You are on page 1of 10

PENGERTIAN MAKKIYAH

Posted by anatomi-alquran
Labels: Abdussalam 4322 / Comments: (0)

PENGERTIAN MAKKIYAH & MADANIYAH DAN PERKARA


BERKAITAN DENGANNYA

Cara menentukan Makki dan Madani para ulama bersandar pada dua cara utama
.Manhaj sima`i naqli ( metode pendengaran seperti apa adanya ) dan Manhaj qiyasi
ijtihadi ( menganalogikan dan ijtihad ).

Cara sima'i naqli ialah didasarkan pada riwayat sahih dari para sahabat yang hidup
pada saat dan menyaksikan turunnya wahyu atau dari para tabi`in yag menerima dan
mendengar dari para sahabat, dimana dan peristiwa apa yang berkaitan dengan
turunnya wahyu itu. Sebahagian besar penentuan makki dan madani itu didasarkan
pada cara pertama.Antara contoh-contohnya adalah bukti paling baik baginya.
Penjelasan tentang penentuan tersebut telah memenuhi kitab-kitab tafsir bil ma`tsur.
Kitab asbabun Nuzul dan pembahasan-pembahasan mengenai ilmu-ilmu Qur`an.

Cara qiysi ijtihadi iaitu yang kedua didasarkan pada ciri-ciri makki dan madani.
Apabila dalam surah makki terdapat suatu ayat yang mengandung ayat madani atau
mengandungi persitiwa madani, maka dikatakan bahawa ayat itu adalah madani dan
sebaliknya. Bila dalam satu surah terdapat ciri-ciri makki, maka surah itu dinamakan
surah makki. Juga sebaliknya. Inilah yang disebut qiyas ijtihadi.

Perbezaan Makki dan Madani

Para ulama mempunyai tiga cara pandangan yang masing-masing mempunyai


dasarnya sendiri. Pertama, dari segi waktu turun sesuatu ayat. Makki adalah yang
diturunkan sebelum hijrah meskipun bukan dimekkah. Madani adalah yang turun
selepas hijrah meskipun bukan di madinah yang diturunkan selepas hijrah sekalipun
dimekkah atau Arafah adalah madani

Kedua, dari segi tempat turunnya. Makki adalah yang turun di mekkah dan sekitarnya.
Seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah. Dan Madani ialah yang turun di madinah dan
sekitarnya. Seperti Uhud, Quba` dan Sil`. Pendapat ini mengakibatkan tidak ada
pembahagian secara konkrit yang mendua. Sebab yang turun dalam perjalanan, di
Tabukh atau di Baitul Maqdis tidak termasuk kedalam salah satu bagiannya, sehingga
ia tidak dinamakan makki ataupun madani. Juga mengakibatkan bahwa yang
diturunkan dimakkah sesudah hijrah disebut makki.
Ketiga ialah dari segi pembicaraan, Makki adalah yang seruannya ditujukan kepada
penduduk mekkah dan madani ditujukan kepada penduduk madinah. Berdasarkan
pendapat ini, para pendukungnya menyatakan bahwa ayat Qur`an yang mengandung
seruan yaa ayyuhannas ( wahai manusia ) adalah makki, sedang ayat yang
mengandung seruan yaa ayyu halladziina aamanuu ( wahai orang-orang yang beriman
) adalah madani. Namun melalui pengamatan cermat, nampak bagi kita bahwa
kebanyakan surah Qur`an tidak selalu dibuka dengan salah satu seruan itu, dan
ketentuan demikian pun tidak konsisten. Misalnya surah baqarah itu madani, tetapi
didalamnya terdapat ayat makki.

KETENTUAN & CIRI-CIRI KHAS MAKKI DAN


MADANI

Para ulama telah meneliti surah-surah makki dan madani, menyimpulkan beberapa
ketentuan analogis bagi keduanya yang menerangkan ciri-ciri khas gaya bahasa dan
persoalan-persoalan yang dibicarakannya. Melalui ini mereka dapat menghasilkan
kaedah-kaedah dengan ciri-ciri tersebut.

1) Ketentuan Surah Makkiyah .


Setiap surah yang didalamnya mengandung `sajdah` maka surah itu makki.
Setiap surah yang mengandung lafaz ` kalla` berarti makki. Lafaz ini hanya
terdapat dalam separuh terakhir dari Qur`an dan di sebutkan sebanyak tiga puluh
tiga kali dalam lima belas surah.
Setiap surah yang mengandungi yaa ayyuhan naas dan tidak mengandungi yaa
ayyuhal ladzinaa amanuu, berarti makki. Kecuali surah al-Hajj yang pada akhir
surah terdapat ayat yaa ayyuhal ladziina amanuur ka`u wasjudu. Namaun demikian
sebagian besar ulama berpendapat bahwa ayat tersebut adalah makki.
Setiap surah yang menngandung kisah para nabi umat terdahulu adalah makki,
kecuali surah baqarah.
Setiap surah yang mengandung kisah Adam dan iblis adalah makki, kecuali surat
baqarah.
setiap surah yang dibuka dengan huruf-huruf singkatan seperti alif lam mim, alif
lam ra, ha mim dll, adalah makki. Kecuali surah baqarah dan ali-imran, sedang
surah Ra`ad masih diperselisihkan.

2) Tema & Gaya Bahasa Surah Makkiyah


Dari segi ciri tema dan gaya bahasa, ayat makky dapatlah diringkas sebagai berikut
:
a) Ajakan kepada tauhid dan beribadah hanya kepada Allah, pembuktian mengenai
risalah, kebangkitan dan hari pembalasan, hari kiamat dan kengeriannya, neraka
dan siksanya, surga dan nikmatnya, argumentasi dengan orang musyrik dengan
menggunkan bukti-bukti rasional dan ayat-ayat kauniah.
b) Peletakan dasar-dasar umum bagi perundang-undangan dan ahlak mulia yang
menjadi dasar terbentuknya suatu masyarakat, dan penyingkapan dosa orang
musyrik dalam penumpahan darah, memakan harta anak yatim secara zalim.
Penguburan hidup-hidup bayi perempuan dan tradisi buruk lainnya.
c) Menyebutkan kisah para nabi dan umat-umat terdahulu sebagai pelaran bagi
mereka sehingga megetahui nasib orang yang mendustakan sebelum mereka, dan
sebagai hiburan buat Rasulullah SAW sehingga ia tabah dalam mengadapi
gangguan dari mereka dan yakin akan menang.
d) Suku katanya pendek-pendek disertai kata-kata yang mengesankan sekali,
pernyataannya singkat, ditelinga terasa menembus dan terdengar sangat keras.
Menggetarkan hati, dan maknanya pun meyakinkan dengan diperkuat lafal-lafal
sumpah, seperti surah-surah yang pendek-pendek dan perkecualiannya hanya
sedikit.

3) Ketentuan Surah Madani


a) Setiap surah yang berisi kewajiban atai had ( sanksi ) adalah madani.
b) Setiap surah yang didalamnya disebutkan orang-orang munafik adalah madani,
kecuali surah al-ankabut adalah makki.
c) Setiap surah yang didalamnya terdapat dialog dengan ahli kitab adalah madani

4) Tema dan Gaya Bahasa surat Madaniyah


Dari segi ciri khas, tema dan gaya bahasa, dapatlah diringkaskan sebagai berikut :

a) Menjelaskan ibadah, muamalah, had, kekeluargaan, warisan, jihad, hubungan


sosial, hubungan internasiaonal baik diwaktu damai maupun perang, kaidah hukum
dan masalah perundang-undangan.
b) Seruan terhadap ahli kitab, dari kalangan yahudi dn nasrani. Dan ajakan kepada
mereka untuk masuk Islam, penjelasan mengenai penyimpangan mereka, terhadap
kitab-kitab Allah, permusuhan mereka terhadap kebenaran, dan perselisihan mereka
setelah ilmu datang kepada mereka karena rasa dengki diantara sesama mereka.
c) Menyingkap perilaku orang munafik, menganalisi kejiwaannya, membuka
kedoknya dan menjelaskan bahwa ia berbahaya bagi agama.
d) Suku kata dan ayat-ayatnya panjang-panjang dan dengan gaya bahasa yang
memantapkan syariat serta menjelaskan tujuan dan sasarannya.
Surah- surah makiyah dan madaniah yang sah ada 20 surah :

1. Al-Baqarah
2. Ali 'Imran
3. An-Nisa'
4. Al-Ma'idah
5. Al-Anfal
6. At-Taubah
7. An-Nur
8. Al –Ahzab
9. Muhammad
10. Al-Fath
11. Al- Hujrat
12. Al-Hadid
13. Al-Mujadilah
14. Al-Hashr
15. Al-Mumtahinah
16. Al-Jumuah
17. Al-Munafiqun
18. Al-Talaq
19. At-Tahrim
20. An-Nasr

Dan ada perbezaan pendapat pada 12 surah tersebut:

1. Al-Fatihah
2. Al-Rad
3. Al-Rahman
4. Al-saff
5. Al-Tagabun
6. Al-Mutaffifin
7. Al-Qadar
8. Al-Bayyinah
9. Al-Zalzalah
10. Al-Ikhlas
11. Al-Falaq
12. Al-Nas

AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

Posted by anatomi-alquran on Tuesday, March 30, 2010


Labels: Hafiz 4524 / Comments: (0)

PENDAHULUAN
Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w
bermula sejak baginda berada di Mekah hinggalah baginda berpindah ke Madinah.
Ayat-ayat al-Quran tersebut telah menyentuh pelbagai masalah dan persoalan yang
dihadapi oleh umat Islam. Ayat-ayat al-Quran juga telah mengubah tabiat buruk umat
Arab menjadi baik dan membentuk mereka menjadi umat yang terpuji dalam jangka
masa yang amat singkat.
Perlu diketahui bagaimanakah ayat-ayat al-Quran begitu mampu mengubah unat
Jahiliah kepada umat yang bertamadun dalam jangka masa yang singkat selain dengan
sebab ia merupakan kitab mukjizat. Antara sebab lain ialah kerana kelembutan al-
Quran dalam menangani persoalan dan masalah mereka. Al-Quran berperingkat-
peringkat mengubah perangai dan tabiat buruk mereka hingga akhirnya mereka
meninggalkannya semua sekali dengan rela. Kerana itu wujudlah ayat-ayat al-Quran
yang membatalkan ayat yang awal turunnya dan sebaliknya. Untuk mengetahui mana
satu ayat yang awal dan yang akhir secara berturutan seseorang itu perlilah
mengetahui dan memahami dengan tepat persoalan ayat Makki dan ayat Madani.

PENGERTIAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI


- Terdapat perselisihan ulama dalam mentakrifkan apakah ayat Makki dan ayat
Madani. Mereka membuat takrifan tersebut biasanya berdasarkan aspek tempat dan
juga masa diturunkan ayat tersebut.
# Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki
sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada
di Mekah dan kawasan sekiyarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun
sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi
Muhammad s.a.w di Mdinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar
dan juga di Uhud.
# Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka
ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang
dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan
“Wahai Bani Adam..” Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan
khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai
orang-orang yang beriman…”.
# Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki
sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada
diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara
ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah
walaupun diturunkan di Mekah.
# Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai
kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini
adalah kerana sebab-sebab yang berikut:
1) Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut
misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat:
Maksudnya : Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum
Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang
mereka sembah selain dari ar-Rahman. (Surah az-Zukhruf: 45)
2) Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam
ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi
Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-
ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat
dalam ayat berikut :
Maksudnya: Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah
dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri
Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mha Penyayang. (Surah at-
Tahrim: 1)
3) Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam
ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat
turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah.
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan
Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia
hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-
baik Pemberi Ingat\nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan
lagi Amat Maha Melihat. (Surah an-Nisa’: 58)

SURAH-SURAH AL-QURAN YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN


MADANI
# Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada
surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di
dalam surah Makki sebanyak 82 surah iaitu surah :

1) al-A’raf
2)al-A’la
3)al-A’diyat
4)al-Ahqaf
5)al-A’laq
6)al-An’am
7)al-Anbiya’
8)an-Nisa’
9)al-Ankabut
10)al-‘Asyr
11)al-Balad
12)al-Buruj
13)ad-Dhuha
14)ad-Dukhan
15)al-Fajr
16)al-Fathir
17)al-Fill
18)al-Furqan
19)al-Ghasyiyah
20)al-Hajj
21)as-Sajdah
22)al-Haqqah
23)al-Hijr
24)Hud
25)al-Humazah
26)Ibrahim
27)al-Infitar
28)al-Insyirah
29)al-Insyiqaq
30)al-Isyraq
31)al-Jathiyah
32)al-Jin
33)al-Kafirun
34)al-Kahfi
35)al-Kauthar
36)al-Lahab
37)al-Laili
38)Luqman
39)al-Maarij
40)al-Ma’un
41)Maryam
42)al-Muddathir
43)al-Mukmin
44)al-Mukminun
45)AL-Mulk
46)al-Mursalat
47)al-Muthaffifin
48)al-Muzammil
49)an-Naba’
50)an-Najm
51)an-Nahl
52)an-Naml
53)an-Naziat
54)Nuh
55)Qaff
56)al-Qalam
57)al-Qamar
58)al-Qariah
59)al-Qasas
60)al-Qiyamah
61)Quraisy
62)ar-Rumm
63)as-Saba’
64)Shad
65)as-Soffat
66)a-Syam
67)as-Syua’rak
68)as-Syura
69)at-Takathur
70)at-Takwir
71)Taha
72)at-Thariq
73)at-Thur
74)at-Tin
75)al-Waqiah
76)Yassin
77)Yunus
78)az-Zariyat
79)az-Zukhruf
80)az-Zumar
81)al-Insan
82) Fussilat

-Surah-surah Madani - Termasuk di dalam surah-surah Madani sebanyak 20 surah


iaitu:
1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur
8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah
14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-
Tahrim 20)an-Nashr
- Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai
surah Madani iaitu surah:
1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-
Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass
- Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke
dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya
dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di
Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada
Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi
diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada
Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam.
- Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti
surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153
diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19
diturunkan di Madinah.
AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI
# Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan
Madani dan diturunkan di Madinah tetapai dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu
dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti kandungan dan tajuk yang dibawa
oleh ayat-ayat tersebut misalnya:
a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani
- Iaitu ayat 13 dalam surah AL-Hujurat yang diturunka di Mekah semasa pembukaan
Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah
umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh
itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.
b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki
- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab
yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan
surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi
hukumnya Makki. Cara-cara untuk mengenal ayat-ayat Makki dan Madani
# Untuk mengetahui sesuatu perkara yang sebenarnya secara pasti tentulah kita
sendiri perlu melihat atau menyaksikan perkara tersebut begitu juga dengan al-Quran.
Untuk mengetahui dengan pasti tentang apakah itu ayagt Makki atau Madani sudah
pasti kita perlu hadir di dalam masa penurunan wahyu tersebut. Namun begitu
tentulah mustahil sama sekali untuk kita mengulangi kembali perkara yang telah
berlaku. Oleh yang demikian, ulama telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya
kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:
1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang
disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu
itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang
menyaksikan turunnya wahyu
2) Cara kias ijtihad Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap
ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab
yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat
Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita
akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang
tertentu yang kita telah bincangkan di atas.
Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani
# Berikut merupakan beberapa cirri umum yang dapat membantu kita mengenali sama
ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani
A-Ciri-ciri Ayat Makki
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (‫)كل‬
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (‫ )ياايهاالناس‬dan tidak mengandungi
perkataan ( ‫)ياايهاالذينءامنوا‬
4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan
surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah
al-Baqarah.
6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (‫ )حم‬dan (
‫ )الم‬di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam
penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat
mentarjihkan lagi iaitu;
1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang
bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.
2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari
Akhirat (syurga dan neraka).
3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan
berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.
4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan
pemimpin-pemimpin mereka.
5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab
yang suka bersumpah.
B- Ciri-ciri Surah Madani
1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan
hukum-hukum mengenainya.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah
al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak,
undang-undang awam, social dan kenegaraan.
4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan
terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah
sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.
Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih
mengukuhkannya iaitu:
1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan
perbicaraan yang tenang.
2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih
terperinci.
HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN
MADANI
# Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi
umat Islam antaranya:
1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas
satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan
membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi
kehendak Allah s.w.t.
2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara
pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah
keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih
dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.
4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan
agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat
seluruhnya.
PENGETAHUAN TENTANG TURUNNYA AYAT YANG PERTAMA DAN
TERAKHIR
Gambaran tentang turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w seperti adanya suatu
kekuatan yang turun dari tempat yang tinggi dan diterima oleh seseorang. Ini
menunjukkan bahawa ia telah diturunkan daripada tempat yang lebih tinggi. Maka
betapa tingginya kedudukan al-qur’an dan betapa besarnya ajaran-ajarannya yang
dapat mengubah perjalanan hidup manusia, menghubungkan langit dengan bumi,
dunia dan akhirat.
Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber pertamanya iaitu
al-Qur’an akan memberikan kepada kita sesuatu ilmu tentang tahapnya dalam hukum
dan hubungkaitannya dengan keadaan tempat di mana hukum itu diturunkan tanpa
menimbulkan perselisihan antara yang terdahulu dengan yang akan datang. Masalah
seperti ini memerlukan sesuatu kajian mengenai apa yang pertama sekali turun dan
apa yang terakhir. Dan kajian seperti itu juga, menuntut adanya perbahasan mengenai
segala hukum-hakam Islam seperti makanan, minuman, peperangan dan lain-lain.
Para ulama’ mempunyai banyak pengalaman dalam perkara yang mula-mula
diturunkan dan apa yang terakhir. Di sini saya akan paparkan dengan ringkas,
kemudian saya dedahkan pandangan yang paling benar.

You might also like