You are on page 1of 14

VISI SEKOLAH

SK Jeram Landak
menjadi sekolah berkesan
yang melahirkan insan berkualiti menjelang 2010

MISI SEKOLAH

Warga SK Jeram Landak akan terus berusaha :

Mewujudkan iklim yang kondusif.


Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.
Melibatkan semua murid dalam kegiatan kokurikulum.
Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan sahsiah yang luhur.
Melaksanakan system pengurusan dan pentadbiran yang cekap, sistematik dan
telus.

MOTTO

Kecil dalam kuantiti tetapi besar dalam kualiti.


1

VISI PEMULIHAN KHAS

MEMPERTINGKATKAN
KECEMERLANGAN DARIPADA SEGI
PENGURUSAN KURIKULUM DAN
MEMBASMI MASALAH 3M

MISI PEMULIHAN KHAS

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI


UNTUK MELAHIRKAN MURID-MURID 100% CELIK 3M DI
SAMPING DAPAT MENGEMBANGKAN POTENSI
INDIVIDU DARIPADA SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI
DAN INTELEK BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
2

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan


yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek . Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal lagi bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan membina ilmu pengetahuan.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar seseorang individu
mengakibatkan segelintir mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Oleh itu, pengajaran pemulihan perlu
diadakan bagi menghalang potensi mereka daripada terbenam.

KONSEP

Program Pemulihan Khas adalah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid-murid menguasai


kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
3

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditenteukan murid boleh:

a) Menguasai kemahiran asas 3M.


b) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

STRATEGI
Murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dibawa keluar ke Kelas
Pemulihan Khas pada masa-masa tertentu untuk mendapatkan pengajaran pemulihan
daripada guru pemulihan khas. Setelah selesai, mereka akan balik semula ke kelas
biasa untuk meneruskan pelajaran mereka.

4
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.


ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial

i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-


kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

5
c. Kesihatan

i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.


ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar

i. Belum bersedia untuk belajar.


ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii . Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.
6

TAHAP-TAHAP UJIAN

UJIAN SARINGAN

a.     Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap


kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas
oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program
Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan
memerlukan bantuan pemulihan khas.

b. Bahan atau topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajarkan dan semasa oleh guru kelas. Oleh itu senarai kemahiran
yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan
Ujian.
c.     Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima.
d.     Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan dalam
borang rekod ujian untuk difailkan.
e.     Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas berdasarkan
beberapa faktor:-
                             i.      skor yang lemah
                             ii.     jenis masalah yang dihadapi oleh murid.
iii. ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas
7

UJIAN DIAGNOSTIK

a.  Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam  Program Pemulihan
Khas. Ujian ini digunakan Untuk membantu guru pemulihan khas mengesan
daerah- daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid
b. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk
mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal
pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
c.  Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukan daerah-daerah
kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu
kemahiran. Cara
ini dapat membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan Daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
4.  Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang murid atau kumpulan
dengan lebih tepat,berkesan dan sistematik.

8
CARTA ALIR
PELAKSANAAN
PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pencalonan
Pencalonan&&
Kelas Biasa
Kelas Biasa Pengumpulan
Pengumpulan
(Kerja Susulan)
(Kerja Susulan) Maklumat
Maklumat

Ujian
Ujian
Sudah Menguasai Saringan
Saringan
3M Belum Menguasai
Kemahiran 3M
Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik &
& Ujian
Ujian
Pengamatan
Pengamatan

Analisa Ujian
Analisa Ujian Diagnostik
Diagnostik &&
Pengamatan
Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran


Penyediaan Rancangan Pengajaran

Pengajaran
Pengajaran Belum
& Pembelajaran Menguasai
& Pembelajaran Kemahiran 3M
Meneruskan
Pengajaran
Pemulihan

Penilaian
Penilaian
CARTA ALIR
PROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI PAHANG

PENCALONAN &
PENGUMPULAN MAKLUMAT

MINGGU

UJIAN SARINGAN KE - 2
IPP2M JANUARI

SKOR 46 - 60
SKOR 0 – 9
(CADANGAN KE SKOR
PENDIDIKAN KHAS

SKOR 10 – 45
KE KELAS PEMULIHAN KHAS

N MINGGU
UJIAN DIAGNOSTIK KE - 3
DAN ANALISIS MAC

PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

SKOR 46 - 60
UJIAN PENCAPAIAN I MINGGU
(IPP2M) KE - 4
JULAI

SKOR 10 – 45
ULANG PENGAJARAN & 1 OGOS
PEMBELAJARAN

SKOR 46 - 60
UJIAN PENCAPAIAN II 1 NOV
(IPP2M)

SKOR 10 – 44
KE KELAS PEMULIHAN KHAS
TAHUN BERIKUTNYA
CARTA ORGANISASI KELAS PEMULIHAN KHAS
SK JERAM LANDAK SESI 2010

PENGERUSI
EN. HAMZAH BIN SAMAT
( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II


EN YUSABRI BIN YUSOF EN KHAIRUL AZMI BIN AHMAD MAHER
( GPK KURIKULUM ) ( GPK HEM )

SETIAUSAHA
EN MOHD IKMAL BIN AB MANAF
( GURU PEMULIHAN )

AHLI JAWATANKUASA

PN. NURUL AIN BT ABU HASSAN EN IDRIS BIN SIDEK


(GURU MATEMATIK) (GURU B.MELAYU)

PN SUHANA BT MUSA EN. NAZA BADI BIN MOHAMMAD


(GURU MATEMATIK) (GURU B.MELAYU)

11

You might also like