You are on page 1of 15

ABSTRAK

Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan persepsi pelajar terhadap kefahaman
mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani. Seramai 40 orang responden yang teridiri
daripada pelajar Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah yang terletak di Seksyen 27, Shah
Alam telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak . Pelajar dikehendaki
memberi respon kepada sejumlah 5 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran
Tilawah al-Quran berdasarkan kaedah penulisan Rasm Uthmani. Hasil kajian
menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah
penulisan Rasm Uthmani berada pada tahap baik. Manakala tahap amalan pengajaran
berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran Rasm Uthmani
berjalan dengan baik. Implikasi kajian ialah guru perlu sentiasa mempertingkatkan
kemahiran pengajaran dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani yang mereka miliki
dengan cara yang paling efektif agar pelajar dapat menguasai Tilawah Al-Quran dengan
berkesan dan menguasai kaedah penulisan Rasm Uthmani dengan baik dan lancar.

Objektif kajian adalah seperti berikut;

i) Mengetahui sistem pembelajaran Al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani yang
sesuai bagi pelajar Maahad Tahfiz

ii) Mengenalpasti kaedah pembelajaran tilawah Al-Quran dan meninjau sejauhmana kefahaman
pelajar-pelajar mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani yang paling berkesan.

iii) Mendalami permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar Maahad Tahfiz dalam
pembelajaran dan kefahaman dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam menghafaz al-
Qur'an.

iv) Mencadangkan satu bentuk penyelesaian yang berkesan kepada permasalahan yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar tahfiz dalam meningkatkan pencapaian pembacaan AlQuran dan kefahaman
mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani.

1
Metodologi

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian ini melibat seramai 40 orang responden
yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz dan juga beberapa orang guru untuk mengetahui
respon terhadap pengamalan Rasm Uthmani. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik.
Soal selidik ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan mengandungi 22 item . Item-item yang ini
digunakan untuk menguji pengamalan responden dalam Rasm Uthmani. Bahagian A adalah
untuk menguji pengetahuan responden terhadap pengertian Rasm Uthmani. Bahagian B pula
untuk mendapatkan maklumat responden mengenai kepentingan Rasm Uthmani. Bahagian C
pula menguji kefahaman responden dalam memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani
manakala bahagian D juga menguji kefahaman responden mengenai hukum menggunakan
kaedah Rasm Uthmani. Bahagian E pula untuk menilai dan mengetahui sejauhmana pengamalan
responden terhadap Rasm Uthmani. Aspek penting dalam kajian ini ialah mengenai pengamalan
responden dalam kaedah Rasm Uthmani. Kesemua item soalan yang dibentuk menggunakan
format skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut
bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden bagi membuat pilihan jawapan secara
tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1= (Sangat
Tidak Setuju), 2 = ( Tidak Setuju), 3 = (Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = ( Sangat Setuju).

Proses analisis data pada bahagian ini dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian secara
lebih terperinci berdasarkan setiap satu item soalan yang dikemukakan. Data ini dibuat dengan
merujuk skor kekerapan dan juga peratus. Untuk tujuan analisis data juga, kajian ini
mengkategorikan skor peratus kepada tiga bahagian, iaitu 80% hingga 100% ialah tinggi, 60%
hingga 79% adalah sederhana dan 40% hingga 59% adalah rendah . Manakala 10% hingga 39%
adalah yang paling rendah.

2
Dapatan Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi akan ditunjukkan di dalam bentuk jadual seperti dibawah.

Jadual 1: Taburan peratus pengertian Rasm Uthmani

Item Pernyataan Peratus ( % )


STS TS KS S SS
01. Pembentukan ( taswir) Lafaz / perkataan melalui 0 0 25 50 25
penggabungan huru-huruf Hijaiyah
02. Ia merupakan Ilmu Kitabah ( Penulisan) yang dikenali 0 0 25 37.5 37.5
dengan ilmu Rasm
03. Diistilah juga sebagai “ rasm Mushaf” 0 0 0 87.5 12.5
04. Ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta 0 0 0 62.5 37.5
pembentukan lafaz/kalimat
05. Rasm Uthmani apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan 0 0 62.5 25 12.5
jenis-jenis khat.

Taburan peratusan bagi item 3 adalah tinggi . Ini menunjukkan lebih ramai responden
menyatakan setuju ( 87.5%) bahawa mereka memahami pengertian Rasm Uthmani juga dikenali
sebagai Rasm Mushaf. Bagi item 4 peratusannya adalah sederhana iaitu 62.5 % responden
bersetuju bahawa pengertian Rasm Uthmni adalah suatu ilmu yang membincangkan tentang
kaedah penulisan serta pembentukan lafaz. Manakala bagi item 5 menunjukkan peratusan yang
sederhana bagi skala kurang setuju. Ini menunjukkan responden tidak bersetuju dengan
pengertian Rasm Uthmani dikaitkan penulisan jenis-jenis khat. Walau bagaimanapun tidak ada
responden yang menyatakan skala sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi kelima-lima item.

Jadual 2 : Taburan peratus kepentingan Rasm Uthmani


Item Pernyataan Peratus ( % )
STS TS KS S SS
01. Rasm Uthmani bersifat tauqifi bukan taufiqi 0 0 0 0 100
02. Rasm Uthmani menjadi sebahagian rukun bacaan Al-Quran 0 0 0 0 100
03. Dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan al-Quran 0 0 0 50 50
04. Ditulis mengikut bacaan rawi serta mutawatir 0 0 0 70 30
05. Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal 0 0 0 55 45

Pada jadual 2 diatas menunjukkan hasil analisis mengenai kepentingan Rasm Uthmani
kepada pelajar. Peratusan yang tertinggi dicatat pada skor sangat setuju iaitu 100% pada item
1dan 2. Seramai 40 orang responden amat memahami mengenai keutamaan untuk mempelajari

3
kaedah Rasm Uthmani. Manakala pada item 5 menunjukkan skor peratusan yang rendah iaitu
45% bagi skala sangat setuju. Pada keseluruhannya semua responden mengetahui mengenai
kepentingan mempelajari Rasm Uthmani.

Jadual 3: Taburan peratus kaedah penulisan Rasm Uthmani


Item Pernyataan Peratus ( % )
STS TS KS S SS
01. Kaedah Hazf ( pembuangan/pengurangan) diguna pakai di 0 0 0 100 0
dalam penulisan Rasm Uthmani
02. Kaedah Ziyadah merangkumi huruf Alif, huruf Wau dan 0 0 0 40 0
huruf Ya
03. Kaedah al-Ibdal menggantikan huruf kepada huruf yang lain 0 0 0 50 50
04. Kaedah wajah qiraat ditulis berbeza-beza dan cara bacaan 0 0 12.5 50 37.5
masing-masing
05. Maksud al-Dabt dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani 0 0 17.5 50 32.5
bermaksud menjaga sesuatu

Paparan jadual 3 adalah berkaitan dengan kefahaman responden terhadap kaedah


penulisan Rasm uthmani yang menjadi amalan responden dalam menghafal Al-Quran. Secara
dasarnya, analisis menunjukkan responden setuju dengan item ini. Seramai 40 orang responden
telah memilih skala setuju bagi item 1. Ia menunjukkan peratusan yang paling tinggi berbanding
dengan item yang lain. Manakala pada item 4, peratusannya adalah paling rendah iaitu hanya
12.5% sahaja responden kurang setuju dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani yang ditulis
berbeza-beza dan cara bacaan.

Jadual 4 : Taburan peratus hukum menggunakan Rasm Uthmani.


Item Pernyataan Peratus ( % )
STS TS KS S SS
01. Hukum mempelajari adalah Fardhu Kifayah 0 0 0 62.5 37.5
02. Hukum mempelajari bacaan Qiraat adalah tuntutan wajib 0 0 0 100 0

Pada keseluruhannya , responden mengetahui dan mengetahui mengenai hukum


mempelajari Rasm Uthmani. Seramai 40 orang setuju bahawa mempelajari Rasm Uthmani
adalah tuntutan wajib. Item 2 mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 100%.

4
Jadual 5 : Taburan peratus pengamalan para pelajar terhadap Rasm Uthmani
Item Pernyataan Peratus ( % )
STS TS KS S SS
01. Membuat kajian tentang pembacaan dan penulisan Rasm 0 0 10 65 25
Uthmani
02. Mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik 0 0 0 0 100
03. Kaedah mendengar kaset, CD dan DVD 0 0 25 75 0
04. Pembacaan bertajwid juga dapat diperbetulkan dengan Rasm 0 0 0 35 65
Uthmani
05. Bimbingan guru yang arif 0 0 0 85 15

Seterusnya pada jadual 5 diatas menunjukkan analisis berkenaan taburan peratus


berdasarkan pengamalan para pelajar dalam kehidupan seharian. Item 2 mencatatkan peratusan
yang paling tinggi berbanding dengan item lain iaitu 100%. Keseluruhan responden sangat
setuju mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik bagi mengukuhkan lagi amalan
mereka dalam penghafazan Al-Quran. Bagi item 1, seramai 4 orang responden atau 10% sahaja
yang kurang setuju mengamalkan kaedah Rasm Uthmani dengan cara membuat kajian.
Manakala pada item 5, kebanyakan responden setuju mendapatkan bimbingan guru yang arif
bagi memantapkan lagi pengamalan meraka menggunakan kaedah Rasm Uthmani.

Bab 1: Pendahuluan

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w amat
terpelihara darinsegi bentuk tulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang
diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril, Allah juga telah menentukan kaedah-kaedah
tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Antara beberapa kaedah penulisan yang dapat
dikesani oleh para ulama ialah kaedah penulisan yang dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

Kalimah rasm boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan Al-Quran
atau kaedah dalam penulisan Al-Quran. Bentuk tulisan yang dimaksudkan ialah jenis tulisan
atau khat seperti khat khufi, khat thuluth atau Riqa’ah. Kaedah penulisan pula adalah cara
menulis sesuatu kalimah itu sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.

5
Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah arab
iaitu Rasm uthmani, rasm Qiyasi dan Rasm Arudi. Daripada tiga kaedah tersebut, hanya kaedah
rasn uthmani dan Rasm Qiyasi sahaja yang digunakan dalam penulisan Al-Quran manakala
Rasm Arudi pula digunakan dalam penulisan syair-syair arab.

Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para
sahabat yang bertanggungjawab menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.
Selain itu, Rasm Uthmani juga dinamakan sebagai Rasn Tauqifi kerana kebanyakkan ulama
berpendapat bahwa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dan
bagindalah yang memerintah agar ia digunakan dalam penulisan al-Quran ketika itu.

1.0 Pengertian Rasm Uthmani

Rasm ialah pembentukan ( taswir) lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf
Hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang dapat dituturkan. Rasm juga dapat diertikan
sebagai petunjuk adanya sesuatu lafaz atau boleh ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang
berkaitan dengan jenis-jenis khat.

Manakala Ilmu Rasm satu ilmu yang membincangkan cara-cara menulis lafaz-lafaz atau
ungkapan bagi memelihara huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung dan menggantikan huruf. Menurut
Abdul Qadir Leung (2008) , kalimah rasm bermaksud penulisan-penulisan berhubung dengan
ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan,
penyambungan dan pemisahan.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan
kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah saidina Othman
ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) menyatakan
Rasm Uthmani juga diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’Buhuth al-Islamiyyat”
yang bermaksud “ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman binAffan bersama
sahabat yang lain ketika penulisan al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-hurufnya, yang

6
terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirimkan ke pelbagai daerah dan bandar serta mushaf
yang berada di tangan Saidina Uthman sendiri”.

2.0 Kepentingan Rasm Uthmani.

Daripada pengertian yang dapat difahami, jelas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat
perlu dipelajari dan diberi keutamaan apabila seseorang itu hendak menulis atau membaca kitab
suci al-Quran.

Terdapat beberapa faktor yang dijadikan sandaran oleh para ulama’ untuk
memperkukuhkan kenyataan ini. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan ialah kaedah
penulisannya adalah Tauqifi daripada Rasulullah s.a.w, merupakan salah satu rukun bacaan al-
Quran, penulisannya meliputi tujuh huruf al-Quran yang meliputi wajah-wajah qiraat yang
mutawatirah dan ianya juga bertepatan dengan pembentangan terakhir bacaan Al-Quran.

2.1 Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukan Taufiqi


Rasm Uthmani merupakan satu kaedah penulisan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w
kepada para sahabat. Ini bermakna rasm ini adalah datangnya daripada Allah S.W.T kerana
Rasulullah s.a.w tidak akan mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat
wahyu dari Allah. Hadis ini dijadikan sebagai sandaran:

’‫ ومد‬،‫ وحسن ال‬،‫وفرق السين ولتعور الميم‬،‫ وأنصب الباء‬،‫ وحرف القلم‬،‫الق الدواة‬
‫ وضع قلمك على أذنك اليسر فإنه أذكر لك‬،‫ وجود الرحيم‬،‫الرحمن‬
Yang bermaksud: “ Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba’,
pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim,
perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-
Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan
mengingatkan kamu.”

7
Kenyataan hadis ini menjadi pegangan kebanyakan para ulama sama ada salaf dan juga
khalaf untuk berhujah tentang keistimewaanya. Ia lebih diyakini kerana para sahabat Rasulullah
s.a.w turut mengamalkannya dan tidak pernah menginkarinya. Walaupun ada pendapat yang
bertentangan dengan kenyataan di atas, namun pendapat itu ditolak kerana kaedah penulisannya
terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang mantap. Kaedah-kaedah ini juga
sering mengalami perubahan dan sekiranya ia berlaku kepada kitab suci Al-Quran pastinya
berlaku penyelewengan yang merosakan kalimah dan kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-
Quran yang mutawatir.

Suatu perkara yang harus difahami oleh umat islam ialah setiap huruf-huruf al-Quran
mempunyai mukjizat tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Sekiranya berlaku
penambahan atau pengurangan terhadap huruf-huruf Al-Quran ianya beerti seseorang telah
mengurangkan mukjizat Al-Quran dipertanggunjawabkan di akhirat kelak.

2.2 Rasm Uthmani menjadi sebahagian Rukun bacaan al-Quran


Membaca Al-Quran adalah digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada
yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati
rukun. Para ulama telah bersepakat mangatakan bahawan rukun bacaan Al-Quran ada tiga
perkara. Salah satunya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf Uthmani
sama ada yang dihantar oleh Saidina Uthman ke Mekah, Madinah , Kufah , Basrah dan Syam
ataupun yang berada dalam simpanan Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati
rukun dikira syaz atau bacaan ditolak. Para ulama telah bersepakat tidak mengakui
“quraniyyat” (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir
atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.

2.3 Merangkumi Tujuh Huruf Al-Quran


Antara faktor yang sangat penting yang menjadikan Rasm Uthmani perlu diberi
keutamaan ialah kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan bertepatan
dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.
Banyak hadis yang menerangkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf, antaranya sabda
Rasulullah s.a.w ;

8
Yang bermaksud:
“ Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufayr, ia telah berkata, telah
menceritakan kepadaku ‘Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku ‘ Ubayd
bib Abd Allah, bahawa Ibn ‘Abbasr.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Jibril a.s telah mengajarkan kepadaku satu huruf, naka aku sentiasa
mengulanginya dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambah kan, dan akhirnya
ia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.”

Terdapat berbagai andaian ulama mengenai maksud tujuh huruf . Salah satu pendapat
yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh huruf membawa maksud tujuh cara bacaan
yang berbagai –bagai dan merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad,
muthanna atau jamak dan sama ada ia muzakkar atau muannas, peselisihan pada cara ikrab
( analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahului atau mengakhirkan sesuatu
huruf atau kalimah, perselisihan pada cara i’rab, perselisihan pada dari segi ibdal (tukar),
perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan
pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Oleh itu sekiranya
kaedah penulisan Rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran, sudah tentulah
mushaf yang dihasilkan tidak merangkumi semua huruf dan menjadikan sesuatu mushaf itu
hanya sesuai untuk bacaan qiraat tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat yang lain.

2.4 Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir


Setelah sempurna penurunan Al-Quran maka Jibril telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan
membuat semakan bacaan buat kali terakhir. Ketika peristiwa ini berlaku, Rasulullah ditemani

9
oleh Zaid bin Thabit. Oleh itu, semasa Saidina Abu Bakr dan Saidina Uthman memberi
tangggungjawab untuk mengumpul dan menulis semmula ayat-ayat Al-Quran, Zaid telah
melakukannya mengikut apa yang didengari semasa berlakunya pembentangan itu. Sebarang
ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah s.a.w atau terdapat catatan sahabat yang
tiada di dalam pembentangan terakhir itu dianggap musnah dari penulisan A-Quran.

3.0 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani


Antara berikut adalah beberapa kaedah penulisan Rasm Uthman yang terdapat di dalam
al-Quran ;
3.1 Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan ( Hazaf )
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiyah tertentu dalam

struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah Alif ( ‫)ا‬, wau ( ‫ ) و‬dan

Ya ( ‫ ) ي‬pada kata permulaan ( fawatih ) surah tertentu Al-Quran.


3.1.1 Pembahagian Hazaf;
Hazaf berlaku dalam tiga bentuk:
 Hazaf Insyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-
wajah qiraat mutawatirrah tertentu contohnya.
 Hazaf Ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif
pada kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannanth Salim.
Contohnya pada:

 Hazaf Iktisor yang bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf


alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain.
Contohnya hazaf alif pada kalimah “miaad”

10
3.2 Kaedah Al-Ziyadah
Ziyadah bermaksud penambahan huruf –huruf tertentu pada kalimah-kalimah
tertentu pada kalimah tertentu di dalam Al-Quran. Ia merupakan satu kaedah yang yang
perlu diberi perhatian dalam penulisan Rasm Uthmani. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak
berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani,
huruf-huruf ziyadah ialah Huruf Alif , Huruf Wau dan Huruf Ya. Antara contoh kaedah
Ziyadah ialah:
 Ziyadah Huruf Wau pada kalimah N‫”"ساوريكم‬

 Ziyadah Huruf Ya pada kalimah ‫”"افاين‬

3.3 Kaedah Al-Ibdal


Maksud Al-Ibdal ialah menukarkan atau menggantikan suatu huruf kepada huruf
yang yang lain . Huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca
sama sekali, tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.
Dalam Penulisan Rasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi
kepada lima bahagian iaitu:
i. Ibdal huruf Alif kepada huruf Wau. Contoh, empat kalimah yang selalu
berulang-ulang iaitu:

ii. Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya dalam beberapa keadaan tertentu iaitu
apabila huruf Alif terletak dihujung kalimah,walaupun ia berhubung
dengan dhamir ( ganti nama ). Contoh;

11
iii. Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif dalam keadaan tertentu iaitu apabila
huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah. Contoh;

iv. Ibdal huruf Ta’ Marbutah kepada Ta’ Maftuhah pada beberapa kalimah
tertentu. Semua kalimah ( ‫ ) رحمة‬ditulis dengan Ta’Marbutah melainkan
pada tujuh tempat dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta’ Maftuhah
( ‫ )رحمت‬. Contoh;

v. Ibdal huruf Thulathi Wau kepada huruf Alif


o Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf
dan asal huruf ketiganya ialah Waw akan diibdalkan kepada huruf
Alif pada kalimah beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-
kalimah yang dimaksudkan ialah:

4.0 Hukum Menggunakan Rasm Uthmani


Hukum mempelajari Rasm Uthmani adalah Fardhu Kifayah. Ianya merupakan satu
keperluan di mana ia dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta’
ditulis dengan Ta’ Mafthuhah atau Ta’ Marbutoh. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan
dikaji khususnya apapbila hendak ditulis atau dibaca kerana ianya dapat memelihara daripada
kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum

12
mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran, apakah boleh ditulis dalam Rasm Imlai.
Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn Hambal telah menyatakan “ haram hukumnya menyalahi
Rasm Uthmani seperti dalam hal penulisan “ya” atau “alif” atau “wau , manakala Imam Malik
ketika ditanya “ bolehkah Al-Quran ditulis dalam bentuk penulisan gaya baru”?, beliau
menjawab tidak boleh dan mesti mengikuti bentuk penulisan yang pertama kali”.

Bab 11 : Hasil kajian (tahap kefahaman pelajar mengenai Rasm Uthmani)

Hasil daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, maka dapatlah dirumuskan
bahawa tahap kefahaman pelajar-pelajar tahfiz ini mengenai Rasm Uthmani berada di paras yang
baik. Hasil daripada bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru telah memberi
kefahaman yang baik dalam mendalami kaedah penulisan Rasm Uthmani. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz ini. Antara masalah –
masalah yang di hadapi ialah:
1. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara kaedah penulisan Rasm
Uthmani.
2. Tidak ada kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru dan pelajar.
3. Bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah menyukarkan guru memberi
pemerhatian kerana bilangan guru yang sedikit.
4. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah
penulisan Rasm Uthmani kerana mengikut sukatan pelajaran Maahad Tahfiz.
5. Perbezaan cara pengajaran dan pembacaan al-Quran diantara sekolah dan rumah.
6. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan VCD
atau komputer.
7. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yang diedarkan di Mahaad
Tahfiz.

13
Dari masalah-masalah yang disebut tadi masalah yang paling penting yang dihadapi
oleh guru-guru dan pelajar ialah ketiadaan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara
mengajar dan mencari maklumat berkaitan kaedah Penulisan Rasm Uthmani. Dengan hanya
bergantung kepada catatan panduan yang terdapat di dalam buku iqra’, ia tidak memadai dan
tidak menyatakan secara jelas cara pengajaran. Pihak Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengambil satu langkah yang baik dalam hal ini dengan
menerbitkan buku panduan akan tetapi buku tersebut tidak tersebar ke negeri-negeri lain untuk
dimanfaatkan bersama. Mengenai buku latihan khusus tentang pengajaran al-Quran
menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani, ada di sesetengah negeri telah mengambil
inisiatif sendiri dalam menyediakan buku latihan sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan
pada tahun 1994 tetapi ia tidak ada daya tarikan yang boleh menarik minat murid seperti warna-
warni dan lain-lain. Kebanyakan guru menyediakan latihan-latihan untuk pengajaran al-Quran
atas inisiatif sendiri.

Bab 111 : Kesimpulan dan Cadangan

Secara umumnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Baitul
Marhabbah ini menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani bagi melancarkan hafazan
mereka. Majoriti daripada pelajar-pelajar ini memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani dan
mereka turut mengamalkan Rasm Uthmani ketika membaca dan menghafal ayat-ayat suci Al-
Quran.

Sebagai kesimpulannya, sistem pembelajaran dan kaedah yang digunakan dalam


memahami Rasm Uthmani perlu adalah amat penting bagi menjamin keberkesanan dalam
menghafaz Al-Quran. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada
ibu bapa memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan huffaz yang mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam kaedah Rasm Uthmani. Keprihatinan dan perhatian adalah
penting dalam menjaga golongan huffaz ini agar suatu hari nanti lahirlah mereka yang betul-
betul menjaga serta mempertahan kesucian ilmu Al-Quran sehingga akhir zaman.

14
RUJUKAN

1. Ahmad kamaruddin Ibrahim, (2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

2. Badaruddin Mohd b. Abdullah Al-Zarkasyi,al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut dar al


Makrifah.

3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani
dan Kelebihannya, utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

4. Ahmad Kamarudin Ibrahim dan Abd. Rahman Abd Ghani, Modul HBQE1203 Rasm Al-
Uthmani, Meteor Doc Sdn. Bhd.

5. Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi,Jurnal Pendidikan Malaysia ( 2009 ),
www.scribd. com

15

You might also like