You are on page 1of 13

Bab I

1.0 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang kajian. Seterusnya
pengkaji akan memberikan permasalahan dalam kajian yang akan dilakukan. Pengkaji juga
menyatakan objektif kajian ini dilakukan, persoalan kajian, skop atau batasan kajian serta
kepentingan kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui
perantaraan malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti
bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan
kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat
mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah.

Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu
dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran
surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah:

‫تبرك الدي نرل الفرقان على عبده ليكون العالمين نديرا‬

Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya,


supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.

Selain itu juga keunikan al-Quran juga dari sudut ilmu qiraatnya yang memerlukan
seseorang menguasai beberapa ilmu untuk memantapkan penguasaan bacaan al-Quran
mengikut ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Contohnya beberapa ilmu qiraat al-Quran
iaitu ilmu tajwid, Qiraat Sab’ie, tarannum dan lain-lain lagi.

1
Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikkan negara kerajaan
telah menggubal falsafah pendidikan negara. FPN menyatakan pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis ari segi intelek, rohani
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 Kenyataan Masalah

Pada masa kini ini masyarakat sering membicarakan mengenai isu kelemahan pelajar-pelajar
sekolah menguasai bacaan al-Quran. Kelemahan ini sekaligus menyebabkan ilmu al-Quran
semakin terpinggir dalam arus masyarakat yang moden ini. Pelajar-pelajar daripada sekolah
harian biasa atau sekolah menengah bukan aliran agama mempunyai masalah dalam
penguasaan tulisan jawi dan membaca al-Quran berbanding dengan sekolah menengah aliran
agama.

Masalah ini boleh dikategorikan kepada beberapa masalah iaitu masalah pelajar yang
tidak langsung boleh membaca al-Quran, boleh membaca al-Quran tanpa tajwid dan tidak
boleh membaca al-Quran secara bertarannum. Namun ada sesetangah pelajar tingkatan satu
yang boleh membaca iqra’ pada tahap satu.

Masalah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai asas al-Quran pada peringkat sekolah
rendah lagi. Apabila pelajar-pelajar menyambung pelajaran peringkat menengah mereka tidak
dapat mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan pada peringkat sekolah menengah.

Pelajar-pelajar Islam juga dikenal pasti kurang berminat terhadap al-Quran kerana
menumpukan kepada pelajaran yang lain sesuai dengan minat dan keperluan semasa.
Sekiranya mata pelajaran al-Quran di jadikan pelajaran wajib untuk memasuki sesebuah
universiti pasti para pelajar akan lebih memberi perhatian kepada ilmu al-Quran.

2
1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar di dalam Kelas Kemahiran Al-Quran
serta tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran:

1. Mengetahui kelemahan pelajar dalam menguasai matapelajaran kemahiran al-Quran.


2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar kelas kemahiran al-
Quran.
3. Mengetahiu kaedah penyampaian pengajaran guru.
4. Menilai tahap penguasaan di kalangan pelajar mempunyai latar belakang pendidikan
aliran agama dengan kelas aliran biasa

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di kalangan pelajar di


SMK dan SMKA.
2. Sejauhmanakah perbezaan tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di
antara pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan kelas aliran agama dengan
kelas aliran bukan agama.
3. Apakah yang mempengaruhi tahap penguasaan matapelajaran kelas kemahiran al-
Quran.

1.5 Skop Dan Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan kajian yang dilakukan oleh penyelidik seperti:

1) Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah di Daerah Sabak Bernam, Selangor.
2) Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar Kelas Kemahiran al-Quran
tingkatan 2
3) Kajian ini hanya terbatas kepada item-item yang di senaraikan didalam soal selidik

3
1.6 Kepentingan Kajian

Al- Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara
mutawatir melalui perantaran malaikat Jibril dan membacanya merupakan suatu ibadah.
Setiap orang Islam wajib membaca serta mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran
merupakan bacaan dalam solat. Jika seseorang itu tidak mempalajari al-Quran, maka dia tidak
akan dapat solat dengan sempurna. Kepentingan kajian tetang pencapaian pelajar Kelas
Kemahiran al-Quran adalah untuk:

1. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai ilmu al-Quran, menghayati dan


mengamalkan bacaan al-Quran dengan fasih dan bertajwid serta mampu untuk
mengajarkan kepada orang lain.
2. Guru perlu mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan
pelajar dalam ilmu al-Quran.

4
Bab II

Sorotan Kajian-kajian Lalu (Literature Review)

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini akan menceritakan tentang minat dan sikap pelajar tehadap al-Quran, Kelas
Kemahiran al-Quran, kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan kajian-kajian lepas.

2.1 Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Tilawah al-Quran

Minat dan sikap pelajar merupakan faktor yang menentukan pencapaian matlamat pengajaran
dan pembelajaran. Kepentingan sikap dalam pendidikan menurut Rammers & Gage (1943),
sikap mempunyai peranan yang tersendiri dalam merealisasikan objektif pengajaran bagi
semua mata pelajaran. Kajian yang dibuat oleh Juriah (1975) tentang masalah pencapaian
murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan MCE 1974, mendapati sikap pelajar
mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hamid Awang (1977) membuat kajian tentang kaedah belajar dan sikap pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia mendapati sikap dan kaedah
belajar mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian mereka. Menurut beliau, pelajar
yang sikapnya positif, mempunyai kaedah belajar yang baik, serta mempunyai hubungan
yang baik dengan pensyarah dan sebaliknya.

Menurut Aminah Idris (1997) yang menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap
program Tilawah al-Quran memberikan min antara 3.63 hingga 4.0. Berdasarkan keputusan
ini menunjukkan pelajar berminat terhadap pelajaran Tilawah al-Quran, mengulangkaji
pelajaran, membaca al-Quran di waktu lapang dan menonton siaran berkaitan Tilawah al-
Quran. Manakala hasil kajian tentang sikap memberikan min antara 1.33 hingga 2.99.
Keputusan ini menunjukkan pelajar bersikap sederhana positif terhadap program tilawah al-
Quran. Mereka didapati bosan untuk belajar al-Quran, sebilangan kecil ponteng kelas, hampir
separuh tidak menyiapkan tugasan dan kebanyakkan daripada mereka kurang berbincang
dengan rakan dan guru berkaitan dengan Tilawah al-Quran.

5
Daripada tinjauan kajian lepas, dapatlah dirumuskan bahawa pelajar yang mempunyai
sikap positif terhadap pelajaran mereka didapati mempunyai tahap pencapaian yang lebih
baik di dalam pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang bersikap antagonis
terhadap pembelajaran al-Quran. Begitu juga pelajar yang berminat dan bersikap positif
pembelajaran Tilawah al-Quran mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang Tilawah al-
Quran.

2.2 Kelas Kemahiran al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui
perantaraan malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti
bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan
kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat
mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah.

Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu
dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran
surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah:

‫تبرك الدي نرل الفرقان على عبده ليكون العالمين نديرا‬

Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya,


supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.

Peranan pendidikan Islam sangat besar dalam mendidik manusia supaya mendapat
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah cara hidup yang merangkumi seluruh
amalan kehidupan hidup di dunia yang akan dihisab di akhirat. Berdasarkan firman Allah
dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan amalan
kebaikan walau sebesar zarah maka dia kan dipertontonkan balasannya.”

Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan


Pendidikan Islam (JAPIM) dan Moral telah mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ).
KKQ telah di laksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986
sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan

6
jawatankuasa pelancarangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini di perluaskan ke
kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan
pelajaran yang di tetapkan.

Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalah merupakan salah
satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling
KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Untuk
merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah
diperuntukkan di bawah senarai perjawatanan tahun 2002. JAPIM dari masa ke semasa
sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA
dan SMK yang mempunyai aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baik
dan lancar membaca al-Quran. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas
yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima. Peperiksaan dilaksanakan dalam
bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid,
tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab,ie.

2.3 Objektif Kelas Kemahiran al-Quran

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:

1. Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada al-Quran secara bertajwid dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
2. Memahami

3. dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran merangkumi aspek


sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.

4. Mengetahui dan membezakan wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.

2.4 Peperiksaan dan Penilaian

7
Bagi mata pelajaran Kelas Kemahiran al-Quran, ia mempunyai peperiksaan dan penilaian
secara khusus. Penilaian dilakukan oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran itu sendiri dan
peperiksaan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara
peperiksaan dan penilaian yang dilakukan kepada pelajar:

1. Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang
dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima
2. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan)
meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan
disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan
yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru
berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk
disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

4. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon


akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi
markah.

5. Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang
ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan
pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-
Quran.

2.5 Status Dan Peranan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran

Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa
yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran
ialah:

1. Melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran.

8
2. Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam
jadual mereka.

3. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-


Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.

4. Membimbing murid-murid membaca AL-Quran.

5. Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk
masyarakat celik Al-Quran.

6. Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.

7. Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek
kemahiran Al-Quran.

8. Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa
ke semasa.

2.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran

Ahmad Mohd Salleh (1997) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai segala kegiatan
terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Manakala Rashidi Azizzn dan Abd Razak Habib (1998) mendefinisikan kaedah mengajar
bermakna tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dua definisi tersebut, kaedah pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk membantu murid-murid memperoleh maklumat, pengetahuan,
ketrampilan, kebiasaan, sikap, minat dan nilai-nilai yang digunakan.

Menurut Aminah Idris (1997) hasil kajiannya mencadangkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, guru-guru disarankan supaya lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran secara berkumpulan. Dalam pembelajaran berkumpulan, pelajar-pelajar
turus (naqib) dilantik dan dikehendaki membantu guru untuk membimbing pelajar-pelajar
dalam kumpulannya. Aktiviti pemulihan hendaklah diberikan kepada pelajar yang lemah.
9
Guru-guru disarankan agar mengadakan aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti menentukan
ayat-ayat yang perlu dibaca pleh pelajar secara individu dan secara bantuan rakan sebaya atau
ibu bapa pelajar.

Aminah Idris (1997) dalam kajiannya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran
Tilawah al-Quran mendapati guru kerap menggunakan kaedah menyoal, kaedah membaca
beramai-ramai, kaedah perbincangan kumpulan dan menyelesaikan hukum tajwid. Kaedah-
kaedah lain seperti talaqqi mushafahah, tasmic, tadarrus dan latih tubi amat jarang digunakan
kerana bilangan pelajar di dalam kelas terlalu besar iaitu antara 40-49 orang.

Jamaluddin Ridhwan (1997) menjelaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran


Tilawah al-Quran yang boleh digunakan oleh guru; pertama: Kaedah Talaqqi yang
bermaksud guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar, kemudian pelajar mengikut
contoh bacaan guru secara beramai-ramai, kumpulan atau individu. Guru meneliti bacaan
pelajar sehingga bacaan pelajar fasih dan lancar. Kedua: Kaedah Mushafahah iaitu guru
memberikan contoh bacaan kepada pelajar secara individu dan pelajar mengikut bacaan guru.
Ketiga: Kaedah Tiqrar yang bermaksud bacaan berulang-ulang. Guru memperdengarkan
bacaan dan pelajar mengikut bacaa guru secara individu, kumpulan atau kelas secara
berulang-ulang. Keempat: Kaedah Halaqah / Tadarrus. Pelajar membaca secara berganti-
ganti di dalam kumpulan. Seorang pelajar akan membaca dan akan disemak oleh rakan-rakan
dalam kumpulan tersebut. Kelima: kaedah Tasmic iaitu pelajar mendengarkan bacaan
dihadapan guru dan guru menilai bacaan pelajar. Keenam: Kaedah Tatbiqi Tajwid. Kaedah
ini merupakan latihan yang diberikan kepada pelajar dengan memberikan petikan ayat al-
Quran dan pelajar dikehendaki menjelaskan hukum tajwid yang terkandung di dalam ayat
tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dilakukan,


dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran bergantung kepada
banyak faktor, samada yang terdapat pada guru, pada pelajarmahupun pada fizikal bilik
darjah. Pemilihan sesuatu kaedah atau gabungan beberapa kaedah pengajaran tertentu
memerlukan guru membuat guru membuat beberapa pertimbangan penting. Setiap kaedah
mempuyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Sesuatu kaedah yang sesuai bagi
seseorang guru mungkin tidak sesuai dengan guru yang lain atau guru yang sama tetapi dalam
situasi yang berlainan. Perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah sesuatu kaedah

10
yang dipilih perlu mengambil kira peringkat kebolehan pelajar, objektif pengajaran yang
dirancangndan alat bantu mengajar.

Bab III

Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan

Bab ini menjelaskan kaedah kajian yang meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian,
populasi dan sampel kajian, prosedur kajian dan tatacara analisa data kajian.

3.1 Reka bentuk kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjaun yang dijalankan dalam bentuk soal selidik dan ujian
pencapaian sebagai alat mengumpul maklumat. Selain itu, kaedah penilaian juga dilakukan
melalui markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar.

3.2 Populasi Dan Persampelan

Penyelidik melakukan penyelidikan tentang pencapaian pelajar dalam Kelas Kemahiran al-
Quran di sekolah menengah di Selangor. Penyelidik telah memilih dua buah sekolah di
daerah Sabak Bernam iaitu SMK Seri Bedena Sg. Besar dan SMKA Simpang Lima , Sg.
Besar. Penyelidik memilih dua sekolah yang mempunyai aliran yang berbeza iaitu sekolah
aliran agama dan bukan aliran agama.

Sasaran terdiri daripada pelajar tingkatan tiga di SMK dan SMKA tersebut. Kedua-
dua sekolah tersebut terletak di luar bandar. Sampel dipilih secara rawak tanpa mengira kelas,
latar belakang serta pencapaian akademik pelajar.
11
Para pelajar ini telah mengikuti kelas Kemahiran al-Quran sejak dari tingkatan satu
lagi. Kini, mereka yang berada di tingkatan tiga akan menhadapi peperiksaan KKQ yang
dijalankan khas untuk pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5.

3.3 Instrumen

Alat kajian yang dilakukan terdiri daripada satu set soal selidik untuk untuk pelajar , satu set
ujian pembacaan petikan al-Quran secara bertajwid. Untuk satu set soal selidik adalah
berkaitan latar belakang pelajar dan pengajaran dan pembelajaran kelas kemahiran al-Quran
di sekolah. Manaka ujian pembacaan petikan ayat al-Quran dihadapan penyelidik.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data.

Penyelidik telah melakukan penyelidikan di dua buah sekolah yang berbeza. Penyelidik telah
memilih pelajar tingkatan satu sebagai sample. Seterusnya penyelidik memberi penerangan
kepada pelajar tujuan penyelidikan ini dan menerangkan cara menjawab soal selidik. Selepas
itu, penyelidik menjalankan ujian bacaan terhadap sampel. Penyelidik melihat dan mendengar
sendiri bacaan pelajar. Setiap pelajar yang di uji membaca mengambil masa selama 3 minit
seorang.

Selain itu data dikumpul melalui markah peperiksaan tilawah al-Quran yang diberikan
oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran kepada setiap pelajar di sekolah yang terpilih dalam
menjalankan kajian ini.

3.5 Kaedah Menganalisis Data

Penyelidikan ini adalah dijalankan mengikut kaedah kualitatif yang memberi tumpuan kepada
pengumpulan data secara terperinci tentang penguasaan murid tahun satu dalam bacaan al-
Quran secara bertajwid. Semua maklumat yang dikumpul adalah melalui soal selidik dan
pemerhatian. Contohnya pemerhatian untuk mengetahui adakah pelajar membaca bacaan
ayat al-Quran terpilih dengan baik, penyelidik menggunakan skor 1 tidak memuaskan, 2
memuaskan, 3 sederhana, 4 baik dan 5 sangat baik.

12
Penyelidik telah menganalisis data yang dikumpul melalui komputer menggunakan
sistem SSPS

Rujukan

Abd Halim El-Muhammady. 1990. Al-Quran Dan Pembelajarannya Di Malaysia.

Jurnal Pendidikan Islam 3: 1 – 11

Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi.

Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Aminah Idris. 1997. Penilaian Program Tilawah al-Quran Sek. Men. Rendah. Tesis Sarjana

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid Awang. 1997. Kebiasaan dan Sikap Pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam

Tahun Dua Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Rammers, H.H. & Gage, N.L. 1943. Education Measurement and Evoluation

New York: Herpe and Bros.

13

You might also like