You are on page 1of 10

Dengan satu jangkaan perkembangan ekonomi, peningkatan tenaga kerja dan penekanan kepada pendidikan tinggi diramal berlaku

pada masa terdekat,


soal pendidikan menjadi salah satu daripada objektif utama Iskandar Malaysia dalam soal mempertingkatkan atau menyediakan satu persekitaran
kehidupan yang berterusan dan berkembang.
Iskandar Malaysia mempunyai laluan pendidikan masa depan untuk anak-anak anda diberi pertimbangan rapi dengan kemudahan-kemudahan seperti:

Tadika
Sekolah Rendah / Menengah
Universiti / Kolej-Kolej
 

EduCity
EduCity di Nusajaya dijangka akan menjadi sebuah pusat pendidikan
serantau dan sebuah destinasi untuk pendidikan bertaraf dunia yang
berkualiti dalam lingkungan radius penerbangan selama 6 jam
daripada bandaraya utama Asia.

Kawasan pendidikan 600 ekar tersebut adalah dibayangkan sebagai


“Satu komuniti dengan Amalan-amalan Terbaik dalam Dunia
Pengajian” dan mengamalakn pendekatan asuhan terbaik dalam
membawa pendidikan bertaraf dunia ke Malaysia. Hasilnya, ia
diselaraskan dengan objektif Rancangan Malaysia Kesembilan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan. Ia dikonsepkan untuk menjadi sebuah pusat akademik EduCity akan menjadi satu pusat bersepadu penuh yang berasaskan
yang merangkumi keseluruhan ekologi pendidikan yang merangkumi pengetahuan yang merangkumi universiti-universiti bertaraf dunia, pemimpin
industri berasaskan pengetahuan, kelompok industri sentrik R & D, pusat
prasekolah, sekolah rendah, menengah bawah, menengah atas, pra tindakan industri pendidikan, sekolah-sekolah antarabangsa & kolej-kolej,
universiti dan pengajian tinggi kemudahan tempat tinggal & rekreasi dan kemudahan-kemudahan
persidangan dan pameran bertaraf dunia

Antara projek-projek penting EduCity adalah universiti yang


diuruskan iCarnegie, Universiti Antarabangsa Al-Bukhari dan kampus
unik pelbagai-varsiti yang merupakan kawasan tertumpunya fakulti-
fakulti universiti yang terbaik di dunia

Universiti Newcastle
Universiti Newcastle yang berperstij di Britain bercadang untuk membuka sebuah kampus perubatan di Johor pada tahun 2011

Pesuruhjaya Tinggi British, Boyd McCleary menyatakan bahawa kampus tersebut akan menjadi kampus cawangan antarabangsa yang pertama Universiti
Newcastle. Selain itu, 18 universiti-universiti lain di Britain turut berminat untuk mempunyai perikatan di Malaysi

Bersama Jadikan Malaysia Pusat Pendidikan Serantau


Mar 19th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan

PETALING JAYA, 19 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
menggariskan empat elemen bagi Malaysia muncul sebagai hab pendidikan serantau, dengan
pertamanya komitmen mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit.

Perdana Menteri berkata elemen kedua membabitkan inklusi sosial di mana golongan miskin dan
yang terpinggir diberi peluang untuk berjaya.

“Mereka tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi,”
katanya semasa berucap melancarkan Yayasan Jeffrey Cheah di Bandar Sunway di sini malam
semalam.

Penaung Diraja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir pada majlis itu.

Elemen ketiga, menurut Najib, adalah memantapkan lagi kaedah pendidikan negara dengan
mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa.

Elemen terakhir adalah memupuk kumpulan graduan cemerlang dalam pemikiran strategik dan
kreativiti.

“Semua elemen ini adalah kritikal jika Malaysia ingin bersaing dengan negara terbaik di persada
antarabangsa,” kata Najib.

Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggeris
adalah penting.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan sektor swasta adalah mustahak bagi Malaysia
mencapai wawasan menjadi hab pendidikan bagi rantau ini

“Mengiktiraf sektor pendidikan sebagai kunci dan jentera pertumbuhan dan transformasi negara,
maka kami sedang menimbang insentif tambahan bagi menyokong sektor itu bagi memastikan
sistem pendidikan memenuhi keperluan semasa dan masa depan,” katanya.

Najib menjelaskan Model Ekonomi Baru akan mementingkan usaha memupuk kreativiti dan
inovasi dan dalam hubungan ini, adalah penting bagi universiti awam dan tempatan
menumpukan kepada aplikasi penyelidikan dan inovasi serta membangunkan kemahiran berfikir.

Dalam ucapannya juga, Najib meminta semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya
memperkukuhkan falsafah gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“1Malaysia merupakan satu cara kehidupan dan mencerminkan komitmen tidak berbelah bagi
oleh kerajaan dalam membentuk satu Malaysia kepada Semua Rakyat Malaysia – tempat yang
menghargai dan menilai penerimaan dan menyambut kepelbagaian,” jelasnya.
Pada majlis itu, pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah menyumbang
RM20 juta kepada yayasan tersebut.

Najib berkata penubuhan yayasan itu merupakan contoh cemerlang badan korporat dan nilai
bermurah hati yang masih segar di Malaysia.

“Saya harap usaha ini menjadi contoh kepada pengusaha dan tokoh perniagaan lain untuk
mengikutinya,” katanya.

Malaysia perlu memperkasa sekolah antarabangsa


Oleh DR. MOHAMAD NOR MOHAMAD TAIB (Pengarah Jabatan Pelajaran Swasta,

Kementerian Pelajaran.)

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), The


Association of International Malaysian Schools (AIMS) dan Malaysian International
Chamber of Commerce and Industry (MICCI) pernah mengemukakan pandangan
Oleh DR. MOHAMAD NOR MOHAMAD TAIB.
bahawa sekolah antarabangsa dapat memainkan peranan untuk menarik
pelaburan (FDI).

Ambil sahaja contoh sekolah antarabangsa di negara jiran yang lebih berkembang pesat.

Thailand mempunyai lebih 90 buah dan Singapura melebihi 16 buah sekolah antarabangsa yang sebahagian besar sekolah
tersebut mempunyai enrolmen melebihi 2,000 pelajar.

Jadi, satu dasar baru yang lebih liberal perlu digubal, untuk memperkasa sekolah kebangsaan.

Di sini, bilangan sekolah antarabangsa ialah 32 buah. Sebahagian besarnya di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dan selebihnya di
Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Labuan.

Terdapat beberapa jenis sekolah antarabangsa. Ada yang menggunakan kurikulum luar negara seperti British (26 buah), USA
(empat), Australia (sebuah) dan Singapura (satu). Pengurusannya berorientasikan perniagaan.Sementara itu terdapat sekolah
ekspatriat menggunakan kurikulum negara asal untuk warganegara mereka sahaja yang berada di Malaysia dan bukan
berorientasikan perniagaan.
Antaranya Jepun (empat), Taiwan (dua) serta setiap satu di Jerman, Perancis, Arab Saudi, India, dan Turki. Bilangan pelajar di
sekolah antarabangsa di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun.

Daripada 6,822 orang pada tahun 2000 kepada 11,982 orang sehingga Mei 2006 menunjukkan berlaku pertambahan kira-kira 75
peratus.

Sementara itu, bilangan pelajar warganegara Malaysia didapati sekitar 2,614 orang atau 22 peratus daripada 11,982 orang
tersebut. Walau bagaimanapun, bilangan keseluruhan pelajar di sekolah antarabangsa di Malaysia jauh lebih rendah berbanding di
Thailand yang telah mencapai lebih 25,000 pelajar.

PERKEMBANGAN SEKOLAH ANTARABANGSA DI THAILAND

Perkembangan sekolah antarabangsa di Thailand begitu agresif kerana pelajarnya terdiri daripada golongan ekspatriat, rakyat
Thailand sendiri malah terdapat pelajar daripada negara-negara serantau dan Eropah.

Sekolah antarabangsa dibuka kepada warganegaranya sejak 1990an. Sehingga kini, lebih 70 peratus pelajar warganegara Thailand
belajar di beberapa buah sekolah ternama seperti Harrow International School dan Shrewsbury International School.

Pada tahun 1991, hanya terdapat lima buah sekolah tetapi sekarang telah mempunyai 91 buah dengan jumlah enrolmen melebihi
25,000 orang pelajar.

Dengan visi Learning Opportunities with Excellence, sekolah antarabangsa telah menjadi komponen penting dalam sistem
pendidikan Thailand dan mendapat pengiktirafan antaranya daripada Western Association of School and Colleges (WASC), New
England Association of Schools and Colleges (NEASC),Council of International Schools (CIS) dan World Education Services
(Ofstead) UK.Sekolah antarabangsa di Thailand menawarkan pelbagai sistem pendidikan iaitu kurikulum Amerika, British,
International Baccaulareate dan National Overseas Systems.

Terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa ternama di negara asal telah membuka cawangan di Thailand. Antaranya seperti
The American School of Bangkok, dan American Pacific International School, Chiang Mai sementara daripada United Kingdom
seperti Harrow International School, Shrewsbury International School dan Dulwich International College.

PERKEMBANGAN SEKOLAH ANTARABANGSA DI INDONESIA

Di Indonesia, daripada 82 buah sekolah antarabangsa, 18 buah di Jakarta. Selain sekolah antarabangsa di Indonesia, terdapat 26
buah sekolah yang dinamakan National Plus Schools.

Sekolah jenis ini telah dibuka pada pertengahan tahun 1990an, iaitu menggabungkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum negara
luar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Kurikulum negara luar adalah seperti Amerika, British, Australia, Kanada, dan Singapura. Sekolah ini merupakan alternatif kepada
golongan ekspatriat untuk menyekolahkan anaknya di sekolah antarabangsa yang lebih murah yurannya.
Selain itu, sekolah jenis ini dijadikan sebagai the creme de la creme dalam sistem pendidikan Indonesia. Ini bermakna di Indonesia
terdapat tiga sistem pendidikan universal yang menjadi pilihan rakyat dan golongan ekspatriat iaitu sistem kebangsaan, sekolah
antarabangsa dan sistem National Plus School yang juga bersifat antarabangsa.

PERKEMBANGAN SEKOLAH ANTARABANGSA DI SINGAPURA

Singapura telah mengekspot sistem pendidikan ke luar negara terutama daripada India hingga ke China. Terdapat lebih 20 buah
sekolah yang telah menawarkan kurikulum Singapura. The Singapore Teachers Union (STU) telah membina rangkaian kerjasama
dengan India untuk membuka empat sekolah tahun depan iaitu di Mumbai, Culcutta dan Ahmedabad.

Selain itu, beberapa sekolah juga akan dibuka di Vietnam dan Indonesia. Sasaran adalah untuk menarik 150,000 pelajar
antarabangsa di Singapura menjelang tahun 2012.

Antara kaedahnya, telah memperkenalkan iPSLE iaitu The International Version of the Primary School Leaving Examination di
Jakarta, Surabaya dan Hanoi. Lepasan sekolah ini boleh meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Singapura.

Selain kurikulum British dan USA, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Singapura yang menggunakan kurikulum
negara-negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun.

Antara sekolah yang ternama adalah Singapore American School yang ditubuhkan pada 1956. Sekarang sekolah ini mempunyai
kampus seluas 36 ekar yang dibahagikan kepada empat daerah iaitu primary (preschool - grade two), intermediate (grades 3-5),
middle school (grades 6-8) dan high school (grades 9-12).

Dengan tarikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) - dan pelbagai
kemudahan fizikal yang moden - kini sekolah itu mempunyai lebih 2,800 pelajar daripada 40 kewarganegaraan dan mendapat
pengiktirafan daripada Western Association of Schools and Colleges (WASC).

Sekolah ternama yang lain adalah United World College of Southeast Asia, juga mempunyai pelajar daripada pelbagai peringkat
umur, latar belakang pendidikan dan budaya.

KE ARAH DASAR BARU SEKOLAH ANTARABANGSA

Walau pun tiada kajian khusus tentang sumbangan sekolah antarabangsa kepada tingkat daya saing (competitiveness) negara,
tetapi berdasarkan pandangan beberapa pihak yang berautoriti seperti MITI dan MICCI, boleh dikatakan bahawa kekurangan
sekolah antarabangsa akan menjejaskan daya saing negara untuk menjadi A Centre of Educational Excellence dan untuk menarik
lebih banyak FDI ke Malaysia.

Malah, MITI memaklumkan bahawa kemudahan sekolah antarabangsa merupakan salah satu kriteria penting dalam keputusan
syarikat asing untuk menempatkan lokasi mereka di Malaysia.

Pelbagai pihak berpandangan bahawa kedapatan beberapa buah sekolah antarabangsa yang berkualiti di Malaysia memberi
beberapa kebaikan. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan pengaliran keluar wang negara kerana terdapat pelajar Malaysia yang memilih untuk bersekolah di luar negara,
dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kemasukan wang asing dengan kehadiran lebih ramai pelajar antarabangsa.

2. Mengelakkan brain drain dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada dalam kalangan generasi muda yang berpotensi cemerlang
mahupun dalam kalangan ibu bapa mereka yang terdiri daripada tenaga mahir atau ahli profesional.

3. Memperkukuh dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan apabila dapat menarik lebih ramai pelajar
asing ke sekolah antarabangsa. Ini akan membuka lebih peluang kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana pelajar
antarabangsa yang sedia ada boleh melanjutkan pengajian mereka di Malaysia.

4. Menarik kemasukan pelaburan asing (FDI) kerana adanya kemudahan pendidikan bertaraf antarabangsa untuk anak-anak
mereka. Ini akan meningkatkan daya saing negara (competitiveness) berbanding negara-negara jiran.

5. Ada juga yang berpendapat bahawa sekolah antarabangsa lebih berkemungkinan untuk melahirkan rakyat yang berupaya
mempunyai pemikiran global serta memiliki keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran antarabangsa hasil daripada pendedahan
proses pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya dan berciri antarabangsa.

Dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran terus menerima rayuan dalam kalangan warganegara Malaysia yang tidak
memenuhi dua syarat sedia ada untuk belajar di sekolah antarabangsa.

Syarat tersebut adalah salah seorang ibu bapa adalah warganegara asing atau pelajar yang pernah belajar di luar negara selama
tiga tahun dan kembali untuk meneruskan pelajarannya. Antara faktor-faktor dalam rayuan mereka adalah seperti berikut:

i. Ibu bapa memperoleh taraf kerakyatan tetap (PR) di mana-mana negara luar;

ii. ibu bapa mempunyai bukti kukuh akan bermastautin di negara luar seperti mempunyai harta kekal seperti rumah di luar negara;

iii. ibu bapa merupakan ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan di luar negara dan mampu untuk menarik FDI serta
menyumbang kepada ekonomi negara;

iv. Ibu bapa yang dikategorikan sebagai ahli profesional Malaysia yang bekerja di luar negara dan ingin balik ke Malaysia di bawah
insentif Kerajaan;

v. ibu bapa mempunyai anak yang diakui oleh pakar perubatan kerajaan bahawa anak tersebut mengalami ADD, ADHD, dyslexia
atau lain-lain permasalahan yang memerlukan pengawasan lebih rapi, pemakanan atau diet dan tidak semestinya boleh dinaikkan
kelas secara automatik;

vi. Ibu bapa mempunyai beberapa orang anak yang sedang belajar di sekolah antarabangsa; dan

vii. ibu bapa mempunyai anak yang lahir di luar negara dan mempunyai kerakyatan negara tempat lahir.

Jelaslah bahawa perkembangan sekolah antarabangsa di negara-negara jiran - terutamanya Singapura dan Thailand - lebih pesat
berbanding Malaysia. Mungkin, golongan ekspatriat lebih tertarik kepada negara-negara tersebut.
Oleh itu, dasar sekolah antarabangsa di Malaysia yang lebih liberal kelihatan perlu untuk menarik lebih ramai pelabur asing,
menjadikan sektor pendidikan sebagai education tourism yang boleh menjana pendapatan negara, dan seterusnya menjadikan
Malaysia sebagai A Centre of Educational Excellence. - Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib ialah Pengarah, Jabatan Pelajaran
Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dewasa ini , pendidikan semakin penting dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian , kerajaan
Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini.
Sehubungan itu , pusat kecemerlangan ilmu adalah sesuatu tempat rujukan ilmu dan mempunyai tenaga
pengajar yang berwibawa. Persoalannya kini , dapatkah hasrat Kerajaan tercapai ? Pada pendapat saya ,
hasrat kerajaan dapat tercapai. Namun begitu , masih terdapat beberapa masalah yang mungkin akan
menjadi penghalang kepada tercapainya hasrat tersebut.

Kerajaan Malaysia serius dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu. Oleh
yang demikian , kerajaan Malaysia tentunya kan berusaha ke arah mencapai hasrat tersebut. Sejajar itu ,
kerajaan berpegang pada dasar menggalakkan kemasukan pelajar asing. Antara usaha-usaha yang
dilakukan ilah memberi kelonggaraan dari segi bahasa iaitu Universiti Swasta dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Baru-baru ini kursus-kursus tertentu dalam Universiti Awam
juga membenarkan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu ,
kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar asing. Sebagai contoh ,
kerajaan menyedikan kemudahan asrama ataupun tempat tinggal untuk pelajar-pelajar yang datang ke
Malaysia untuk menuntut ilmu.Implikasinya , pelajar-pelajar asing akan berasa selamat dan selesa untuk
berada di Malaysia dan seterusnya lebih ramai pelajar akan dating ke Malaysia.

Dalam pada itu , Malaysia sudah mempunyai banyak institusi pengajian yang meliputi Universiti Awam ,
Universiti dan Kolej Swasta serta program pendidikan jarak jauh. Pelajar-pelajar asing dari dunia ketiga
ataupun kurang berkemampuan tidak perlu risau akan kos pendidikan tinggi yan gperlu ditanggung oleh
mereka. Hal ini demikian kerana pengajian tinggi di Universiti-universiti awam adalah jauh lebih rendah
kosnya berbanding dengan universiti-universiti di luar negara. Selain itu , terdapat juga universiti awam
yang telah diperbadankan seperti universiti Malaya. Keadaan ini secara langung akan meningkatkan
kecekapan pentadbiran dan pengurusan universiti. Tambahan pula , universiti dan kolej swasta di negara
kita sudah mempunyai cawangan universiti luar negara yang terkemuka.Sebagai contoh , cawangan
Universiti Monash di Universiti Kolej Sunway dan cawangan Universiti Reading di Kolej Taylor.
Seterusnya , program pendidikan jarak jauh dapat memberi peluang kepada golongan pelajar yang tidak
berjaya memasuki ke mana-mana institusi pengajian tinggi untuk meneruskan pengajian mereka.
Pada masa yang sama , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah memberi nafas
baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini demikian kerana pelajar tidak akan ketinggalan
dalam arus pemodenan melalui sistem pendidikan yang berlandaskan ICT. Lebih-lebih lagi , proses
pemelajaran juga akan menjadi lebih berkesan kerana semua maklumat boleh didapati melalui internet.
Perkara inijuga akan meringkankan beban guru yang semakin bertambah. Seterusnya , nota-nota dan
latihan akan diberikan melalui saluran rangkaian yang ditetapkan melalui internet. Senario ini secara tidak
langsung telah menjimatkan masa untuk memberi dan menyalin nota. Implikasi daripada perkembangan
ICT mutakhir ini akan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia. Kualiti yang semakin baik pula
akan menarik lebih ramai lagi pelajar asing ke Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka.

Di samping itu , Malaysia juga merupakan sebuah negara yang stabil sosio politiknya. Oleh sebab itu ,
keadaan di Malaysia adalah aman dan tidak huru-hara seperti yang berlaku di Filipina untuk
menumbangkan Presiden Aroyo. Kerajaan Malaysia juga senantiasa menjaga kepentingan semua warga
di Malaysia tanpa mengira bangsa , asal usul dan agama samaada rakyat tempatan ataupun asing.Oleh
yang demikian , pelajar-pelajar tidak perlu bimbang akan keselamatan terancam. Keadaan yang selamat
dan aman ini akan menjamin pembelajaran yang lebih efektif. Selain itu , para pelajar juga adalah bebas
dan selamat untuk ke mana-mana tempat di Malaysia disebabkan keadaan yang aman. Senario ini akan
menyebabkan ibubapa di rantau ini untuk menghantar anak mereka ke Malaysia tapa perlu berasa
bimbang.

Sementara itu , disebalik kemunkinan Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu terdapat juga
masalah yang mungkin akan menjadi penghalang untuk merealisasikannya. Keadaan ini disebabkan
infrastruktur dan sumber pendidikan kita masih belum mencukupi dan tidak canggih. Hal ini mungkin
disebabkan penyediaan infrastruktur yang lebih baij akan memerlukan kos yang amat tinggi dan sumber
pendapatan negara terhad. Seterusnya , kekurangan tanah untuk mempertingkat taraf infrastruktur yang
sedia ada juga merupakan puncanya. Selain itu , bahan rujukan dan sumber-sumber ilmiah masih terhad
di Malaysia. Hal ini demikian kerana usia dan sejarah universiti di Malaysia masih muda jika dibandingkan
dengan universiti terkemuka dunia yang sudah mempunyai sejarah yang lebih daripada 200 tahun
lamanya. Sebagai contoh Universiti terkemuka dunia ialah Universiti Harvard , Cambridge dan Oxford.

Kini tiba pula giliran saya meluahkan segala-gala yang benar-benar dalam hati saya. Pada pendapat
saya saya sebenarnya maklamat ini adalah sukar untuk dicapai! Pertama , masihkah saudara dan
saudari ingat akan masalah ketuk-ketampi ?

Penduduk di dunia luar sudah mula takut dengan kelakuan polis di negara kita. Banyak lagi kejadian-
kejadian yang dahsyat berlaku di penjara kita tidak dilaporkan oleh media. Kedua , pertukaran daripada
penekanan terhadap bahasa Melayu kepada Inggeris sudah merojakkan sistem pendidikan kita. Buku-
buku dan sumber adalah terhad. Tenaga pengajar yang baru tamat ijazah mereka berada dalam zaman
penekanan terhadap bahasa Melayu dan kini akan membawa sedikit cabaran dan masalah untuk mereka
mengajar dalam bahasa Inggeris.

Kita sudah ketinggalan bahasa Inggeris lebih daripada sedekat. Kita sudah jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan Singapore. Mengapakah sistem pemdidikan kita tidak ada perancangan jangka
pangjang? Lebih-lebih lagi sukatan pelajaran sering ditukar. Sistem pendidikan kita semakin tidak relevan
dalam zaman yang moden hari ini. Masa pembelajaran yang terikat sebenarnya tidak memanfaatkan
para pelajar. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara intensif sukar dilaksanakan. Keadaan ini
berlaku kerana berapa banyakah yang dapat dilakukan oleh guru tertentu untuk mengajar dalam 1 atau 2
masa yang terikat kepada jadual?

Mengapa pula pusat tuisyen yang menjalankan kelas secara intensif dapat menghabiskan pengajaran
mereka lebih cepat daripada sekolah malahan lebih efektif untuk sesetengah pelajar? Seterusnya ,
tepuklah dada dan tanyalah selera berapa banyakah buku teks sekolah kita dapat digunakan untuk
proses pengajaran dan pemelajaran? Adakah buku teks tersebut benar-benar membantu pelajar?
Adakah guru-guru pakar buku-buku teks sekolah kita berkualiti? Tepuklah dada dan tanyalah selera!

Ketiga , masalah sosial semakin berleluasa dalam kalangan pelajar kita hari ini. Kita sering kali melihat di
kaca televisyen , dengar melalui gelombang radio dan baca melalui paparan di akhbar bahawa remaja-
remaja kita terlibat dalam black metal , kes buli , rogol , dadah dan sebagainya. Adakah fenomena seperti
ini akan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu? Mungkin kita akan menjadi pusat
kecemerlangan masalah sosial yang terhebat! Kita mungkin akan dikenali raja dadah , raja buli dan raja
segala kejahatan !

Keempat , Akta Universiti dan Kolej (AUKU) telah membantut perkembangan kepimpinan dan minda
mahasiswa dan mahasiswi kita. Mahasiswa dan mahasiswi kita disekat dan dikekang untuk berpolitik
secara sihat di Institusi pengajian tinggi di negara kita. Perkara ini amat mengecewakan kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang demokratik bukannya autokratik! Kelima , mengapakah Universiti
Malaya daripada kedudukan 89 di dunia kini pula berada di tangga 169? Universiti Sains Malaysia pula di
bawah tangga 120 di dunia kini pula tidak tergolong dalam 200 Universiti terbaik dunia? Di manakah
kualiti institusi pengajian tinggi kita yang dilaung-laungkan selama ini? Apakah punca-puncannya?
Bukankah “Malaysia Boleh”?

Konklusinya , dapatkah hasrat tersebut tercapai? Terpulang pada individu tertentu untuk mentafsirnya.
Sebarang pendapat adalah amat dialu-alukan. Pada pendapat saya , hasrat tersebut adalah amat sukar
dicapai! Didapati sistem pendidikan kita semakin kurang kualitinya dari sehari ke sehari! Lebih-lebih lagi
tenaga pengajar yang dilahirkan semakin mengecewakan pada pendapat saya. Entahlah mereka adalah
tenaga pengajar ataupun sebenarnya diri mereka yang patut diajar. Entahlah! Jika negara kita
sebenarnya tidak kurang hebatnya daripada negara lain di dunia ini. Persoalannya kini , mengapakah
korporat-korporat , menteri – menteri , tan sri , datuk , dato , orang-orang kaya dan berkemampuan
menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk belajar? Di mana letaknya semangat patriotisme?
Saya tidak mengatakan semua tetapi sebilangannya sememangnya berbuat demikian. Mengapa?
Entahlah!

” Malaysia bangkitlah dan merealisasikan apa yang tidak mungkin”

You might also like