You are on page 1of 2

1.

MAKSUD PENDEKATAN KIOSK DAN BILA


PENDIDIKAN KHAS BOLEH LAKSANAKAN.

Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu kelas pemulihan
yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian kecerdasan. Kecerdasan manusia
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri
manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap
kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan
dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh
diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk
dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui pendekatan kiosk, proses
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar
bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.

Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar
menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar.
Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul,
menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar –
mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang
suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan
badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang
menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah
ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam
menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta
bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah
ruang belajar-mengajar secara individu.
Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang
merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun begitu, banyak perlu diubah terhadap
struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat
bantu mengajar yang lebih kreatif dan sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid.
Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran
serta kreativiti mereka. Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya
akan menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan
kecerdasan yang pelbagai. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami
pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat
mereka

You might also like