You are on page 1of 3

Penyebaran Islam di Makkah

Kaedah penyebaran Islam

1. Secara rahsia
2. Secara terbuka

Penyebaran secara rahsia

1. Berjalan selama tiga tahun


2. Ditujukan kepada :
a. Ahli keluarga baginda
b. Sahabat yang rapat
c. Kaum kerabat

Pihak yang menerima Islam secara sulit

1. Sahabat yang rapat – Abu Bakar


2. Kaum kerabat – Ali bin Abu Talib
3. Ahli keluarga – Khadijah, Zaid bin Harithah
4. Golongan bangsawan – Khadijah, Abu Bakar al-Siddiq
5. Tokoh Quraisy – Uthman Affan, Zubair al Awam, al-Arqam bin Abu Arqam

Sebab dakwah peringkat awal dapat sambutan

1. Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w


2. Kejujuran para sahabat

Sebab penyebaran secara rahsia pada peringkat awal

1. Islam masih baru dikenali


2. Bilangan penganut masih sedikit
3. Ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam dihancurkan

Cara penyebaran secara terbuka

1. Menerangkan tentang Islam


2. Mengadakan ceramah di rumah Ali bin Abu Talib
3. Bermusyawarah dengna para sahabat
4. Perjumpaan dengan orang ramai di Bukit Safa
5. Berlaku perbahasan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab
6. Berdakawah kepada keluarga Abdul Mutalib
7. Berdakwah secara lemah lembut, memujuk, berhikmah, membanding nilai akhlak, tidak
memaksa dan membaca ayat al-Quran

Factor Islam diterima oleh orang ramai pada masa itu


1. Tertarik kerana ajaran Islam member layanan yang sama sesama manusia
2. Kemurniaan ajaran Islam
3. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
4. Tidak memaksa
5. Memujuk dengan menggunakan akal untuk memikirkannya
6. Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah kunci kejayaan

Pendekatan Nabi Muhammad s.a.aw yang boleh dicontohi

1. Secara lemah lembut


2. Secara hikmah
3. Memujuk menggunakan akal
4. Membandingkan nilai akhlak jahilliah dengan nilai yang disarankan Islam
5. Membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat
6. Memberikan penerangan
7. Menunjukkan teladan yang baik
8. Menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikut
9. Kesabaran yang tinggi

Nyatakan cirri-ciri terbaik pendakwah Islamiah

1. Harta bukan ukuran


2. Kesabaran yang tinggi
3. Pengorbanan

Penentangan Orang Quraisy Makkah

Mengapa orang Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?

1. Perbezaan kepercayaan dan amalan dengan Islam


2. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia
3. Prinsip persamaan bertentangan dengan masyarakat Arab Jahilliah
4. Mereka membezakan golongan atasan dengan golongan bawahan
5. Mereka menolak persaudaran Islam yang bertentangan dengan konsep assabiyah
6. Islam melarang amalan seperti mencuri/menindas/berzina/minum arak
7. Mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi
8. Penyebaran Islam menggugat pengaruh/kedudukan mereka
9. Penyebaran Islam menggugat ekonomi kerana akan menjejaskan aktiviti penjualan berhala

Cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w


1. Cemuhan, tohmahan dan tuduhan terhadap baginda
2. Mengganggu baginda beribadat
3. Penyair Arab Quraisy mengejek melalui puisi mereka
4. Memujuk Nabi Muhammad s.a.w supaya meninggalkan dakwah Islamiah
5. Menawarkan kedudukan /harta dan wanita cantik
6. Melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga
Nyatakan bentuk pemulauan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w
1. Menulis pernyataan tentang pemulauan
2. Menggantungnya di Kaabah
3. Pemulauan terhadap bagindan dan keluarga baginda
4. Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga baginda
5. Tidak member sebarang bentuk pertolongan
6. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga baginda

Sebab pemulauan berjalan selama tiga tahun


1. Terdapat di kalangan anggota Quraisy tidak mematuhi peraturan pemulauan
2. Member bantuan kepada orang Islam
3. Golongan Islam yang berkemampuan telah membantu golongan yang kurang berada
4. Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan kesemua hartanya demi membantu
perjuangan Islam yang suci

Cara orang Islam menghadapi penentangan


1. Tabah dan sabar
2. Menerima perlindungan dan bantuan Abu Talib
3. Golongan kaya Islam membantu mengurangkan penderitaan
4. Khadijah menyerahkan kesemua hartanya
5. Berhijrah ke Habsyah
6. Baginda tidak turut serta untuk menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah
7. Bersama Zaid b in Harithah ke Taif menyebarkan Islam
8. Hijrah ke Madinah setelah menerima wahyu Allah
9. Cekal dan tidak berputus asa

Sebagai rasul dan pemimpin agung, apakah sifat yang menjadi contoh kepada kita semua?
1. Tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan
2. Sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy
3. Bijak dalam menangani cabaran
4. Tabah menempuh dugaan

You might also like