You are on page 1of 13

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM

Analisa Soalan-soalan Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu


Moden
STPM 1998 – 2005
Bahagian A (Soalan 1)
Tahun
Soalan
Catatan / Aspek
1998

1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di
Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai,
huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;
a. Tema
b. Bentuk
c. Gaya Bahasa

5. “ Sarjana sastera banyak memperkatakan tentang pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah
Munsyi dalam kesusasteraan Melayu Moden”. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh
yang sesuai lima aspek pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi melalui karya-
karyanya.
Genre Sajak

Tokoh (lama)
Abdullah Munsyi
1999
5. “Perkembangan novel-novel Melayu moden mengalami zaman kegemilangannya dalam
tahun-tahun 60-an . Banyak karya dan tokoh yang lahir pada zaman tersebut adalah hasil
daripada sumbangan beberapa institusi yang wujud pada waktu itu.” Jelaskan sumbangan
institusi di bawah dalam hubungannya dengan pernyataan di atas.

a. Dewan Bahasa dan Pustaka [16]


b. Jabatan Pengajian Melayu [9]

6.”Keris Mas ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan
Melayu Moden.” Huraikan

a. latar kehidupannya, [5]


b. keistemewaan ketokohan dan karya-karya, dan
[12]
c. sumbangan beliau dalam memperjuangkan gagasan ‘sastera untuk masyarakat’ [8]
Genre Novel dan
Institutsi
DBP
JPM

Tokoh
-Keris Mas
2000
5. Sumbangan guru Melayu MPSI dalam perkembangan novel Melayu moden sebelum merdeka.
Nyatakan juga tema-tema utama yang dibincangkan dalam karya-karya mereka.

6. “Kemunculan Muhammad Hj. Salleh dalam tahun 70-an telah memberi warna bagi puisi
Melayu moden.”Bincangkan keistemewaan dan sumbangan Muhammad Hj. salleh dalam
gagasan intelektualisme kepada perkembangan puisi Melayu moden.
Institutsi
-MPSI

Tokoh
-Muhammad Hj.Salleh

2001
5. Syed Sheikh Al-Hadi ialah sasterawan dan ulama yang progresif, beliau telah menghasilkan
novel-novel yang membawa pemikiran pembaharuan Islam. Merujuk kepada tokoh ini jelaskan
perkara yang beikut.

a. Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau


b. Empat sumbangan beliau kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan pemikiran
Islam.

6. Selepas merdeka , tema yang berkaitan dengan masalah hubungan kaum menjadi perhatian
beberapa pengarang. Merujuk kepada contoh-contoh karya yang sesuai, bincangkan lima
persoalan yang berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. [25]
Tokoh
-Syed Sheikh Al-Hadi

Persoalan & Realiti Masyarakat


-Perpaduan

2002
1. Ahmad Rasyid Talu merupakan antara tokoh yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu
moden. Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan penulisan novel Melayu. [25]
Tokoh
-Ahmad Rasyid Talu

2003
1. “Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) banyak memberikan sumbangan terhadap
perkembangan kesusasteraan tanah air.” Berdasarkan pernyataan ini.
a. jelaskan tiga tujuan penubuhan GAPENA, dan [9]
b. huraikan empat sumbangan lazim GAPENA [16]
Institutsi
-Gapena

2004
1. Jelaskan lima sebab tertubuhnya Pejabat Karang-mengarang Sultan Idris Training
College(SITC) dan empat sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu moden.
[25]
Institutsi
-PKM

2005
1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telah
punbermula sejak 1920-an.”
Berdasarkan Pernyataan di atas,
a). nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa reformasi pendidikan agama. [4]
b). jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an
dan 1930-an.
[12]

c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas
tahun 1930-an [9]
Persoalan & Realiti
Masyarakat
-Reformasi Pendidikan

Golongan Penulis
-Penulis agama

Rumusan(Mengikut Tajuk)
1998 - Sejarah Perkembangan (Genre Sajak)
1998 – Tokoh (Abdullah Munsyi)
1999 – Institutsi (DBP & JPM UM-perkembangan novel)
1999 – Tokoh (Keris Mas)
2000 – Institutsi (Sumbangan MPSI-Novel)
2000 – Tokoh (Muhammad Hj. Salleh)
2001 – Tokoh (Syed Sheikh Al-Hadi)
2001 – Isu dan Persoalan (Perpaduan)
2002 – Tokoh (Ahmad Rasyid Talu)
2003 – Institutsi (GAPENA)
2004 – Institutsi (Pejabat Karang-mengarang)
2005 - Reformasi Pendidikan (tokoh penulis agama/bentuk /faktor kesedaran)

Posted by Mohd Nasir at 6:11 PM

SOALAN DAN SKEMA KRITIKAN

KRITIKAN SASTERA
1 Pengenalan Kritikan
4.1.1 Definisi:
Tanggapan awal dan kini
4.1.2 Fungsi:
i. Proses berkarya
ii. Penghayatan karya
4.1.3 Ciri:
i. Sanjungan/Pujian (STPM 2004)
ii. Teguran (STPM 2004)
iii. Saranan (STPM 2004)
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

4.2 Sejarah Ringkas:


4.2.1 Tahap:
Zaman Sebelum Perang Dunia kedua
@ sebelum era kritikan Aminuddin Baki (STPM 2000 & 2005)
i. Bermula tahun1949(STPM 2000)
ii. Tahun 50 (ASAS 50)
iii. Selepas Perang (Tahun 60-an & 70-an)

4.2.2 Tokoh:
i. Asraf
ii. Hamzah
iii. Yahya Ismail
iv. Hashim Awang (STPM 2001)
v. Kassim Ahmad
vi. Sahlan Mohd. Saman(STPM 2003)
vii. Abdul Rajman Hanafiah
viii. Ramli Isin
ix. Mohd. Yusof Hasan

4.2.3 Isu: (Penting)


i. Konsep pertentangan funsi seni
ii. Idealisme formalistik
iii. Kaitan sastera dengan masyarakat
iv. Konsep sastera Islam/Murni
v. Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Islam

Pendekatan:
4.3.1 Formalistik:
i. Ciri-ciri formal dalam karya sastera
ii. Hal-hal tersurat dan tersirat
iii. Keharmonian unsur dalam karya

4.3.2 Agama/Moral: (STPM 2002)


i. Nilai-nilai keagamaan
ii. Nilai-nilai murni/Moral dalam karya

4.3.3 Kemasyarakatan (Sosiologi) (STPM 1999)


i. Kaitan karya dengan masyarakat tempat karya itu dilahirkan
ii. Karya sebagai cerminan masyarakat
iii. Karya sebagai dokumen sosial

4.3.4 Kemanusiaan (Psikologi) (STPM 1998 & 2006)


i. Hubungan sastera dengan kejiwaan manusia
ii. Hubungan Watak-watak karya dengan realiti masyarakat
iii. Pengajaran yang ditinggalkan
iv. Kejiwaan dan pemikiran pengarang

4.3.5 Keindahan (Estetik/bahasa)


i. Kesan keindahan pengalaman, perasaan, imaginasi dan wawasan
ii. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam karya sastera
iii. Keindahan dan keistemewaan dalam pengolahan karya.

Ulasan:
Trend soalan berulang ,calon seharusnya memberi tumpuan kepada semua aspek dalam bahagian
kritikan di samping penekanan juga harus diberikan pada aspek-aspek yang belum disoal dalam
peperiksaan pada peringkat STPM.

Soalan dan skema contoh ini adalah berdasarkan soalan-soalan peperiksaan percubaan peringkat
negeri di samping soalan-soalan STPM sebenar dan juga soalan-soalan klon STPM.
Genre kritikan sastera dianggap sebagai baru kelahirannya berbanding dengan genre-genre lain
seperti novel, cerpen, puisi mahupun drama. Berdasarkan kenyatan tersebut,

a. Berikan tanggapan awal kritikan sastera [3]

b. dan jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat


i. Hashim Awang [3]
ii. Mana Sikana [3]
iii. Ali Ahmad [3]
iv. Lutfi Abas [3]

c. Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan
Melayu [10]

Skema cadangan:

a. tanggapan awal kritikan sastera


Fakta 1:Perkataan kritik itu sendiri membawa konotasi kecelakaan terhadap karya kreatif.

Huraian/Contoh: Tugas pengkritik peringkat awal lebih kepada mencari kelemahan dan
kesalahan yang terdapat dalam sesebuah karya kreatif. Ini jelas dapat dilihat pada bentuk awal
kritikan

Fakta 2: Kata-kata teguran keras, kecaman, bidasan dan celaan.

Huraian/contoh: Kritikan pada peringkat awal kemunculannya lebih berbentuk teguran keras
terhadap sesebuah karya sastera/kreatif mengikut pendapat masing-masing. Teguran keras ini
dapat dilihat menerusi tulisan Anak Negeri yang bertajuk ”Kita dengan Munsyi Abdullah” yang
mengecam sikap Abdullah sebagai pengampu orang asing.
Pilih 1 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
1 isi x 3 markah = 3 markah
Taburan markah
1 isi x 3 markah= 3 markah

b. dan jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat


i. Hashim Awang [3]
ii. Mana Sikana [3]
iii. Ali Ahmad [3]
iv. Lutfi Abas [3]

i. Hashim Awang
Satu wacana budaya yang mengolah pandangan, mempertimbangkan dan menganalisis karya
sastera.

ii. Mana Sikana


Kritikan berkait dengan kerja kritikus yang bertindak sebagai hakim dalam kesusasteraan.

iii. Ali Ahmad


Kritikan adalah satu kerja menilai, memuji, menunjukkan kesalahan, membandingkan dan
menikmati sesbuah karya.

iv. Lutfi Abas


Kajian kelemahan teori keindahan karya sastera.kritikan menghakimi sesebuah karya sastera.

Setiap 1 isi = 3 markah


4 isi x 3 markah = 12 markah.

c. Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan
Melayu

Fakta 1: Orang Melayu sensitif


Huraian: Orang Melayu memiliki perasaan halus mudah terasa dan mudah tersinggung dan serba
sederhana dalam kehidupan.

Fakta 2: Orang Melayu bertolak ansur / bertimbangrasa


Huraian: Corak kehidupan orang Melayu lebih banyak bertolak ansur khususnya dalam
kehidupan bermasyarakat.
Fakta 3: Orang Melayu merendah diri
Huraian: Dalam kehidupan orang Melayu bersifat pemalu tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih
mengutamakan orang lain.

Fakta 4: Kebudayaan orang Melayu yang lemah lembut / sopan santun.


Huraian: Kehidupan orang Melayu dilingkungi oleh adab sopan yang diwarisi secara turun
temurun dan menjadi pegangan hidup.
Fakta 5: Orang Melayu suka contoh dan teladan
Huraian: contoh dan teladan yang baik seperti menegur / membanding, menyanjung untuk tujuan
mendidik.

Fakta 6: Orang Melayu menghormati golongan berilmu


Huraian: Orang berilmu juga menerima sanjungan kerana memiliki daya intelektualan yang
sangat tinggi dan maju. Pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang- pengarang seperti
Abdullah Munsyi contoh dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah yang dianggap kritis dan
tajam pemikirannya.

Fakta 7: Orang Melayu suka berkias / sindiran/ perumpamaan tidak berterus terang.
Huraian: Sistem komunikasi / perhubungan orang Melayu apabila berhubung dengan orang lain
lebih banyak menggunakan kiasan/ kias ibarat/ kata-kata berlapik dan tidak berterus terang.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian)
5 isi x 2 markah = 10 markah.

Posted by Mohd Nasir at 9:38 PM

NOTa KRITIKAN

Ciri-ciri Kritikan Sastera

Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, seseorang kritikawan atau pengkritik tidak terlepas
daripada terikat dengan ciri-ciri tertentu yang perlu dilaksanakan, ianya bersesuaian atau selaras
dengan kritikan sastera itu sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat bersistematik, ciri-cirinya
ialah:

i. Sanjungan
ii. Teguran
iii. Saranan
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

i. Sanjungan
Hasil daripada pembacaan terhadap sesebuah karya kreatif, maka akan timbul reaksi atau
tindakbalas pembaca terhadap karya itu sendiri. Ianya mungkin bersifat yang positif atau
mungkin negatif, perasaan tidak puashati atau merasakan karya yang dibacanya mempunyai
kelebihan atau menampakkan kelainan. Hasilnya pengkritik atau pembaca akan melahirkan
sanjungan terhadap karya tersebut, sama ada dari aspek isi, teknik persembahan mahupun
pengarang yang menulis karya tersebut.

ii. Teguran

Kebiasannya seseorang pengkritik juga akan menegur hasil daripada penelitian yang dibuat
berdasarkan sesebuah karya yang dibacanya. Teguran yang diberikan mestilah bersifat membina
bukannya bertujuan menghancur atau memperlekeh sesebuah karya sastera.

iii. Saranan

Ianya melibatkan aspek-aspek pembinaan yang lebih ke arah menghasilkan sesebuah karya yang
lebih bermutu dan mantap. Yang melibatkan cadangan atau pandangan serta idea-idea berbentuk
perubahan. Pengkritik yang jujur, baik biasanya mahu melihat perkembangan kesusasteraan yang
lebih mantap selaras dengan matlamat itu biasanya pengkritik akan memberi saranan yang
bertanggungjawab, bernas, jitu serta matang dalam memartabatkan dunia sastera.

iv. Pendekatan

Persediaan atau kaedah yang diguna pakai ia juga membawa maksud cara bagaimana mendekati
atau menganalisa karya sastera. Kebiasaanya ia melibatkan ilmu-ilmu tertentu sesuai dengan
kritikan sebagai satu disiplin ilmu, di antara pendekatan yang diguna pakai dalam ukutara
sesebuah kritikan ialah Formalistik, sosiologi, moral Psikologi dan Linguistik.

v. Penganalisaan

Cerakinan yang dibuat terutamanya dalam aspek persolan yang diutarakan oleh sesebuah karya
sastera. Pengkritik biasanya akan menggabungjalinkannya dengan aspek sosiobudaya. Di
samping itu juga pengkritik mungkin akan membuat pemerincian tentang watak yang terlibat
berhubung dengan pelbagai perkara seperti aspek psikologi, nasionalisme dan sebagainya.

vi. Penilaian

Justifikasi atau penghakiman yang dibuat terhadap sesbuah karya sastera setelah dilakukan
pengamatan, pentafsiran, penganalisaan, pertimbangan yang wajar serta rasional berpandukan
hujah, bukti serta pendapat. Kesinambungannya pula ialah membolehkan seseorang pengkritik
meletakkan ukuran dalam
penentuan nilai bagi sesebuah karya sastera sama ada hebat, bermutu,besar sederhana mahupun
kecil.

Fungsi Kritikan Sastera


Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga
mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya

a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu
pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif
(Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai

ii. Penghayatan Karya

a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)


b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karya yang baik
dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai supaya
lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya

iii. Dunia Kritikan

a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan


b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu
percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong menghapuskan
sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di
antara pengarang dengan pembaca)

Sejarah Ringkas Kritikan Sejarah

Sebelum Perang Dunia 1935 – 1941


Kritikan sastera dalam tahap ini lahir untuk membentuk tradisinya bersama-sama dengan
perkembangan penulisan cerpen yang pesat berlaku dalam akhbar dan majalah. Ktirikan yang
muncul berlaku secara kecil-kecilan, tidak memiliki nilai yang tinggi serta penilaiannya agak
dangkal. Penilaian yang dibuat lebih tertumpu kepada aspek persoalan atau tema karya-karya
seperti Sejarah melayu, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Wong Seng Tong dalam kajian ilmiahnya (Ijazah Sarjana Sastera Universiti Malaya)
mengatakan bahawa kritikan sastera Melayu bermula dengan tulisan Keris Melayu atau nama
sebenarnya Muhammad Yassin Makmur pada tahun 1935. Walau bagaimanapun beliau tidak
mengiktirafnya sebagai kritikan yang sebenar.
Definisi “Kritikan Sastera” Wong Seng Tong ialah: “berbagai-bagai makalah ringan yang
menggambarkan bermacam-macam fikiran dan perasaan terhadap seni sastera daripada para
pembaca peminat sastera”.

Kritikan yang lahir kemudiannya , bersifat emosional dan subjektif. kritikan tanpa penggunaan
satu-satu dasar atau pendekatan khusus yang bersifat saintifik dan objektif.

Antara tahun 1940 hingga 1941 kritikan yang lahir kebanyakkannya membuat penilaian dalam
dua hal yang utama iaitu
i. penilaian menyeluruh dan mendatar terhadap cerpen
ii. penyaranan beberapa sifat cerpen yang baik dan perlu dihasilkan

Penulis-penulis yang terlibat dalam kritikan pada ketika ini terhad bilangannya, mereka bukanlah
tokoh pengkritik dalam erti kata yang sebenar. Kebanyakkan yang terlibat terdiri dari kalangan
mereka yang bekerja sebagai guru dan juga wartawan.

Di antara tokoh-tokoh pengkritik yang lahir pada era ini ialah Muhammad Yusof Ahmad,
Perawan Muar, Ahmad Alkaf, Mahanum Hj. Ahmad dan beberapa orang tokoh yang lain.

Kebanyakkan hasil penulisan mereka ini disiarkan dalam penerbitan sama ada surat khabar
ataupun majalah, di antaranya ialah Majalah Guru dan Suratkhabar Majlis.

Ciri-Ciri Kritikan Era 1935-1941

i. Kebanyakan kritikan yang ditulis lebih menekankan aspek pemujaan / memuji tokoh atau
penulis s
seperti hasil penulisan Keris Melayu 1935 “Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi”

ii. Kebanyakkan kritikan yang dibuat tidak memperkatakan tentang isi sesebuah karya

iii. Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, kebanyakkan pengkritik tidak menggunakan dasar
atau pendekatan yang khusus.

iv. Penilaian yang dibuat kebanyakannya bersifat dangkal


Era Aminuddin Baki 1949 / ASAS 50

Aminuddin Baki dianggap pelopor atau perintis kritikan era baru yang menjurus ke arah huraian
dan penilaian terhadap 2 aspek penting karya sastera iaitu isi dan teknik (bentuk). Walaupun
tidak mendalam sudah ada daya kritis dan analisis.

Kritikan yang dibuat oleh beliau turut menimbulkan beberapa pesoalan tentang isi atau tema,
tetapi juga permasalahan bagaimana isi itu wajar disampaikan dalam bentuk yang lebih berkesan.
Kritikan yang dibuat oleh beliau telah memperlihatkan suatu dasar atau pendekatan yang tertetu
iaitu pendekatan bercorak formalistik.

Aminuddin Baki mengkritik novel “Korban Kesucian” karya Keris Mas . Kritikan beliau telah
disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949 yang bertajuk “Pandangan Seorang
Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu”. Beliau menyatakan bahawa temanya
adalah soal masyarakat, plotnya seperti sungai mengalir dan dia mempertikai bahasa Keris Mas
yang teradun dengan bahasa Inggeris sambil menjelaskan cara-cara sebaiknya memperkenalkan
perwatakan.

Perkembangan kritikan lebih ketara apabila tertubuhnya ASAS 50. Wujudnya polemik di antara
penulis yang membawa idea serta aliran yang berbeza pada konsep atau fungsi seni itu sendiri
telah menyebabkan kritikan semakin berkembang. Tokoh seperti Asraf dengan idea “Seni Untuk
Masyarakat” manakala Hamzah pula dengan idea “Seni UNtuk Seni”.

Bagi Asraf karya sastera harus bertunjangkan seni untuk masyarakat, iaitu yang boleh membantu
dan membina rakyat. Seperti beliau menyanjung penulis Dewa Asmara melalui cerita “Peristiwa
Dinihari” yang memperkatakan tentang kehidupan nelayan.

Bagi Hamzah pula, baginya karya sastera harus memberi kepuasan pada pencipta dan juga pada
pembaca.

Mereka berdua adalah merupakan di antara tokoh pengkritik yang ikatakan paling aktif, namun
begitu dalam masa yang sama juga terdapat tokoh-tokoh lain seperti Usman Awang, Keris Mas,
Abu Zaki Fadhil, A.Samad Said dan Masuri S.N

Kebanyakkan kritikan yang dibuat disampaikan dalam bentuk esei, di samping itu juga terdapat
kritikan yang disiarkan di radio dalam bentuk ceramah mahupun diskusi sastera.
Kebanyakkannya berkisar kepada permasalahan keunggulan karya sastera. Pengkritik-pengkritik
yang lahir pada era ASAS 50 memperlihatkan satu bentuk kritikan yang cenderung kepada suatu
ideologi atau pegangan tertentu.

Pada tahun 1952 tertubuhnya Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya , Singapura telah
melahirkan lebih ramai pengkritik yang mempunyai kelulusan serta memiliki ilmu kritikan yang
jitu. Di antara tokoh-tokoh pengkritik tersebut ialah Baha Zain, Ismail Hussein, Kassim Ahmad,
Ali Hj. Ahmad dan sebagainya

Ciri-ciri Kritikan:
i. Mulai memperlihatkan kemajuan serta pengkritik mulai menggunakan pendekatan-pendekatan
yang tertentu
ii. Aspek penilaian telah menjadi salah satu ciri penting dalam kritikan
iii. Wujudnya polemik yang berpanjangan di antara tokoh-tokoh pengkritik yang masing-masing
cuba mempertahankan ideologi tersendiri
iv. Kritikan yang dihasilkan lebih mendapat tempat dan mula tersebarluas menerusi pelbagai
media antaranya akhbar, majalah , radio serta majlis-majlis diskusi dan ceramah.

You might also like