P. 1
Langkah Mengatasi Masalah Inflasi

Langkah Mengatasi Masalah Inflasi

3.0

|Views: 8,281|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Pembentangan Ekonomi : Langkah Mengatasi Masalah Inflasi oleh Puan Rosmani Bt Ali Pensyarah Jabatan Kajian Sosial dari IPG KDRI
Pembentangan Ekonomi : Langkah Mengatasi Masalah Inflasi oleh Puan Rosmani Bt Ali Pensyarah Jabatan Kajian Sosial dari IPG KDRI

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Aug 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH INFLASI

‡ Semasa inflasi, harga umum naik berterusan bermakna kos hidup rakyat naik berterusan. ‡ Keadaan ini akan merendahkan taraf hidup rakyat kerana semakin sedikit barang/ perkhidmatan dinikmati berdasarkan sejumlah pendapatan nominal. ‡ Pelbagai langkah boleh diambil untuk menurunkan tingkat harga umum untuk mengatasi inflasi atau mengurangkan kadar inflasi.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 1

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH INFLASI
‡ Apabila inflasi tarikan permintaan berlaku, langkah-langkah yang berikut boleh diambil: a) Dasar fiskal menguncup b) Dasar kewangan menguncup ‡ Apabila inflasi tolakan kos berlaku, langkah-langkah yang berikut boleh dilaksanakan: a) Dasar sebelah penawaran b) Kawalan terhadap kesatuan sekerja c) Dasar harga maksimum terhadap bahan mentah/ bahan api d) Peningkatan kualiti faktor pengeluaran. ‡ Apabila inflasi diimport berlaku, langkah-langkah yang berikut boleh dijalankan; a) Kawalan langsung b) Kempen penggantian import
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 2

A. DASAR FISKAL MENGUNCUP
‡ Apabila kerajaan menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, kemampuan membeli masyarakat akan menurun. ‡ Ini mengurangkan perbelanjaan agregat dan permintaan agragat. ‡ Pengurangan permintaan agregat akibat daripada dasar fiskal mengucup akan menyebabkan harga umum dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 3

A. DASAR FISKAL MENGUNCUP

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

4

B. DASAR KEWANGAN MENGUNCUP
‡ Bank pusat boleh mengurangkan bekalan wang melalui gabungan langkah-langkah yang berikut: a) Menaikkan nisbah cadangan b) Menaikkan kadar bank c) Menjual bon kerajaan di pasaran terbuka d) Melaksanakan funding e) Mengetatkan kawalan kredit terpilih f) Pembujukan moral ‡ Pengurangan bekalan wang akibat perlaksanaan dasar kewangan menguncup akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan harga umum dan akhirnya mengatasi inflasi tarikan permintaan.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 5

B. DASAR KEWANGAN MENGUNCUP

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

6

C. DASAR SEBELAH PENAWARAN ‡ Kerajaan boleh menggalakkan firma-firma supaya menambahkan penawaran masing-masing melalui pengurangan cukai, galakan pelaburan dan sebagainya. ‡ Pertambahan penawaran agregat akibat daripada dasar sebelah penawaran akan menurunkan tingkat harga umum dan akhirnya mengatasi inflasi tolakan kos.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 7

C. DASAR SEBELAH PENAWARAN

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

8

D. KAWALAN TERHADAP KESATUAN SEKERJA
‡ Tuntutan kenaikan upah semasa ekonomi pada guna tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firmafirma. ‡ Ini akan memaksa firma-firma mengurangkan penawaran agregat untuk mengurangkan bebanan kenaikan kos. Akhirnya tingkat harga umum naik. ‡ Pihak kerajaan/ Kesatuan Majikan boleh berunding dengan Kesatuan Sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah. ‡ Kerjasama antara Kesatuan Sekerja dengan pihak kerajaan/ Kesatuan Majikan boleh mengatasi inflasi tolakan kos kerana rundingan tersebut dapat mengelakkan kenaikan kos pengeluaran.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 9

E. DASAR HARGA MAKSIMUM
‡ Dasar harga maksimum boleh dilaksanakan oleh kerajaan terhadap bahan api/ bahan mentah yang penting dalam sektor perindustrian supaya kenaikan harga bahan api/ bahan mentah berkenaan dikawal. ‡ Apabila kerajaan menetapkan harga maksimum terhadap bahan api/ bahan mentah berkenaan, harga bahan api/ bahan mentah tersebut tidak boleh dinaikkan lagi. ‡ Oleh itu, masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 10

E. DASAR HARGA MAKSIMUM

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

11

G. KEMPEN PENGGANTIAN IMPORT ‡ Kerajaan dan firma swasta boleh bekerjasama dalam pelaksanaan kempenkempen menggalakkan penggunaan barang/ perkhidmatan tempatan supaya masyarakat tempatan kurang mengimport. ‡ Apabila banyak kempen penggantian import dilaksanakan dari semasa ke semasa, inflasi diimport boleh dicegah.
8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 12

H. PENINGKATAN KUALITI FAKTOR PENGELUARAN
‡ Inflasi tolakan kos boleh diatasi dengan peningkatan kualiti faktor pengeluaran, iaitu perkembangan teknologi dan peningkatan daya pengeluaran buruh/ kemahiran buruh. ‡ Perkembangan teknologi dan peningkatan daya pengeluaran buruh akan menambahkan penawaran agregat, mengurangkan kos purata pengeluaran dan menambahkan keluaran. ‡ Kesannya, keluk penawaran agregat beralih ke kanan, pendapatan negara benar naik dan harga umum turun. JKS/PPISMP sem3 8/17/2010 rosse/IPKT 13

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PENGGANGURAN
‡ Semasa pengangguran, tenaga buruh yang sedia ada tidak digunakan sepenuhnya. ‡ Hal ini bermakna pembaziran sumber manusia berlaku dan wujudnya lebihan kapasiti ekonomi dalam negara. ‡ Firma-firma belum beroperasi 100% dan keluaran negara masih dapat dipertingkatkan lagi. ‡ Apabila berlakunya pengangguran, permintaan agregat dan harga umum adalah rendah kerana kemampuan membeli masyarakat adalah rendah setelah mereka hilang pekerjaan dan pendapatan. ‡ Pelbagai langkah boleh diambil untuk menambahkan permintaan agregat demi mengatasi pengangguran/ mengurangkan kadar pengangguran, iaitu: a) Dasar fiskal mengembang b) Dasar kewangan mengambang c) Pembangunan sumber manusia d) Lain-lain 8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 14

A. DASAR FISKAL MENGEMBANG
‡ Apabila kerajaan menambahkan perbelanjaan ke atas projek-projek pembangunan awam yang baru, lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta. Hal ini seterusnya mengurangkan pengangguran dalam negeri. ‡ Pada masa yang sama, penurunan cukai oleh kerajaan akan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat. ‡ Hal ini seterusnya menambahkan penggunaan dan permintaan agregat. Keadaan ini akan mendorong firmafirma menambahkan pelaburan masing-masing serta menambahkan pengambilan buruh untuk mengembangkan penawaran agregat bagi memenuhi pertambahan permintaan agregat tersebut. ‡ Pertambahan permintaan agregat dan harga umum serta pertambahan peluang pekerjaan akibat daripada pelaksanaan dasar fiskal mengembang boleh mengatasi pengangguran kitaran dan pengangguran geseran. 8/17/2010 rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 15

A. DASAR FISKAL MENGEMBANG

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

16

B. DASAR KEWANGAN MENGEMBANG
‡ Bank pusat boleh menambahkan bekalan wang dalam ekonomi melalui gabungan langkah-langkah yang berikut:
a) b) c) d) e) Menurunkan nisbah cadangan Menurunkan kadar bank Membeli bon kerajaan di pasaran terbuka Melonggarkan kawalan kredit terpilih Pembujukan moral

‡

‡

8/17/2010

Pertambahan bekalan wang akibat daripada perlaksanaan dasar kewangan mengembang akan menaikkan permintaan agregat dan harga umum. Hal ini dapat mengatasi masalah pengangguran, umpamanya pengangguran kitaran.
rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

17

B. DASAR KEWANGAN MENGEMBANG

8/17/2010

rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

18

D. LAIN-LAIN
‡ Pengangguran bermusim boleh dikurangkan jika penganggur dalam sektor utama dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi masing-masing supaya memperoleh pendapatan dari sumbe rlain apabila gagal meneruskan kegiatan ekonomi harian. Kerajaan boleh memberikan bantuan kewangan melalui agensi kerajaan tertentu kepada pihak-pihak berkenaan. Pengangguran tak ketara yang melibatkan lebihan tenaga buruh berbanding dengan keluasan tanah di negara-negara yang mempunyai ledakan penduduk adalah sukar diatasi dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang, kawalan keluarga dan permodenan sektor pertanian perlu dipertingkatkan oleh kerajaan supaya lebihan tenaga buruh dikurangkan/ dihapuskan. Kerajaan juga perlu meningkatkan taraf pendidikan golongan petani supaya mereka berubah sikap daripada giat dalam pertanian tradisional ke arah pertanian moden/ perladangan.
rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3

‡

8/17/2010

19

D. LAIN-LAIN
‡ Pengangguran sukarela yang melibatkan penduduk yang sengaja menganggur/ tidak aktif mencari pekerjaan bukan jenis pengangguran yang serius. Masalah ini boleh diatasi jika kerajaan negara berkenaan sentiasa mengingatkan penduduknya tentang kepentingan sikap positif terhadap sebarang pekerjaan. Tindakan kerajaan boleh berjaya melalui sistem pendidikan yang terancang dan menyeluruh. Sebaran am juga memainkan peranan penting dalam mengatasi pengangguran sukarela. Pengangguran geseran hanya boleh diatasi dengan meningkatkan mobiliti buruh dan memperluaskan maklumat pekerjaan. Majikan perlu menyediakan keadaan kerja yang lebih baik supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati.
rosse/IPKT JKS/PPISMP sem3 20

‡

8/17/2010

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->