Professional Documents
Culture Documents
1.
http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html
2.
http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath
stax.htm
3.
http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
3.1 Sinopsis
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian
secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras
Kemahiran (melintang).
3.2 Hasil pembelajaran
3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
15
3.3 Kerangka konsep
3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
. Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
3.5 Kepentingan JSU
. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN
KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH
PEMBINAAN JSU
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
16
. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran
Aras Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam
1
2
3
4
5
6
Jumlah
Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu
5
4
. Asal usul BM, BM sebelum
dan selepas merdeka
2
2
1.2
Linguistik BM 15 12
. Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif
1
5
4
1
1
1.3
Fonologi 20 16
. Definisi, alat artikulasi, cara
penghasilan
3
2
1
1
. Fonem segmental 2 2 1 1 1
. Fonem suprasegmental 1 1
Jumlah 40 32
Jadual 1: Contoh JSU
. Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di
sekolah.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
17
3.6 Langkah-langkah Membina JSU
Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
. Ujian objektif
. Ujian struktur
. Ujian esei, dan lain-lain.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
18
Langkah V:
. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei
dll)
. Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)
. Pemarkahan
Langkah VI
. Nyatakan mata pelajaran
. Nyatakan tingkatan
. Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
19
Arahan:
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah
ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.
. Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
. Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.
Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf
2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm
3.7 Aktiviti
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN
4.1 Sinopsis
Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam
pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai
ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai
alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis
yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam
topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahanbahan
ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah
menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan
pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran
anda.
4.2 Hasil Pembelajaran
4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.
4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.
4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.
4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4.3 Kerangka Konsep
4.4 Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.
4.5. Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.
4.5.1. Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai
kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya
bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah -Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan
objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.
Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif
Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
24
Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji
kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .
Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan
ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan
sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.
4.5.2. Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
. Item Jenis Struktur
. Item Jenis Esei
. Pembinaan Ujian
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan
dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.
Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Arahan :
4.7 Aktiviti
Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan
sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:
a.
Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan
esei.
b.
Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa
bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk
setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru
panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan
kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan
membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada
pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar
anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi
kelebihan atau kelemahannya.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;
1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf
2. http://www.usm.my/education/publication/JPP239_
PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA
5.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis
penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses
p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian
Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.
5.2 Hasil Pembelajaran
5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.
5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.
5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat,
pencapaian.
5.3 Kerangka Konsep
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
5.4 Ujian Formatif dan Sumatif
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian
kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara
ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka
masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
NOTA TAMBAHAN
Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi
unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui
ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur
sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu
bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya
sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set
ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
AKTIVITI
Arahan
1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan
dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang
telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.
Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu
kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut
untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA
6.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
6.2 Hasil Pembelajaran
6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.
6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui
pemerhatian.
6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui
pemerhatian penilaian melalui portfolio.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6.3 Kerangka Konsep
6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang
menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran
secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal
hingga ke akhir.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
35
6.4.1 Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan
yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.
. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.
6.4.2 Kegunaan Portfolio
. menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
. menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
. digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam
penyempurnaan gred.
. menilai secara sumatif pembelajaran.
. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
6.4.3 Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika
melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
36
(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu
tugasan pembelajaran.
(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
. Portfolio Kerja Harian
. Portfolio Hasil Terbaik
. Portfolio Dokumen
6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran,
pengetahuan dan kefahaman.
. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
37
. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi
matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
. Senarai semak yang disediakan oleh guru
. Nota-nota yang disediakan oleh guru
. Catatan jurnal
. Buku log
. Refleksi kendiri murid
. Gambar dan foto
6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
38
6.5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended .
. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
6.5.2 Strategi Pemerhatian
. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan
dan persekitaran.
. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang
dijalankan.
6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
. Kualiti Pemerhatian
. Bentuk Perancangan
. Jenis-jenis Pemerhatian
6.5.4 Fungsi Pemerhatian
. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
pembelajaran.
. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti
projek.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6.6 Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan
tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini
biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,
pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,
dan sikap bias serta prasangka penilai.
AKTIVITI
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda
berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan
dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
7.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
7.2 Hasil Pembelajaran
7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak
pembelajaran.
7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
41
Kaedah Penilaian
Bahasa
Penilaian Melalui
Kontrak Pembelajaran
Penilaian Melalui Soal
Jawab
7.3 Kerangka Konsep
7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
7.4.1 Cara Pelaksanaan
. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)
berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini
biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat
kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
42
. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar
berdasarkan kriteria yang ditentukan.
. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang
berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.
7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
. Penilaian objektif tugasan
. Hasil Pembelajaran
. Penilaian
. Format / Bentuk
7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut
keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan
kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak
formal tetapi terancang dan jelas.
Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu
KONTRAK PEMBELAJARAN
Perkembangan
Peringkat
Apa yang ingin
dicapai pada
peringkat ini
Bagaimana
akan
dilaksanakan
pada peringkat
ini
Tempoh masa
pelaksanaan
peringkat ini
Bagaimana
penilaian peringkat
ini dibuat
Catatan
Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru
.............................. .................................... ............
...................
Nama: Nama: Nama:
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa
Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep
,
kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
7.5.1 Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan
pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
AKTIVITI
1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu
kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal
jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman
murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan
keberkesanan kaedah tersebut.
2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
8.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk
penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan
disampaikan ketika interaksi bersemuka.
8.2 Hasil Pembelajaran
8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek
8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek
8.3 Kerangka Konsep
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
47
8.4 Penilaian Melalui Projek
. Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan
inovasi.
. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang
terdapat di luar bilik darjah.
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi
atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
48
8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek
. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
. Jangka masa yang panjang
. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan
yang benar.
. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan
projek atau dalam kumpulan.
. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran
merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan
bersama orang lain.
. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
8.6 Jenis-jenis penilaian Projek
. Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan
atau bertulis.
. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
49
Arahan:
1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila
lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.
2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca
dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara
berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda
dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai
keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk
membolehkan anda menguasai modul ini.
Arahan:-
. Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
. Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada
pensyarah/tutor anda.
----------------------------------------MODUL TAMAT-----------------------------
----------------
AKTIVITI
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH