P. 1
kerja kursus sejarah tingkatan 1

kerja kursus sejarah tingkatan 1

|Views: 9,905|Likes:
Published by Annysse Sophiellea
sorry.... blum siap ne.... sila komen!!
sorry.... blum siap ne.... sila komen!!

More info:

Published by: Annysse Sophiellea on Aug 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/04/2013

pdf

text

original

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Nombor Kad Pengenalan : Nama dan Alamat Sekolah : : Nur Fatin Amira Mohd

Nor Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut

970320-12-5660

Tajuk Kerja Kursus Nama Guru Sejarah Skor

: : :

Salasilah diri dan keluarga Cik Halimah Abdul Rahman

Elemen Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

Tandatangan guru, ____________________

2

ISI KANDUNGAN
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Butir-butir Tajuk Isi Kandungan 1.0 - Penghargaan 2.0 - Objektif Kajian 3.0 - Kaedah Kajian 4.0 - Laporan Kajian 4.1 - Salasilah keluarga 6. 4.2 - Perkembangan diri dan keluarga 4.3 - Tokoh dalam keluarga 4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga 7. 8. 9. 10. 5.0 - Rumusan 6.0 - Lampiran 7.0 - Rujukan 8.0 - Esei Muka surat 2 3 4 5 6

3

1.0 - Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak memberikan sokongan dan sumber untuk menyiapkan folio sejarah ini.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Halimah, iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya amat berterima kasih kerana mereka secara tidak langsung memberi saya sedikit idea bagi memperbaiki lagi mutu dan kualiti folio ini.

Sekian, terima kasih.

Nur Fatin Amira Mohd Nor 1 Ixora

4

2.0 - Objektif Kajian
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut: a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja f) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria g) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya

5

3.0 – Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut: a) Kaedah temuramah Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya. b) Kaedah pemerhatian Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. c) Kaedah analisis dokumen Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumendokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

6

4.0 – Laporan Kajian
4.1 - Salasilah keluarga 4.2 - Perkembangan diri dan keluarga 4.3 - Tokoh dalam keluarga 4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

7

4.1 – Salasilah keluarga

8

Salasilah keluarga bermaksud asal-usul keturunan sebuah keluarga. Carta salasilah keluarga saya (sila rujuk muka surat 8) bermula daripada Haji Awang Piut iaitu datuk saya dan Hajah Dayang Suasah iaitu nenek saya (rujuk no. 1). Datuk saya berasal dari Binsulok manakala nenek saya berasal dari Pimping. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 12 April 1970 dan menetap di Kuala Penyu. Datuk saya bekerja sebagai seorang renjer hutan manakala nenek saya seorang suri rumah. Hasil dari perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, iaitu Anim ibu saya yang dilahirkan pada 9 Mac 1971, Awang Sufian yang dilahirkan pada tahun 1972, Dayang Arinah yang dilahirkan pada tahun 6 April 1974, Dayang Anni yang dilahirkan pada tahun 1978, Dayang Aini yang dilahirkan pada 18 Mei 1983 dan Dayang Aidah yang dilahirkan pada 26 Mei tahun 1984. Pada tahun 1973, datuk saya telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Sandakan. Datuk saya membawa keluarganya menetap di sana selama 6 tahun. Pada tahun 1980, datuk saya berhenti bekerja sebagai renjer hutan dan pulang ke kampung halaman, iaitu Kampung Binsulok serta bekerja sebagai seorang nelayan. Di samping itu, datuk dan nenek menambahkan pendapatannya dengan menanam sayur – sayuran dan buah – buahan untuk dijual. Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk dan nenek berjaya memberi semua anak – anaknya pendidikan dan ilmu agama yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Pada tahun 1988, datuk saya menjadi seorang kontraktor kecil – kecilan sehingga kini dan di samping itu, datuk saya juga mengusahakan sebuah ladang kelapa sawit di sekitar pantai Kampung Pimping – Binsulok. Manakala nenek saya menjadi seorang peniaga runcit dari tahun 1988 hingga sekarang. Kini, semua anak – anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga masing – masing.

9

Pada tahun 1996, Anim iaitu ibu saya telah berkahwin dengan bapa saya, Mohd Nor (rujuk no 2) dan mempunyai empat orang anak (rujuk no 8) iaitu Nur Fatin Amira (saya), Nur Ain Atiqah, Muhammad Danish Aizat dan Nur Qairina Alisha. Ibu saya mengajar di sebuah sekolah rendah dan bapa saya bekerja sebagai seorang pegawai pengurusan pelajaran di Jabatan Pendidikan Daerah Beaufort. Awang Sufian telah berkahwin dengan Azura (rujuk no 3) di Mesir pada tahun 1999. Mempunyai empat cahaya mata (rujuk no 9). Bapa saudara saya, bekerja sebagai seorang pembantu pengurus pentadbiran di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Manakala ibu saudara saya, Azura bekerja sebagai seorang guru mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (JQAF). Pada tahun 2000, ibu saudara saya, Dayang Arinah berkahwin dengan Aliudin (rujuk no 4) dan dikurniakan enam orang anak (rujuk no 10) . Ibu saudara saya berkerja sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran biologi di Sekolah Menengah Lok Yuk dan suaminya bekerja sebagai seorang pensyarah di Politeknik Likas. Pada tahun 2006, ibu saudara saya, Dayang Anni berkahwin dengan Sahrin (rujuk no 5). Mempunyai tiga orang anak (rujuk no 11). Ibu saudara saya seorang guru dan suaminya seorang jurutera yang bekerja di kilang pembinaan kereta Perodua. Pada tahun tahun 2009, ibu saudara saya, Dayang Aini berkahwin dengan Azrul (rujuk no 6) dan belum mempunyai anak buat masa kini. Pada tahun yang sama, ibu saudara saya, Dayang Aidah, berkahwin dengan Anas (rujuk no 7) dan mempunyai seorang cahaya mata (rujuk no 12) yang baru dilahirkan pada awal bulan Ogos tahun 2010 ini.

10

4.2 – Perkembangan Diri dan Keluarga
Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, ibu saya, saya, dan adik – adik saya. Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 24 Mei 1996, ibu saya tinggal di rumah guru Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal manakala bapa saya tinggal di flat guru Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut namun mengajar di Sekolah Kebangsaan Sumbiling, Bongawan. Ibu saya berpindah sekolah dari Sekolah Kebangsaan Darau ke Sekolah Kebangsaan Viking, Bongawan pada awal tahun 1997. Pada masa yang sama, bapa saya dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut. Bapa dan ibu saya tinggal bersama – sama di flat guru Sekolah Kebangsaan Membakut. Saya dilahirkan pada 20 Mac 1997 dibesarkan di flat guru tersebut sehingga saya berusia 6 tahun. Pada tahun 2002, adik saya, Nur Ain Atiqah dilahirkan. Pada tahun 2004, kami sekeluarga pindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa iaitu di Lot. 6, Fasa 1, Taman Emas Takapan, 89720, Membakut. Sehingga kini kami menetap di sini dengan penambahan dua orang ahli keluarga iaitu adik lelaki saya yang lahir pada tahun 2004, Muhammad Danish Aizat dan adik bongsu perempuan saya yang dilahirkan pada tahun 2008, Nur Qairina Alisha. Walaupun keluarga saya tidak terlalu besar, namun setiap anggota ahli keluarga memainkan peranan yang besar dan penting bagi mewujudkan suasana ceria dan harmoni di dalam keluarga saya.

11

4.2.1 – Bapa saya

Nama bapa saya Mohd Nor bin Mohd Said. Beliau dilahirkan di kampung halamannya iaitu Kampung Palu – Palu, Kuala Penyu pada 27 Mei 1968. Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Palu – Palu, Kuala Penyu pada tahun 1975 hingga tahun 1981. Seterusnya beliau menyambung pengajian sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut pada tahun 1982 hingga tahun 1989 dan tinggal di asrama yang disediakan. Pada tahun 1990 bapa saya memohon jawatan sebagai seorang guru sandaran. Permohonan tersebut berjaya dan bapa saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut selama beberapa bulan sebelum ditawarkan meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah.

4.2.2 – Ibu Saya
Ibu saya bernama Anim. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada tanggal 9 Mac 1971. Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Binsulok, Binsulok dari tahun 1 sehingga tahun 6 iaitu pada tahun 1978 sehinggalah tahun 1983. Pada tahun 1985, ibu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut hingga tahun 1989. Pada tahun 1989, ibu saya mengambil kursus perkeranian di Kota Kinabalu selama 5 bulan sementara menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diumumkan. Pada tahun 1990, ibu saya memohon masuk ke Maktab Pergurua. Setelah beberapa bulan, ibu saya ditawarkan masuk ke Maktab Perguruan Kent Tuaran, Sabah.

12

4.2.3 – Diri Saya

Nama saya Nur Fatin Amira. Saya dilahirkan di Hospital Beaufort pada 20 Mac tahun 1997. Tahun ini saya berumur 13 tahun. Saya pernah tinggal di Flat guru Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut dan kini saya tinggal di Lot. 6, Fasa 1, Taman Emas Takapan, 89720, Membakut. Saya merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Saya menjejaki alam persekolahan di usia 5 tahun. Pada tahun 2002, saya pernah bersekolah di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Membakut, Tadika KEMAS Binsulok dan Tadika JHEAINS Pimping. Manakala pada tahun 2003, saya bersekolah di Tadika JHEAINS Pimping. Ketika saya berusia 7 sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut. Saya telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam peperiksaan UPSR. Kini, saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut dalam tingkatan 1 Ixora.

4.2.3 – Adik Perempuan Saya
Nama adik perempuan saya ialah Nur Ain Atiqah. Dia dilahirkan di Hospital Beaufort pada tahun 2002, 27 hari bulan Mei. Adik saya mula bersekolah pada tahun 2007 di Tadika Pei You. Pada tahun 2008, adik saya bersekolah di Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Membakut. Ketika berusia 7 tahun, dia ditempatkan dalam tahun 1 Zamrud di Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut. Kini, dia belajar dalam tahun 2 Mutiara di sekolah yang sama.

4.2.4 – Adik Lelaki Saya
Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Danish Aizat. Dia dilahirkan pada 12 Ogos tahun 2004 di Hospital Beaufort. Adik saya mula bersekolah pada umur 5 tahun iaitu pada tahun 2009 di Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Membakut hingga sekarang.

4.2.4 – Adik Bongsu Saya
Nama adik bongsu saya ialah Nur Qairina Alisha. Dia dilahirkan di Hospital Beaufort pada 12 Jun 2008. Adik saya baru berumur 2 tahun 2 bulan dan belum bersekolah.

13

4.2 – Tokoh dalam Keluarga

14

15

5.0 - Rumusan
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya. Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudaramara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain. Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

Nur Fatin Amira Mohd Nor 1 Ixora

16

6.0 - Lampiran

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->