You are on page 1of 6

EKNIK FORMULA KREATIF MENGINGATI SIFIR DARAB 6, 7, 8 & 9 : SATU

KAEDAH UNTUK MEMUDAHKAN MENGUASAI KEMAHIRAN PENYELESAIAN


SOALAN OPERASI DARAB.

Oleh
SURAIDAH BINTI ABDUL SALIM
MARIYANI BINTI MAT JUSOH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS


42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Tahun 3U didalam masalah kesukaran untuk menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan
operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati
sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 orang murid Tahun 3U Sekolah Kebangsaan Sungai
Manggis dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan
kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab kerana mereka amat
lemah dalam mengingati sifir darab. Lantaran itu lah yang menyebabkan peratus kelulusan
matematik Tahun 3U menurun. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan
berkesan untuk menghafal dan mengingati sifir darab 6, 7, 8 & 9 iaitu yang berkaitan dengan
sukatan matapelajaran matematik tahun 3- Teknik Formula Kreatif. Murid-murid telah
didedahkan kepada teknik ini selama 120 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh 6 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid-
murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid-murid lebih mudah mengingati dan
menghafal sifir dengan kaedah ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

   Murid Tahun 3 Usaha secara keseluruhannya agak lemah dalam menguasai


pembelajaran semasa proses P&P dijalankan di kelas. Kebanyakan daripada mereka
agak kurang motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang
nampaknya ada minat dan ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik.\

Semasa murid-murid mempelajari topik-topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi


Tambah dan Operasi Tolak proses pembelajaran agak memberangsangkan. Begitu
juga dengan keputusan ujian bulanan pertama agak memuaskan sesuai dengan tahap
murid. Tetapi amat menyedihkan bila mendapat keputusan ujian bulanan kedua yang
semakin teruk merosot. Hanya seorang murid sahaja yang lulus dalam ujian tersebut.

Kemerosotan ini adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir darab kerana
sebahagian besar soalan dalam ujian ini ialah soalan yang melibatkan Operasi Darab.

 
Seperti kebiasaannya saya meminta murid-murid untuk menghafal sifir berkaitan
Operasi Darab yang dipelajari secara individu dan beramai-ramai. Alhamdulillah
sebahagian daripada mereka boleh mengingati dan menyelesaikan soalan untuk masa
itu. Tetapi bila diajukan soalannya keesokan hari mereka kembali lupa.\

Sekiranya saya tidak memperbetulkan masalah ini hal ini akan menjadi bertambah
serius. Jika murid tidak menguasai sifir darab dan tidak boleh menyelesaikan soalan
berkaitan Operasi Darab, murid ini akan menghadapi masalah untuk meneruskan
pembelajaran didalam topik-topik lain contohnya Operasi Bahagi. Ini akan
menyebabkan keputusan ujian Matematik Tahun 3 Usaha akan terus merosot.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Walaupun pada kebiasaannya sifir darab bermula dari sifir 1 hingga sifir 12 tetapi
saya hanya memfokuskan kajian saya kepada masalah penguasaan sifir 6, 7, 8 & 9
sahaja selaras dengan sukatan pelajaran Matematik Tahun 3.

Setelah diselidik murid-murid saya sukar menguasai sifir darab ini kerana :
-         kurang penghayatan/penumpuan/susah mengingat.
-         Kurang minat/motivasi diri yang rendah.
-         Menganggap menguasai sifir tidak penting.

Berpandukan soal selidik ini saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan cara lebih
memberi perhatian kepada murid-murid saya serta memberi motivasi secara individu
dan kumpulan.

Dengan usaha saya ini saya berharap akan dapat membantu murid-murid saya dalam
menguasai masalah penguasaan sifir darab dan penyelesaian soalan-soalan yang
melibatkan operasi darab. Dengan ini diharapkan peratus kelulusan ujian Matematik
Tahun 3Usaha dimasa akan datang juga akan meningkat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


4.0
Selepas kajian ini selesai dijalankan diharap murid-murid akan mencapai objektif
berikut :
-         (objektif umum) Meningkatkan peratus kelulusan Matematik Tahun 3 Usaha.
-         (objektif khusus) Murid dapat menguasai sifir 6, 7, 8 & 9 dengan kaedah
Teknik Formula Kreatif.
-         Murid dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang diberikan
mengikut masa yang ditetapkan.
-         Murid lulus ujian akhir kajian ini yang melibatkan Operasi Darab sifir darab 6,
7, 8 & 9.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 22 orang murid Tahun 3 Usaha yang terdiri daripada 20 orang
murid Melayu dan 2 orang murid India.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1  TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan


pemerhatian, soal selidik awal, ujian pra, ujian pos, soal selidik akhir dan memberi
bintang dan ganjaran.

5.1.1        Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian keatas tingkahlaku murid-murid


semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan
selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang
memberi perhatian kepada soalan yang dikemukakan dan tidak
berminat untuk menjawab soalan yang diberikan dengan bersungguh-
sungguh terutama murid-murid yang agak lemah. Sebaliknya setelah
melaksanakan kajian murid-murid lebih berminat dan berusaha
menjawab soalan latihan yang diberikan.

5.1.2        Soal selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid-


murid untuk mendapatkan maklumbalas daripada murid-murid
berkenaan pandangan mereka terhadap subjek matematik, kemahiran
operasi darab dan sifir darab. Borang soal selidik ini diedarkan
sebanyak 2 kali iaitu pada awal kajian dan diakhir kajian.

5.1.3        Ujian Pra dan Pos]

Set ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal kajian
untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka
terhadap kemahiran penyelesaian soalan operasi darab dan secara tidak
langsung dapat mengesan kelemahan penguasaan sifir darab
dikalangan murid-murid. Item ujian pra ini mengandungi 20 soalan
berkaitan fakta asas darab yang melibatkan sifir darab 6, 7, 8 & 9.
Masa yang diberikan ialah 30 minit.

Set ujian pos 1 dan ujian pos 2 diberikan kepada kumpulan sasaran
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Ujian pos ini bertujuan untuk
menguji keberkesanan Teknik Formula Kreatif yang diperkenalkan
kepada murid-murid. Item ujian pos dan ujian pos 2 ini mengandungi
20 soalan berkaitan fakta asas darab yang melibatkan sifir darab 6, 7, 8
& 9. Masa yang diberikan bagi setiap set ialah 30 minit.

5.1.4        Bintang dan Ganjaran

Bintang dan ganjaran diberikan kepada murid-murid yang dapat


menguasai dan mengingati sifir darab 6, 7, 8 & 9 dengan kaedah
Teknik Formula Kreatif. Ganjaran juga diberikan kepada murid-murid
yang cemerlang dalam ujian pos 1 dan Ujian Pos 2.
                        5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH

                          5.2.1      Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan


sasaran ini didapati:

-  murid-murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang


    diajukan oleh guru secara lisan.
-  murid-murid dapat memberikan jawapan yang tepat bagi operasi
    darab.
                       -  suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.2.2            Analisis Ujian Pra dan Pos

   
Gred Bilangan Murid
       
  Pra Pos 1 Pos 2
A 0 0 1
B 0 1 2
C 1 4 4
D 9 10 10
E 12 7 5

5.2.3            Analisis Soal Selidik

Murid-murid telah memberikan respon yang positif  terhadap kaedah


ini.  Berikut adalah analisis soal selidik yag telah dijawab oleh
murid-murid.
Skala Likert : Ya   Tidak

       
  YA TIDAK
(bil. Murid) (bil. Murid)
 
        
1.    Saya suka dan minat matapelajaran Matematik.
8 14
          
    Saya faham apabila guru mengajar Matematik      dalam
2.      Bahasa Inggeris. 3 19
         
    Saya boleh menghafal dan mengingati sifir dengan baik.
3 2 20
          
  Saya suka membuat latihan dalam operasi darab.
4. 2 20
       
5. Saya suka dengan teknik Formula Kreatif 11 11
       
  Saya dapat menguasai operasi darab dengan adanya teknik
6.   Formula Kreatif   yang diajar oleh guru saya. 12 10

5.3                  TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1.          Selepas murid-murid menjalani Ujian Pra,  murid-murid telah     


        diberikan motivasi untuk menguasai sifir yang dapat membantu
        mereka dalam menyelesaikan masalah matematik.   

2.          Murid-murid telah dibimbing untuk membina petak-petak untuk


        membantu mereka untuk mengingati sifir .

3.          Murid-murid juga telah dibimbing untuk mengisi angka-angka yang


        perlu dimasukkan dalam setiap petak.

4.          Murid-murid telah dilatih tubi untuk mengisi angka-angka di dalam


        petak setiap kali matapelajaran matematik.

5.          Murid-murid yang berjaya menyiapkan petak  ini tanpa bantuan guru
telah  diberikan pujian dan penghargaan

5.4                  PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /


PENILAIAN

Kajian Tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh enam minggu.  Setiap
kali waktu mata pelajaran Matematik, murid –murid telah dibimbing untuk
membina petak-petak dan seterusnya melengkapkan petak tersebut dengan
angka-angka yang telah diingati oleh mereka.

Muird-murid telah menjalani ujjian pos 1 seminggu setelah membina petak


sifir ini.  Ujian pos 2 pula telah dijalankan sebulan selepas itu.  Selepas ujian
pos 2, murid-murid telah dikehendaki memenuhkan borang soal selidik
untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kaedah ini.  Tujuan
mengedarkan borang soalselidik ini ialah supaya murid-murid lebih selesa
dan bebas untuk menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara
temubual.

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah untuk


mengingati sifir dan mereka telah menunjukkan prestasi yang baik untuk
menguasai sifir ini.

5.5                  REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 telah menunjukkan
peningkatan yang baik.  Hasil dapatan kajian menujukkan bahawa teknik ini
telah membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan
daya ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari serta menjadikan suasana
pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria.  Murid-murid juga telah
menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik.

6.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

     Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :

      a)     Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila  memasuki tajuk operasi
              darab.
     
      b)      Guru boleh mennyediakan panduan  menggunakan kaedah ini untuk
                menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.

      c)       Murid-murid perlu diberikan dengan soalan-soalan untuk membantu 


                mereka meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka dengan baik.

      Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati , murid-murid dapat menerima sesuatu
yang baru yang dapat membantu mereka dalam mengingati sifir.  Di samping itu juga ia
dapat membantu menjadikan  proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.        

You might also like