You are on page 1of 11

PENGERINGAN KAYU

1. Proses pengeringan kayu ialah proses pengeluaran lembapan atau cecair yang terdapat pada
dinding sel kayu itu. Tujuan pengeringan dilakukan pada kayu adalah untuk:

Mengurangkan kandungan lembapan


Mengelakkan pengecutan
Mengelakkan kayu meleding dan pecah
Memudahkan kerja yang akan dilakukan pada kayu
Kerja mengecat akan lebih kemas
Kayu lebih ringan

2. Proses pengeringan kayu boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara:

Semulajadi
Pengeringan di dalam tanur (kiln drying wood)

3. Melalui proses ini cecair didalam rongga sel akan dikeringkan dahulu diikuti dengan cecair
didalam dinding sel.

4. Pengecutan akan berlaku semasa cecair dikeluarkan daripada dinding sel. Jika kayu tidak
dikeringkan, pecahan akan berlaku disekeliling lilitannya.
HUBUNGAN KAYU-AIR

Sebelum kita meneliti lebih lanjut berkenaan pengeringan semulajadi dan pengeringan tanur,
eloklah kita melihat dahulu hubungan kayu dengan air. Kayu balak merupakan pohon hidup dan
segar yang ditebang dan mengandungi sejumlah besar air, air merupakan lebih daripada 50% dari
berat sebenar kayu. Air mempunyai pengaruh signifikan pada kayu: kayu sentiasa menukarkan
kelembapan (air) dengan persekitarannya. Air juga mengalir di dalam pokok semasa proses
tumbesarannya dan mengakibatkan banyak air di dalam kayu. Peratusan kelembapan air didalam
kayu adalah berbeza dengan kayu yang lain. Oleh itu seorang saintis telah mencipta formula
tentang peratusan kelembapan kayu, iaitu John F. Siau pada tahun 1984 dan formula beliau
adalah seperti berikut:

x100%
WetWeight = Berat Basah
DryWeight = Berat Kering

Dengan memasukkan jumlah sama sepeti diatas iaitu Berat Basah – Berat kering dan dibahagi
dengan Berat Kering dan didarab dengan 100%, kita akan dapat mengetahui akan peratusan
kelembapan yang dimiliki oleh setiap kayu.
PENGERINGAN SEMULAJADI

Kaedah semulajadi merupakan satu kaedah biasa yang digunakan secara meluas di dalam
penghasilan kayu. Ramai orang telah menggunakan cara pengeringan seperti ini tetapi
proses ini merupakan proses yang sangat perlahan dan memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi untuk menggunakan kaedah ini.

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjimatkan kerana tiada wang perlu
dilaburkan untuk mengeringkan kayu, namun akibat dari pengeringan semulajadi ialah
akan ada kayu yang tidak kering secara seragam terutama di tempat yang kurang
pengaliran udara.

Pengeringan dengan cara semulajadi juga boleh dilaksanakan jika penggunaan kayu itu
tidak cepat dan boleh dikeringkan semasa menunggu untuk menggunakannya.

Kaedah pengeringan semulajadi juga dapat dikelaskan kepada dua cara iaitu:

 Menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang

 Menjemur kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang tetapi


berpeneduh
Pengeringan semulajadi dengan menjemur di bawah cahaya matahari
Antara yang biasa digunakan ialah dengan menjemur terus kayu di bawah cahaya
matahari. Cara ini kurang berkesan kerana kayu hanya akan kering jika cuaca adalah
panas setiap hari atau kemarau. Apabila datangnya hari hujan, kayu akan kembali basah
seperti asal.

Jika kayu dibiarkan berada dalam keadaan panas-hujan dalam keadaan yang agak lama,
kayu juga akan menjadi rosak iaitu merekah dengan sendiri, melending, berpiuh dan juga
tidak boleh digunakan

Contoh adalah seperti gambar di bawah:


Pengeringan semulajadi dengan menggunakan teduhan
Untuk mengatasi masalah ini, pengeringan secara semulajadi juga dapat dilakukan di
bawah tempat berbumbung. Ini akan menyebabkan kayu sentiasa kering dan tidak akan
kembali basah. Berlainan dari yang dijemur di tempat yang tidak berpeneduh.

Cara ini akan mengurangkan kadar kerosakan kayu akibat dari kecacatan seperti berpiuh,
melending dan rosak.

Contoh pengeringan semulajadi secara berpeneduh adalah seperti di dalam gambar di


bawah:
Kebaikan dan keburukan pengeringan semulajadi

KEBAIKAN PENGERINGAN KEBURUKAN PENGERINGAN


SEMULAJADI SEMULAJADI

 Menjimatkan kos  Proses sangat lambat

 Boleh dilakukan dalam jumlah yang  Kayu yang dikeringkan tidak seragam
banyak

 Tidak memerlukan pembinaan untuk  Kayu akan mudah rosak akibat


pengeringan pertukaran cuaca
PENGERINGAN TANUR

Kaedah ini merupakan pilihan bagi syarikat pengeluar kayu, kilang-kilang membuat
perabot dan banyak lagi kerana proses ini lebih cepat

Biasanya pengeringan tanur menjadi pilihan kerana kayu yang dihasilkan daripada proses
pengeringan ini adalah seragam dah kilang dapat mengeluarkan produk yang lebih
bermutu pada masa pengeluaran.

Untuk menjadikan proses lebih cepat, kilang perlu mempunyai tanur atau relau yang
dapat mengawal suhu dan pengaliran udara di dalam relau agar proses pengeringan
berlaku lebih cepat. Oleh yang demikian, tanur biasanya agak mahal dan mempunyai
pembinaan, berbeza dengan pengeringan semulajadi yang percuma dan tiada pembinaan.

Masa pengeringan juga dapat dipercepatkan atau dilambatkan dengan hanya meninggikan
suhu di dalam tanur dan mengawal peredaran udara di dalam relau

Pada akhir proses, stim akan dimasukkan untuk mengurangkan keretakan dan kerosakan
serta mengawal kecacatan kayu sambil mempercepatkan proses.

Gambar di bawah menunjukkan proses pengeringan tanur yang dijalankan:


Foto menunjukkan kayu dimasukkan ke dalam tanur

Foto kayu disusun di dalam tanur


PENGERINGAN TANUR BERJADUAL
Pengeringan tanur yang berhasil biasanya dapat dicapai dengan penyesuaian suhu
dan kelembapan udara yang mengalir di dalam tanur sepadan dengan kayu balak
dalam jangka masa terbabit.

Syarat ini dapat dicapai dengan penggunaan pengeringan tanur berjadual.

Dengan menggunakan jadual yang betul, objektif yang diinginkan iaitu


mengeringkan kayu dengan masa yang paling cepat tanpa merosakkan kayu dapat
dicapai. Berikut adalah faktor yang diambil kira semasa pengeringan tanur
berjadual:

 Spesis balak: oleh kerana keadaan fizikal yang berbeza, keadaan


mekanikal dan cirri-ciri yang berbeza setiap spesis.

 Ketebalan kulit balak: kepantasan pengeringan bergantung kepada


ketebalan kulit balak, yakni jika kulit semakin tebal, semakin panjang
masa pengeringan.

 Pengeringan penurunan gred: jadual pengeringan yang agresif dan agak


cepat menyebabkan kayu melending, berpiuh, dan rosak.
Kebaikan dan keburukan pengeringan tanur

Kebaikan pengeringan tanur Keburukan pengeringan tanur


 Masa dapat dipercepatkan  Kos tanur yang mahal

 Hasil kayu adalah seragam  Memerlukan seseorang untuk sentiasa


mengawal tanur

 Boleh dihasilkan dalam jumlah yang  Memerlukan pembinaan tanur yang


banyak besar

 Kecacatan kayu dapat dikawal  Jika terdapat kesalahan dalam


pengawalan suhu, kayu akan rosak
KECACATAN PENGERINGAN

Kecacatan pengeringan merupakan suatu masaah umum yang dihadapi ketika


pengeringan kayu, disamping masalah-masalah alam.

Terdapat dua kategori umum kecacatan pengeringan (beberapa kecacatan melibatkan


kedua-dua sebab) :

 Kecacatan yang disebabkan pengecutan anisotropi: hal ini menyebabkan kayu


melending, berpiuh dan rosak.

 Kecacatan akibat pengeringan tidak sekata: ini merujuk kepada kayu menjadi
pecah

You might also like