You are on page 1of 32

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di
bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai,
sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak
jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan
12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10
pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau
kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah
sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal
sampai masa ini.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan
manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap
11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya
percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka
mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara
meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut
tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". [1][2]

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-
mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi
kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan


rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu
untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol
emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor
tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. [4]

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik
untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年,
Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka. [5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( 赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk
ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja [5] Keluarga yang mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah
sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar
dijadikan hari menziarahi kubur

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis:
yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut
pengiraan kalendar qamari Cina. [7]

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum
sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan
hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan
Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau
tersebut.[7][8]

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien.
Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien
menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk
tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman
penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai
Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十
五 暝 ) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina
Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada
hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.
Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian
dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi
atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali
sebagai Perayaan Tanglung.

Jamuan pertemuan semula

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團 圓 飯 , Cina Ringkas: 团 圆 饭


tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga,
sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan.
Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua.
Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan
ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting,
tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah
Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年 年 有 餘 , Cina Ringkas: 年 年 有 余 ), yang
bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga
ada ikan setiap tahun."[3][9]

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅 包 , Cina
Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung
bao; 利是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang
sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-
mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus
ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan
angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam
upacara pengebumian ( 帛 金 , bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial,
kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau
tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau. [10]

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun
Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga,
mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk
kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. [11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan


tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap
tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan,
atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan.
Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan
undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan
peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun


Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan
undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. [12] Di kawasan luar bandar pula,

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah
bangkai mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun


begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga
mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua
Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-
bandaraya dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970


setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68
orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas
berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang [14] serta satu serangan
terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada
membakar mercun pada Februari 1972. [15] Bagaimanapun, pada tahun 2003,
kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika
kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama
Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga
Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun
ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun
begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam


ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan
penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan
antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and
Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik
larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000
batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown. [17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli
keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan
mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba.
Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia
ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang
atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan
orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan
sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas
merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan
biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang
dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik,
memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到
(dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.[19]

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

SEJARAH PERAYAAN HARI DEEPAVALI

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan
hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang
beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,
telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza.
Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di
seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian
yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam
setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai
kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan
dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan
Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika.
Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara,
Diwali jatih pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian,
Deepavali biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa


kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi,


seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang


menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan
bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya
di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula
dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan
pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan
Deepavali:

 Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya


Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke
Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang
menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa
rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka
dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di
India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah
sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India
Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya
menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
 Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari
sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura
(Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-
hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di
Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum
kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut
menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
 Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari
kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh
pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata
(kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan
kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri
jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat
pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha
dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari
terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
 Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali.
Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah,
Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan
kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna
berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya
'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut
menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan
perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua
insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang
boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung
mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka
itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat
Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada
rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah
dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun
tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah
'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
 Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana,
Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut.


Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari
kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar
Hindu.

1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi


bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini
jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk
membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa
Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan
besar.[1]
2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura
dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi
kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun
jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan
memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan
melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa
dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang
menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai
bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di
langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila
orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu
menjalankan Ganga Snaanam?
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis
itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan
tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu
petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana
(penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga
dipanggil Roop Chaturdashi
3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan
Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan
bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di
sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan
kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna
menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan
gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini
disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali.
Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik
bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa
Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India
menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah
berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik.
Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi
perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

 Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun
pada subuh.
 Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan
Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di keliling rumah.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu
dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali,
penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan
dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus
yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna
akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi,
Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam
adalah dilarang mengikutnya.

SEJARAH PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut
pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia
merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar


zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga
masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri
dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan
bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri
adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat
sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut
pada pagi hingga malam

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat
adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi
yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya
dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang,
lontong, dodol, dan kuih raya.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada
unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari
Raya Aidilfitri.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu


sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di
televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku
akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari
Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari
Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-maraTajuk pautan akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah
Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya,
Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan
tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah
kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.
Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul
duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada
Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau
kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-
syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer
RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-
hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita
bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang
berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan
Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan
keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti
hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan


Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud:
"Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-
masjid kami." [2], dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka


Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang
bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga
sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan
dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki
di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik,
songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi
oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

KONGSI RAYA

Kongsi Raya adalah sebuah sambutan perayaan yang melibatkan gabungan dua
jenis perayaan iaitu Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan oleh
sambutan perayaan ini jatuh pada waktu yang sama berdasarkan calendar masing-
masing. Oleh itu, terdapat pihak yang telah mengambil inisiatif untuk membentuk
gabungan kedua-dua perayaan ini. Alasan yang sama juga digunakan bagi sambutan
gabungan perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri yang dinamakan sebagai
DeepaRaya.

DEEPARAYA

Deeparaya ialah sambutan perayaan kongsi raya bagi gabungan perayaan


Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri dimana ia secara tradisionalnya dirayakan oleh
golongan etnik India dan Melayu di Malaysia.

Gelaran Deeparaya diwujudkan disebabkan oleh sambutan kedua-dua perayaan


ini jatuh pada waktu yang hampir sama. Dalam situasi ini juga alasan yang sama turut
digunakan bagi menjelaskan sambutan kongsi raya bagi Tahun Baru Cina dan Hari
Raya Aidilfitri.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak
jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia,
bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China.
Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan
kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12
ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan
Zhou (menurut Sima Qian).

Kemudiannya, Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan


menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru
diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan
bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan
manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul
setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi
bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api
dan penggunaan warna merah secara meluas.

Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
Guò nián (Cina Tradisional: 過 年 , Cina Ringkas: 过 年 ), yang bermaksud
"menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan
masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China


adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang
sampai.

Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan


menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga,
lembu dan arnab

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina
adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap
Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh,
menandakan penutup bagi perayaan ini

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula
membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun
Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari
Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan
kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul
di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan
kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan
malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik
panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersamaarak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara
‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang
tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’
sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik
tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
Tahun Baru bermula

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna
merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’
akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini
akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin,
yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan
kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayai
sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka
perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu
sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian
singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang
membantu menumpaskan raksasa jahat.

Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran
manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang
dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan,
murah rezeki, dan panjang umur

Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang


kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15,
mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

SEJARAH PERAYAAN HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti di Malaysia

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya


dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,
telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja
Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa


kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali
menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama
menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang


menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan
bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali,
terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula
dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun
kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan


dengan Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya:

Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya


Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam
buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan
Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang
jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Pembunuhan Narakasura

Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini
memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil),
seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja
Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam
avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta
rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu
Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan
chaaya berwarna-warni.

Kembalinya Bali ke neraka:


Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan
Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali.
Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh
sekitar Ogos-September.

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu
dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Sehari sebelum
perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara
sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-
lamanya

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian
yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi
kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

SEJARAH PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak
bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10
dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa
tempat strategik.

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada
masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu,
mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah
perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar


zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup
sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah
meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat
fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip
apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan
bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya
Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan)
sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun
Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada
pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan
solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara
akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau
bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak
saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan
kesilapan yang lampau.

Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan
hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping
meraikan kejayaan beribadah kepada Allah

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril
akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang,
bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi
memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan
membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan
berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan
sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya
minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan
jalan sesak.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu


sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri
telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan
dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan
diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan
Aidilfitri akan ditayangkan.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat
adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah
nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya
dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah
lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK


WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK 2010

Rujukan / Bibliografi

Adnil Mohd. 2009. “Kongsi Raya Satu Sambutan Unik Rapatkan Hubungan
Antara Kaum”. Dimuat turun daripada http://www.pemudaumno.org.my pada 25
Februari 2010. ,

Dimuat turun daripada http://harakahdaily.net pada 25 Februari 2010,

Dimuat turun daripada http://islamintel.blogspot.com pada 25 Februari 2010,

Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my pada 26 Februari 2010.

Dimuat turun daripada http://www.CRIonline.com pada 27 Februari 2010. ,

Dimuat turun daripada http://websabah.net pada 27 Februari 2010,

Di muat turun daripada http://www.pmr.penerangan.gov.my pada 27 Februari


2010,

Dimuat turun daripada http://www.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri pada 1


Mac 2010.

Prof. Madya Kamarulzaman Askandar. 2006. Perpaduan dan Pendamaian


Etnik.

R.K. Shyamala. 2009. Maksud Tersirat di Sebalik Perayaan Deepavali. Di muat


turun daripada http://www.mstar.com.my pada 26 Februari 2010. ,

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Maskha

Sdn. Bhd. ,

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

You might also like