You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan


penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan
sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau
kelulusan menjalankan sesuatu projek dan jika di sekolah kertas ini dibuat untuk
tujuan penubuhan persatuaan-persatuan besar dan memerlukan modal yang
banyak contohnya Persatuan Pancaragam. Kertas kerja ini perlu disusun dengan
kemas dan mempunyai isi-isi yang lengkap supaya dapat menarik perhatian dan
sokongan daripada pentadbir sekolah khususnya pengetua. Oleh yang demikian
kertas kerja ini harus dirancang dengan rapi dan tidak mempunyai banyak
masalah daripada pelbagai aspek penulisan. Dalam membina sesebuah kertas
kerja, kita juga harus melihat dari sudut bahasa dan struktur ayat. Hal ini amat
membantu dalam penyampaian dan memudahkan pembaca memahami isi yang
ingin disampaikan. Sebelum membuat kertas kerja kita harus memikirkan banyak
perkara yang terdiri daripada persoalan-persoalan yang dapat membantu
memperkembangkan hujah dan menyokong kertas kerja tersebut. Antara
persoalan-persoalanya adalah seperti berikut :

1.1 Tanamkan dalam diri kita bahawa kita merupakan penilai kertas kerja
ini, jadi pilihlah idea yang belum pernah dikerjakan atau idea yang
merupakan pengembangan daripada penelitian sebelumnya atau idea
yang kreatif dan menarik. Banyakan pembacaan literatur untuk
mendapatkan idea ini, yang pasti sesuaikan dengan minat dan bidang
kita.

1.2 Tuliskan dokumen yang mana akan memberikan pengaruh yang kuat
bagi pembaca dengan menuliskannya secara jelas dan terstruktur
sehingga pesan/idea yang kita tuliskan dapat difahami dengan mudah.

1.3 Secara dasarnya kertas kerja boleh menjawab 3 pertanyaan besar


seperti berikut :

1
1.3.1 Apakah jenis projek yang akan kita kerjakan.

1.3.2 Mengapa penelitian ini penting untuk dikerjakan, dengan kata lain
langkah apa yang boleh kita berikan dengan adanya penelitian ini

1.3.3 Proses-proses apa yang kita kerjakan untuk menyelesaikan


masalah ini, boleh disebut dengan metodology, gambaran sistem,
teknologi ataupun konsep yang kita gunakan,  dan lain-lain.

2.0 SUSUNAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENULISAN KERTAS KERJA

Aspek susunan dan langkah penulisan kertas kerja merupakan salah satu faktor
yang memungkinkan sesebuah kertas kerja itu diterima atau tidak. Hal ini kerana
susunan dan langkah-langkah yang teratur merupakan faktor utama membantu
penilai memahami sesebuah kertas kerja. Barbara Fine Clouse dalam buku
beliau bertajuk ‘ Patterns For A Purpose’, beliau juga menyatakan bahawa untuk
menulis sesuatu penulisan kita harus mengikut prosedur yang betul. Setelah
saya membuat sedikit pembacaan dan carian melalui pusat sumber dan laman
web serta blog saya telah menjumpai susunan dan langkah-langkah yang baik
untuk penulisan kertas kerja. Oleh yang demikian saya menggunakan bahan
yang saya ambil daripada http://www.eastchance.com/howto/res_prop.asp dan
sebuah buku yang bertajuk Kaedah Penyelidikan Dan panduan Penulisan (Esei,
Proposal,Tesis). buku tersebut ditulis oleh Dr Sulaiman Masri yang merupakan
seorang pensyarah. Susunan yang dipersetujui dan sesuai digunakan adalah
seperti berikut :

2
2.1 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan merupakan fokus utama yang menceritakan tentang persoalan


‘kenapa’ kertas kerja ini dibuat dan merupakan pendahuluan kecil kepada kertas
kerja ini. Biasanya ditulis dengan ringkas dan tepat. Contoh tujuan bagi kertas
kerja Penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Di Raja ialah :

2.1.1 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan pihak pentadbir SMK Murka Di Raja bagi menubuhkan
Persatuan Pancaragam dan memohon dana untuk membeli
kelengkapan persatuan pancaragam.

2.2 PENDAHULUAN KERTAS KERJA

Pada bahagian ini kita akan menceritakan tentang latar belakang daripada aspek
sejarah dan isu-isu yang timbul serta permasalahan yang akan dihadapi.
Pendahuluan bolehlah dikatakan sebagai muka dan kepala kepada kertas kerja
yang dihasilkan. Oleh yang demikian kita harus menulisnya dengan ringkas
padat dan boleh menarik pembaca untuk terus berminat kepada kertas kerja
tersebut. Contoh pendahuluan dan latar belakang untuk penubuhan Persatuan
Pancaragam SMK Murka Diraja Adalah seperti berikut :

3
2.2.1 PENDAHULUAN

Kokurikulum yang melibatkan muzik contohnya persatuan pancaragam mempunyai


perkaitan yang jelas terhadap pembentukan modal insan dan semangat perpaduan
antara kaum. Hal ini telah dijelaskan dengan nyata dalam laporan Jawatankuasa
Kabinet (1980), yang mengkaji dasar pelajaran (1979), yang menyebut bahawa
penubuhan kelab atau persatuan beruniform seperti pasukan pancaragam sekolah
adalah penting untuk menanamkan semangat perpaduan berbilang kaum. Perkara
ini turut disokong oleh Noraidah Bt Mohammad Kasran (1988) yang mendapati
aktiviti kokurikulum memupuk nilai murni, bahasa dan pengalaman amali. Oleh
yang demikian, aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 mampu dicapai melalui aktiviti kokurikulum
berbentuk Muzik.

2.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KERTAS KERJA

Dalam bahagian ini, kita akan menceritakan tentang matlamat dan objektif yang
ingin dicapai dalam persatuan pancaragam. Hal ini perlu ditulis dengan berhati-
hati kerana ia merupakan perkara yang sangat dititik beratkan dan harus dicapai
oleh pemohon. Justeru, setiap objektif haruslah logik dan bertepatan dengan
tahap pelajar. Contoh matlamat dan objektif yang sesuai adalah seperti berikut :

4
2.3.1 MATLAMAT

Memantapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik


untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan inti- pati falsafah
pendidikan negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani,dan intelek
(JERI) seterusnya menjadikan Persatuan Pancaragam sebagai medium penting
untuk menjadi sumber modal insan yang berupaya mencapai matlamat
WAWASAN 2020 yang menjadi impian negara Malaysia.

2.3.2 OBJEKTIF

Objektif bagi persatuan pancaragam terbahagi kepada dua iaitu :

a) Objektif bukan muzikal

i) Meningkatkan keyakinan diri ke tahap yang maksimum


ii) Melatih semangat bekerja secara berkumpulan
iii) Mewujudkan budaya toleransi sesama ahli
iv) Melahirkan pelajar yang mempunyai disiplin yang baik
v) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan
persembahan yang disertai

b) Objektif Muzikal
i) Menguasai kemahiran membaca notasi muzik dengan baik
ii) Dapat mengenal pelbagai alat muzik dengan lebih dekat dan
berupaya bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik.
iii) Dapat memainkan lagu dalam pelbagai stail muzik
iv) Dapat mengenali
2.4 SPEKSIFIKASI ALATAN aspek intonasi, adunan dan karektor
bagi setiap alat untuk mewujudkan satu pasukan pancaragam
yang cemerlang.

5
2.4 SPEKSIFIKASI ALATAN

Pada bahagian ini kita perlu menjelaskan tentang keperluan untuk


menubuhkan persatuan pancaragam. Dalam bahagian ini juga kitaharus
menyatakan dengan teperinci tentang peralatan yang diperlukan khususnya
alat-alat muzik. Pada bahagian ini juga kita perlu menyenaraikan barang-
barang yang diperlukan dengan jelas.

2.4.1 SENARAI ALATAN

Bilangan Yang
Bil. Nama alatan muzik Diperlukan
1. Picolo 2 unit
2. Flute 4 unit
3. Bb Clarinet 8 unit
4. Alto Saxophone 4 unit
5. Tenor Saxophone 2 unit
6. Bb Trumpet 16 unit
7. Alto Horn 6 unit
8. Tenor Trombone 6 unit
9. Baritone / Euphonium 4 unit
10. Tuba 4 unit
11. Marching Bell 2 unit
12. Cymbal 2 unit
13. Snare Drum 4 unit
14. Bass Drum 18 inci 1 unit
15 Bass Drum 20 inci 1 unit
16 Bass Drum 22 inci 1 unit
17 Bass Drum 24 inci 1 unit
18 Trio / Quad Tom 2 unit
19 Note Stand 40 unit
Jumlah 110 unit

Rujukan : En. Azharuddin Bin Abdul Shukor ( Jurulatih Pancaragam )

2.5 MAKLUMAT AKTIVITI

6
Dalam bahagian ini, kita harus menyenaraikan secara ringkas tentang jadual
aktiviti yang akan dilakukan. Dalam bahagian ini juga kita harus menetapkan
takwim aktiviti yang akan dilakukan persatuan pancaragam sepanjang enam
bulan pertama. Hal ini akan menunjukan betapa seriusnya kita sebagai guru
pebimbing pancaragam.

2.5.1 TENAGA PENGAJAR


a) Sekurang-kurangnya 2 orang jurulatih akan mengendalikan latihan bagi
setiap sesi latihan.
b) Untuk permulaan, 2 orang jurulatih atau lebih adalah diperlukan bagi
mengendalikan latihan yang berbentuk kumpulan, iaitu: woodwind,
brass dan perkusi.
c) Tenaga pengajar adalah terdiri daripada jurulatih dan pakar dalam
bidang masing-masing.
d) Bayaran saguhati adalah sebanyak RM100 sejam untuk seorang
tenaga pengajar.

2.5.2 LATIHAN
Sesi latihan akan dijalankan seminggu dua kali. Satu sesi latihan akan
mengambil masa dua jam. Salah satu daripada sesi latihan akan diambil
alih oleh tenaga pengajar luar yang berpengalaman.

2.5.3 BAHAN MENGAJAR


Penggunaan buku latihan amali daripada Yamaha. Hal ini kerana buku tersebut
sangat sesuai digunakan oleh pelajar yang baru mengenali alat muzik serta buku
itu juga mudah didapati dalam pasaran.

2.5.4 PERANCANGAN LATIHAN 6 BULAN PERTAMA

Bulan Isi Kandungan Pengajaran Catatan

7
Januari 1. Pengenalan asas dan
pengendalian alatan muzik.

2. Pengenalan asas kawad


kaki.

3. Pengenalan asas teori


muzik.

Februari 1. Pelajar boleh memainkan


beberapa not terdiri dari skel C
Major dan Bb Major.

2. Pelajar dapat bermain secara


seksyenal dalam bentuk
unison.

3. Pengenalan asas kawad


formasi.

Mac 1. Pengenalan bermain secara


ensemble. Pelajar dapat
menguasai skel C Major
2. Pengenalan perisian komputer dan Bb Major secara
untuk tujuan formasi ensemble.

3. Pengenalan membuat formasi


menggunakan carta.

April 1. Bermain sebuah lagu mudah


secara ensemble. Pelajar sudah
menguasai
2. Berkawat bersama peralatan pengendalian alat untuk
muzik. berkawat.

3. Latihan pengukuhan dan


ulangkaji pelajaran terdahulu.

Mei 1. Bermain secara ensemble dan


tambahan sebuah lagu baru. Bagi setiap sessi
latihan, pengukuhan
2. Teknik tiupan diperbaiki dari kepada teknik tiupan
masa ke semasa bagi tujuan dan permainan akan di
pengukuhan. titikberatkan.

8
3. Pelajar dapat menguasai skel
G Major.

Jun
1. Tambahan lagu bagi tujuan Pasukan pancaragam
persembahan. bersedia mengadakan
persembahan di
2. Latihan pengukuhan. hadapan warga sekolah

3. Persiapan persembahan Penilaian tahap


secara terbuka. kecekapan dari segi
permainan alat dan
4. Penilaian tahap kecekapan. kawad akan dijalankan.

2.6 CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI


Carta organisasi merupakan satu perkara yang penting dan harus dibuat untuk
melancarkan perjalanan sesuatu persatuan khususnya persatuan pancaragam.
Oleh yang demikian, carta organisasi juga harus dibuat dengan tetiti dan
melantik ahli yang layak untuk memegang jawatan didalamnya. Hal ini bertujuan
Pentadbir
segala objektif yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contoh
Penolong Kanan
bagi carta organisasi untuk persatuan Ko-
pancaragam adalah seperti di bawah :
Kurikulum

Penyelaras Pasukan
Beruniform
Guru Penasihat
Jurulatih
Presiden

Pen. Presiden

Setiausaha Bendahari

Ketua Quatermaster Ketua Ketua Ketua Ketua


Seksyen Disiplin Kebajikan Uniform Perpustakaan

Brass Tiup Kayu Perkusi

9
3.0 PENUTUP

Penutup merupakan perkara yang paling akhir ditulis dalam sesebuah penulisan.
Penutup biasanya mengandungi kesimpulan daripada perkara yang
dibincangkan. Menurut Sulaiman Masri bahagian kesimpulan atau penutup
biasanya terdiri sama dengan perengan pengenalan iaitu terdiri daripada satu
perengan utama dan jika perlu bolehlah ditautkan dengan satu perengan
tambahan lain tetapi lebih pendek. Kesimpulan esei ini mengandungi instisari
kesemua idea yang dipaparkan dalam perenggan sesautu esei. Nyatakan
3.1 PENUTUP
mengapa anda sampai kepada suatu kesimpulan. Nyatakan harapan anda dan
Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Pancaragam SMK Murka Diraja merupakan satu
tegaskan pendirian anda dengan maksud mempengaruhi pembaca menerima
aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya
pandangan dan hujahan.
menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga,
kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam persatuan pancaragam mampu
melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang
demikian matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan
mewujudkan semangat ‘SATU MALAYSIA’ dalam masyarakat boleh dicapai melalui
penubuhan persatuan pancaragam ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja
ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang
10
baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI

Barbara Fine Clouse 2004. Patterns For A Purpose A Rhetorical Reader , Mc


Graw-hill Componies, Amaricas, New York.

Sulaiman Masri .2003. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan


(esai,proposal,tesis) SANON PRINTING CORPORATION SDN BHD. Sg Besi
Kuala Lumpur

Zaharul Lailiddin Saidon, Omar bin Baharuddin, Sajastanah bin Imam Koning.
Peranan Kegiatan Kurikulum Muzik Instrumental Di sekolah Dalam Konteks
Pembangunan Modal Insan. Fakulti Seni Dan Muzik. Tanjung Malim. Perak.

11
http://www.scribd.com/doc/4973859/Format-kertas-kerja disunting pada 28.8.09
pada 1.00 am.
http://www.scribd.com/doc/4973547/KERTAS-KERJA-CYBER-CAFE disunting
pada 28.8.09 pada 1.00 am.

http://metos2004.tripod.com/penulisanlaporan.htm disunting pada 28.8.09


pada 1.00 am

12

You might also like