You are on page 1of 16

1.

0 DEFINISI KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH

Menurut Lewis M. Baker (2001) yang dipetik dari


http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-no-1.html, tingkah laku
bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Dari sumber yang sama, Carl Rogers (1999) menekankan
seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya
individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan
bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘tingkah laku’ bermaksud gerak geri, kelakuan dan
perbuatan. Manakala ‘masalah’ pula membawa maksud perkara atau keadaan yang
menimbulkan kesukaran (kesulitan). Selain itu, tingkah laku bermasalah juga boleh membawa
pengertian tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam Bahasa Inggeris dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan
orang dalam masyarakat.
Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai
tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan,
tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh
menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam
bilik darjah.
Maka, jika mengikut definisi-definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkahlaku
bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau
terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan atau kesukaran yang dinyatakan ialah
apa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang melakukan tingkah laku yang
boleh mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran.
2.0 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Selalunya, apabila disebut mengenai tingkahlaku bermasalah, ramai beranggapan bahawa ia


merujuk kepada bermasalah disiplin sahaja. Sebenarnya, jenis-jenis tingkah laku bermasalah
boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku
bermasalah positif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti ialah tingkah laku ingin
tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif
merangkumi tingkah laku yang menghalang(bergantung), tingkah laku yang mengganggu
(disruptif) dan tingkah laku anti sosial (distruktif).

2.1 TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

Seperti yang telah dinyatakan, tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada perlakuan murid
yang ingin tahu yang keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Ramai yang
beranggapan bahawa tingkah laku positif tidak begitu merumitkan. Malah, ramai beranggapan
terutamanya ibu bapa menganggap perkara sebegini makin menyenangkan kerja dan
mengurangkan tanggung jawab guru di bilik darjah. Apabila difikirkan, memang ada betulnya
kerana perlakuan tersebut secara umumnya dilihat sangat baik dan positif dari segi
pembelajaran seorang murid. Namun sebaliknya, ia mengganggu kelancaran proses
Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung.

Murid yang mempunyai perasaan ingin tahu yang keterlaluan boleh menyebabkan
gangguan terhadap rakan-rakan yang lain serta mengganggu guru untuk menjelaskan topik
dengan lebih lanjut. Soalan yang ditanya serta jawapan yang dijawab akan menyebabkan
murid-murid yang lain merasa bingung. Lebih teruk sekiranya murid-murid lain langsung tidak
dapat menguasai topik kerana mendengar soalan yang tidak sepatutnya ditanya ataupun keluar
daripada topik.

Manakala, murid yang cepat belajar pula memberi masalah kerana memberi tekanan
kepada rakan-rakannya yang kurang cepat berbanding murid tersebut. Selain itu, rakan-rakan
yang lain merasa rendah diri. Lagipun, dengan adanya murid sebegini, ia pasti menyusahkan
murid tersebut kerana guru hendaklah membuat perancangan dan aktiviti yang bersesuaian
dengan tahap kecerdasan majoriti. Ini menyebabkan murid yang cepat belajar tersebut menjadi
cepat bosan.
Bagi murid yang pintar cerdas pula, keadaan bilik darjah menjadi tidak seimbang kerana
murid tersebut sudah pun menguasai topik yang diajar. Bagi murid ini, tiada gunanya untuk
pergi ke sekolah kerana perkara yang diajar adalah perkara yang sudah lama diketahui.

2.2 TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

Tingkah laku bermasalah negatif boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tingkah laku bergantung,
tingkah laku disruptif serta tingkah laku distruktif. Tingkah laku bergantung merupakan kelakuan
yang membahayakan diri sahaja dan tidak membahayakan pelajar lain. Antara kelakuan yang
termasuk dalam tingkah laku bergantung ialah kebimbangan. Murid yang mengalami
kebimbangan tidak dapat memberi perhatian semasa dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Selain itu, murid juga merasa rendah diri serta kurang berkeyakinan. Selain
daripada itu, pergantungan berlebihan juga merupakan salah satu kelakuan yang merumitkan
keadaan di dalam bilik darjah. Contohnya, murid terlalu mengharapkan nota daripada guru dan
tidak berusaha dalam pembelajaran. Murid sebegini tidak mempunyai keyakinan diri ataupun
memang tidak mempunyai keinginan untuk belajar sendiri. Biasanya, murid sebegini sangat
inginkan perhatian daripada guru. Seterusnya, kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku
bergantung ialah pengasingan diri iaitu murid tidak mahu terlibat dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Murid lebih suka duduk di sudut dan berkhayal serta tidak mempunyai hubungan
yang bagus dengan rakan sekelas.

Tingkah laku disruptif merupakan kelakuan yang boleh menyebabkan gangguan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran, di mana sebuah kelas susah untuk berjalan dengan
lancar jika pelajar-pelajar ini gagal dikawal. Antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku
disruptif ialah hiperaktif. Murid yang hiperaktif akan mengganggu rakan-rakan sekelas yang lain
seperti berlari di dalam kelas, mengganggu rakan dan sebagainya. Selain itu, bising juga
termasuk dalam tingkah laku disruptif di mana murid tidak menumpukan perhatian malah
membuat bising semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Kelakuan agresif
secara lisan atau fizikal juga termasuk dalam tingkah laku disruptif. Contohnya, murid
menggunakan perkataan kesat bagi kelakuan agresif secara lisan.

Akhir sekali ialah tingkah laku distruktif iaitu tingkah laku yang paling serius dalam
ketiga-tiga tingkah laki bermasalah ini. Perkataan distruktif dipinjamkan dari perkataan Bahasa
Inggeris iaitu destructive yang bermaksud membinasakan atau merosakkan. Tingkah laku ini
bukan sahaja merosakkan diri, rakan malah masyarakat serta sekolah. Perkara ini merupakan
perkara yang boleh menggugat keharmonian di sekolah. Antara kelakuan yang termasuk dalam
tingkah laku ini ialah permusuhan yang nyata. Ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan
yang boleh menyebabkan kecederaan. Paling teruk, murid yang terlibat boleh disabitkan
kesalahan di bawah jenayah juvana. Selain itu, vandalisme juga merupakan kelakuan yang
termasuk dalam tingkah laku distruktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘vandalisme’
bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.
Sekiranya murid membuat vandalisme, ia akan melibatkan sekolah mendapat rugi serta banyak
kemudahan tidak boleh digunakan dengan sempurna. Seterusnya, murid yang mempunyai klik,
geng dan kumpulan liar tertentu di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah juga
merupakan antara kelakuan yang termasuk dalam tingkah laku distruktif. Adanya kumpulan liar,
geng dan klik boleh menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain mengikut kumpulan
atau geng masing-masing. Selain itu, perkara sebegini juga punca berleluasanya kes buli di
kalangan murid. Ini menyebabkan murid-murid lain tidak berminat untuk turun ke sekolah dan
sekolah bukan lagi tempat yang selamat.

3.0 CONTOH-CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

Terdapat pelbagai contoh tingkah laku bermasalah termasuk murid berkomunikasi di antara
satu sama lain di bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Cara
murid berkomunikasi tidak semestinya secara lisan. Contohnya, murid menghantar nota bertulis
kepada rakan yang lain dan rakan tersebut membalas nota yang diberikan.

Seterusnya, antara tingkah laku bermasalah ialah murid tidak menyiapkan kerja rumah
atau tugasan yang telah diberikan oleh guru. Biasanya, mereka akan memberikan alasan bagi
menjelaskan keadaan tersebut berlaku. Kadang-kadang, alasan yang diberikan tidak kurang
wajar dan tidak boleh diterima.

Selain itu, murid yang lupa membawa buku juga merupakan contoh tingkah laku
bermasalah seperti lupa membawa buku latihan, buku teks atau buku kerja. Apabila berkongsi
buku teks dengan rakan, sudah pasti ia akan mengganggu rakannya tersebut. Jika terlupa
untuk membawa buku latihan atau buku kerja, sudah tentu murid tidak membuat latihan yang
diberikan di dalam kelas.
Malas membuat latihan kelas juga merupakan tingkah laku bermasalah. Murid ini lebih
gemar berbual-bual antara satu sama lain. Selain itu, murid ini juga akan mengganggu rakan
lain yang ingin membuat kerja yang diberikan.

Ada sesetengah murid gemar menggunakan bahasa yang kesat di depan rakan-rakan.
Selalunya, murid yang menggunakan bahasa kesat tersebut ialah murid lelaki dan sengaja
menyebutnya di depan murid-murid perempuan. Tingkah laku sedemikian dianggap kurang
sopan dan tidak menghormati guru dan rakan-rakan.

4.0 PUNCA-PUNCA TINGKAH LAKU BERMASALAH

Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku dikenal pasti, kebanyakannya


disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah keluarga,
pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah.

Pada umumnya pelajar sering melakukan sesuatu yang dianggap baru dan
menyebabkan berlakunya tingkah laku negetif. Perlakuan negatif pelajar adalah berpunca
daripada sikap ingin tahu yang telah disalahgunakan oleh pelajar untuk belajar perkara-perkara
yang lain. Pelajar juga sering melakukan sesuatu tindakan negatif kerana inginkan perhatian
daripada guru dan pelajar lain. Kegagalan pelajar untuk melawan sikap ini telah mengundang
pelbagai masalah kepada guru dan pelajar lain. Secara umumnya seseorang individu akan
memberontak apabila keperluan kendiri dan kasih sayangnya tidak dipenuhi. Perkara ini
terdapat dalah heriaki Keperluan Marslow dimana keperluan individu harus dipenuhi untuk
memastikan individu berada dalam ruang yang selesa.

Punca kedua iaitu masalah keluarga juga merupakan perkara yang amat penting ini
kerana pelajar menghabiskan separuh masa mereka dirumah, iaitu masa mereka berada diluar
peraturan dan undang-undang sekolah. Jika ibu bapa pelajar sibuk dan mengabaikan anak
mereka terutamanya yang berada disekolah rendah ini akan membentuk satu peribadi yang
bebas didalam diri mereka. Peribadi tersebut akan merosak nilai yang telah diterapkan sewaktu
disekolah. Ini disebabkan pelajar kurang mendapat contoh yang nyata untuk sesuatu nilai itu
diterima dalam logik akal mereka. Sebagai contoh jika guru mengajar merokok merupakan
perkara yang tidak elok dan membahayakan kesihatan tetapi bapa pelajar itu merokok
dihadapnya pada setiap masa dirumah maka pengajaran yang diberikan oleh guru itu akan
menjadi sia-sia. Begitu juga dengan tutur kata sopan dan sebagainya, ini kerana ibu bapa boleh
dikatan guru kedua kepada pelajar dan merupakan orang yang terdekat yang dapat
memberikan contoh maujud kepada mereka.

Persekitaran tempat tinggal dan sekolah juga memainkan peranan dalam tingkah laku
bermasalah negetif ini. Kecenderungan pelajar untuk mencontohi segala perbuatan dan
percakapan telah dibuktika melalui teori Albert Bandura iaitu teori Peniruan. Percakapan lucah
sering kali diperlajari oleh pelajar melalui peniruan dan ini menyebabkan mereka tidak takut
untuk mentuturkannya apabila berada disekolah. Pelajar yang mentah dalam penilaian
mengenai kebaikan dan keburukan akan mudah terpengaruh dengan satu perbuatan yang
dianggap seronok berbanding perbuatan yang menuju kearah kebaikan. Punca ini menjadi
semakin teruk apabila pelajar dibesarkan dalam keadaan persekitaran yang tidak sihat atau
dalam masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran. Kecuaian pihak sekolah juga menjadi
punca tingkah laku negetif, ini berlaku sekiranya pihak sekolah gagal membimbing pelajar
bermasalah ini dan kurangnya perhatian daripada guru-guru. Padangan negetif guru-guru
terhadap murid bermasalah seharusnya diubah dan bimbingan harus diberikan jika pelajar
menunjukkan sikap luar biasa di kelas ataupun dipersekitaran sekolah.

Selain itu secara terperinci terdapat juga beberapa punca yang lain yang menyebabkan
wujudnya masalah salah laku disekolah iaitu.

Penggunaan Pendekatan dan Strategi mengajar yang kurang sesuai. Ini berlaku apabila
murid merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah didalam bilik
darjah. Perkara ini merupakan kelemahan guru dalam mewujudkan suatu suasana pengajaran
yang kondusif dan ceria.

Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa. Contohnya kerusi meja terlalu sesak,
tidak teratur, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara dan tempat kurang bersih dan
sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah.
Perasaan murid yang kurang selesa merupakan punca masalah disiplin yang berlaku.

Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra. Misalnya, guru
mengamalkan kepimpinan bercorak autokratik dan mengawal disiplin murid secara kuku besi.
Dibawah kepimpinan jenis ini, interaksi dua hala di antara guru dan murid tidak dapat
diwujudkan, sebaliknya keadaan ini mewujudkan suasana sosioemosi yang kurang sihat. Murid-
murid sentiasa merasa bimbang, gelisah dan takut pada guru. Perasaan yang kurang sihat ini
merupakan salah satu punca yang menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Sahsiah guru yang kurang meyakinan. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang
tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada
murid-murid. Murid-murid yang nakal akan sering menimbulkan masalah disiplin dengan tujuan
membuli guru yang kurang tegas.

Kesihatan murid yang kurang baik. Murid-murid yang kurang sihat dan tidak mendapat
masa rehat yang mencukupi akan menghadapi kesulitan untuk menumpukan perhatian mereka
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini sering mengantuk dan tidak
cergas mengikuti pelajaran dan akibatnya tidak berupaya menyempurnakan tugasan yang
diberikan. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, murid-murid ini terpaksa meniru kerja
murid yang lain atau tidak langsung membuat tugasan.

Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi. Pihak sekolah yang amat menekankan pencapaian
dan prestasi akademik akan menggalakkan murid-murid yang kurang cerdas menimbulkan
masalah disiplin sekolah. Ini kerana murid-murid yang tidak berupaya mencapai aspirasi
sekolah sebagaimana yang diharapkan biasanya lebih cenderung untuk menibulkan masalah
disiplin.

Pengaruh negative dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar. Murid-murid
mudahdipengaruhi oleh tingkah laku daripada ahli keluarga atau alam sekitar. Pengaruh
negative seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya
adalah mudah dicontohi oleh murid-murid mereka. Aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini akan
dibawa oleh mereka ke sekolah, dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah pula menimbulkan masalah
disiplin. Dalam keadaan bilanagan murid yang ramai ini, kawalan kelas adalah rumit dan sukar
bagi guru member perhatian kepada setiap murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid yang tidak dapat layanan yang wajar daripada guru ataupun
tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan akan merasa bosan dan kecewa, kemudiannya
menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah, seperti membua bising, berbual-bual dengan
rakan sedarjah, berkeliaran, ponteng kelas, membuli rakan sedarjah, tidur dalam kelas dan
sebagainya. Kerja kelas diberikan pun tidak dapat disempurnakan kerana tidak sanggup
mengikuti pelajaran secara sepenuhnya.
5.0 PELBAGAI KAEDAH PENGURUSAN MASALAH DAN DISIPLIN DI DALAM BILIK
DARJAH

Masalah disiplin bilik darjah yang gagal ditangani oleh guru akan bertambah serius sehingga
berkemungkinan menjadi jenayah seperti kecurian, rompakan dan sebagainya. Perlakuan yang
agresif di bilik darjah jika tidak dibendung boleh menyebabkan berlakunya kecederaan di
kalangan murid mahupun guru. Oleh itu, pengurusan disiplin bilik darjah merupakan aras
pertama dalam sistem disiplin sekolah.

Terdapat beberapa kaedah pengurusan masalah dan disiplin di dalam bilik darjah yang
boleh diguna pakai iaitu pactoral care, kaunseling, teknik modifikasi tingkah laku,

5.1 PACTORAL CARE

Pastoral care merujuk kepada perkhidmatan jagaan kerohanian dan kaunseling yang diberikan
oleh golongan paderi, dan pemimpin-pemimpin agama kepada penganut-penganut Kristian
dalam seting berasaskan agama. Antara kemahiran-kemahiran yang penting termasuk
mendengar, member sokongan moral, member dorongan dan bersifat sebagai seorang kawan.

Manakala dalam konteks pendidikan pula, pastoral care bermaksud amalan guru dari
segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial muris-murid bawah tanggungjawabnya. Ianya
merangkumi skop yang agak luas termasuk isu-isu kesihatan, sosial dan pendidikan moral,
pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi. Dengan kata lain, ia merupakan satu himpunan
sistem, prosedur dan program yang bertujuan untuk memenuhi keperluan murid secara
menyeluruh agar mereka berpeluang mencapai potensi masing-masing serta melengkapi diri
dengan kemahiran-kemahiran penting bagi mengharungi liku-liku dalam kehidupan nanti.

Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003), pastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang
berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari segi peribadi,
perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Justeru, pastoral care
dianggap sebagai cirri utama pendidikan yang ditawarkan kepada semua murid.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan
dan pendidikan peribadi dan sosial. Kaunseling bermaksud membantu murid-murid secara
individu atau kelompok untuk menangani masalah yang sedang dihadapi serta mengurus
kehidupan dengan lebih berkesan.
Bimbingan pula adalah untuk membantu muird-murid secara individu atau kelompok
membuat keputusan berhubung dengan hal-hal peribadi, akademik atau kerjaya. Bantuan yang
diberikan oleh guru kelas, tutor peribadi, guru bimbingan dan kaunseling, dan agensi luar
biasanya berbentuk maklumat penting yang berkaitan.

Selain daripada itu, bagi pendidikan peribadi dan sosial pula isu-isu penting boleh
diserapkan merentasi kurikulum oleh guru mata pelajaran yang berkeaan, diintegrasikan dalam
tutorial oleh tutor, atau disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guru
bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling dan sebagainya.

Menurut ahli teoris, kualiti perkhidmatan pastoral care yang ditawarkan mempengaruhi
etos dan iklim sekolah secara keseluruhan. Perkhidmatan yang positif akan mewujudkan
suasana yang sihat dan prihatin di mana murid-murid berasa selamat, dihargai dan digalakkan
untuk berkembang dari segi akademik, emosi dan sosial. Di samping itu, ia juga berasaskan
prinsip-prinsip hubungan guru-murid dan murid-murid yang baik dan saling menghormati.

Oleh itu, terdapat satu jawatankuasa khas diwujudkan di sekolah yang dikenali sebagai
jawatankuasa pastoral care dan bimbingan (Wettasinghe, dalam Myint Swe Khine et al.. 2004).
Ahli-ahli jawatankuasa tersebut bekerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa tersebut
berkerjasama dengan ahli-ahli jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah. Mengikut kebiasaan,
guru disiplin adalah pengerusi jawatankuasa tersebut. pendekatan yang digunakan adalah soft
approach seperti kaunseling bertujuan membantu murid-murid menyelesaikan masalah mereka.
kes-kes tertentu seperti mereka yang menghadapi masalah pembelajaran, sosial, emosi dan
tingkah laku akan dirujuk oleh guru-guru untuk menjalani sesi kaunseling.

5.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan kaunseling merupakan dua strategi yang terangkum di bawah pastoral care.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditawarkan di semua sekolah menengah dan
kebanyakkan sekolah rendah seluruh negara ini. Malahan sejak tahun 1996 kebanyakan
sekolah menengah sudah mempunyai kaunselor sepenuh masa dengan penguatkuasaan dasar
yang berkaitan. Hari ini, banyak sekolah rendah juga mempunyai guru bimbingan dan
kaunseling yang terlatih berikutan keputusan Jemaah Menteri pada akhir tahun 2002 untuk
melatih guru-guru sekolah rendah melalui Kursus Dalam Perkhidmatan 14 minggu (KDPM 14M)
Guru Bimbingan Sekolah Rendah dua tahun lalu. KDP 14M juga terbuka kepada guru-guru
sekolah menengah.

Konsep bimbingan dan kaunseling

1. Bimbingan, atau ‘guidance’ dalam bahasa inggeris bermaksud memberi panduan atau
nasihat kepada seseorang.
2. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujk
kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang
berkenaan.
3. Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang
membolehkan individu memahami ciri dan situasinya.
4. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klies meyesuaikan diri
dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,
potensi dan keupayaannya.
5. Partterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan
secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa
perubahan klien pada akhirnya.
6. Mengikut kamus dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan
perbncangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi
atau menyelesaikannya menerusi bimbngan dan nasihat.
7. Berdasarkan huraian diatas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbngan adalah
saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G. S
Belkin dalam bukunya Practical Counselling in the schools, beliau menulis :
“Bimbingan merangkumi aspek-aspek otientasi, inventori, maklumat pendidikan dan
kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.”
8. Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan. Di
peringkat institusi pendidikan, kaunseling merupakan proses pertemuan secara
bersemuka di antara seorang pengajar yang memainkan peranan sebagai kaunselor,
dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi,
akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu kearah
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek
seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta
tindakan susulan.
Prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling

1. Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan
agama atau kepercayaannya.
2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama
harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan,
tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak pentadbiran, termasuk rakan sejawat dan
ibubapa yang berkenaan.
3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan
pertauran atau tatacara yang ditetapkan. Ia akanmenjadi berkesan apabila dirancang
secara sistematik dan teratur.
4. Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan hubungan
mesra dan kepercayaan.
5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi
rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
6. Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik
yang disediakan khas.
7. Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak
pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan
kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
8. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara
kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
9. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun
emosi sosial, tidak akan timbul semula.
10. Erkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang
bertauliah atau pengajar bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya
membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.
Objektif-objektif bimbingan dan kaunseling

Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan masalah,
sama ada akademik ataupun emosi sosial yang diahadapinya. Di antara objektif yang lain
ialah :

1. Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai
dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.
2. Melayan keperluan-keperluan pelajar kea rah perkembangan potensi mereka secara
optimum.
3. Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka dapat
menyesuaikan diri mengiut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan
dengan berkesan.
4. Mendorongkan pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha
menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
5. Menyedari pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
6. Member nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai pada masa
depan.
7. Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk tingkah laku
yang diingini.
8. Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.
9. Member tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya
meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.
10. Member nasihta supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif atau jurusan
yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.
11. Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah untuk
belajar.

Matlamat utama Bimbingan dan Kaunseling

Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan maka matlamat


utamanya ialah memberikan bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat
menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk
menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha
diri sendiri.

Konsep bimbingan dan kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai satu sesi


digunakan untuk menganalisis dan mengkriti kesalah pelajar, menentukan punca kesalahan,
member ajaran ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian
yang dicadangkan oleh kaunselor.

Konsep Bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu
mendengar dan memahami masalah yan dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir
masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh
dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

Secara ringkasnya, Bimbingan dan Kaunseling ialah :-

1. Memupuk kebolehan menyelesaikan masalah sendiri


2. Membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri
3. Dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai
prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

Jenis Bimbingan

Jenis bimbingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu bimbingan individu ataupun bimbingan
berkelompok.

Mengikut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu
merujuk kepada proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya, di
mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah
yang dihadapinya, sehingga dia membuat keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh
membantunya mengatasi masalah.

Blackhma (1977) menjelaskan kaunseling secara individu sebagai hubungan dan


kerjasama unik di antara seorang kaunselor dan seorang klien yang akan diberi peluang
menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang boleh memberinya manfaat.
Shertzer dan Stone (1981) merujuk kaunseling secara individu sebagai proses interaksi
yang menyediakan hubungan bermakna diantara diri dengan persekitaran dan menghasilkan
pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai yang sesuia untuk tingkah laku pada masa
kelak.

Di peringkat sekolah, bimbingan secara individu merujuk kepada proses perhubungan


bersemuka di antara seorang pelajar dengan seorang pengajar bimbingan yang menyediakan
peluang untuk sesuatu situasi temu bual dengan tujuan membantu pelajar yang berkenaan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi, dan seterusnya membuat pemilihan daripada
alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat membantu pelajar menyelesaikan
masalah diri sendiri.

Oleh itu, di antara tujuan-tujuan kaunseling individu yang dapat disimpulkan ialah untuk
menjalin hubungan baik di antara kaunseling dengan klien, membantu pelajar membina
kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar supaya
membuat keputusan secara rasional dan praktikal dan menyelesaikan masalah dengan
berkesan atau mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah tingkah laku negatif
kepada positif.

Apabila pengajar mendapati bahawa terdapat ramai pelajar menghadapi masalah yang
serupa, bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai digunakan.

C. A Mahler dan E. Caldwell dalam buku mereka Group Counseling in Secondary


Schools, menghuraikan kaunseling kelompok sebagai ‘proses sosial tentang masalah
perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan kaunseling
kelompok merangkumi keperluan dan minat bersama dalam kalangan kebanyakan pelajar’.

Carl Rogers (1970) menjelaskan kaunseling di bawah Bimbingan Kelompok sebagai


orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang pelajar
mengikut kehendak kumpulannya.

Dyer dan Vocind (1973) menyatakan kaunseling kelompok sebagai perubahan sosial
dan psikologi setiap individu, iaitu mengubah tingkah laku dan pengalamnnya dengan individu
yang lain serta persekitarannya.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, bimbingan dan kaunseling kelompok boleh


dirumuskan sebagai proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan pelajar yang
menhadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang sosial. Teknik
yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling secara
berkelompok ialah pemerhatian atau soal selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, dan
sesi sumbangsaran.

5.3 TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Secara amnya, modifikasi tingkah laku merujuk kepada penggunaan teknik-teknik pembelajaran
asas untuk mengubah tingkah laku manusia, sama ada meningkatkan tingkah laku yang wajar
atau mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Tetapi, bagi muris-murid yang mempunyai
masalah tingkahlaku bermasalah, guru seharusnya mengurangkan tingkah laku yang tidak
wajar itu ataupun menghapuskannya sama sekali. Terdapat beberapa teknik untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Di antaranya ialah pengukuhan kebezaan,
penghapusan, teguran, kehilangan keistimewaan, time-out dan juga hukuman.

Pengukuhan kebezaan ditakrifkan sebagai proses pengukuhan tingkah laku yang wajar
tetapi pada masa yang sama tidak mengukuhkan tingkah laku yang tidak wajar.

Penghapusan pula merujuk kepada ketidaksinambungan atau penahanan pengukuh


yang sebelum ini merupakan pengukuhan bagi sesuatu tingkah laku.

Teguran pula bermaksud memarahi, memekik, melaung murid yang melakukan salah
laku. Wajar jikalau ingin berhentikan tingkah laku yang kurang wajar dengan serta merta.
Seelok-eloknya disertai dengan satu pernyataan sebagai alternatif kepada tingkah laku yang
kurang ajar.

Kehilangan keistimewaan pula berbentuk intervensi pengurusan tingkah laku yang


negatif, namum mempunyia akibat positif. Ia juga dikenali sebagai kos respon. Ia hanya
berkesan sekiranya keistimewaan yang kehilangan itu merupakan konsekuen semulajadi atau
logikal.

Selain itu, time-out juga adalah salah satu daripada teknik-teknik untuk mengurangkan
atau menghapuskan tingkah laku bermasalah. Ia bermaksud mengeluarkan murid daripada
seting yang memperkukuhkan kepada satu seting yang lain yang tidak bagi satu tempoh masa
yang khusus dan terhad. Haris dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 menyenaraikan lima jenis
time-out seperti pemulauan, pengenepian, pemerhatian kontingen. Pemindahan keadaan
rangsangan yang bersifat pengukuhan dan ketidakendahan atau penghapusan. Manakala
Lweellen dalam Walker, Shea dan Bauer, 2004 pula mengkategorikan time-out kepada tiga
jenis iaitu time-out berbentuk pemerhatian, pengenepian dan juga pengasingan. Time-out
berbentuk pemerhatian ialah murid dikehendaki untuk membuat pemerhatian terhadap aktiviti
yang dilakukan di dalam kelas tetapi dilarang untuk mengambil bahagian. Pengenepian pula
ialah murid yang berkenaan tidak dibenarkan memerhatikan rakan sekelas yang sedang
melakukan aktiviti. Pengasingan pula bermaksud murid yang berkenaan keluar dari bilik darjah
dan pergi ke satu bilik yang terpencil.

You might also like