P. 1
Pandangan Islam Tentang Feng Shui-9Apr08

Pandangan Islam Tentang Feng Shui-9Apr08

|Views: 89|Likes:
Published by Nuranisza Idris

More info:

Published by: Nuranisza Idris on Aug 18, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2010

pdf

text

original

Kepada: Editor Forum, Berita Harian 9 Apr 2008 PENJELASAN TENTANG PANDANGAN ISLAM MENGENAI FENG SHUI KAMI

merujuk kepada surat Encik Sheikh Anwarul Mohamad Sharif dan Encik Abdul Halim Abdul Karim bertarikh 19 dan 12 Mac 2008 yang meminta penjelasan tentang amalan feng shui menurut pandangan Islam. Dalam rencana Berita Minggu bertarikh 2 Mac lalu mengenai seorang Muslim yang mengamalkan feng shui, ada disertakan petikan panduan agama dari laman web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkaitan hukum amalan feng shui dalam Islam. Jawapan agama yang dipetik itu sama sekali tidak berupa pengesahan hukum yang khusus untuk pengamalan feng shui yang dipaparkan dalam rencana berkenaan. Ingin kami jelaskan bahawa jawapan itu merupakan irsyad ataupun panduan agama umum untuk soalan yang sering diajukan (FAQ) dan bukan fatwa rasmi mengenai feng shui yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Muis. Lazimnya, masyarakat boleh bertanya mengenai sesuatu isu dengan latar belakang dan maklumat tertentu dan Muis cuba memberikan panduan bersesuaian dengan soalan yang diutarakan. Irsyad kami sama sekali tidak menyatakan feng shui tidak ada kena-mengena dengan agama seperti yang dinyatakan Encik Abdul Halim. Malah, ia dengan jelas membezakan dua unsur feng shui iaitu unsur yang berdasarkan kepercayaan agama dan unsur yang berdasarkan falsafah dan ilmu sains tanpa elemen agama. Irsyad kami dengan jelas menegaskan 'tidak menjadi satu kesalahan jika orang Islam mengikut cara feng shui atas dasar falsafah dan elemen saintifik, tanpa mempercayai yang lebih dari itu'. Yang kami maksudkan dengan 'yang lebih dari itu' ialah unsur feng shui yang ada kena-mengena dengan agama, lantas boleh menjejas akidah kita. Namun, saranan yang dikemukakan kedua-dua pembaca itu agar Muis mengambil pendekatan lebih teliti dan terperinci dalam mengeluarkan panduan-panduan agama kepada masyarakat amat kami hargai. Kami di Muis telah mendapatkan penerangan daripada pihak tertinggi setempat bagi agama Tao dan merujukkan kajian-kajian akademik mengenai isu feng shui, latar belakang, ciri-ciri dan bentuk-bentuk pengamalannya.

berdasarkan prinsip-prinsip yang kami utarakan. memasang cermin di satu sudut rumah untuk menjadikan rumah itu kelihatan lebih luas atau meletakkan kolam air untuk menambahkan ketenangan di rumah. Dialah Pelindung kami dan orang-orang yang beriman hanya bertawakal kepada-Nya. Firman Allah dalam ayat 51. bagi mereka yang ingin mengusahakan sesuatu secara logik dan saintifik yang dapat diterima agama. Ustaz Nazirudin Mohd Nasir Ketua Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura . aplikasinya pada hari ini merangkumi pelbagai sudut. Kami menggesa masyarakat agar terus mendalami ilmu agama dan pada masa yang sama mempelajari dan mendalami tamadun lain terutama dalam konteks masyarakat majmuk Singapura. mengambil kira pertimbangan praktikal dan aturan persekitaran yang baik. Contohnya. Ternyata perkara ini memang mempunyai kesan dari sudut psikologi dan dibuktikan dengan dapatan sains moden dan tidak bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam. Surah At-Taubah: 'Katakanlah (ya Rasulullah) bahawa sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali sesuatu yang telah ditentukan Allah bagi kami. Namun. Islam menerima baik sesuatu perkara yang membawa kebaikan dan tidak bercanggah dengan akidah dan kepercayaan agama. Agama Islam menuntut agar para penganutnya berpegang teguh dengan keyakinan bahawa satu-satunya kuasa yang mampu memberikan kebaikan kepada manusia ataupun melindungi mereka daripada malapetaka adalah Allah swt. sekali gus membina masyarakat Islam yang kukuh prinsip dan amalan keagamaannya dan berjaya mengharungi cabaran kehidupan masa kini. maka kami menasihatkan agar tidak menggunakan nama 'feng shui' agar mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh timbul. kami berpendapat bahawa masyarakat Islam sendiri dapat menilai aspek-aspek feng shui dan memahami hukumnya. Oleh itu. Kepercayaan bahawa feng shui yang baik akan memperbaiki nasib dan dapat menjauhkan diri daripada mudarat merupakan sesuatu yang tidak selari dengan akidah dan kepercayaan Islam. Secara dasarnya. Pemahaman yang mendalam dan baik akan membantu kita menghargai lain-lain ketamadunan dan yakin diri untuk berinteraksi serta belajar daripada masyarakat lain.Walaupun nama feng shui itu melambangkan satu jenis amalan.' Ada juga sudut pengamalan feng shui yang selari dengan logik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->