Jenis hadith ini telah dihukumkan hadithnya dengan dinamakan Al-Maclul.2.4. Maka. Mengesan cillah adalah sesuatu yang amat sukar kerana ia biasanya terdapat di dalam riwayat perawi thiqah. dalam konteks ini ia merangkumi semua sebab-sebab kedhacifan dan semua jenis hadith berdasarkan mafhum bahasa ini dikira hadith Al-Mucallal. ulama menggunakan istilah cillah dengan mafhum bahasa iaitu sebarang unsur atau sebab yang menjadikan sesebuah hadith itu dhacif. maka kedhacifan perawi itu sendiri sudah cukup menjadi faktor . sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada. sesuatu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi dan sukar dikesan yang mana kewujudannya boleh menjejaskan kesahihan sesebuah hadith.Kitab Al-Kawakib An-Niirat Fi Macrifat Man Ikhtalat Min At-Thiqat oleh Ibn Al-Kayyat.1 Al-Maclul (‫ /)المعلول‬Al-Mucallal (‫ /)المعلل‬Al-Mucalla(ّ ‫)المعل‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalamnya cillah walaupun pada zahirnya tidak ada. Kemudian dibuat perbandingan di antara riwayat-riwayat tersebut. Satu-satunya cara untuk mengesan waham ini adalah dengan mengumpulkan seberapa banyak riwayat yang mungkin bagi sesuatu hadith.4 ‫)رواية وهم‬ Defnisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak waham (‫ )الوهم‬iaitu. hlm: 194) 10. Adapun riwayat perawi dhacif. Kadang kala.

Oleh sebab itulah.yang jelas lagi mudah untuk mengesannya.Kitab Al-cIlal oleh Ibn Al-Madini. tersilap dan sebagainya. malas dari segi penjagaan terhadap hafalannya daripada terlupa. terdapat muallif (‫ )مؤلف‬dalam penulisan metod hadith meletakkan riwayat Al-Mutasahhil (‫المتساهل‬ ‫)رواية‬ adalah salah satu daripada kedhacifan perawi dari segi Ad-Dhabt ini. Namun begitu.5 ‫)رواية مخالفات‬ Definisinya: sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang berbeza ( ‫)يخالف‬ samada seorang atau lebih perawi yang thiqah. atau .Kitab Al-cIlal Al-Waridah Fi Al-Ahadith An-Nabawiyyah oleh Ad- Daraqutni Riwayat Mukhalafat Al-Thiqaat (‫الثفة‬ 10. 2. malas dalam proses penyampaian. Sumber rujukannya: Antara yang utama ialah: 1. dicuri dan sebagainya. samada hadith tersebut berbeza dengan perawi yang thiqah dinamakan sebagai As-Syaz dan perawi yang dhacif dinamakan sebagai Al-Munkar.Kitab Al-cIlal Al-Kabir dan As-Soghir oleh At-Tirmizi 5. penerimaan dan penulisan hadithnya. tugas mengesan cillah sesuatu hadith hanya mampu dilakukan oleh ulama yang benar-benar mahir di dalam seni kajian hadith. Iaitu. sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang pemalas sehingga daya kewalannya terhadap hadith menjadi tidak kemas dan tidak sempurna. malas dari segi penjagaan terhadap kitabnya daripada rosak. Iaitu. Definisinya ialah. diubah.Kitab cIlal Al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim 3. kotor.Kitab Al-cIlal Wa Macrifat Ar-Rijal oleh Imam Ahmad 4.

iaitu: Muk halaf at AlThiq aat 3-Al-Mudhtarib 1-Al-Mudraj 2-Al-Maqlub (‫)المدرج‬ (‫)المقلوب‬ (‫)المضطرب‬ 4-Al-Musahhaf (‫ )المصحف‬dan Al-Muharraf (‫)المحرف‬ 5-Al-Mazid Fi Muttasil Al-Isnad (‫)المزيد في متصل السناد‬ . Jenis-jenisnya: Kesimpulan daripada definisi di atas. ulama hadith telah membahagikan Riwayat Mukhalafat Al-Thiqaat ini kepada lima jenis.malas dalam membandingkan riwayatnya dengan riwayat gurunya bagi memastikan ketepatan dan kesahihan.

Sumber rujukannya: Antara rujukan yang paling utama ialah: 1. Atau pun.a. ورجل تصدق فأخفاها حتى ل تعلم يمينه ما ينفق شماله‬ . 2.Kitab Taqrib Al-Manhaj Bi Tartib Al-Mudraj oleh Ibn Hajar Al-cAsqalani.10.Maqlub pada matan seperti dalam hadith berikut: "‫". sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Salim daripada Ibn Umar r. ditukar kepada Murrah Ibn Kacab.1 Al-Mudraj (‫)المدرج‬ Definisinya: Jenis-jenisnya: Sesuatu hadith yang berlaku penambahan unsur luar pada sanad atau matannya. 2.Mudraj pada matan.5.5. iaitu: 1. 10.a.Kitab Al-Fasl Li Wasl Al-Mudraj Fi An-Naql oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.. ditukar kepada Nafic daripada Ibn Umar r. 2. Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa ia terbahagi kepada dua jenis. pertengahan atau penghujung sesuatu matan. iaitu: 1..Mudraj pada sanad. seperti penambahan nama perawi. Jenis-jenisnya: Ianya terbahagi kepada dua jenis.Maqlub pada sanad seperti hadith yang diriwayatkan oleh Kacab Ibn Murrah misalnya.2 Al-Maqlub (‫)المقلوب‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku pertukaran ayat atau perkataan pada sanad atau matan dengan mendahulukan yang kemudian atau mengkemudiankan yang dahulu dan sebagainya. dan ia kadang-kala berlaku pada permulaan.

Ada yang meriwayatkannya secara mursal. yang mana maksudnya: “peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam surah Hud. atau tersebut adalah setara. no: 3297). tetapi bercanggah antara satu sama lain. dan sebagainya. no: 1423) Sumber rujukannya: Antara sumber rujukan khusus bagi hadith jenis ini ialah Kitab Rafic Al-Irtiyaab Fi AlQulub Min Al-Asmaa’wa Al-Aqlab oleh Al-Khatib Al-Baghdadi. Al-Waqicah.5.a. bab 16. kitab At-Tafsir. Al-Mursalaat dan… yang menjadikan aku begini. Ad-Daraqutni berkata: “Hadith ini sanadnya Mudhtarib kerana berlaku khilaf riwayat di dalamnya. no: 1031) Hadith ini dikatakan Maqlub pada matan kerana matan sebenarnya adalah seperti berikut: yang mana maksudnya: “…sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. kitab AzZakah. Jenis-jenisnya: Ianya terbahagi kepada dua.3 Al-Mudhtarib (‫)المضطرب‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan melalui banyak riwayat yang sama nilai kekuatannya. ada yang mengatakan ianya riwayat Sacd Ibn Abi Waqqas r. Tafsir Surah Al-Waqicah. c Aishah r. bahawa beliau berkata kepada Rasulullah s. Misalnya seperti sebuah hadith riwayat Abu Bakar r.a. ada yang meriwayatkannya secara muttasil. (Al-Bukhari.: “Wahai Rasulullah aku lihat engkau telah banyak beruban (semakin tua).” Baginda menjawab. kitab Az-Zakah.” (At-Tirmizi. iaitu: 1.” (Muslim. 10.w.Mudhtarib As-Sanad Iaitu.Maksudnya: “…Dan seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu sedekah yang dia berikan sehingga tangan kanannya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kirinya.a. bab 30.a. Sedangkan percanggahan ini tidak boleh juga ditarjihkan kerana kekuatan riwayat-riwayat . bercanggah dari segi sanad.

w.Mudhtarib Al-Matan Iaitu. Sumber Rujukannya: Antara rujukan yang utama ialah Kitab Al-Muqtarib Fi Bayan Al-Mudhtarib oleh AlHafiz Ibn Hajar. iaitu yang mustahil untuk diselaraskan maknanya. kitab Az-Zakah. (At-Tirmizi. iaitu: "‫"ليس في المال حق سوى الزكاة‬ Maksudnya: “Tidak ada hak pada harta itu selain daripada zakat”. no: 659). bab 3.Percanggahan yang hakiki.a.Kekuatan riwayat-riwayat yang bercanggah adalah setara dan tidak boleh ditarjihkan antara satu sama lain. (Ibn Majah. Syarat-syarat percanggahan Hadith Al-Mudhtarib: Syarat percanggahan hadith jenis ini ada dua. kitab Az-Zakah. Contohnya seperti percanggahan yang berlaku antara satu hadith riwayat At-Tirmizi bahawa Rasulullah s. 2. bab 27. bercanggah dari segi matan. iaitu: 1. . bersabda: "‫"إن في المال لحقا سوى الزكاة‬ Maksudnya: “Sesungguhnya pada harta itu ada hak selain daripada zakat”. no: 1789). Sedangkan Ibn Majah meriwayat hadith yang sama dengan matannya. Keadaan ini dikatakan Mudhtarib Al-Matan kerana percanggahan yang terdapat pada matan kedua riwayat tersebut tidak boleh diselaraskan lagi maknanya.2.

Musahhaf (‫ )المصحف‬dan Al-Muharraf (‫:)المحرف‬ Ibn Hajar telah membezakan antara keduanya dengan mengkhususkan Al-Musahhaf bagi kesilapan yang berlaku pada huruf.4 Al.w. menulis. iaitu: 1. seperti hadith Zaid Ibn Thabit: "‫"احتجر رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد‬ Maksudnya: “Rasulullah s.Kitab At-Tashif oleh Ad-Daraqutni. telah berbekam di dalam masjid”.a. yang ditukar oleh Ibn Lahicah dengan lafaz: "‫"احتجم رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد‬ Maksudnya: “Rasulullah s. Manakala Al-Muharraf pula bagi kesilapan yang berlaku pada baris-baris huruf.Pada sanad.Musahhaf (‫ )المصحف‬dan Al-Muharraf (‫)المحرف‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku padanya pertukaran kalimah kerana kesilapan membaca. mengadakan sebuah bilik kecil untuknya di dalam masjid”. Sumber rujukannya: Antara rujukannya yang utama ialah: 1. seperti penukaran nama perawi Al-cAwwam Ibn Murajim ( ‫)العوام بن مراجم‬ ‫.10. Perbezaan di antara Al.w.a. . mendengar dan sebagainya.5.Pada matan.)مزاحم‬ dengan Al-cAwwam Ibn Muzahim (‫بنن‬ ‫العوام‬ 2. Jenis-jenisnya: Berdasarkan tempat berlakunya sesuatu kesilapan terbahagi kepada dua jenis.

Walau bagaimanapun. ulama mengatakan bahawa tidak semestinya penambahan nama perawi itu dilihat sebagai suatu cillah yang boleh menjejaskan kesahihan sesebuah hadith. (Muslim. 3. bab 33. Di dalam perbahasan hadith jenis ini.Kitab Tashifat Al-Muhaddithin oleh Abu Ahmad Al-cAskari. 10. Sumber rujukannya: Antara yang khusus untuk jenis ini ialah Kitab Tamyiz Al-Mazid Fi Muttasil AlAsaanid oleh Al-Khatib Al-Baghdadi. yang mana maksudnya: “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu sembahyang sambil menghadap kepadanya”.a.Kitab Islah Khato’ Al-Muhaddithin oleh Al-Khattabi.5. jika dapat dipastikan melalui kajian yang terperinci bahawa penambahan yang berlaku memang daripada kesilapan perawi. no: 972). . yang mana kedua-dua sanadnya adalah sahih. kerana kemungkinan hadith tersebut diriwayatkan di dalam dua keadaan yang berbeza.w bersabda.2. Contohnya: Hadtih riwayat Ibn Al-Mubarak daripada Sufyan daripada Abd Ar-Rahman Ibn Yazid daripada Busr Ibn cUbaidillah daripada Abu Idris Al-Khaulani daripada Wathilah r. maka dalam konteks ini ia dilihat sebagai cillah yang menjadikan sesebuah hadith itu dhacif.5 Al-Mazid Fi Muttasil Al-Isnad (‫السناد‬ ‫)الزيد في متصل‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku penambahan nama perawi di tengah-tengah sanadnya yang memang bersambung. kitab Al-Janaiz.a daripada Abu Marthad bahawa Rasulullah s. Dalam hadith ini penambahan nama perawi dikatakan berlaku di dua tempat iaitu perawi yang bernama Sufyan dan yang bernama Abu Idris Al-Khaulani.

Dalam tajuk ini ia hanya terdapat dua jenis sahaja. Dalam konteks ini.a. jenis riwayat yang membawa hukumnya kepada Ash-Shaz ada di tempat Mukhalafat Al-Thiqaat.Ash-Shaz pada sanad Contohnya. Jenis-jenisnya: Berdasarkan tempat berlakunya percanggahan.a. manakala riwayat Ibn Juraij dan Ibn cUyainah dinamakan ‘Al-Mahfuz’ (‫ )المحفوظ‬iaitu lawan kepada ‘Ash-Shaz’. ianya terbahagi kepada dua jenis.w. secara marfuc misalnya.w. secara mursal iaitu dengan menggugurkan Ibn cAbbas. .6 Pembahagian Hadith Dhacif Berdasarkan Sebab Kewujudan Unsur Percanggahan. sebuah hadith riwayat Ibn Juraij dan Ibn cUyainah daripada cAmr Ibn Dinar daripada cAusajah daripada Ibn cAbbas daripada Rasulullah s.1 Ash-Shaz (‫)الشاذ‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayat oleh perawi yang maqbul atau thiqah tetapi bercanggah dengan riwayat perawi-perawi yang lebih thiqah daripadanya. Maka di bawah ini akan dijelaskan secara terperinci tetang maksud bagi kedua-dua jenis hadith ini di mana ia mempunyai sebab kewujudan unsur percanggahan. Manakala. Apabila dilihat pada gambar rajah pembahagian hadith Dhacif pada awal bab ini.6.10. 10. riwayat Hammad dikatakan Shaz. iaitu: 1. terdapat beberapa jenis riwayat yang hukumnya membawa kepada Al-Munkar. Sedangkan Hammad Ibn Salamah meriwayatkan hadith yang sama daripada cAmru Ibn Dinar daripada cAusajah daripada Rasulullah s.

sedangkan perawi-perawi thiqah meriwayatkan hadith tersebut secara mauquf setakat Ibn cAbbas sahaja.Ada unsur percanggahan dengan riwayat perawi thiqah.. 2.w. Contohnya: Hadith riwayat Hubayyib Ibn Habib Az-Zayyat daripada Abu Ishaq daripada Alc Aizar Ibn Huraith daripada Ibn cAbbas daripada Rasulullah s.a.2. sedangkan perbuatan dan perkataan boleh membawa kesimpulan hukum yang berbeza-beza.w bersabda.w.2 Al-Munkar (‫)المنكر‬ Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dhacif kemudian bercanggah pula dengan riwayat perawi yang thiqah.6. . 10. bukan daripada sabda baginda. iaitu: 1. yang mana maksudnya: “Apabila seseorang itu telah selesai sembahyang sunat fajar maka hendaklah dia tidur mengiring atas lambung kanannya.Kedhacifan perawi yang meriwayatkannya. hadith riwayat cAbd Al-Wahid Ibn Ziad daripada Al-cAmash daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s. Syarat-syaratnya: Berdasarkan definisi di atas. hadith ini dikatakan Shaz pada matannya kerana ramai perawi thiqah selain daripada cAbd Al-Wahid Ibn Ziad meriwayatkannya daripada perbuatan Rasulullah s. dapatlah disimpulkan bahawa ianya ada dua syarat.Ash-Shaz pada matan Contohnya.” Menurut Al-Baihaqi. secara marfuc.a.a.

. riwayat Hubayyib dikatakan ‘Munkar’.Dalam konteks ini. manakala riwayat perawiperawi thiqah tersebut dinamakan ‘Al-Macruf’ (‫ )المعروف‬iaitu lawan kepada Al-Munkar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->