You are on page 1of 21

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

TEKNIK MENGAWAL
RUMPAI SAWIT
PENDAHULUAN
- Mengawal rumpai adalah salah satu aktiviti agronomi yang
penting dalam penanaman sawit. Ia dilakukan bagi
mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur
dan produktif.
- Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air,
cahaya dan ruang.
- Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan
proses kematangan serta mengurangkan pengeluaran buah
tandan segar.
- Kos kawalan rumpai merupakan kos kedua tertinggi selepas
pembajaan 17 – 27% daripada keseluruhan kos operasi.
- Kehadiran rumpai menyukarkan aktiviti
perladangan seperti penuaian BTS, pemungutan buah
relai, pengangkutan BTS, pembajaan dan penyeliaan
ladang.

- Rumpai menjadi perumah sementara bagi


serangga perosak, penyakit dan persembunyian
binatang kecil.
Penggunaan racun rumpai secara berleluasa pada
peringkat muda boleh menjadikan pertumbuhan
tanaman sawit tidak normal.
JENIS RUMPAI
- Bagi memperoleh strategi kawalan rumpai yang
berkesan pengelasan rumpai adalah perlu.
- Pengelasan rumpai dibuat berdasarkan gabungan
bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan.
- 4 kumpulan utama seperti berikut:

i. Jenis Rumput
-Daun berbentuk tirus, memanjang serta urat
daunnya selari.
- Biasanya membiak melalui biji benih yang
banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan
aktiviti manusia.
- Ada juga membiak menerusi bahagian
tampang seperti stolon, rizom, pecahan
rumpun dan umbisi

- Antara spesies rumpai yang memberi


persaingan hebat kepada tanaman sawit ialah
Imperata cylindrica (lalang), Ischaemum
muticum (rumput dawai) dan Pennisetum
polystachion (rumput gajah).
ii) Jenis Menjalar
- Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring.
- Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan
merayap dipermukaan tanah, memanjat tunggul kayu
mati atau batang pokok yang masih hidup.
- Pembiakan utama melalui biji benih.
- Tunas pada setiap ruas boleh menghasilkan pokok baru
apabila bersentuh/tertimbus dengan tanah yang lembap.
- Contoh: Mikania micrantha (selaput tunggu), Passiflora
foetida (timun padang).
- Tanaman penutup bumi boleh menjejaskan pertumbuhan
pokok sawit dengan memanjat dan menutupi
keseluruhan permukaan pelepah sawit jika tidak diurus
dengan baik.
iii) Jenis Renek
- Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak
ranting kecil.
- Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada
juga berbatang lembut.
- Pembiakan utama melalui biji benih, tunas pada
setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila
bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang
lembap.
- Contoh: Asystasia intrusa (akar ruas)
Chromolaena odorata (pokok kapal terbang),
Melastoma malabathricum (senduduk) dan
Clidemia hirta (senduduk bulu).
iv) Paku-pakis dan resam
- Pakis dan resam sering kelihatan tumbuh di atas
tanah yang kurang subur.
- Mempunyai sistem perakaran yang cetek dan tidak
memberi persaingan serius kepada tanaman sawit.
- Sering terdapat di kawasan sawit matang dan
sesetengahnya hidup secara epifit pada batang sawit.
- Pembiakan utama melalui spora yang terdapat di bawah
permukaan daun dan melalui rizom.
- Contoh: Nephrolepis bisserata (paku larat), Stenochlaena
palustris (paku rawan), Dicranopteris linearis (resam)
dan Lygodium lexuosum (ribu-ribu gajah).
Kaedah Kawalan Rumpai
4 kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan di kawasan
tanaman sawit dan pemilihannya boleh dilakukan
secara individu atau integrasi pelbagai kaedah.

i. Kultur
- Melibatkan amalan pertanian seperti sungkupan di sekeliling
pangkal pokok, menanam tanaman kontan atau kekacang
penutup bumi.
- Bahan yang biasa digunakan sebagai sungkupan ialah tandan
sawit kosong atau racikan batang sawit tua yang diletakkan di
sekeliling pangkal pokok.
- Teknik sungkupan menggunakan helaian plastik hitam, guni
plastik baja yang kosong boleh digunakan sebagai bahan
sungkupan.
ii) Mekanikal

- Kaedah mekanikal mudah dilakukan melibatkan


penggunaan peralatan seperti cangkul, sabit, tajak,
parang, mesin pemotong rumput dan alat pembajakan
tanah.

iii) Biologikal

- Melibatkan penggunaan spesis organisma hidup seperti


serangga, kulat, bakteria, parasit dan integrasi dengan
haiwan ternakan.
- Ternakan lembu secara integrasi.
iv. Kimia

Kaedah kawalan rumpai yang digunakan secara


meluas.

Menggunakan racun rumpai yang disembur dengan alat


penyembur tertentu

Kaedah ini berkesan untuk kawalan rumpai dan tempoh


agak panjang .

Penggunaan racun rumpai memerlukan pengawasan


yang betul supaya berkesan.
RACUN RUMPAI BAGI KAWASAN TANAMAN SAWIT MUDA
Kawasan Sawit Matang
- Tanaman sawit mula membesar, kanopinya mula bersentuh
antara satu masa lain. Jumlah cahaya matahari yang melepasi
permukaan tanah akan berkurangan.
- Keadaan ini menyebabkan tanaman kekacang penutup bumi
mula pupus secara semula jadi.
- Habitat pertumbuhan bertukar dengan rumpai yang tahan
naungan di kawasan tanaman sawit.
- Jika tiada program kawasan yang baik rumpai akan membesar
dan bersaing dengan tanaman sawit dan menyukarkan aktiviti
harian ladang.
- Pengawalan rumpai terlalu intensif menyebabkan permukaan
tanah terdedah kepada proses hakisan.
Kawasan Sawit Matang ( smbg )
- Kawalan rumpai biasanya dilakukan dengan semburan
racun rumpai supaya kawalan lebih dalam jangka masa
panjang.

- Strategi kawalan rumpai perlu bijak dan sistematik supaya


pokok sawit membesar dengan baik dan menjadi lebih
produktif.

- Kawalan rumpai secara integrasi dengan haiwan ternakan


boleh dilakukan tetapi masih memerlukan semburan racun
rumpai kerana tidak semua rumpai dimakan oleh haiwan
ternakan.
Pembersihan Di Keliling Pangkal Pokok
Dan Lorong Tuaian

- Kawasan bulatan bersaiz 4m garis pusat di keliling


pangkal pokok dan lorong tuaian selebar 1.8m
perlu bebas daripada rumpai bagi memudahkan
kerja membaja, pengambilan nutrien oleh pokok,
penuaian buah tandan masak dan memungut buah
relai.
- Campuran Racun Rumpai untuk kawalan rumpai untuk
kawalan rumpai di sekeliling pangkal pokok sawit matang
dan lorong tuaian buah sawit.
RACUN RUMPAI UNTUK KAWALAN RUMPAI TERPILIH
Panduan Keseluruhan
Penggunaan Racun Rumpai
A. Sebelum menyediakan bancuhan racun:
i) Baca arahan pada label
ii) Pastikan alat penyembur racun
berkeadaan baik
B. Sewaktu menyediakan bancuhan racun:
i) Pakai sarung tangan getah
ii) Gunakan kayu yang bersih untuk mengacau
bancuhan racun
iii) Jangan membancuh racun dalam bekas atas
peralatan yang digunakan seharian di rumah.
C. Sewaktu Menyembur Racun

i) Memakai pakaian keselamatan dan alat pelindung


diri
ii) Elakkan menyembur kawasan berdekatan sumber air

yang masih digunakan.


iii) Jangan makan,minum, merokok sambil menyembur

racun.
iv) Jangan menyembur racun bertentangan dengan arah

tiupan angin.
D. Selepas Meracun:

i) Bersihkan alat semburan dan peralatan


dan simpan ditempat selamat.
ii) Bersihkan segera bahagian badan dan
pakaian yang terkena racun dengan
sabun dan air.
iii) Sekiranya berasa pening dan muntah,
segera berjumpa doktor untuk rawatan
sewajarnya
Sekian Terima Kasih

RUJUKAN : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia ( MPOB )

You might also like