P. 1
Perakaunan Pendapatan Negara

Perakaunan Pendapatan Negara

|Views: 2,384|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Pembentangan Ekonomi : Perakaunan Pendapatan Negara oleh Puan Rosmani Bt Ali Pensyarah Kajian Sosial dari IPG KDRI
Pembentangan Ekonomi : Perakaunan Pendapatan Negara oleh Puan Rosmani Bt Ali Pensyarah Kajian Sosial dari IPG KDRI

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Aug 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/07/2013

pdf

text

original

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Merupakan satu penyata kewangan negara bagi tempoh satu tahun.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR
Ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran milik negara itu atau negara asing. Mengambil kira sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu. Tidak mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara asing.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN NEGARA KASAR
Ialah nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing. Mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing. Tidak mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor asing di negara itu.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Sekiranya pendapatan faktor dari luar negara melebihi bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari luar negara bernilai positif. Dalam keadaan ini KNK melebihi KDNK. Sebaliknya apabila pendapatan faktor dari luar negara kurang daripada bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari luar negara bernilai negatif. Dalam keadaan ini KNK kurang daripada KDNK.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Lazimnya, negara maju mempunyai nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara yang positif kerana lebih banyak membuat pelaburan di luar negara. Oleh itu, KNK sentiasa melebihi KDNK di negara maju tersebut. Sebaliknya negara kurang maju mempunyai nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara yang negatif kerana lebih banyak membuat bayaran untung lepas cukai kepada pelaburpelabur asing. Oleh itu, KNK sentiasa kurang daripada KDNK di negara kurang maju tersebut.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Apabila pendapatan faktor bersih dari luar negara bernilai negatif, KNK kurang daripada KDNK iaitu pengaliran keluar mata wang tempatan yang lebih banyak akan menurunkan nilai mata wang tempatan dan menjejaskan imbangan pembayaran. Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh penduduk tempatan dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun. Pendapatan negara meliputi jumlah pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat dan pendapatan perusahan persendirian.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Apabila pendapatan faktor bersih dari luar negara bernilai negatif, KNK kurang daripada KDNK iaitu pengaliran keluar mata wang tempatan yang lebih banyak akan menurunkan nilai mata wang tempatan dan menjejaskan imbangan pembayaran. Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh penduduk tempatan dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun. Pendapatan negara meliputi jumlah pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat dan pendapatan perusahan persendirian.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN NEGARA BERSIH
KNB = KNK ± susut nilai Dikenali sebagai pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenar.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN NEGARA BERSIH Dalam proses pengeluaran, setiap negara menggunakan barang modal seperti mesin, dan komputer untuk menambahkan daya pengeluaran dan kuantiti keluaran. Walau bagaimanapun, barang modal tersebut akan mengalami penyusutan nilai apabila telah lama digunakan atau rosak melalui masa. Susut nilai barang modal akan merendahkan daya pengeluaran dan keluaran negara. Oleh itu, susut nilai harus ditolak dalam perakaunan pendapatan negara untuk memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
PENDAPATAN PERSENDIRIAN
Adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam setahun di sesebuah negara. Merangkumi semua sumber pendapatan kepada individu. Antaranya:
Pendapatan faktor yang terdiri daripada sewa, bunga bersih, upah dan gaji, untung kepada pengusaha dan pendapatan perusahaan persendirian. Bayaran pindahan seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun, bunga atas pinjaman. Bayaran pindahan adalah pendapatan kepada individu yang tidak menyumbangkan sebarang faktor pengeluaran produktif dalam kegiatan ekonomi. Bayaran itu dilakukan tanpa sebarang pengeluaran barang/ perkhidmatan dalam ekonomi.

Hubungan Antara Pendapatan Negara dan Pendapatan Persendirian

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
PENDAPATAN BOLEH GUNA merupakan pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan atau ditabungkan. Kebanyakan individu membayar sebahagian daripada pendapatan persendirian mereka kepada kerajaan dalam bentuk cukai pendapatan individu. Oleh itu bukan semua pendapatan persendirian dapat digunakan. Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Persendirian ± Cukai Pendapatan Perseorangan. Adalah penentu taraf hidup individu dalam sesebuah negara kerana pendapatan boleh guna menentukan jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dan digunakan oleh individu.

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
PENDAPATAN PER KAPITA ialah pendapatan purata setiap penduduk di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara dengan jumlah penduduk bagi tahun berkenaan. Dikira mengikut harga semasa. Dipengaruhi oleh tingkat harga umum dan tidak tepat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara. Apabila PPK naik, taraf hidup rakyat negara itu tidak semestinya bertambah baik kerana kenaikan PPK mungkin disebabkan oleh kenaikan tingkat harga umum. Kenaikan harga umum bermakna kenaikan kos hidup yang akan mengurangkan kuasa beli rakyat.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Untuk memahami kaedah perhitungan pendapatan negara, adalah penting memahami hubungan antara pendapatan negara, keluaran negara dan perbelanjaan negara. Dalam sebuah ekonomi, firma menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi dikenali sebagai keluaran negara. Penggunaan faktor akan mewujudkan pendapatan faktor. Jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran dikenali sebagai pendapatan negara.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Dalam penghitungan, nilai keluaran negara adalah sama dengan nilai pendapatan negara, iaitu: Keluaran negara = Pendapatan Negara Pendapatan negara yang diterima oleh isi rumah akan dibelanjakan ke atas keluaran negara. Jumlah perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara dikenali sebagai perbelanjaan negara. Dalam penghitungan, nilai perbelanjaan negara adalah sama dengan nilai keluaran negara, iaitu Perbelanjaan Negara = Keluaran Negara Rumusan: Keluaran Negara = Pendapatan Negara = Perbelanjaan Negara

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Dalam perakaunan perdapatan negara, tiga kaedah berikut digunakan untuk menghitung pendapatan negara, iaitu: Kaedah keluaran Kaedah perbelanjaan Kaedah pendapatan Malaysia menggunakan kaedah keluaran dan kaedah perbelanjaan.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Mengikut kaedah ini, yang dicampur ialah nilai ditambah yang diwujudkan oleh semua sektor ekonomi dalam negara. Nilai ditambah ialah pertambahan nilai barang/ perkhidmatan selepas melalui proses pengeluaran Untuk mengira nilai ditambah, kita harus membezakan nilai barang akhir daripada nilai barang perantaraan dan nilai barang import.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Barang akhir: ialah barang yang boleh digunakan oleh isi rumah tanpa diproses selanjutnya. Contoh: roti Barang perantaraan: barang yang perlu diproses selanjutnya. Contoh: tepung gandum. Barang import: barang yang dibeli dari negara asing. Contoh: gandum yang diimport

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Mengikut kaedah ini, yang dicampur ialah nilai ditambah yang juga merupakan nilai barang akhir. Nilai barang perantaraan tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali. Jika input pengeluaran melibatkan barang import, nilai barang import harus ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Contoh pengiraan tanpa barang import.

Jenis Keluaran Barang perantaraan Barang perantaraan Barang akhir Jumlah (RM)

Keluaran Gandum Tepung gandum Roti

Nilai Keluaran (RM) 100 200 300 600

Nilai ditambah (RM) 100 ± 0 = 100 200 ± 100 = 100 300 ± 200 = 100 300

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah: tanpa barang import)
Berdasarkan jadual, gandum dan tepung gandum ialah barang perantaraan sementara roti ialah barang akhir. Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan ialah nilai ditambah daripada gandum menjadi roti, iaitu nilai barang akhir berbentuk roti RM300. Nilai gandum RM100 dan nilai tepung RM200 tidak dicampurkan kerana kedua-duanya ialah barang perantaraan dalam pengeluaran roti. Wujud pengiraan dua kali yang akan meninggikan nilai keluaran negara kepada RM600 jika nilai barang perantaraan, iaitu nilai gandum dan tepung gandum diambilkira.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Contoh pengiraan dengan barang import. Andaikan gandum ialah barang import dalam pengeluaran roti. Jenis Keluaran Barang import Barang perantaraan Barang akhir Jumlah (RM) Keluaran Gandum Tepung gandum Roti Nilai Keluaran (RM) 100 200 300 600 Nilai ditambah (RM) 100 ± 100 = 0 200 ± 100 = 100 300 ± 200 = 100 200

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambahdengan barang import)
Berdasarkan jadual, gandum adalah barang import, tepung gandum ialah barang perantaraan dan roti adalah barang akhir. Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan ialah nilai ditambah yang bersamaan dengan nilai barang akhir (roti) tolak nilai barang import (gandum) iaitu RM300 ± RM100 = RM200. Nilai gandum RM100 mesti ditolak kerana gandum ialah barang import yang tidak dikeluarkan dalam negara. Nilai tepung gandum RM200 tidak dicampurkan kerana tepung gandum ialah barang perantaraan.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan barang import sebagai input, jumlah nilai ditambah bersamaan dengan jumlah nilai barang akhir yang dikeluarkan dalam negara. Sebaliknya jika proses pengeluaran melibatkan barang import sebagai input, jumlah nilai ditambah bersamaan dengan jumlah nilai barang akhir tolak jumlah nilai barang import. Pengiraan nilai ditambah boleh mengelakkan masalah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi berikut;
Pertanian, perhutanan dan perikanan Perlombongan dan kuari Perkilangan Pembinaan Elektrik, gas dan air Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan-perkhidmatan lain

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah Keluaran (Nilai ditambah)
Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi satu tahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan (KDNKhp) dengan kaedah keluaran adalah mengikut harga tetap.

Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga tetap 1987)
Sektor Ekonomi
1. 2. 3. 4. 5. Pertanian, perhutanan, perikanan Perlombongan dan kuari Perkilangan /pembuatan Pembinaan Perkhidmatan - elektrik, gas dan air - pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan - perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran - kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan - perkhidmatan kerajaan - perkhidmatan lain

RM juta (Anggaran)
20 693 17 528 78 828 7 451 141 534 10 310 21 480 35 409 37 256 17 541 19 538

% sumbangan kepada KDNK
8.3 7.1 31.8 3.0 57.1

Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga tetap 1987)
Sektor Ekonomi 6. Tolak: Bayaran perkhidmatan bank
7. Tambah: Cukai import 8. KDNK pada harga pasaran

RM juta (Anggaran)
-23 376 + 5 222 247 880

% sumbangan kepada KDNK
-9.4 +2.1 100.0

(Sumber: Laporan Ekonomi 2004 / 2005, Kem. Kewangan Malaysia)

Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia a) KDNKhp dihitung mengikut harga tetap. b) KDNKhp Malaysia pada tahun 2004 mengikut harga tetap 1987 berjumlah RM247 880 juta. c) Sektor perkilangan/ pembuatan masih merupakan sektor kecil ekonomi yang memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia iaitu sebanyak 31.8%. d) KDNKhp Malaysia diperoleh apabila

Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga tetap 1987)
Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia d) KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor kecil ekonomi dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import e) Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan, maka item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali. f) Cukai import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi keluaran Malaysia, maka ia ditambah dalam perhitungan KDNKhp.

Contoh Akaun KDNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga tetap 1987)
Penjelasan Akaun KDNKhp Malaysia
g) i) Peratus sumbangan sektor utama (1 & 2) pada tahun 2004: = 20 693 + 17 528 x 100% = 15.4% 247 880 ii) Peratus sumbangan sektor kedua (3 & 4) pada tahun 2004: = 78 828 + 7 451 x 100% = 34.8% 247 880 ii) Peratus sumbangan sektor ketiga (5) pada tahun 2004: = 141 534 x 100% = 57.1% 247 880

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kelebihan Kaedah Keluaran
Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus sumbangannya kepada KDNK negara itu. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar, iaitu:
Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar baru ± KDNK benar lama x 100% KDNK benar lama

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA Kaedah Perbelanjaan
dengan cara mencampurkan jumlah perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dilakukan oleh golongan pembeli seperti berikut:
Perbelanjaan penggunaan awam Perbelanjaan penggunaan swasta Pembentukan modal tetap kasar awam / pelaburan awam Pembentukan modal tetap kasar swasta/ pelaburan swasta Perubahan dalam inventori Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Pendapatan faktor bersih dari luar negara

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Perbelanjaan penggunaan awam Iaitu perbelanjaan sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan Perbelanjaan penggunaan swasta Iaitu perbelanjaan sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan Pembentukan modal tetap kasar awam/ pelaburan awam Iaitu perbelanjaan sektor kerajaan ke atas barang-barang modal seperti komputer dan trak tentera untuk menggantikan yang rosak serta menambahkan barang modal yang baru.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Pembentukan modal tetap kasar awam/ pelaburan swasta
Iaitu perbelanjaan sektor swasta ke atas barangbarang modal seperti mesin dan jentera untuk menggantikan yang rosak serta menambahkan barang modal yang baru.

Perubahan dalam inventori
Iaitu perubahan nilai stok/ barang simpanan perusahaan yang belum dijual. Nilai perubahan inventori yang positif harus dicampurkan kerana pertambahan nilai inventori akan menambahkan nilai keluaran negara dan pendapatan negara tahun berkenaan. Sebaliknya nilai perubahan inventori yang negatif harus ditolak kerana pengurangan nilai inventori akan mengurangkan nilai keluaran negara dan pendapatan negara pada tahun berkenaan.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Eksport barang dan perkhidmatan
Iaitu perbelanjaan negara-negara asing ke atas barang dan perkhidmatan yang dijual oleh negara itu. Perbelanjaan negara-negara asing tersebut akan menambahkan pendapatan negara itu. Oleh itu, nilai eksport barang dan perkhidmatan harus dicampurkan dalam akaun KDNK negara itu.

Import barang dan perkhidmatan
Iaitu perbelanjaan negara itu ke atas barang dan perkhidmatan yang dibeli dari negara-negara asing. Perbelanjaan import mengurangkan pendapatan negara itu. Oleh itu, nilai import barang dan perkhidmatan harus ditolak dalam akaun KDNK negara itu

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Pendapatan faktor bersih dari luar negara
Iaitu perbelanjaan negara-negara asing ke atas penggunaan faktor-faktor pengeluaran negara itu ditolak perbelanjaan negara itu ke atas penggunaan faktor-faktor pengeluaran negara asing. Pendapatan faktor bersih dari luar negara yang positif akan menambahkan pendapatan negara dan harus dicampur dalam akaun KDNK negara itu. Sebaliknya jika bernilai negatif akan mengurangkan pendapatan negara dan harus ditolak daripada akaun KDNK negara itu.

Nilai pendapatan negara yang diperoleh melalui kaedah perbelanjaan dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp).

Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga semasa)
Komponen Perbelanjaan
1. Perbelanjaan penggunaan: - awam RM60 786 (14.8%) - swasta RM190 812 juta (46.3%) Pembentukan modal tetap kasar/ Pelaburan kasar

RM juta (Anggaran)
251 598

% sumbangan kepada KNK
61.1

2.

88 889

21.6

- awam RM54 152 juta (13.2%)
3. 4. - swasta RM34 737 juta (8.4%) Perubahan dalam stok/ inventori Eksport bersih Tambah: Eksport barangan RM531 805 juta (128.1%) Tolak: Import barangan RM437 180 juta (106.2%) 3 433 94 625 0.8 22.9

Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga semasa)
Komponen Perbelanjaan 6. KDNK pada harga pasaran (harga
pembeli) 7. Bayaran faktor bersih ke luar negara 8. KNK pada harga pasaran (harga pembeli)

RM juta (Anggaran)
438 545 -26 751 411 794

% sumbangan kepada KNK
106.4 -6.4 100

(Sumber: Laporan Ekonomi 2004 / 2005, Kem. Kewangan Malaysia)

Penjelasan Akaun KNKhp Malaysia a) KNKhp boleh dihitung mengikut harga tetap atau harga semasa.

Contoh Akaun KNKhp Malaysia tahun 2004 (mengikut harga semasa)
Penjelasan Akaun KNKhp Malaysia b) Dalam penghitungan KNKhp mengikut kaedah perbelanjaan, semua perbelanjaan yang menambahkan pendapatan negara ditambah, iaitu perbelanjaan penggunaan swasta (C), perbelanjaan penggunaan awam (G), pelaburan kasar (I), dan eksport (X); sementara perbelanjaan yang mengurangkan pendapatan negara ditolak, iaitu import (M). c) Perubahan dalam stok/ inventori ( i), eksport bersih (X ± M) dan bayaran faktor bersih ke luar negara boleh bernilai positif atau negatif. Nilai positif akan ditambah, nilai negatif akan ditolak. d) KNKhp = (C+G) + I + i + X ± M + Bayaran faktor bersih ke luar negara = 251 598 + 88 889 + 3 433 + 94 625 ± 26 751 = RM411 794 juta e) Bayaran faktor bersih ke luar negara negatif menunjukkan bahwa pendapatan faktor dari luar negara kurang daripada bayaran faktor ke luar negara.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN

Kaedah Pendapatan (Bayaran faktor)
Mengikut kaedah ini, pendapatan negara dihitung dengan mencampurkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Pendapatan faktor terdiri daripada:
Gaji dan upah iaitu pendapatan buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dan sebagainya. Sewa iaitu pendapatan pemilik tanah seperti sewa kebun, sewa kilang, sewa rumah dan lain-lain. Bunga bersih iaitu pendapatan pemilik modal seperti faedah tabungan di bank perdagangan dan faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Bunga ini tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN Pendapatan faktor terdiri daripada:
Keuntungan iaitu pendapatan pengusaha syarikat. Pendapatan perusahaan persendirian iaitu pendapatan pengusaha kecil seperti milikan perseorangan, perkongsian dan koperasi.

Pengiraan pendapatan negara tidak mengambil kira bayaran pindahan. Bayaran pindahanialah pendapatan yang tidak melibatkan penggunaan faktor produktif dalam pengeluaran. Penerima bayaran pindahan tidak menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN

Contoh-contoh bayaran pindahan termasuk:
Bunga atas pinjaman kerajaan Bunga atas pinjaman pengguna Bayaran pencen pesara Biasiswa pelajar Zakat kepada fakir miskin Elaun suri rumah tangga dan anak Elaun penganggur.

Nilai pendapatan negara diperoleh juga dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf).

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN
Contoh Akaun Pendapatan Negara bagi Negara A Butir Upah dan gaji Sewa Bunga bersih Keuntungan syarikat Pendapatan perusahaan Persendirian Pendapatan Negara (KNBkf) RM juta 80 000 3 000 5 000 20 000 9 000 117 00

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN

Kaedah ini tidak digunakan di Malaysia dalam pengiraan pendapatan negara. Ia juga jarang digunakan di negara-negara lain kerana terdapat masalah pengumpulan maklumat. Contoh pengiraan
Data berikut menunjukkan akaun pendapatan negara sebuah negara pada tahun 1999
(Indeks harga 1996 = 100)

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN
Butir Pendapatan negara Caruman KWSP Cukai pendapatan syarikat Bayaran pindahan Bunga atas pinjaman pengguna Bunga atas pinjaman kerajaan Cukai pendapatan perseorangan Untung yang tidak dibahagikan RM juta 85 000 2 500 15 000 1 500 500 800 7 000 4 000

Hitung: a) Pendapatan pensendirian b) Pendapatan boleh guna c) Pendapatan perkapita, jika jumlah penduduk = 16 juta orang d) Pendapatan negara benar tahun 1999, diberi indeks harga 1999 = 110. e) KNK pada kos faktor, diketahui susut nilai = RM100 juta

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN
Contoh jawapan a) Pendapatan persendirian Pendapatan negara ± caruman KWSP ± cukai pendapatan syarikat ± untung yang tidak dibahagikan + bayaran pindahan + bunga atas pinjaman pengguna + bunga atas pinjaman kerajaan = 85 000 ± 2500 ± 15 000 ± 4000 + 1500 + 500 + 800 = 66 300 (RM juta)

b) Pendapatan boleh guna = pendapatan persendirian ± cukai pendapatan perseorangan = 66 300 ± 7000 = RM59 300 juta

KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA ± KAEDAH PENDAPATAN
Contoh jawapan c) Pendapatan per kapita = Pendapatan Negara = RM85 000 = RM5312.50 Jumlah penduduk 16 juta

d) Pendapatan negara benar 1999 = Indeks harga 1996 x Pendapatan negara 1999 Indeks harga 1999 = 100 x RM85 000 juta = RM77 272.73 110 e) KNK pada kos faktor = KNB pada kos faktor + susut nilai = 85 000 + 100 = RM85 100 juta

KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
Nilai pendapatan negara boleh digunakan untuk mengira: Pendapatan perkapita Pendapatan negara benar Pertumbuhan ekonomi Pertumbuhan kebajikan. Data Pendapatan perkapita selalu digunakan untuk Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan /pinjaman kepada negara miskin

KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
Data kadar pertumbuhan ekonomi boleh digunakan untuk menentukan sama ada pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh memuaskan atau tidak. Jika kadar pertumbuhan ekonomi adalah positif atau semakin meningkat, pencapaian ekonomi adalah memuaskan. Sebaliknya jika kadar pertumbuhan ekonomi adalah negatif atau semakin menurun, pencapaian ekonomi negara itu adalah tidak memuaskan. Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran boleh menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK negara. Data tersebut juga merupakan petunjuk perubahan struktur ekonomi. Maklumat tersebut menolong kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demi mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.

KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
Data pendapatan boleh guna yang diperoleh daripada pendapatan negara iaitu pendapatan persendirian ditolak cukai pendapatan perseorangan, boleh dijadikan petunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana pendapatan boleh guna menggambarkan kuasa beli negara berkenaan. Data pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam, perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dan sebagainya membolehkan kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahuntahun akan datang

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->