You are on page 1of 14

PELBAGAI laporan analisis dikemukakan terhadap punca dan kesan krisis ekonomi semasa

yang bermula di Wall Street, Amerika Syarikat, menjangkau ke Eropah dan semakin menular ke
Asia. Kebanyakan penganalisis menuding jari kepada sistem kewangan dan institusi perbankan
Amerika Syarikat yang gagal menangani krisis pinjaman subprimer pada 2007.
Kesan krisis pinjaman subprimer memang merunsingkan sehingga institusi kewangan seteguh
Merrill Lynch dan Lehman Brothers lumpuh baru-baru ini. Selain mengenal pasti punca krisis,
banyak juga cadangan dikemukakan untuk mewujudkan sistem kewangan lebih lestari dan
berdaya tahan. 

Sistem kewangan dan perbankan Islam mula disebut-sebut sebagai lebih adil, praktikal dan
lestari. Selain itu, campur tangan kerajaan juga diperlukan, tidak seperti amalan sistem ekonomi
bebas - untuk memastikan pasaran dan sistem kewangan tidak terdedah kepada manipulasi
golongan pemodal yang hanya mementingkan keuntungan material semata-mata. 

Bahkan timbul juga persoalan mengenai asas dan kerangka ekonomi lestari yang memberi
penekanan kepada keadilan sosial dan kebajikan masyarakat melebihi keuntungan kelompok
pemodal yang memang sudah kaya-raya. 

Persoalan berbentuk filsafat itu sedikit sebanyak membolehkan kita mengenalpasti skop serta
jawapan kepada pelbagai persoalan semasa, sama ada ekonomi, kewangan, perbankan, alam
sekitar dan politik menggunakan pendekatan lebih komprehensif dan bersepadu. 

Pendekatan itu juga membolehkan golongan pakar dan teknikal yang selama ini sangat terikat
dengan pendekatan serpihan dan keluar daripada kepompong pemikiran masing-masing supaya
lebih bersikap terbuka dan holistik.
Bagi golongan pencinta alam, konsep pelestarian tidak terhad kepada krisis dan pencemaran
alam sekitar. Pelestarian juga membabitkan gaya hidup, sistem berfikir, kerangka ekonomi,
percaturan politik dan sistem kemasyarakatan. Lestari dalam pengertian komprehensif turut
membabitkan keadilan serta kesaksamaan dari segi program pembangunan dan pembahagian
kekayaan. 

Saya bersetuju dengan pendapat sebahagian besar pemikir alam sekitar bahawa krisis alam
sekitar khususnya dalam konteks pemanasan global disebabkan kehidupan tidak lestari yang
ditunjangi sifat tamak untuk mengaut kekayaan menerusi pelbagai aktiviti 'pembangunan'
walaupun menyusahkan orang lain dan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. 

Kehidupan lestari bermakna kehidupan diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan
keperluan generasi sekarang dan akan datang. Dalam konteks alam sekitar misalnya, penggunaan
sumber perlu dilakukan secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem dan
pemuliharaan flora dan fauna. Cara hidup lestari membabitkan penghayatan minda lestari dalam
seluruh bidang kehidupan. 

Dari segi perumahan misalnya, kehidupan lestari menganjurkan kita menggunakan bahan, sistem
dan pendekatan mesra alam bermula daripada konsep reka bentuk kawasan dan bangunan
perumahan, penggunaan sumber tenaga dan air, bahan murah tetapi cekap dari segi guna sumber,
pencegahan hakisan tanah hinggalah aspek pembiayaan dan pakej kewangan.
Bagi pencinta alam sekitar, rumah yang ideal daripada aspek pelestarian ialah ruang digunakan
secara optimum biarpun kecil untuk keperluan sesebuah keluarga menggunakan sumber tanpa
pembaziran. Manipulasi pasaran dengan membeli rumah di luar kemampuan kewangan peribadi
untuk dijual atau disewa pada harga jauh lebih tinggi � sebagaimana punca krisis subprimer,
adalah perlakuan tidak lestari dan bercanggah dengan idealisme pencinta alam yang
menitikberatkan aspek kesederhanaan. 

Dari segi perkhidmatan air pula, kehidupan lestari menitik-beratkan aspek perlindungan sumber
air, penjimatan penggunaan air, kaedah mapan pengumpulan dan rawatan air sisa, guna dan kitar
semula dan penjimatan sumber dalam keseluruhan proses terbabit. 

Aspek yang diberi keutamaan tidak hanya menjurus kepada air, malah seluruh sumber yang
diperlukan untuk membolehkan sistem perkhidmatan air itu berfungsi dengan sebaiknya, seperti
tenaga, teknologi, modal insan, perundangan, urus tadbir dan kewangan. 

Gaya hidup dan komitmen pelestarian boleh diukur menggunakan analisis tapak ekologi.
Analisis tapak ekologi bertujuan mengukur permintaan sumber alam dengan membandingkan
terhadap keupayaan ekosistem untuk penghasilan semula dalam bentuk anggaran keluasan tanah
dan marin diperlukan seseorang manusia apabila menggunakan sesuatu produk atau
perkhidmatan. 

Anggaran itu dibandingkan dengan keupayaan sumber alam menghasilkan semula sumber
berkenaan. Aspek penompokan sisa bagi pelbagai aktiviti penghasilan, pengawetan dan
pelupusan juga diambil kira. Sistem pengiraannya berasaskan keluasan tanah menggunakan unit
'hektar global' (gha) menunjukkan kesannya kepada ekosistem. 

Semakin besar nilai gha maka maknanya semakin negatif kesan alam sekitar sesuatu aktiviti
'pembangunan.' 

Tapak ekologi per kapita adalah kaedah untuk menentukan penggunaan secara realiti yang boleh
digunakan sebagai cara mendidik orang ramai mengenai konsep keupayaan menanggung
ekosistem dan lebihan penggunaan. Konsep tapak ekologi juga semakin lumrah digunakan untuk
mendidik orang ramai supaya menghayati cara hidup lebih lestari. 

Secara purata, setiap penduduk dunia mempunyai 1.9 gha per kapita bagi pembangunan lestari.
Ketika ini tapak ekologi di Amerika Syarikat ialah 9.5, berbanding Switzerland 4, Malaysia 2.3
dan China 1.5 gha. 

Dengan tahap pelestarian paling rendah di kalangan negara maju, maka tidak hairan Amerika
Syarikat terdedah kepada pelbagai risiko. Di kalangan pencinta alam, Amerika Syarikat bukan
saja dikenali sebagai penghasil karbon paling besar yang menyebabkan pemanasan global, malah
adalah negara paling boros, membazir, tamak dan gelojoh dari segi penggunaan sumber dan
manipulasi sistem kewangan. 

Daripada segi angka memang Amerika Syarikat negara antara paling kaya, tetapi juga adalah
negara paling banyak menyumbang kepada cara hidup yang tidak lestari. 
Hal ini secara sinis diungkapkan tokoh sarjana bidang tingkah laku organisasi, Charles Handy
dalam The Hungry Spirit: Beyond Capitalism - A Quest for Purpose in the Modern World (1997)
bahawa sifat tamak haloba dan kerakusan dalam sistem kapitalisme membuatkan manusia hilang
punca mengenai nilai dan erti kehidupan. 

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

ARKIB : 24/11/2009

Pembangunan mapan utamakan rakyat

Oleh SHAHARUDIN IDRUS


ISU pembangunan mapan sering diperdebatkan sejak konsep ini diperkenalkan pada 1987 dalam
Laporan Bruntland. Pembangunan mapan atau lestari memberi implikasi berbeza terhadap asas
perancangan negara sama ada fizikal, sosial mahupun ekonomi.

Ia bermakna perlu wujudnya keseimbangan daripada segi ekonomi, alam sekitar dan sosial serta
budaya masyarakat. Namun persoalannya adakah wujud keseimbangan yang dimaksudkan itu
atau yang kita cari selama ini?

Rentak dan irama pembangunan telah berubah sejak Sidang Kemuncak Bumi Rio de Jeneiro
pada 1992. Semua negara diberi amaran tentang perlunya manusia menjaga dan memulihara
alam sekitar sewaktu giat mengejar kemajuan. Walaupun begitu, konsep pembangunan mapan
itu sukar untuk ditakrif, difahami dan lebih-lebih lagi digunakan dalam aspek pembangunan
negara. Ia telah mengundang perbahasan berterusan.

Kepelbagaian takrif tentang pembangunan mapan muncul berikutan keperluan untuk


menyesuaikan tuntutan pembangunan mapan dengan keadaan setempat sesebuah negara.
Lazimnya, konsep ini dikaitkan dengan suatu bentuk pembangunan seimbang. Ekonomi tumbuh
segar bagi membina kekayaan. Kekayaan pula digunakan untuk membangunkan jati diri
masyarakat. Dalam masa yang sama alam sekitar yang masih segar perlu dijaga dan dipelihara
sementara yang rosak dipulihara. Ini supaya nikmat kemajuan masa kini boleh pula dinikmati
oleh generasi akan datang.

Justeru, pembangunan itu harus seimbang antara ketiga-tiga komponen pembangunan mapan
tadi.

Namun harus disedari bahawa sesuatu yang berada dalam keadaan keseimbangan itu tidak
mungkin akan dapat melonjakkan perubahan. Jadi sebagai negara yang bergerak ke taraf negara
maju, keseimbangan pembangunan perlu diperhalusi.
Hingga kini Malaysia belum memiliki takrifnya sendiri tentang pembangunan mapan. Walaupun
begitu, prinsip-prinsip asas pembangunan mapan telah diterima pakai oleh Malaysia. Negara
juga mempertahankan ekuiti antara generasi dalam tanggungjawab pembangunan, membangun
hubungan manusia dengan alam sekitar yang lebih beretika, meningkatkan amalan terbaik bagi
kegiatan dalam dunia korporat dan sebagainya. Kini, agenda pembangunan di setiap negara
menggunakan konsep mapan bagi mendasari program pembangunan masing-masing.

Switzerland telah memberikan iltizam tanpa berbelah bagi untuk menggerakkan pembangunan
berlandaskan konsep tersebut dengan memasukkan pembangunan mapan ke dalam perlembagaan
negaranya. Sementara negara-negara miskin di Afrika mengubah suai konsep itu dengan
menekankan soal pembangunan beretika.

Walaupun Malaysia mengamalkan prinsipprinsip mapan tetapi pembangunan di negara ini


mengikut acuannya sendiri dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi segar, kelestarian
sosial diperteguhkan walaupun pada ketika tertentu alam sekitarnya terpaksa dikorbankan.

Oleh kerana Malaysia sendiri masih belum dapat menggerakkan secara lebih terarah intipati
pembangunan mapan itu, negara terusterusan dihantui oleh pelbagai isu yang amat pelbagai
sifatnya.

Daripada isu sampah-sarap yang terbiar hinggalah kepada perumahan terbengkalai. Ia


mengundang pelbagai reaksi.

Apa yang tersirat di sebalik falsafah pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) yang jarang disentuh ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya
huni (livable country).

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dituntut untuk menjana pembangunan. Pembangunan modal
insan yang berintegriti, beretika dan beriltizam; serta penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar
menjadi tunjang pembangunan lestari yang mendasari prinsip negara berdaya huni.

Ketiga-tiga aspek tersebut perlu diharmoni dan diserasikan untuk memacu negara ke mercu
kejayaan. Gagasan ini diperlihatkan melalui Wawasan 2020 dan diperhalusi menerusi Misi
Nasional 2057. Lebih nyata, gagasan ini diterjemahkan melalui pembentangan Bajet 2007, 2008,
2009 dan diperteguhkan lagi dalam Bajet 2010.

Setelah menempuh tahun-tahun yang sukar untuk mencapai pembangunan yang diimpikan pada
awal kurun ke-19, segala sumber semulajadi - bijih timah, hutan dan getah - telah disedut ke
negara Britain untuk menyokong Revolusi Industri di sana.

Kini kita sendiri mengemudi negara menuju ke sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Walaupun demikian, pemusnahan alam sekitar pastinya berlaku untuk membangunkan kawasan
pertanian. Dan setelah sekian lama, asakan pembangunan yang hebat ini kemudiannya merubah
kawasan pertanian menjadi kawasan tepu bina atau bandar. Malahan ada juga kawasan yang
berhutan bertukar menjadi kawasan perumahan, industri dan komersial.

Penduduk bandar melebihi jumlah 70 peratus penduduk negara ini. Namun jika mengikut
sesetengah takrifan kawasan bandar, hampir 90 peratus penduduk Selangor kini tinggal di
kawasan perbandaran. Justeru, adalah amat wajar untuk menubuhkan sebuah kementerian yang
menjaga kepentingan warga bandar yang rata-ratanya berada di kalangan kelas bawahan dan
selebihnya kelas menengah dan atasan.

Keputusan kerajaan untuk menukar nama Kementerian Wilayah Persekutuan kepada


Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa pembentangan Bajet 2010
amat dialu-alukan. Ia bukan sahaja akan memberikan kelegaan kepada warga bandar tetapi juga
untuk meneruskan kelangsungan politik kerajaan sendiri kerana tidak semua penduduk bandar
yang mampu mengharungi kehidupan yang kian mendesak.

Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia terpaksa juga berdepan dengan pelbagai
kebenaran yang boleh menggugat kesejahteraan warga bandar. Malah menggugat keutuhannya
sebagai sebuah negara merdeka dan akhirnya boleh menafikan gagasan Satu Malaysia.

Salah satu kebenaran yang terus-menerus menggegar ketenangan warga bandarnya adalah
kemiskinan. Warga bandar dilihat paling mudah terancam (vulnerable) kerana peningkatan harga
petroleum yang berterusan misalnya akan terus menggugat rentak kehidupan masyarakat bandar
yang bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga tersebut untuk sebarang aktiviti ekonomi
mahupun sosial.

Sementara jumlah warga yang diisytihar muflis, terlibat dengan pinjaman ah long, hutang kad
kredit menunjukkan kehidupan di bandar yang kian mencengkam warganya.

Satu-satunya jalan terbaik untuk keluar dari situasi itu ialah meluaskan amalan cara hidup
beretika. Amalan yang sewajarnya dimulakan dari dalam diri setiap insan untuk memastikan
kehidupan mereka akan terus berada di dalam kesejahteraan pada masa kini dan masa hadapan.

Hubung kait antara pembangunan mapan yang diterjemahkan dalam bentuk bandar lestari
dengan menelitinya melalui konsep bandar berdaya huni (livable city).

Konsep daya huni (livable) digembleng untuk meneliti aspek kelestarian bandar dalam konteks
pembangunan lestari memberi makna bahawa penduduknya sentiasa ceria, sibuk dengan
pelbagai aktiviti ekonomi, sosial dan fizikal yang segar, hening kehijauan, selamat, menarik dan
sihat.
Maka tumpuan adalah terhadap masyarakat dan kehidupan harian sebagaimana yang dijelmakan
dalam aspek pemikiran urbanisme baru. Ciri-ciri daya huni itu dirungkai menerusi kesan
tindakan penduduk dalam kawasan perbandaran yang menggunakan perkhidmatan bandar setiap
hari. Pendekatan itu membolehkan pemerhatian dibuat menerusi ruang dan masa dalam jangka
singkat seperti dalam satu putaran harian.

Kumpulan penyelidik yang menggelarkan kumpulannya sebagai Kumpulan Penyelidikan


Pembandaran Lestari (Sustainable Urbanization Research Group), di Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini secara berterusan dan
aktif melihat isu-isu pembangunan dan pembandaran mapan serta meneroka makna dan
permasalahan yang berkait dengannya melalui konsep bandar berdaya huni tadi.

Konsep ini yang diartikulasikan menerusi keberdayahuniannya yang menjadikan bandar itu lebih
"hidup dan menceriakan" penghuninya dari semua lapisan etnik dan peringkat umur. Sesuatu
bandar itu sewajarnya bersih, penuh kehijauan, sihat, selamat, mempunyai daya tarikan
sosioekonomi, wujud pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Semua komponen ini apabila
wujudnya akan membawa kepada kesejahteraan bandar.

Dalam mengartikulasikan bandar berdaya huni ini, kepentingan pelbagai pihak diambil kira
untuk membolehkan pengumpulan maklumat dan data yang lebih menyeluruh dari alam sekitar
tabii, alam sekitar binaan, aktiviti ekonomi, dan aspek sosio-budaya masyarakatnya. Konsep
daya huni bandar ini juga cuba melewati aras antara disiplin dan transdisiplin dalam penghayatan
dan pengukuran bandar berdaya huni dan memenuhi hasrat besar negara untuk mencapai
kesejahteraan yang diidamkan.

PENULIS ialah Felo Penyelidik dan Pensyarah Kanan, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Malaysia Dan Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar

Azrina binti Sobian

Pegawai Penyelidik

15/09/2006 | Utusan Malaysia

Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan satu bentuk pembangunan yang ingin
dicapai mana-mana negara di dunia ini. Namun, bercakap lebih mudah daripada melakukannya.
Hingga kini pembangunan sering mendapat keutamaan dan alam sekitar terus-terusan menjadi
mangsa pembangunan.

Begitu ramai pengkaji yang menyetujui bahawa pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar
sukar bergerak seiringan. Jika begitu, pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar tentu amat
sukar dicapai. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali dengan
pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan penduduk dunia kini tanpa
menjejaskan kemampuan penduduk dunia akan datang untuk memenuhi keperluan mereka pula.
Dengan kata lain, pembangunan kini hendaklah tidak menjejaskan alam sekitar agar kita dan
keturunan kita nanti akan dapat terus menikmati alam ini.

Usaha mencapai pembangunan mapan disambut baik pelbagai negara. Negara maju mendahului
usaha tersebut. Ini kerana keadaan di negara maju seperti ketersediaadaan undang-undang,
teknologi, kepakaran dan penerimaan masyarakat sudah sedia menyokong pembangunan mapan
itu. Negara-negara membangun dan mundur agak lewat dalam hal ini. Namun ini tidak bermakna
usaha mencapai pembangunan mapan diabaikan.

Malaysia sendiri merupakan antara negara membangun yang terkehadapan dalam hal ini. Malah
sebelum pengenalan konsep pembangunan mapan, Malaysia telah mempunyai usaha-usaha untuk
memelihara alam sekitarnya sendiri misalnya melalui undang-undang, kempen, pengurusan
hutan dan sebagainya.
Mungkin kerana usaha berterusan itu, Malaysia mencapai kedudukan kemapanan alam sekitar
yang agak baik. Jika dikaitkan dilihat Indeks Kemapanan Alam Sekitar (Environmental
Sustainability Index) pada tahun 2002, dari 142 buah negara yang dikaji, Malaysia berjaya
menduduki tangga ke-68. Kedudukan ini jauh meninggalkan negara Jepun dan United Kingdom
yang masing-masing diletakkan pada tangga ke-78 dan 91. Manakala, pada tahun 2005 pula,
Malaysia memperbaiki kedudukannya pada tangga ke-38 daripada 146 negara. Sekali lagi
Malaysia meninggalkan jauh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (45) dan United
Kingdom (65).

Untuk pengetahuan semua, indeks ini dikeluarkan hasil dari kerjasama World Economic Forum's
Global Leaders for Tomorrow Environment Task Force, The Yale Center for Environmental
Law and Policy dan Columbia University Center for International Earth Science Information
Network (CIESIN). Indeks ini mengukur pencapaian keseluruhan kemapanan alam sekitar
sesebuah negara. Di bawah indeks ini, 20 petunjuk utama telah dikaji. Antara petunjuk-petunjuk
tersebut adalah kualiti air, pencemaran udara, keselamatan reaktor nuklear dan pengeluaran gas
rumah hijau.

Kedudukan Malaysia dalam indeks yang ditunjukkan tadi agak mengejutkan. Siapa sangka
negara sekecil Malaysia boleh mengatasi negara-negara maju yang lain. Malah, di antara negara-
negara dalam ASEAN, Malaysia menduduki tempat teratas dalam indeks tersebut.

Kedudukan Malaysia yang begitu baik ini agak bertentangan dengan keadaan alam sekitar negara
yang kita fahami. Pembongkaran pelbagai masalah alam sekitar yang seperti pencemaran sungai,
penebangan hutan secara haram, masalah pembuangan sisa, pencemaran udara dan pelbagai lagi
sejak akhir-akhir ini menimbulkan pandangan bahawa keadaan alam sekitar negara begitu teruk
sekali.

Jadi, mana satukah yang harus kita terima? Pada pandangan penulis, masalah alam sekitar
memang berlaku di Malaysia. Ini adalah hasil daripada pembangunan yang hendak kita capai.
Namun, nasalah itu mungkin masih boleh dikawal. Sebagai sebuah negara membangun,
Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana dapat mempelajari daripada apa yang telah berlaku di
negara maju. Misalnya, kita boleh membangun sebagaimana negara maju dan dalam masa yang
sama mengelak daripada mengalami masalah alam sekitar yang telah berlaku di negara itu.
Dalam masa yang sama, pelbagai teknologi pengurusan alam sekitar yang telah dibangunkan di
negara-negara maju itu boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah alam sekitar negara.
Bagaimanapun, perlulah diingat bahawa jalan penyelesaian dan teknologi yang digunakan itu
tidak semestinya sesuai untuk Malaysia. Ini kerana adanya perbezaan sumber dan budaya antara
pelbagai negara.

Oleh itu, perlu ada pengubahsuaian jika jalan penyelesaian dan teknologi itu hendak digunakan
di negara ini. Bukan itu sahaja, kita tidak boleh bergantung kepada satu bentuk jalan
penyelesaian sahaja tetapi kita juga memerlukan beberapa rancangan lain bagi menyokong
pembangunan yang sedang dijalankan. Dalam pada itu, pembangunan yang dijalankan akan
menjejaskan persekitaran hidup orang awam. Oleh itu, penyertaan mereka, dalam bentuk
memberi pandangan, aduan, cadangan dan sebagainya, tidak boleh dinafikan jika kita benar-
benar ingin mencapai pembangunan dengan persekitaran yang baik.

Pada pandangan hidup Islam, pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar sebenarnya bukan
sesuatu yang asing. Konsep ummah dalam Islam secara tidak langsung menunjukkan kepada kita
bahawa penggunaan satu-satu sumber itu hendaklah mengambilkira keperluan kita dan keperluan
umat Islam yang lain. Malahan, dalam banyak keadaan keperluan ummah adalah lebih
diutamakan berbanding keperluan seorang Muslim itu. Manakala, seorang Muslim yang hanya
mementingkan diri sendiri adalah terkeluar dalam lingkungan ummah Islam. Tidakkah
penjelasan ini mempunyai persamaan dengan konsep pembangunan mapan yang dijelaskan di
atas?

Dengan itu amatlah penting kita memahami isu-isu pembangunan negara dan alam sekitar
terutamannya dari sudut pandangan hidup Islam. Untuk meningkatkan kefahaman tentang
perkara ini, IKIM akan menganjurkan Seminar "Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam
Sekitar: Satu Pandangan Islam" pada 19-20 September ini. Seminar ini akan melihat bentuk
pembangunan negara dan bagaimana ini memberi kesan kepada alam sekitar di samping
menggariskan kaedah pemuliharaan alam sekitar yang terbaik. Dalam masa yang sama seminar
ini juga akan menjelaskan pandangan hidup Islam berkaitan pembangunan dan pemeliharaan
sumber alam negara. Semoga penganjuran seminar ini dapat membantu memberi kefahaman
berkait pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.
Pembangunan Mapan

Pembangunan mapan merupakan peningkatan kecekapan ekonomi, perlindungan dan


pemuliharaan sistem ekologi dan perkembangan dalam kehidupan semua manusia. Suruhanjaya
Dunia bagi Pembangunan dan Alam Sekitar (World Commission on Environment and
Development) atau yang dikenali sebagai Suruhanjaya Brundtland (1987) mendefinisikan
Pembangunan Mapan sebagai;

“Pembangunan mapan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan hari ini tanpa
berkompromi dengan keupayaan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka”

Ia mengandungi dua konsep utama:

a). Konsep Keperluan: Lebih khusus merujuk keperluan asasi masyarakat miskin dunia, yang
mesti diberikan keutamaan.

b). Konsep Kekangan: Halangan terhadap teknologi dan organisasi sosial berkaitan dengan
keupayaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan generasi akan datang.

Sumber: dipetik daripada Rozalli Hashim, 2005 dalam buku Pengurusan Pembangunan yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merujuk kepada dua konsep Pembangunan Mapan diatas, boleh dikatakan bahawa sesuatu
pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah mempunyai timbangtara yang positif dengan
alam sekitar.

Pentingnya EIA dalam Konteks Pembangunan Lestari

Pernyataan di atas dengan jelas dapat menunjukkan pentingnya EIA dalam konteks
Pembangunan Lestari (mapan).

Penilaian Impak Persekitaran (EIA), merupakan penilaian yang dibuat terhadap kesan negatif
dan positif sesuatu pembangunan terhadap kualiti alam sekitar baik dari segi persekitaran fizikal
mahupun persekitaran manusia. Jika laporan penilaian yang dibuat menunjukkan bahawa
pembangunan yang hendak dijalankan lebih banyak memberikan kesan negatif daripada kesan
positif terhadap kualiti alam sekitar dalam jangka masa pendek dan panjang maka projek
pembangunan tersebut harus dibatalkan.

EIA dapat menjamin sesuatu projek pembangunan “mesra alam” dan “meningkatkan Sosio-
ekonomi” jika laporan EIA yang dibuat adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh manipulasi
“Orang Dalam”. Oleh itu, EIA merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam
merealisasikan Konsep Pembangunan Mapan.

Soalan 2:

Dari segi kandungan krusus EIA, saya berharap agar apa yang diajar di dalam krusus ini dapat
memberikan faedah yang berguna kepada saya seperti apakah kepentingan dan tujuan Penilaian
Impak Persekitaran dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan. Faedah yang
diperolehi daripada krusus ini diharap bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan tentang EIA
dalam bentuk teori semata-mata tetapi juga dalam bentuk yang lebih menjurus kepada praktikal
seperti Kerja Lapangan, Kajian Kes dan sebagainya.

Saya juga berharap agar pengisian untuk pengajaran dalam kursus ini mempunyai dua bentuk
kombinasi pengajaran iaitu secara teori melalui pengajaran di dalam kelas dan juga secara
praktikal iaitu Kerja Lapangan dan Kajian Kes.
Konsep Hijau Realisasikan Pembangunan Lestari

7 JULAI 2010 / 24 REJAB 1431H

==========================

“UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Konsep Hijau Realisasikan Pembangunan Lestari

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

PROUUM ONLINE: Kebanyakan syarikat besar yang mencipta inovasi dan kreativiti sedang
menuju ke arah teknologi hijau melalui penggunaan teknologi atau perkakasan yang mesra alam
untuk menjamin pembangunan lestari.

Malah, pembiayaan daripada bank yang memberi keutamaan kepada projek-projek yang
berkonsepkan hijau merangsang lebih ramai pengusaha menguruskan teknologi dan operasi
dengan mengambil kira kesan kepada alam sekitar.

Timbalan Pengerusi “2nd International Conference on Technology and Operations Management


(ICTOM)”, Prof. Madya. Dr. Hartini Ahmad berkata, isu ini juga amat dekat dalam kalangan ahli
akademik yang menjalankan pelbagai kajian yang mana hasil dapatan menjurus kepada
sustainable competitive advantage.

“Seminar yang berfokus kepada teknologi hijau memberi penekanan terhadap aspek operasi,
teknologi, pemasaran dan perniagaan selain penyelidikan yang dijalankan menjadi pemangkin
kepada kemajuan dan pertumbuhan.
“Justeru, kecekapan operasi perlu diintegrasikan bersama konsep hijau untuk meningkatkan
corporate social responsibility yang secara tidak langsung berkaitan dengan masyarakat dan
generasi akan datang,” tambahnya.

Jelasnya, usaha ini membentuk sinergi di antara ahli akademik, pengamal profesional dan
penyelidik dalam bidang pengurusan teknologi dan operasi untuk mencari solusi bagi menangani
masalah yang timbul.

Jelasnya, sebanyak 75 kertas kerja dibentangkan antaranyaTechnology Assessment, Technology


Transfer, Technology Adoption, Supply Chain Management, Operation Management,
Intellectual Property Rights in Management, Technopreneurship, Green Technology, Robotics in
Manufacturing, Process Design and New Product Development .

Menurut Hartini, lapan kertas kerja yang bermutu akan menerima anugerah “Best Paper Award”
pada hari terakhir seminar seterusnya diterbitkan dalam jurnal berwasit iaitu Journal of
Technology and Operation Management (JTOM) terbitan College of Business (UUM COB) dan
Jurnal Manajemen Teknologi (JMT) terbitan Institut Teknologi Bandung (ITB).

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan pengurusan
teknologi dan operasi memainkan peranan penting dalam organisasi untuk menguruskan sumber
manusia, meningkatkan potensi keuntungan, mencapai matlamat dengan amalan pengurusan
yang berkesan.

Tegasnya, ia berkait rapat dengan amalan bagaimana memberi perkhidmatan terbaik melalui
proses, budaya kerja dan pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan pembaziran.

“Prosedur yang salah menyebabkan sesuatu projek yang baik tergendala dan mendatangkan
kerugian,” jelasnya sebelum merasmikan ICTOM di Langkawi anjuran UUM COB, semalam.

Menurutnya, ICTOM adalah medan pertukaran idea dengan pakar-pakar dari pelbagai sektor,
memberi galakan kepada mereka untuk berkongsi idea, membincangkan isu, cabaran, dan
strategi, membina jaringan, meningkatkan komunikasi serta kerjasama antara penyelidik dan
pengamal.

Beliau menyifatkan seminar dengan kerjasama ITB merupakan smart patnership yang penting
antara Malaysia dan Indonesia yang memberi manfaat secara kolektif sehingga menarik minat
ITB untuk membuka kampus luar di Malaysia.

Bertemakan Technology and Operations Management: Seeking Dynamism, Competitiveness and


Sustainability, seminar kedua yang diadakan ini, telah menarik 82 peserta dari beberapa negara
seperti Kanada, United Kingdom, Yemen, Libya, Jordan, Pakistan dan sebagainya.

You might also like