You are on page 1of 30

TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

SOALAN

Salah satu Tonggak Dua Belas untuk penjawat awam ialah ketinggian peribadi.

a) Huraikan amalan-amalan yang boleh menggambarkan seseorang penjawat awam itu

tinggi peribadinya.

b) Jelaskan langkah-langkah yang wajar diambil untuk menjadikan anggota organisasi

anda tinggi peribadinya.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


1
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

1.0 Pendahuluan

Perkhidmatan Awam merupakan satu institusi yang utama dan penting dalam sesebuah

negara. Ia amat perlu bagi memelihara hubungan keluarga, sosial dan menjamin

kehidupan seluruh negara. Sesebuah kerajaan yang memerintah adalah bertanggungjawab

menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk negara

mencapai matlamat ekonomi dan sosial yang dirancang.

Setiap negara mempunyai hasrat supaya sistem pentadbirannya mencapai satu tahap yang

tinggi dan mempunyai imej yang bersih serta dapat mendukung pembangunan negara ke

arah peningkatan kualiti kehidupan rakyatnya. Hasrat inilah yang diharapkan oleh

Kerajaan Malaysia yang berasaskan kepada kesedaran bahawa peranan Perkhidmatan

Awam adalah amat penting dalam membantu usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara maju berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Penjawat

Perkhidmatan Awam perlulah menghayati dan menanam sikap-sikap dan nilai-nilai yang

positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian atau tatakelakuan anggota

Perkhidmatan Awam.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan agar nilai-nilai murni dan etika kerja

yang baik dapat diterapkan di kalangan anggota perkhidmatan Awam. Secara ringkas,

nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam terkandung dalam institusi utama masyarakat

iaitu agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran masyarakat yang merupakan asas

rasional bagi Perkhidmatan awam yang berkesan di negara ini. Nilai-nilai dan etika

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


2
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Perkhidmatan Awam pada hakikatnya dicedok daripada intipati pegangan iman sesebuah

masyarakat yang mengawal kehidupan masyarakat itu. Sumber-sumber nilai ini terdapat

di dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan kebudayaan

masyarakat tersebut. Warisan nilai-nilai sesebuah negara dapat dilihat daripada nilai-nilai

dan etika yang sentiasa disebut oleh pemimpin negara.

Beberapa dasar atau pekeliling telah dikeluarkan oleh dengan tujuan agar nilai dan etika

perkhidmatan awam dapat dihayati seperti Teras Perkhidmatan Awam, Tonggak 12

Perkhidmatan Awam, Dasar Pandang ke Timur, Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam

Pentadbiran, Kepimpinan melalui teladan, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang,

Pengurusan Kualiti dan Anugerah Kualiti dan Konsep Perkhidmatan Cemerlang

Tujuan Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam ialah untuk meninggikan mutu

perkhidmatan awam, memelihara kepercayaan awam, memupuk tanggungjawab bersama,

mewujudkan suasana sihat dan cekap, mengeratkan hubungan sesama kakitangan,

membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara. Selain itu,

nilai atau etika Perkhidmatan Awam amat diperlukan kerana permintaan perkhidmatan

awam meningkat, curiga atas kemampuan perkhidmatan awam, azam kerajaan untuk

meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan awam dan faktor lain termasuk persaingan

globalisasi, ancaman keselamatan, kemerosotan ekonomi, dan gejala sosial.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


3
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Apakah yang dimaksudkan sebagai Nilai?

“…Oleh kerana itu, nilai secara relatifnya merupakan rangka keutamaan dalam

membentuk pilihan yang kekal yang membentuk dan mempengaruhi perilaku semulajadi

individu. Nilai seseorang akan memperlihatkan kecenderungannya dalam melakukan

sesuatu,sementara norma memperlihatkan ketentuan-ketentuan dan tangunggjawab-

tanggungjawab sosial. Nilai dibentuk pada asanya oleh tradisi keagamaan sedangkan

norma pula dibentuk pada asasnya oleh keperluan-keperluan dalam kegiatan hidup

berkelompok”

Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (Tahun)

Nilai ialah pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak dan

merangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku. Nilai boleh

dikategorikan seperti berikut iaitu; agama, budaya, etika dan juga moral. Di dalam

perkhidmatan awam, Nilai Murni adalah seperti adil dalam perlantikan, amanah dalam

menjalankan tugas, bertanggungjawab dalam memberi khidmat, ikhlas dalam

perkhidmatan awam, dedikasi dalam perkhidmatan awam, tekun dalam perkhidmatan

awam dan berdisplin dalam perkhidmatan awam.

Definisi Etika

Etika berasal daripada perkataan Greek ‘Ethos’ yang bermaksud ‘adat’ atau ‘cara hidup’

Ia juga bermaksud satu set peraturan tingkah laku spt kod etika perguruan, etika

perubatan dan lain - lain.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


4
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Manakala, The Oxford English Dictionary mentakrifkan etika sebagai ilmu berkaitan

dengan dasar-dasar akhlak atau moral atau sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-

hukuman, tingkahlaku atau kelakuan bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Perkataan

akhlak (moral) itu sendiri ditakrifkan sebagai perilaku yang baik dan tidak baik atau yang

membezakan di antara yang baik dan buruk. Dalam pentadbiran, etika yang perlu ada

adalah seperti kejujuran (honesty), keadilan (justice), kebenaran (veracity), keberanian

(courage), kesopanan (politeness), kemaafan (forgiveness), kesabaran (patience),

ketenteraman (peacefulness), mudah didampingi (accessibility), simpati (sympathy) dan

empati (empathy).

Di dalam Etika Perkhidmatan Awam (1979) Teras Perkhidmatan Awam (Perkhidmatan

Cemerlang) telah menggariskan beberapa panduan kepada penjawat awam untuk

dijadikan satu aras dalam menjalankan perkhidmatan dengan lebih cemerlang iaitu

bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap pentingkan diri,

berkhidmat dengan muhibah, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan

pembangunan Negara, bersama membenteras kelamahan serta musuh dan berpegang

teguh kepada ajaran agama

Setiap penjawat awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan dengan kemahiran

menerusi latihan, pembacaan, menghadiri seminar atau bengkel dan mengatasi

kelemahan diri sendiri selain menyumbang kepada meningkatkan mutu perkhidmatan

jabatan. Selain itu, penjawat awam juga seharusnya memupuk sikap kreatif dalam kerjaya

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


5
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

dengan mencari pembaharuan atau pemodenan dalam sistem kerja dan pengurusan.

Penjawat awam juga harus bekerja dengan penuh tanggungjawab dengan menghayati

spesifikasi kerja serta sumbangan tenaga yang lebih dalam menjalankan tugas bagi

mencapai tingkat seoptima yang mungkin. Dalam menjalankan tugasan juga, penjawat

awam semestinya menepati janji seperti yang telah diikrarkan serta dapat menyelesaikan

masalah dengan cepat meskipun tanpa arahan daripada pihak atasan. Sebagai penjawat

awam yang cemerlang dalam tugasnya, kita perlu berusaha mengikis sikap pentingkan

diri serta menghapuskan sifat sombong atau bongkak.

Justeru itu, penjawat awam perlu menggunakan kuasa dan wang dengan saksama dan

cermat serta tidak menyalahgunakan amanah yang diberikan. Di samping itu, penjawat

awam mesti berkomunikasi dengan berkesan dan memberi peluang bertanya. Menyedari

tentang keunikan Malaysia sebagai Negara yang berbilang kaum, maka amatlah perlu

kepada memupuk nilai toleransi dan menjalin muhibah tanpa mengira masa samada di

tempat kerja atau sebaliknya. Aspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Berbahagia

Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6 menjadi pemangkin kepada

pemupukan nilai-nilai yang telah dinyatakan tadi. Selain itu, sebagai penjawat awam juga

kita perlu bijak mengawal perasaan misalnya sabar, bertimbang rasa, selalu senyum, beri

layanan mesra tanpa pilih kasih dan yang paling penting adalah cekal dalam menghadapi

cabaran.

Adalah perlu untuk kita memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara dengan

membimbing rakyat di mana yang bersesuaian, menyedarkan rakyat tentang

pembangunan, meninggikan taraf hidup rakyat dengan melibatkan golongan tersebut

dalam aktiviti pembangunan dan juga memahami dasar-dasar kerajaan. Selain itu, kita

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


6
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

perlu melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela untuk membantu rakyat. Walau

bagaimanapun, pentadbiran yang cekap belum tentu boleh dianggap sebagai pentadbiran

yang bersih jika amalan rasuah dan penyelewengan kuasa terus bermaharajalela. Amalan

negatif ini akan menjadi barah dalam pentadbiran negara jika tiada langkah – langkah

drastik dijalankan. Maka tugas penjawat awamlah yang diperlukan untuk membersih

pentadbiran negara bukan sahaja daripada rasuah bahkan juga membanteras kemiskinan,

kejahilan, subversif, pelampau, penyalahgunaan serta penyeludupan dadah,

pemerdagangan manusia dan lain-lain.

Oleh sebab itu, penjawat awam haruslah berpegang teguh kepada ajaran agama. Dengan

penerapan agama yang menyeluruh maka kita dapat menghindarkan diri dari terlibat

dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral seperti jenayah, rasuah, dadah, dan lain-lain.

Penerapan nilai-nilai murni yang kukuh ini menjadi perisai untuk menghadapi segala

rintangan pada masa hadapan.

2.0 Definisi Konsep

Peribadi seseorang ialah “the total personality” di mana ianya berkaitan antara watak,

sikap, perilaku dan gaya pembawaan diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di

rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Tidak dapat

dinafikan bahawa pengalaman hidup biasanya juga dikira sebagai membina watak.

Namun watak sahaja tidak cukup untuk membentuk keperibadian yang baik. Sikap yang

positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih

tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


7
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

peribadi. Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan lagi hiasan luaran

peribadi. Dari sudut sifat dalaman pula seseorang itu perlu tenang, bersikap belas kasihan

tetapi tegas, beramah mesra, kuat disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.

Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh seseorang yang berjiwa besar dan

berakhlak tinggi.

Menurut Imam Al –Ghazali ”Buruk laku itu menambah buruknya amalan,sebagai mana

cuka merosakkan madu.” Sebagai pensyarah di zaman serba mencabar ini, adalah

penting untuk kita ketahui bagaimanakah pengamalan nilai dan etika dalam

melaksanakan tugas kita agar berupaya melahirkan generasi modal insan berkualiti yang

bertaraf minda kelas pertama. Keperluan terhadap nilai dan etika sebagai salah satu

cabang nilai dalam kehidupan manusia bermula selaras dengan martabat manusia yang

diutuskan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, setiap manusia

dianugerahkan dengan sifat-sifat dan nilai-nilai mulia yang menjadi pegangan setiap

manusia secara fitrah dan semulajadi.

Pendidikan adalah merupakan salah satu komponen yang penting dalam melahirkan

masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Kerajaan sedar akan

kepentingan nilai-nilai integriti perlu diterapkan secara holistik di kalangan rakyat

khususnya kakitangan awam di negara kita, selaras dengan cabaran keempat Wawasan

2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,

dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan

ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


8
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Tonggak 12 (Twelve Pillars)

Tonggak 12 (Twelve Pillars) terdiri daripada dua belas tonggak yang perlu diamalkan

oleh semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Ianya

mengemukakan panduan-panduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan

baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu ditinggalkan. Antara

amalan-amalan yang perlu diamalkan ialah:-

1. Menghargai Masa (Value of time)

2. Ketekunan membawa kejayaan (Success of perseaverance)

3. Keseronokan bekerja (Pleasure of working)

4. Kemuliaan kesederhanaan (Dignity of simplicity)

5. Ketinggian peribadi (Worth of Character)

6. Kekuatan sifat baik hati (Value of kindness)

7. Pengaruh teladan (Influence of examples)

8. Kewajipan menjalankan tugas (Obligation of duty)

9. Kebijaksanaan berhemat (Wisdom of economy)

10. Keutamaan kesabaran (Virtue of patience)

11. Peningkatan bakat (Improvement of talent)

12. Nikmat mencipta (Joy of originating)

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


9
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Rajah di bawah menunjukkan Tonggak Dua Belas (Twelve Pillars)

MENGHARG AI
MASA
KETEKUNAN
NIKMAT
MEMBAWA
MENCIPTA
KEJAYAAN

PENINGKATAN KESERONOKAN
BAKAT BEKERJA

KEMULIAAN
KEUTAMAAN TONGGAK
KESEDERHANA
KESABARAN DUA BELAS
AN

KEBIJAK
KETINGGI AN
SANAAN
PERIBADI
BEKHIDMAT

KEWAJIPAN KEKUATAN
MENJALANKAN SIFAT BAIK
TUGAS HATI
PENGARUH
TELADAN

3.0 Amalan-amalan yang boleh menggambarkan seseorang penjawat awam itu

mempunyai ketinggian peribadi

3.1. Keteguhan iman dan bertakwa dalam setiap tindakan

Seorang penjawat awam yang mempunyai ketinggian peribadi boleh dilihat melalui

teguhnya keimanan dan dia sorang yang bertakwa dalam setiap tindakan. Ini dapat dilihat

melalui air mukanya yang jernih, bersih, manis dan menyenangkan. Dia juga cenderong

ke arah kebaikan dan menggalakkannya serta peka kepada kejahatan dan mencegahnya.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


10
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

3.2. Menyempurnakan tugas dengan amanah

Amanah adalah satu konsep yang luas meliputi sikap bertanggungjawab terhadap Allah

dan sesama manusia. Kita semua hanyalah khalifah atau pemegang amanah yang

diamanahkan dengan harta tertentu dan ianya hanya bersifat sementara. Di dalam konsep

amanah sesama manusia, setiap kita adalah dibebankan dengan tanggungjawab sebagai

kahlifah di muka bumi untuk memimpin dan menunjukkan contoh yang baik. Jadi kita

perlu melaksanakan amanah ini dengan baik. Di samping itu, apabila diberikan amanah

oleh rakan atau sesama insan, kita perlulah menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas

dan bersungguh-sungguh. Amanah di sini dikhususkan kepada konsep berpegang teguh

dengan janji sama ada nyata atau tersirat. Selain itu, dia juga seorang yang

menyempurnakan tugas dengan amanah di mana tidak menyalahgunakan amanah yang

diberikan oleh pihak atasan. Sepertimana di dalam firmanNya “Wahai orang yang

beriman, sempurnakanlah janjimu” Al- Maidah :1

3.3. Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab

Ikhlas pula dikaitkan dengan niat atau dorongan di dalam melakukan sesuatu. Ia biasanya

dikaitkan dengan naluri semula jadi manusia yang menjadi asas budi pekerti umum.

Menurut perspektif Islam, nilai faedah atau pahala yang diperolehi dari satu amalan yang

baik akan berlipat ganda jika dilakukan dengan penuh ikhlas. Sebuah hadis Rasulullah

berbunyi:”Ikhlaslah terhadap agamamu, cukup bagimu amalan yang sedikit”

Di samping itu, seseorang penjawat awam yang ikhlas tidak akan mudah melatah dengan

teguran, kritikan, bangkangan dan pertentangan pendapat. Dia juga tidak merasa megah

dengan pujian dan sanjungan kerana mengetahui bahawa teguran adalah peringatan ke

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


11
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

arah kesempurnaan peribadinya dan pujian adalah amaran supaya dia mengawasi

keikhlasannya. Ciri-ciri pekerja yang ikhlas antaranya ialah dia tidak menunjuk-nunjuk

dalam melaksanakan tugas kepada ketuanya; tidak memilih-milih kerja dan melakukan

apa saja tugas yang telah diberikan; serta melaksanakan sesuatu tugas dalam tempoh yang

ditetapkan tanpa mengira waktu sama ada di pejabat atau selepas waktu pejabat.

3.4. Berilmu dan berpengetahuan luas

Seseorang penjawat awam yang mencintai ilmu dan berpengetahuan luas akan selalu

menyebarkan kebaikan, sentiasa bijaksana dalam percakapan, tidak berlebih-lebihan,

tidak memuji diri dan selalu memberi nasihat yang baik dengan ikhlas. Orang yang

berilmu selalu menjaga lidahnya untuk menuturkan perkara yang benar, baik, mengajak

kepada kebaikan, tidak mencerca, berbohong dan sebagainya. Orang yang berilmu

sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk pembangunan diri

(self-development) dan juga bersedia mempelajari teknik-teknik baru dalam

pekerjaannya.

3.5. Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan

Selain itu, jika berperanan sebagai seorang ketua, dia selalu mengiktiraf kebaikan dan

kelebihan orang lain dengan memberi peluang untuk meningkatkan kerjayanya.

Seseorang yang adil selalu bersedia mengakui kesilapannya dan bersedia memaafkan

kesilapan orang lain. Dari sudut tatatertib pekerjaan, percanggahan kepentingan dianggap

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


12
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

sebagai salah satu kesalahan oleh majikan apabila seseorang melakukan sesuatu

perbuatan semasa bertugas atau memegang jawatan tertentu untuk kepentingan sendiri.

Walaupun begitu, bagi memastikan keadilan dilaksanakan, kita perlu melihat sejauh

mana sebarang pertuduhan atau sabitan kepada tahap menyalahi kepentingan sebelum

memutuskan bahawa seseorang telah melakukan satu kesalahan. Islam tidak

membenarkan sama sekali hukuman dikenakan tanpa pembuktian kukuh. Selain dari

membuktikan sabitan tuduhan, perkara penting yang sering diabaikan ialah seberat mana

tindakan tersebut berbanding salahguna yang dilakukan iaitu sama rata dan tidak

memihak. Di samping itu, dia akan memberi kepada yang berhak, berani menilai diri

sendiri dan orang lain secara bijaksana.

3.6. Bertimbang rasa tetapi tegas

Seorang penjawat awam yang tegas dan berani tidak teragak-agak mempertahankan

kebenaran, kebaikan dan keadilan walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi.

Namun begitu, dia melakukannya secara sopan dan bijaksana. Selain itu, seorang

penjawat awam adalah seorang yang sentiasa menjaga maruah diri dan orang lain. Bila

dia memuji dia ikhlas dengan pujiannya dan apabila dia menegur atau memarahi tidak di

depan kakitangan yang lain. Sebagai penjawat awam, dia juga mestilah seorang

bertimbang rasa dan sentiasa sensitif terhadap kebajikan orang di bawah jagaannya akan

melakukan sesuatu tanpa disuruh asal sahaja beliau sedar bahawa sesuatu itu perlu

diambil tindakan.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


13
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

3.7. Bersopan santun serta sederhana dalam setiap perbuatan

Di samping itu, seorang yang bersopan santun dan berakhlak mulia, memahami adab bila

berhadapan dengan orang yang lebih tua atau berpangkat lebih tinggi daripadanya. Dia

akan faham peranan dan kedudukannya dan dengan itu tidak segan silu untuk

menunjukkan perasaan hormat melalui tingkah laku yang sesuai dan sederhana dalam

kelakuannya.

3.8. Sedia berkorban

Tidak dapat dinafikan bahawa sifat pengorbanan demi menjaga nama baik organisasi dan

juga masyarakat adalah satu amalan mulia. Sebagai seorang penjawat awam, kita perlu

mendidik sikap untuk tidak mementingkan diri sendiri melalui pengorbanan.

3.9. Kemas luaran/tindakan ( dalam pakaian, pemikiran dan tindakan)

Berada di dalam lingkungan kerjaya sebagai penjawat awam, kita tidak dapat lari

daripada kekemasan. Bukan sahaja kekemasan dari segi berpakaian bahkan perlu

mementingkan kekemasan kerja. Sekiranya berbicara mengenai disiplin pemakaian, para

penjawat awam perlu mengikuti etika pemakaian yang ditetapkan. Hal ini kerana, melalui

kekemasan berpakaian, masyarakat dapat menilai imej yang ditonjolkan.

3.10. Bekerjasama dan saling hormat-menghormati

Amalan bekerjasama di antara para penjawat awam dan sikap saling hormat menghormati

dapat melancarkan urusan kerja seharian. Sifat-sifat murni ini memang nampak mudah

dikatakan tetapi sebenarnya sukar untuk dipraktikkan jika masing-masing enggan

bertoleransi dan mempunyai sifat iri antara satu sama lain. Oleh itu, budaya kerjasama

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


14
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

dan hormat menghormati menjadi tonggak utama dalam mencapai kualiti di dalam

perkhidmatan.

3.11. Berlumba-lumba utk membuat kebajikan

Di dalam zaman yang serba mencabar dan bersifat material ini, sikap menyebarkan

kebaikan atau kebajikan makin terpinggir. Natijahnya, golongan yang berjawatan atau

berkuasa masing-masing hanya mementingkan keuntungan peribadi. Maka, para

penjawat awam seharusnya berlumba-lumba membuat kebajikan dan membantu mereka

yang berada di dalam kesusahan misalnya membantu golongan awam yang tidak

mempunyai penempatan yang tetap mahupun golongan berpendapatan rendah.

3.12. Bersifat penyayang

Sifat penyayang merupakan salah satu ciri-ciri kemanusiaan yang perlu wujud dalam diri

seorang penjawat awam. Melalui sifat penyayang dapat melahirkan individu yang

bertoleransi, hormat menghormati, bersopan santun dan berhemah tinggi.

3.13. Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran

Sebagai seorang manusia, sifat sabar merupakan satu nilai murni yang sukar untuk

dipraktikkan apatah lagi jika berada di dalam tekanan. Namun, sekiranya memiliki

kesabaran yang tinggi, maka ianya merupakan satu kelebihan kepada individu yang

berkhidmat sebagai penjawat awam. Dengan kesabaran, segala tekanan yang dihadapi

dalam kerjaya dapat diatasi. Dari situ jugalah dapat mengukur sejauh mana keteguhan

peribadi kita dalam menghadapi sesuatu cabaran.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


15
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

3.14. Taat setia dan patuh kpd arahan

Perkara penting yang perlu ada dalam diri penjawat awam adalah sikap taat dan patuh

kepada arahan yang diberi oleh pihak atasan. Taat setia yang tinggi menunjukkan

individu tersebut dapat dipercayai untuk memberi khidmat sebagai penjaga kepentingan

masyarakat.

3.15. Bersyukur dan menghargai kebaikan

Sebagai Muslim rasa bersyukur adalah manifestasi kepada ucapan terima kasih kepada

Allah s.w.t. kerana memberi kenikmatan setiap hari. Amalan ini juga harus dipraktikkan

di dalam perkhidmatan di mana para penjawat awam perlulah sentiasa bersyukur dan

menghargai setiap kebaikan yang diterima samada daripada Allah s.w.t. dan juga sesama

manusia.

3.16. Bersih daripada sifat dengki

Sebagai seorang penjawat awam yang bersifat professional, perlu untuk menghindari sifat

hasad dengki sesama penjawat awam. Dengan cara ini, maka dapat melahirkan penjawat

awam yang berintegriti dan rasional.

3.17. Berani dan berpendirian teguh

Bersikap berani untuk menyuarakan pandangan dan juga berpendirian teguh membuat

keputusan yang diyakini benar adalah satu sikap berintegriti tinggi yang perlu ada dalam

diri seseorang penjawat awam. Dengan cara ini segala urusan dapat dilaksanakan secara

telus dan cepat.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


16
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

3.18. Bertanggungjawab dan sedia berbakti

Akauntabiliti menjadi unsur yang paling penting untuk mengukur sejauhmana seseorang

penjawat awam cekap dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Melalui sikap

kebertanggungjawaban dan sikap sedia berbakti menjadi intipati yang berguna untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan.

3.19. Jimat cermat dalam segala aspek

Amalan berjimat cermat di dalam setiap aspek harus diamalkan setiap masa. Melalui

budaya jimat cermat dapat mengukuhkan lagi ekonomi Negara yang berada di dalam

keadaan berisiko. Saranan Perdana Menteri untuk mengurangkan majlis-majlis keraian

yang bersifat mewah adalah satu langkah permulaan yang baik. Dengan cara ini para

penjawat awam tidak akan sewenang-wenangnya membuat pembaziran yang terarah

kepada unsur peribadi.

3.20. Tertib dan baik budi bicara

Tatakelakuan yang tertib dan baik budi bicara adalah sahsiah yang terpuji yang

seharusnya ada pada semua penjawat awam. Dengan cara inilah masyarakat akan

memandang tinggi ataupun menghormati para penjawat awam.

3.21. Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas

Para penjawat awam harus cergas dan cekap dalam memikul tugas yang diamanahkan

oleh kerajaan. Melalui cara ini maka dapat membuat pemantauan atau senarai semak

untuk masa akan datang.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


17
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

3.22. Cekal menghadapi cabaran

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam kerjaya sebagai seorang penjawat awam adalah

menjadi keuntamaan untuk sentiasa cekal menghadapi cabaran. Kekuatan mental adalah

perlu untuk menjadi lebih cekap meskipun terpaksa menghadapi rintangan dari pelbagai

sumber yang ada.

4.0. Amalan-amalan negatif yang perlu dihindari oleh seseorang penjawat awam

yang dalam membentuk ketinggian peribadi.

Antara amalan-amalan negatif yang perlu dihindari oleh setiap penjawat awam adalah

seperti berikut:-

4.1. Pemarah dan tidak sabar

Pegawai yang perengus dan pemarah akan bertindak secara membuta tuli misalnya

melemparkan fail kerana kerja-kerja yang diarah tidak memuaskan hatinya. Dia

sepatutnya menyatakan perkara-perkara yang tidak memuaskan itu untuk diperbaiki

secara berhemah.

4.2. Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan

Penjawat awam yang menggunakan kedudukan, kuasa dan kemudahan untuk memuaskan

keperluan peribadi, misalnya membaiki atau membesar bilik pejabat mengikut selera

peribadi.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


18
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

4.3. Amalan rasuah

Imej perkhidmatan awam juga dicemari gejala rasuah. Ini disebabkan orang ramai

cenderung mengaitkan perkhidmatan awam yang mempunyai kuasa pentadiran dan

penguatkuasaan undang-undang mudah melakukan rasuah. Kecenderungan ini masih

wujud pada hari ini bahkan berleluasa. Tanggapan ini sebenarnya menyentuh kebanyakan

jabatan-jabatan kerajaan. Dengan itu, tanggapan dan persepsi ini perlu dilenyapkan. Jika

tidak, mungkin timbul krisis kepercayaan dalam perkhidmatan awam.

Gejala rasuah jika tidak di tangani dengan berkesan, akan terus meningkat dan akhirnya

akan melumpuhkan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan

akan dipandang serong, walaupun ada yang tidak pernah meminta atau menerima rasuah.

Integriti perkhidmatan awam akan tergugat secara serius. Selain aspek moral, kegiatan

rasuah juga akan membawa ‘ripple effect’ atau kesan yang merebak kepada ekonomi dan

kesejahteraan negara. Kes perniagaan dan kos hidup akan meningkat kerana kelambatan

atau penyelewengan harga akibat daripada rasuah. Kualiti infrastruktur, barangan atau

perkhidmatan terjejas kerana sebahagian kos diambil oleh rasuah. Masyarakat miskin

ditindas kerana tidak cukup wang kopi, walaupun merekalah yang paling memerlukan

bantuan dan petolongan

4.4. Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan

Apabila seseorang itu terlalu bersikap birokratik dan autokratik, dia akan menjuruskan

kepada kekejaman dan kezaliman sepertimana setiap keputusan mesti mengikut peraturan

rasmi walaupun tidak bersesuaian atau semua keputusan mesti dibuat oleh seseorang

tertentu walaupun hanya perkara rutin.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


19
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

4.5. Percaya perkara tahyul

Percaya perkara tahyul akan merugikan bahkan membawa kepada syirik. Kita akan

kerugian masa kerana sentiasa bergantung kepada untung nasib, rugi harta benda kerana

berbelanja benda-benda yang tidak perlu. Ini akan menyebabkan kerugian dari segi

keteguhan peribadi kerana sentiasa dalam keadaan takut dan risau.

4.6. Suka mengintip salah silap orang lain

Mengintip kesilapan orang lain adalah merupakan satu amalan yang buruk. Ini bererti

kita selalu was-was dan ianya adalah dilarang dalam agama. Ini kerana ianya

memburukkan perhubungan sesama manusia.

4.7. Tidak ambil berat

Sikap tidak mengambil berat akan menyebabkan penjawat awam kekal berada di takuk

lama. Bersikap sambil lewa dan budaya “tak apa” membuatkan para penjawat awam

masih gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di luar sana.

4.8. Bersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri

Seseorang yang berdegil tidak mahu mengubah cara membuat sesuatu tidak akan maju

kerana dia sentiasa berada pada tahap yang sama. Oleh itu, dia perlu meluaskan

pandangan dan mencuba sesuatu yang baru menunjukkan sikap ingin maju.

4.9. Tidak berdisiplin

Antara amalan negatif yang menunjukkan sikap tidak berdisiplin ialah mengambil

keputusan pada masa yang tidak sesuai untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, setiap

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


20
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

pekerja tidak boleh membincangkan hal-hal peribadi pada waktu bermain di padang, di

majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi.

4.10. Lembab dan malas berusaha

Kelemahan ketara ialah imej negatif perkhidmatan awam yang dipegang sebahagian

rakyat. Walaupun beberapa langkah telah diambil, perkhidmatan awan masih dianggap

birokratik, lembab, tidak mesra, tidak responsif kepada keperluan rakyat, serta tidak

cekap dan tidak professional dalam menjalankan tugas. Persepsi negatif ini sedikit

sebanyak dipengaruhi oleh prejudis lama, tetapi ia juga berasaskan kenyataan semasa.

Boleh dikatakakan ramai rakyat yang pernah mengalami layanan kurang memuaskan

daripada kakitangan kerajaan. Urusan tanah dan pembinaan misalnya, terkenal dengan

proses yang mengambil masa begitu lama hingga bertahun tahun meskipun semua syarat

telah dipenuhi. Kelemahan-kelemahan ini walaupun tidak berleluasa pada peringkat ini,

ianya tidak boleh dibiarkan berlarutan. Hal ini akan menjejaskan usaha-usaha

pembangunan negara.

Rakyat akan mundur dan menderita dan penjawat am tidak terkecuali dalam menanggung

kesusahan. Dengan itu, matlamat yang kita harus perjuangkan ialah untuk memperbaiki

kelemahan - kelemahan kita, menangani cabaran yang dihadapi dan menjadikan

perkhidmatan awam malaysia sebuah perkhidmatan yang bertaraf dunia. Bertaraf dunia

yang dimaksudkan adalah mencakupi keperluan pelanggan dengan khidmat cemerlang,

produktiviti serta efisiensi, etika dan kebebasan dari rasuah.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


21
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

4.11. Tiada prinsip ( pendirian tidak tetap)

Sebagai seorang penjawat awam, anggota perlu bersikap tegas terutama dalam soal

prinsip. Soal pendirian dalam kerjaya perlulah ditetapkan dan tidak bersikap seperti resmi

lalang. Jika seseorang anggota penjawat awam tidak mempunyai prinsip dan pendirian

tidak tetap menyebabkan imejnya akan merudum di mata masyarakat dan mudah untuk

dipengaruhi oleh orang lain untuk kepentingan sendiri.

4.12. Selalu berpura-pura dalam tindakan

Sikap berpura-pura dalam tindakan atau hipokrit boleh menyebabkan masyarakat

memandang serong kepada anggota penjawat awam. Jika perkhidmatan yang diberi

hanya untuk menunjuk-nunjuk semata-mata dan tidak ikhlas menyebabkan kebaikan kita

tidak dinilai secara spiritual. Kemungkinan besar anggota tidak akan merasa kepuasan

dalam kerjaya.

4.13. Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk

Seorang anggota penjawat awam perlu bersikap merendah diri dan mesra dengan

masyarakat. Sikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk akan menyebabkan mereka

dinilai secara negatif bukan sahaja oleh masyarakat bahkan juga di kalangan rakan

sejawat.

4.14. Gopoh dalam bertindak

Setiap tindakan yang diambil perlulah dilakukan secara berhemah dan berhati-hati.

Sebelum membuat keputusan, perlulah menilai kesan-akibat yang kemungkinan berlaku

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


22
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

disebabkan oleh keputusan tersebut. Sikap gopoh hanya memakan diri sendiri dan

menyebabkan tindakan yang diambil akan menemui kegagalan.

4.15. Mungkir janji

Sikap paling negatif yang tidak boleh sesekali diamalkan oleh anggota penjawat awam

adalah mungkir janji. Sikap ini boleh menyebabkan imej anggota terjejas dan sekali gus

memberi impak kepada jabatan. Masyarakat akan memandang serong dan prejudis

terhadap sikap buruk tersebut.

4.16. Berdendam serta hasad dengki

Sikap dendam dan hasad dengki menjadi punca kepada perpecahan di kalangan anggota

penjawat awam. Sikap buruk ini akan memakan diri sendiri dan akhirnya mencemarkan

integriti jabatan itu sendiri.

4.17. Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah

Sebagai seorang penjawat awam, sifat amanah dan boleh dipercayai menjadi satu

kemestian dalam keperibadian anggota. Sifat ini sejajar dengan dasar awam yang

diperkenalkan oleh kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Dasar ini sekaligus

mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru di mana meningkatkan hasil dan

mutu kerja.

4.18. Khianat dalam melaksanakan tugas

Pengkhianatan adalah satu sifat yang paling keji dan tidak patut wujud dalam diri seorang

anggota penjawat awam. Tidak wajar mengkhianati amanah yang diberi kerana ianya

akan menjejaskan integriti anggota itu sendiri dan sekaligus jabatan.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


23
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

4.19. Memfitnah orang lain

Seorang penjawat yang tidak berketinggian peribadi sentiasa tuduh menuduh tanpa

mencari punca sebenar. Dalam perspektif Islam sendiri turut menyatakan secara tegas

tentang bahaya fitnah yang diibaratkan lebih dahsyat dari membunuh. Sikap buruk ini

akan memecahbelahkan perpaduan di kalangan anggota penjawat awam. Ianya

berketepatan dengan maksud firman Allah s.w.t. iaitu:

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang

beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka

azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj: 10)

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


24
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

5.0. Langkah-langkah yang wajar diambil untuk menjadikan anggota organisasi

anda tinggi peribadinya.

Dalam era globalisasi dan liberalisasi, Sistem Perkhidmatan Awam Malaysia menghadapi

cabaran-cabaran yang bukan sahaja untuk mengekalkan kecemerlangan tetapi juga perlu

mempunyai daya tahan yang tinggi demi mencipta kegemilangan sebagai pembolehubah

wawasan Negara. Oleh itu, setiap anggota penjawat awam hendaklah memupuk minda

dan sikap inginkan kecemerlangan. Mereka perlu berfikir secara strategik dan mampu

bertindak sejajar dengan situasi semasa bagi memenuhi aspirasi Negara.

Setiap anggota penjawat awam hendaklah berperibadi atau memiliki sahsiah yang

cemerlang kerana di tangan mereka terletaknya masa depan Negara dan masyarakat.

Pelbagai langkah yang dapat dipraktikkan untuk melahirkan anggota penjawat awam

yang cemerlang dengan mengambilkira pelbagai jenis factor misalnya keupayaan

organisasi, modal insan dan penggunaan teknologi. Usaha yang dapat memupuk dan

mengekal keperibadian tinggi di kalangan anggota penjawat awam adalah seperti

penyertaan dalam kem-kem motivasi dan ceramah, pemberian anugerah pekerja

cemerlang, penerapan nilai-nilai keagamaan atau spiritual dan mewujudkan budaya

kepimpinan melalui teladan.

5.1 Kem Motivasi dan ceramah

Maksud motivasi adalah motivasi adalah dorongan untuk mengubah sikap mental

manusia, kerana apabila sikap bertukar maka bertukarlah tindakan manusia.

sesungguhnya allah mengasihani seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan tekun

dan yang paling baik (maksud hadith) sebagai kakitangan awam, perlulah diterapkan

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


25
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

perkara-pekara berikut seperti kepuasan kerja, prihatin, penyayang, beri perhatian,

teladan, sentiasa bermotivasi, dan kata-kata perangsang.

Ceramah yang diadakan dari masa ke semasa adalah sebagai satu kaedah untuk

memotivasikan anggota penjawat awam untuk terus beristiqamah membentuk

keperibadian yang cemerlang dalam diri masing-masing.

5.2 Anugerah Pekerja Cemerlang

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap perbuatan atau hasil mempunyai ganjaran

di hujungnya. Begitu juga dengan anggota penjawat awam di mana mereka akan terasa

dihargai apabila terpilih sebagai pekerja cemerlang. Mereka juga yakin bahawa dengan

anugerah yang diperolehi menunjukkan segala usaha mereka selama ini adalah berbaloi.

Dari situ juga dapat meningkatkan keperibadian anggota penjawat awam untuk terus

mengamalkan sikap-sikap positif seperti yang dilakukan sebelumnya.

Untuk menjadi seorang pekerja cemerlang bukanlah suatu perkara yang mudah.

Anugerah pekerja cemerlang bukanlah hanya sebagai prestij semata-mata tetapi dinilai

sebagai satu lonjakan untuk memberikan yang lebih baik dalam perkhidmatan. Terdapat

beberapa ciri-ciri wajib yang perlu ada sebelum diiktiraf sebagai pekerja cemerlang

antaranya ialah kerja dianggap sebagai hobi, mementingkan disiplin, menghormati serta

bersangka baik kepada rakan sekerja, kualiti kerja yang lebih dari kualiti biasa dan juga

sentiasa ingatkan Tuhan. Elemen-elemen inilah yang menjadi resepi kepada setiap

anggota penjawat awam untuk diiktirafkan sebagai pekerja cemerlang.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


26
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

5.3 Penerapan Nilai Agama atau Spiritual

Masyarakat Islam percaya bahawa setiap amalan baik yang dilakukan ganjarannya adalah

berupa kebaikan juga yakni syurga. Bagi penganut Budha dan Hindu juga mempercayai

hukum karma di mana kebaikan balasannya adalah kebaikan juga begitu juga sebaliknya.

Begitu juga sebagai penjawat awam adalah penting untuk mereka mengamalkan nilai-

nilai murni seperti yang dilafazkan melalui ikrar penjawat awam termasuklah berpegang

teguh kepada ajaran agama Islam. Dengan cara demikian dapat membentuk anggota

penjawat awam yang berkeperibadian yang tinggi. Mereka juga akan lebih taat dan ikhlas

dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

Sebagai manusia, anggota penjawat awam merupakan agen pembangunan yang utama di

muka bumi ini. Berjaya atau tidak pembangunan di dunia adalah bergantung kepada

manusia. Oleh kerana itu, pembangunan sumber manusia menjadi fokus utama

pembangunan Islam. Sumber manusia menjadi penentu dan kayu ukur kepada keupayaan

satu-satu pembangunan yang dibina. Dengan itu maka pembangunan Islam mesti

menyediakan tenaga manusia dan barisan pelapis yang mencukupi untuk melaksanakan

pembangunan yang cemerlang. Oleh sebab itulah maka dalam pembangunan Islam apa

yang paling terserlah sekali ialah sistem latihan dan strategi penyediaan keupayaan

manusia yang tersusun dan terancang dari aspek rohani dan jasmani. Sekiranya aspek-

aspek ini diberi perhatian serius maka implikasinya akan lebih positif dan mampu

melahirkan anggota penjawat awam yang mampan dan berdaya saing.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


27
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

5.4 Mewujudkan Budaya Kerja Kepimpinan Melalui Teladan

Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib

dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab

dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang

perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan

perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan

kepadanya dengan baik dan adil. Maka dengan cara ini anggota penjawat awam yang

masih baru dapat menjadikan rakan sejawat yang lebih senior sebagai role model di masa

hadapan.

Budaya kepimpinan melalui teladan juga adalah termasuk dalam salah satu dasar yang

diterapkan di dalam dasar-dasar sosial dan etika kerja. Rasionalnya penerapan nilai murni

kepimpinan melalui teladan ini bakal melahirkan anggota penjawat awam yang

beridentiti dan disegani masyarakat. Nilai yang diterapkan dan diamalkan bersifat positif

serta universal iaitu boleh diterima oleh semua bangsa dan agama sejajar dengan aspirasi

1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


28
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

6.0. Rumusan

Secara umumnya, anggota penjawat awam mempunyai pelbagai panduan untuk melatih

diri menjadi pekerja yang lebih baik, cemerlang dan berkualiti secara berterusan. Segala

panduan yang diterapkan perlulah diamalkan dan dijadikan sebagai satu cabaran untuk

terus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Pelbagai kaedah yang

boleh dilakukan untuk menggalakan amalan-amalan nilai dan etika secara berterusan

misalnya dengan mewujudkan sudut Q, membentuk kelab pidato, mengadakan sikap bina

sikap, perbincangan secara mingguan atau bulanan, memberi amanat yang mencabar,

ceramah berkala dan juga penerbitan bahan-bahan bacaan yang dapat dijadikan rujukan

kepada semua anggota.

Bukan satu perkara yang mudah untuk mewujudkan anggota penjawat awam yang

berintegriti, bersih, cekap dan amanah dalam masa yang singkat. Kesimpulannya,

integriti merupakan ciri dalaman seseorang individu. Sifat individu antara lain jujur,

amanah, ikhlas, patuh kepada peraturan, yakin diri, bebas dari pengaruh yang

memesongkan matlamat kerja, setia kepada kerja sebagai amanah, cinta kepada hasil

kerja yang sempurna. Dalam konteks perkhidmatan awam, integriti ini lebih kepada sifat

profesionalisme seseorang kakitangan awam itu dalam melaksanakan kerja dengan penuh

teliti, tekun, bersungguh-sungguh, kepuasan kerja melalui kepuasan pelanggan. Untuk

mencapai tujuan ini, para pemimpin di semua peringkat & lapisan mestilah

mengutamakan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan, tidak mementingkan

diri sendiri, menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa & sebagainya.

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


29
TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 2) TONGGAK DUA BELAS (KETINGGIAN PERIBADI)

Bibliografi

Imam Ghazali dipetik daripada Kata-kata Bestari Kepimpinan (1984), Kuala Lumpur:
Arkib Negara Malaysia.

Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerajaan Malaysia (2007). Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am
Kerajaan. International Law Book Services.

Pelan Integriti Nasional (2004). Edisi Pelancaran PIN. Kuala Lumpur : Institut Integriti
Nasional.

Tonggak Dua Belas (Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan) (2007).
Institut Tadbiran Awam (INTAN)

Laman web:

http://bersamayapeim.blogspot.com/2008/05/menunai-amanah-sebagai-khalifah.html

http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/084459627731a4344825762e001256ec/acca24aa0
5a56adf48256e7e00036054?OpenDocument

http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pd

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/soalanlazim/nb_soalan_lazim.aspx

http://info.mohr.gov.my/perkhidmatan/notaPTKbaru/PIN/PELAN%20INTEGRITI
%20NASIONAL.pdf

http://www.scribd.com/doc/19870863/Pelan-Integriti-Nasional-Pin

http://www.ilim.gov.my/ILIM/index.php?
option=com_content&task=view&id=155&Itemid=67

KIPA KOHORT 5 – KUMPULAN 5


30

You might also like