You are on page 1of 20

Unit 5 Penguat Kendalian

PENGUAT KENDALIAN
Pengenalan

Penguat kendalian ialah litar (Operational amplifier Op-amp) yang mempunyai amplifier
bergandaan tinggi yang menggandakan isyarat. Ia terdiri daripada komponen seperti
perintang dan transistor yang digabungkan di atas satu cip silikon yang sama. Ia dapat
berkendali antara 0 – 1Mhz. Selain itu juga, ia dapat menggandakan isyarat dari 0 ke 1
Mhz.

Mempunyai dua punca masukan iaitu masukan alikan dan masukan bukan alikan. Tetapi
mempunyai satu punca keluaran. Terdiri daripada gandingan terus penguat
kerbedaan(Differential Amplifier-DA) yang berbagai peringkat. Litar elektronik yang
lengkap mengandungi transistor, diod, perintang, kapasitor dan komponen yang lain
dibuat di atas silikon chip. Keluasannya ialah 5 mm2 dan ketebalan pula kurang dari 0.5
mm dan dilindungi oleh plastik lace.

Ciri-ciri sambutan dikawal secara luaran oleh suapbalik negatif daripada output ke input.
Digunakan dengan meluas untuk melaksanakan berbagai fungsi linear, mencampur,
mengkamil dan mengkerbeda. Digunakan sebagai penguat, pengayun, penapis, penjana
gelombang, pembanding, pengatur voltan dan Penguat kerbedaan.

Simbol dan prinsip asas

Simbol bagi penguat kendalian adalah seperti rajah 5.1 di bawah. Secara umumnya ia
mempunyai dua terminal masuakan iaitu masukan alikan dan masukan bukan alikan
serta mempunyai satu keluaran.

+ Vcc

Masukan alikan -
keluaran
Masukan bukan alikan +

- Vcc

Rajah 5.1 : Simbol Penguat kendalian

41
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Rajah 5.2 merupakan konfigurasi IC penguat kendalian

1 8

2 - 7

3 + 6

4 5

Rajah 5.2 : Konfigurasi IC

Pin:
1 – Off null
2 – Masukan alikan
3 – Masukan bukan alikan
4 – Vcc (negatif)
5 – Offset Null
6 – Voltan keluaran
7 – Vcc (positif)
8 - N/C (non connected)

Jenis Penguat Kendalian dan kegunaannya.

a. Kegunaan Umum

- Mempunyai bidang ruang dari 0Hz – 1Mhz


- Contoh: 709, 101, 741, 301

b. Kegunaan DC dan prestasi rendah

- Mempunyai galangan masukan yang sangat tinggi


- Voltan offset masukan rendah
- Contoh: H0052, 108

c. Kegunaan AC dan prestasi tinggi

- Mempunyai bidang ruang yang lebar


- Contoh: H0063

d. Untuk kuasa dan voltan tinggi

- Menggunakan satu talian bekalan kuasa dan boleh memacu beban


secara terus.
- Contoh: H0004, H0021, M124

42
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

e. Boleh diprogram

- Penguat kendalian khas yang boleh diprogram


- Contoh: 4250

Kegunaan / Aplikasi Penguat Kendalian

a) Sebagai litar senilai matematik dalam mempunyai analog/kalkulator


- Pencampur, pendarab, pembahagi, pengkamil dan pengkerbedaan.

b) Penjana gelombang
- Diguna dalam Wein Bridge Oscillator bagi menjana gelombang sain.
- Mengguna litar-litar pengkamil dan pengkerbedaan untuk
menghasilkan gelombang berbentuk segiempat dan segitiga.

c) Penapis aktif RC
- Menapis isyarat iaitu membenarkan isyarat pada frekeunsi tertentu
saja melaluinya.

d) Penganda kepada isyarat-isyarat


- Menguatkan isyarat audio/video/radio frekeunsi
- Menguatkan isyarat digit yang dihantar melalui jarak jauh.

e) Penguat kendalian IC 741 dianggapkan sebagai piawaian industri bagi


penguat kendalian.

Litar penguat kerbezaan jenis BJT dan FET

Litar penguat kerbezaan.

- Memberikan galangan tinggi terhadap isyarat masukan yang dikenakan


dibahagian masukan. Re berfungsi untuk menyediakan galangan tinggi (Re =
ideal)

- Untuk masukan yang sama, penguat memberi gandaan yang terlalu kecil = 0.

- Untuk masukan yang berbeza, penguat memberi gandaan yang tinggi.

- Keluaran yang dihasilkan adalah perbezaan antara dua masukan.

43
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Differential amplifier jenis BJT

Rajah 5.3 merupakan litar skimatik bagi binaan Bipolar Junction Transistor.

+ Vcc

RC1 RC2
VO

Vin1 RS Vin2

- Vcc

Rajah 5.3 : Rajah Bipolar Junction Transistor (BJT)

Differential Ampilifier jenis FET

+ Vdd

Rd1 Rd2
VO

Vin1 RS Vin2

- Vdd

Rajah 5.4 : Rajah FET

44
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Perbandingan antara FET dengan BJT

Bentuk fizikal tidak banyak perbezaan yang ketara diantara kedua-dua jenis transistor ini.
Tanpa merujuk kepada nombor pengenalan dan buku manual agak sukar untuk
membezakanya, kedua-duanya mempunyai tiga kaki.

Dari segi penggunaannya di dalam litar elektronik, FET juga boleh bertugas sebagai
amplifier. Cara sambungan dan pendawaiannya juga tidak banyak bezanya.
Disambungkan dengan tata rajah punca-sepunya, dimana litar pintu-punca menjadi
terminal masukan dan litar parit-punca(drain-source) menjadi terminal keluaran.

Namun begitu, dari segi prinsip dan ciri, perbezaan di antara FET dan BJT tetap ada,
antaranya ialah :

ƒ FET tata rajah punca-sepunya mempunyai kerintangan masukan yang sangat


tinggi, lebih kurang 100 MΩ.

ƒ FET ialah alat terkawal voltan manakala BJT ialah terkawal arus.

ƒ FET melibatkan satu jenis pembawa arus majoriti sahaja manakala BJT
melibatkan kedua-dua jenis pembawa arus.

ƒ FET mempunyai kadar kebisingan dalaman yang rendah dari transistor biasa.
Oleh itu ia kerap digunakan dalam amplifier hi-fi dan ala terima radio FM.

Konfigurasi Penguat Kerbezaan Dalam Op-Amp

Terdapat empat konfigurasi dalam litar penguat kendalian.

a. Masukan duaan, keluaran seimbang


b. Masukan duaan, keluaran tak seimbang
c. Masukan tunggal, keluaran seimbang
d. Masukan tunggal, keluaran tak seimbang

Setiap konfigurasi dikategorikan berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:

1. Bilangan input signal yang digunakan iaitu dengan cara jika menggunakan dua
input maka masukannya adalah duaan dan jika menggunakan satu input maka
ia dipanggil masukan tunggal.

2. Jika voltan keluaran diukur antara dua collector maka keluarannya adalah
seimbang, jika keluaran diukur antara satu collector merujuk ke bumi, maka
keluaran adalah tak seimbang.

45
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Rajah blok dalaman penguat kendalian.

Terdiri daripada 3 peringkat :

™ Peringkat I – Peringkat masukan


™ Peringkat II – Peringkat – pertengahan
™ Peringkat III – Peringkat keluaran

Penguat kendalian di bina dalam tiga peringkat bagi mengelakkan masalah apabila
isyarat yang lemah mudah dicemari oleh hingar (noise) seperti gangguan statik,
gangguan isyarat dari bekalan kuasa. Rajah blok bagi penguat kendalian adalah seperti
Rajah 5.5

masukan alikan
Peringkat Peringkat Peringkat
Masukan Amplifier Keluaran Keluaran
pembezaan pertengahan galangan
masukan bukan rendah
alikan

Rajah 5.5 Gambarajah blok amplifier kendalian

Penguat kebezaan masukan galangan tinggi

™ Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan, keluaran imbang


(mempunyai dua masukan dan satu keluaran).

™ Memberikan galangan masukan yang tinggi kepada setiap isyarat masukan

™ Memberikan gandaan rendah kepada isyarat mod sepunya seperti humming


dan noise / hingar.

™ Memberikan gandaan tinggi kepada isyarat yang berguna.

™ Voltan offset masukan dikurangkan.

™ Mengurangkan ‘drift’ dalam litar yang menggunakan direct coupling /


penjodohan terus. ‘Drift’ adalah isyarat yang tidak di ingini yang digandakan
bersama isyarat yang berguna.

™ Peringkat ini sangat penting kerana di sinilah galangan masukan bagi penguat
ditetapkan. Di sini juga, sambutan mod sepunya dan voltan offset dikurangkan

46
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Penguat Voltan Gandaan Tinggi

™ Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan keluaran imbang.

™ Memberikan gandaan voltan yang tinggi.

™ Memberikan gandaan kepada arus picuan/drive current yang diperlukan untuk


memicu peringkat keluaran tanpa membebankan peringkat masukan.

Penguat Kebezaan Keluaran Galangan Rendah

™ Merupakan penguat kelas B ‘push pull emitter follower’

™ Mempunyai masukan tunggal-keluaran imbang

™ Bertindak sebagai ‘buffer’ menghubungkan peringkat kedua dengan keluaran


amplifier penyambung.

™ Meninggikan galang ke peringkat di mana voltan dari penguat pembezaan tidak


mengalami kesan beban.

™ Menyediakan arus yang mencukupi untuk memicu beban di bahagian keluaran.

™ Menyediakan galangan keluaran yang rendah. Galangan keluaran penguat


kendalian ditentukan di sini.

47
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Litar Dalaman Litar Sepadu Penguat Kendalian

Rajah 5.6 menunjukkan litar dalaman litar sepadu penguat kendalian

+Vcc

Q4 Q5 Q7

I/P Q1 Q2 D1 O/P

D2

I/P Q3 Q8

Q6

Peringkat masukan pembezaan Peringkat pertengahan Peringkat keluaran

Rajah 5.6: Litar dalaman penguat kendalian

Mempunyai 4 peringkat kaskad amplifier.

™ Amplifier kerbezaan dengan `double ended output’. Av1 terdiri dari Q1 dqn Q2
manakala Q3 digunakan sebagai punca `constant-current’ untuk membekalkan
`high common mode rejection’. Q3 distabilkan dari kesan suhu oleh dua
perintang dan dua diod.

™ Amplifier kerbezaan dengan `single ended output’. Keluaran kerbezaan dari Q1


dan Q2 akan memacu pasangan kedua Q4 dan Q5 . Q4 dan Q5 mempunyai
`resistor emitter source’.

™ Single ended output dari second pair (dari Q5) akan memacu `output stage’
melalui Q6.

™ Rintangan suapbalik untuk menstabilkan voltan keluaran merujuk kepada bumi.

™ Q7 dan Q8 beroperasi sebagai phase splitter untuk memberikan ayunan voltan


maksima (hampir menyamai voltan bekalan untuk meminimakan galangan
keluaran.

™ Transistor Q8 menguatkan isyarat.

48
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Istilah yang perlu diketahui mengenai penguat kendalian

Antara istilah-istilah yang perlu diketahui mengenai penguat kendalian adalah seperti
berikut:

a) Gandaan gelung terbuka


b) Gandaan mod sepunya
c) Voltan offset
d) Arus offset
e) Bumi maya

Gandaan Gelung Terbuka

™ Gandaan amplifier tanpa suap balik


™ Nilainya infiniti kerana Vo bagi penguat kendalian (Op-Amp) adalah tersangat
besar berbanding dengan Vid.

+Vcc

Vid _ Vo
AVO = Vo
Vid
+

- Vcc

Rajah 5.7 : Simbol penguat kendalian (Op-Amp)

™ Vid biasanya terlalu kecil dan praktikal boleh diandaikan tiada bezaupaya di
antara input alikan dan bukan alikan.

Gandaan Mod Sepunya ( Common Mode Gain )

™ Gandaan yang terdapat bila kedua-dua terminal masukan mempunyai isyarat


yang sama.
™ Sepatutnya, bila Vid = 0, Vo = 0 juga.
™ Secara praktikal , ada nilai Vo dan Acm yang bernilai kecil.
™ Gandaan mod sepunya selalunya dinyatakan dalam nisbah tolakan mod
sepunya ( Commoan Mode Rejection Radio - CMRR)
™ CMRR = Gandaan gelung terbuka, Av
Gandaan mod sepunya, Acm
™ Selalunya Acm << 1
™ Nilai CMRR lebih besar adalah lebih baik
™ CMRR dinyatakan dalam unit dB
™ CMRR (dB) = 20 log Gandaan gelung terbuka
Gandaan mod sepunya
™ Bagi Op Amp 741 , CMRR = 90dB
49
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Voltan Offset

™ Adalah isyarat kecil yang tidak diingini


™ Dijana oleh amplifier dan terdapat di antara terminal-terminal masukan
menyebabkan voltan terhasil sungguhpun kedua-dua terminal masukan
disambungkan ke 0 Volt.
™ Ini disebabkan oleh penjodohan yang sempuran antara transistor –
transistor asas dalam litar amplifier kendalian.
™ Vos selalunya bernilai beberapa milivolt sahaja.

Arus Offset

™ Perbezaan Antara arus-arus pincang yang diperlukan oleh kedua-dua


transistor masukan dalam amplifier kendalian.
™ Disebabkan oleh penjodohan yang tidak sempurna diantara B transistor
– transistor masukan.
Beta 1 tidak sama dengan Beta 2
Ias = IB1-IB2

Bumi Maya
™ Kedua-dua terminal masukan Op Amp selalunya dirujuk sebagai titik
campur atau bumi maya (virtual ground)
™ Ini berlaku kerana :-
¾ Arus selalunya sangat rendah
¾ Voltan di antara terminal masukan sangat rendah dibandingkan dengan
voltan di bahagian lain apabila Op Amp diguna tanpa suapbalik. Voltan
yang sangat rendah ini dilihat seperti terminal-terminal masukan telah
disambung ke bumi,
™ Bumi Maya difahamkan sebagai titik di mana arus yang mengalir dan
voltan pada titik tersebut adalah sifar.

Mendapatkan kadaran maksimum untuk penguat kendalian.

1. Penguat kendalian akan rosak sekiranya kadaran maksima yang berikut


dilepasi (exceeded)
a) Kuasa pelepasan maksima 310mw
b) Julat suhu kendalian 0 70 C
c) Bekalan Voltan maksima ± 18 volt
d) Voltan masukan pembezaan maksima iaitu antara terminal + dan -
30 volt.
e) Voltan masukan mod sepunya maksima 12 v , pada bekalan
kuasa 15v.
f) Julat suhu simpanan –55 125c

50
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Perbandingan ciri unggul dan ciri-ciri sebenar bagi penguat kendalian

CIRI-CIRI UNGGUL CIRI-CIRI SEBENAR


Gandaan voltan tidak terbatas Gandaan yang tinggi = 200000-
(infiniti) 500000
Galangan masukan infiniti Zi =Galangan masukan tinggi Zi = 2 MΩ
infiniti - 5 MΩ
Galangan keluaran sifar Rout = 0
Galangan keluaran rendah Rout =
75ohm
Imbangan sifar yang sempurna BQ1 = BQ2
Q1=Q2
Voltan offset masukan sifar Voltan offset minima = 2 mv
Arus offset sifar Arus offset minima = 100 nA
Ciri yang tidak hanyut dengan Beta transistor berubah.
suhu
Bidang ruang infiniti Bidang ruang yang lebar = 1 Mhz

Jadual 9.2.

Membuat kesimpulan kebaikan penguat kendalian

¾ Saiz yang kecil


¾ Keboleharapan yang tinggi
¾ Harga yang murah
¾ Boleh bekerja pada julat suhu yang rendah
¾ Voltan dan arus offset yang rendah.
¾ Mengganda dan menguatkan isyarat
¾ Sebagai litar senilai untuk komputer analog contoh : pencampur , pembahagi,
pengkamil, pengkerbeda.
¾ Penjana gelombang isyarat
¾ Sebagai penapis aktif
¾ Pembanding (comparator)

51
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

PEMASA

Pengenalan

Pemasa 555 ialah satu litar integrasi yang sangat stabil. Pemasa kebiasaanya diguna
untuk menjana masa tunda (time delay) yang tepat dan juga menjana ayunan (osillation).
Ianya berfungi dalam dua mod iaitu Mod Astabil (Astable) dan mod monostabil
(monostable)

Susunan Pin

Rajah 6.1 : Konfigurasi pin pemasa 555

1 – pin bumi (ground)


2 – pin picu (trigger)
3 – pin keluaran
4 – pin reset
5 – pin kawalan voltan
6 – pin voltan ambang (threshold voltage)
7 – pin buang cas
8 – pin bekalan

52
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Binaan Dalaman

Rajah 6.2 di bawah menunjukkan litar skematik binaan dalaman bagi suatu cip litar
terkamil pemasa 555 dimana ia terdiri dari tiga perintang yang berfungsi sebagai
pembahagi voltan, dua pembanding, satu flip-flop S-R dan satu transistor untuk
penyuisan.

Rajah 6.2 : Binaan dalaman pemasa 555

Berikut ialah huraian mengenai fungsi bagi setiap pin yang terdapat pada binaan
dalaman pemasa 555

Pin 1 : Bumi
Punca sambungan ke bumi

Pin 2 : Voltan picu


Ia digunakan untuk memicu voltan agar bahagian pembanding 2 dapat
membandingkan voltan picu ini dengan 1/3 Vcc. Seterusnya keluaran pada pin 3
bergantung kepada denyut isyarat picu pin 2

Pin 3 : Keluaran
Punca sambungan ke keluaran

Pin 4 : Reset
Digunakan untuk mengeset semula keluaran kepada keadaan asal atau keadaan
peringkat tetap. Pemasa 555 boleh direset dengan mengenakan denyut negative
pada pin ini. Bila tidak digunakan, pin ini disambung ke +Vcc untuk mengelak
picuan palsu

Pin 5 : Voltan kawalan


Ia digunakan untuk mengawal voltan ambang serta berfungsi sebagai pelencong
hingar (noise diverter) jika pemuat di kenakan ke bumi. Dalam kendalian mod
monostabil dan astabil, biasanya pin ini disambung ke bumi melalui pemuat ≈ 0.01
µF

53
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Pin 6 : Voltan Ambang


Punca ini berfungsi untuk setkan flip-flop dan menentukan paras voltan di dalam
litar. Bila voltan pada pin ini melebihi 2/3 Vcc, keluaran pembanding 1 akan HIGH
dan menyebabkan keluaran timer akan LOW

Pin 7 : Buang cas


Pin ini disambung secara dalaman kepada collector transistor Q1. Bila keluaran
HIGH Q1 OFF, ia akan menyebabkan litar terbuka kepada c. Pada output LOW Q1
adalah tepu, kapasitor C akan menyahcas melalui Q1

Pin 8 : Voltan bekalan


Pin bekalan + Vcc (5V hingga 18V)

Pada asanya pemasa 555 beroperasi dalam dua mod iaitu:


i. Pembilang getar astabil (Astable multivibrator)
ii. Pembilang getar monostabil (monostable multivibrator)

Pembilang Getar Astabil

Rajah 6.3 di bawah menunjukkan pemasa disambungkan dalam mod pembilang getar
astabil (Astable Multivibrator)

Rajah 6.3 : Pembilang getar astabil

• Buat anggapan keluaran adalah HIGH pada peringkat awal. Pada masa ini Q
adalah LOW, jadi transistor Q1 adalah OFF
• Kapasitor akan mula mengecas menuju nilai +Vcc melalui perintang RA dan RB.
Semasa voltan pada kapasitor mencapai ⅔Vcc, pembanding 1 akan aktif dan
mengeset flip-flop. Keluaran akan berubah dari keadaan HIGH kepada LOW. Pada
masa ini Q adalah HIGH, jadi transistor Q1 adalah ON

TH = 0.693(RA +RB)C

54
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

• Apabila transistor Q1 ON, kapasitor Q1 akan membuang cas melalui RB dan


transistor Q1 ke bumi. Apabila voltan pada kapasitor mencapai nilai ⅓Vcc,
pembanding 2 akan aktif dan mereset flip-flop. Keluaran akan berubah dari LOW
kepada HIGH. Pada masa ini Q adalah LOW, jadi transistor Q1 adalah OFF

TL = 0.693 RBC

• Proses ini akan berterusan dan menghasilkan gelombang segiempat pada punca
keluaran (pin 3)

Masa mengecas Masa mambuang cas


Vc

⅔Vcc

⅓Vcc

+ Vcc
TH TL
0

Tempoh, T = TL + TH

= 0.693 RBC + 0.693 (RA + RB)C

= 0.693 (RA + 2RB)C

1
Frekuensi, f =
T

1
=
0.693( R A + 2 R B )C

1.44
=
( R A + 2 R B )C

55
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

TH
Peratus kitar kerja, D = × 100%
T

0.693( R A + RB )C
= × 100%
0.693( R A + 2 RB )C

( R A + RB )C
= × 100%
( R A + 2 RB )C

Pemasa 555 kendalian sebagai astabil

Contoh
Satu pemasa 555 disambugkan sebagai pembilang getar astabil. Jika diberi RA = 2.2KΩ,
RB = 3.9 KΩ dan C = 0.1µF. Lukiskan bentuk gelombang pada pin no 6 atau pin no 2 dan
pin no 3. Kirakan TH, TL, frekuensi gelombang segiempat dan peratus kitar kerja

56
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Pembilang Getar Monostabil

Monostabil multivibator ini juga dikenali sebagai shoot multivibrator . Ia merupakan satu
litar penjana denyut dimana tempoh dikira dari rangkaian RC yang disambung pada
bahagian luar pemasa . Monostabil Multivibrator ini adalah stabil pada keadaan
keluarannya pada logic low (logic 0). Bila denyut picu dikenakan pada pin no 2 (biasanya
denyut picu negatif) kel;uaran pemasa akan berubah kepada keadaan HIGH (+Vcc ) buat
seketika dan berubah kepada keadaan LOW iaitu keadaan stabil . Keadaan ini akan
kekal pada keadaan LOW sehingga denyut picu dikenakan semula . Rajah di bawah
menunjukkan I.C. pemasa 555 disambungkan dalam mod monostabil.

• Apabila satu denyut pinggir negatif di suntik pada pin 2. Pembanding 2 akan
menjadi aktif. Pada ketika ini F-F akan di reset. Keluaran F-F Q = “0” dan Q = “1” .
Ini menyebabkan transistor T OFF. Kapasitor C dicaskan sehingga 2/3Vcc. Masa
mengecas diberi oleh persamaan

T = 1.1 RA C

• Apabila voltan kapasitor mencapai 2/3 Vcc, pembanding 1 akan menjadi aktif, dan
mengesetkan F-F. Keluaran Q = “1” dan Q = “0”. Dengan ini transistor T akan
“ON”. Keadaan ini akan berterusan sehingga pin 2 menerima denyut picuan
pinggir negatif yang seterusnya. Frekuensi isyarat keluaran ditentukan oleh
frekuensi isyarat picuan manakala lebar denyutnya ditentukan oleh nilai RA dan
juga kapasitor C.

57
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Bentuk Gelombang masukan dan keluaran

58
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

Soalan Latihan :

1. Apakah itu penguat kendalian

2. Lukiskan simbol penguat kendalian

3. Senaraikan TIGA kegunaan penguat kendalian

4. Nyatakan Empat ciri-ciri unggul penguat kendalian

5. Takrifkan istilah-istilah berikut


i. Arus offset
ii. Bumi maya
iii. Gandaan mod sepunya

6. Lukiskan dan labelkan simbol penguat kendalian dengan lengkap

7. Berpandukan rajah di bawah, namakan setiap pin

1 8

2 - 7

3 + 6

4 5

8. Satu litar pemasa 555 yang disambungkan dalam mod kendalaian astabil dengan
nilai-nilai componen seoerti berikut : RA = 10KΩ, RB = 4.7KΩ dan C = 0.1µF. Kirakan :
i. TH
ii. TL
iii. Tempoh, T
iv. Frekuensi, F
v. % kitar kerja

9. Pemasa 555 di bawah disambungkan dalam mod astabil dan deserta nilai yang diberi.
Pada voltan keluaran Vo, kirakan:
i. Tempoh tinggi
ii. Tempoh rendah
iii. Frekuensi
iv. Kitaran verja
Diberi RA = 8KΩ, RB = 3KΩ, C = 0.1µF

59
Instrumentasi 1/2010
Unit 5 Penguat Kendalian

10. Sebuah pemasa 555 disambungkan sebagai pembilang getar astabil. Pemuat 0.01µF
yang digunakan sebagai pelencung hingar disambungkan pada pin 5 dan dibumikan.
Jika frekuensi dan kitar verja bagi gelombang keluaran dikehendaki bernilai 30kHz
dan 75% masing-masing:
i. Kirakan nilai perintang-perintang yang diperlukan jika nilai pemuat yang
sebumi dengannya bernilai 0.1µF
ii. Lukis dan labelkan litar binaan (rajah blok) pembilang getar astabil yang
lengkap dengan semua nilai-nilai peranti yang digunakan beserta nombor
pin
iii. Lukiskan bentuk gelombang pada pin 6 atau pin 2 dan pada pin keluaran
(pin3)

60
Instrumentasi 1/2010

You might also like