You are on page 1of 7

TOKOH-TOKOH TERKENAL ISLAM DALAM BIDANG

PERUBATAN
Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun islam terbahagi kepada 3 zaman yang
penting, iaitu zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman
kemerosotan. Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang
negara-negara Islam.

1. Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)

Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat. Lahir pada abad ke 8M. Beliau
terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai
pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan
eropah dan asia kecil hingga abad ke 14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah
buku,malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah.Antara karyanya yang sering
dirujuk ialah:

a) Book of the seventy (disertasi)


b)Book of the composition of alchemy
c)Book of sun perfection
d)kitab al-Rahmah
e)Kitab tajmik
f)Book of eastern Mercury

Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi) ,Book of the composition of alchemy
dan Book of sun perfection telah diterjemahkan kedalam bahasa latin dan telah menulis secara
saintifik tindak balas penurunan(reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar
dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali
dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari ini.

2. Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)

Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal.Beliau dikenali sebagai
Joannitus, lahir di hirah(Iraq). Telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-
Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan dilantik sebagai pengarah institut
al-hikmah oleh khalifah al-ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip
yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat manterjemahkan buku meteria
medica, Aphorisma, seven books dan synopsis yang masing-maisng ditulis oleh
Dioscorides,Hippocrates,Paul A.Egina dan Oribasius.

Beliau juga telah menulis sendiri 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan
perubatan(questions of medicine) yang sesuai oleh penuntut oftalmologi dan perubatan

1
3. Thabit Ibnu Qurah(838-901M)

Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan.beliau telah
menterjemah buku dalam bahasa yunani dan Siriak kapada bahas arab. Beliau adalah pelopor
pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes,
Euclid, Ptolemy dan Gelen.Selain daripada terjemahan beliau juga telah menyusun secara
teratur ilmu perubatan yunani kedalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan
buku ini menyentuh tentang kebersihan,penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit,
penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur,
dislokasi dan diet (pemakanan)

4. Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)

Beliau dikenali sebagai di Eropah dengan galaran al-Kindi.Beliau anak seorang gabenor Kufah
dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah(809M).Memperolehi pendidikan di Basrah dan sepas itu
berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan dan
guru diraja semasa pemerintahan al-ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya yang meliputi
pelbagai aspek bidang ilmu ,dengan ini bolehlah dikatakan beliau seorang cedikiawan yang serba
boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku.diantara bidang yang beliau tulis
ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik,
meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat
daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh
Atiyeh(1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan kedalam bahasa latin ialah The Books
of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan sintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah
menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .

5. Ibnu Sina

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya
dengan panggilan Avicenna. Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki
pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah- falsafah dan perubatan. Sumbangan yang
ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehanya untuk
mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan. Terdapat banyak ilmu
perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan. Terutamanya
mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pambedahan. Buku beliau telah digunakan secara
meluas di Universiti-universiti Eropah hingga abad 15M. Pada bad ke 12M, buku beliau telah
diterjemah oleh Genard Cremona yang berpindah ke Toledo, sepanyol kedalam bahasa latin.
Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali,15 edisi dalam bahsa latin dan sebuah dalam bahasa
yahudi(Hebrew). Pada abd ke 16M buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Penulis dibarat telah
menganggap Ibnu Suna sebagai bapa kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan ilmu
perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari
India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Antara sumbangan utama beliau terhadap
dunia perubatan ialah:

a) Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan

2
b) Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari ini sebagai
psikosomatis(psikosomatic medicine)

c) Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan


humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di
Pakistan, Afganistan dan Parsi.

d) Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit
paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit.

e) Beliau juga dapat menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms)


penyakiut kencing manis(diabetis)dan masalah yang timbul daripadanya.

Osler menganggap karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan
yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh
yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain dan ia dibahagikan kepada 5
buku iaitu

a)buku yang membicarakan tantang asas-asas umum.


b)buku-buku ubatan simple(biasa)
c)buku penyakit organ-organ tertentu
d)buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan
e)buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian).

6. Al-Razi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih
terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan
Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal
daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M
di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun
925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad
yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan.
Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu
dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan
untuk melakukan penyelidikan. Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau
pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa arab dan hadis.
Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan
yang teragung dalam dunia islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia.

Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu ishaq, seorang pakar
perubatan parsi dan India. Al-razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi
pengarah disebuah hospital di rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan
psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi.
Beliau meneruskan tradisi yang diasakan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan
islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140

3
daripadanya dalam ilmu perubatan(10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa
Latin).

Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah Treatisnya berkenaan dengan campak
cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di
Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan
amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang
seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris,
Perancis Pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul kitab Al-
mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab.
beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang
berkenaan dengan seni dan sains perubatan

Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya

a) Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld


purgatives)

b) Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan


kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

c) Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

d) Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.


Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-
Hawi mengandungi

a)Cara menjaga kesihatan

b)Mengubati penyakit melalui cara makanan.

c)Mengenal tanda-tanda penyakit

Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng
kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the
book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat
bahan kimia hingga abad 14M.

7. Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)

Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama
Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan
yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan
pendidikan di bahagian Sepanyol Islam.Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah
berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai
seorang pengamal perubatan,pakar bedah dan Pharmacist.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku

4
yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama
penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut
al-Tasrif sahaja.

Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku.Buku ini


meliputi tajuk-tajuk –tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan.Satu
salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka.

Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa
latin dan bahasa asing yang lain.Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada
pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah
dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang
perubatan.

Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di
Itali . Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke
Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap
sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis.

Dengan secara kebetulan, pada ketika yang samasatu manual surgery oleh Roger of
Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger,
surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto
dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama
dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963)

Dalam abad ke-14 M. Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai standing
denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya Great
Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan
kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara
verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku
teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius.

Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai


bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di
Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan –
terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini
semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali.

Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi
seorang tokoh perubatan yang terkemuka. Ketokohannya diakui di negara Sepanyol,
Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat.
Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting

1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang


kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.

2. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan

5
terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-
proses yang dibuat olehnya.

3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika


itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan,
persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara
terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya
adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud
pada ketika itu.

Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas
diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan.Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah
memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.

Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan


penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen,
meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit
(profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.

Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan
membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang
ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat
atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

8. Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi

Beliau dikenali sebagai Isaac Judaeus dan dilahirkan di Qairawan,Mesir.


Berpengetahuan luas dalam bidang perubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan
astronomi. Diantara karya beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh
Constantin the African ialah:-

i)On diet and Medicine(pemakana dan ubat-ubatan)


ii)Kitabul Istiqsat
iii)Kitab al-Hudud waal-Rusum
iv)On Fevers(demam)
v)On Urine(Urin)

9. Ibnu Zuhr

Dikenali sebagai Avenzoar dan juga dipanggil abu Meron. Beliau merupakan ahli
falsafah dan perubatan. Beliau adalah kawan karib kepada IbnuRusyd(Averroes).
Hasil karya yang utama beliau ialah al taysirfi al-Murawahwa al-tadbir (facilitation of
treatment) diterjemahkan ke dalam bahasa latin pada 1280M oleh Paravicius.
Melalui buku ini, beliau telah menulis mengenai scabies, perikarditis, penyakit telinga
tengah, pengeluaran batu karang dan trakeotomi. Beliau juga menulis mengenai sarap
tiruan melalui mulut atau anus dan kepentingan teknik ini dalam perubatan.

10. Ibnu Rusyd

6
Beliau terkenal di Eropah dengan nama Averroes .Nama penuh beliau ialah Abu al-Walid
Muhamad Ibnu Ahmad,dilahirkan di cordova dan tinggal di Sepanyol. Beliau hanya
mengetahui dalam bahasa arab dan kesemua sumber bacaan dan karya beliau dibuat
dalam bahasa arab. Beliau adalah tokoh falsafah dan perubatan yang bertugas sebagai
guru, doktor istana, penasihat politik dan hakim. Ibnu Rusyd telah menulis sebuah kitab
al kuliah (general rules on Medicine) yang mengandungi 16 jilid. Buku ini dianggap tinggi
mutunya dan dicetak beberapa kali di Eropah.

Ibnu Rusyd adalah seorang pengarang yang produktif. Beliau mula mengarang dalam
usia 36 tahun, dan dalam masa hampir 40 tahun beliau menghasilkan karangan yang
terdiri dari 10000 lembar, menyentuh tentang falsafah, sains dan perubatan. Oleh sebab
falsafahnya beliau pernah dibuang negeri selama setahun di ai-Yasanah (Bandar
berhampiran Cordoba) semasa umur beliau menjelang 70 tahun dan beliau meninggal
dunia tidak beberapa lama kemudian Maghribi

11. Ibnu Quff

Beliau dilahirkan di Bandar al Karak, Jordan dan meninggal di Damsyik. Nama sebenar
beliau ialah Amin al-Dawlah Abu Al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishak Ibnu al-Quff
al-Mariki al-Karaki. Beliau adalah seorang pakar bedah dan mengamalkannya di Ajlun
dan di Damsyik. Buku panduan mengenai surgery hasil karya Ibnu al-Quffialah
al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah (The Authority of Surgery), adalah buku yang
komprehensif dan mengandungi 20 fasal kesemuanya. Beliau menekankan
kepentingan anatomi dalam pembedahan, dan membicarakan tentang teknik-teknik
pembedahan, alat yang hendak diguna, dan atucara pembedahan dengan jelas dan
terpeinci

You might also like