You are on page 1of 2

Langkah : 1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.

Badan ini telah


mengadakan berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut.
Mengadakan program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu
dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu
meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk
memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan
kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka pusat latihan dan melatih para belia dan
beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan
maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa
aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum
dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai Perbadanan
Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya. 

2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu
dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping
meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan,
pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan
tangan yang berpotensi di kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan
yang ada seperti bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar
dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan.
Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan kredit, khidmat nasihat
termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan pemasaran. 

3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga,


pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan.
Untuk mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk
menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri. 

4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi
kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah
kewangan dan khidmat nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk
memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi
sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun kepakaran. Perbadanan Kraftangan
mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek usahasama dengan
pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini. 

5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi


saingan daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik
dan terbuka untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan
sahaja dari segi komersial malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga
digalakkan untuk berkecimpung dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi
membina kilang kraftangan. Kesimpulan : 1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para
pengusaha dan penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka.
Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang
bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam
banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk faedah semua.
August 29, 2009 8:06 AM

You might also like