P. 1
Sistem Ekonomi Sara Diri Dan Komersial

Sistem Ekonomi Sara Diri Dan Komersial

|Views: 4,931|Likes:
Published by Junly Jiang
Huraikan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan sebelum kedatangan Barat dan ekonomi komersial masyarakat tempatan selepas kedatangan Barat.
Huraikan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan sebelum kedatangan Barat dan ekonomi komersial masyarakat tempatan selepas kedatangan Barat.

More info:

Published by: Junly Jiang on Aug 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/13/2015

pdf

text

original

Huraikan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan sebelum kedatangan Barat dan ekonomi komersial

masyarakat tempatan selepas kedatangan Barat.

Rangka jawapan: Pendahuluan y Makna ekonomi sara diri / komersial y Sebelum kedatangan Barat, sistem sara diri diamalkan y Selepas kedatangan Barat, sistem ekonomi kom ersial dan perdagangan diadakan Isi-isi penting

Sebelum kedatangan Barat: 1. Sistem ekonomi sara diri a. Pertanian b. Penternakan c. Perikanan d. Memungut hasil hutan Selepas kedatangan Barat: 1. Pertanian komersial a. Jenis tanaman yang ditanam 2. Perlombongan a. Bijih timah b. Antimoni dan emas 3. Perdagangan antarabangsa a. Kegiatan eksport dan import b. Pelabuhan Singapura
Penutup y Rumusan daripada keseluruhan y Sistem ekonomi tempatan dimajukan apabila kedatangan Barat y Namun, wujud eksploitasi daripada Barat terhadap ekonomi tempatan

Jawapan penuh:

Masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat telah menjalankan kegiatan ekonomi sara diri untuk menampung kehidupan mereka. Ekonomi sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran, hasil tersebut akan ditukarkan dengan barang-barang keperluan lain. Sebahagian besar masyarakat Melayu bergantung hidup melalui kegiatan pertanian, mente rnak binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan berdagang secara kecil -kecilan. Walaubagaimanapun, Barat telah membawa ekonomi komersial dan perdagangan antarabangsa kepada masyarakat tempatan selepas kedatangan mereka. Ekonomi komersial merujuk kepada pengeluaran secara besar -besaran kerana modal yang besar. Oleh itu, pengeluaran secara besar -besaran telah membolehkan kegiatan eksport dijalankan melalui perdagangan antarabangsa.

Dalam sistem ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi sawah dijalankan di kawasan delta sungai. Penanaman padi sawah bergantung kepada sistem peng airan. Sungai akan diempang untuk mengairi sawah-sawah padi. Negeri yang menjadi kawasan penanaman padi sawah yang utama di Tanah Melayu ialah Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Manakala padi huma ditanam di kawasan bukit yang tidak memerlukan banyak air. Penanaman padi huma dilakukan oleh orang asli di kawasan pedalaman di Tanah Melayu.

Antara tanaman lain yang ditanam ialah ubi kayu, pisang, tebu, jagung, keladi, keledek, kopi, tembak au dan sirih. Selain itu, masyarakat tempatan turut menanam pokok buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan sebagainya di sekeliling rumah. Hasil tanaman tersebut biasanya untuk kegunaan sendiri dan selebihnya untuk diberikan kepada jiran atau kaum keluarga mereka.

Masyarakat Melayu turut menternak binatang. Antara binatang ternakan ialah ayam, itik, kambing, kerbau dan lembu. Binatang ternakan seperti kerbau dan lembu digunakan untuk membajak sawah padi dan mengangkut barangan keperluan. Masyarakat Melayu turut menjalankan kegiatan memburu bi natang liar di hutan untuk mendapatkan bekalan daging seperti rusa, kancil, pelanduk, kijang, ayam hutan dan seladang.

Masyarakat Melayu juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mendiami kawasan pinggir pantai atau tepi sungai. Terdapat dua jenis kegiatan perikanan oleh masyarakat Melayu, iaitu menangkap ikan laut dan menangkap ikan air tawar seperti sungai, tasik dan paya. Nelayan yang menangkap ikan di laut menggunakan peralatan seperti puka t, jela, kelong dan jaring. Manakala aktiviti penangkapan ikan air tawar menggunakan pancing, kail, kubu, tombak dan sebagainya. Hasil tangkapan ikan digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga. Sekiranya ada lebihan akan dijual atau ditukar dengan baranga n lain. Selain itu, hasil tangkapan yang lain akan diproses menjadi ikan kering, keropok, belacan dan sebagainya. Hasil tangkapan ikan sangat sedikit kerana menggunakan peralatan tradisional.

Masyarakat Melayu turut menjalankan kegiatan memungut hasil h utan. Antara hasil hutan yang dikumpul ialah damar, rotan, buluh, ubat -ubatan herba dan buah-buahan hutan. Hasil hutan tersebut akan dijual atau ditukar dengan barangan keperluan lain seperti beras, garam, kain dan gula. Terdapat juga hasil hutan yang digunakan untuk menghasilkan barangan kraftangan, iaitu rotan dan buluh. Masyrakat Melayu juga menggunakan tumbuhan herba untuk menyembuhkan penyakit.

Selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial turut diperkenalkan. Pertanian komersial dijalankan di Negeri-Negeri Selat dan Johor. Di Johor sistem kangcu diperkenalkan. Melalui sistem ini, orang Cina dari Singapura diambil untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam. Hasil gambir dan lada hitam dipasarkan ke luar negara melalui Singap ura dengan menggunakan tongkang. Hasil tanaman tradisional yang dikomersialkan

adalah seperti ubi kayu, tebu, gambir dan lada hitam. Tanaman -tanaman ini diusahakan oleh orang Cina dan mendapat pasaran yang baik di Eropah.

Masyarakat tempatan menjalankan kegiatan perlombongan. Perlombongan bijih timah pada awalnya dimonopoli oleh golongan pembesar. Kawasan perlombongan terpenting ialah di Perak, Selangor dan Sungai Ujung. Di negeri-negeri ini pembesar diberi surat tauliah untuk mengawal dan memungut hasil cukai daripada penduduk tempatan. Bijih timah telah menjadi barang perdagangan utama yang menarik minat pedagang -pedagang dari Arab, India, China dan Mediterranean. Bijih timah juga mendapat pasaran yang baik di Eropah. Permintaan yang tinggi ini adalah b erikutan perkembangan revolusi perindustrian. Perlombongan emas dan antimoni juga dilakukan oleh masyarakat tempatan. Perlombongan emas dijalankan di Bau, Sarawak. Perlombongan antimoni pula dijalankan di bahagian pertama Sarawak dengan menggunakan tenaga buruh Dayak.

Masyarakat tempatan juga menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi masyarakat Melayu. Urusan perdagangan dikendalikan oleh golongan pemerintah dan saudagar -saudagar yang terdiri daripada lapisan kecil dalam masyarakat. Pedagang-pedagang Melayu juga amat terkenal dan mempunyai hubungan perdagangan antarabangsa yang lama dengan negeri -negeri di Asia Tenggara, China dan Timur Tengah. Hubungan perdagangan juga wujud antara kawasan pantai dengan pedalaman. Sungai telah menjadi jalan perhubungan penting daripada kawasan pedalaman ke kuala sungai. Di sepanjang sungai dibina pondok cukai untuk membolehkan pembesar daerah memungut cukai ke atas barang perdagangan. Namun, kegiatan perdagangan ini terhenti akibat kekacauan politik pada pertengahan abad ke -19.

Kesimpulannya, masyarakat Melayu sememangnya menjalankan sistem ekonomi sara diri sebelum kedatangan Barat. Oleh itu, boleh dikatakan kedatangan Barat membawa kemajuan dalam e konomi masyarakat tempatan. Buktinya kedatangan Barat membawa kewujudan sistem ekonomi komersial

dan perdagangan antarabangsa . Namun, hal ini turut mewujudkan kuasa eksploitasi atau monopoli daripada Barat terhadap ekonomi tempatan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->