You are on page 1of 6

KESAN TSUNAMI

Kerosakan dalam konteks sejarah :

Gempa terparah dalam jumlah kematian ( sejak 1900an) adalah :


"        Di Tangshan, China, pada 1976 yang membunuh 240 000 orang.
"        Di Tsinghai, China, pada 1927, yang mengorbankan 200 000 orang.
"        Di Tokyo, Jepun, pada 1923, yang memakan korban 140 000 orang.
"        Di Turkmenistan, pada 1948, di mana 110 000 orang meninggal.

Pada tanggal  26 Disember 2004, telah berlaku gempa bumi di Utara Sumatera dan
menyebabkan beberapa negara telah dilanda ombak besar dan merupakan hari yang
paling dasyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Malapetaka ombak besar yang dikenali
sebagai tsunami yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 skala Ritcher tersebut
turut melibatkan beribu-ribu nyawa hilang serta kemusnahan teruk di Bandar serta pulau
peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Myanmar serta di Sumatera sendiri.
Ombak besar setinggi hingga 6meter menerjah pesisir pantai negara-negara terlibat juga
yang mendatangkan malapetaka, merupakan yang kelima terbesar sejak tahun 1900.
Selain itu, jumlah kematian meliputi juga di Kepulauan Maldives, Bangladesh serta
sebuah negara di Pantai Timur Afrika dan Somalia.

KESAN TSUNAMI (sambungan)

Malaysia

Dua negeri yang paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah. Keadaan mula
menjadi panik kira-kira pukul 9 pagi apabila bangunan tinggi di beberapa negeri serta di
ibu negara turut bergegar, kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan orang ramai
bergegas menyelamatkan diri sebagai langkah berjaga-jaga. Para pesakit terpaksa
dipindahkan keluar daripada bangunan hospital di beberapa negeri sebagai langkah
berjaga-jaga. Kebanyakan mangsa di Pulau Pinang sedang berkelah dan memancing di
tepi pantai. Di Kedah, ombak besar telah melanda 9 kampung dan memusnahkan 1000
rumah di kawasan tersebut. Manakala di Perlis, lebih 70 buah bot nelayan rosak dan
kebanyakkannya tenggelam dalam kjadian itu. Beberapa bangunan di beberapa pinggir
muara sungai turut roboh.

Sri Lanka

Jentera-jentera berat tidak boleh memasuki kebanyakan kawasan perkampungan dan


perlancongan yang diselaputi lapisan lumpur tebal, dengan mayat-mayat reput dan berbau
busuk dan bergelimpanagn di merata tempat. Sri Lanka merupakan negara yang kedua
paling teruk dan kematian mencecah hingga 30 000 orang. Mayat-mayat itu agak sukar
diuruskan berikutan kebanyakan jalan dan jambatan menuju ke kawasan pedalaman
telah musnah. Kawasan paling teruk dilanda ombak besar adalah di Timur daerah
Ampara di mana 8300 orang dilaporkan terbunuh.
Thailand

Ombak besar dan banjir kilat yang melanda kawasan Phuket, Koh Pi Pi, Songkhla, Krabi,
Phang Nga dan Surat Thani telah memusnahkan rumah-rumah serta premis lain di
kawasan pantai. Di Thailand, didakwa bahawa 80% daripada kematian melibatkan rakyat
asing.

KESAN TSUNAMI (sambungan)

Indonesia

Tragedi ombak besar tsunami yang berpunca dari gempa bumi di utara Sumatera dan
disifatkan paling dasyat di dunia dalam tempoh 40 tahun ini telah mengorbankan lebih 120
000 orang di Acheh dan merupakan wilayah yang paling dasyat terjejas akibat tsunami
berbanding rantau lain Asia. Dilaporkan beribu-ribu mayat terus dibiarkan
bergelimpangan di tepi pelabuhan bercampur dengan serpihan kayu dan sampah sarap di
Acheh dan keadaan itu menyayat hati. Mayat-mayat telah mula bengkak dan berbau,
sekaligus mengundang malapetaka baru iaitu penyakit berjangkit. Kelambatan bancian
kematian terjadi di Acheh kerana bencana itu telah memusnahkan semua infrastruktur di
pantai barat wilayah itu, komunikasi terputus dan kawasan-kawasan itu hanya boleh
dihubungi melalui udara dan laut. Lebih teruk lagi apabila fungsi pentadbiran pihak
kerajaan tempatan lumpuh berikutan banyak bangunan kerajaan yang lenyap  dan ramai
petugas terkorban dalam malapetaka yang dasyat itu. Selain itu, mayat-mayatyang
bergelimpangan dibiarkan kerana masalah pengangkutan dan bekalan bahan bakar yang
mencukupi. Paling membimbangkan pakar-pakar kesihatan seluruh dunia ialah bahaya
wabak penyakit seperti malaria dan denggi yang berpunca daripada keadaan di luar
kawalan itu. Memburukkan lagi keadaan. apabila bekalan makanan dan ubat-ubatan juga
dilaporkan berkurangan di kebanyakan kawasan yang terjejas teruk akibat bencana alam
itu. Anggaran korban dibuat berdasarkan tinjauan udara yang menunjukkan kemusnahan
besar di banyak lagi kawasan bencana yang tidak dapat dimasuki bagi kerja mencari dan
menyelamat manakala sejumlah pulau lagi tidak wujud lagi pemantauan  dari udara oleh
pihak berkuasa Indonesia mendapati tiada `tanda-tanda kehidupan' di beberapa
penempatan seperti Kota Meulaboh, Pulau Simeulue dan Tapaktuan, manakala beberapa
pulau di sekitar barat Sumatera sudah lenyap. Sebahagian dari beberapa pulau di Utara
Sumatera yang dilanda oleh ombak besar tsunami dijangka kekal tenggelam kerana
hakisan ombak dan pulau terbabit terletak dalam sempadan pergerakan bumi tersebut.
Kota  Melauboh terletak 140kilometer sahaja dari pusat gempa di dasar laut utara
Sumatera. Kehancuran infrastruktur dan kehilangan nyawa di bahagian barat Pulau
Sumatera yang begitu luar biasa ini hanya diketahui selepas tiga hari berlakunya
melapetaka tsunami. Melauboh dihuni oleh 150 000 orang dan apabila dilihat dari udara,
hanya memperlihatkan kemusnahan rumah-rumah, kenderaan, pohon-pohon dan mayat
yang bergelimpangan di sana sini tanpa sebarang tanda hidupan. Usaha menyelamatkan
mangsa di Melauboh, sebuah kawasan terpencil, tidak dapat dilakukan berikutan
perhubungan yang terputus sama sekali. Ketiadaan bekalan elektrik, air dan minyak juga
menimbulkan masalah untuk menyelamatkan mangsa. Pembedahan tidak dapat dilakukan
di hospital-hospital kerana peralatan elektrik tidak boleh digunakan. Kenderaan juga
tidak dapat bergerak kerana tiada lagi bekalan minyak, sekaligus menyukar dan
melambatkan usaha penyelamat. Mangsa yang terselamat pula menghadapi ancaman
penyakit walaupun bantuan perubatan antarabangsa diterima. Selain itu, wabak penyakit
yang akan timbul seperti taun, mayat-mayat yang belum diuruskan dan ketiadaan air
bersih berikutan punca air sudah tercemar yang boleh mengganggu kesihatan.

CONTOH PERISTIWA TSUNAMI

1700 - Vancouver Island, Canada

26 Januari - Gempa bumi Cascadia, salah satu gempa bumi terbesar dalam rekod
(dijangkakan dengan magnitud 9.0), memecahkan Zon Subduksi Cascadia di luar pantai
dari Kepulauan Vancouver sehingga ke utara California, dan menyebabkan tsunami masif
sepanjang Barat Laut Pasifik, dicatat di Jepun dan merupakan tradisi lisan masyarakat
Asli Amerika (logged in Japan and oral traditions of the Native Americans)

1755 - Lisbon, Portugal

Berpuluh ribu orang Portugal yang terselamat daripada gempa bumi Lisbon, 1755
terbunuh akibat tsunami yang melanda setengah jam kemudian. Ramai penduduk bandar
melarikan diri ke pelabuhan, percaya bahawa kawasan tersebut selamat daripada
kebakaran dan jatuhan debris daripada gempa susulan. Sebelum ombak tsunami sampai
ke pelabuhan, air laut surut, mendedahkan kargo yang hilang dan kapal yang telah karam
di dasar laut.( Before the great wall of water hit the harbour, waters retreated, revealing
lost cargo and forgotten shipwrecks.)
Gempa bumi, tsunami dan kebakaran mengorbankan lebih satu pertiga rakyat Lisbon
yang berpopulasi 275,000 sebelum bencana berlaku. Rekod sejarah pengembaraan Vasco
da Gama dan pelayar lain hilang dan banyak bangunan musnah (termasuklah seni bina
Manueline). Penduduk Eropah pada kurun ke-18 berusaha untuk memahami bencana ini
berdasarkan sistem kepercayaan keagamaan dan rasional mereka. Ahli falsafah Voltaire
menulis mengenai kejadian ini menggunakan konsep 'sublime' seperti yang dinyatakan
oleh Immanuel Kant dalam "Observations on the Feeling of the Beautiful and Sublime".

1868 - Hawaiian local tsunami generated by earthquake

Pada 2 April 1868, gempa bumi tempatan dengan magnitud antara kira-kira 7.25 hingga
7.75 menggegarkan bahagian tenggara pantai Big Island, Hawaii. Ia mencetuskan satu
tanah runtuh di cerun gunung berapi Mauna Loa, 5 batu di utara Pahala, mengakibatkan
31 orang terbunuh. Tsunami kemudiannya membunuh 46 nyawa. Kampung-kampung
Punaluu, Ninole, Kawaa, Honuapo dan Keauhou Landing musnah dengan teruk. Menurut
suatu kenyataan, tsunami tersebut "bergulung (rolled in) melebihi ketinggian pokok
kelapa, berkemungkinan 60 kaki tinggi .... sehingga satu perempat batu ke daratan di
sesetengah tempat, membawa kembali ke laut rumah-rumah, manusia dan hampir
kesemua benda yang boleh bergerak". Ini telah dilaporkan dalam buku Walter C. Dudley
edisi tahun 1988 yang bertajuk "Tsunami" (ISBN 0-8248-1125-9).

CONTOH PERISTIWA TSUNAMI (sambungan)

1883 - Krakatoa explosive eruption

Pulau gunung berapi Krakatoa di Indonesia meletus pada tahun 1883 dan telah
mengkibatkan kemusnahan yang sangat besar. Ia mengeluarkan magma bawah tanah
sehingga sebahagian kebuk magmanya kosong serta menyebabkan kebanyakan daratan
dan lantai lautan di atas kebuk tersebut runtuh ke dalamnya. Satu siri tsunami yang besar
telah dijanakan daripada runtuhan tersebut, sesetengahnya mencapai ketinggian melebihi
40 m di atas paras laut. Tsunami ini dikesan di keseluruhan Lautan Hindi, Lautan Pasifik,
Pantai Barat Amerika, Amerika Selatan dan sehingga sejauh Selat Inggeris. Di bahagian
yang menghadap laut di Pulau Jawa dan Sumatra, laut membanjiri sehingga beberapa
batu ke daratan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang sangat banyak dan
kemusnahan besar. Ia juga menyebabkan satu kawasan kembali menjadi hutan dan
sekarang dikenali sebagai hutan simpan Ujong Kulon.

1917 - Halifax Explosion and Tsunami

Letupan Halifax berlaku pada hari Khamis, 6 Disember, 1917, 9:04:35 pagi waktu
tempatan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila kapal Perancis, Mont-Blanc, yang
membekalkan peluru untuk Perang Dunia Pertama, Perancis, berlanggar dengan kapal
Norway, Imo, yang disewa untuk membawa bekalan bantuan untuk Belgium. Akibat
daripada perlanggaran tersebut, Mont-Blanc terbakar dan kemudiannya meletup.
Letupan tersebut menyababkan tsunami, dan gelombang tekanan udara (pressure-wave of
air)

1929 - Newfoundland tsunami


Pada 18 November 1929, satu gempa bumi dengan magnitud 7.2 berlaku di bawah Cerun
Laurensia di atas Grand Banks. Gempa tersebut dirasai di seluruh Wilayah Atlantik
Kanada dan di bahagian barat sehingga sejauh Ottawa, Ontario dan di bahagian selatan
sehingga sejauh Claymont, Delaware. Tsunami yang terhasil daripadanya mencapai
ketinggian melebihi 7 m dan mengambil kira-kira 2½ jam untuk sampai ke Semenanjung
Burin di pantai selatan Newfoundland, di mana 29 orang telah terbunuh di kawasan yang
berlainan.

You might also like