1

1.0 PENGENALAN

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku. Firman Allah dalam Surah Al-Israa¶ ayat 32 yang bermaksud: ³Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk´. Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalahan tentang seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumahtangga, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini, kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Bagi tugasan kursus Kemahiran Penulisan pada semester ini, penulis telah diminta untuk menyiapkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Sehubungan dengan itu, penulis telah memilih tajuk yang sesuai dengan kehendak tugasan ini iaitu ³ Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia ´. Seperti telah sedia maklum, masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia semakin serius dan membimbangkan. Penularan masalah pembuangan bayi ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada masyarakat, adakah remaja di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi pewaris kepada kepimpinan yang sedia ada sekarang? Dalam kajian ini, penulis akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesan-kesan buruk permasalahan ini kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat dan negara. Akhir sekali, kajian ini akan cuba mencari jalan terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Semua aspek ini dipilih oleh penulis kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Tambahan

Selain itu.2 pula. filem. Bagi mengatasi masalah ini. isu ini merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. Kajian ini hanya akan melihat permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja. kajian juga semestinya akan memberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor. Justeru itu. Sehubungan dengan itu. jurnal. Secara eroninya. sumber internet dan sebagainya. Kaedah resensi perpustakaan merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer seperti buku. penulis akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai-nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma-norma kemanusiaan sejagat amnya. dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. artikel. remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini. video. Kajian yang akan dijalankan oleh penulis hanya menggunakan kaedah resensi perpustakaan sahaja. mikrofilem. selari dengan tajuk yang dipilih. penulis akan memberi tumpuan kepada golongan remaja sahaja. . kesan-kesan. cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini merupakan satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda pada masa kini.

Secara eroninya.3 2. 3. kesan-kesan. kajian ini akan mencari langkah-langkah terbaik dan relevan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. isu ini merupakan salah satu isu yang mendapat liputan menyeluruh daripada pihak media dan sering dibincangkan secara meluas oleh semua pihak yang prihatin akan masalah ini. individu. Tambahan pula. Selain itu. dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Sehubungan dengan itu. Selain itu. masyarakat dan negara. kajian juga semestinya memberi penekanan yang khusus kepada faktor-faktor.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Akhir sekali. . remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan masalah ini. penulis telah memberi tumpuan yang penuh kepada golongan remaja sahaja.0 SKOP KAJIAN Kajian ini hanya melihat permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia sahaja. selari dengan tajuk yang dipilih. Semua aspek ini dipilih kerana masih ramai yang tidak tahu akan permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja. kajian juga akan melihat kesan-kesan negatif permasalahan ini kepada semua pihak iaitu.

Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang. Namun. dan sebagainya. mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. sumber internet dan sebagainya. Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. jurnal. di sebalik kemodenan ini.bahan seperti buku. Mereka yang melakukan perkara ini merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. mikrofilem. Apakah tidak ada lagi nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini? . Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan. video.1 Pendahuluan Pada era moden yang serba mencabar ini. Saban hari. 5.0 KAEDAH KAJIAN Kajian yang telah dijalankan hanya menggunakan kaedah resensi perpustakaan sahaja. di tepi longkang.0 HASIL KAJIAN 5. Kaedah resensi perpustakaan merupakan satu kaedah yang merangkumi penyelidikan yang dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. artikel.4 4. Kaedah resensi perpustakaan meliputi bahan. filem. terdapat pelbagai laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas. Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. malah dibakar.

Mereka ini tidak sepatutnya dicemuh dan dikeji. ambil yang jernih ´. Mereka sanggup membuang bayi dengan harapan mereka diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang baru dan semestinya bagi mengelakkan daripada diejek. ia dilihat bukan satu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. nescaya kes-kes pembuangan bayi akan berkurangan. masyarakat menganggap remaja yang suka mengamalkan pergaulan bebas ini sebagai sampah masyarakat dan tidak berguna untuk negara. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini. Pada pandangan penulis. Sekiranya masyarakat ambil tahu tentang kesan masalah pembuangan bayi ini. ³ buang yang keruh. Selain itu. sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Selain itu. dicemuh dan dicaci oleh masyarakat setempat tentang perlakuan mereka. Masyarakat perlu menukar persepsi mereka supaya remaja seperti ini tidak terus hanyut dibawa arus pemodenan. Pada pandangan mereka. Pepatah melayu ada menyebut. remaja merupakan pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana remaja sering kali mengamalkan pergaulan bebas. Mereka yang membuang bayi ini biasanya mereka yang sudah terlanjur melakukan seks bebas. dalam kajian ini juga.5 Sehubungan dengan itu. . Masalah yang begitu serius ini telah membuka mata penulis untuk turut sama membantu bagi menyelesaikan isu yang kian bertambah parah ini. Lebih teruk lagi. Persepsi seperti ini sedikit sebanyak boleh melunturkan keyakinan dan kewibawaan remaja untuk terus berbakti kepada negara. Penulis ingin berkongsi satu artikel dengan pembaca yang dipetik daripada tulisan Abdul Halim Abdullah (2010) iaitu mengenai cadangan Menteri Pembangunan Wanita. penulis telah mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. satu kajian telah dibuat oleh penulis untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia terutama sekali melibatkan golongan remaja. Keluarga dan Masyarakat. terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja apabila berlakunya pembuangan bayi.

tak hendak seribu dalih ´. mereka sudah hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Bak kata bidalan. Menurut pandangan Amran Kasimin (1945). penulis telah berjaya memperolehi banyak langkah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi ini daripada berlaku. Sehubungan dengan itu. Sesungguhnya. Tetapi bagi manusia. ³kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu. . perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).6 Secara realitinya. masalah pembuangan bayi dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan. ³ hendak seribu daya. tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu´.

1 Definisi 5. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu.2. 5. perkataan buang bermaksud mencampakkan. Selain itu.2 Definisi dari Kamus Mengikut Kamus Dewan Edisi 4. . Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.2. makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. menghapuskan.1.2. halaman 208. dan menghilangkan. Manakala.1. Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.2 Penemuan Hasil Kajian 5.7 5. definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul. pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin.1 Definisi dari Laman Sesawang Menurut pandangan Anitayahya (2007). melemparkan.

remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Persoalannya. nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia.8 5. di sebalik kegemilangan ini. iaitu masalah pembuangan bayi.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. apakah faktor-faktor pencetus utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia? 5. Kini. Biasanya. ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Pada zaman abad ke 21 ini. golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.3. .3 Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam situasi tersebut. Namun begitu. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Lebih teruk lagi. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar. Dalam keadaan yang terdesak. 5. pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. melepak. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.3. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah.3 Sikap Masyarakat Di samping itu. dan sebagainya. tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan. Hal ini kerana.3. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut. sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. menghisap dadah. melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.9 5. Secara tidak langsung.2 Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga. . sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. pada usia muda lagi.

Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Bak kata pepatah.4 Sikap Ingin Tahu Remaja Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain. mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Biasanya. Sebagi remaja yang matang. itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. .10 5. ³ sesal dahulu pendapatan.3. mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Setiap perkara yang dilarang. sesal kemudian tiada gunanya ´. lebih-lebih lagi seks rambang.

mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara.11 5.1 Kesan kepada Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi. baru-baru ini di Melaka.4. keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi. bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah. kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri. 5. Rizanizam Abdul Hamid (2010). semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri. Sebagai contoh. seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Tambahan lagi. yakni usia remaja. Batu Berendam. bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi.4 Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan. Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. ibu yang melahirkan. Apa yang lebih mengejutkan lagi. bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi. Siasatan polis . mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.

masalah penceraian berlaku. dan juga kehilangan darah yang banyak. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Hal ini disebabkan. hilang keyakinan diri. berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. kecederaan semasa melahirkan anak. 5.4. sewaktu pesalah melahirkan anak. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.2 Kesan kepada Ibu Bayi Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan. agama. dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang. 5. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh. mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya.3 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan Di samping itu.4. Hal ini kerana.12 mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Selain itu. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga. Majoritinya. akibat daripada pembuangan bayi juga. Tanpa persediaan yang rapi. Sebagai ibu . dan negara. keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.

5 Kesan kepada Negara Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada negara. ³Kerana nila setitik. bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. . Tambahan lagi. 5. janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup. rosak susu sebelanga´.4. Pada masa yang sama. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan. Secara eroninya. perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.4 Kesan kepada Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. 5. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling.13 bapa. Hal ini kerana. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya. jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang.4. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Oleh itu. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja.1 Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.0 CADANGAN 6. ibu bapa mestilah memainkan . Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. para ibu bapa seharusnya memberi perhatian.1. keperluan peringkat kendiri. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Seterusnya. kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebihlebih lagi pada peringkat remaja. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.1 Peranan Ibu Bapa Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan. 6. keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.14 6. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya.

. intervensi.15 peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang. menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937).1. pergaulan bebas. pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. dan sebagainya.2 Peranan Sekolah Selain itu. Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Bagi mencapai hasrat diatas. kerjasama. merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah. pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT. Menurut pandangan Karen Yong (2006). dalam penulisannya yang bertajuk µ masalah sosial tiada penghujungnya ¶. 6. semua pihak perlu memberikan komitmen. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti. dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. latihan guru dan penglibatan ibubapa.

Sekiranya penjagaan rapi dibuat. Setiap individu. anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.16 6. . Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. Sehubungan dengan itu. keluarga dan masyarakat. semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah Akhir sekali.3 Pencegahan sebelum berlaku Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan. mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka.1. keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini.1. gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Di samping itu. 6.

peranan sekolah. Justeru itu. pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. melihat kepada kesan-kesan yang dikaji. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri. Penulis yakin dengan langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. penulis telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.17 7. penulis mendapati terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah. Antara kesan-kesan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. kesan kepada institusi kekeluargaan. kesan kepada ibu yang melahirkan. . kesan-kesan daripada masalah. dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. dan langkah-langkah mengatasi. Hal ini kerana. pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini. sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa. semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Selain itu. kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu. terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif. dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah kurangnya didikan agama dalam diri.0 RUMUSAN Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia ini. Walaubagaimanapun.

ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. forum atau seminar sahaja. Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang sepenuhnya. ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. . Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Bak kata pepatah. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. semuanya berakhir di meja perbincangan. kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini. tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun demikian.18 8. setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. bulat manusia kerana muafakat ´. namun. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini.0 PENUTUP Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Justeru itu. ³ bulat air kerana pembetung. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik.

http://pengguguranbayi. 1937.19 9.0 RUJUKAN Abdul Halim Abdullah. Kuala Lumpur : Darulfikir. 1945. Selangor: Penerbitan Premier. Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. Karen. Yong. Remaja Tanam Bayi.com/ [ 19 Mei 2010 ] Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Gateway. Surah Al-Israa¶ 17 : 32. Cheras. 2010. Cetakan Kedua Belas. http://inijalanku. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi.wordpress. Anitayahya. Rizanizam Abdul Hamid. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. 2010.blogspot. . Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Utusan Malaysia. 2005. 17 Mei: 17. Edisi baru. 2006. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. 2001. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amran Kasimin. Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama. Kuala Lumpur : Dinie.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/ [ 20 Mei 2010 ] Al-Quran.