You are on page 1of 21

PENDAHULUAN

Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-
agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara
langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W
sebagai agama samawi yang terakhir.
Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya. Agar kita
boleh mengenal lebih dekat kepada Allah, kita harus lebih dahulu mengenal diri kita
sebagai manusia. Bagaimana manusia diciptakan? Untuk apa manusia diciptakan?
Dan kemana kelak dia akan kembali dan meneruskan ’perjalanan’nya?
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Manusia memiliki jasmani atau jasad
yang terlihat, manusia juga memiliki dimensi rohani yang berasal dari roh yang Allah
tiupkan dalam proses awal penciptaannya. Manusia juga dilengkapi dengan akal yang
membezakannya dari makhluk yang lain, dan memiliki hati.
Gambaran proses kejadian manusia bermula dari Nabi Adam dan kejadian
manusia selepasnya telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran 1400 tahun yang
lalu sebelum adanya pakar saintis yang menggunakan segala kemajuan teknologi
dalam penyelidikan seperti yang ada sekarang ini.
Gambaran yang sebenar dalam mengetahui hakikat kejadian manusia perlu
kerana dengan mengetahui gambaran yang salah akan menyebabkan penolakan
keimanan terhadap Al-Quran itu sendiri dan secara langsung akan menyebabkan
kekufuran terhadap Allah.
Apa yang jelas, Al-Quran bukanlah sebuah kitab sains, Namun, semua fakta
yang dinyatakan dengan jelas dan tepat, yang amat mustahil untuk diketahui di saat
Al-Quran diwahyukan, hanya berjaya didedahkan melalui kecanggihan teknologi
mutakhir abad 20 dan 21 ini. Fakta ini jelas sebagai bukti bahawa Al-Quran
hakikatnya adalah Kalamullah dan ia adalah mukjizat Rasulullah hingga akhir zaman.

1
1.0 DEFINISI
Proses Kejadian Manusia Menurut Al-quran, menurut Kamus dewan edisi keempat
pengertian bagi setiap perkataan adalah seperti berikut:
Proses ialah perubahan (peristiwa dll) yang berlaku berturut-turut atau
beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan.
Kejadian adalah kata terbitan perkataan dasar jadi. Bersinonim dengan
peristiwa: hal, perkara, keadaan, insiden, kelahiran: kewujudan, kemunculan.
Manusia, makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg
tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~;
(Kamus Dewan : Edisi Keempat)
Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah
kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo
sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan
mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, manusia
dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan
dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos,
manusia juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi
kebudayaan, manusia dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi
manusia dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama
berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk
dokongan satu sama lain serta pertolongan.
AL-QURAN adalah kalam Allah yang mukjiz, diturunkan ke atas Nabi
Muhammad saw, yang ditulis dalam mashaf-mashaf, yang diturunkan secara tawatur
dan pembacaannya menjadi satu ibadat. (Haron Din, Dato’ Prof, Tasawwur Islam
(1992) Halaman 93)

2
2.0 SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA
2.1 SEJARAH PENCIPTAAN NABI ADAM
Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang
penciptaan manusia. Kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah
daripada tanah ( turab ).
Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk
kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫طين‬ ‫) ساللة من‬


Firman Allah :
      
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari
tanah.
Pada peringkat ini Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah.
Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah yang bersih dan amat sesuai
untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini
menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan
bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini
amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada
manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam
penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.
Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah
al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati
sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau
melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai
kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen
terpenting dalam penciptaan manusia.
         
   
dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).

3
Kedua: Peringkat Tanah Melekat (‫الزب‬ ‫) طين‬
Firman Allah:
          
  
Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah): "Apakah mereka yang
lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang Telah kami ciptakan itu?" Sesungguhnya
kami Telah menciptakan mereka dari tanah liat.
Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana
diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy
menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di
antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras
.Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa
manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu
lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini
adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan
kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫مسنون‬ ‫)حماء‬


Firman Allah:
        
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat
kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille ‫ محاء مس نون‬diertikan sebagai lumpur

atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang
berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah
disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫)الصلصال‬

Firman Allah:
        

4
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat
kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

Firman Allah:
     
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

Perkataan ‫ صلص ال‬tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan

bersama iaitu ‫ كاالفخار‬yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada

peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T
berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan
fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta
berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini
menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap
sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan
manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang
diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia
pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke
tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang
proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan
Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat

dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu ( ‫هلل‬ ‫ ) احلمد‬lalu
dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat
denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh
ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki,
maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.
Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk
kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di
dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia

5
pertama (Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan
pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman
kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .
Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses
penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini
yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau
inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka dengan berakhir proses peniupan
roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan
oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang
dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

2.2 SEJARAH PENCIPTAAN HAWA


Mengikut Muhktasar Tafsir Ibnu Kathir mula surat 354 menceritakan bahawa
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. sebelah kiri. Dalam
pentafsiran tersebut dikemukakan Hadis Sahih yang di riwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Wanita dijadikan daripada tulang
rusuk Nabi Adam a.s., dan sebengkuk-bengkuk tulang rusuk yang sebelah atas.
Sekiranya kamu membetulnya dengan kasar ia akan patah, sekira kamu biarkannya ia
akan membengkok. Oleh itu hendaklah kamu membetulkannya dengan lembut dan
nasihat yang baik serta penuh kesabaran"

2.3 SEJARAH PENCIPTAAN NABI ISA


Kehamilan Maryam
Allah s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira
kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah tersebut
telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan
Jibril.

Firman Allah s.w.t.:


         
“Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu
kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci.’”(Surah Maryam:19)
Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan
kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran

6
seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak
pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-
perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya bagi memecahkan kebuntuan yang
berada dalam fikirannya:
           
“Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan
tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’”
(Surah Maryam; 20)
Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-
nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia
pilihan yang mendapat rahmat:
         
       
“Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah
bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat
daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” (Surah
Maryam: 21)

Kelahiran ‘Isa a.s.


Kejadian Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang
ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain
daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada
manusia yang lain.

Firman Allah s.w.t.:


        
    
“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada
pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini
dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: 23)
Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s.
sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita
melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s.
yang menyeru dari jauh.

7
Firman Allah s.w.t.:
          
        
“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram
durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan
goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan
menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah Maryam:24-25)
Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal,
tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai “ruthab”
boleh gugur dengan digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia
tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada
Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan
si ibu melahirkan anak dengan baik.
Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah s.w.t. telah berfirman:
         
        

“Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat seorang
manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan
Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun
pada hari ini.” (Surah Maryam: 26)
Allah yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun
ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun
dengan bukti sedemikian, orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun
Allah subhanahu wata ‘ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa
mereka masih meneruskan kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak
pernah melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan
pendapat itu, sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain
yang dilahirkan dan membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok
mereka. Contohnya, lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh
pihak jantan. Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir
sebagai lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah
permaisuri tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan
sains untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur
itu berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan. 

8
2.4 SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA (ZURIAT ADAM)
Penciptaan manusia setelah Adam dan Hawa adalah melalui proses reproduksi
sebagaimana yang dikenal dan terjadi hingga sekarang ini, iaitu hasil hubungan
biologis antara seorang ayah dan ibu, melalui proses kehamilan dalam kandungan
seorang ibu.

Dalil Quran Firman Allah:


       
         
    
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu). (Al-Hujurat: 13)

Firman Allah:
      
       
       
Ertinya: kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging.
setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat
keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Al-
(Mukminun: 14)

Dalil Hadis:

‫ حــدثنا رســول اهلل صــلي اهلل عليه‬: ‫ قــال‬، ‫عن أبي عبد الرحمن عبد اهلل بن مسعـود رضي اهلل عنه‬

، ‫( إن أح ــدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما نطفه‬: - ‫وســلم – وهو الصــادق المصــدوق‬

9
‫ فينفخ فيه الــروح‬، ‫ ثم يرسل إليه الملك‬، ‫ ثم يكــون مضــغة مثل ذلك‬، ‫ثم يكــون علقة مثل ذلك‬

‫ وش ــقي أم س ــعيد ؛ فواهلل الـ ــذي ال إله‬، ‫ وعمله‬، ‫ واجله‬، ‫ بكتب رزقه‬: ‫ وي ــؤمر ب ــأربع كلم ــات‬،

‫غــيره إن أحــدكم ليعمل بعمل أهل الجنه حــتى ما يكــون بينه وبينها إال ذراع فيســبق عليه الكتــاب‬

‫ وإن أحــدكم ليعمل بعمل أهل النــار حــتي ما يكــون بينه وبينها‬. ‫فيع ــمل بعمل أهل النــار فيــدخلها‬

‫إال ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها ) رواه البخاري‬
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi
dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu
dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,
kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang
malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4
kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka
atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak
antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli
neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu
dia memasuki syurga. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari

Kesimpulan

3.0 PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN


Al-Quran menceritakan pada kita secara terpeinci kronologi kejadian manusia
seperti berikut:
3.1 PERINGKAT PERTAMA
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

10
Maksud firman Allah
        
 
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang
bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu
Kami jadikan dia mendengar dan melihat " (surah al-Insan : 2)
 
       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.
Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti
percampuran.
          Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan
akan terbentuknya darah dan daging.
 
3.2 PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari
ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin).
Firman Allah :
   
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"  (Al-Mukminun : 14)
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah, suatu buku atau
ketulan darah.
  Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga
didalam rahim.
 
3.3 PERINGKAT KETIGA

11
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.
Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj
ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah :
  
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (Al-Mukminun : 14)
         
           
   
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan
makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan
kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah,
kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari
seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan;
(Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada
kamu (kekuasaan kami); (al-Hajj:5) 
      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus
yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.
Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula
mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan
yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi
sendiri.
 
3.4 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah:
     
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami
membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14)
 

12
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks.
Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula
terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih
sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan
mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan
lengkap.
        
3.5 PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan
, beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi
sudah masuk ke peringkat janin.
Firman Allah :
         
setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat
keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (al-
Mukminun : 14)

Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi
cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap
berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
 
3.6 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan
bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya
sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

13
         
Maka apabila Telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh
(ciptaan)Ku; Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

4.0 KEBENARAN AL-QURAN MENOLAK TEORI EVOLUSI BARAT


4.1 TEORI EVOLUSI
Teori Evolusi atau Darwinisme tidak hanya sebagai konsep biologi sahaja dan
tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan. malah teori evolusi
adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuan tentang
bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utama materialisme tiada yang lain
melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati segalanya. Bermula dari
persoalan pokok inilah ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta),
iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan
manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan
mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral.

4.2 SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI


Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang
menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah
yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan idea evolusi ini. Teori
evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang
tidak beragama.
Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan
sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang
memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden.
Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan
ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah
ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-
Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci, Copernicus, Keppler,
Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan

14
Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka
semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah
tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil
daripada ciptaanNya.
Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh
falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun
ke-19. Falsafah materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor
material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal
lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, samada yang hidup atau tidak, telah
muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah
kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusia
bagaimanapun, adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang
tersusun apabila ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan
dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori evolusi" pada
pertengahan abad ke 19.

4.3 KHAYALAN DARWIN


Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur,
Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya
meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap
subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas
sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832
dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh
dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik
dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di
Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut
adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka.
Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal
hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada
persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya
diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan

15
kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-
keadaan semulajadi.
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau
eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini
menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya
daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Idea tersebut ialah
individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara
terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti
berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah
individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan
moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman
tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.
Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau
menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies
ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya
bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.
Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau
mengakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory"
(Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan
dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat
dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini.
Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh
penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk
mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.
Kekalahan Darwinisme dalam menghadapi sains dapat dilihat dalam tiga asas
berikut:
a) Teori adalah tidak rasional untuk menjelaskan hidupan tunggal pertama
timbul di atas muka bumi
b) Tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa “mekanisme
bersifat evolusi” yang dikemukakan oleh teori memiliki kesan mampu
menghasilkan fenomena evolusi.
c) Rekod Fosil mendedahkan gambaran yang bertentangan terhadap
andaian teori.
(Harun Yahya, Keajaiban Al-Quran (2003), Halaman 90)

16
Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang
kesukaran-kesukaran Darwin ini:Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah
seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin. Darwin sendiri tidak yakin dengan
apa yang dikatakannya di dalam The Origin of Species seperti yang sering
ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh,
menunjukkan keraguan yang nyata.

4.4 EVOLUSI TIDAK AKAN DAPAT DIBUKTIKAN DI MASA HADAPAN


Oleh itu, evolusionis hanya dapat menghiburkan hati mereka dengan
berangan-angan bahawa sains akan dapat menyelesaikan dilema-dilema ini kemudian.
Bagaimana pun, samada sains dapat membuktikan sebuah teori yang keseluruhannya
tidak berasas dan tidak logik tidak perlu dibicarakan walau berapa lama masa berlalu.
Sebaliknya, peningkatan sains hanya mendedahkan dengan lebih jelas ketidaklogikan
dakwaan evolusionis ini.
Inilah yang telah berlaku setakat ini. Makin banyak struktur dan fungsi-fungsi
hidupan ditemui, makin jelas bahawa sel bukan satu sebatian yang ringkas dan
terbentuk secara rawak, seperti yang diramalkan berlaku mengikut kefahaman biologi
yang primitif pada zaman Darwin.
Dengan situasi ini sendiri menjadi bukti, menolak fakta ciptaan dan
meletakkan asas asal hidupan kepada kebetulan sepenuhnya, dan kemudian
mempertahankan dakwaan-dakwaan ini dengan paksaan, hanya akan menjadi suatu
sumber yang memalukan. Apabila wajah sebenar teori evolusi ini makin terserlah dan
apabila masyarakat umum mula melihat kebenarannya, tidak lama lagi penganjur
evolusi yang fanatik ini tidak akan dapat menonjolkan muka mereka lagi (kerana
malu).

4.5 HALANGAN TERBESAR KEPADA EVOLUSI: JIWA


Terdapat banyak spesies di dunia yang menyerupai antara satu sama lain.
Sebagai contoh, terdapat banyak hidupan yang menyamai seekor kuda dan seekor
kucing dan banyak serangga kelihatan hampir sama dengan yang lain. Persamaan-
persamaan ini tidak memeranjatkan sesiapa pun.
Persamaan-persamaan dasar di antara manusia dan beruk bagaimana pun
mendapat lebih perhatian. Tarikan ini kadang kala melampaui batas untuk

17
membuatkan orang lain percaya tesis evolusi yang salah ini. Sedangkan persamaan
luaran di antara manusia dan beruk tidak membuktikan apa-apa. Kumbang tanduk dan
badak sumbu juga berkongsi persamaan luaran yang sama tetapi adalah melucukan
untuk mencari rantai evolusi di antara kedua jenis makhluk ini berdasarkan persamaan
ini, sedangkan seekor adalah serangga dan seekor lagi adalah mamalia.
Selain daripada persamaan luaran ini, beruk tidak dapat dikatakan lebih mirip
kepada manusia daripada haiwan-haiwan lain. Sebenarnya, sekiranya aspek
kebijaksanaan diperhitungkan, maka lebah madu yang membina struktur geometri
yang menakjubkan dan labah-labah yang membina jaring dengan kejuteraan yang
mengagumkan, boleh dikatakan lebih mirip kepada manusia. Mereka lebih unggul di
dalam beberapa aspek.
Terdapat satu perbezaan terbesar di antara manusia dan beruk yang
mengetepikan persamaan luaran. Beruk adalah seekor haiwan dan ia tidak berbeza
dengan seekor kuda atau anjing berdasarkan kepada peringkat kesedaran. Sedangkan
manusia hidupan yang berkesedaran, mempunyai keinginan yang kuat dan boleh
berfikir, bercakap, memahami, memilih, dan membuat pertimbangan. Semua sifat-
sifat ini adalah fungsi jiwa yang dimiliki oleh manusia. Jiwa adalah perbezaan
terbesar yang melebarkan jurang perbezaan di antara manusia dan hidupan lain.
Semulajadinya, satu-satunya benda hidup yang mempunyai jiwa ialah manusia.

18
KESIMPULAN
Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan
di muka bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding
kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan
bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini.
Makhluk lain diciptakan dan dijadikan Allah untuk keperluan dan kegunaan
manusia. Oleh itu Allah mengurniakan akal untuk mengkaji sesuatu untuk
keperluannya di dunia dan di akhirat. Tidak ada makhluk lain yang sanggup menerima
beban sebagai khalifah di bumi ini sekalipun malaikat. Tetapi manusialah yang
sanggup menerima bebenan itu.
Dalam mencari kebenaran asal kejadian manusia, Allah telah menerangkan
setiap proses kejadian tersebut di dalam Al-Quran, dan kebenaran Al-Quran telah
dibuktikan oleh para saintis secara saintifik.
Apa yang menyebabkan ramai para saintis masih terus mempertahankan
dogma ini? Mengapa mereka bekerja keras untuk mengekalkan teori ini, sehingga
mencetuskan perbagai konflik dan mengetepikan berbagai bukti-bukti yang mereka
temui?
Jawapannya ialah kerana mereka takut terhadap fakta yang terpaksa mereka
hadapi sekiranya mereka menolak teori evolusi ini. Kenyataan yang akan mereka
hadapi sekiranya teori ini ditolak ialah, bahawa manusia telah diciptakan oleh
ALLAH. Bagaimana pun, dengan mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku
dan falsafah materialis yang mereka anuti, maka ciptaan adalah satu konsep yang
tidak dapat diterima oleh evolusionis.
Kerana itu, maka mereka mendustai diri mereka sendiri, sebagaimana mereka
membohongi dunia seluruhnya dengan kerjasama daripada media. Sekiranya mereka
tidak menemui fosil yang dikehendaki, mereka akan menciptanya sendiri, sama ada di
dalam bentuk lukisan-lukisan imaginasi atau model-model khayalan. Kemudian,
mereka cuba meyakinkan bahawa fosil-fosil ini sebenarnya wujud. Walau segigih
mana pun mereka mencuba, kebenaran telah pun terbukti: Manusia tidak muncul
melalui proses evolusi, tetapi ia telah diciptakan oleh Allah.
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta
makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak
disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana

19
kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak
mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh
lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia
baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti
yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha
mengetahui rahsia kejadian mereka.

20
RUJUKAN

Harun Din, Dato’ Prof, (1992) Tasawwur Islam, Kuala Lumpur : Penerbitan
Hizbi
Harun Din, Dato’ Prof, (1996) Manusia dan Islam, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Harun Yahya, (2003) Keajaiban Al-Quran, Johor Bahru : Perniagaan
Jahabersa
Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Rujukan Laman Sesawang


http://www.mindamadani.my
http://permai1.tripod.com
http://.harunyahya.com

21

You might also like