You are on page 1of 16

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan

masyarakat 
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu
sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara
152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi
negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal
ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara
ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan
sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan.
Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.
Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk
asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli
lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang
demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati
negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina
sebuah negara.

2) Lambang jati diri


Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa
pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa
dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri
warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana
setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya
Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman
dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan
Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di
persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu
berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa
Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut
acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan
2020.
3) Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa
perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam
masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan
negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara
beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan
penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang
melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu
telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk.
Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana
bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks
hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata
Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat
digunakan sebagai alat untuk meningkatkan
persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk
yang berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

Bahsa Melayu memainkan peranan


sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini
terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan
tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman
Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan
bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang
menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas
pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan


negara bangsa Malaysia
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang
cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak
tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa
kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras
dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha
menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati
daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk
menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk
menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir.
Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia
ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila
mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan
bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai


perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa
kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam
pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu
dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras
bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini
menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu
memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan
ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan
berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus
menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang
mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti


penggunaan bahasa negara bangsanya
Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan
sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti
penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang
dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga
melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa
dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan
enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu
perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli
politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar
institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar
sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan
inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang,
meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan
ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi
dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan
dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang
berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa”
menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika
bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk
mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu
ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang
bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.
Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu
pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu
kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah
dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan
bahan bacaan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Cintailah Bahasa Kita 
Peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama
dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di negara ini sedang
dicabar hebat ekoran arus globalisasi. Perkembangan
terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran
dan pendidikan amat ketara sekali mencabar peranan
bahasa Melayu, yakni bukan sekadar merosakkan
kemurnian bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa
dalam komunikasi, tetapi penurunan nilai ekonominya
apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi
digantikan dengan bahasa Inggeris. Timbul kebimbangan
bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan
Malaysia semakin hari semakin terpinggir peranannya yang
seterusnya bakal mengundang masalah dalam pelestarian
jati diri negara yang berteraskan masyarakat, budaya dan
bahasa Melayu.

Globalisasi dalam setiap aspek kehidupan sebenarnya tidak


dapat dielak.  Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa tidak harus ditolak, sebaliknya
dimantapkan.  Pada masa yang sama peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam semua
sektor perlu dipertahankan. Persoalan besar yang timbul
ialah apakah strategi mendepani cabaran yang datang
bersama-sama arus globalisasi ini supaya jati diri
masyarakat dan negara terpelihara? Sudah tentulah
tanggungjawab kita sebagai warganegara adalah
memperkasa jati diri yang telah dipupuk sejak merdeka 
serta mempertahankan kerelevanannya.
 
Atas kesedaran inilah Jabatan Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Malaysia Terengganu, Dewan Bahasa dan
Pustaka Wilayah Timur, dan Persatuan Pendidik Bahasa
Melayu Malaysia bergabung tenaga untuk menganjurkan
Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu dalam Komunikasi
Era Globalisasi. Masa yang dipilih ialah ketika warganegara
dan pencinta bahasa Melayu perlu meluahkan hasrat
mereka tentang masa depan yang bakal menentukan
maruah dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini.

Gandingan tenaga untuk menganjurkan seminar


antarabangsa ini diilhamkan daripada penubuhan
Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia pada tahun
2005 yang gigih berusaha agar setiap pihak, khususnya
warga pendidik mempertahankan peranan bahasa Melayu
untuk menjadi bahasa pengantar utama pendidikan.
Dengan kejayaannya menganjurkan secara bersama
dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara seminar
kebangsaan dan serantau pendidikan bahasa Melayu (7-8
Februari 2003, 23-25 Mei 2004, 16-18 September 2005,
dan 10-1 September 2006), Jabatan Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Malaysia Terengganu meneruskan
kesinambungan dalam rangka sinergi dan kerjasama ini
untuk memperjuangkan hasrat memperkasa peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di Malaysia,
terutama ketika negara sedang mendepani globalisasi.
Hasrat murni ini perlu diperjuangkan melalui penyertaan
dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan
berkepentingan, iaitu daripada individu mahu pun
kumpulan dalam kalangan pelajar, pendidik, ahli akademik,
pentadbir, ahli politik atau sesiapa sahaja yang cintakan
bahasa Melayu.
Pengertian tamadun jika dilihat dari sudut
pandangan dunia menjurus kepada kejayaan
sesebuah bangsa atau negara itu. Kejayaan yang
dimaksudkan ialah dari segi ekonominya,
sosialnya dan pemerintahannya.
Pembangunan sesebuah tamadun itu lebih terkait
dengan pembudayaan budaya ilmu dalam
kehidupan pemerintahan mahupun rakyatnya.
Tamadun bangsa yang paling awal wujud ialah
tamadun Rom. Suatu ketika dahulu Rom
dianggap sebagai sebuah bangsa yang
bertamadun iaitu ia berjaya mewujudkan satu
sistem pemerintahan yang sistematik dan
komprehensif. Jika dilihat dari segi keadaan
sosialnya, Rom jauh lebih kehadapan berbanding
bangsa-bangsa lain yang wujud ketika itu.
Kejayaan yang dikecapi oleh Rom ini sedikit
sebanyak membawa kepada perasaan iri hati oleh
bangsa lain terutama kaum biadab yang terdiri
daripada suku bangsa Jerman yang pada suatu
ketika dipimpin oleh Attila. Kaum ini telah berjaya
mengganas dan menakluk Imperaturia Rom
sebelum abad ke 6 Masihi. Tetapi apa yang
berlaku selepas itu, bangsa ini telah kalah dan
terpaksa menerima kembali sistem pentadbiran
Rom. Ini telah diakui sendiri oleh Ibn Khaldun di
mana sesebuah bangsa atau kaum yang hanya
ditunjangi oleh kekuatan semata-mata tidak
mampu bertahan lama. Antara contoh lain yang
boleh dikemukakan ialah apabila bangsa Mongolia
yang dipimpin oleh Genghis Khan yang berjaya
menakluk China dan sebahagian negara Islam
telah tertewas dengan sistem dan budaya negara
atau bangsa yang ditakluki. Sebagai contoh
bangsa Mongolia yang berjaya menawan negara
China terpaksa mengguna pakai sistem dan
budaya hidup negara yang ditawan. Ini
menunjukkan kelemahan sesuatu bangsa yang
hanya mampu untuk menakluk dengan
kekuataan tetapi tidak mampu mentadbir negara
tersebut dengan acuan sendiri. Disebabkan itu,
Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
menggariskan bahawa untuk sesuatu bangsa itu
berjaya menjadi sebuah bangsa yang
bertamadun, bangsa itu harus menguasai budaya
ilmu. Tanpa penguasaan ilmu sesuatu bangsa
tersebut tidak mampu berdiri sendiri dan
berjaya. 
Bangsa Melayu
Bangsa Melayu suatu ketika dahulu terkenal
sebagai salah satu kuasa besar dunia (sebelum
kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511) di mana
ketika zaman kegemilangan Melaka pedagang-
pedagang dari barat dan timur mengakui Melaka
sebagai sebuah pelabuhan yang menawarkan
perkhidmatan terbaik kepada pedagang. Tetapi
zaman kegemilangan bangsa Melayu hanya
berakhir di situ, penjajahan oleh pihak Portugis
dan perebutan kuasa di kalangan pembesar
Melayu membantutkan pembinaan tamadun
Melayu.
Ya, jika pembinaan tamadun Melayu menjadi
realiti, kawasan Asia Tenggara yang terkenal
dengan kawasan “Malay Archipelago” ini mampu
menjadi suatu kuasa besar dunia. Penjajah yang
datang menjajah Tanah Melayu telah berjaya
merubah pemikiran orang Melayu dari menjadi
bangsa yang bercita-cita tinggi kepada rakyat
yang hanya menjadi petani. Sejarah telah
membuktikan bahawa kerajaan British telah
mengamalkan dasar pecah dan perintah. Kaum
Cina diberikan tempat-tempat di kawasan
bandar, kaum India bekerja di ladang-ladang dan
kaum Melayu bekerja sebagai petani. Walaupun
negara kita telah Merdeka lebih 50 tahun, kaum
Melayu masih gagal menguasai ekonomi negara
ini. Tambahan desakan-desakan yang dilakukan
oleh kaum lain dengan pelbagai permintaan
menyebabkan kaum Melayu tersepit di negara
sendiri.
Kita mengambil contoh Republik Singapura iaitu
jiran terdekat kita, masyarakat Melayunya sudah
dipinggirkan hampir 40 tahun selepas
kemerdekaan. Perkara ini berlaku sebelum zaman
kemerdekaan Singapura lagi dan ia berlanjutan
hingga ke zaman sekarang. Masyarakat Melayu
Singapura telah dipinggirkan dari segi
sosioekonomi, pelajaran dan politik. Jurang
ekonomi di Singapura semakin ketara iaitu pada
tahun 1957 sebanyak 2.3 % yang meningkat
kepada 4.1 % pada 1970 dan 9.6 % pada tahun
1980. Pada tahun 1980-an, masyarakat Cina
terus menikmati mobiliti pekerjaan yang lebih
tinggi berbanding kaum lain. Ini sekaligus
menunjukkan ketidakstabilan antara kaum yang
wujud di Singapura.
Kita lihat pula senario politik yang berlaku di
negara lain seperti Thailand di mana masyarakat
Melayu Islam di selatan negara tersebut dituduh
pengganas oleh pihak kerajaan. Tindakan ganas
dan zalim sering dikenakan terhadap masyarakat
Islam di selatan Thai. Perkara yang sama turut
berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam di
Mindanao. Ini jelas memperlihatkan bangsa
Melayu ditekan dan terus ditekan oleh bangsa
lain dari semua aspek.

Bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun


Bahasa Melayu dikenali sebagai Lingua Franca di
peringkat dunia. Malangnya di negara sendiri
bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan. Perlu
diketahui bahawa Bahasa Melayu ini adalah
bahasa pengantar utama di dalam negara kita
dan ia juga memainkan peranan sebagai alat
perpaduan antara semua kaum . Bahasa Melayu
menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan Malaysia. Jelas menunjukkan Bahasa
Melayu adalah asas penting kepada keperibadian
atau jatidiri kebangsaan Malaysia.
Keadaan yang berlaku hari ini jauh menyimpang
dari tujuan asal pengwujudan sistem pendidikan
negara yang berasaskan Penyata Razak dan
Laporan Rahman Talib. Perkara yang menjadi
kerisauan pejuang bahasa pada tahun 1995
dahulu mengenai kemungkinan wujudnya dua
aliran pendidikan diperingkat tinggi iaitu aliran
Melayu dan aliran Inggeris telah pun berlaku
pada hari ini dimana kebanyakkan universiti
awam di negara ini telah mengambil pendekatan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam pengajian jurusan sains. Saban
hari, Bahasa Melayu dilihat semakin terancam.
Sektor-sektor swasta di negara ini juga lebih
menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris
berbanding Bahasa Melayu. Kononnya Bahasa
Melayu ini tidak kompetitif dalam menjadikan
Malaysia maju pada masa mendatang.
Ini adalah mentaliti orang tidak ada pendirian dan
cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Kita mengambil contoh negara Jepun
yang bangga dengan bahasanya sendiri dan
menggunkan bahasanya untuk menjadi bangsa
yang maju. Korea adalah salah satu contoh yang
sama perihalnya dengan Jepun. Kita teliti pula
negara-negara yang menggunakan bahasa selain
bahasa ibundanya, Filipina contohnya, tidak
berjaya untuk menjadi negara maju walaupun
bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris. Perkara
yang sama turut berlaku di India, walaupun India
sekarang menjadi gerbang teknologi maklumat
tetapi teknologi yang digunakan adalah teknologi
yang dibawa dari Amerika Syarikat.
Tindakan kerajaan yang ingin menjadikan
Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
serantau telah mengakibatkan Bahasa Melayu
dipinggirkan dan kemungkinan besar dalam
tempoh 10-15 tahun lagi Bahasa Melayu akan
menjadi sepertimana Bahasa Jawi dahulu.

Peranan mahasiswa
Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun,
masyarakat akan memandang mahasiswa
sebagai organ utama dalam merealisasikan
tamadun sesebuah bangsa itu.
Untuk merealisasikan pembinaan tamadun
Melayu ini, mahasiswa harus memainkan peranan
dalam memperjuangkan soal kebangkitan bahasa
ibunda iaitu kebangkitan Bahasa Melayu.
Mengapa kita sebagai mahasiswa perlu
mengambil peranan dalam memperjuangkan isu
bahasa ini? Antara faktor-faktor mahasiswa harus
melaksanakan tanggungjawab ini ialah:
• Pembinaan jatidiri sesuatu bangsa itu harus
dimulai dengan mencintai bahasa ibundanya
• Kemajuan sesuatu bangsa itu bukannya
bergantung kepada bahasa asing.
• Masyarakat akan mudah terpengaruh dengan
budaya-budaya negatif yang datang dari barat.
• Harus melihat kembali bagaimana kejayaan
empayar Islam suatu ketika dahulu yang telah
menjadi tamadun yang gemilang melangkaui
tamadun sedia ada dan sebelumnya.
• Kebimbangan penggunaan Bahasa Melayu ini
akan terhakis sedikit demi sedikit hingga kepada
pemansuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar seperti yang berlaku kepada bahasa
jawi.

Tanggungjawab mahasiswa:

• Memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa


tentang peri pentingnya mencintai dan
menghargai bahasa ibunda.
• Mendesak pihak kerajaan untuk menukar
kembali penggunaan bahasa Inggeris dalam
Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu.
• Mengadakan perbincangan yang secara ulang
tetap di antara tenaga pengajar, pelajar dan
pentadbir universisti serta pihak swasta.
• Mendesak penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dengan
tegas.
• Meningkatkan penulisan dan penterjemahan
buku-buku, makalah-makalah ilmiah.
• Mendidik diri untuk menjadi professional serta
pejuang bahasa.

You might also like