You are on page 1of 40

CTU553

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI


DAN MENANGANI CABARAN
Group Members:
• Faizah Bt Sukiman
• Shahirah Bt Mohamad
• Shellney @ veronica Sadom
• Zarina Bt Hamzah

1
PENGENALAN

• Etnik - sekelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya


seperti adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

• Integrasi - proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara agar


setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta & banggakan tanah air.

• Integrasi – proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan


kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.

• Pentingnya hubungan etnik, perpaduan dan integrasi:


 Bagi mewujudkan kestabilan politik
 Memastikan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan
 Tenaga negara dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara bukan
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.

2
DASAR DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN

• Banyak pihak yang merasakan hubungan etnik masih lagi rapuh, maka pelan
tindakan dalam usaha mengukuhkan hubungan antara etnik bersandarkan teras yang
telah dibina iaitu;
Rukun Negara
Perlembagaan Malaysia

• Semangat Rukun Negara & Perlembagaan sering dirujuk sebagai batu tanda dalam
dasar-dasar kerajaan ke arah pembinaan masyarakat berbilang etnik dan budaya
yang bersatu.

• Rukun Negara dalam konteks


 Pembangunan Politik: menyatakan cita-cita untuk membina warga negara
bangsa yang bersatupadu, hidup secara demokratik, melaksanakan keadilan
sosial & berfikiran terbuka.
 Pembangunan ekonomi: menggariskan sains & teknologi menjadi asas kepada
ekonomi berasaskan perindustrian lantas melahirkan masyarakat progresif.

3
RUKUN NEGARA
• Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.
• Dirumus berasaskan kepercayaan,keyakinan & iltizam untuk membentuk satu jati diri
rakyat Malaysia yang unggul.
• Digubal oleh Majlis Perundingan Negara.
• bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara
kaum ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.
• Peristiwa ini sebahagiannya berpunca daripada jurang sosioekonomi yang luas antara
golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
• Rukun Negara dijadikan sebagai pedoman & hala tuju dalam merancang program
pembangunan negara.
• Merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa
Malaysia dan ideologi negara.
• 5 prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

4
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

• Secara umum dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber


kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global.
• Matlamatnya adalah untuk memenuhi objektif tertentu:
– Pembangunan & pengagihan sumber-sumber ekonomi
– Menyediakan perkhidmatan awam
– Memupuk kestabilan politik dan ekonomi
– Mengawal keselamatan negara
– Memelihara kebajikan masyarakat

• Dalam konteks etnik dasar pembangunan negara merujuk usaha kerajaan melakukan
perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang
dan adil bagi semua kaum.

• 3 pelan pembangunan negara yang utama adalah

DASAR EKONOMI BARU DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL DASAR WAWASAN NEGARA


( 1971-1990 ) ( 1991-2000 ) ( 2001-2010 )

5
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Matlamat
DASAR EKONOMI BARU ( DEB )  Mencapai pembangunan seimbang dalam
mewujudkan masyarakat yang
bersatupadu dan adil
Matlamat  Mewujudkan sebuah masyarakat
• Membetulkan ketidakseimbangan perdagangan & perindustrian Bumiputera
sosioekonomi yang wujud antara kaum dan
wilayah dalam mencapai perpaduan. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
• Mempertingkatkan penglibatan kaum (RRJP2) 1991-2000 telah digubal
Bumiputera dalam bidang perniagaan dan berasaskan PDN
perusahaan.
Pendekatan DPN dalam pelan tindakan:
DEB dilancarkan melalui Rancangan Malaysia i. Menghapuskan kemiskinan tegar serta
mengurangkan kemiskinan.
Kedua 1971-1975. ( sasaran 20 tahun)
ii. Menumpukan kepada pembangunan
Masyarakat Perdagangan & Perindustrian
Strategi serampang dua mata: basmi kemiskinan Bumiputera (MPPB).
tanpa mengira kaum dan menghapuskan iii. Meningkatkan penglibatan sektor swasta.
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi iv. Memberi lebih tumpuan kepada
ekonomi. pembangunan sumber manusia.

6
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

DASAR WAWASAN NEGARA


Cabaran dihadapi dalam merealisasikan Wawasan 2020
Matlamat
 Mewujudkan bangsa Malaysia yang i. Membentuk negara & bangsa Malaysia yang
bersatupadu, progresif dan makmur. mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi.
 Meningkatkan daya tahan dan daya saing ii. Mewujudkan sebuah masyarakat berjiwa bebas
ekonomi Malaysia.
iii. Membentuk, mengembangkan serta
mengamalkan bentuk masyarakat demokrasi
PERSPEKTIF WAWASAN 2020 berasaskan muafakat & musyawarah.
iv. Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.
• Matlamat ialah pembentukan negara Malaysia iv. Mewujudkan masyarakat matang yang bersifat
maju menjelang 2020. liberal dan toleran.
• Menitikberat pembangunan menyeluruh dalam v. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
semua aspek bukan sahaja ekonomi. masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh.
vi. Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang serta lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri
vii. Membentuk masyarakat yang adil dari segi
ekonomi.
viii. Membentuk masyarakat yang makmur, dengan
ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,
bersifat dinamik & mempunyai daya ketahanan.

7
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 secara jelas mengarah kepada landasan yang tepat
demi mewujudkan masyarakat harmonis.
 asas landasan dasar dalam orientasi dan falsafah
pendidikan negara mengunakan acuan tempatan ; iaitu
bahasa pengantar, sukatan matapelajaran dan
kurikulum.
 perkara ini telah terkandung dalam:
1) Penyata Razak 1956 dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957. ( telah disemak semula )
2) Laporan Rahman Talib 1960 dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran 1961. ( telah disemak semula )
3) Jawatankuasa Kabinet 1974
- tujuan memperbaiki perlaksanaannya supaya mencapai matlamat:
a) untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan
berdisiplin.
b) memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara.

8
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
• “ Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politiknya….” (Akta Pelajaran 1961)
• Kementerian Pendidikan melaksanakannya dengan berpandukan
kepada:
i ) Penyata Razak 1956
ii) Laporan Rahman Talib 1960
• mentafsirkan….
- menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum.
- menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.
• matlamat diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet di
tubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan.

9
• kurikulum peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah,
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu, untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,masyarakat dan negara..”
( Kementerian Pendidikan Malaysia ,1996)

10
Strategi-strategi untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan
i ) menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama ;
ii ) mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
iii ) mewujudkan sistem peperisaan yang sama bagi semua ;
iv ) melicinkan tatacara pengurusan pendidikan ;
v ) meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu ;
vi ) menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun ;
vii ) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar atau pendalaman

11
Samb…

viii) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru


Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M ;
ix) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun
1978 ;
x) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti ;
xi) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin ;
xii) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi
peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ;
xiii) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri
Islam dan lain-lain. (INTAN,1994)

12
Memupuk Perpaduan Nasional pada peringkat
sekolah
 kerajaan telah merangka, memperkenalkan dan melaksanakan
secara berperingkat beberapa langkah :
1 ) Sekolah Wawasan
- bertujuan menyediakan satu ruang sosial yang memberikan
kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik
untuk berinteraksi dan menjalin hubungan yang harmonis.

2 ) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP )


- kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua
program pelajar dan guru.
- 4 objektif utama: mengalakan penyertaan guru dan murid
dalam kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasam dan tolong
menolong, melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara
murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi
kemudahan,peralatan,tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.

13
Samb…

3 ) menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil dan bahasa


Mandarin sebagai mata pelajaran elektif di sekolah aliran
kebangsaan.

4 ) Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010


- bertujuan :
1) mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui
peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan
berpendapatan rendah
2) mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
dan kawasan.
- 4 teras utama :
i) meningkatkan akses kepada pendidikan.
ii) meningkatkan peluang pendidikan yang lebih saksama.
iii) meningkatkan kualiti pendidikan.
iv) meningkatkatkan kecemerlangan pengurusan
pendidikan.

14
Jati Diri Acuan Malaysia
• Acuan Malaysia - Meraikan kepelbagaian
• Komposisi manusia : i) jasmani
ii) afektif
iii) kognitif
iv) rohani
• hubungan etnik / penyatuan pada peringkat kerohanian- mustahil
kerana kesamaan ajaran agama hanya pada etika & moral.
( kerohanian- syurga & neraka,hub. Roh dengan Tuhan)
• Penyatuan pada peringkat kognitif / pemikiran intelek – lebih wajar
kerana kita boleh bersatu jika kita ada ilmu tentang penyatuan.(dapat
membezakan antara kebaikan & keburukan sesuatu perkara )
• Penyatuan pada peringkat afektif (emosi) kerana hub.etnik hanya
berlaku dengan baik jika agen itu suka untuk bersatu. ( bukan sekadar
memilih untuk bersatu disamping tahu tentang perpaduan)
• Penyatuan pada peringkat jasmani –mustahil kerana hanya boleh
dilakukan dalam institusi kekeluargaan.
• Hub. Etnik fizikal yang lain hanyalah berbentuk kerjasama fizikal dalam
sesuatu organisasi.

15
Samb..

• Dari segi fizikal, hub. Etnik yang kelihatan ialah- aktiviti yang boleh
di kategorikan sebagai aktiviti penyatuan.
• Oleh itu, sebarang acuan yang hendak diketengahkan di negara ini
perlu menghasilkan agen yang memilih, tahu, suka, dan melakukan
aktiviti-aktiviti dalam kerangka hub. Etnik Nasional.

Acuan Malaysia dalam menangani perbezaan dalam hubungan etnik???

 Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun mengiktiraf perbezaan?


 Kita tidak boleh meraikan perbezaan yang boleh menjatuhkan
mana-mana pihak/individu.
 Meraikan perbezaan hanya di dalam lingkungan manifestasi fizikal
seperti fesyen pakaian, makanan, permainan dan produk inovasi.
 Jika kita meraikan semua perbezaan,maka tidak ada lah integrasi.
(integrasi bermaksud inclusivity yang boleh diterima oleh
masyarakat umum)

16
Samb…

• Kita perlu mengenal pasti jenis perbezaan yang hendak di raikan.


• Cthnya : perbezaan makanan dan pakaian bukan membezakan
fahaman kenegaraan @ idealisme-idealisme yang menghuru-
harakan masyarakat.
• Adunan hub. Etnik sewajarnya mengandungi unsur-unsur
penyatuan yang memudahkan kerjasama dalam sesuatu sistem
masyarakat.
• Boleh di lakukan melalui :
i ) kelab sukarela
ii ) badan amal
iii ) persatuan ibu-bapa dan guru (PIBG)
• Hub. Etnik pada peringkat negara perlu mengambil kira unsur-unsur
yang mewujudkan sebuah negara. ( perlembagaan sebagai kontrak
sosial menjadi panduan semua rakyat)

17
Samb….
• Melalui :
a) projek Rukun Tetangga – bertujuan hanya mengerat hub.
kejiranan .
b ) Tabika Perpaduan – dapat mengikis lebih awal lagi prasangka
perkauman yang di warisi drpd keluarga.
• Tahap- tahap agen hub. Etnik ialah peringkat diri sendiri, keluarga, jiran,
masyarakat dan negara.
• Menerusi tahap-tahap tersebut budaya hub. Etnik mencetuskan perpaduan.
• Adunan hub.etnik menurut acuan Malaysia mengandungi:
i) Keazaman Politik
- pemimpin berhasrat menginstitusikan hubungan etnik.
- pelbagai usaha dan aktiviti di jalankan mengikut pelan tindakan
yang berkesan.
ii) Khalayak Kritikal
- badan /organisasi yang menjana semua program hub.etnik dan
integrasi
- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) & Institut
Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

18
Samb…

iii) Kekukuhan Ekonomi


- hub. Etnik , integrasi dan perpaduan terhasil jika ada keperluan
asas yang mencukupi untuk hidup (survive).
iv) Agama Islam
- agama rasmi / agama majoriti yang boleh diterima oleh
penduduk lain.

19
WAWASAN YANG DI KONGSI

• Wawasan yang hendak diintegrasikan


mestilah mempunyai visi yg sama dan
hala tuju dan hasil integrasi.

• Wawasan 2020 amat relevan untuk


menjadikan malaysia sebagai sebuah
negara yg bersatu padu dan maju
daripada pelbagai aspek.
20
PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
• Integrasi yg berkesan di Amerika Syarikat menerusi
penggunaan sains dan teknologi yg intensif
khususnya dalam bidang teknologi, maklumat dan
telekomunikasi(ICT) serta penyelidikan dan
pembangunan yg sangat tinggi berbanding negara
lain.

• MyKad- mengatasi masalah imigresen menunjukkan


dengan jelas betapa teknologi dapat menangani
masalah hub etnik dan integrasi nasional secara
berkesan tanpa melibatkan aspek perundangan.

21
Samb..

• Penggunaan yang boleh di ketengahkan


adalah dengan meningkatkan interaksi
virtual dengan penggunaan teknologi
tanpa wayar 3G, penerbangan yang lebih
murah dan perkongsian laman web.

22
Perbezaan antara agama

• Dalam masyarakat majmuk kepelbagaian


agama perlu diterima dan di akui.

• Setiap agama berbeza tetapi ada


persamaan dalam etika dan moral seperti
tidak melakukan rasuah, menepati masa,
berintegriti dan sebagainya.

23
CABARAN HUBUNGAN ETNIK

• Dibahagikan berasaskan 3 faktor penting:


– Cabaran sosial, ekonomi dan politik
kepentingan antara etnik
– Cabaran nilai antara etnik
– Cabaran globalisasi

24
Cabaran kepentingan antara etnik dari
aspek sosial
1. Pemisahan fizikal
• Pemisahan fizikal yang dalam masyarakat
wujud akibat daripada kesan dasar pecah dan
perintah yang diamalkan oleh British.

• Kesannya sesuatu golongan etnik tidak


berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap
khususnya yang tinggal dalam wilayah yang
berbeza

25
• Keadaan geografi yang mengakibatkan pemisahan ini
seperti keadaan geografi di Sabah dan Sarawak dan juga
Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak yang
terpisah oleh Laut China Selatan

• Pemisahan ini merenggangkan perhubungan dan


interaksi antara anggota etnik tetapi memperkuatkan
lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme

26
2. Sistem pendidikan yang berasingan

• Setiap golonagn etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri

• Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa


ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam
kalangan pelajar.

• Keadaan ini menyebabkan interaksi hanya berlaku di kalangan etnik


yang sama.

• Dari segi kurikulumnya adalah sama bagi semua jenis sekolah

• Oleh itu program RIMUP digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi


dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.

27
3. Kontrak sosial
• Persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam
merangka perlembagaan

• Pihak tertentu sering menimbulkan isu yang boleh


membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di
Malaysia

• Antara isu yang sering dibangkitkan adalah kedudukan


istimewa orang melayu, kedudukan agama islam,
bahasa melayu dan isu kemasukan IPTA(Pelan Tindakan
Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010)

28
CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK
DARI ASPEK EKONOMI
1. Penguasaan ekonomi

• Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan


ekonomi.
• Kebanyakan orang melayu menguasai sektor pertanian
dan memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah.

• Orang Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti


perdagangan, perniagaan yang berteknologi moden.

• Kesannya wujud jurang pendapatan dan


ketidakseimbangan pendapatan

29
• Perbezaan antara etnik yang wujud ini merupakan
cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan
dalam masyarakat majmuk

• Dalam Rancangan Malaysia ke-2, perpaduan negara


tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan
keseimbangan yang lebih besar dalam kumpulan etnik
pembangunan dan perkongsian daripada pertumbuhan
dan pemodenan ekonomi.

• Perpaduan negara tidak boleh di pupuk andainya


sebahagian besar penduduk kekal miskin dan peluang
pekerjaan yang produktif tidak diwujudkan.

30
2. Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor
ekonomi

• Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan


pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan
dari segi pekerjaan .

• Setiap golongan etnik di kelaskan mengikut sektor


ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan,
perindustrian dan pentadbiran awam.

• Hal ini lebih ketara semasa pemerintahan British.

• Walaupun perbezaan ini mula berkurangan namun masih


terdapat perbezaan mengikut sektor ekonomi
berdasarkan kumpulan etnik.

31
• Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi antara
kaum yang luas.

• Perkara ini akan memperkukuhkan lagi semangat


perkauman .

32
Cabaran kepentingan Antara Etnik Dari
Aspek Politik

• Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak puas


hati.
• Walau bagaimanapun, ia boleh menimbulkan semangat
perkauman jika menyuarakan kepentingan semua etnik.
• Masyarakat yang bersatu padu dapat dibentuk dengan
dengan mengambil kira isu perkauman seperti
bahasa,kebudayaan,pendidikan,agama,kerakyatan dan
ekonomi.

33
Cabaran Nilai Antara Etnik
• Perbezaan dari segi agama,bahasa dan kebudayaan
sangat ketara dalam masyarakat majmuk.
• Perbezaan ini menjadi amat sukar apabila setiap kaun
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan masing-
masing.
• Polarisasi antara etnik wujud sekiranya setiap etnik itu lebih
mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan
mendapatkan pekerjaan.
• Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan
masalah yg lebih besar seandainya fahaman etnosentrisme
itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
34
Cabaran Globalisasi
• Cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah proses
globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan
ekonomi dan politik barat sejagat.
• Orang Barat tidak berhenti mendominasikan masyarakat lain sejak
memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke-15.
• Mereka membawa pemikiran bahawa tamadun nereka lebih tinggi
jika dibandingkan dengan bangsa lain yang dianggap kurang
bertamadun.
• Mereka mula memperjuangkan hak asasi manusia apabila
penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan
manusia yang dipegang pada masa kini.

35
• Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi,budaya
hedonisme dan nilai negetif,ekonomi bebas,sains dan teknologi yang
memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua.
• Selain itu, mereka juga membawa masuk budaya
hiburan,mengeksplotasi sumber manusia dan bahan mentah serta
mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara
dan alam sekitar.
• Tidak dapat disangkal lagi bahawa globalisasi merupakan faktor
perubah budaya yang amat kuat dan pantas. Gejala ini
mengakibatkan hilangnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima
secara halus dalam masyarakat kita.

36
• Sekiranya cabaran-cabaran tersebut tidak dibendung,
dikuatiri akan menbentuk semangat perkauman yang
mendalam,menimbulkan prasangka dan mengukuhkan
lagi fahaman etnosentrisme.
• Sekiranya perkara sedemikian tidak dibendung, maka ia
akan memberi kesan kepada hubungan
etnik,integrasi,perpaduan dan terjadinya konflik serta
rusuhan kaum.

37
Turun Naik Hubungan Etnik
• Hubungan etnik di Malaysia mengalami turun naik.
• Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara
yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar pada
masa lalu kurang berkesan dalam menghadapi masalah
perkauman yang wujud.
• Peristiwa hitam ini berlaku kerana perjalanan kempen
pilihanraya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan
sensitif seperti bahasa,agama dan kedudukan istimewa
orang Melayu.

38
• Hal ini ditegaskan oleh Tun Tan Siew Sin, iaitu pilihan raya telah
membuktikan bahawa cara paling mudah memancing undi adalah
dengan mengapi-apikanisu perkauman( Strait Times, 1 Ogos 1969)
• Ketidakseimbangan ekonomi juga menyumbang kepada wujudnya
keadaan ini. Orang Melayu semakin bimbang dan tidak selamat
kerana wujudnya jurang perbezaan terutama dalam bidang ekonomi
dan pendidikan.
• Tun Abdul Razak menyatakan bahawa kemarahan orang melayu
terhadap ketidakadilan ekonomi menjadi punca utama berlakunya
rusuhan 13 Mei.
• Oleh itu, masyarakat Malaysia harus memainkan peranan masing-
masing agar konflik perkauman tidak berlaku lagi.

39
Kesimpulan
• Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional
merupakan perkara asas yang penting kepada
masyarakat Malaysia.
• Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi
hubungan etnik,perpaduan dan integrasi nasional
haruslah disahut oleh segenap lapisan masyarakat agar
ekonomi,politik dan sosial negara kita menjadi stabil.
• Usaha-usaha ini pula diasaskan kepada penghayatan
islam,perkongsian kuasa,semangat akomodatif,rela
berkorban dan persefahaman yang utuh.

40

You might also like