You are on page 1of 10

1.

PENDAHULUAN

1.1. Hazad

Hazad adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling bertindak antara satu
dengan yang lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini
termasuklah daripada yang mengakibatkan kecederaan kecil sehinggalah kepada
kematian. “Occupational Safety and Health Assessment Series, 18002” (OHSAS
18002) dan ISO/EC Guide 51:1999 mentakrifkan hazad sebagai punca atau
keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks
kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan
persekitaran tempat kerja, atau gabungannya.

1.2. Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian)


dan akibat sesuatu peristiwa berhazad berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai
gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa malang,
dedahan dan impak kernalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud adanya
peluang kemalangan itu berlaku. Adanya peluang boleh ditentukan daripada statistik
kemalangan. Misalnya, 2 kecederaan berat berlaku di dalam 1 juta jam kerja atau
400 kemnalangan nyaris di dalam 1 juta jam kerja. Dedahan bermaksud kekerapan
pekerja terdedah kepada hazad. Seseorang itu mungkin terdedah kepada hazad
kimia setiap masa, kadang-kadang, jarang sekali atau sangat jarang sekali. Kesan
kemalangan pula bermaksud magnitud atau impak kemalangan. Di dalam konteks
kecederaan, impak kemalangan boleh melibatkan kematian, kecederaan besar,
kecederaan kecil atau kemalangan nyaris. Kesan kemalangan juga boleh
bermaksud ekstensivitinya, misalnya, jumlah orang yang terlibat, keluasan kawasan
terlibat atau kos kerugian dan sebagainya. Impak kemalangan boleh dianggap
sebagai kuantiti vektor.

1
1.3. Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazad. Perkataan


ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan
risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazad berada di dalam
keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah
kepada hazad. Panduan ISO/IEC 51:1990(E) mencadangkan perkataan "BAHAYA"
digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko tinggi. Secara
perbandingan perkataan "AMARAN" dan "AWAS" masing-masing digunakan untuk
menarik perhatian kepada keadaan berisiko sederhana dan rendah.

1.4. Perhubungan Di Antara Hazad, Risiko dan Bahaya

Perhubungan di antara hazad, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazad kimia kerana sifat
intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia dan kerosakan kepada setengah bahan. Risiko percikan asid ke muka
pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding
dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid hiroklorik dengan
mulut.

2
2. HAZAD
Hazad terbahagi kepada LIMA (5) iaitu:

a) FIZIKAL
Contoh: bunyi bising, sinaran, pengudaraan, tegasan haba, pencahayaan,
elektrik

b) KIMIA
Contoh: Racun serangga, pelarut, logam berat.

c) BIOLOGI
Contoh: Bakteria, virus, parasit

d) ERGONOMIK
Contoh: Perantaraan manusia dan mesin, kedudukan / postur kerja

e) PSIKOSOSIAL
Contoh: Tekanan kerja, hubungan sesama pekerja di dalam organisasi,
bekerja terlalu lama, kerja shif

3
2.1. HAZAD KIMIA
Habuk Galian Dari Aktiviti Kuari Dan Pecah Batu

2.1.1. PENGENALAN

Aktiviti kuari adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di negara kita. Aktiviti
kuari melibatkan proses pemecahan batu kepada saiz yang lebih kecil. Aktiviti ini
selalunya melibatkan proses peletupan. Akibat daripada aktiviti ini secara tidak
langsung mendatangkan hazad. Antara hazad yang terdapat dalam aktiviti ini adalah
partikel habuk yang terdapat di dalam udara. Hazad ini memberi kesan kepada
ekosistem dan populasi setempat.

2.1.2. CARA DEDAHAN


- Individu akan mengalami impak kesihatan apabila individu tersebut terdedah
kepada habuk galian tersebut.
- Individu boleh terdedah kepada hazard tersebut melalui:

Penyedutan atau pernafasan


o Individu tersebut boleh terdedah apabila berada berdekatan dengan
tempat aktiviti kuari dijalankan.
o Individu tersebut akan tersedut udara yang mengandungi partikel-
partikel kecil habuk pada kawasan tersebut.
o Udara yang mengandungi hubuk tersebut akan masuk ke dalam badan
individu tersebut.

4
Pengingesan (ingesi)
o Individu boleh terdedah kepada hazad tersebut apabila individu
tersebut termakan makanan yang telah dicemari oleh partikel habuk
tersebut.
o Makan boleh tercemar oleh partikel habuk ini apabila makanan
tersebut terdedah kepada udara yang berdekatan dengan aktiviti kuari
dijalankan.

2.1.3. POPULASI YANG BERISIKO


- Kebiasaannya populasi yang akan terdedah kepada hazad ini adalah:
1. Pekerja yang menjalankan aktiviti kuari tersebut.
2. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan aktiviti kuari dijalankan.
3. Kanak-kanak
4. Orang tua
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
6. Mereka yang berpenyakit seperti :
* asma
* bronkitis
* radang paru-paru
* penyakit paru-paru yang kronik
* jantung
* alahan

5
2.1.4. KESAN

Antara kesan hazad tersebut kepada kesihatan adalah:

1. Pneumokoniosis
- Pneumokoniosis adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh
penimbunan debu di dalam jaringan paru-paru.
- Gejala umumnya antara lain batuk kering, sesak napas, kelelahan, dan
berkurangnya berat badan.
- Debu masuk ke dalam paru-paru bersama udara yang kita hirup ketika
bernapas.
- Debu tersebut biasanya berukuran mini antara 1-10 mikron. Debu berukuran
5 - 10 mikron akan ditahan oleh jalan napas bagian atas, sedangkan yang
berukuran 3 - 5 mikron ditahan di bagian tengah jalan napas.  Partikel-partikel
yang berukuran 1 - 3 mikron ditempatkan langsung di permukaan jaringan
dalam paru-paru.
- Pneumokoniosis terbahagi kepada tiga jenis, bergantung jenis debu
penyebabnya. Antaranya ialah:
o Silikosis yang disebabkan oleh debu silika bebas (SiO2)
o Asbestosis disebabkan oleh debu asbestos
o Antrakosilikosis yang disebabkan oleh debu campuran

6
a) SILIKOSIS
- Pneumoconeosis yang disebabkan oleh silika dan paling sering berlaku.
- Pendedahan
o Kuari granite, lombong arang batu, garam galian dan mencari batu
bata berharga di dalam pasir, proses menggunakan silika seperti
sandblasting dan fettling.
- Tanda Dan Gejala
o Mengambil masa untuk menimbulkan gejala namun gejala akut boleh
berlaku jika menyedut debu silika dalam jumlah yang banyak.
o Tiada gejala langsung (ringan)
o Batuk, sesak nafas
o Cyanosis, gangguan jantung dan pulmonary hypertension.
- Komplikasi
- Bronkitis
- Emphysenic (kembang paru-paru)
- Kegagalan jantung berfungsi

b) ASBESTOSIS
- Penumoconeosis yang disebabkan oleh debu asbestos.
- Pendedahan
o Tiada tanda dan gejala ringan
o Setelah beberapa tahun kemungkinan sesak nafas, jari menjadi
`clubbing’ dan kegagalan jantung.
- Komplikasi
o Cov pulmonale
o Kanser bronkus - terutama jika asbestosis beserta merokok
(jangkamasa panjang)
o Mesothelioma -Malignency selaput pleura dan selom.

7
2.1.5. LANGKAH KAWALAN
- Pengawalan ke atas pencemaran debu dari aktiviti penggerudian, peletupan dan
pemecahan/penapisan batu dapat dilaksanakan melalui:

KAWALAN PENTADBIRAN
i) menggunakan peralatan yang sesuai dan dilengkapi dengan sistem
penyiraman air (water sprinkling system) di tempat-tempat strategik.
ii) Alat-alat yang digunakan di tapak pemerosesan batuan akan ditutup
(enclosed) dan dilengkapi dengan sistem penyiraman air.
iii) Pembasahan permukaan tanah yang terdedah dan laluan tanah/laterite yang
sering dilalui kenderaan menggunakan lori penyembur air juga membantu
mengawal pencemaran debu.
iv) pengekalan tumbuhan di sekeliling tapak kuari dapat bertindak untuk
mengurangkan pencemaran habuk, bunyi dan sebagainya.
v) Penyediaan takungan air untuk membasahkan tayar lori pengangkut yang
keluar/masuk tapak juga digalakkan untuk mengurangkan penjanaan debu.

KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI

i) Pemakaian topeng dan goggle


ii) Jenis yang betul , bersesuaian , diselenggarakan dengan baik dan
dibersihkan

iii) Penggunaan perlindungan pernafasan ( respirator ) yang sesuai  dan


diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . 
iv) Penggunaan Pakaian kerja yang khas ditempat kerja dan mandi sebelum
pulang kerumah akan mengelakkan pendedahan asbestos kepada
keluarga.

8
PENGAWASAN KESIHATAN
i) Pemantauan pendedahan
ii) Pemeriksaan kesihatan/perubatan (oleh doktor kesihatan pekerjaan)
1. Sejarah pekerjaan
2. Pemeriksaan klinikal

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti kuari akan mendatangkan pelbagai kesan-kesan


negatif terhadap populasi dan ekosistem. Oleh itu, kajian penilaian awal perlu
dijalankan untuk mengenalpasti hazad-hazad yang mungkin terjadi semasa aktiviti
kuari dijalankan. Langkah kawalan perlu diambil bagi mengurangkan kesan-kesan
hazad pada populasi dan ekosistem.

9
RUJUKAN

HAZARD UTAMA DI TEMPAT KERJA


http://www.niosh.com.my/download/oshtalk%20KVC/NIOSH%20-%20kvc.pdf

PAGOH QUARRY EXECUTIVE SUMMAR


http://www.doe.gov.my/dmdocuments/Johor/PagohQuarry_ExecutiveSummar
y.pdf

PERHUBUNGAN DI ANTARA HAZAD, RISIKO DAN BAHAYA


http://oshthejourney.blogspot.com/2008/03/perhubungan-di-antara-hazad-
risiko-dan.html

PENYAKIT PARU-PARU AKIBAT PEKERJAAN


http://docs.docstoc.com/orig/1320577/fe73d7ed-8cec-44f1-97a9-
d5e565830c84.ppt

NOTA SUBJEK HIGEN INDUSTRI, BAB 2: HAZAD FIZIKAL DI TEMPAT


KERJA

10

You might also like