P. 1
teknik pembinnaan cerun.

teknik pembinnaan cerun.

|Views: 8,885|Likes:
Published by ZaIm ZaKwan

More info:

Published by: ZaIm ZaKwan on Aug 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2015

pdf

text

original

KEJURUTERAAN JALAN RAYA

C3010

PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsorantanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihataliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
y y y y y y

y y

Hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction) Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah. Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil Pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikatcolluvium kepada batu asas.

Oleh hal demikian, pembinaan penstabilan cerun harus dilakukan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh terus terjadi.

1

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

CERUN
Pembentukan cerun adalah disebabkan oleh lereng semulajadi atau lerengbuatan manusia. Cerun yang curam ialah cerun yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini boleh menyebabkan pergerakan tanah kebawah lereng yang dikenali sebagai kegagalan cerun. Kegagalan boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

2

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENSTABILKAN CERUN
A- MEMBINA TEMBOK PENAHAN (RETAINING WALL)
Untuk menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil di samping mengelakkan gelinciran tanah berlaku pada cerun. Kaedah untuk membina tembok penahan: 1. Potong bahagian cerun yang runtuh. 2. Bersihkan bahagian yang telah dipotong. 3. Ratakan bahagian yang telah dibersihkan. 4. Bina acuan untuk asas tembok penahan. 5. Letakkan tetulang bagi asas dan tuang konkrit kedalamnya. 6. Pastikan asas cukup keras sebelum dibuang acuannya. 7. Kemudian bina acuan untuk dinding tembok penahan. 8. Letakkan acuan di atas asas tembok penahan. 9. Masukkan kerangka tetulang dinding tembok penahandan masukkan lubang leleh pada dinding tembok. 10. Disekeliling laluan masuk lubang leleh diletakkan bahan berbutir tergred untuk memudahkan pergerakan air. 11. Lubang leleh hendaklah tidak tersumbat. 12. Tuangkan konkrit kedalam acuan dan hendaklah memastikan ia cukup kuat dankeras sebelum dibuang acuannya. 13. Buangkan acuan dan timbus semula dengan tanah. 14. Akhir sekali, tanam rumput diatasnya untuk menambahkan lagi kekuatan.

3

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

B- MEMBINA TEMBOK GABION
1. Buangkan bahagian tanah yang runtuh. 2. Bersihkan kawasan tanah runtuh dan ratakannya. 3. Kemudian sangkar jaring dibina. 4. Kaki cerun dipotong bersesuaian dengan saiz tapak tembok dan sangkar jaring disusun diatasnya sebelum batu granit dimasukkan. 5. Tembok gabion disusun bertangga atau berbentuk hamparan. 6. Ia lebih kukuh dan stabil. 7. Kemudian batu granit yang mempunyai ketebalan antara 300mm -600mm digunakan. 8. Masukkan batu granit kedalam sangkar jaring dan dipadatkan. 9. Ia dimasukkan dengan menggunakan jentera. 10. Sangkar jaring ditutup dengan sempurna diatasnya. 11. Bersihkan kawasan tersebut sebelum jalan dapat digunakan.

4

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

C- MEMBINA SISTEM PENAMBAT

1. Bersihkan kawasan cerun yang runtuh. 2. Ratakan cerun mengikut kaedah penstabilan yang ingin digunakan. 3. Kemudian bina tetulang bagi pembinaan sistem penambat. 4. Letakkan tetulang di dinding cerun. 5. Masukkan penambat di dalam tanah yang dikenali sebagai tendom. 6. Hujungnya ditanam di dalam tanah dengan menggunakan turapan simen atau tanah berturap. 7. Hujung satu lagi ditambat pada plat galas di atas struktur yang akan disokong. 8. Kemudian konkrit dituang di atas cerun menggunakan kaedah hamparan. 9. Konkrit biasanya ditutup dengan menggunakan plastik putih. 10. Untuk mengelakkan konkrit gelongsor dan supaya konkrit keras secara rata. 11. Akhir sekali, plastik putih dibuang.

5

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

D- MENANAM RUMPUT
Penanaman rumput atau tanaman tutup bumi merupakan kaedah yang paling mudah dilaksanakan di cerun-cerun. Selain menstabilkan cerun, rumput yang ditanam juga mampu menghalang hakisan tanah di samping mengurangkan kelajuan air larian permukaan.Pelbagai kaedah penanam rumput di laksanakan. Antaranya ialah penampalan rumput pada permukaan cerun. Kaedahnya: I. II. III. Buangkan cerun yang runtuh. Bersihkan cerun dan ratakan. Rumput yang hendak digunakan hendaklah masih segar. IV. V. VI. VII. VIII. Rumput yang digunakan mestilah tidak pecah. Rumput hendaklah ada tanah di bawahnya. Rumput ditanam. Jarak antara setiap keping rumput lebih kurang 5cm. Akhir sekali, rumput dibiarkan disitu sehingga ia tumbuh. RUMPUT

Selain itu, kaedah yang terkini juga di gunakan seperti hidro pembenihan melalui semburan benih pada permukaan cerun atau semburan benih pada hamparan bahan gentian.

Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan (tiada Monocots pangkat) (tiada Commelinids pangkat) Order: Genus: Poales Axonopus Keluarga: Poaceae Spesies: A. fissifolius Nama binomial Axonopus fissifolius 6 (Raddi) Kuhlm. Sinonim

KEJURUTERAAN JALAN RAYA
C3010

E- MEMASANG GEOSINTETIK
Fungsi utama geosintetik adalah untuk mengukuhkan tanah semulajadidan menstabilkan binaan geoteknik seperti asas, subgred dan cerun. Antara istilah geosintetik yang paling awal dan meluas digunakan ialah geotekstil. Geoteknik merupakan fabrik berliang yang bertindak sebagai penuras, pemisah, tetulang dan pengawal hakisan. Bila digunakan sebagai bahan pemisah, geotekstil diletakkan di antara dua jenis bahan yang berbeza. Contohnya tanah dan batu baur yang berfungsi untuk menghala g n percampuran antara keduanya. Penuras geotekstil digunakan sebagai batu berliang di sekeliling paip bawah tanah, di bawah struktur pengawal hakisan, belakang tembok penahan dan khususnya sebagai pengganti batu berbutir tergred dalam projek pembinaan kerja tanah seperti empangan. Memandangkan tanah mempunyai tegasan mampatan, kekuatan jisim tanah boleh dikukuhkan dengan menggunakan tetulang tegasan regangan. Tetulang di letakkan dibawah tanah tambak yang digunakan untuk membina tembok penahan berfabrik.

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->