P. 1
Panduan Pengurusan Jenazah

Panduan Pengurusan Jenazah

|Views: 215|Likes:
Published by dnha_171

More info:

Published by: dnha_171 on Aug 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/04/2013

pdf

text

original

Panduan Pengurusan Jenazah | Pedoman dan Iktibar | Ingat Mati | Talqin | Al-Syumul Homepage

CERAMAH ONLINE : KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKH (REAL AUDIO)

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH
KANDUNGAN
Mukaddimah | Melawat Orang Yang Sakit & Hikmahnya | Apabila sah matinya | Mengurus Jenazah | Orang yang berhak menguruskan jenazah | Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya | Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan jenazah | Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah | Cara memandikan jenazah | Cara mengkafan jenazah | Solat jenazah | Cara mengebumikan jenazah | Talkin jenazah.

~~~

Mukaddimah ~~~(Kandungan)

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk

bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~ ~~~ Melawat orang yang sakit dan hikmahnya ~~~(Kandungan)
Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa

kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. menghadapi dugaan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita 3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah
lakukan samada secara sedar ataupun tidak. Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : 'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'. Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam. Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

1. Perlu berada di sisinya.

2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah
iaitu :

Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat
dan qiam tangannya.

~~~
1.

Apabila sah matinya ~~~(Kandungan)
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkaraperkara berikut hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan 3. Rapatkan kedua belah matanya. 4. Qiamkan tangannya seperti dalam
sembahyang.

kekotoran yang keluar dari duburnya.

5. Rapatkan mulutnya. 6. Ikat dagunya dan simpul di atas
ubunnya.

7. Luruskan kakinya. 8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 9. Letakkan di tempat yang tinggi. 10. Hadapkan ke Qiblat.

~~~

Mengurus Jenazah ~~~(Kandungan)

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah

ialah :

1. Memandikannya. 2. Mengkafankan jenazah. 3. Solat ke atas jenazah. 4. Mengebumikannya.

~~~ Orang yang berhak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

~~~ Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya ~~~(Kandungan)
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang
berhubung dengan kematian.

2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. mengkafankan mayat.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan 4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. 5. Urusan menggali kubur. 6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. 7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. 8. Ucapan takziah.

~~~ Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)
1. Sifat berani. 2. Sabar. 3. Amanah. 4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

~~~

Persediaan dan keperluan untuk memandikan

Jenazah ~~~(Kandungan)
1. Sediakan tempat mandi. 2. Sabun mandi. 3. Air daun bidara. 4. Air bersih. 5. Sugi - 7 batang. 6. Sarung tangan - 3 atau 5. 7. Sedikit kapas. 8. Air kapur barus. 9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa 2. Gunting 3. Kapas 4. Cendana 5. Kapur barus 6. Air mawar 7. Minyak wangi (Minyak Attar) 8. Tikar jerami 9. Bantal (dari daun pandan) 10. Tempat mandi yang khas.

~~~

Cara memandikan Jenazah ~~~(Kandungan)
1. Letakkan mayat di tempat mandi
yang disediakan. muka.

2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali 3. Semua Bilal hendaklah memakai
sarong tangan sebelah kiri.

4. Sediakan air sabun. 5. Sediakan air kapur barus. 6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu. 7. Angkat sedikit bahagian kepalanya
sehingga paras dadanya.

8. Mengeluarkan kotoran dalam
perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta

kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat : Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala" Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga
hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali. 15. Siram sebelah kiri 3 kali. 16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian
lambung kanan sebelah belakang.

17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung
sebelah kirinya pula.

18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil.
13 hingga 17.

19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat. Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t" Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan. 22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan
baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. disediakan.

23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang 24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya. 25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat,
hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll). sempurnanya.

26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan

~~~ Cara-cara mengkafankan jenazah ~~~(Kandungan)
Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangiwangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol. Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima :

Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas. Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan

Keenam :

sapulah minyak wangi.

~~~

Solat Jenazah ~~~(Kandungan)

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam

2. Rukun Solat Jenazah

3. Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala" d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala" e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala" f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
a. Takbir yang pertama :

Membaca lafaz :

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha
Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. 3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan. 5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu
kami memita segala pertolongan.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. 7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras
mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua. Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". c. Takbir yang ketiga : Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa

neraka." d. Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini : "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca :

Back | Home

HUKUM MANDI Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan

dalam hadith berikut, yang bermaksud : Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku." Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." ** (Riwayat Bukhari dan Muslim) Nota Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih." (Fathul Bari 3:372) SYARAT MANDI Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah. Syarat mayat dimandikan. 1. Hendaklah mayat orang Islam. 2. Cukup anggota atau sebahagian badannya. 3. Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya. 4. Mayat itu bukan mati syahid. Sabda Rasullah

Dari Umu' Athiah al-Ansoriah r.a. katanya: "Rasullah s.a.w masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya wafat iaitu bersabda: Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu. Jika kamu pandang elok tambahan yang demikian iatu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit

kapur barus pada kali akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku." Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda, " Balutilah badannya dengan kain ini."

TEMPAT MANDI 2.1 Dibuat tempat yang tertutup. 2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit. 2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit. 2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat. 2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan. 2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika mayat dimandikan. TERTIB MANDI JENAZAH 3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar. 3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan. 3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan. 3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang amanah supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat. 3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain. 3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.** 3.7 Jangan mengangkat suara riuh. 3.8 Jangan mengunyah makanan atau merokok. 3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci

kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids. Nota: "Junjungan kata Nabi s.a.w semasa wafatnya di mandikan dengan mamakai sehelai baju kamis. "Ini berdasakan peristiwa ini:semasa Nabi s.a.w wafat, baginda dimandikan oleh Saidina Ali dan Alfadhal bin Abbas r.a.Manakala Usahamah bin Ziyad r.a. meyiramkan air, ketika itu Saidina Abbas r.a.(bapa saudara Nabi s.a.w)turut hadir.(Maghni almahtaj)

CARA MEMANDIKAN JENAZAH Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mandikanlah dia* (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggotaanggota wudhu". (Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya"**. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perkara yang penting dalam memandikan mayat ialah wajib membersihkan tubuh badan mayat dan celah-celahnya itu daripada najis dan kekotoran dengan meratakan air seluruh anggota badan mayat itu. Maka apabila cara ini telah yakin kebersihannya, bolehlah dikapan, disembahyang dan seterusnya dikebumikan. Cara terbaik yang telah sepakat oleh Ibnu Hajar dan al-Ramli di mana telah menjadi amalan masyarakat nusantara ini dengan panggilan mandi air sembilan cara iaitu : 4.1 Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan. Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut

perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar. 4.2 Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celahcelahnya (menggunakan sarung tangan). 4.3 Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya. 4.4 Mandi dengan air sabun i. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali. ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali. iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3 kali. iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali. v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri belakang hingga ke kaki kiri 3 kali . Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja. 4.5 Mandi dengan air bersih (mutlak) Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi. 4.6 Setelah bersih, diwudhukan dengan niat, " Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala" 4.7 Mandi air bercampur kapur barus Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala" Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala" Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala" Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras. Semasa menjirus, sunat membaca: "Ghufranak rabbana rahman wailakal masir" 4.8 Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu : . Satu kali mandi dengan air sabun. . Satu kali mandi dengan air bersih.

. Tiga kali mandi dengan air kapur barus. 4.9 Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat dikafankan. . Mayat permpuan pula hendaklah dihuraikan rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya. Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas, dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu dihulurkan ke sebelah belakangnya. 4.10 Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya. Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus. Sabda Rasullah:

Menurut satu riwayat, Rasullah s.a.w. bersabda: "Mandikanlah dia" (beberapa kali)asalkan ganjil bilangan:tiga atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan badannya dan anggotaanggota wudhu' (Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah belakangnya.

sumber :www.islamiway.com

PERIHAL LAIN dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi. Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi, tetapi

memadai membersihkan kesannya benda itu. 5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN i. Kerana ketiadaan air. ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya. iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya) iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)

Cara-cara mengkafankan jenazah
Posted in Labels: Pengurusan Jenazah | 8:24 AM Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua :

Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga :

Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima :

Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas. Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Cara Sembahyang Jenazah
Sembahyang jenazah merupakan fardhu kifayah, ianya dilakukan dalam 4 takbir Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah, iaitu:

Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa, iaitu:

Jika jenazah Kanak-Kanak dibaca doa ini:

Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:

Selepas memberi salam dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Talqin Jenazah Lelaki

(Tanda 1) Maka disebut nama simati sekiranya tidak diketahui sebutlah Ya Abdullah Ibni Amatillah

Doa Selepas Sembahyang Jenazah Kanak-Kanak

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->